1. Muzik
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi,
budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza:
Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya
Apa apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan
Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan
mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan
manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang/disiplin.
Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik. Ian boleh dibunyikan dengan beberapa
gabungan alat muzik.
[sunting] Sejarah muzik
Muzik bermula hampir seusia dengan kehadiran manusia moden homo-sapien 180,000 hingga
100,000 tahun dahulu. Tiada siapa tahu bila manusia mula mengenal seni dan muzik. Dari
penemuan arkeologi di lokasi-lokasi seperti benua Afrika sekitar 180,000 tahun hingga 100,000
tahun dahulu telah menunjukkan kepada perubahan evolusi pemikiran otak manusia. Dengan
otak manusia yang lebih pintar dari haiwan, mereka membuat pemburuan yang lebih terancang
sehingga boleh menumpaskan haiwan yang besar. Dengan keupayaan otak ini, mereka berfikir
lebih jauh hingga ke sebalik reality mencapai imaginasi dan spiritual. Bahasa untuk perhubungan
mula terbentuk diantara mereka. Dari bahasa & perkataan ringkas untuk amaran bahaya & nama-
nama haiwan buas, perlahan-lahan beberapa perkataan muncul untuk menamakan benda dan
nama panggilan untuk sesorang.. Entah, sama ada mereka sudah pandai berasa bosan atau
sesuatu didalam fikiran mereka yang membuatkan mereka mula mengumpul manik-manik dari
cengkerang siput laut sebagai perhiasan untuk rantai leher. Mereka mula mengores garisan diatas
kayu dan batuan dengan corak-corak menggambarkan pemikiran mereka. Dinding-dinding gua
tempat mereka berlindung dilukis dengan warna-warna dari tumbuh-tumbuhan.
Dalam kehidupan nomad mereka yang berpindah-randah mereka mungkin telah melihat banyak
kejadian alam seperti panahan petir yang memulakan kebakaran hutan. Daging binatang yang
terbakar api kebakaran.mempunyai rasa berbeza dan lebih lazat. Kemudian terlintas difikiran
mereka bagaimana cara hendak menghidupkan api untuk memasak, memanaskan badan dan
menjauhi haiwan buas mengguna api. Selepas makan malam memakan hasil buruan mereka pada
siang hari, mereka berbual dan bercerita mengenai kisah silam mereka. Bentuk pendidikan dan
hiburan terawal manusia. Sama seperti sekolah & TV manusia di zaman moden. Seorang dari
mereka mungkin mendapat idea mengambil tulang kaki kering haiwan buruan yang menjadi
makanan mereka dan mula meniup ke rongga mengeluarkan bunyi. Ada juga yang mendapat
inspirasi dari pemerhatian kepada alam semulajadi bila angin menghembus kedalam rongga kayu
atau bambu yang mengeluarkan bunyi. Kayu dikorek lubang ditiup menjadi flute purba. Manusia
2. meluahkan perasaan mereka takut & gembira menggunakan suara mereka. Bermain-main dengan
suara mereka menjadi chant, hymn atau syair nyanyian kecil daripada inspirasi kicauan burung.
Kayu-kayu dan batuan keras dipukul mengeluarkan bunyi irama yang mengasyikkan. Mungkin
secara tidak sengaja mereka telah mengetuk kayu pokok yang berongga didalamnya dengan
batang kayu yang mengeluarkan bunyi kuat. Kulit binatang yang mereka guna sebagai pakaian
diletak pula untuk menutup rongga kayu besar menjadi gendang, di palu menjadi irama-irama
purba.
[sunting] Muzik moden
Muzik moden ialah muzik masa kini yang terbit hasil daripada perjalanan dan perkembangan
sejarah itu sendiri dari pada kemunculan tamadun terawal sehingga lah pertembungan budaya
akibat dari perdagangan dan penaklukan telah membawa dan menyebarkan muzik juga budaya
dari tamadun - tamadun tersebut ke seluruh dunia. Contohnya jalan sutera yang menghibungkan
timur dan barat, peluasan empayar seperti Greek dan Rom, peperangan antara tamadun Eropah
dan Islam dalam perang salib dan perpindahan manusia ke tanah atau benua baru seperti benua
America utara dan selatan. Penguasaan ekonomi barat ke atas pasaran dunia serta inovasi
teknologi barat membantu menyebarkan muzik Amerika dan Eropah. Penciptaan dan invovasi
yang terbit dari hasrat manusia untuk merakam bunyi persekitarannya telah menyebabkan
terciptanya alat perakam bunyi seperti phonograph dan gramophone pada akhir abad ke 19.
Dengan terciptanya radio serta TV, muzik boleh dicapai manusia sehingga ke seluruh dunia.
Amerika dan Eropah yang menguasai pasaran LP piring hitam dan segala bentuk pengedaran
muzik telah menyebabkan muzik dari kedua-dua benua itu menjadi popular keseluruh dunia.