1. Mesyuarat Agung PIBG Kali 40 SKTB | 1
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40 - SESI 2014/2016
SK TG BAYAN
Tarikh : 06.03.2014
Hari : Rabu
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Seri Bayan, SK Tg Bayan
Pengerusi : Puan Raihanah bt Amam @ Mohamad Amin
Perasmi : Tn Hj Mohd Daud bin Abdullah
(Kaunselor Organisasi PPD Hilir Perak)
Kehadiran :107 orang
Agenda:
1.0Ucapan YDP PIBG
1.1Tn Hj Kamal Zaman bin Hj Badri mengucapkan terima kasih dan mengalu-
alukan semua hadirin terutamanya Tn Hj Mohd Daud bin Abdullah
(Kaunselor Organisasi PPD Hilir Perak) yang sudi hadir ,dan
mengharapkan kehadiran beliau dapat menyuntik semangat di kalangan
ibu bapa untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak sekolah dan PIBG SK Tg Bayan.
1.2Juga mengalu-alukan kehadiran Puan Raihanah bt Amam ,Guru Besar
yang menggantikan Puan Hjh Fatimah bt Matori yang bersara pada 2
Januari 2014 yang lalu.
1.3Terima kasih juga atas kehadiran ibu bapa, guru-guru dan ahli PIBG pada
mesyuarat kali 40 ini.
1.4Mengharapkan pada masa akan datang kehadiran di pihak bapa ada
peningkatan, kerana ia penting untuk menyokong setiap aktiviti yang
dirancang dan dilaksanakan.
1.5Bersyukur kerana dapat hadir pada hari ini.
1.6PIBG adalah penyambung amanah kepada anak-anak SKTB. Oleh itu
beliau mengharapkan agar barisan AJK yang akan dilantik dapat
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya.
1.7Mohon kerjasama ibubapa ambil perhatian terhadap apa jua aktiviti anak-
anak, dan libatkan diri secara langsung dalam program yang dirancang
oleh pihak sekolah demi kecemerlangan pendidikan anak-anak.
2. Mesyuarat Agung PIBG Kali 40 SKTB | 2
2.0Ucapan Guru Besar (Penasihat PIBG)
2.1Puan Raihanah bt Amam @ Mohamad Amin mengucapkan terima kasih
kepada pengacara majlis (En Mohd Farid bin Mohd Saad) dan En Mohd
Fauzi bin Jamil atas bacaan doa.
2.2Ucapan selamat datang dan terima kasih kepada Tn Hj Mohd Daud
(Kaunselor Organisasi PPD hilir Perak) yang sudi hadir bagi mengisi slot
Sarana ibu bapa seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali 40
sesi 2014/2016 SK Tg Bayan.
2.3Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa, AJK PIBG 2011/2013 yang
hadir ,dan guru-guru selaku AJK Pelaksana yang bertungkus lumus
menyediakan keperluan untuk Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40 SK Tg
Bayan pada hari ini.
2.4Diharap kehadiran ibu bapa dan guru-guru dapat menyumbang kepada
perancangan aktiviti PIBG pada hari ini.
2.5Beliau selaku pentadbir baru di SK Tg Bayan mengharapkan kerjasama
semua ibubapa dan guru-guru dalam melaksanakan apa jua aktiviti demi
kecemerlangan murid-murid SK Tg Bayan.
2.6Puan Guru Besar memaklumkan tentang enrolmen murid SK Tg Bayan
bagi sesi persekolahan 2014. Jumlah keseluruhannya adalah 216 orang,
tidak termasuk Prasekolah An-Ain dan An-Nur. Guru pula 30 orang.
2.7Memaklumkan juga pertukaran 2 orang guru pada pertengahan Febuari
2014 iaitu En Navin Dave (SK Tebing Rebak) dan digantikan oleh Puan
Hazwani dari SK Hutan Melintang, serta En Cairil Nidzwan (PK
Kokurikulum SK Hutan Melintang) yang tiada pengganti yang
menyebabkan SK Tg Bayan kekurangan seorang guru Bahasa Inggeris.
2.8Oleh itu beliau memohon agar pihak wakil PPD memanjangkan perkara ini
ke pihak yang berkenaan. Begitu juga dengan ketiadaan Pembantu Tadbir
yang telah bersara pada 15 November 2013. Pihak sekolah hanya
menerima khidmat Pembantu Tadbir SK Khir Johari 2 kali seminggu.
2.9Memaklumkan juga tentang perjawatan PK Kokurikulum SK Tg Bayan
,iaitu Pn Shafarina bt Shahardin menggantikan En Mohd Saufi bin Salleh
yang bertukar ke SK Simpang Empat bermula Januari 2014.
2.10 Puan Guru Besar turut memaklumkan tentang Kelas Tambahan Tahun
Enam 2014:
2.10.1 Kelas petang : Isnin dan Selasa (1.40 - 2.40 petang)
Rabu dan Khamis (1.15 – 2.15 petang)
Rasional diadakan kelas selepas waktu persekolahan adalah untuk
memberi peluang kepada murid Tahun 6 mengikuti kelas KAFA/SRA
kerana murid-murid perlu menduduki ujian SRAI pada Oktober untuk
tujuan kemasukan ke SMKA/SABK/KAA.
Walaupun murid hadir ke kelas tambahan, mereka masih berpeluang
hadir ke sekolah agama.
3. Mesyuarat Agung PIBG Kali 40 SKTB | 3
2.10.2 Kelas Intensif : Selasa dan Khamis (7.15 – 7.45 pagi)
Dikelolakan oleh Puan Guru Besar bagi matapelajaran Bahasa
Malaysia (murid 6B).
2.10.3 Kelas tambahan Hari Sabtu (8.00 pagi – 12.00 tengah hari)
2.10.4 Kelas Malam : akan dilaksanakan – diurus oleh Setiausaha
Kecemerlangan Tahun 6 iaitu Pn Nor Samsiah bt Omar.
2.11 Dana bagi bayaran penceramahdan guru yang terlibat dalam program
tahun 6 akan diusahakan oleh pihak Guru Besar.
2.12 Makluman kepada ibu bapa tentang Band Sekolah yang berada di
tahap Band 2. Beliau mohon kerjasama semua ibu bapa agar memberi
kepercayaan dan kerjasama kepada semua guru untuk kecemerlangan
kurikulum, kokurikulum dan sahsiah anak-anak SK Tg Bayan
seterusnya dapat mencapai sasaran sekolah iaitu Band 1.
3.0 Ucapan Tn Hj Mohd Daud bin Abdullah (Kaunselor Organisasi PPD Hilir
Perak
3.1 Tn Hj Mohd Daud bin Abdullah mengalu-alukan kehadiran semua ahli
PIBG. Menyampaikan salam Tuan PPD Hilir Perak kepada semua yang
hadir . Beliau berharap matlamat dan sasaran tercapai.
3.2 Ucapan tahniah kerana SK Tg Bayan berjaya mengadakan
Mesyuarat Agung sebelum tarikh 31 Mac 2014, dan keprihatinan tentang
pekeliling berkaitan, iaitu menghantar laporan ke PPD dan JPN sebelum
tarikh tersebut untuk mendapatkan kelulusan bayaran yang perlu dikutip
daripada ibu bapa /penjaga.
3.3 Terima kasih kepada barisan AJK PIBG yang berjaya mengurus PIBG
dengan jayanya.
3.4 Maklum balas berkaitan kekurangan guru Bahasa Inggeris:
Akan dibekalkan sekiranya ada . Buat masa sekarang, bekalan guru
Bahasa Inggeris di Hilir Perak adalah kritikal. Oleh itu, untuk mengatasi
masalah tersebut, pihak pentadbir sekolah disaran menggunakan tenaga
yang ada, iaitu mohon kerjasama guru yang berkelayakan dan
berkebolehan di dalam bidang tersebut mengambil alih untuk sementara
waktu.
3.5 Penempatan Pembantu Tadbir adalah di luar bidang kuasa PPD.
Buat masa ini patuhi peraturan yang telah ditetapkan kerana
penempatannya bergantung kepada pengurusan JPN.
3.6 Mohon ibu bapa / penjaga memberi sepenuh kepercayaan kepada Guru
Besar dan guru-guru dalam mengurus tadbir sekolah dan murid-murid.
3.7 Sekiranya berlaku ketidakpuasan hati atau perselisihan, amalkan sikap
toleransi dan berbincang ke arah penyelesaian, bukan melaporkan ke
pihak ketiga.
3.8 Makluman tentang Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
yang memerlukan anak-anak bersaing di peringkat antarabangsa dan
juga nilai graduan di pasaran, yang bertujuan supaya ibubapa tahu
peluang dan ruang untuk anak-anak.
3.8 Mohon semua guru dan ibu bapa faham tentang PPPM.
4. Mesyuarat Agung PIBG Kali 40 SKTB | 4
3.9 Bekerjasama dalam mempertingkatkan pencapaian LINUS .
Ibu bapa turut memainkan peranan dalam memastikan
kebolehan anak-anak dari aspek bacaan, matematik dan
bahasa.
3.10 Pendidikan bermula dari rumah (ibu bapa) khususnya dari segi:
Perbualan - penggunaan bahasa,
Tingkahlaku – kesopanan atau ketidaksopanan tindakan
Pemupukan nilai rohani di kalangan anak-anak.
3.11 Mohon ibu bapa ambil berat kehadiran anak-anak ke sekolah.
Pihak sekolah perlu memastikan kehadiran bulanan murid 95% ke atas.
3.12 Menasihati ibubapa perlu ada simpanan kewangan bagi setiap anak
untuk masa depan mereka.
3.13 Syabas dan tahniah kepada semua guru yang menjadi teraju
kecemerlangan murid-murid SKTB , dan mengharapkan semangat
tinggi dalam mendidik anak-anak diteruskan dan menjadi contoh ikutan
terbaik kepada mereka.
3.14 Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke 40 SK Tg Bayan.
4.0Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 39
4.1Dibentangkan oleh Setiausaha PIBG sesi 2011/2013, Encik Mohd Farid
Bin Mohd Saad.
4.2Encik Ahmad Rusli bin Mohd Sedik mencadangkan Minit Mesyuarat PIBG
Kali ke 39 disahkan.
4.3Disokong sebulat suara oleh ahli PIBG.
5.0Perkara Berbangkit
5.1Tiada
6.0Membentang dan Mengesahkan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2011/2013
6.1Dibentangkan oleh Encik Mohd Farid bin Mohd Saad
(rujuk minit mesyuarat mukasurat 6)
6.2En Mohd Fauzi mencadangkan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2011/2013
Disahkan.
6.3Disokong oleh Puan Salwah bt Adnan.
7.0Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG SKTB Sesi
2011/2013 yang Berakhir Pada 31 Disember 2013
7.1Dibentangkan oleh Bendahari PIBG Sesi 2011/2013 Pn Hajah Norukiah
Bt Mahfudz.
7.2En Khalil mencadangkan agar Penyata Kewangan PIBG SKTB Sesi
2011/2013 disahkan.
7.3Disokong oleh En Jaafar Shah.
5. Mesyuarat Agung PIBG Kali 40 SKTB | 5
8.0Pembubaran AJK PIBG Sesi 2011/2013 dan Perlantikan Pengerusi
Sementara
8.1Tn YDP mengumumkan secara rasminya pembubaran barisan AJK PIBG
SKTB Sesi 2011/2013 dan memohon maaf sekiranya ada kekurangan
sepanjang sesi pengurusan beliau.
8.2 Pn Siti Watini bt Jajuli mencadangkan Puan Raihanah dilantik sebagai
Pengerusi Sementara.
8.3Disokong oleh semua ahli PIBG.
9.0Pemilihan AJK PIBG SKTB Sesi 2014/2016
9.1Pengerusi sementara memaklumkan pemilihan pada hari ini hanya
melibatkan jawatan YDP, NYDP, 14 orang AJK di kalangan ibu bapa,
4 orang AJK lantikan YDP dan seorang Pemeriksa Kira-Kira(ibu bapa)
9.2Bagi Jawatan Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari, AJK di kalangan
Guru dan Pemeriksa Kira-Kira (guru) akan dilantik oleh pihak pengurusan
sekolah.
9.3Lantikan AJK PIBG Sesi 2014/2016.
9.3.1 Yang Dipertua : Tn Hj Kamal Zaman bin Hj Badri
9.3.2 Naib Yang Dipertua : En Hamdan bin Abu Bakar
9.3.3 Setiausaha : En Mohd Farid bin Mohd Saad
9.3.4 Naib Setiausaha : Pn Siti Watini bt Jajuli
9.3.5 Bendahari : Pn Hajah Norukiah bt Mahfudz
9.3.6 AJK – Parit 26 : En Ashroni bin Mohd Moklas
En Mat Asnan bin Marwan
9.3.7 AJK - Parit 25 : En Mohd Harun bin Khalil
Pn Nina Ariyanti bt Armanshah
9.3.8 AJK – Parit 23 : En Kamarul Ariffin bib Sijan
En Jaafar Shah bin Ashaari
9.3.9 AJK – Parit 21 : En Mohd Sohir bin Ramli
En Iswan bin Ismon
9.3.10 AJK- Parit 19 : En Tarmizi bin Shaari
En Hasyim bin Abdullah
9.3.11 AJK Parit 25 Baroh : En Zahari bin Kadir
Pn Intan Baizura bt Hamzah
9.3.12 AJK Kg Badri : En Shaari bin Siraj
En Jamari bin Ngasari
9.3.13 AJK Lantikan YDP : En Khalil bin Yeop
En Mas Hidayat bin Kamarzaman
Pn Saripah Masurah bt Surid
Pn Salamiah bt Mohd Sarakni
9.3.14 AJK (Guru) : Pn Roziaini bt Redzwan
Pn Mardiah bt Gendut
En Suhaimi bin Samuri
En Mustafa Alba bin Omar
9.3.15 Pemeriksa Kira-Kira : En Abd Latif bin Bahari
6. Mesyuarat Agung PIBG Kali 40 SKTB | 6
10.0 Pembentangan Usul/Cadangan
10.1 Usul daripada mesyuarat guru dan AJK PIBG 2011/2013
10.1.1 Guru Besar memaklumkan penglibatan sekolah dalam
kokurikulum memerlukan perbelanjaan yang banyak:
a) Peralatan sukan memanah = RM1200.00
b) Hoki ke peringkat daerah = RM 90.00 (Yuran sahaja, tidak
termasuk perbelanjaan makan dan pengangkutan)
Oleh itu guru-guru dan AJK PIBG 2011/2013 telah
bermesyuarat dan mencadangkan kutipan berikut :
a) Derma PIBG = RM 10.00 (1 keluarga)
b) Derma Sukan = RM 10.00 (1 keluarga)
c) Derma Program Peningkatan Kokurikulum
= RM 5.00 (1 murid)
d) Kegiatan Agama Islam = RM 5.00 (1 murid)
JUMLAH = RM30.00
En Ahmad Rusli bin Mohd Sedik mencadangkan usul diterima.
Disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat PIBG.
10.1.2 Menaik taraf surau sekolah dengan menambah tempat wudhuk
dan tandas. Kos dianggarkan RM9000.00
10.1.3 Hari Kokurikulum bersama Sukan Rakyat.
Cadangan pelaksanaan adalah selepas Peperiksaan UPSR,
bertujuan untuk mancari dana PIBG bagi menampung pelbagai
keperluan aktiviti sekolah.
En Ashroni mencadangkan usul diterima.
Disokong oleh ahli mesyuarat PIBG.
10.2 Usul (Ibu bapa)
10.2.1 Pn Rohana Kamaruddin (Nurrizati Erni – 1 Arif)
Mencadangkan pertingkatkan program-program dan aktiviti
murid tahap 1 contohnya : latihan permainan bola sepak di
awalkan.
Respon Guru Besar :
1. Pihak sekolah kekurangan jurulatih / tenaga untuk latihan.
2. Bagaimanapun pihak sekolah tetap berbangga kerana 3
orang murid SKTB terpilih mewakili Kelompok 6 ke peringkat
Daerah Hilir Perak.
3. Pihak Sekolah juga merakamkan jutaan terima kasih kepada
JKKK atas sumbangan tiang gol.
4. Pihak sekolah memohon kerjasama pihak yang
menggunakan tiang bola jaring di luar waktu persekolahan,
supaya mengembalikan semula ke tempat asalnya.
7. Mesyuarat Agung PIBG Kali 40 SKTB | 7
10.2.2 En Kamaruzaman bin Yup (Nurin Farhana – 1 Arif)
Mencadangkan agar pihak sekolah mengadakan Hari Kantin
untuk mengutip dana PIBG bagi menampung pelbagai
keperluan sekolah.
Respon Guru Besar :
Akan digabungkan dengan Hari Kokurikulum Sekolah.
10.2.3 En Mohd Hassim bin Abdullah (Norsafika Wahida – 5 Arif)
a. Memohon pihak sekolah mengeluarkan surat kutipan derma
kepada setiap ibu bapa/ penjaga dan melantik setiap wakil
kampung untuk mengutip derma bagi tujuan menaik taraf
pondok menunggu anak-anak keluar sekolah (di luar
kawasan sekolah).
b. Mencadangkan dibina dataran serta menabur batu crushrun
dari jambatan konkrit ke pondok menunggu murid (tempat
letak kereta ibu bapa)
Respon Guru Besar:
Akan diusahakan dengan memohon dana daripada pihak yang
berkenaan
11.0 Ucapan Penangguhan
11.1 YDP PIBG Tn Hj Kamal Zaman bin Hj Badri mengucapkan terima kasih
atas lantikan semula beliau sebagai YDP PIBG SKTB Sesi 2014/2016.
Beliau menganggap ini merupakan penghargaan kepada beliau untuk
meneruskan tanggungjawab kepada semua murid,guru dan ahli PIBG
SK Tg Bayan.
11.2 YDP berjanji akan memohon jasa baik En Shaari bin Siraj menjadi
Juru latih bola sepak sekolah kerana melihat potensi yang ada pada
beliau.
11.3 Berkaitan cadangan naiktaraf surau dengan kos RM9000.00 YDP akan
membincangkan usul tersebut dalam Mesyuarat AJK PIBG Sesi
2014/2016.
11.4 Seterusnya YDP mencadangkan agar Ketua Kampung Tg Bayan
dilantik secara automatik dalam senarai AJK PIBG SKTB, kerana apa
sahaja projek yang akan dijalankan sebenarnya memerlukan sokongan
beliau sebagai Ketua di Kampung Tg Bayan ini.
11.5 YDP turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang
bersetuju menerima cadangan sekolah yang diusulkan oleh Puan Guru
Besar berkaitan program peningkatan akademik dan kokurikulum.
11.6 Secara peribadi beliau bersetuju menyumbang sebanyak RM500.00
bagi bidang kokurikulum sekolah.
11.6 YDP mohon semua ahli memberi kerjasama kepada beliau dan barisan
AJK PIBG 2014/2016 serta guru-guru SKTB, untuk mengendali dan
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan sebaik-baiknya.
8. Mesyuarat Agung PIBG Kali 40 SKTB | 8
Sokongan dan keprihatinan daripada semua pihak insyaallah akan
menyumbang kepada kecemerlangan SKTB .Segala kekurangan di
pihak beliau mohon dimaafkan.
11.7 Puan Guru Besar selaku Penasihat PIBG SKTB memohon kerjasama
dan sokongan semua pihak, kerana kecemerlangan sekolah adalah
kecemerlangan bersama, khususnya dalam usaha mencapai sasaran
sekolah ke Band 1.
11.8 Beliau akan berusaha untuk mempertingkatkan kecemerlangan dan
Prasarana sekolah serta mengembalikan kegemilangan sekolah
seperti dahulu “cantik , ceria dan cemerlang” , dengan sokongan ibu
bapa , murid-murid , kakitangan dan guru-guru SK Tg Bayan.
Mesyuarat ditangguhkan jam 5.30 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
………………………. ……………………….
(MOHD FARID BIN MOHD SAAD)
Setiausaha PIBG
SK Tg Bayan