SlideShare a Scribd company logo
Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah,
menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan dari
aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang membawa
kepada maksud apa-apa perubahan secara langsung dan tidak langsung terhadap sifat-
sifat fizikal, haba dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam sekeliling yang
meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut dan untuk masalah ini, pelbagai
punca telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah
pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak
bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk
menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-
wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran
dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan
secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus
orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi
kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti kilang yang
menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran
mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila
membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan
berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang
yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan
terjadinya pencemaran udara. Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang
tidak bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran
alam sekitar yang mereka cipta sendiri.
Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara tidak sistematik. Apabila
pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan,
mereka seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul
terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dan
keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat dari pembangunan yang akan
dijalankan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang
akan dihasilkan. Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak akan
menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi
tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada projek-projek
pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran air terutama pada waktu hujan
jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah
merah mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang berdekatan . Hal ini boleh
menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan boleh mengancam kehidupan ekosistem
dalam air yang seterusnya membawa kepada pencemaran alam sekitar.
Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori
dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya
pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini
kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas yang
berbahaya. Hal ini jika peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman
sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin
bertambah jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan
kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding
beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat mengurangkan
bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini akan menyebabkan pencemaran udara dan
seterusnya menjejaskan sistem pernafasan dan daya penglihatan manusia serta
pencemaran bunyi yang terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat
terutama dikawasan perumahan yang berhampiran dengan lapangan terbang boleh
menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan bahawa penggunaan
kenderaan bermotor juga menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran alam sekitar.
Antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah
pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan pembakaran pokok-
pokok tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat
dari satu sudut, penanaman semula sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada
pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh
menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di samping turut memusnahkan kehidupan
flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu
bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin panas. Inilah
sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya
membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus turut menjejaskan
kehidupan dan kesihatan manusia.
Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga
menjadi salah satu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada masa ini.
Pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang
dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal
terjadi dari setiap projek pembangunan tersebut dan bukan hanya melihat kepada
peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu
mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripada pembangunan
pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan masyarakat yang
kurang kesedaran sivik. Oleh disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan dalam
menilai aspek-aspek inilah yang menyebabkan masalah pencemaran berada ditahap yang
semakin membimbangkan pada masa kini.
Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus
diambil langkah serius oleh semua pihak dan organisasi untuk mengurangkan masalah
pencemaran alam sekitar baik daripada pencemaran air, udara, tanah dan bunyi. Ia
penting demi memastikan kehidupan dibumi ini terjamin dan terhindar dari masalah
pencemaran yang semestinya membahayakan dan mengancam kesihatan serta
kehidupan flora dan fauna untuk generasi akan datang yang lebih baik dan sihat serta
bebas dari pencemaran alam sekitar.

More Related Content

What's hot

Pembangunan dan alam sekitar
Pembangunan dan alam sekitarPembangunan dan alam sekitar
Pembangunan dan alam sekitarNormurni Mohamad
 
Adab Terhadap Alam ( Tingkatan 5 )
Adab Terhadap Alam ( Tingkatan 5 )Adab Terhadap Alam ( Tingkatan 5 )
Adab Terhadap Alam ( Tingkatan 5 )lailaan
 
Geografi Tidak membuang zat pencemar dan beracun ke saluran air by pangestu c...
Geografi Tidak membuang zat pencemar dan beracun ke saluran air by pangestu c...Geografi Tidak membuang zat pencemar dan beracun ke saluran air by pangestu c...
Geografi Tidak membuang zat pencemar dan beracun ke saluran air by pangestu c...Pangestu S
 
Makalah pencemaran limbah industri
Makalah pencemaran limbah industriMakalah pencemaran limbah industri
Makalah pencemaran limbah industriZhaii Atjeh
 
Biodiversiti 2
Biodiversiti 2Biodiversiti 2
Biodiversiti 2amryee
 
Dampak industri terhadap lingkungan hidup
Dampak industri terhadap lingkungan hidupDampak industri terhadap lingkungan hidup
Dampak industri terhadap lingkungan hidupwelly yusup
 
Tugas aman ini lo we biar tau klen iya
Tugas aman ini lo we biar tau klen iyaTugas aman ini lo we biar tau klen iya
Tugas aman ini lo we biar tau klen iyaRaniSarah2
 
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)kumpulan7
 
94787439 makalah-pencemaran-lingkungan
94787439 makalah-pencemaran-lingkungan94787439 makalah-pencemaran-lingkungan
94787439 makalah-pencemaran-lingkungantoniarifin1
 
Pencemaran Udara
Pencemaran Udara Pencemaran Udara
Pencemaran Udara ReymonSyah
 
makalah pencemaran lingkungan
makalah pencemaran lingkunganmakalah pencemaran lingkungan
makalah pencemaran lingkungandelloasayr
 
Makalah pencemaran lingkungan akibat industri
Makalah pencemaran lingkungan akibat industriMakalah pencemaran lingkungan akibat industri
Makalah pencemaran lingkungan akibat industriAgus Adipura
 
Pengetahuan lingkungan, Tentang pencemaran limbah oleh minyak bumi arief char...
Pengetahuan lingkungan, Tentang pencemaran limbah oleh minyak bumi arief char...Pengetahuan lingkungan, Tentang pencemaran limbah oleh minyak bumi arief char...
Pengetahuan lingkungan, Tentang pencemaran limbah oleh minyak bumi arief char...Arief Charismw
 
Kehijauan alam sekitar
Kehijauan alam sekitarKehijauan alam sekitar
Kehijauan alam sekitarcheputeh
 
Alam sekitar tanggunjawab bersama
Alam sekitar tanggunjawab bersamaAlam sekitar tanggunjawab bersama
Alam sekitar tanggunjawab bersamadixonong88
 
What's hot (20)

Pembangunan dan alam sekitar
Pembangunan dan alam sekitarPembangunan dan alam sekitar
Pembangunan dan alam sekitar
 
Adab Terhadap Alam ( Tingkatan 5 )
Adab Terhadap Alam ( Tingkatan 5 )Adab Terhadap Alam ( Tingkatan 5 )
Adab Terhadap Alam ( Tingkatan 5 )
 
Geografi Tidak membuang zat pencemar dan beracun ke saluran air by pangestu c...
Geografi Tidak membuang zat pencemar dan beracun ke saluran air by pangestu c...Geografi Tidak membuang zat pencemar dan beracun ke saluran air by pangestu c...
Geografi Tidak membuang zat pencemar dan beracun ke saluran air by pangestu c...
 
Alam sekitar pidato
Alam sekitar pidatoAlam sekitar pidato
Alam sekitar pidato
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkungan
 
Makalah pencemaran limbah industri
Makalah pencemaran limbah industriMakalah pencemaran limbah industri
Makalah pencemaran limbah industri
 
Kkp
KkpKkp
Kkp
 
Pencemaran ~ kerusakan lingkungan
Pencemaran ~ kerusakan lingkunganPencemaran ~ kerusakan lingkungan
Pencemaran ~ kerusakan lingkungan
 
Makalah_59 Makalah i toksikologi pertanian
Makalah_59 Makalah i toksikologi pertanian Makalah_59 Makalah i toksikologi pertanian
Makalah_59 Makalah i toksikologi pertanian
 
Biodiversiti 2
Biodiversiti 2Biodiversiti 2
Biodiversiti 2
 
Dampak industri terhadap lingkungan hidup
Dampak industri terhadap lingkungan hidupDampak industri terhadap lingkungan hidup
Dampak industri terhadap lingkungan hidup
 
Tugas aman ini lo we biar tau klen iya
Tugas aman ini lo we biar tau klen iyaTugas aman ini lo we biar tau klen iya
Tugas aman ini lo we biar tau klen iya
 
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
 
94787439 makalah-pencemaran-lingkungan
94787439 makalah-pencemaran-lingkungan94787439 makalah-pencemaran-lingkungan
94787439 makalah-pencemaran-lingkungan
 
Pencemaran Udara
Pencemaran Udara Pencemaran Udara
Pencemaran Udara
 
makalah pencemaran lingkungan
makalah pencemaran lingkunganmakalah pencemaran lingkungan
makalah pencemaran lingkungan
 
Makalah pencemaran lingkungan akibat industri
Makalah pencemaran lingkungan akibat industriMakalah pencemaran lingkungan akibat industri
Makalah pencemaran lingkungan akibat industri
 
Pengetahuan lingkungan, Tentang pencemaran limbah oleh minyak bumi arief char...
Pengetahuan lingkungan, Tentang pencemaran limbah oleh minyak bumi arief char...Pengetahuan lingkungan, Tentang pencemaran limbah oleh minyak bumi arief char...
Pengetahuan lingkungan, Tentang pencemaran limbah oleh minyak bumi arief char...
 
Kehijauan alam sekitar
Kehijauan alam sekitarKehijauan alam sekitar
Kehijauan alam sekitar
 
Alam sekitar tanggunjawab bersama
Alam sekitar tanggunjawab bersamaAlam sekitar tanggunjawab bersama
Alam sekitar tanggunjawab bersama
 
Similar to Pencemaran alam sekitar

Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganRohman Efendi
 
IPA_ BIOLOGI SMA_MA KLS.10_KM-Media Mengajar-Media Mengajar IPA Biologi SMA K...
IPA_ BIOLOGI SMA_MA KLS.10_KM-Media Mengajar-Media Mengajar IPA Biologi SMA K...IPA_ BIOLOGI SMA_MA KLS.10_KM-Media Mengajar-Media Mengajar IPA Biologi SMA K...
IPA_ BIOLOGI SMA_MA KLS.10_KM-Media Mengajar-Media Mengajar IPA Biologi SMA K...SMAN5PATAMPANUA
 
Pencemaran lingkungan
Pencemaran lingkunganPencemaran lingkungan
Pencemaran lingkunganRamipratama
 
Tugasan 9 a158767
Tugasan 9 a158767Tugasan 9 a158767
Tugasan 9 a158767A158767
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganFebry Ramdani
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganDiki Alnastain
 
Makalah pencemaran lngkungan
Makalah pencemaran lngkunganMakalah pencemaran lngkungan
Makalah pencemaran lngkunganditte yulita
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganrayyanqisya
 
448874697-Pencemaran-Lingkungan-pptx-pptx.pptx
448874697-Pencemaran-Lingkungan-pptx-pptx.pptx448874697-Pencemaran-Lingkungan-pptx-pptx.pptx
448874697-Pencemaran-Lingkungan-pptx-pptx.pptxrahman setia
 
Makalah pencemaran lingkungan2
Makalah pencemaran lingkungan2Makalah pencemaran lingkungan2
Makalah pencemaran lingkungan2Warnet Raha
 
Pencemaran Lingkungan.pptx
Pencemaran Lingkungan.pptxPencemaran Lingkungan.pptx
Pencemaran Lingkungan.pptxradityaPrabowo1
 
makalah Lingkungan
makalah Lingkunganmakalah Lingkungan
makalah LingkunganEndang Manik
 
Similar to Pencemaran alam sekitar (20)

Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkungan
 
Remon
RemonRemon
Remon
 
IPA_ BIOLOGI SMA_MA KLS.10_KM-Media Mengajar-Media Mengajar IPA Biologi SMA K...
IPA_ BIOLOGI SMA_MA KLS.10_KM-Media Mengajar-Media Mengajar IPA Biologi SMA K...IPA_ BIOLOGI SMA_MA KLS.10_KM-Media Mengajar-Media Mengajar IPA Biologi SMA K...
IPA_ BIOLOGI SMA_MA KLS.10_KM-Media Mengajar-Media Mengajar IPA Biologi SMA K...
 
Pencemaran lingkungan
Pencemaran lingkunganPencemaran lingkungan
Pencemaran lingkungan
 
Tugasan 9 a158767
Tugasan 9 a158767Tugasan 9 a158767
Tugasan 9 a158767
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
 
Pencemaran_Lingkungan.pptx.pptx
Pencemaran_Lingkungan.pptx.pptxPencemaran_Lingkungan.pptx.pptx
Pencemaran_Lingkungan.pptx.pptx
 
Makalah pencemaran lingkungan2
Makalah pencemaran lingkungan2Makalah pencemaran lingkungan2
Makalah pencemaran lingkungan2
 
Makalah pencemaran lngkungan
Makalah pencemaran lngkunganMakalah pencemaran lngkungan
Makalah pencemaran lngkungan
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkungan
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkungan
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkungan
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkungan
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkungan
 
448874697-Pencemaran-Lingkungan-pptx-pptx.pptx
448874697-Pencemaran-Lingkungan-pptx-pptx.pptx448874697-Pencemaran-Lingkungan-pptx-pptx.pptx
448874697-Pencemaran-Lingkungan-pptx-pptx.pptx
 
Makalah pencemaran lingkungan2
Makalah pencemaran lingkungan2Makalah pencemaran lingkungan2
Makalah pencemaran lingkungan2
 
Pencemaran Lingkungan.pptx
Pencemaran Lingkungan.pptxPencemaran Lingkungan.pptx
Pencemaran Lingkungan.pptx
 
makalah Lingkungan
makalah Lingkunganmakalah Lingkungan
makalah Lingkungan
 
Pencemaran alam sekitar

  • 1. Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang membawa kepada maksud apa-apa perubahan secara langsung dan tidak langsung terhadap sifat- sifat fizikal, haba dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut dan untuk masalah ini, pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang- wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri. Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara tidak sistematik. Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat dari pembangunan yang akan dijalankan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan dihasilkan. Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada projek-projek pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran air terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan boleh mengancam kehidupan ekosistem dalam air yang seterusnya membawa kepada pencemaran alam sekitar. Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori
  • 2. dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya. Hal ini jika peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini akan menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem pernafasan dan daya penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat terutama dikawasan perumahan yang berhampiran dengan lapangan terbang boleh menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan bahawa penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran alam sekitar. Antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan pembakaran pokok- pokok tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari satu sudut, penanaman semula sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di samping turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin panas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia. Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga menjadi salah satu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada masa ini. Pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan tersebut dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Oleh disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek inilah yang menyebabkan masalah pencemaran berada ditahap yang semakin membimbangkan pada masa kini. Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus diambil langkah serius oleh semua pihak dan organisasi untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar baik daripada pencemaran air, udara, tanah dan bunyi. Ia penting demi memastikan kehidupan dibumi ini terjamin dan terhindar dari masalah pencemaran yang semestinya membahayakan dan mengancam kesihatan serta kehidupan flora dan fauna untuk generasi akan datang yang lebih baik dan sihat serta
  • 3. bebas dari pencemaran alam sekitar.