2. LATAR BELAKANG GHAZAL
• Secara ringkasnya, ghazal adalah suatu kesenian tradisional
masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular, terutamanya
di daerah Muar dan Batu Pahat.
• Kesenian ini juga sering disebut sebagai Qamat yang bererti
nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah
Arab
• Kesenian muzik ini merupakan puisi yang mengandungi yang
berasal sekitar 670 M, dari Parsi. Ia biasanya adalah puisi
kasih sayang yang mempunyai pola irama ringan dan diiringi
muzik.
3. Bagaimana Ghazal Menjadi Popular
Pada akhir abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan
yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga. Beberapa golongan
bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau dan sering
dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu
telah mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kesenian
ini di istana Sultan Johor.
Hal ini telah mendapatkan perhatian daripada sultan,
pembesar-pembesar negeri dan golongan istana lain. Justeru
itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi
cepat dan pesat. Sehingga kini, muzik ghazal sering dimainkan
di pelbagai acara atau keramaian yang diadakan di negeri
Johor Darul Ta’zim.
4. BENTUK MUZIK GHAZAL
• Ghazal boleh digubah dalam bentuk kuplet, lima atau lebih.
• Baris kedua bagi setiap kuplet (atau sher) dalam ghazal
berakhir dengan pengulangan baris ulang (refrain) bagi satu
atau beberapa perkataan yang dikenali sebagai radiif,
didahului oleh rima yang dikenali sebagai qaafiyaa.
• Dalam kuplet pertama yang memperkenalkan tema, kedua-
dua baris berakhir dengan rima dan baris ulang supaya skima
rima ghazal adalah AA BA CA dan seterusnya.
5. • Tiada enjambement sepanjang kuplet dalam ghazal ketat;
setiap kuplet mesti adalah satu ayat lengkap (atau
beberapa ayat) dalam dirinya sendiri.
• Keseluruhan kuplet dan setiap baris dalam setiap kuplet
mesti berkongsi ukuran yang sama.
• Secara ringkas, ghazal adalah nama bagi satu bentuk dan
bukan spesifik-bahasa.
6. ALAT MUZIK GHAZAL
• Peti Harmonium
• Violin
• Gambus
• Satu set Tabla atau Do(Gendang)
• Tamborin
• Marakas
• Bes Guitar
7. FUNGSI MUZIK GHAZAL
Antara fungsi utama ghazal adalah muzik tradisi ini
sering dimainkan di majlis-majlis perkahwinan golongan
bangsawan dan acara-acara keramaian yang dihadiri oleh
Sultan Johor atau kerabat Diraja Johor. Selain itu, ghazal ini
juga sering dimainkan semasa majlis-majlis rasmi yang
diadakan di negeri Johor.
8. CARA PERSEMBAHAN
Terdapat banyak lagu yang mengunakan kesenian muzik
ghazal ini. Antaranya adalah lagu Sri Johor (Ghazal
Termasyhur) yang dipersembahkan oleh Kumpulan Seri Melati.
Persembahan Sri Johor ini dimainkan secara berduduk dan
biasanya mempunyai satu penyanyi sahaja. Berikut merupakan
video persembahan Sri Johor (Ghazal Termashyur):