Mesyuarat membincangkan persediaan untuk acara Family Day dan makan malam perayaan Fiesta Gala Geologi 2015. Pos-pos yang bertanggungjawab untuk program, protokol, cenderamata, jamuan, teknikal dan logistik melaporkan perkembangan kerja dan isu-isu yang dihadapi. Perbincangan memastikan persediaan berjalan lancar untuk kedua-dua acara.
Mesyuarat membincangkan perkembangan persiapan Fiesta Gala Geologi 2015, termasuk laporan daripada ketua pos mengenai tugas yang dilaksanakan dan masalah yang dihadapi. Laporan juga diberikan mengenai perkembangan usaha menghubungi alumni untuk menghadiri acara tersebut, di mana respon positif diterima terutamanya daripada batch 2009 hingga 2013. Beberapa pos masih menghadapi kesukaran menghubungi alumni tertentu.
1. Minit Mesyuarat
Fiesta Gala Geologi ‘15
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bil 5/2015
Tarikh : 13 November 2014
Hari : Khamis
Masa : 9.30 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Makmal Tahun 1, Bangunan Geologi
ï‚· Perkara berbangkit : Menggariskan maklumat dan keperluan program Family Day
Agenda :
1. Setiap ketua pos menerangkan perkembangan tugasan yang telah dijalankan oleh ahli
jawatankuasa masing-masing.
Maklumat yang dicapai daripada mesyuarat:
Pos Program:
Tentatif program telah disediakan. Seperti yang dimaklumkan, program berjalan dari pukul 8 pagi
sehingga 1.30 petang. Terdapat 13 permainan yang akan dimainkan semasa program Family Day. Semua
peralatan yang diperlukan untuk permainan akan disediakan secepat mungkin. Tempat yang akan
digunakan untuk program ini ialah padang ragbi UKM. Padang tersebut akan ditempah sebulan sebelum
program dijalankan.
Pos Protokol:
Setakat ini, alumni geologi UKM tidak dapat dihubungi. Walau bagaimanapun, ahli jawatankuasa pos ini
akan cuba dapatkan nombor telefon atau emel alumni-alumni tersebut.
Pos Jamuan:
Sarapan dan makan tengah hari akan disediakan tetapi masih memerlukan jumlah peserta yang tetap
untuk ditempah. Untuk sarapan, dicadangkan untuk menyediakan roti dan air mineral.
Pos Tugas-tugas Khas:
Pos ini dipertanggungjawabkan untuk menghias padang dan pentas untuk Family Day. Barang untuk
perhiasan akan disediakan secepat mungkin. Khemah untuk setiap rumah sukan akan dihias oleh peserta
sendiri. Refri dan usher untuk sukaneka diperlukan.
2. Pos Plubisiti:
Semuanya berjalan dengan lancar. Bina, banting dan poster akan direka dan disiapkan secepat mungkin.
Baju untuk setiap rumah sukan belum ditentukan lagi.
Pos Cenderamata:
Hamper untuk pemenang sukaneka akan disediakan sama ada ditempah di kedai atau membeli barangan
hamper dan akan dibungkus oleh ahli-ahli jawatankuasa. Terdapat tiga tempat pemenang untuk setiap
permainan.
Disediakan oleh:
__________________________
(SYAFRIN AQHASHA BINTI RAHMAT)
Timbalan Setiausaha
Fiesta Gala Geologi ‘15
Kelab Geologi
Universiti Kebangsaan Malaysia