SlideShare a Scribd company logo
Topik 
6 
 Penyesuaian 
Kaedah 
Penilaian 
Anda 
HASIL PEMBELAJARAN 
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 
1. Menjelaskan empat kaedah penilaian di OUM; 
2. Membuat persediaan dengan efektif untuk penilaian; 
3. Mempraktikkan cara-cara efektif untuk menjawab pelbagai jenis soalan 
dalam penilaian; dan 
4. Menjelaskan konsep etika dalam penilaian. 
 PENGENALAN 
Dalam topik yang terdahulu, kita telah membincangkan cara membaca dengan 
berkesan, termasuk kaedah mengambil dan menulis nota daripada sumber dan 
membentangkan tugasan atau projek anda. Tujuan ketiga-tiga topik ini adalah 
untuk membantu anda sebagai seorang pelajar OUM untuk memperoleh 
kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakannya dengan lebih baik. Dalam 
topik ini, kita akan membincangkan cara memaksimumkan prestasi anda dalam 
penilaian yang berbeza. Kita akan bermula dengan pembentangan jenis taksiran 
yang bakal anda hadapi sebagai pelajar OUM; diikuti dengan cara membuat 
persediaan untuk penilaian, cara menjawab pelbagai jenis soalan, cara 
melakukan tugasan dan akhir sekali etika penilaian.
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA  
143 
JENIS-JENIS PENILAIAN 
6.1 
Anda akan dinilai melalui empat jenis penilaian yang berbeza di OUM, iaitu, 
peperiksaan, tugasan, ujian dan forum perbincangan dalam talian seperti yang 
ditunjukkan dalam Rajah 6.1. 
Rajah 6.1: Kaedah penilaian di OUM 
Jenis penilaian terbahagi kepada dua komponen: 
(a) Penilaian berterusan yang mewakili 40-50% daripada jumlah markah 
penilaian anda. Penilaian terdiri daripada tugasan, ujian dan penyertaan 
dalam perbincangan dalam talian. Anda akan dinilai sepanjang semester. 
(b) Peperiksaan yang mewakili 50-60% daripada jumlah markah penilaian 
anda. Pada masa ini, peperiksaan diadakan pada akhir semester. 
Jadual 6.1 menunjukkan jenis dan frekuensi penilaian. 
Jadual 6.1: Jenis dan Frekuensi Penilaian 
Jenis Penilaian Tempat Frekuensi (Setiap Semester) 
Peperiksaan Pusat Pembelajaran Sekali setiap hujung semester 
Tugasan Kelas Sebenar 1 bagi setiap kursus 
Ujian Kelas Sebenar 2 kali bagi setiap kursus 
Penilaian dalam Talian Kelas Maya Sepanjang semester 
Sekiranya anda ingin cemerlang dalam penilaian, anda perlu mengamalkan 
pelbagai strategi yang dijelaskan dalam bahagian berikut.
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 
144 
PERSEDIAAN UNTUK PENILAIAN 
6.2 
Dalam menyediakan diri anda untuk penilaian, anda harus mempunyai satu set 
persediaan yang baik dari segi nota ringkas, belajar cara untuk menyemak dan 
menghafal dan mempunyai pelan kajian yang strategik. Berikut adalah kaedah 
yang dirangka untuk membantu anda supaya lebih bersedia dalam penilaian. 
6.2.1 Kumpulkan Nota 
Dalam menghasilkan nota yang benar-benar baik dan menjaganya seperti yang 
anda telah pelajari dalam Topik 4, anda harus bermula dari hari pertama kelas 
anda. Mustahil bagi anda untuk mengulangkaji tanpa set nota yang baik. Anda 
harus mengolah nota kuliah dan bahan buku teks anda kepada nota yang ringkas, 
menarik, berguna dan komprehensif. Nota bukan sahaja menjadi sebuah 
ringkasan singkat tentang apa yang anda perlu tahu tetapi harus mampu 
memberikan anda gambaran lengkap mengenai topik yang berkenaan. Kendalikan 
nota dan bahan-bahan berkaitan dengannya dalam susunan yang betul. Anda 
boleh menulis semula bahan anda di atas sekeping kertas, meletakkannya dalam 
bentuk helaian memo atau sebagainya. Atur nota anda secara sistematik. Sebagai 
contoh, anda mungkin menggunakan kertas yang berlainan warna atau dakwat 
yang berbeza warna untuk setiap topik. Sebahagian pelajar menggunakan kad 
indeks untuk nota mereka. Atas cadangan di atas, cuba pastikan anda tidak 
terlepas mana-mana kelas kerana anda tidak mahu ketinggalan fakta penting. 
6.2.2 Ulangkaji dan Hafal 
Apakah maksud ulangkaji? Konsep ulangkaji bukan hanya membaca. Membaca 
nota anda dengan sepintas lalu adalah hanya sebahagian kecil daripada 
peringkat ulangkaji dan anda biasanya berbuat demikian pada malam sebelum 
hari peperiksaan. Ulangkaji bermakna penglibatan aktif minda anda. Minda 
anda perlu bekerja untuk mengumpul dan menganalisiskan konsep utama dan 
idea, mendaftar dan menginjak kepada situasi baharu. 
Ulangkaji juga melibatkan pemahaman anda terhadap topik dan membuat 
hubungan antara topik yang berbeza. Ia mengingatkan anda kepada bahan-bahan 
yang anda telah lupa dan merupakan satu cara untuk mengukuhkan 
pembelajaran dan jurang dalam pengetahuan anda.
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA  
145 
Dalam mengulangkaji, anda digalakkan memahami topik dan ingat konsep 
penting, idea-idea dan butir-butir, seperti yang digambarkan dalam Rajah 6.2. 
Rajah 6.2: Cara untuk mengulangkaji dan menghafal 
(a) Memahami Topik 
Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda memahami topik 
pelajaran semasa proses ulang kaji anda: 
(i) Tahu Kandungan Kursus 
Peringkat awal ulangkaji, lihat garis panduan kursus, sukatan 
pelajaran, tugasan, ujian dan komen daripada tutor anda. Ini dapat 
memberikan anda idea yang jelas tentang di mana anda harus 
mulakan ulangkaji. 
(ii) Mengenal Pasti Topik Penting 
Anda boleh membaca seluruh kandungan buku teks tetapi 
menumpukan perhatian kepada topik yang anda fikir adalah penting 
dalam peperiksaan. Ia melibatkan proses mengingat kerja keras dan 
bijak. 
(iii) Merujuk kepada Bahan 
Rujuk kembali kepada nota yang anda telah sediakan sambil 
membaca modul dan sumber tambahan lain serta nota daripada 
perbincangan anda di dalam kelas tutorial. 
(iv) Membina Soalan Kendiri 
Membina soalan-soalan dengan menanyakan diri sendiri apa yang 
anda perlu tahu tentang topik yang berkenaan. Menjawab soalan-soalan 
tersebut dengan menggunakan bahan-bahan yang anda ada. 
(v) Hubungkaitkan Topik dengan Idea 
Uji kefahaman anda tentang konsep utama kursus ini. Huraikan 
bahagian-bahagian tertentu dengan menjelaskan maksud yang sukar 
bagi bahagian penting kursus ini. Tambahkan maklumat lanjut
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 
146 
supaya anda berfikiran selari dengan usaha menjelaskan hubungan 
antara idea-idea dan konsep. Anda boleh menggunakan pemetaan 
atau mana-mana kaedah lain untuk membantu anda melakukannya. 
Kaedah ini dapat membantu anda menggambarkan kandungan 
kursus secara lebih lengkap dan juga melihat hubungan antara setiap 
subtopik dan butirannya. 
(vi) Kajian dalam Kumpulan 
Belajar dengan sekumpulan orang yang anda selesa bersama adalah 
salah satu cara yang paling berkesan untuk ulangkaji. Kumpulan 
belajar bersama akan membantu anda menjelaskan dan menekankan 
konsep utama dan idea dengan rakan-rakan anda. Ia juga akan 
memastikan anda berada atas landasan yang betul. Jika sukar bagi 
anda untuk menetapkan masa bertemu dengan ahli kumpulan anda, 
gunakan forum perbincangan dalam talian menerusi myVLE. 
(b) Ingatkan Konsep atau Idea Penting 
Proses ulang kaji tidak lengkap tanpa menghafal elemen penting dan 
butirannya. Anda perlu memahami fakta, mengungkap idea dan konsep 
utama. Salah satu cara untuk menghafal fakta dan formula adalah dengan 
membuat senarai dan cuba untuk terus menulisnya. Kenal pasti apa yang 
anda terlepas pandang. Sekiranya anda yang mempunyai masalah dalam 
mengingat apa yang anda baca, anda perlu lebih tekun. Terdapat beberapa 
cara yang boleh membantu anda menghafal fakta. Berikut adalah beberapa 
tip am untuk meningkatkan kemahiran hafalan. Satu alat yang boleh anda 
gunakan untuk membantu anda mengingati senarai perkara yang sukar 
adalah mnemonik. 
(i) Tip-tip untuk Meningkatkan Kemahiran Hafalan 
Penghafalan boleh dikatakan bahagian yang paling penting di 
peringkat semakan. Ia juga perkara yang paling penting untuk diingat. 
Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu meningkatkan 
kemahiran hafalan anda. 
 Fahami Bahan 
Belajar konsep umum sebelum berganjak kepada sesuatu yang 
khusus. Dengan memahami konsep umum, ia akan menjadi lebih 
mudah bagi anda untuk mengaitkan konsep utama kepada 
pecahan-pecahan. Cuba gunakan teknik SQ3R untuk membaca 
dalam membantu anda menguasai kandungan yang lebih baik.
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA  
147 
 Hafal Melalui Kesatuan dengan Pengalaman Hidup Anda Sendiri 
Kaitkan bahan yang anda pelajari dengan sebarang peristiwa 
dalam kehidupan anda. Ini akan membuatkan anda lebih 
cenderung untuk ingat dan ia akan terpahat dalam memori anda 
untuk tempoh yang sangat lama. 
 Kesantaian 
Selain mengaitkan idea-idea utama kepada pengalaman hidup 
anda sendiri, anda juga boleh mereka cerita mengenai suatu fakta 
atau bahan tertentu. Cuba kaitkan fakta atau idea dengan muzik, 
imej atau apa-apa yang anda suka. Cerita yang anda reka perlu 
logik tetapi boleh lucu dan tidak serius. 
 Memori Visual 
Kebanyakan kita yang cemerlang mampu menyerap segala 
maklumat dan fakta dalam bentuk kod visual. Terdapat banyak 
cara maklumat visualisasi. Sebagai contoh, anda boleh melukis 
gambar rajah, jadual, gambar, kartun, graf dan sebagainya. Dengan 
cara ini, anda mampu mengeluarkan dan mengetengahkan perkara 
utama yang penting dan melihat hubungan antara topik dan idea. 
Memori visual boleh menjadi semudah menulis ayat atau 
kenyataan atau melukis peta minda. Pada sebahagian topik, 
adalah mustahil untuk anda melukis gambar atau graf dalam 
mewakili bahan-bahan secara visual. Menulis satu kenyataan, 
teori atau formula, mengulanginya dan membacanya sekali lagi 
akan membantu anda mengingatinya semula. 
 Berbicara dengan Bahan yang Ingin Diingat 
Apabila anda cuba menghafal sesuatu, ia adalah lebih baik jika 
anda boleh berbicara mengenainya dan sebaiknya dengan kuat. 
Pastikan tempat belajar anda adalah jauh daripada orang lain. 
Anda boleh mengulangi maklumat dalam nota atau 
menggunakan perkataan anda sendiri untuk menjelaskannya. 
Anda juga boleh mengadakan perbincangan berkumpulan. Satu 
cara lain yang untuk meningkatkan daya ingatan anda adalah 
dengan mengajar orang lain tentang topik tersebut. Jika anda 
tidak mempunyai sesiapa untuk mengajar, hanya bertindak 
sebagai seorang guru. Dengan cara ini, anda akan mendapat 
pemahaman yang mendalam tentang topik dan menemukan 
ikhtiar supaya anda perlu bekerja kuat.
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 
148 
(ii) Gunakan Mnemonik untuk Meningkatkan Kemahiran Hafalan 
Mnemonik adalah alat seperti sajak, formula atau singkatan untuk 
membantu anda mengingati fakta atau idea. Salah satu contoh yang 
paling popular bagi mnemonik adalah singkatan. Singkatan adalah 
perkataan atau nama yang terbentuk daripada huruf; kata-kata yang 
berkaitan dalam beberapa cara. „UNESCO‰ dan „ASEAN‰ adalah 
contoh-contoh akronim. 
Menggunakan singkatan adalah salah satu kaedah terbaik untuk 
membantu anda untuk mengingati senarai nama yang sukar anda 
hafal dalam keadaan biasa. Sebagai contoh, HOMES ialah singkatan 
untuk lima tasik-tasik besar di Amerika Utara iaitu Huron, Ontario, 
Michigan, Erie dan Superior seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 
6.3. 
Rajah 6.3: Tasik-tasik besar Amerika Utara 
Namun, penggunaan akronim mungkin tidak sesuai selalu. Ini boleh dilihat di 
dalam contoh berikut. Maka, mungkin anda perlu menggunakan mnemonik 
nyata. Kita cuba pula mempelajari hukum mnemonik dengan senarai sembilan 
planet yang disenaraikan berikut. Senarai ini disusun daripada yang terdekat 
kepada yang paling jauh dari matahari iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, 
Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto. Jika anda menggunakan kaedah 
mnemonik, singkatan MVEMJSUNP adalah tidak masuk akal sama sekali. 
Oleh itu, anda perlu menggunakan mnemonik ayat. Sebagai contoh, „Muzik 
Violin Elok Main Jika Suka Naik Pentas‰. Bukankah ini lebih mudah untuk 
mengingat. Jika perlu, anda boleh gunakan kaedah ini untuk senarai sukar untuk 
di ingat.
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA  
149 
6.2.3 Amalan Menjawab Soalan 
Proses ulang kaji tidak lengkap tanpa menggunakan pengetahuan yang telah 
anda pelajari. Salah satu cara terbaik bagi anda untuk menggunakan konsep 
utama yang anda telah fahami adalah dengan mengamalkan soalan. Dengan cara 
ini, anda boleh mengukur prestasi dan pencapaian anda. 
Gunakan kertas peperiksaan lalu. Ini akan memberikan anda idea bentuk soalan 
yang akan tampil dan apa jenis soalan yang akan ditanya. Walaupun format 
soalan telah berubah, kertas peperiksaan yang lepas boleh digunakan sebagai 
penilaian sendiri untuk membina contoh sebelum peperiksaan. 
6.2.4 Jadual Perancangan 
Dalam persediaan untuk penilaian, selain mengumpulkan nota, menyemak dan 
menghafal, anda perlu merancang dan menjadualkan proses persediaan anda. 
Pelan yang konsisten dan realistik adalah penting. Pecahkan masa ulangkaji 
anda kepada waktu yang singkat, misalnya, 50 minit setiap sesi. Anda juga perlu 
memperuntukan waktu rehat mungkin dalam sepuluh minit dan bergilir dalam 
sesi perbincangan tentang topik dan subjek berbeza penting untuk mengelakkan 
kebosanan. 
PERSEDIAAN ASAS UNTUK PEPERIKSAAN 
6.3 
Walaupun anda sudah bersedia dengan pengetahuan, amalan dan ulangkaji, 
anda perlu ingat persediaan asas untuk peperiksaan, iaitu: 
(a) Tidur nyenyak pada waktu malam sebelum peperiksaan. 
(b) Menepati masa. Mengetahui masa dan tempat peperiksaan, periksa masa 
dan tempat beberapa hari sebelumnya untuk memastikan anda tahu 
lokasinya. Datang awal dan biasakan diri dengan persekitaran. 
(c) Ketahui apa yang anda perlu bawa dan tidak boleh bawa ke dalam dewan 
peperiksaan. Jangan bawa nota dan buku jika ia tidak merupakan satu 
peperiksaan buka buku. Jangan tulis nota pada tapak tangan anda. Anda 
akan dituduh menipu. 
(d) Pastikan semua pensel anda tajam dan pen anda berfungsi. Bawa bersama 
semua alat tulis yang diperlukan dan peralatan matematik serta kalkulator 
jika anda perlu menggunakannya.
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 
150 
Lukis satu peta minda menggambarkan bagaimana kamu menyiapkan 
diri dalam menghadapi penilaian dengan efektif. 
JENIS-JENIS SOALAN PENILAIAN 
Anda kini sedar bahawa anda akan diuji dalam empat mod: ujian, tugasan, 
penyertaan dalam talian dan peperiksaan. Terdapat beberapa jenis soalan yang 
boleh dikategorikan kepada jenis objektif seperti betul-salah, pilihan, pelbagai, 
padanan, isi tempat kosong dan jenis subjektif, contohnya esei. Dalam bahagian-bahagian 
berikut, kami akan membincangkan cara-cara untuk menjawab setiap 
jenis soalan. 
6.4.1 Soalan Objektif 
Terdapat tiga jenis biasa soalan objektif: 
(a) Soalan Betul-Salah 
Soalan betul-salah membentangkan satu kenyataan dan anda mesti 
memutuskan sama ada ia betul atau salah. Ini menguji pengetahuan anda 
tentang fakta. Soalan betul-salah amat mengelirukan. Anda perlu membaca 
dengan teliti setiap kenyataan dan memutuskan sama ada ia betul atau 
salah. Kemungkinan betul ialah 50:50. Berikut adalah contoh soalan betul-salah: 
Betul 
Salah 
Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 
Berikut adalah beberapa tip untuk menjawab soalan betul-salah: 
(i) Anggap Benar 
Jika anda tidak pasti sama ada satu kenyataan yang betul atau salah, 
anggap ia benar. Ini kerana satu set soalan yang betul-salah 
cenderung untuk merangkumi lebih banyak kenyataan yang betul 
daripada yang salah. 
6.4 
AKTIVITI 6.1
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA  
151 
(ii) Mod Melampau Biasanya Salah 
Sesuatu pernyataan dalam mod yang melampau seperti selalu, semua 
dan tidak pernah biasanya adalah kenyataan salah. Ini kerana ia 
biasanya membayangkan tiada pengecualian. Berikut adalah contoh 
satu kenyataan mod melampau: 
Betul 
Salah 
Pasangan kembar selalunya adalah jantina yang 
sama. 
(iii) Pembahagian Selalunya Betul 
Satu kenyataan yang melibatkan pembahagian seperti sesetengah, 
kerap, ramai atau kadang-kadang biasanya betul. Berikut adalah 
contoh satu kenyataan dengan pembahagian. 
Betul 
Salah 
Sesetengah pasangan kembar adalah jantina yang 
sama. 
(iv) Pernyataan yang Menyeluruh Mesti Betul 
Bagi satu pernyataan yang benar, maka ia mestilah benar dan 
menyeluruh. Jika mana-mana bahagian pernyataan adalah salah, 
maka ia adalah salah. 
(v) Mengenal Pasti Kata Kunci 
Kenal pasti kata kunci dan frasa kerana ini akan membantu anda 
menentukan sama ada ia betul atau salah. 
(vi) Beri Perhatian kepada Perkataan Negatif 
Kenyataan yang mengandungi kata-kata negatif sering rumit dan 
memerlukan perhatian teliti. Dinasihatkan untuk anda menyerlahkan 
perkataan negatif dan membaca kenyataan tersebut beberapa kali. 
Berikut adalah contoh satu kenyataan betul-salah yang berkait dengan 
perkataan negatif. 
Betul Salah 
Sesuatu yang memeranjatkan adalah sesuatu yang bukan di luar 
jangkaan. 
(Ini bermakna bahawa sesuatu yang memeranjatkan adalah sesuatu 
yang di dalam jangkaan. Oleh itu, jawapannya adalah Salah).
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 
152 
AKTIVITI 6.2 
Jawab soalan-soalan Betul-Salah berikut. Terangkan sebab anda pilih setiap 
jawapan. 
 B  S Pembelajaran dalam kumpulan sahaja yang boleh 
merangsang kuasa mengingat. 
 B  S Sesetengah individu suka belajar ikut cara sendiri. 
 B  S Bukan cara yang betul untuk mencapai kejayaan dengan 
belajar pada saat-saat terakhir. 
 B  S Pelajar perempuan lebih cerdik daripada pelajar lelaki. 
 B  S Anda tidak sewajarnya belajar selepas makan. 
(b) Soalan Aneka Pilihan 
Satu lagi soalan jenis objektif ialah soalan aneka pilihan. Soalan aneka 
pilihan terdiri daripada kenyataan yang tidak lengkap atau soalan yang 
diikuti oleh tiga hingga lima jawapan pelengkap. Ia adalah jenis soalan 
yang popular. 
Dua contoh soalan aneka pilihan ialah seperti berikut: 
1. Malaysia mencapai kemerdekaan pada 
A. 31 Ogos 1974 
B. 31 Ogos 1955 
C. 31 Ogos 1957 
D. 31 Ogos 1956 
2. Pilih buah-buahan tempatan Malaysia 
I. Durian 
II. Epal 
III. Mangga 
IV. Nenas 
A. I dan II 
B. II dan IV 
C. I, II, II dan IV 
D. I, III dan IV
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA  
153 
Berikut adalah beberapa tip untuk menjawab soalan aneka pilihan: 
(i) Pilih Jawapan Tepat 
Baca soalan dan semua pilihan yang diberikan sebelum memilih 
jawapan. Ingat, dalam soalan aneka pilihan, anda perlu memilih 
jawapan yang tepat sahaja. Semua jawapan mungkin betul tetapi 
hanya satu jawapan yang tepat (lihat contoh berikut): 
Sebagai seorang pelajar, anda perlu ................ untuk memastikan anda 
cemerlang dalam peperiksaan. 
A. makanan berkhasiat 
B. buku 
C. masa 
D. mengulang kaji 
Untuk soalan di atas, semua pilihan jawapan yang mungkin tetapi 
jawapan yang terbaik adalah D. 
(ii) Hapuskan Jawapan Salah 
Mulakan dengan mengenal pasti jawapan yang salah dan bukannya 
mencari yang betul. Jika anda pasti bahawa sesuatu jawapan adalah 
salah, gugurkannya. Ini boleh membantu anda untuk mengenal pasti 
jawapan yang tepat. Sebagai contoh: 
Untuk membolehkan anda dihubungkan dengan Internet, anda perlu 
................. 
A. memantau 
B. Adobe Acrobat Reader® 
C. wayar telefon 
D. modem 
Untuk soalan ini, anda menghapuskan jawapan yang salah, misalnya 
pilihan jawapan A, B dan C. Jawapan yang tepat ialah D. 
(iii) Kenal Pasti Setiap Pilihan Seperti Soalan Betul-Salah 
Kaitkan item dengan setiap jawapan yang mungkin. Kemudian, 
kaitkan setiap item sebagai soalan betul-salah. Dengan memeriksa 
setiap pernyataan yang berasingan sebagai betul atau salah, anda boleh 
kenal pasti jawapan yang tepat.
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 
154 
(iv) Berhati-hati dengan „Semua di atas‰ dan „Tiada di atas‰ 
Berikan perhatian tambahan untuk „semua di atas‰, „tiada di atas‰. 
Salah satu penyata boleh menjadi jawapan yang mungkin. Jika anda 
boleh kenal pasti satu jawapan yang salah, anda secara automatik 
boleh menghapuskan „semua di atas‰ dalam jawapan. Jika anda 
berfikir bahawa dua daripada tiga jawapan adalah betul, daripada 
semua di atas mungkin betul. Walau bagaimanapun, jika anda pasti 
sekurang-kurangnya satu jawapan adalah betul, maka anda boleh 
menghapuskan „tiada di atas‰. Berikut adalah dua contoh soalan 
pelbagai pilihan dengan „semua di atas‰ dan „tiada di atas‰ dan 
jawapan yang mungkin. 
1. Perak digunakan untuk membuat .......... 
I. Pisau dan garfu 
II. Barang kemas 
III. Filem untuk fotografi 
A. I sahaja 
B. I dan II sahaja 
C. II dan III sahaja 
D. Semua di atas 
Jelas bahawa filem untuk fotografi bukan diperbuat daripada 
perak. Jawapan yang tepat ialah B. 
2. Mesin pencetak menghasilkan: 
A. Salinan keras 
B. Salinan lembut 
C. Salinan keras dan salinan lembut 
D. Tiada di atas 
Dalam soalan ini, pilihan D boleh dibuang kerana jelas mesin 
pencetak menghasilkan salinan keras. 
(c) Soalan Isikan Tempat Kosong 
Ini merupakan jenis soalan yang berbeza daripada soalan-soalan yang 
betul-salah dan aneka pilihan kerana anda tidak mempunyai pilihan 
jawapan dalam soalan itu sendiri. Jurang antara soalan memerlukan 
jawapan yang sangat pendek dan biasanya senarai jawapan disediakan. 
Anda perlu memilih jawapan yang paling sesuai dan tepat untuk ruang 
kosong dalam satu kenyataan soalan. Contoh berikut menunjukkan jenis 
soalan ini.
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA  
155 
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 
(Kuala Lumpur, mamalia, keempat) 
1. ................ ialah ibu negara Malaysia. 
2. Tun Dr Mahathir Mohamad ialah Perdana Menteri Malaysia yang 
................ 
3. Kucing ialah contoh seekor ................ 
SEMAK KENDIRI 6.1 
Senaraikan ciri-ciri penting dalam: 
(a) Soalan betul-salah; 
(b) Soalan aneka pilihan; dan 
(c) Soalan isikan tempat kosong. 
6.4.2 Soalan Subjektif 
Soalan jenis subjektif biasanya berbentuk esei. Sesetengah pelajar menghadapi 
kesukaran untuk menjawab soalan jenis ini kerana tiada jawapan. Walau 
bagaimanapun, jenis soalan ini boleh menjadi agak sukar kerana terdapat begitu 
banyak pendekatan untuk menjawabnya. Anda perlu membaca dan bersedia 
untuk menjawab soalan-soalan ini. Di OUM, kertas peperiksaan dibahagikan 
kepada dua bahagian, A dan B, di mana Bahagian B terdiri daripada soalan 
subjektif. Berikut adalah contoh sebahagian soalan dalam Seksyen B Prinsip 
Teknologi Pengajaran. Hanya tiga soalan yang perlu dijawab.
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 
156 
SEKSYEN B 
Arahan: Jawab tiga soalan sahaja. 
Soalan 1 
Terangkan secara ringkas perkara berikut: 
(a) Warna dipilih berdasarkan fungsinya [7 markah] 
(b) Domain reka bentuk teknologi pada tahun 1977 [7 markah] 
(c) Definisi reka bentuk teknologi dalam konteks tempatan [6 markah] 
[Jumlah: 20 markah] 
Soalan 2 
Seorang guru hendaklah cekap dalam menggunakan teknik-teknik pengajaran 
ketika di dalam bilik darjah. Terangkan langkah-langkah dalam mengaplikasikan 
perbincangan dan kuliah sebagai teknik pengajaran. 
Soalan 3 [Jumlah: 20 markah] 
Soalan 4 [Jumlah: 20 markah] 
Soalan 5 [Jumlah: 20 markah] 
Soalan 6 [Jumlah: 20 markah] 
Berikut adalah beberapa tip menjawab soalan subjektif: 
(a) Baca Arahan 
Baca arahan dengan teliti. Anda perlu jelas akan jumlah soalan yang anda 
perlu jawab. 
(b) Dapatkan Penjelasan 
Selepas membaca soalan, jika anda masih tidak faham mana-mana bahagian 
daripada sesuatu soalan, jangan takut untuk mendapatkan penjelasan. 
(c) Bahagikan Masa Anda Dengan Bijaksana 
Semak markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan dan subsoalan. 
Anda mungkin tidak mahu menulis jawapan satu mukasurat untuk soalan 
yang hanya bernilai tiga markah. 
Sebaliknya, anda mungkin perlu membuat perancangan yang besar untuk 
soalan yang bernilai 15 markah. Bahagikan masa anda dengan bijak.
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA  
157 
(d) Fahami Soalan 
Pastikan yang anda faham kehendak soalan. Baca arahan soalan dengan 
teliti. Silap faham soalan boleh menyebabkan anda memberikan jawapan 
yang salah. 
(e) Ikut Format 
Jika jawapan esei mempunyai format yang telah ditetapkan, ikut atau anda 
mungkin kehilangan markah. Semak dengan tutor anda sebelum 
peperiksaan. 
(f) Menyediakan Rangka dan Mencatat Isu-isu Utama 
Tulis jawapan dengan teratur. Untuk menulis karangan yang baik, anda 
perlu menyusun esei anda supaya ia mempunyai pengenalan, badan 
kandungan dan kesimpulan. Catatkan poin utama, idea, kata kunci serta 
bahan sokongan dalam setiap bahagian esei. Anda boleh menggunakan 
kaedah mnemonik, graf, peta minda dan sebagainya. Kenal pasti isi utama 
yang boleh anda fikirkan dan cuba kaitkannya dengan idea utama. Sebagai 
contoh, jika topik adalah: 
„Bincangkan Kelebihan Pembelajaran Terbuka dan Jarak‰, berikut boleh 
dijadikan poin utama dan sub poin: 
Poin Utama Subpoin 
Pendidikan jarak jauh Berikan definisi/terangkan. 
Kelebihan Pembelajaran yang fleksibel, pembelajaran diurus sendiri, 
pendidikan yang disediakan kepada semua berbanding 
dengan penyampaian pembelajaran tradisional, bahan yang 
digunakan, cara pembelajaran, sikap, sumber manusia, dan 
kaedah pembelajaran yang baharu. 
Pembelajaran Pembelajaran secara tradisional, kaedah pembelajaran baru.
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 
158 
Mulakan dengan pengenalan yang komprehensif dan akhiri dengan kesimpulan 
yang bernas. 
Pengenalan Definisi pendidikan terbuka dan jarak jauh dan terangkan kepentingan 
pendidikan tersebut. 
Isi 
Terangkan bagaimana pendidikan terbuka dan jarak jauh dijalankan. 
Nyatakan perbezaan antara pendidikan terbuka dan jarak jauh dengan 
pendidikan tradisional berdasarkan kepada perkara berikut: penghantaran, 
bahan pembelajaran, cara pembelajaran, perangai, sumber manusia dan 
sebagainya. Terangkan bagaimana untuk memperbaiki pendidikan terbuka 
dan jarak jauh supaya ia dapat diterima dan kebaikan yang boleh diperoleh 
darinya. 
Penutup 
Berdasarkan kepada kebaikan daripada pendidikan terbuka dan jarak jauh, 
anda mungkin boleh mencadangkan supaya ia diambil dan digunakan oleh 
universiti-universiti lain termasuk universiti tradisional. 
(g) Tulisan Tangan yang Kemas 
Pastikan bahawa tulisan tangan anda adalah kemas dan mudah dibaca. 
(h) Satu Perenggan untuk SetiapIsi 
Gunakan satu perenggan untuk membincangkan setiap isi baharu. Setiap 
perenggan mesti mempunyai: 
 Isi Utama 
Ini adalah kenyataan yang menerangkan idea utama. 
 Isi Sokongan 
Anda perlu bahan yang boleh mengukuhkan idea utama. Cara yang 
paling biasa untuk melakukannya adalah dengan mempamerkan atau 
menerangkan satu contoh yang boleh terus menyokong poin utama. 
(i) Jangan Menjawab Soalan Tambahan 
Sesetengah pelajar yang mempunyai lebih masa cenderung untuk 
menjawab soalan-soalan tambahan. Dengan cara ini, anda akan membuang 
masa anda. Sebaliknya, ia adalah lebih baik jika anda menyemak esei yang 
anda telah tulis. Jangan jawab soalan tambahan kerana dalam kebanyakan 
kes, pemeriksa anda hanya akan mengabaikannya. 
(j) Semak Jawapan Anda 
Semak jawapan anda sebelum dikutip oleh pengawas. Mungkin ada 
beberapa kesilapan kecil yang boleh diperbetulkan. 
Jadual 6.2 menjelaskan contoh panduan beberapa perkataan yang sesuai 
digunakan dalam soalan esei.
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA  
159 
Jadual 6.2: Panduan Perkataan yang Digunakan dalam Soalan Esei 
Panduan 
Perkataan Makna Sampel Soalan Esei 
Bincang  Tulis sebanyak mungkin.  Bincangkan kemahiran ambilan 
ujian. 
Huraikan  Tulis sebanyak mungkin. 
 Tulis tentang subjek supaya 
diperhatikan. 
 Huraikan kehidupan awal 
keluarga di Malaysia. 
 Huraikan pemakanan seimbang. 
Jelaskan  Tulis sebanyak mungkin. 
 Bincangkan sebab-sebab. 
 Jelaskan sistem demokrasi. 
 Huraikan sebab-sebab Malaya 
terlibat dalam Perang Dunia 
Kedua. 
Bandingkan  Bincang persamaan dan perbezaan.  Bandingkan demokrasi dengan 
komunis. 
Bezakan  Bincangkan perbezaan.  Bezakan antara demokrasi 
dengan liberalisasi. 
Mengkritik/ 
Menilai 
 Bincangkan baik dan buruk sesuatu 
isi dan rumuskan secara asas 
tentang kebaikan dan keburukan. 
 Kritik hukuman bunuh dalam 
undang-undang jenayah. 
Justifikasikan  Bincangkan baik dan buruk sesuatu 
isi dan rumuskan secara asas 
tentang kebaikan dan keburukan. 
 Justifikasikan pendirian Amerika 
Syarikat terhadap Perang Iraq. 
Rajah  Lukis gambar dan labelkan 
bahagian-bahagian. 
 Kaitkan gambar dengan bahagian 
organ manusia. 
Ilustrasi  Lukis gambar dan labelkan. 
 Berikan huraian yang panjang 
terhadap contoh bahagian. 
 Ilustrasikan penggunaan telefon 
bimbit. 
Bancikan  Berikan senarai bernombor.  Huraikan kebaikan dan 
keburukan tabiat pemakanan. 
Senaraikan  Berikan senarai bernombor.  Senaraikan perangai baik majikan 
efektif. 
Kerangkakan  Berikan senarai nombor yang 
tersusun. 
 Kerangkakan etika dalam 
kewartawanan. 
Simpulkan  Nyatakan secara ringkas.  Simpulkan kecemerlangan 
Perdana Menteri, Tun Dr. 
Mahathir Mohamad. 
Pengertian 
Hubungkan 
 Berikan makna. 
 Bincangkan hubungan antara atau 
dalam topik. 
 Huraikan psychopath. 
 Kaitkan merokok dengan gaya 
hidup. 
Kenal pasti  Bincang secara logik dalam susunan 
yang berkronologi. 
 Kenal pasti punca-punca Amerika 
Syarikat menyerang Iraq.
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 
160 
AKTIVITI 6.3 
Baca penerangan berikut. Senaraikan idea utama, idea sokongan dan 
kesimpulan. 
„Kaedah penilaian dalam persekitaran pendidikan terbuka dan jarak jauh 
adalah berbeza dengan persekitaran kampus tradisional‰. 
Banding dan bezakan kaedah penilaian ini bagi pembelajaran kedua-dua 
persekitaran. 
MELAKSANAKAN TUGASAN 
6.5 
Tugasan merupakan sebahagian penting daripada pendidikan di universiti. 
Membuat tugasan akan memberikan anda peluang untuk mempraktikkan 
kemahiran anda dalam menilai bukti, membangunkan dan menilai hujah-hujah 
dan memberikan pandangan anda. Di OUM, anda akan dikehendaki membuat 
satu tugasan bagi setiap kursus dalam satu semester. 
Antara faedah tugasan adalah: 
(a) Menggalakkan pembelajaran aktif; 
(b) Membenarkan anda untuk menyatakan fikiran anda sendiri; dan 
(c) Menilai tahap pemahaman terhadap subjek anda. 
Di dalam Topik 5, anda diberikan garis panduan tentang cara untuk menstrukturkan 
dan menulis tugasan anda. 
6.5.1 Elakkan Plagiat 
Tugasan anda mestilah dilakukan sendiri. OUM tidak akan bertolak ansur 
dengan plagiarisme. Subtopik 6.8 memberikan maklumat lanjut mengenai etika 
penilaian.
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA  
161 
6.5.2 Perbaiki Tugasan Anda 
Cuba memperbaiki tugasan anda bila boleh. Selepas mendapat maklum balas 
tugasan daripada tutor, ambil perhatian terhadap komen tutor anda dan 
gunakan maklum balas yang diterima untuk memperbaiki tugasan anda yang 
seterusnya. 
MENJALANI UJIAN 
6.6 
Ujian akan dilangsungkan pada akhir tutorial kedua dan keempat pada semester 
panjang dan pada akhir tutorial ketiga dalam semester pendek. Bergantung 
kepada kursus, anda mungkin diberikan dua ujian. Ujian-ujian mewakili kira-kira 
25 peratus daripada jumlah gred kursus anda. Tujuan ujian adalah untuk 
menguji kefahaman anda tentang unit tertentu. 
Ujian berdasarkan bentuk berikut: 
(a) Soalan Betul-Salah; 
(b) Soalan aneka pilihan; 
(c) Padanan soalan; dan 
(d) Soalan berstruktur. 
Butir-butir tentang cara untuk menjawab jenis soalan ini adalah dalam Seksyen 6.4. 
AKTIVITI 6.4 
Buat satu pelan tindakan bagaimana untuk berjaya di dalam kuiz. 
PENYERTAAN DALAM PERBINCANGAN 
DALAM TALIAN 
6.7 
Sistem Pengurusan Pembelajaran OUM (myVLE) membolehkan anda dan tutor 
anda berinteraksi di dalam kelas maya, selain berkongsi dalam membincangkan 
perkara-perkara yang berkaitan dengan kursus anda dengan cara yang padu. 
MyVLE membolehkan anda untuk menjalankan pelbagai aktiviti pembelajaran 
di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 
162 
Bergantung kepada kursus ini, anda akan diberikan antara 5 dan 10 peratus 
daripada jumlah gred untuk mengambil bahagian dalam perbincangan dalam 
talian. 
Dalam usaha untuk mencapai markah yang baik, anda harus: 
(a) Mempunyai akses kepada myVLE  Jika anda tidak mempunyai akses 
kepada maklumat itu, runding dengan pentadbir tempatan anda atau Pusat 
Pembelajaran OUM. 
(b) Pengguna biasa dengan myVLE  Berkongsi pengalaman dengan rakan 
kursus dan tutor anda, selain mendaftar untuk kelas. 
(c) Sediakan soalan yang baik untuk perbincangan  Anda atau tutor anda 
boleh bangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan kursus ini kerana ini akan 
membantu anda memahami kursus dengan lebih baik. 
(d) Ambil bahagian dalam perbincangan dalam talian dengan kerap selain 
daripada mengemukakan pertanyaan. Anda juga digalakkan untuk 
membincangkan soalan-soalan yang diberikan oleh rakan kursus anda. 
Anda perlu menjadi positif tentang melanjutkan pembelajaran anda. Pembelajaran 
adalah, „satu proses yang berterusan dan tiada siapa dapat menghalang walaupun 
mereka mahu‰. 
Rujuk Topik 2 untuk maklumat lebih lanjut mengenai myVLE. 
ETIKA 
6.8 
Apakah yang anda faham dengan perkataan „etika‰? Adakah ini peraturan-peraturan 
yang anda mesti ikuti? Atau adakah ini nilai-nilai moral? Menurut 
wordreference.com, etika merupakan: 
„The philosophical study of the moral value of human conduct and of 
the rules and principles that ought to govern it.‰ 
Berdasarkan definisi tersebut, kita dapat melihat bahawa etika adalah mengenai 
moral berdasarkan standard kelakuan yang menunjukkan cara seseorang perlu 
berkelakuan berpandukan tugas dan nilai-nilai moral. Ia adalah berdasarkan 
keputusan peribadi, nilai-nilai universal atau kewajipan etika yang ditentukan 
oleh masyarakat.
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA  
163 
Dalam konteks peperiksaan, etika merujuk kepada satu set nilai dan standard 
yang memberikan petunjuk tindakan, pemikiran dan kata-kata anda sebelum 
atau semasa peperiksaan. Boleh dikatakan terdapat banyak nilai yang berbeza 
berkaitan dengan tingkah laku yang betul atau salah semasa peperiksaan. Kita 
akan melihat beberapa larangan etika yang diterima secara universal yang 
berkaitan dengan peperiksaan. Ini adalah seperti berikut: 
(a) Menyalin kerja pelajar lain; 
(b) Membenarkan pelajar lain untuk menyalin kerja anda; 
(c) Memiliki nota yang tidak dibenarkan, lembaran, sumber tambahan 
maklumat atau bahan-bahan lain yang tidak dibenarkan oleh OUM; 
(d) Mengambil atau cuba untuk mengambil peperiksaan bagi pelajar lain atau 
mendapatkan seseorang untuk melakukan perkara yang sama untuk anda; 
(e) Mengubah atau memalsukan keputusan peperiksaan; 
(f) Menggunakan, mendapatkan atau cuba mendapatkan mana-mana bahagian 
atau keseluruhan mana-mana kertas peperiksaan yang masih belum 
ditadbir. 
Etika dalam Penulisan Tesis, Esei dan Tugasan 
Berikut adalah beberapa garis panduan bagi tatalaku beretika dalam menulis tesis, 
esei dan tugasan yang diakses semula dari http://www.student.unsw.edu. au. 
(a) Nyatakan sumber yang diterbitkan (termasuk di mana berkenaan, yang 
disiarkan secara elektronik) untuk mengakui pencetus idea yang anda 
kembangkan dan akui sumber petikan. 
(b) Rujuk kepada atau gunakan bahan-bahan ilmiah yang tidak diterbitkan 
hanya dengan keizinan penulis dan akui sumber bahan-bahan jika keizinan 
itu diberikan. 
(c) Elakkan plagiarisme dalam kerja anda. 
(d) Pastikan bahawa penggunaan bahan-bahan ilmiah tidak menyebabkan 
halangan akses oleh orang lain, khususnya, tempat bahan-bahan tersebut 
diperoleh sama ada di dalam perpustakaan atau pusat penyelidikan 
universiti. 
(e) Jangan berikan gambaran palsu tentang pandangan penulis sama ada 
melalui petikan yang ditapis atau komen yang mengelirukan.
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 
164 
(f) Dapatkan akses bagi bahan-bahan ilmiah yang anda tahu supaya anda 
berhak atau diberikan kuasa, dan jangan cuba mengakses bahan-bahan 
yang anda tahu anda tidak berhak atau tidak dibenarkan (contohnya, 
menerusi penggodaman komputer). 
(g) Hormati hak-hak penulis lain dan jangan salahgunakan rekod digital (sama 
ada dalam bentuk teks, imej, bunyi, atau format lain) di mana penulis 
mempunyai hak cipta dan/atau telah menegaskan hak moral pemilikan. 
(h) Elakkan daripada memanipulasikan rekod digital (sama ada dalam bentuk 
teks, imej, bunyi, atau format lain), sama ada dalam konteks asal mereka 
atau dalam konteks yang berbeza, untuk mengelirukan audiens. 
AKTIVITI 6.5 
Baca senario berikut. Tentukan keputusan beretika yang anda perlu 
lakukan untuk setiap senario. Jelaskan jawapan anda. 
(a) Rakan-rakan anda memberitahu anda bahawa tutor anda ada 
menjual kertas peperiksaan untuk ujian pada minggu depan. 
Adakah anda akan pergi mendapatkan kertas peperiksaan tersebut 
daripada tutor itu atau melaporkannya kepada dekan? 
(b) Semasa melayari Internet, anda mencari tugasan yang mempunyai 
topik yang serupa dengan penyelidikan yang sedang anda lakukan. 
Adakah anda akan menyalin seluruh tugasan tersebut untuk 
membentangkannya sebagai idea anda sendiri atau petik dan 
masukkan sebagai salah satu rujukan anda? 
(c) Anda mendapat tahu bahawa salah seorang rakan anda membawa 
nota ke dalam dewan peperiksaan semasa peperiksaan. Adakah 
anda melaporkan kepada pengawas peperiksaan atau hanya 
mengabaikan perbuatan itu? 
(d) Anda tahu bahawa tutor anda tidak pernah mengajar di dalam 
kelas. Sebaliknya, tutor membiarkan pelajar melakukan apa-apa 
sahaja yang disukai dan berjanji untuk memberikan markah penuh 
untuk komitmen kelas dan kehadiran. Apakah yang akan kamu 
lakukan?
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA  
165 
 Jenis-jenis penilaian yang akan digunakan untuk menilai prestasi anda 
adalah peperiksaan, tugasan, ujian dan penilaian dalam talian. 
 Amalkan langkah-langkah yang digariskan dalam topik ini untuk menyediakan 
diri anda untuk penilaian. 
 Biasakan diri dengan pelbagai jenis soalan dan gaya jawapan. 
 Jalani penilaian anda dengan berpandukan etika. 
Akronim 
Esei 
Mnemonik 
Penilaian 
Penilaian berterusan 
Singkatan 
Soalan objektif 
Soalan subjektif 
Ujian
TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 
166 
LAMPIRAN 6.1

More Related Content

What's hot

Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajarModul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
Mohamad Saad Mohamad Nain
 
4. penerapan strategi pembelajaran aktif
4. penerapan strategi pembelajaran aktif4. penerapan strategi pembelajaran aktif
4. penerapan strategi pembelajaran aktif
Asep Hidayat
 
2. aplikasi paikem
2. aplikasi paikem2. aplikasi paikem
2. aplikasi paikemNurul Ihwan
 
Strategi sukses di_kampus2
Strategi sukses di_kampus2Strategi sukses di_kampus2
Strategi sukses di_kampus2
NANANGFAISOL
 
Pengertian hidup hemat
Pengertian hidup hematPengertian hidup hemat
Pengertian hidup hemat
Imam Sofwan
 
Writing training material from craig handbook
Writing training material from craig handbookWriting training material from craig handbook
Writing training material from craig handbookChoirin Asfiani
 
Rpl ti dlm bk belajar
Rpl ti dlm bk belajarRpl ti dlm bk belajar
Rpl ti dlm bk belajar
yuni wustoharo
 
Model Pembelajaran
Model PembelajaranModel Pembelajaran
Model Pembelajaran
Reza S
 
Strategi sukses dikampus
Strategi sukses dikampusStrategi sukses dikampus
Strategi sukses dikampus
Wawan Setiawan
 
Model model
Model modelModel model
Model model
yusuf ht
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajar
share with me
 
3. belajar efektif (amat setiawan)
3. belajar efektif (amat setiawan)3. belajar efektif (amat setiawan)
3. belajar efektif (amat setiawan)
SMAN 1 WANASALAM
 
Materi model model pembelajaran
Materi model model pembelajaranMateri model model pembelajaran
Materi model model pembelajaran
Ismail Rajadaeng
 
Tugas bahasa indonesia (tips hebat belajar akuntansi)
Tugas bahasa indonesia (tips hebat belajar akuntansi)Tugas bahasa indonesia (tips hebat belajar akuntansi)
Tugas bahasa indonesia (tips hebat belajar akuntansi)
Dian 'pawpaw' Manggiasih
 
mode model_pembelajaran_efektif
mode model_pembelajaran_efektifmode model_pembelajaran_efektif
mode model_pembelajaran_efektif
Fiqih Farah ABa
 
MODEL PEMBELAJARAN UNTUK GURU YANG EFEKTIF
MODEL PEMBELAJARAN UNTUK GURU YANG EFEKTIFMODEL PEMBELAJARAN UNTUK GURU YANG EFEKTIF
MODEL PEMBELAJARAN UNTUK GURU YANG EFEKTIF
hendri maulana
 

What's hot (19)

Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajarModul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
 
4. penerapan strategi pembelajaran aktif
4. penerapan strategi pembelajaran aktif4. penerapan strategi pembelajaran aktif
4. penerapan strategi pembelajaran aktif
 
2. aplikasi paikem
2. aplikasi paikem2. aplikasi paikem
2. aplikasi paikem
 
Strategi sukses di_kampus2
Strategi sukses di_kampus2Strategi sukses di_kampus2
Strategi sukses di_kampus2
 
Pengertian hidup hemat
Pengertian hidup hematPengertian hidup hemat
Pengertian hidup hemat
 
Writing training material from craig handbook
Writing training material from craig handbookWriting training material from craig handbook
Writing training material from craig handbook
 
Rpl ti dlm bk belajar
Rpl ti dlm bk belajarRpl ti dlm bk belajar
Rpl ti dlm bk belajar
 
Model pembelajaran inovatif
Model pembelajaran inovatifModel pembelajaran inovatif
Model pembelajaran inovatif
 
Model Pembelajaran
Model PembelajaranModel Pembelajaran
Model Pembelajaran
 
14
1414
14
 
Strategi sukses dikampus
Strategi sukses dikampusStrategi sukses dikampus
Strategi sukses dikampus
 
Model model
Model modelModel model
Model model
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajar
 
3. belajar efektif (amat setiawan)
3. belajar efektif (amat setiawan)3. belajar efektif (amat setiawan)
3. belajar efektif (amat setiawan)
 
Materi model model pembelajaran
Materi model model pembelajaranMateri model model pembelajaran
Materi model model pembelajaran
 
Tugas bahasa indonesia (tips hebat belajar akuntansi)
Tugas bahasa indonesia (tips hebat belajar akuntansi)Tugas bahasa indonesia (tips hebat belajar akuntansi)
Tugas bahasa indonesia (tips hebat belajar akuntansi)
 
6.aplikasi paikem revisi
6.aplikasi paikem revisi6.aplikasi paikem revisi
6.aplikasi paikem revisi
 
mode model_pembelajaran_efektif
mode model_pembelajaran_efektifmode model_pembelajaran_efektif
mode model_pembelajaran_efektif
 
MODEL PEMBELAJARAN UNTUK GURU YANG EFEKTIF
MODEL PEMBELAJARAN UNTUK GURU YANG EFEKTIFMODEL PEMBELAJARAN UNTUK GURU YANG EFEKTIF
MODEL PEMBELAJARAN UNTUK GURU YANG EFEKTIF
 

Similar to Nota bm topik6 oumh1103

05 panduan pelajar
05 panduan pelajar05 panduan pelajar
05 panduan pelajar
Muhd Sabrie Ali
 
Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103
azman_awan9
 
Fokus masalah
Fokus masalahFokus masalah
Fokus masalahYan Yan
 
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2
Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2一世 一生
 
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
Pejal Ragbi Terengganu
 
Aplikasi teori-belajar
Aplikasi teori-belajarAplikasi teori-belajar
Aplikasi teori-belajar
awalp awalp
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuGman Radziman
 
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2
Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2一世 一生
 
Unit 10 Modul 1 Pendekatan Inkuiri V2
Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2
Unit 10 Modul 1 Pendekatan Inkuiri V2
一世 一生
 
Peer coaching haini 2 terjemahan-edited1
Peer coaching haini 2 terjemahan-edited1Peer coaching haini 2 terjemahan-edited1
Peer coaching haini 2 terjemahan-edited1
Boss
 
Teknik Membaca SQ3R
Teknik Membaca SQ3RTeknik Membaca SQ3R
Teknik Membaca SQ3R
Tian Sarwoyo
 
KB 2 Sistematika Menulis Akademik
KB 2 Sistematika Menulis AkademikKB 2 Sistematika Menulis Akademik
KB 2 Sistematika Menulis Akademik
pjj_kemenkes
 
Buku komunikasi2
Buku komunikasi2Buku komunikasi2
Buku komunikasi2Hasnah Daud
 
Buku komunikasi1
Buku komunikasi1Buku komunikasi1
Buku komunikasi1
Hasnah Daud
 
Unit 0 maklumat kursus
Unit 0 maklumat kursusUnit 0 maklumat kursus
Unit 0 maklumat kursusAminah Rahmat
 
Buku komunikasi
Buku komunikasiBuku komunikasi
Buku komunikasi
Masniah Masri
 
Pembelajaran berbasis masalah
Pembelajaran berbasis masalahPembelajaran berbasis masalah
Pembelajaran berbasis masalah
Ig Fandy Jayanto
 
pengembangan keterampilan membaca
pengembangan keterampilan membacapengembangan keterampilan membaca
pengembangan keterampilan membaca
syafatassya
 

Similar to Nota bm topik6 oumh1103 (20)

05 panduan pelajar
05 panduan pelajar05 panduan pelajar
05 panduan pelajar
 
05 panduan pelajar
05 panduan pelajar05 panduan pelajar
05 panduan pelajar
 
Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103
 
Fokus masalah
Fokus masalahFokus masalah
Fokus masalah
 
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2
Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2
 
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
 
Aplikasi teori-belajar
Aplikasi teori-belajarAplikasi teori-belajar
Aplikasi teori-belajar
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
 
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2
Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2
 
Unit 10 Modul 1 Pendekatan Inkuiri V2
Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2
Unit 10 Modul 1 Pendekatan Inkuiri V2
 
Peer coaching haini 2 terjemahan-edited1
Peer coaching haini 2 terjemahan-edited1Peer coaching haini 2 terjemahan-edited1
Peer coaching haini 2 terjemahan-edited1
 
Teknik Membaca SQ3R
Teknik Membaca SQ3RTeknik Membaca SQ3R
Teknik Membaca SQ3R
 
KB 2 Sistematika Menulis Akademik
KB 2 Sistematika Menulis AkademikKB 2 Sistematika Menulis Akademik
KB 2 Sistematika Menulis Akademik
 
Buku komunikasi2
Buku komunikasi2Buku komunikasi2
Buku komunikasi2
 
Buku komunikasi1
Buku komunikasi1Buku komunikasi1
Buku komunikasi1
 
Pp clara
Pp claraPp clara
Pp clara
 
Unit 0 maklumat kursus
Unit 0 maklumat kursusUnit 0 maklumat kursus
Unit 0 maklumat kursus
 
Buku komunikasi
Buku komunikasiBuku komunikasi
Buku komunikasi
 
Pembelajaran berbasis masalah
Pembelajaran berbasis masalahPembelajaran berbasis masalah
Pembelajaran berbasis masalah
 
pengembangan keterampilan membaca
pengembangan keterampilan membacapengembangan keterampilan membaca
pengembangan keterampilan membaca
 

More from azman_awan9

myPortfolio HRMIS.pdf
myPortfolio HRMIS.pdfmyPortfolio HRMIS.pdf
myPortfolio HRMIS.pdf
azman_awan9
 
TICT #13
TICT #13TICT #13
TICT #13
azman_awan9
 
TICT #11
TICT #11TICT #11
TICT #11
azman_awan9
 
TICT #12
TICT #12 TICT #12
TICT #12
azman_awan9
 
TICT #11
TICT #11 TICT #11
TICT #11
azman_awan9
 
Cara membuat domain filter huawei b618s
Cara membuat domain filter huawei b618s                              Cara membuat domain filter huawei b618s
Cara membuat domain filter huawei b618s
azman_awan9
 
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSOSenarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
azman_awan9
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
azman_awan9
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
azman_awan9
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
azman_awan9
 
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSOHarta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
azman_awan9
 
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSOHarta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
azman_awan9
 
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSOHarta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
azman_awan9
 
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSOHarta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
azman_awan9
 
Manual pengguna-bmt
Manual pengguna-bmtManual pengguna-bmt
Manual pengguna-bmt
azman_awan9
 
Slide tpa 1 pp 2018 baru
Slide tpa 1 pp 2018 baruSlide tpa 1 pp 2018 baru
Slide tpa 1 pp 2018 baru
azman_awan9
 
English negeri
English negeriEnglish negeri
English negeri
azman_awan9
 
English kebangsaan
English kebangsaanEnglish kebangsaan
English kebangsaan
azman_awan9
 
English daerah
English daerahEnglish daerah
English daerah
azman_awan9
 
Math daerah (2)
Math daerah (2)Math daerah (2)
Math daerah (2)
azman_awan9
 

More from azman_awan9 (20)

myPortfolio HRMIS.pdf
myPortfolio HRMIS.pdfmyPortfolio HRMIS.pdf
myPortfolio HRMIS.pdf
 
TICT #13
TICT #13TICT #13
TICT #13
 
TICT #11
TICT #11TICT #11
TICT #11
 
TICT #12
TICT #12 TICT #12
TICT #12
 
TICT #11
TICT #11 TICT #11
TICT #11
 
Cara membuat domain filter huawei b618s
Cara membuat domain filter huawei b618s                              Cara membuat domain filter huawei b618s
Cara membuat domain filter huawei b618s
 
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSOSenarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
 
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSOHarta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
 
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSOHarta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
 
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSOHarta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
 
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSOHarta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
 
Manual pengguna-bmt
Manual pengguna-bmtManual pengguna-bmt
Manual pengguna-bmt
 
Slide tpa 1 pp 2018 baru
Slide tpa 1 pp 2018 baruSlide tpa 1 pp 2018 baru
Slide tpa 1 pp 2018 baru
 
English negeri
English negeriEnglish negeri
English negeri
 
English kebangsaan
English kebangsaanEnglish kebangsaan
English kebangsaan
 
English daerah
English daerahEnglish daerah
English daerah
 
Math daerah (2)
Math daerah (2)Math daerah (2)
Math daerah (2)
 

Recently uploaded

pdf-powerpoint-kesehatan-reproduksi-remaja-ppt-kespro-remaja-_compress (1).pptx
pdf-powerpoint-kesehatan-reproduksi-remaja-ppt-kespro-remaja-_compress (1).pptxpdf-powerpoint-kesehatan-reproduksi-remaja-ppt-kespro-remaja-_compress (1).pptx
pdf-powerpoint-kesehatan-reproduksi-remaja-ppt-kespro-remaja-_compress (1).pptx
vivi211570
 
Tugas 3.1_BAB II_Kelompok 2 Tahap Inquiry .pdf
Tugas 3.1_BAB II_Kelompok 2 Tahap Inquiry .pdfTugas 3.1_BAB II_Kelompok 2 Tahap Inquiry .pdf
Tugas 3.1_BAB II_Kelompok 2 Tahap Inquiry .pdf
SafaAgrita1
 
PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1
PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1
PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1
Arumdwikinasih
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
PAPARAN PELATIHAN SATKAMLING DALAM RANGKA LOMBA.pptx
PAPARAN PELATIHAN SATKAMLING DALAM RANGKA LOMBA.pptxPAPARAN PELATIHAN SATKAMLING DALAM RANGKA LOMBA.pptx
PAPARAN PELATIHAN SATKAMLING DALAM RANGKA LOMBA.pptx
xtemplat
 
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptxPPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
SriKuntjoro1
 
Projek Penguatan Profil Pelajar Pancasila SD.pdf.pdf
Projek Penguatan Profil Pelajar Pancasila SD.pdf.pdfProjek Penguatan Profil Pelajar Pancasila SD.pdf.pdf
Projek Penguatan Profil Pelajar Pancasila SD.pdf.pdf
anikdwihariyanti
 
Aksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru Penggerak
TitisNindiasariAnggr
 
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF (perubahan kecil dengan dampak besar)
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF (perubahan kecil dengan dampak besar)AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF (perubahan kecil dengan dampak besar)
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF (perubahan kecil dengan dampak besar)
juliafnita47
 
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi KomunikasiMateri Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
AdePutraTunggali
 
Menyambut Masyarakat 4.0 dan Indonesia Emas 2045
Menyambut Masyarakat 4.0 dan Indonesia Emas 2045Menyambut Masyarakat 4.0 dan Indonesia Emas 2045
Menyambut Masyarakat 4.0 dan Indonesia Emas 2045
RizkiArdhan
 
Bab 7Korupsi sebagai persoalan moral .pptx
Bab 7Korupsi sebagai persoalan moral  .pptxBab 7Korupsi sebagai persoalan moral  .pptx
Bab 7Korupsi sebagai persoalan moral .pptx
Habibatut Tijani
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
Kanaidi ken
 
REAKSI MASYARAKAT TERHADAP PENJAJAHAN BARAT DI MESIR (2).pptx
REAKSI MASYARAKAT TERHADAP PENJAJAHAN BARAT DI MESIR (2).pptxREAKSI MASYARAKAT TERHADAP PENJAJAHAN BARAT DI MESIR (2).pptx
REAKSI MASYARAKAT TERHADAP PENJAJAHAN BARAT DI MESIR (2).pptx
ianchin0007
 
Perangkat pembelajaran dalam kurikulum merdeka
Perangkat pembelajaran dalam kurikulum merdekaPerangkat pembelajaran dalam kurikulum merdeka
Perangkat pembelajaran dalam kurikulum merdeka
AchmadArifudin3
 
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Peduli Sampah Selamatkan Generasi - F...
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Peduli Sampah Selamatkan Generasi - F...Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Peduli Sampah Selamatkan Generasi - F...
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Peduli Sampah Selamatkan Generasi - F...
AdeSutisna19
 
(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx
(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx
(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx
BAHTIARMUHAMAD
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Aksi Nyata Topik Membangun Komunitas Belajar dalam Sekolah_Dhenis.pptx
Aksi Nyata Topik Membangun Komunitas Belajar dalam Sekolah_Dhenis.pptxAksi Nyata Topik Membangun Komunitas Belajar dalam Sekolah_Dhenis.pptx
Aksi Nyata Topik Membangun Komunitas Belajar dalam Sekolah_Dhenis.pptx
dhenisarlini86
 
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
Kanaidi ken
 

Recently uploaded (20)

pdf-powerpoint-kesehatan-reproduksi-remaja-ppt-kespro-remaja-_compress (1).pptx
pdf-powerpoint-kesehatan-reproduksi-remaja-ppt-kespro-remaja-_compress (1).pptxpdf-powerpoint-kesehatan-reproduksi-remaja-ppt-kespro-remaja-_compress (1).pptx
pdf-powerpoint-kesehatan-reproduksi-remaja-ppt-kespro-remaja-_compress (1).pptx
 
Tugas 3.1_BAB II_Kelompok 2 Tahap Inquiry .pdf
Tugas 3.1_BAB II_Kelompok 2 Tahap Inquiry .pdfTugas 3.1_BAB II_Kelompok 2 Tahap Inquiry .pdf
Tugas 3.1_BAB II_Kelompok 2 Tahap Inquiry .pdf
 
PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1
PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1
PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
 
PAPARAN PELATIHAN SATKAMLING DALAM RANGKA LOMBA.pptx
PAPARAN PELATIHAN SATKAMLING DALAM RANGKA LOMBA.pptxPAPARAN PELATIHAN SATKAMLING DALAM RANGKA LOMBA.pptx
PAPARAN PELATIHAN SATKAMLING DALAM RANGKA LOMBA.pptx
 
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptxPPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
 
Projek Penguatan Profil Pelajar Pancasila SD.pdf.pdf
Projek Penguatan Profil Pelajar Pancasila SD.pdf.pdfProjek Penguatan Profil Pelajar Pancasila SD.pdf.pdf
Projek Penguatan Profil Pelajar Pancasila SD.pdf.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru Penggerak
 
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF (perubahan kecil dengan dampak besar)
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF (perubahan kecil dengan dampak besar)AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF (perubahan kecil dengan dampak besar)
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF (perubahan kecil dengan dampak besar)
 
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi KomunikasiMateri Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
 
Menyambut Masyarakat 4.0 dan Indonesia Emas 2045
Menyambut Masyarakat 4.0 dan Indonesia Emas 2045Menyambut Masyarakat 4.0 dan Indonesia Emas 2045
Menyambut Masyarakat 4.0 dan Indonesia Emas 2045
 
Bab 7Korupsi sebagai persoalan moral .pptx
Bab 7Korupsi sebagai persoalan moral  .pptxBab 7Korupsi sebagai persoalan moral  .pptx
Bab 7Korupsi sebagai persoalan moral .pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
 
REAKSI MASYARAKAT TERHADAP PENJAJAHAN BARAT DI MESIR (2).pptx
REAKSI MASYARAKAT TERHADAP PENJAJAHAN BARAT DI MESIR (2).pptxREAKSI MASYARAKAT TERHADAP PENJAJAHAN BARAT DI MESIR (2).pptx
REAKSI MASYARAKAT TERHADAP PENJAJAHAN BARAT DI MESIR (2).pptx
 
Perangkat pembelajaran dalam kurikulum merdeka
Perangkat pembelajaran dalam kurikulum merdekaPerangkat pembelajaran dalam kurikulum merdeka
Perangkat pembelajaran dalam kurikulum merdeka
 
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Peduli Sampah Selamatkan Generasi - F...
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Peduli Sampah Selamatkan Generasi - F...Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Peduli Sampah Selamatkan Generasi - F...
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Peduli Sampah Selamatkan Generasi - F...
 
(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx
(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx
(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
 
Aksi Nyata Topik Membangun Komunitas Belajar dalam Sekolah_Dhenis.pptx
Aksi Nyata Topik Membangun Komunitas Belajar dalam Sekolah_Dhenis.pptxAksi Nyata Topik Membangun Komunitas Belajar dalam Sekolah_Dhenis.pptx
Aksi Nyata Topik Membangun Komunitas Belajar dalam Sekolah_Dhenis.pptx
 
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
 

Nota bm topik6 oumh1103

  • 1. Topik 6 Penyesuaian Kaedah Penilaian Anda HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan empat kaedah penilaian di OUM; 2. Membuat persediaan dengan efektif untuk penilaian; 3. Mempraktikkan cara-cara efektif untuk menjawab pelbagai jenis soalan dalam penilaian; dan 4. Menjelaskan konsep etika dalam penilaian. PENGENALAN Dalam topik yang terdahulu, kita telah membincangkan cara membaca dengan berkesan, termasuk kaedah mengambil dan menulis nota daripada sumber dan membentangkan tugasan atau projek anda. Tujuan ketiga-tiga topik ini adalah untuk membantu anda sebagai seorang pelajar OUM untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakannya dengan lebih baik. Dalam topik ini, kita akan membincangkan cara memaksimumkan prestasi anda dalam penilaian yang berbeza. Kita akan bermula dengan pembentangan jenis taksiran yang bakal anda hadapi sebagai pelajar OUM; diikuti dengan cara membuat persediaan untuk penilaian, cara menjawab pelbagai jenis soalan, cara melakukan tugasan dan akhir sekali etika penilaian.
  • 2. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 143 JENIS-JENIS PENILAIAN 6.1 Anda akan dinilai melalui empat jenis penilaian yang berbeza di OUM, iaitu, peperiksaan, tugasan, ujian dan forum perbincangan dalam talian seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1. Rajah 6.1: Kaedah penilaian di OUM Jenis penilaian terbahagi kepada dua komponen: (a) Penilaian berterusan yang mewakili 40-50% daripada jumlah markah penilaian anda. Penilaian terdiri daripada tugasan, ujian dan penyertaan dalam perbincangan dalam talian. Anda akan dinilai sepanjang semester. (b) Peperiksaan yang mewakili 50-60% daripada jumlah markah penilaian anda. Pada masa ini, peperiksaan diadakan pada akhir semester. Jadual 6.1 menunjukkan jenis dan frekuensi penilaian. Jadual 6.1: Jenis dan Frekuensi Penilaian Jenis Penilaian Tempat Frekuensi (Setiap Semester) Peperiksaan Pusat Pembelajaran Sekali setiap hujung semester Tugasan Kelas Sebenar 1 bagi setiap kursus Ujian Kelas Sebenar 2 kali bagi setiap kursus Penilaian dalam Talian Kelas Maya Sepanjang semester Sekiranya anda ingin cemerlang dalam penilaian, anda perlu mengamalkan pelbagai strategi yang dijelaskan dalam bahagian berikut.
  • 3. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 144 PERSEDIAAN UNTUK PENILAIAN 6.2 Dalam menyediakan diri anda untuk penilaian, anda harus mempunyai satu set persediaan yang baik dari segi nota ringkas, belajar cara untuk menyemak dan menghafal dan mempunyai pelan kajian yang strategik. Berikut adalah kaedah yang dirangka untuk membantu anda supaya lebih bersedia dalam penilaian. 6.2.1 Kumpulkan Nota Dalam menghasilkan nota yang benar-benar baik dan menjaganya seperti yang anda telah pelajari dalam Topik 4, anda harus bermula dari hari pertama kelas anda. Mustahil bagi anda untuk mengulangkaji tanpa set nota yang baik. Anda harus mengolah nota kuliah dan bahan buku teks anda kepada nota yang ringkas, menarik, berguna dan komprehensif. Nota bukan sahaja menjadi sebuah ringkasan singkat tentang apa yang anda perlu tahu tetapi harus mampu memberikan anda gambaran lengkap mengenai topik yang berkenaan. Kendalikan nota dan bahan-bahan berkaitan dengannya dalam susunan yang betul. Anda boleh menulis semula bahan anda di atas sekeping kertas, meletakkannya dalam bentuk helaian memo atau sebagainya. Atur nota anda secara sistematik. Sebagai contoh, anda mungkin menggunakan kertas yang berlainan warna atau dakwat yang berbeza warna untuk setiap topik. Sebahagian pelajar menggunakan kad indeks untuk nota mereka. Atas cadangan di atas, cuba pastikan anda tidak terlepas mana-mana kelas kerana anda tidak mahu ketinggalan fakta penting. 6.2.2 Ulangkaji dan Hafal Apakah maksud ulangkaji? Konsep ulangkaji bukan hanya membaca. Membaca nota anda dengan sepintas lalu adalah hanya sebahagian kecil daripada peringkat ulangkaji dan anda biasanya berbuat demikian pada malam sebelum hari peperiksaan. Ulangkaji bermakna penglibatan aktif minda anda. Minda anda perlu bekerja untuk mengumpul dan menganalisiskan konsep utama dan idea, mendaftar dan menginjak kepada situasi baharu. Ulangkaji juga melibatkan pemahaman anda terhadap topik dan membuat hubungan antara topik yang berbeza. Ia mengingatkan anda kepada bahan-bahan yang anda telah lupa dan merupakan satu cara untuk mengukuhkan pembelajaran dan jurang dalam pengetahuan anda.
  • 4. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 145 Dalam mengulangkaji, anda digalakkan memahami topik dan ingat konsep penting, idea-idea dan butir-butir, seperti yang digambarkan dalam Rajah 6.2. Rajah 6.2: Cara untuk mengulangkaji dan menghafal (a) Memahami Topik Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda memahami topik pelajaran semasa proses ulang kaji anda: (i) Tahu Kandungan Kursus Peringkat awal ulangkaji, lihat garis panduan kursus, sukatan pelajaran, tugasan, ujian dan komen daripada tutor anda. Ini dapat memberikan anda idea yang jelas tentang di mana anda harus mulakan ulangkaji. (ii) Mengenal Pasti Topik Penting Anda boleh membaca seluruh kandungan buku teks tetapi menumpukan perhatian kepada topik yang anda fikir adalah penting dalam peperiksaan. Ia melibatkan proses mengingat kerja keras dan bijak. (iii) Merujuk kepada Bahan Rujuk kembali kepada nota yang anda telah sediakan sambil membaca modul dan sumber tambahan lain serta nota daripada perbincangan anda di dalam kelas tutorial. (iv) Membina Soalan Kendiri Membina soalan-soalan dengan menanyakan diri sendiri apa yang anda perlu tahu tentang topik yang berkenaan. Menjawab soalan-soalan tersebut dengan menggunakan bahan-bahan yang anda ada. (v) Hubungkaitkan Topik dengan Idea Uji kefahaman anda tentang konsep utama kursus ini. Huraikan bahagian-bahagian tertentu dengan menjelaskan maksud yang sukar bagi bahagian penting kursus ini. Tambahkan maklumat lanjut
  • 5. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 146 supaya anda berfikiran selari dengan usaha menjelaskan hubungan antara idea-idea dan konsep. Anda boleh menggunakan pemetaan atau mana-mana kaedah lain untuk membantu anda melakukannya. Kaedah ini dapat membantu anda menggambarkan kandungan kursus secara lebih lengkap dan juga melihat hubungan antara setiap subtopik dan butirannya. (vi) Kajian dalam Kumpulan Belajar dengan sekumpulan orang yang anda selesa bersama adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk ulangkaji. Kumpulan belajar bersama akan membantu anda menjelaskan dan menekankan konsep utama dan idea dengan rakan-rakan anda. Ia juga akan memastikan anda berada atas landasan yang betul. Jika sukar bagi anda untuk menetapkan masa bertemu dengan ahli kumpulan anda, gunakan forum perbincangan dalam talian menerusi myVLE. (b) Ingatkan Konsep atau Idea Penting Proses ulang kaji tidak lengkap tanpa menghafal elemen penting dan butirannya. Anda perlu memahami fakta, mengungkap idea dan konsep utama. Salah satu cara untuk menghafal fakta dan formula adalah dengan membuat senarai dan cuba untuk terus menulisnya. Kenal pasti apa yang anda terlepas pandang. Sekiranya anda yang mempunyai masalah dalam mengingat apa yang anda baca, anda perlu lebih tekun. Terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda menghafal fakta. Berikut adalah beberapa tip am untuk meningkatkan kemahiran hafalan. Satu alat yang boleh anda gunakan untuk membantu anda mengingati senarai perkara yang sukar adalah mnemonik. (i) Tip-tip untuk Meningkatkan Kemahiran Hafalan Penghafalan boleh dikatakan bahagian yang paling penting di peringkat semakan. Ia juga perkara yang paling penting untuk diingat. Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu meningkatkan kemahiran hafalan anda. Fahami Bahan Belajar konsep umum sebelum berganjak kepada sesuatu yang khusus. Dengan memahami konsep umum, ia akan menjadi lebih mudah bagi anda untuk mengaitkan konsep utama kepada pecahan-pecahan. Cuba gunakan teknik SQ3R untuk membaca dalam membantu anda menguasai kandungan yang lebih baik.
  • 6. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 147 Hafal Melalui Kesatuan dengan Pengalaman Hidup Anda Sendiri Kaitkan bahan yang anda pelajari dengan sebarang peristiwa dalam kehidupan anda. Ini akan membuatkan anda lebih cenderung untuk ingat dan ia akan terpahat dalam memori anda untuk tempoh yang sangat lama. Kesantaian Selain mengaitkan idea-idea utama kepada pengalaman hidup anda sendiri, anda juga boleh mereka cerita mengenai suatu fakta atau bahan tertentu. Cuba kaitkan fakta atau idea dengan muzik, imej atau apa-apa yang anda suka. Cerita yang anda reka perlu logik tetapi boleh lucu dan tidak serius. Memori Visual Kebanyakan kita yang cemerlang mampu menyerap segala maklumat dan fakta dalam bentuk kod visual. Terdapat banyak cara maklumat visualisasi. Sebagai contoh, anda boleh melukis gambar rajah, jadual, gambar, kartun, graf dan sebagainya. Dengan cara ini, anda mampu mengeluarkan dan mengetengahkan perkara utama yang penting dan melihat hubungan antara topik dan idea. Memori visual boleh menjadi semudah menulis ayat atau kenyataan atau melukis peta minda. Pada sebahagian topik, adalah mustahil untuk anda melukis gambar atau graf dalam mewakili bahan-bahan secara visual. Menulis satu kenyataan, teori atau formula, mengulanginya dan membacanya sekali lagi akan membantu anda mengingatinya semula. Berbicara dengan Bahan yang Ingin Diingat Apabila anda cuba menghafal sesuatu, ia adalah lebih baik jika anda boleh berbicara mengenainya dan sebaiknya dengan kuat. Pastikan tempat belajar anda adalah jauh daripada orang lain. Anda boleh mengulangi maklumat dalam nota atau menggunakan perkataan anda sendiri untuk menjelaskannya. Anda juga boleh mengadakan perbincangan berkumpulan. Satu cara lain yang untuk meningkatkan daya ingatan anda adalah dengan mengajar orang lain tentang topik tersebut. Jika anda tidak mempunyai sesiapa untuk mengajar, hanya bertindak sebagai seorang guru. Dengan cara ini, anda akan mendapat pemahaman yang mendalam tentang topik dan menemukan ikhtiar supaya anda perlu bekerja kuat.
  • 7. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 148 (ii) Gunakan Mnemonik untuk Meningkatkan Kemahiran Hafalan Mnemonik adalah alat seperti sajak, formula atau singkatan untuk membantu anda mengingati fakta atau idea. Salah satu contoh yang paling popular bagi mnemonik adalah singkatan. Singkatan adalah perkataan atau nama yang terbentuk daripada huruf; kata-kata yang berkaitan dalam beberapa cara. „UNESCO‰ dan „ASEAN‰ adalah contoh-contoh akronim. Menggunakan singkatan adalah salah satu kaedah terbaik untuk membantu anda untuk mengingati senarai nama yang sukar anda hafal dalam keadaan biasa. Sebagai contoh, HOMES ialah singkatan untuk lima tasik-tasik besar di Amerika Utara iaitu Huron, Ontario, Michigan, Erie dan Superior seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.3. Rajah 6.3: Tasik-tasik besar Amerika Utara Namun, penggunaan akronim mungkin tidak sesuai selalu. Ini boleh dilihat di dalam contoh berikut. Maka, mungkin anda perlu menggunakan mnemonik nyata. Kita cuba pula mempelajari hukum mnemonik dengan senarai sembilan planet yang disenaraikan berikut. Senarai ini disusun daripada yang terdekat kepada yang paling jauh dari matahari iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto. Jika anda menggunakan kaedah mnemonik, singkatan MVEMJSUNP adalah tidak masuk akal sama sekali. Oleh itu, anda perlu menggunakan mnemonik ayat. Sebagai contoh, „Muzik Violin Elok Main Jika Suka Naik Pentas‰. Bukankah ini lebih mudah untuk mengingat. Jika perlu, anda boleh gunakan kaedah ini untuk senarai sukar untuk di ingat.
  • 8. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 149 6.2.3 Amalan Menjawab Soalan Proses ulang kaji tidak lengkap tanpa menggunakan pengetahuan yang telah anda pelajari. Salah satu cara terbaik bagi anda untuk menggunakan konsep utama yang anda telah fahami adalah dengan mengamalkan soalan. Dengan cara ini, anda boleh mengukur prestasi dan pencapaian anda. Gunakan kertas peperiksaan lalu. Ini akan memberikan anda idea bentuk soalan yang akan tampil dan apa jenis soalan yang akan ditanya. Walaupun format soalan telah berubah, kertas peperiksaan yang lepas boleh digunakan sebagai penilaian sendiri untuk membina contoh sebelum peperiksaan. 6.2.4 Jadual Perancangan Dalam persediaan untuk penilaian, selain mengumpulkan nota, menyemak dan menghafal, anda perlu merancang dan menjadualkan proses persediaan anda. Pelan yang konsisten dan realistik adalah penting. Pecahkan masa ulangkaji anda kepada waktu yang singkat, misalnya, 50 minit setiap sesi. Anda juga perlu memperuntukan waktu rehat mungkin dalam sepuluh minit dan bergilir dalam sesi perbincangan tentang topik dan subjek berbeza penting untuk mengelakkan kebosanan. PERSEDIAAN ASAS UNTUK PEPERIKSAAN 6.3 Walaupun anda sudah bersedia dengan pengetahuan, amalan dan ulangkaji, anda perlu ingat persediaan asas untuk peperiksaan, iaitu: (a) Tidur nyenyak pada waktu malam sebelum peperiksaan. (b) Menepati masa. Mengetahui masa dan tempat peperiksaan, periksa masa dan tempat beberapa hari sebelumnya untuk memastikan anda tahu lokasinya. Datang awal dan biasakan diri dengan persekitaran. (c) Ketahui apa yang anda perlu bawa dan tidak boleh bawa ke dalam dewan peperiksaan. Jangan bawa nota dan buku jika ia tidak merupakan satu peperiksaan buka buku. Jangan tulis nota pada tapak tangan anda. Anda akan dituduh menipu. (d) Pastikan semua pensel anda tajam dan pen anda berfungsi. Bawa bersama semua alat tulis yang diperlukan dan peralatan matematik serta kalkulator jika anda perlu menggunakannya.
  • 9. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 150 Lukis satu peta minda menggambarkan bagaimana kamu menyiapkan diri dalam menghadapi penilaian dengan efektif. JENIS-JENIS SOALAN PENILAIAN Anda kini sedar bahawa anda akan diuji dalam empat mod: ujian, tugasan, penyertaan dalam talian dan peperiksaan. Terdapat beberapa jenis soalan yang boleh dikategorikan kepada jenis objektif seperti betul-salah, pilihan, pelbagai, padanan, isi tempat kosong dan jenis subjektif, contohnya esei. Dalam bahagian-bahagian berikut, kami akan membincangkan cara-cara untuk menjawab setiap jenis soalan. 6.4.1 Soalan Objektif Terdapat tiga jenis biasa soalan objektif: (a) Soalan Betul-Salah Soalan betul-salah membentangkan satu kenyataan dan anda mesti memutuskan sama ada ia betul atau salah. Ini menguji pengetahuan anda tentang fakta. Soalan betul-salah amat mengelirukan. Anda perlu membaca dengan teliti setiap kenyataan dan memutuskan sama ada ia betul atau salah. Kemungkinan betul ialah 50:50. Berikut adalah contoh soalan betul-salah: Betul Salah Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Berikut adalah beberapa tip untuk menjawab soalan betul-salah: (i) Anggap Benar Jika anda tidak pasti sama ada satu kenyataan yang betul atau salah, anggap ia benar. Ini kerana satu set soalan yang betul-salah cenderung untuk merangkumi lebih banyak kenyataan yang betul daripada yang salah. 6.4 AKTIVITI 6.1
  • 10. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 151 (ii) Mod Melampau Biasanya Salah Sesuatu pernyataan dalam mod yang melampau seperti selalu, semua dan tidak pernah biasanya adalah kenyataan salah. Ini kerana ia biasanya membayangkan tiada pengecualian. Berikut adalah contoh satu kenyataan mod melampau: Betul Salah Pasangan kembar selalunya adalah jantina yang sama. (iii) Pembahagian Selalunya Betul Satu kenyataan yang melibatkan pembahagian seperti sesetengah, kerap, ramai atau kadang-kadang biasanya betul. Berikut adalah contoh satu kenyataan dengan pembahagian. Betul Salah Sesetengah pasangan kembar adalah jantina yang sama. (iv) Pernyataan yang Menyeluruh Mesti Betul Bagi satu pernyataan yang benar, maka ia mestilah benar dan menyeluruh. Jika mana-mana bahagian pernyataan adalah salah, maka ia adalah salah. (v) Mengenal Pasti Kata Kunci Kenal pasti kata kunci dan frasa kerana ini akan membantu anda menentukan sama ada ia betul atau salah. (vi) Beri Perhatian kepada Perkataan Negatif Kenyataan yang mengandungi kata-kata negatif sering rumit dan memerlukan perhatian teliti. Dinasihatkan untuk anda menyerlahkan perkataan negatif dan membaca kenyataan tersebut beberapa kali. Berikut adalah contoh satu kenyataan betul-salah yang berkait dengan perkataan negatif. Betul Salah Sesuatu yang memeranjatkan adalah sesuatu yang bukan di luar jangkaan. (Ini bermakna bahawa sesuatu yang memeranjatkan adalah sesuatu yang di dalam jangkaan. Oleh itu, jawapannya adalah Salah).
  • 11. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 152 AKTIVITI 6.2 Jawab soalan-soalan Betul-Salah berikut. Terangkan sebab anda pilih setiap jawapan. B S Pembelajaran dalam kumpulan sahaja yang boleh merangsang kuasa mengingat. B S Sesetengah individu suka belajar ikut cara sendiri. B S Bukan cara yang betul untuk mencapai kejayaan dengan belajar pada saat-saat terakhir. B S Pelajar perempuan lebih cerdik daripada pelajar lelaki. B S Anda tidak sewajarnya belajar selepas makan. (b) Soalan Aneka Pilihan Satu lagi soalan jenis objektif ialah soalan aneka pilihan. Soalan aneka pilihan terdiri daripada kenyataan yang tidak lengkap atau soalan yang diikuti oleh tiga hingga lima jawapan pelengkap. Ia adalah jenis soalan yang popular. Dua contoh soalan aneka pilihan ialah seperti berikut: 1. Malaysia mencapai kemerdekaan pada A. 31 Ogos 1974 B. 31 Ogos 1955 C. 31 Ogos 1957 D. 31 Ogos 1956 2. Pilih buah-buahan tempatan Malaysia I. Durian II. Epal III. Mangga IV. Nenas A. I dan II B. II dan IV C. I, II, II dan IV D. I, III dan IV
  • 12. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 153 Berikut adalah beberapa tip untuk menjawab soalan aneka pilihan: (i) Pilih Jawapan Tepat Baca soalan dan semua pilihan yang diberikan sebelum memilih jawapan. Ingat, dalam soalan aneka pilihan, anda perlu memilih jawapan yang tepat sahaja. Semua jawapan mungkin betul tetapi hanya satu jawapan yang tepat (lihat contoh berikut): Sebagai seorang pelajar, anda perlu ................ untuk memastikan anda cemerlang dalam peperiksaan. A. makanan berkhasiat B. buku C. masa D. mengulang kaji Untuk soalan di atas, semua pilihan jawapan yang mungkin tetapi jawapan yang terbaik adalah D. (ii) Hapuskan Jawapan Salah Mulakan dengan mengenal pasti jawapan yang salah dan bukannya mencari yang betul. Jika anda pasti bahawa sesuatu jawapan adalah salah, gugurkannya. Ini boleh membantu anda untuk mengenal pasti jawapan yang tepat. Sebagai contoh: Untuk membolehkan anda dihubungkan dengan Internet, anda perlu ................. A. memantau B. Adobe Acrobat Reader® C. wayar telefon D. modem Untuk soalan ini, anda menghapuskan jawapan yang salah, misalnya pilihan jawapan A, B dan C. Jawapan yang tepat ialah D. (iii) Kenal Pasti Setiap Pilihan Seperti Soalan Betul-Salah Kaitkan item dengan setiap jawapan yang mungkin. Kemudian, kaitkan setiap item sebagai soalan betul-salah. Dengan memeriksa setiap pernyataan yang berasingan sebagai betul atau salah, anda boleh kenal pasti jawapan yang tepat.
  • 13. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 154 (iv) Berhati-hati dengan „Semua di atas‰ dan „Tiada di atas‰ Berikan perhatian tambahan untuk „semua di atas‰, „tiada di atas‰. Salah satu penyata boleh menjadi jawapan yang mungkin. Jika anda boleh kenal pasti satu jawapan yang salah, anda secara automatik boleh menghapuskan „semua di atas‰ dalam jawapan. Jika anda berfikir bahawa dua daripada tiga jawapan adalah betul, daripada semua di atas mungkin betul. Walau bagaimanapun, jika anda pasti sekurang-kurangnya satu jawapan adalah betul, maka anda boleh menghapuskan „tiada di atas‰. Berikut adalah dua contoh soalan pelbagai pilihan dengan „semua di atas‰ dan „tiada di atas‰ dan jawapan yang mungkin. 1. Perak digunakan untuk membuat .......... I. Pisau dan garfu II. Barang kemas III. Filem untuk fotografi A. I sahaja B. I dan II sahaja C. II dan III sahaja D. Semua di atas Jelas bahawa filem untuk fotografi bukan diperbuat daripada perak. Jawapan yang tepat ialah B. 2. Mesin pencetak menghasilkan: A. Salinan keras B. Salinan lembut C. Salinan keras dan salinan lembut D. Tiada di atas Dalam soalan ini, pilihan D boleh dibuang kerana jelas mesin pencetak menghasilkan salinan keras. (c) Soalan Isikan Tempat Kosong Ini merupakan jenis soalan yang berbeza daripada soalan-soalan yang betul-salah dan aneka pilihan kerana anda tidak mempunyai pilihan jawapan dalam soalan itu sendiri. Jurang antara soalan memerlukan jawapan yang sangat pendek dan biasanya senarai jawapan disediakan. Anda perlu memilih jawapan yang paling sesuai dan tepat untuk ruang kosong dalam satu kenyataan soalan. Contoh berikut menunjukkan jenis soalan ini.
  • 14. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 155 Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. (Kuala Lumpur, mamalia, keempat) 1. ................ ialah ibu negara Malaysia. 2. Tun Dr Mahathir Mohamad ialah Perdana Menteri Malaysia yang ................ 3. Kucing ialah contoh seekor ................ SEMAK KENDIRI 6.1 Senaraikan ciri-ciri penting dalam: (a) Soalan betul-salah; (b) Soalan aneka pilihan; dan (c) Soalan isikan tempat kosong. 6.4.2 Soalan Subjektif Soalan jenis subjektif biasanya berbentuk esei. Sesetengah pelajar menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan jenis ini kerana tiada jawapan. Walau bagaimanapun, jenis soalan ini boleh menjadi agak sukar kerana terdapat begitu banyak pendekatan untuk menjawabnya. Anda perlu membaca dan bersedia untuk menjawab soalan-soalan ini. Di OUM, kertas peperiksaan dibahagikan kepada dua bahagian, A dan B, di mana Bahagian B terdiri daripada soalan subjektif. Berikut adalah contoh sebahagian soalan dalam Seksyen B Prinsip Teknologi Pengajaran. Hanya tiga soalan yang perlu dijawab.
  • 15. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 156 SEKSYEN B Arahan: Jawab tiga soalan sahaja. Soalan 1 Terangkan secara ringkas perkara berikut: (a) Warna dipilih berdasarkan fungsinya [7 markah] (b) Domain reka bentuk teknologi pada tahun 1977 [7 markah] (c) Definisi reka bentuk teknologi dalam konteks tempatan [6 markah] [Jumlah: 20 markah] Soalan 2 Seorang guru hendaklah cekap dalam menggunakan teknik-teknik pengajaran ketika di dalam bilik darjah. Terangkan langkah-langkah dalam mengaplikasikan perbincangan dan kuliah sebagai teknik pengajaran. Soalan 3 [Jumlah: 20 markah] Soalan 4 [Jumlah: 20 markah] Soalan 5 [Jumlah: 20 markah] Soalan 6 [Jumlah: 20 markah] Berikut adalah beberapa tip menjawab soalan subjektif: (a) Baca Arahan Baca arahan dengan teliti. Anda perlu jelas akan jumlah soalan yang anda perlu jawab. (b) Dapatkan Penjelasan Selepas membaca soalan, jika anda masih tidak faham mana-mana bahagian daripada sesuatu soalan, jangan takut untuk mendapatkan penjelasan. (c) Bahagikan Masa Anda Dengan Bijaksana Semak markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan dan subsoalan. Anda mungkin tidak mahu menulis jawapan satu mukasurat untuk soalan yang hanya bernilai tiga markah. Sebaliknya, anda mungkin perlu membuat perancangan yang besar untuk soalan yang bernilai 15 markah. Bahagikan masa anda dengan bijak.
  • 16. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 157 (d) Fahami Soalan Pastikan yang anda faham kehendak soalan. Baca arahan soalan dengan teliti. Silap faham soalan boleh menyebabkan anda memberikan jawapan yang salah. (e) Ikut Format Jika jawapan esei mempunyai format yang telah ditetapkan, ikut atau anda mungkin kehilangan markah. Semak dengan tutor anda sebelum peperiksaan. (f) Menyediakan Rangka dan Mencatat Isu-isu Utama Tulis jawapan dengan teratur. Untuk menulis karangan yang baik, anda perlu menyusun esei anda supaya ia mempunyai pengenalan, badan kandungan dan kesimpulan. Catatkan poin utama, idea, kata kunci serta bahan sokongan dalam setiap bahagian esei. Anda boleh menggunakan kaedah mnemonik, graf, peta minda dan sebagainya. Kenal pasti isi utama yang boleh anda fikirkan dan cuba kaitkannya dengan idea utama. Sebagai contoh, jika topik adalah: „Bincangkan Kelebihan Pembelajaran Terbuka dan Jarak‰, berikut boleh dijadikan poin utama dan sub poin: Poin Utama Subpoin Pendidikan jarak jauh Berikan definisi/terangkan. Kelebihan Pembelajaran yang fleksibel, pembelajaran diurus sendiri, pendidikan yang disediakan kepada semua berbanding dengan penyampaian pembelajaran tradisional, bahan yang digunakan, cara pembelajaran, sikap, sumber manusia, dan kaedah pembelajaran yang baharu. Pembelajaran Pembelajaran secara tradisional, kaedah pembelajaran baru.
  • 17. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 158 Mulakan dengan pengenalan yang komprehensif dan akhiri dengan kesimpulan yang bernas. Pengenalan Definisi pendidikan terbuka dan jarak jauh dan terangkan kepentingan pendidikan tersebut. Isi Terangkan bagaimana pendidikan terbuka dan jarak jauh dijalankan. Nyatakan perbezaan antara pendidikan terbuka dan jarak jauh dengan pendidikan tradisional berdasarkan kepada perkara berikut: penghantaran, bahan pembelajaran, cara pembelajaran, perangai, sumber manusia dan sebagainya. Terangkan bagaimana untuk memperbaiki pendidikan terbuka dan jarak jauh supaya ia dapat diterima dan kebaikan yang boleh diperoleh darinya. Penutup Berdasarkan kepada kebaikan daripada pendidikan terbuka dan jarak jauh, anda mungkin boleh mencadangkan supaya ia diambil dan digunakan oleh universiti-universiti lain termasuk universiti tradisional. (g) Tulisan Tangan yang Kemas Pastikan bahawa tulisan tangan anda adalah kemas dan mudah dibaca. (h) Satu Perenggan untuk SetiapIsi Gunakan satu perenggan untuk membincangkan setiap isi baharu. Setiap perenggan mesti mempunyai: Isi Utama Ini adalah kenyataan yang menerangkan idea utama. Isi Sokongan Anda perlu bahan yang boleh mengukuhkan idea utama. Cara yang paling biasa untuk melakukannya adalah dengan mempamerkan atau menerangkan satu contoh yang boleh terus menyokong poin utama. (i) Jangan Menjawab Soalan Tambahan Sesetengah pelajar yang mempunyai lebih masa cenderung untuk menjawab soalan-soalan tambahan. Dengan cara ini, anda akan membuang masa anda. Sebaliknya, ia adalah lebih baik jika anda menyemak esei yang anda telah tulis. Jangan jawab soalan tambahan kerana dalam kebanyakan kes, pemeriksa anda hanya akan mengabaikannya. (j) Semak Jawapan Anda Semak jawapan anda sebelum dikutip oleh pengawas. Mungkin ada beberapa kesilapan kecil yang boleh diperbetulkan. Jadual 6.2 menjelaskan contoh panduan beberapa perkataan yang sesuai digunakan dalam soalan esei.
  • 18. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 159 Jadual 6.2: Panduan Perkataan yang Digunakan dalam Soalan Esei Panduan Perkataan Makna Sampel Soalan Esei Bincang Tulis sebanyak mungkin. Bincangkan kemahiran ambilan ujian. Huraikan Tulis sebanyak mungkin. Tulis tentang subjek supaya diperhatikan. Huraikan kehidupan awal keluarga di Malaysia. Huraikan pemakanan seimbang. Jelaskan Tulis sebanyak mungkin. Bincangkan sebab-sebab. Jelaskan sistem demokrasi. Huraikan sebab-sebab Malaya terlibat dalam Perang Dunia Kedua. Bandingkan Bincang persamaan dan perbezaan. Bandingkan demokrasi dengan komunis. Bezakan Bincangkan perbezaan. Bezakan antara demokrasi dengan liberalisasi. Mengkritik/ Menilai Bincangkan baik dan buruk sesuatu isi dan rumuskan secara asas tentang kebaikan dan keburukan. Kritik hukuman bunuh dalam undang-undang jenayah. Justifikasikan Bincangkan baik dan buruk sesuatu isi dan rumuskan secara asas tentang kebaikan dan keburukan. Justifikasikan pendirian Amerika Syarikat terhadap Perang Iraq. Rajah Lukis gambar dan labelkan bahagian-bahagian. Kaitkan gambar dengan bahagian organ manusia. Ilustrasi Lukis gambar dan labelkan. Berikan huraian yang panjang terhadap contoh bahagian. Ilustrasikan penggunaan telefon bimbit. Bancikan Berikan senarai bernombor. Huraikan kebaikan dan keburukan tabiat pemakanan. Senaraikan Berikan senarai bernombor. Senaraikan perangai baik majikan efektif. Kerangkakan Berikan senarai nombor yang tersusun. Kerangkakan etika dalam kewartawanan. Simpulkan Nyatakan secara ringkas. Simpulkan kecemerlangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pengertian Hubungkan Berikan makna. Bincangkan hubungan antara atau dalam topik. Huraikan psychopath. Kaitkan merokok dengan gaya hidup. Kenal pasti Bincang secara logik dalam susunan yang berkronologi. Kenal pasti punca-punca Amerika Syarikat menyerang Iraq.
  • 19. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 160 AKTIVITI 6.3 Baca penerangan berikut. Senaraikan idea utama, idea sokongan dan kesimpulan. „Kaedah penilaian dalam persekitaran pendidikan terbuka dan jarak jauh adalah berbeza dengan persekitaran kampus tradisional‰. Banding dan bezakan kaedah penilaian ini bagi pembelajaran kedua-dua persekitaran. MELAKSANAKAN TUGASAN 6.5 Tugasan merupakan sebahagian penting daripada pendidikan di universiti. Membuat tugasan akan memberikan anda peluang untuk mempraktikkan kemahiran anda dalam menilai bukti, membangunkan dan menilai hujah-hujah dan memberikan pandangan anda. Di OUM, anda akan dikehendaki membuat satu tugasan bagi setiap kursus dalam satu semester. Antara faedah tugasan adalah: (a) Menggalakkan pembelajaran aktif; (b) Membenarkan anda untuk menyatakan fikiran anda sendiri; dan (c) Menilai tahap pemahaman terhadap subjek anda. Di dalam Topik 5, anda diberikan garis panduan tentang cara untuk menstrukturkan dan menulis tugasan anda. 6.5.1 Elakkan Plagiat Tugasan anda mestilah dilakukan sendiri. OUM tidak akan bertolak ansur dengan plagiarisme. Subtopik 6.8 memberikan maklumat lanjut mengenai etika penilaian.
  • 20. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 161 6.5.2 Perbaiki Tugasan Anda Cuba memperbaiki tugasan anda bila boleh. Selepas mendapat maklum balas tugasan daripada tutor, ambil perhatian terhadap komen tutor anda dan gunakan maklum balas yang diterima untuk memperbaiki tugasan anda yang seterusnya. MENJALANI UJIAN 6.6 Ujian akan dilangsungkan pada akhir tutorial kedua dan keempat pada semester panjang dan pada akhir tutorial ketiga dalam semester pendek. Bergantung kepada kursus, anda mungkin diberikan dua ujian. Ujian-ujian mewakili kira-kira 25 peratus daripada jumlah gred kursus anda. Tujuan ujian adalah untuk menguji kefahaman anda tentang unit tertentu. Ujian berdasarkan bentuk berikut: (a) Soalan Betul-Salah; (b) Soalan aneka pilihan; (c) Padanan soalan; dan (d) Soalan berstruktur. Butir-butir tentang cara untuk menjawab jenis soalan ini adalah dalam Seksyen 6.4. AKTIVITI 6.4 Buat satu pelan tindakan bagaimana untuk berjaya di dalam kuiz. PENYERTAAN DALAM PERBINCANGAN DALAM TALIAN 6.7 Sistem Pengurusan Pembelajaran OUM (myVLE) membolehkan anda dan tutor anda berinteraksi di dalam kelas maya, selain berkongsi dalam membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kursus anda dengan cara yang padu. MyVLE membolehkan anda untuk menjalankan pelbagai aktiviti pembelajaran di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
  • 21. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 162 Bergantung kepada kursus ini, anda akan diberikan antara 5 dan 10 peratus daripada jumlah gred untuk mengambil bahagian dalam perbincangan dalam talian. Dalam usaha untuk mencapai markah yang baik, anda harus: (a) Mempunyai akses kepada myVLE Jika anda tidak mempunyai akses kepada maklumat itu, runding dengan pentadbir tempatan anda atau Pusat Pembelajaran OUM. (b) Pengguna biasa dengan myVLE Berkongsi pengalaman dengan rakan kursus dan tutor anda, selain mendaftar untuk kelas. (c) Sediakan soalan yang baik untuk perbincangan Anda atau tutor anda boleh bangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan kursus ini kerana ini akan membantu anda memahami kursus dengan lebih baik. (d) Ambil bahagian dalam perbincangan dalam talian dengan kerap selain daripada mengemukakan pertanyaan. Anda juga digalakkan untuk membincangkan soalan-soalan yang diberikan oleh rakan kursus anda. Anda perlu menjadi positif tentang melanjutkan pembelajaran anda. Pembelajaran adalah, „satu proses yang berterusan dan tiada siapa dapat menghalang walaupun mereka mahu‰. Rujuk Topik 2 untuk maklumat lebih lanjut mengenai myVLE. ETIKA 6.8 Apakah yang anda faham dengan perkataan „etika‰? Adakah ini peraturan-peraturan yang anda mesti ikuti? Atau adakah ini nilai-nilai moral? Menurut wordreference.com, etika merupakan: „The philosophical study of the moral value of human conduct and of the rules and principles that ought to govern it.‰ Berdasarkan definisi tersebut, kita dapat melihat bahawa etika adalah mengenai moral berdasarkan standard kelakuan yang menunjukkan cara seseorang perlu berkelakuan berpandukan tugas dan nilai-nilai moral. Ia adalah berdasarkan keputusan peribadi, nilai-nilai universal atau kewajipan etika yang ditentukan oleh masyarakat.
  • 22. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 163 Dalam konteks peperiksaan, etika merujuk kepada satu set nilai dan standard yang memberikan petunjuk tindakan, pemikiran dan kata-kata anda sebelum atau semasa peperiksaan. Boleh dikatakan terdapat banyak nilai yang berbeza berkaitan dengan tingkah laku yang betul atau salah semasa peperiksaan. Kita akan melihat beberapa larangan etika yang diterima secara universal yang berkaitan dengan peperiksaan. Ini adalah seperti berikut: (a) Menyalin kerja pelajar lain; (b) Membenarkan pelajar lain untuk menyalin kerja anda; (c) Memiliki nota yang tidak dibenarkan, lembaran, sumber tambahan maklumat atau bahan-bahan lain yang tidak dibenarkan oleh OUM; (d) Mengambil atau cuba untuk mengambil peperiksaan bagi pelajar lain atau mendapatkan seseorang untuk melakukan perkara yang sama untuk anda; (e) Mengubah atau memalsukan keputusan peperiksaan; (f) Menggunakan, mendapatkan atau cuba mendapatkan mana-mana bahagian atau keseluruhan mana-mana kertas peperiksaan yang masih belum ditadbir. Etika dalam Penulisan Tesis, Esei dan Tugasan Berikut adalah beberapa garis panduan bagi tatalaku beretika dalam menulis tesis, esei dan tugasan yang diakses semula dari http://www.student.unsw.edu. au. (a) Nyatakan sumber yang diterbitkan (termasuk di mana berkenaan, yang disiarkan secara elektronik) untuk mengakui pencetus idea yang anda kembangkan dan akui sumber petikan. (b) Rujuk kepada atau gunakan bahan-bahan ilmiah yang tidak diterbitkan hanya dengan keizinan penulis dan akui sumber bahan-bahan jika keizinan itu diberikan. (c) Elakkan plagiarisme dalam kerja anda. (d) Pastikan bahawa penggunaan bahan-bahan ilmiah tidak menyebabkan halangan akses oleh orang lain, khususnya, tempat bahan-bahan tersebut diperoleh sama ada di dalam perpustakaan atau pusat penyelidikan universiti. (e) Jangan berikan gambaran palsu tentang pandangan penulis sama ada melalui petikan yang ditapis atau komen yang mengelirukan.
  • 23. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 164 (f) Dapatkan akses bagi bahan-bahan ilmiah yang anda tahu supaya anda berhak atau diberikan kuasa, dan jangan cuba mengakses bahan-bahan yang anda tahu anda tidak berhak atau tidak dibenarkan (contohnya, menerusi penggodaman komputer). (g) Hormati hak-hak penulis lain dan jangan salahgunakan rekod digital (sama ada dalam bentuk teks, imej, bunyi, atau format lain) di mana penulis mempunyai hak cipta dan/atau telah menegaskan hak moral pemilikan. (h) Elakkan daripada memanipulasikan rekod digital (sama ada dalam bentuk teks, imej, bunyi, atau format lain), sama ada dalam konteks asal mereka atau dalam konteks yang berbeza, untuk mengelirukan audiens. AKTIVITI 6.5 Baca senario berikut. Tentukan keputusan beretika yang anda perlu lakukan untuk setiap senario. Jelaskan jawapan anda. (a) Rakan-rakan anda memberitahu anda bahawa tutor anda ada menjual kertas peperiksaan untuk ujian pada minggu depan. Adakah anda akan pergi mendapatkan kertas peperiksaan tersebut daripada tutor itu atau melaporkannya kepada dekan? (b) Semasa melayari Internet, anda mencari tugasan yang mempunyai topik yang serupa dengan penyelidikan yang sedang anda lakukan. Adakah anda akan menyalin seluruh tugasan tersebut untuk membentangkannya sebagai idea anda sendiri atau petik dan masukkan sebagai salah satu rujukan anda? (c) Anda mendapat tahu bahawa salah seorang rakan anda membawa nota ke dalam dewan peperiksaan semasa peperiksaan. Adakah anda melaporkan kepada pengawas peperiksaan atau hanya mengabaikan perbuatan itu? (d) Anda tahu bahawa tutor anda tidak pernah mengajar di dalam kelas. Sebaliknya, tutor membiarkan pelajar melakukan apa-apa sahaja yang disukai dan berjanji untuk memberikan markah penuh untuk komitmen kelas dan kehadiran. Apakah yang akan kamu lakukan?
  • 24. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 165 Jenis-jenis penilaian yang akan digunakan untuk menilai prestasi anda adalah peperiksaan, tugasan, ujian dan penilaian dalam talian. Amalkan langkah-langkah yang digariskan dalam topik ini untuk menyediakan diri anda untuk penilaian. Biasakan diri dengan pelbagai jenis soalan dan gaya jawapan. Jalani penilaian anda dengan berpandukan etika. Akronim Esei Mnemonik Penilaian Penilaian berterusan Singkatan Soalan objektif Soalan subjektif Ujian
  • 25. TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA 166 LAMPIRAN 6.1