SlideShare a Scribd company logo
BAB 3
LOGIK & METODOLOGI
(Seni dan Kaedah Berfikir)
UHC1012 – FALSAFAH & ISU SEMASA
PUSAT SAINS KEMANUSIAAN
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
1. Menjelaskan definisi, peranan, kedudukan dan hubungan
ilmu Logik dengan ilmu Falsafah serta menjelaskan
pelbagai falasi dan cara pencegahannya.
2. Menghuraikan perkembangan, kegunaan, dan perbezaan
dua pendekatan utama dalam logik iaitu Deduksi dan
Induksi.
3. Menghuraikan kepelbagaian metodologi yang
memperkayakan perkembangan ilmu-ilmu yang lebih
kompleks.
HASIL PEMBELAJARAN
2
Logik & Metodologi
(1) Definisi Logik
dan Falasi
(2) Pendekatan
Utama dalam Logik
(3) Pelbagai
Metodologi dalam
Penghasilan Ilmu
PERINCIAN BAB
3
4
PENGENALAN
• Manusia makhluk berfikir.
• Cara dan kadar berfikir berbeza-
beza (#Cth, Tahap kesukaran; Kategori
manusia; Pendidikan, Kerjaya dll)
• Cenderung betul@salah@tak
pasti. Jadi, perlu kpd ilmu Logik.
• Logik = Sains ttg kaedah berfikir
secara benar dan tepat (science of
accurate thinking) @ Sains
Penaakulan (science of reasoning).
• Logik digunakan utk bantu dlm kemukakan hujah yg sistematik dan
munasabah, seterusnya menilai sama ada hujah tersebut bernas/bermakna
(sound), hujah sahih (valid) atau hujah berfalasi (fallacious).
• Hujah memerlukan Penaakulan (reasoning) iaitu proses kemukakan
“Sebab/Alasan” + dikukuhkan dgn “Bukti/Dalil”.
Soalan berunsur Logik:
• Kenapa anda hadir kuliah
Falsafah?; Ingin tahu,
ingin berfikir kritis, ingin
lulus, ia kursus wajib. +
Ada Bukti?.
• Adakah UMP IPT swasta?.
Bukan. UMP IPT awam. +
Ada Bukti?
Cabang falsafah Logik dalam Kursus
UHC1012 & Falsafah Sejahtera
5
Bahagian 1
LOGIK & FALASI
• Definisi Logik
• Penggunaan dan Peranan Logik
• Definisi Falasi
• Bentuk dan kategori Falasi
• Bagaimana menilai dan mencegah falasi?
6
• Menjelaskan definisi, peranan,
kedudukan dan hubungan ilmu Logik
dengan ilmu Falsafah serta
menjelaskan pelbagai falasi dan cara
pencegahannya.
Hasil
Pembelajaran
• Logik
• Hujahan & Penaakulan
• Falasi
Kata Kunci
7
Di akhir bab ini, pelajar mampu untuk...
8
Definisi Logik
Dari segi Definisi
Bahasa
Asal kata drp perkataan Yunani/Greek ‘Logos’ yg bermaksud Kata
(utterance); Pernyataan (statement); Pemikiran (thought); Akal fikiran
(reason); bersifat Rasional (rational)
Istilah
• Satu cabang falsafah berkaitan ilmu tentang prinsip dan cara
penaakulan yg betul/benar dan sahih (true & valid reasoning) dlm
struktur hujahan (argument).
• Ilmu berfikir secara teratur dan sistematik dlm struktur hujahan yg
memerlukan penaakulan yg betul (Premis/Sebab/Alasan + Bukti/Dalil)
*Hujahan
(argument)
Satu rangkaian pernyataan tertentu yg mempunyai urutan (iaitu
Sebab/Alasan- Reason/Premise + Bukti/Dalil- evidence) yg akan
menyokong pernyataan lain (iaitu Kesimpulan-Conclusion).
*Penaakulan
(reasoning)
Satu proses berfikir yg menggunakan Hujah-dan-Alasan (Argument-
and-Reason) bagi menyokong Kesimpulan (Conclusion). Manusia
sering beri penjelasan, justifikasi, dan ramalan ttg sesuatu perkara
atau isu melalui Proses Penaakulan.
Berfikir secara lebih sistematik,
kritis dan benar berbanding
berfikir tahap biasa@mudah
[Cth; Bagaimana bekerja utk
dapatkan makanan? vs Hari ini nak
makan apa?]
Analisis sesuatu fenomena@
situasi mengikut kaedah yg betul
[Cth; Bagaimana COVID-19
merebak begitu cepat?; Isu
globalisasi; IR4.0]
Buat kesimpulan ttg sesuatu
secara ilmiah dan meyakinkan dgn
bukti dan hujah yg bernas
[Cth; Adakah bumi mendatar
atau bulat?; Isu vaksin & Imunisasi]
Hindari kesilapan@kekeliruan dlm
pernyataan yg mendorong kpd
kesimpulan tidak rasional@tidak
tepat
[Cth; Hindari falasi; Berita palsu]
Logik sebagai Alat & Kaedah untuk …
Peranan Logik dalam Falsafah
9
Premis 1 Saya amat meminati bidang kimia.
Premis 2
Banyak peluang pekerjaan yg menarik dlm bidang
kejuruteraan khususnya kejuruteraan kimia.
Kesimpulan Justeru, saya akan bekerja sebagai jurutera kimia.
10
Logik dalam Hujahan dan Penaakulan
Premis 1
Saya lambat keluar rumah krn jiran memerlukan bantuan
kecemasan.
Premis 2
Perjalanan saya semakin lambat krn berlaku kesesakan
trafik yg berpunca drp kemalangan motosikal dan lori.
Kesimpulan Justeru, saya lewat hadir ke mesyuarat di pejabat.
Tujuan Membuat Keputusan
Tujuan Memberi Penjelasan
*Premis = Usul/Sebab/Alasan
Perniagaan
Adakah perniagaan akan maju
JIKA berniaga secara online?
Sains & Teknologi
Adakah bumi bulat atau
mendatar?
Kesihatan
Adakah produk herba X
berkesan merawat masalah
kolestrol tinggi?
Pendidikan
Adakah kaedah merotan
berkesan dalam mendidik anak?
Jenayah
Bagaimana polis menyiasat
kes pembunuhan bersiri itu?
Politik
Adakah krisis politik yang
berpanjangan memberi
impak kepada rakyat? CONTOH PENGGUNAAN
LOGIK DALAM ASPEK
KEHIDUPAN
11
Aplikasi Logik dalam Berita
1) Berita Kesihatan- COVID-19 (dari laman web BH
Online): Restoran tak patuh SOP PKPB diarah tutup.
2) Unsur logik dalam berita tersebut:
• Peranan logik: Memberi penjelasan dan kenal
pasti cara pencegahan COVID-19 (dari segi apa,
kenapa, bagaimana, kesimpulan & tindakan
seterusnya).
• Premis (Kenapa): Rantaian COVID-19 tidak dapat
dicegah@diputuskan jika SOP tidak dipatuhi.
• Kesimpulan: COVID-19 semakin merebak (spt
Wujud perhimpunan dan kluster baharu; Wujud
penularan skala yg lebih besar dll); pengesanan
kontak rapat dan rawatan semakin mencabar.
3) Justifikasi: Ya, logik ini benar/betul dan munasabah
berdasarkan bukti pengesahan kajian oleh saintis,
virologis, KKM dan diperakui oleh WHO.
12
Merujuk contoh Logik dalam Berita di atas:
1) Layari salah satu laman Berita Online berikut (Berita Harian, Harian Metro,
Astro Awani, Sinar Harian, BERNAMA).
2) Baca satu Berita bertulis atau tonton Berita TV yang mengandungi isu yang
ada kaitan dengan unsur Logik dalam Hujahan dan Penaakulan (#contoh isu
politik, ekonomi, sosial, pendidikan, agama, sukan, hiburan, antarabangsa,
teknologi, jenayah dll).
3) Nyatakan pengunaan unsur Logik dalam hujahan dan penaakulan dalam isu
tersebut dari segi (a) Peranannya dan (b) Struktur Premis-Kesimpulan.
4) Adakah Logik yang dinyatakan itu benar/betul dan munasabah? Bawakan
bukti sebagai justifikasi anda.
5) Buat serahan jawapan anda dalam platform e-learning dengan menulis nama
penuh, no. ID, dan Section anda.
Aktiviti 3-1: Logik dalam Berita
13
• Falasi ialah Hujahan palsu (unsound arguments) yg digunakan utk
mengelirukan atau mempengaruhi penilaian dan pembuatan
keputusan orang lain agar mempercayainya sebagai benar,
munasabah, tepat atau sah. (#Cth: keputusan membeli, membuat
pilihan, menyertai satu2 kumpulan, memahami isu dan berita dll).
• Nama lain Falasi: (1) Penaakulan palsu (pseudo-reasoning); (2)
Penaakulan salah (wrong reasoning); (3) Silap fikiran; (4) Salah
konsepsi (misconception); (5) Salah pengertian.
*Hujahan bermakna/bernas (sound argument) = Hujah yang mengikut peraturan
dan struktur penghujahan yang sahih (valid) dan mempunyai kandungan Sebab-Alasan
(iaitu premis-premis) yang betul/benar (true) dari segi fakta.
14
Definisi Falasi (Fallacy)
• Kesan Falasi: Mampu mempengaruhi fikiran, emosi, dan tingkah laku
manusia, walaupun ia seolah-olah kelihatan seperti benar,
munasabah, sah dan masuk akal.
• Sebab Falasi adalah hujahan palsu...
o Lemah dari segi struktur penghujahan (Premis & Kesimpulan)
o Tidak cukup fakta dan data
o Premis atau alasan tidak sah
o Berunsurkan berat sebelah (bias), prejudis, stereotaip
o Berunsurkan emosi, paksaan, menakut-nakutkan
o Andaian dan kepercayaan yang menyeleweng
o Kesimpulan yang salah, terburu-buru dan tidak sah
o Gambaran kelemahan aspek rasionaliti dan objektiviti pemikiran
manusia
15
Kenapa Falasi adalah Hujahan Palsu?
16
(1) FALASI FORMAL
Ada kecacatan/kelemahan dlm STRUKTUR/BENTUK hujahan yg menjadikan
hujahan itu tidah sah (invalid). Berlaku dlm Hujah Deduktif.
Contoh:
• Premis 1: Semua orang Cina adalah pandai berniaga.
• Premis 2: Ah Chong pandai berniaga.
• Kesimpulan: Ah Chong adalah orang Cina (#Kesimpulan yang salah)
Bentuk Falasi
(2) FALASI TIDAK FORMAL
Ada kecacatan/kelemahan dlm KANDUNGAN PREMIS hujahan yg menjadikan
hujahan itu tidak bernas (unsound). Berlaku dlm Hujah Induktif.
Contoh:
• Premis 1: Berlaku kes-kes melibatkan ahli sukan yg handal, ambil dadah utk kekal
bertenaga semasa bersukan.
• Premis 2: Ahli sukan X, Y, dan Z yg handal ambil dadah, kekal bertenaga semasa besukan.
• Kesimpulan: Semua ahli sukan yg handal, juga akan ambil dadah utk kekal bertenaga
semasa bersukan. (#Kesimpulan yang salah)
17
Kategori dan Jenis Falasi
Kategori Falasi Jenis-jenisnya
1) Falasi Generalisasi
Salah (Fallacies of False
Generalization)
• Hasty Generalization
• Sweeping Generalization
• False Dilemma.
2) Falasi Sebab-Akibat
@Falasi Hubungkait
(Causal Fallacies)
• Questionable cause
• Slippery Slope
3) Falasi Kerelevanan
(Fallacies of Relevance)
• Rujukan Autoriti (Appeal to Authority)
• Menagih Simpati (Appeal to Pity)
• Ancaman Takut (Appeal to Fear)
• Serangan Peribadi (Appeal to Personal Attack)
• Mengabui Mata@Tipu Muslihat (Red Herring)
18
• Falasi ini berlaku apabila kesimpulan yg dibuat adalah berdasarkan sampel kecil
drp populasi keseluruhan. Generalisasi ini melibatkan kesilapan dlm proses
menganalisis dan mengumumkan konsep, penyataan atau isu tertentu.
• Contoh:
 Stereotaip- “Semua orang Jepun kreatif”; “Semua lelaki tidak sensitif
terhadap wanita”; “Semua Muslim adalah teroris”
 “Saya ada 3 pelajar dari Negara X tahun lepas. Mereka bertiga pemalas.
Umumnya, semua pelajar dari Negara X adalah pemalas!”.
 “Siapa sahaja boleh beli 4 buah rumah selepas bergraduat!. Saya sendiri
sudah membuktikannya pada usia 23 tahun!”.
• Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini?
a) Buat kajian perbandingan di antara analogi betul dan salah. Adakah ia boleh
diaplikasikan kpd semua orang?
b) Buat kajian yg melibatkan faktor silang budaya (cross-cultural), keupayaan
dan perbezaan individu dlm isu itu.
FALASI GENERALISASI SALAH:
1) Generalisasi Terburu-buru (Hasty Generalization)
19
• Falasi ini berlaku apabila kesilapan dan kesukaran dlm proses mentafsir
dan mengumumkan sesetengah konsep, penyataan atau isu.
• Contoh:
 “Universiti adalah pusat pembangunan holistik dan jaminan peluang
kerjaya”. Jadi, Semua orang perlu dan mesti masuk universiti krn jika
tak masuk, tidak akan dapat kerja, malah tidak berjaya dlm hidup.
 “Senaman intensif bagus utk kesihatan yg baik secara keseluruhan”.
Jadi, Semua pesakit jantung yg kritikal perlu dan mesti mengamalkan
senaman intensif utk kekal sihat.
• Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini?
a) Buat analisis kritis tentang isu, perbezaan dan keadaan semasa individu.
b) Buat analisis punca-kesan bagi kondisi individu tertentu yg menghidapi
keadaan kritikal (spt pesakit jantung kritikal)
FALASI GENERALISASI SALAH (samb.):
2) Generalisasi Salah Tafsir (Sweeping Generalization)
20
• Falasi ini berlaku apabila kita diminta memilih satu di antara dua pilihan
sahaja tanpa adanya pilihan tambahan (pilihan alternatif). Anda berada dlm
dilema di antara dua persimpangan.
• Contoh:
 “Pilih antara dua, anda menyokong saya atau menentang saya”.
 “Anda cakap anda prihatin akan nasib mangsa banjir, tapi saya tak
nampak pun kelibat anda dlm program khidmat masyarakat tadi”.
• Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini?
a) Jarang dlm kehidupan sebenar hanya ada 2 pilihan sahaja. Akan ada
alternatif lain@jalan tengah yg terbaik mengikut masa yg sesuai.
b) Lakukan Analisis SWOT (Strength, Weaknesses, Opportunity & Threat)
atau Analisis Senario Kes Teruk (worst case senario).
c) Rujuk pihak tertentu sebagai perantara atau orang tengah.
FALASI GENERALISASI SALAH (samb.):
3) Dilema Salah@Falasi Hitam-Putih
(False Dilemma/Black-or-White Fallacy)
21
• Falasi ini berlaku apabila seseorang membawakan hubungan sebab-
akibat tanpa wujudnya bukti yg betul dan kukuh.
• Contoh:
Kepercayaan tradisi, kepercayaan karut, dan pantang larang:
 “Jangan bersiul dlm rumah, nanti ular masuk rumah”.
 “Suka menyanyi di dapur, akan dapat jodoh lelaki tua”.
 “Jangan berkeliaran waktu senja, nanti disorok hantu”.
• Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini?
a) Selidik apakah punca dan sebab yang sebenar dan konkrit.
b) Siasat@analisis sebahagian drp kebanyakan bentuk kesilapan yang berlaku.
c) Rujuk penjelasan drpd sumber dan justifikasi ilmu wahyu (revealed
knowledge).
FALASI SEBAB-AKIBAT:
1) Hubungkait Sebab-Musabab yg Dipersoalkan
(Questionable Cause)
22
• Falasi ini berlaku jika kita membenarkan kejadian pertama (A) berlaku, maka
kejadian kedua (B) juga akan ikut berlaku. Oleh itu, kejadian pertama (A) tidak
patut dibenarkan berlaku. Falasi ini menegaskan tindakan yg tidak diingini
akan membawa kpd keadaan yg lebih buruk sama spt keadaan “tergelincir@
tergolek dari cerun yg tinggi”.
• Contoh:
 “Jika anda gagal Ujian 1 (A), kemudian, Ujian 2 juga akan gagal (B), Jadi,
sila pastikan Ujian 1 (A) tidak akan gagal”
 “Saya bagi amaran!, Jika anda mula ponteng kelas (A), anda akan tercicir
dan dibuang sekolah (B). Akibatnya, masa depan anda akan hancur dan
tiada harapan lagi (B). Jika tidak mahu ia berlaku, sila hadir ke kelas (A)”
• Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini?
a) Apa punca utama dan apakah kesan dalam isu tersebut?
b) Rujuk kpd pakar tentang perkara tersebut.
c) Buat penyelidikan tindakan (action research).
FALASI SEBAB-AKIBAT (samb.):
2) Selamanya Jatuh Tergolek (Slippery Slope)
• Falasi ini berlaku apabila seseorang cuba mempengaruhi audien utk menerima
sesuatu kepercayaan atau tingkah laku berdasarkan rujukan autoriti (spt
reputasi, kredibiliti, dan populariti seseorang personaliti yg dihormati,
berpengaruh dan terkenal).
• Contoh:
 “Selebriti X ialah duta produk Y dan dia sentiasa sihat. Jadi minumlah
produk Y utk kekal muda, sihat dan kuat”.
 “8 drp 10 pakar memilih telefon pintar jenama X berbanding jenama lain,
Jadi, belilah telefon pintar jenama X!”
 “Profesor Z pun amalkan budaya Copy-Paste dan plagiat, kenapa kami
pelajar tak boleh buat?
• Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini?
a) Selidik latar belakang pakar tersebut dan kelayakan profesional@
kewibawaannya dlm hal tersebut.
b) Sejauh mana kaitan dan relevan autoriti itu dgn produk atau amalan. 23
FALASI KERELEVANAN:
1) Rujukan Autoriti (Appeal to Authority)
24
• Falasi ini berlaku apabila alasan digunakan utk menagih simpati dan
meraih belas kasihan sehinggakan orang lain terpengaruh dan membuat
kesimpulan atas dasar simpati. Walaupun keadaan ini selalu berkesan,
tetapi hujahan adalah tidak sah dan bermakna.
• Contoh:
 Pujukan pelajar kpd pensyarah... “Encik tak boleh beri selain Gred A+ bagi
subjek Falsafah ini, kerana saya sudah berusaha keras dgn berjaga sepanjang
malam utk ulangkaji subjek ini. Jika tidak dapat, biasiswa saya tidak akan
disambung dan pasti ibu bapa saya akan kecewa”.
• Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini?
a) Berjaga malam tiada kaitan dgn kualiti hasil tugasan yg telah dilakukan. Elak
rasa kasihan dlm berhujah. Ia jelas membuktikan hujah anda lemah!.
b) Emosi sering sukar digunakan sama ada secara baik atau dimanipulasi
berbanding bersikap berterus terang dan informatif.
FALASI KERELEVANAN (samb.):
2) Menagih Simpati@Kasihan (Appeal to Pity)
25
• Falasi ini berlaku apabila seseorang menggunakan unsur menakut-nakutkan,
rasa cemas dan tidak berasas (spt ancaman, ugutan, propaganda, penipuan dll)
utk mempengaruhi audien agar menerima dakwaannya.
• *Juga digunakan sbgai “reversed tool” utk ubah sikap dan tingkah laku negatif.
• Contoh:
 “Ayah saya penyumbang dana terbesar sekolah ini. Jadi, Encik perlu
pertimbangkan semula gred C bagi Ujian Akhir kertas Matematik saya”.
 Hujah ahli politik… “Jika kita tidak menaikkan cukai@memperkenalkan cukai
baharu, negara akan dibebani hutang sedia ada yg berbilion ringgit”.
 *Video kemalangan tragis krn guna telefon semasa memandu (reversed tool).
• Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini?
a) Apakah prinsip utama kehidupan anda tentang isu yg berkaitan dgn
ancaman dan kesan ketakutan jika ia berlaku dlm hidup anda?
b) *Ia mungkin sesuai ditujukan kpd individu yg terlibat secara langsung bagi
memberi kesedaran kpd mrk (reversed).
FALASI KERELEVANAN (samb.):
3) Ancaman Takut (Appeal to Fear@Scare tactics)
26
• Falasi ini berlaku apabila seseorang menyerang sama ada watak,
kelayakan atau tingkah laku peribadi seseorang lain yg bertujuan utk
melemahkan atau meremehkan hujah atau dakwaan seseorang.
• Contoh:
 “Kenapa anda dengar cakap kaunselor itu!. Anda berhak di atas diri
sendiri. Jika saya jadi anda, saya tolak mentah-mentah nasihat dia”
 “Doktor A merupakan perokok yg bertubuh gemuk dan suka makan
makanan laut. Jadi, dia tak layak beri nasihat ttg gaya hidup sihat”
• Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini?
a) Selidik kelayakan sijil profesional dan pengalaman individu itu.
b) Selidik keselarian di antara dakwaan, tingkah laku dan pengalaman
profesional.
FALASI KERELEVANAN (samb.):
4) Serangan Peribadi (Personal Attack@ad-hominem)
27
• Falasi ini digunakan utk mengalihkan/memesongkan perhatian orang
drpd isu sebenar atau isu utama. Juga disebut sebagai Lempar umpan
ke topik lain.
• Contoh:
 “Kenapa perlu risau sangat tentang isu wabak COVID-19, sedangkan
isu pencemaran alam sekitar dan pemanasan global juga kritikal!”
(#Respon falasi isu peningkatan kes wabak COVID-19)
 “Alah tidak merokok pun boleh mati juga” (#Respon falasi isu
larangan merokok yg boleh membawa maut)
• Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini?
a) Tujuan sebenar falasi ini ialah utk mengalih perhatian orang lain. Jadi,
kita perlu menilai dan konsisten dengan isu utama yg dibahaskan.
b) Kenal pasti hujah atau alasan yg tidak bersangkut-paut dgn isu sebenar.
c) Setiap isu ada platform atau forum khas utk dibincangkan.
FALASI KERELEVANAN (samb.):
5) Mengabui Mata@Tipu Muslihat (Red Herring)
Aktiviti 3-2: Kenal & Cegah Falasi
Merujuk kepada Slaid dan Video Kuliah Bab 3:
1) Buat carian di Internet dalam bentuk Berita@Klip video@Klip filem tentang
Falasi dalam apa jua bidang sama ada Politik, Ekonomi, Sosial, Kesihatan
COVID-19, Pendidikan, Media, Pengiklanan, dan sebagainya.
Contoh:
 Nyatakan Kategori Falasi: Falasi Kerelevanan (Fallacy of Relevance)
 Nyatakan Jenis/bentuk: Rujukan kepada Autoriti (Appeal to Authority)
 Nyatakan Bidang: Pengiklanan (produk sukan).
2) Skop perbincangan:
 Kenapa mereka menggunakan Falasi sebagai hujah?.
 Adakah kaedah Falasi itu diterima akal, wajar dan beretika?
 Bagaimana anda menilai dan mencegah Falasi itu?
3) Buat serahan jawapan anda dalam platform e-learning dengan menulis nama
penuh, no. ID, dan Section anda.
28
Bahagian 2
PENDEKATAN UTAMA DALAM LOGIK:
DEDUKSI & INDUKSI
• Definisi Deduksi, Proses, Kegunaan dan Contoh
• Definisi Induksi@Aruhan, Proses, Kegunaan dan Contoh
29
• Menghuraikan perkembangan,
kegunaan, dan perbezaan dua
pendekatan utama dalam logik iaitu
Deduksi dan Induksi
Hasil
Pembelajaran
• Deduksi
• Induksi@Aruhan
Kata Kunci
30
Di akhir bab ini, pelajar mampu untuk...
31
Pendekatan Deduksi
(Deductive Reasoning)
Definisi
• Satu kaedah penaakulan di mana satu KESIMPULAN
KHUSUS terhasil melalui aktiviti taakulan berdasarkan DUA
PREMIS UMUM (iaitu Premis Major & Premis Minor) yg
dianggap benar.
• Kebiasaannya, kesimpulan khusus yg dibuat adalah
mengikut logik premis umum yg diberikan.
• Kaedah ini juga disebut sebagai Silogisme.
Contoh
asas
• Premis Major (Umum-Prinsip sedia ada): SETIAP manusia akan mati.
• Premis Minor (Contoh-Pemerhatian): Socrates seorang manusia.
• Kesimpulan (Khusus-Pengesahan): Justeru, Socrates akan mati.
32
Proses Deduksi
Kenal pasti Peraturan@
Premis UMUM @Teori
Sedia Ada
Kata Kunci: Semua
@Setiap
Buat Kesimpulan KHUSUS
sama ada terima@tolak
Premis@Teori umum
*Kesimpulan sentiasa benar
jika peraturan@ teori sedia
ada itu benar
Kenal pasti *Hipotesis
khusus yg berkait dgn
Premis Umum & Jalankan
Pemerhatian (kumpul
data) yang berkaitan
hipotesis khusus tadi
Teori Kepimpinan Transformasi
(Transformational Leadership)
(Bass,1985, 1996; Burns,1978):
Setiap pemimpin yg ada ciri-
ciri gaya Kepimpinan
Transformasi A, B, C, & D,
mampu meningkatkan prestasi
organisasi.
• Tentukan Pembolehubah
(variables), Hipotesis, Kumpul
data & Analisis data.
• CEO X adalah pemimpin yg
ada ciri-ciri gaya Kepimpinan
Transformasi A, B, C, & D.
• Adakah Prestasi Organisasi Y
akan meningkat?
Justeru, CEO X, mampu
meningkatkan prestasi
Organisasi Y.
Contoh: Kajian Gaya Kepimpinan dengan Prestasi Organisasi
Deduksi bertujuan MENGUJI Peraturan umum@Teori sedia ada (Premis
Major) sama ada boleh diaplikasikan terhadap isu atau kes baharu dgn menguji
hipotesis-hipotesis (Premis Minor) yg disandarkan kpd teori umum/sedia ada
tersebut bagi menghasilkan Kesimpulan Khusus.
Kegunaan Deduksi
Kajian ttg “Bahan Memabukkan” dgn merujuk dan mengaplikasi teori@
hukum sedia ada berkaitan bahan tersebut
Premis Major
(Umum-Teori)
Semua/Setiap yang memabukkan dan mengkhayalkan
adalah bahaya dan haram.
Premis Minor 1
(Pemerhatian 1)
Arak memabukkan dan mengkhayalkan.
Premis Minor 2
(Pemerhatian 2)
Pil Ekstasi ‘Molly’ juga memabukkan dan mengkhayalkan.
Kesimpulan
(Khusus-Pengesahan)
Justeru, Arak dan Pil Ekstasi ‘Molly’ adalah bahaya dan
haram.
#Ulasan: Secara logiknya, pengujian Teori Sebab-Akibat Y (teori sedia ada) adalah
benar dan teori itu boleh diaplikasikan dlm isu@kes baharu. 33
Premis Major SETIAP yang bernyawa pasti akan mati.
Premis Minor 1 Ali memiliki nyawa/makhluk bernyawa.
Premis Minor 2 Kucing memiliki nyawa/makhluk bernyawa.
Kesimpulan Justeru, Ali dan Kucing pasti akan mati.
34
Premis Major
SEMUA subjek melibatkan nombor dan pengiraan
mengambil masa yg lama utk diselesaikan.
Premis Minor
Subjek Matematik ialah subjek berasaskan
Pengiraan Nombor.
Kesimpulan
Justeru, subjek Matematik mengambil masa yg
lama utk diselesaikan.
Contoh 1:
Contoh 2:
Contoh Deduksi
35
Definisi
• Satu kaedah penaakulan di mana satu KESIMPULAN UMUM
terhasil melalui aktiviti taakulan berdasarkan PREMIS KHUSUS
(Premis 1 & Premis 2, Premis...) (Cth, pemerhatian terhadap kes-
kes khusus@tertentu) yg diketahui benar.
• Kesimpulan umum yg dibuat adalah disokong oleh premis yg
diberikan TETAPI tidak semestinya mengikut logik drp premis.
Contoh
asas
• Premis 1: Logam emas, perak, dan besi dapat mengalirkan haba.
• Premis 2: Ciri X, Y dan Z ada pada emas, perak dan besi tersebut
dapat mengalirkan haba.
• Kesimpulan: Justeru, Semua logam yang ada ciri-ciri X, Y, dan Z,
dapat mengalirkan haba.
• Tindakan: Berkemungkinan semua jenis logam yg ada ciri-ciri X, Y
dan Z dpt mengalirkan haba dan digunakan utk tujuan inovasi.
Pendekatan Induksi@Aruhan
(Inductive Reasoning)
36
Proses Induksi@Aruhan
Buat Pemerhatian
terhadap Fenomena@
Situasi@Kes@Premis
KHUSUS yang berkaitan
Kata Kunci: Kes 1, Kes 2,
Kes 3, ...
Buat Kesimpulan
UMUM
*Kesimpulan mungkin
benar@mungkin salah.
Perlu buat pemerhatian
@kajian lanjutan
Kenal pasti Corak/Pola
(pattern) Kes@ Premis
Khusus & Rumuskan Hipotesis
sementara@ awal (tentative
hypotheses)
Kes khusus berkaitan ciri-
ciri pengangguran:
• Kurang petah komunikasi.
• Kurang terserlah dlm kerja
berpasukan.
• Kurang mahir memimpin.
• Lemah proses penyelesaian
masalah.
Pola kes berkaitan dgn
aspek Kemahiran Insaniah:
• Bilangan kes, batch, jantina,
lokasi, kekerapan, syarikat dll.
• Didapati semua kes itu
berkaitan dgn elemen
“Kemahiran Insaniah” spt:
 Komunikasi
 Kerja Berpasukan
 Kepimpinan
 Penyelesaian Masalah
Justeru, Semua ciri-ciri yg
berkaitan ketidakupayaan
penguasaan elemen
kemahiran insaniah,
menyumbang kpd
peningkatan kadar
pengangguran graduan.
Contoh: Kajian Punca Pengangguran Graduan
Induksi bertujuan MEMBINA dan membentuk peraturan khusus atau teori
baharu (Kesimpulan Umum) dgn melakukan pemerhatian (observation) dan
kajian mendalam terhadap kes-kes khusus (Premis 1, Premis 2, …).
Kegunaan Induksi@Aruhan
Kajian ttg pengunaan “Aplikasi dalam Talian” dlm sesi pembelajaran dgn
memerhati kes-kes khusus penggunaannya
Premis 1
(Khusus-
Pemerhatian)
Penggunaan 3 “Aplikasi dlm Talian” (iaitu Google Classroom,
Google Meet, Padlet.com) meningkat secara mendadak dlm sesi
pembelajaran semasa COVID-19
Premis 2
(Pola/Corak)
Ciri-ciri X, Y dan Z ada pd “Aplikasi dlm Talian” tersebut dapat
meningkatkan kefahaman belajar dgn lebih cepat
Kesimpulan
(Umum-Teori)
Justeru, semua “Aplikasi dlm Talian” yg ada ciri-ciri X, Y, dan Z,
dapat meningkatkan kefahaman belajar dgn lebih cepat
#Ulasan: Secara logiknya, pembinaan dan pembentukan gagasan atau Teori
Pembelajaran yg baharu (iaitu Pembelajaran dalam Talian) adalah benar dan
munasabah, berdasarkan kpd kes-kes khusus yg dikaji secara terperinci. 37
38
Contoh lain:
• Laporan undian menunjukkan 95% rakyat Malaysia percaya LGBT tidak wajar
diiktiraf oleh perundangan atas alasan A, alasan B, alasan C...
• COVID-19 merebak begitu cepat berbanding SARS dan H1N1 adalah melalui
medium A, medium B, medium C ...
• Melalui kaji selidik pelaksanaan P&P semasa Perintah Kawalan COVID-19,
pendekatan paling efektif digunakan ialah kaedah A, kaedah B, kaedah C ...
Contoh Induksi@Aruhan
Premis 1 Pemerhatian terhadap kes-kes keadaan kebersihan dan
kesihatan yg teruk di kawasan perumahan X
Premis 2 Berlakunya gejala demam, muntah, pengsan dan jangkitan
kuman pada mata dan kulit di kawasan perumahan X
Kesimpulan Justeru, keadaan kebersihan dan kesihatan yg teruk
menyebabkan gejala demam, muntah, pengsan, dan jangkitan
kuman pada mata dan kulit.
Tindakan@
Respons
1) Mengamalkan gaya hidup sihat, gotong royong.
2) Melakukan pemeriksaan kesihatan.
Aktiviti 3-3:
Berfikir dan Berhujah secara Deduktif & Induktif
Merujuk kepada Slaid dan Video Kuliah Bab 3:
1) Buat carian dalam internet (menerusi Google atau YouTube)
tentang isu@kes berdasarkan bidang berikut.
2) Pilih satu bidang sahaja daripada Kluster Deduksi atau Kluster
Induksi
39
Kluster Deduksi Kluster Induksi
Politik- Pecah Amanah *Jenayah- Profil Penjenayah (Rujuk contoh)
Perniagaan- Profil
Usahawan Berjaya
Alam Sekitar- Pencemaran alam sekitar
Gejala Sosial- LGBT Pendidikan- Pengangguran Graduan
3) Ikut format berikut:
4) Buat serahan jawapan anda dalam platform e-learning dengan
menulis nama penuh, no. ID, dan Section anda. 40
Isu@Kes
Soalan provokasi Kenapa masih berlaku?; Adakah ia betul?
Premis 1
Premis 2
Kesimpulan
Respon/Tindakan
Cadangan
penambahbaikan
1)
2)
Aktiviti 3-3 (samb.):
Berfikir dan Berhujah secara Deduktif & Induktif
Isu@Kes Siasatan kes jenayah yang dilakukan oleh penjenayah
Soalan provokasi Adakah betul dia penjenayah?. Adakah penjenayah memiliki ciri-ciri
tertentu?, Apa kaitan jenayah dengan ciri-ciri tersebut?
Premis 1 Kajian terhadap kes-kes jenayah fizikal (membunuh, merompak,
mencuri) dan kaitannya dgn profil seseorang penjenayah
Premis 2 Ciri-ciri spt psikopat, ada senjata api, pandai manipulasi adalah profil
penjenayah
Kesimpulan Justeru, SEMUA orang yang ada ciri-ciri di atas adalah profil
penjenayah
Tindakan/Respon Sikap berwaspada (precaution) kerana melibatkan unsur bahaya,
ancaman, cedera, maut dll
Cadangan
penambahbaikan
1) Mendalami ilmu analisis watak dan psikologi manusia.
2) Menganalisis Modus Operandi dan taktik penjenayah.
3) Sediakan alat pertahanan diri (CCTV, pepper spray dll)
* Kluster Induksi: Profil Penjenayah
Aktiviti 3-3: Contoh Jawapan
41
Bahagian 3
PELBAGAI METODOLOGI DALAM
PENGHASILAN ILMU
• Abduksi (Abduction)
• Heuristik (Heuristics)
• Logik Bersimbol (Symbolic Logic)
42
• Menghuraikan kepelbagaian
metodologi yang memperkayakan
perkembangan ilmu-ilmu yang
lebih kompleks
Hasil
Pembelajaran
• Pelbagai Metodologi Ilmu
Kata Kunci
43
Di akhir bab ini, pelajar mampu untuk...
Metodologi Penghasilan Ilmu (1): Abduksi
Premis
X mengalami… (1) Batuk > (2) Selsema > (3) Sakit kepala > (4)
Demam > (5) Muntah > (6) Sukar bernafas > dan (7)
Simptom2 ini dialami selama 14 hari. >>>>
Kesimpulan X menghidapi jangkitan influenza
44
• Abduksi ialah satu kaedah penaakulan dgn meneliti data empirikal
sedia ada, meneliti data di lapangan, mengkaji hipotesis@faktor dan
teori yg berkaitan dgn isu, dan membuat penjelasan sebaik
mungkin/terbaik yg mungkin dpt menghasilkan idea baharu terhadap
fenomena yg dikaji.
• Untuk kenal pasti punca@faktor sebenar tentang kesan yg berlaku,
perlu buat kajian tambahan@lanjutan@rujuk pakar.
• Contoh:
#Ulasan: Berdasarkan maklumat ini, penjelasan terbaik ialah X mengalami
simptom influenza. Tetapi belum pasti secara mutlak dan perlu kajian lanjutan.
• Bahasa: Asal kata drp Greek ‘Heurisco’ yg bermaksud “saya cari”, “saya teroka”,
“saya temui”. Ia adalah usaha utk dapatkan jawapan@jalan keluar bagi sesuatu
perkara@masalah.
• Istilah: Heuristik ialah satu kaedah penaakulan yg menggunakan prinsip
panduan (guiding principles) sbgai jalan pintas (shortcut) yg memfokuskan kpd
satu penyelesaian dan alternatif terbaik secara lebih cepat dan mudah apabila
berhadapan keadaan sama ada santai, kompleks atau ketidaktentuan
(uncertainty) (#Cth: Tentukan keputusan pilihan raya, Pertimbangan juri mahkamah,
Turun naik nilai ringgit pd masa depan, Kebarangkalian peristiwa itu berlaku, dll).
• Kaedah ini praktikal tetapi boleh terjadi bias pertimbangan atau silap. Jadi,
perlu kpd penilaian terperinci dlm membuat keputusan.
• Contoh teknik heuristik: Peraturan Kebiasaan (rule of thumb), Cuba-Cuba (trial
& error), Tekaan berdasarkan Pengetahuan (educated guess), Pemprofilan
(profiling), Pendapat umum yg diterima akal (common sense), Pemikiran Lateral
(lateral thinking), Lukis (draw).
Metodologi Penghasilan Ilmu (2): Heuristik
45
Contoh penggunaan Heuristik dlm kehidupan seharian
• Mudah berfikir seseorang sebagai agamawan dgn melihat profil keagamaan spt
memakai serban, jubah, berjanggut, santun berbicara, fasih berdoa, sering ke
masjid memberikan ceramah.
• Cepat berfikir seseorang sebagai orang jahat dgn melihat profil gangsterisme spt
pakaian yg koyak rabak, berparut di muka, berambut panjang.
• Cenderung membeli produk yg sering dilihat dlm iklan TV. Semakin kerap
menonton iklan itu, semakin berfikir produk itu berkualiti dan terbaik.
• Cenderung tidak menaiki kapal terbang dan memilih kenderaan darat utk bergerak
kerana sering menonton berita ttg kes kemalangan tragis yg melibatkan kapal
terbang.
• Cuba lukis gambar@model jika anda sukar memahami sesuatu idea@masalah.
• Buat tekaan ketika bermain catur, teka silang kata.
• Fikir alternatif lain dgn segera spt tumpang kereta rakan, naik bas@teksi, jalan kaki
dll jika sering hadapi masalah lewat ke kelas, selain drp terus ambil keputusan tidak
hadir kelas@rancang keluar lebih awal pd hari berikutnya.
Metodologi Penghasilan Ilmu (2): (samb.)
Heuristik
46
• Logik Bersimbol ialah satu kaedah mewakili ungkapan logik (logical
expressions) melalui penggunaan simbol tertentu berbanding bahasa
harian biasa. Kaedah ini digunakan bagi mengelak kekaburan (ambiguity)
yg biasa berlaku jika menggunakan bahasa harian.
• Interaksi Bersimbol (symbolic interaction) merupakan kajian ttg simbol
sepunya yg memberi maksud tertentu dlm interaksi manusia (khusus dlm
konteks sosial). (#Cth, interaksi dlm bidang komputeran, kejuruteraan,
matematik, keselamatan, kesihatan, pendidikan, makanan, pengiklanan,
agama, dll).
• Kajian Interaksi Bersimbol melibatkan 2 peringkat proses:
1) Tentukan simbol yg digunakan oleh kumpulan atau pihak tertentu.
2) Tentukan hubungkait di antara simbol tersebut dgn pihak atau
kumpulan yg menggunakannya sama ada dari segi maksud, tujuan,
bentuk, proses, impaknya dll.
Metodologi Penghasilan Ilmu (3):
Logik Bersimbol (Symbolic Logic)
47
Contoh Simbol dalam interaksi manusia:
Metodologi Penghasilan Ilmu (3): (samb.)
Logik Bersimbol
48
Aktiviti 3-4:
Berfikir Pantas secara Heuristik
Merujuk kepada Slaid dan Video Kuliah Bab 3:
Analisis dan bincang isu di bawah:
Isu pengangguran graduan semakin meningkat saban tahun. Ada graduan yg
masih tidak dapat kerja dlm tempoh yg lama. Lantaran itu, timbul istilah seperti
“Ijazah Gantung Tepi”, “Penganggur Terhormat”, “Tanam Anggur” dan lain-lain
istilah bagi memberi gambaran betapa serius dan kritikalnya isu ini.
Berdasarkan kaedah Heuristik seperti “Rule of Thumb”, “Pemprofilan graduan”,
“Cuba-Cuba”, “Cari Alternatif Lain”, “Lukis Model”, “Pemikiran Lateral” atau
kaedah Heuristik yg lain;
1) Pilih SATU kaedah sahaja dan Buat senarai strategi pantas sebagai
perancangan masa depan tentang bagaimana anda bertindakbalas jika anda
merupakan graduan yg terkesan dgn situasi tersebut.
2) Buat serahan jawapan anda dalam platform e-learning dengan menulis nama
penuh, no. ID, dan Section anda. 49
50
• KENAPA LOGIK: Untuk
membuat penilaian,
pertimbangan, keputusan,
menyelesaikan masalah
dgn baik, rasional,
sistematik, munasabah.
• JASMANI: Keadaan tubuh
badan yg sihat.
• EMOSI: Keadaan psikologi
yg sihat.
• ROHANI: Keadaan
kerohanian yg sihat.
• INTELEK: Keadaan akal
fikiran yg sihat.
• SOSIAL: Pendedahan awal
potensi sosial dlm diri
Melalui Medium...
• Pendidikan yg
bertunjangkan Ilmu
Falsafah, FPK, & Rukun
Negara.
• Interaksi sosial yg baik.
• Hujah yg bernas/
bermakna, & sah.
• Cegah Falasi.
• Penaakulan Deduktif &
Induktif.
• Kaedah Abduksi,
Heuristik, & Logik
Bersimbol.
LAHIRNYA
INSAN
SEJAHTERA
(Insan yg
memiliki aspek
JERIS yg
sejahtera)
IMPAK
SUMBANGAN
OLEH INSAN
SEJAHTERA:
• Impak kpd
Stakeholders:
(individu sbg key
player, ibubapa,
penaja, masyarakat,
negara, “TUHAN” )
• Impak dlm aspek:
(politik, ekonomi,
sosial, budaya, alam,
agama, reputasi,
pengiktirafan, dll)
Input Process Output Impact
Proses Melahirkan Insan Sejahtera melalui Logik...
KESIMPULAN
Abdul Jalil Hassan. (1989). Falsafah dan Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Abdul Latif Samian. (1993). Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Sunawari Long. (2008). Sejarah Falsafah (Ed. ke 2) Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Awang Sariyan. (2007). Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur: Akademik Pengajian
Melayu, Universiti Malaya.
Hashim Musa. (2001). Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu: Suatu Pengenalan.
Kuala Lumpur: Akademik Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Muhamed Awang. (1999). Psikologi Kognitif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shaharir Mohamad Zain. (2018). Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains (Ed. ke 3) Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
RUJUKAN
51
SEKIAN
Ahmad Fazullah M.Z.A.
fazullah@ump.edu.my
Versi 4.0-10/10/2020
52

More Related Content

What's hot

Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeSiti Zulaikha
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Kee-Man Chuah
 
Modenisme
ModenismeModenisme
Modenisme
wanhishamudin
 
Contoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajianContoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajian
Atok Shila
 
Tajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
Tajuk 8 Penyahjajahan DekolonisasiTajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
Tajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
Mahyuddin Khalid
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Tajuk 4 Konsep Insan
Tajuk 4 Konsep InsanTajuk 4 Konsep Insan
Tajuk 4 Konsep Insan
Mahyuddin Khalid
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahKathal Paiya
 
List of discourse markers
List of discourse markersList of discourse markers
List of discourse markersEwani Islam
 
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu FalsafahTajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Mahyuddin Khalid
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
HayatuNMustapHa
 
Tajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Tajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu SemasaTajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Tajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Mahyuddin Khalid
 
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan baratPerbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
Daniel Hoo Ting Chiang
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasMahyuddin Khalid
 
Senarai tugas bendahari & carta alir tugas
Senarai tugas bendahari & carta alir tugasSenarai tugas bendahari & carta alir tugas
Senarai tugas bendahari & carta alir tugasNur Bahari
 
Konfusianisme
Konfusianisme Konfusianisme
Konfusianisme Ct Muna
 
konsep negara bangsa
 konsep negara bangsa konsep negara bangsa
konsep negara bangsa
safeqa
 
Sekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negara
Sekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negaraSekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negara
Sekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negara
Siti Nur Ain
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
BynaNie MaiRa
 

What's hot (20)

Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatisme
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
 
Modenisme
ModenismeModenisme
Modenisme
 
Contoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajianContoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajian
 
Tajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
Tajuk 8 Penyahjajahan DekolonisasiTajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
Tajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Tajuk 4 Konsep Insan
Tajuk 4 Konsep InsanTajuk 4 Konsep Insan
Tajuk 4 Konsep Insan
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafah
 
List of discourse markers
List of discourse markersList of discourse markers
List of discourse markers
 
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu FalsafahTajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Tajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Tajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu SemasaTajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Tajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
 
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan baratPerbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep Asas
 
Senarai tugas bendahari & carta alir tugas
Senarai tugas bendahari & carta alir tugasSenarai tugas bendahari & carta alir tugas
Senarai tugas bendahari & carta alir tugas
 
Konfusianisme
Konfusianisme Konfusianisme
Konfusianisme
 
konsep negara bangsa
 konsep negara bangsa konsep negara bangsa
konsep negara bangsa
 
Sekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negara
Sekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negaraSekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negara
Sekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negara
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 

Similar to LOGIK & METODOLOGI (Seni dan Kaedah Berfikir)

Berpikir ilmiah
Berpikir ilmiahBerpikir ilmiah
Berpikir ilmiahhiriza
 
Metpen 1 Penelitian Ilmiah
Metpen 1   Penelitian IlmiahMetpen 1   Penelitian Ilmiah
Metpen 1 Penelitian IlmiahAndi Iswoyo
 
Filsafat ilmu 1
Filsafat ilmu 1Filsafat ilmu 1
Filsafat ilmu 1
putri eneliz
 
Filsafat ilmu 2
Filsafat ilmu 2Filsafat ilmu 2
Filsafat ilmu 2
KuliahMandiri.org
 
Apa yang dimaksud masalah
Apa yang dimaksud masalahApa yang dimaksud masalah
Apa yang dimaksud masalahYf Indah
 
PPT prosedur berfikir ilmiah dan eksplanasi ilmiah.pptx
PPT prosedur berfikir ilmiah dan eksplanasi ilmiah.pptxPPT prosedur berfikir ilmiah dan eksplanasi ilmiah.pptx
PPT prosedur berfikir ilmiah dan eksplanasi ilmiah.pptx
BayuEfendi1
 
Pengantar - Teori Kepribadian.pptx
Pengantar - Teori Kepribadian.pptxPengantar - Teori Kepribadian.pptx
Pengantar - Teori Kepribadian.pptx
citrahatileometa1
 
Tugas Poer Point
Tugas Poer PointTugas Poer Point
Tugas Poer PointTrisna2013
 
Metodologi penelitian
Metodologi penelitianMetodologi penelitian
Metodologi penelitian
MBSHOLEH
 
Beberapa model analisis data
Beberapa model analisis dataBeberapa model analisis data
Beberapa model analisis dataIr. Zakaria, M.M
 
Bab 4 sugianto
Bab 4 sugiantoBab 4 sugianto
Bab 4 sugiantocangkem
 
Tugasku
TugaskuTugasku
Tugaskurizalfold
 
Modul 1 tekom s1 handout
Modul 1 tekom s1 handoutModul 1 tekom s1 handout
Modul 1 tekom s1 handoutFaiz Sujudi
 
Modul 1 tekom s1 handout
Modul 1 tekom s1 handout Modul 1 tekom s1 handout
Modul 1 tekom s1 handout
mankoma2013
 
Makalah filsafat ilmu inda
Makalah filsafat ilmu indaMakalah filsafat ilmu inda
Makalah filsafat ilmu indaFerdy Tohopi
 
T1_CABANG FALSAFAH.pptx
T1_CABANG FALSAFAH.pptxT1_CABANG FALSAFAH.pptx
T1_CABANG FALSAFAH.pptx
mohdhadzril2
 
Bangunan dasar ilmu pengetahuan & sarana ilmiah kelompok V.pptx
Bangunan dasar ilmu pengetahuan & sarana ilmiah kelompok V.pptxBangunan dasar ilmu pengetahuan & sarana ilmiah kelompok V.pptx
Bangunan dasar ilmu pengetahuan & sarana ilmiah kelompok V.pptx
MuhammadSyeikhoni2
 
Bahan FILSAFAT HR PPDS ppt.ppt
Bahan FILSAFAT  HR PPDS ppt.pptBahan FILSAFAT  HR PPDS ppt.ppt
Bahan FILSAFAT HR PPDS ppt.ppt
Taufik Biya
 
Metodologi penelitian program mm kelas bni 2012
Metodologi penelitian program mm kelas bni 2012Metodologi penelitian program mm kelas bni 2012
Metodologi penelitian program mm kelas bni 2012Reins Tangkowit
 

Similar to LOGIK & METODOLOGI (Seni dan Kaedah Berfikir) (20)

Berpikir ilmiah
Berpikir ilmiahBerpikir ilmiah
Berpikir ilmiah
 
Metpen 1 Penelitian Ilmiah
Metpen 1   Penelitian IlmiahMetpen 1   Penelitian Ilmiah
Metpen 1 Penelitian Ilmiah
 
Filsafat ilmu 1
Filsafat ilmu 1Filsafat ilmu 1
Filsafat ilmu 1
 
Filsafat ilmu 2
Filsafat ilmu 2Filsafat ilmu 2
Filsafat ilmu 2
 
Apa yang dimaksud masalah
Apa yang dimaksud masalahApa yang dimaksud masalah
Apa yang dimaksud masalah
 
PPT prosedur berfikir ilmiah dan eksplanasi ilmiah.pptx
PPT prosedur berfikir ilmiah dan eksplanasi ilmiah.pptxPPT prosedur berfikir ilmiah dan eksplanasi ilmiah.pptx
PPT prosedur berfikir ilmiah dan eksplanasi ilmiah.pptx
 
Pengantar - Teori Kepribadian.pptx
Pengantar - Teori Kepribadian.pptxPengantar - Teori Kepribadian.pptx
Pengantar - Teori Kepribadian.pptx
 
Tugas Poer Point
Tugas Poer PointTugas Poer Point
Tugas Poer Point
 
Metodologi penelitian
Metodologi penelitianMetodologi penelitian
Metodologi penelitian
 
Beberapa model analisis data
Beberapa model analisis dataBeberapa model analisis data
Beberapa model analisis data
 
Bab 4 sugianto
Bab 4 sugiantoBab 4 sugianto
Bab 4 sugianto
 
Tugasku
TugaskuTugasku
Tugasku
 
Tugasku
TugaskuTugasku
Tugasku
 
Modul 1 tekom s1 handout
Modul 1 tekom s1 handoutModul 1 tekom s1 handout
Modul 1 tekom s1 handout
 
Modul 1 tekom s1 handout
Modul 1 tekom s1 handout Modul 1 tekom s1 handout
Modul 1 tekom s1 handout
 
Makalah filsafat ilmu inda
Makalah filsafat ilmu indaMakalah filsafat ilmu inda
Makalah filsafat ilmu inda
 
T1_CABANG FALSAFAH.pptx
T1_CABANG FALSAFAH.pptxT1_CABANG FALSAFAH.pptx
T1_CABANG FALSAFAH.pptx
 
Bangunan dasar ilmu pengetahuan & sarana ilmiah kelompok V.pptx
Bangunan dasar ilmu pengetahuan & sarana ilmiah kelompok V.pptxBangunan dasar ilmu pengetahuan & sarana ilmiah kelompok V.pptx
Bangunan dasar ilmu pengetahuan & sarana ilmiah kelompok V.pptx
 
Bahan FILSAFAT HR PPDS ppt.ppt
Bahan FILSAFAT  HR PPDS ppt.pptBahan FILSAFAT  HR PPDS ppt.ppt
Bahan FILSAFAT HR PPDS ppt.ppt
 
Metodologi penelitian program mm kelas bni 2012
Metodologi penelitian program mm kelas bni 2012Metodologi penelitian program mm kelas bni 2012
Metodologi penelitian program mm kelas bni 2012
 

Recently uploaded

NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
mattaja008
 
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
Indah106914
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkdpenjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
jaya35ml2
 
AKSI NYATA TAHAP PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK JENJANG SD USIA 6-12 TAHUN.pptx
AKSI NYATA TAHAP PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK JENJANG SD USIA 6-12 TAHUN.pptxAKSI NYATA TAHAP PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK JENJANG SD USIA 6-12 TAHUN.pptx
AKSI NYATA TAHAP PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK JENJANG SD USIA 6-12 TAHUN.pptx
adelsimanjuntak
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
agusmulyadi08
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdfTabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
ppgpriyosetiawan43
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
Nur afiyah
 
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik DosenUNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
AdrianAgoes9
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Rima98947
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
DEVI390643
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
lindaagina84
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 

Recently uploaded (20)

NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
 
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkdpenjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
 
AKSI NYATA TAHAP PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK JENJANG SD USIA 6-12 TAHUN.pptx
AKSI NYATA TAHAP PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK JENJANG SD USIA 6-12 TAHUN.pptxAKSI NYATA TAHAP PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK JENJANG SD USIA 6-12 TAHUN.pptx
AKSI NYATA TAHAP PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK JENJANG SD USIA 6-12 TAHUN.pptx
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
 
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdfTabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
 
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
 
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik DosenUNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
 

LOGIK & METODOLOGI (Seni dan Kaedah Berfikir)

  • 1. BAB 3 LOGIK & METODOLOGI (Seni dan Kaedah Berfikir) UHC1012 – FALSAFAH & ISU SEMASA PUSAT SAINS KEMANUSIAAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
  • 2. 1. Menjelaskan definisi, peranan, kedudukan dan hubungan ilmu Logik dengan ilmu Falsafah serta menjelaskan pelbagai falasi dan cara pencegahannya. 2. Menghuraikan perkembangan, kegunaan, dan perbezaan dua pendekatan utama dalam logik iaitu Deduksi dan Induksi. 3. Menghuraikan kepelbagaian metodologi yang memperkayakan perkembangan ilmu-ilmu yang lebih kompleks. HASIL PEMBELAJARAN 2
  • 3. Logik & Metodologi (1) Definisi Logik dan Falasi (2) Pendekatan Utama dalam Logik (3) Pelbagai Metodologi dalam Penghasilan Ilmu PERINCIAN BAB 3
  • 4. 4 PENGENALAN • Manusia makhluk berfikir. • Cara dan kadar berfikir berbeza- beza (#Cth, Tahap kesukaran; Kategori manusia; Pendidikan, Kerjaya dll) • Cenderung betul@salah@tak pasti. Jadi, perlu kpd ilmu Logik. • Logik = Sains ttg kaedah berfikir secara benar dan tepat (science of accurate thinking) @ Sains Penaakulan (science of reasoning). • Logik digunakan utk bantu dlm kemukakan hujah yg sistematik dan munasabah, seterusnya menilai sama ada hujah tersebut bernas/bermakna (sound), hujah sahih (valid) atau hujah berfalasi (fallacious). • Hujah memerlukan Penaakulan (reasoning) iaitu proses kemukakan “Sebab/Alasan” + dikukuhkan dgn “Bukti/Dalil”. Soalan berunsur Logik: • Kenapa anda hadir kuliah Falsafah?; Ingin tahu, ingin berfikir kritis, ingin lulus, ia kursus wajib. + Ada Bukti?. • Adakah UMP IPT swasta?. Bukan. UMP IPT awam. + Ada Bukti?
  • 5. Cabang falsafah Logik dalam Kursus UHC1012 & Falsafah Sejahtera 5
  • 6. Bahagian 1 LOGIK & FALASI • Definisi Logik • Penggunaan dan Peranan Logik • Definisi Falasi • Bentuk dan kategori Falasi • Bagaimana menilai dan mencegah falasi? 6
  • 7. • Menjelaskan definisi, peranan, kedudukan dan hubungan ilmu Logik dengan ilmu Falsafah serta menjelaskan pelbagai falasi dan cara pencegahannya. Hasil Pembelajaran • Logik • Hujahan & Penaakulan • Falasi Kata Kunci 7 Di akhir bab ini, pelajar mampu untuk...
  • 8. 8 Definisi Logik Dari segi Definisi Bahasa Asal kata drp perkataan Yunani/Greek ‘Logos’ yg bermaksud Kata (utterance); Pernyataan (statement); Pemikiran (thought); Akal fikiran (reason); bersifat Rasional (rational) Istilah • Satu cabang falsafah berkaitan ilmu tentang prinsip dan cara penaakulan yg betul/benar dan sahih (true & valid reasoning) dlm struktur hujahan (argument). • Ilmu berfikir secara teratur dan sistematik dlm struktur hujahan yg memerlukan penaakulan yg betul (Premis/Sebab/Alasan + Bukti/Dalil) *Hujahan (argument) Satu rangkaian pernyataan tertentu yg mempunyai urutan (iaitu Sebab/Alasan- Reason/Premise + Bukti/Dalil- evidence) yg akan menyokong pernyataan lain (iaitu Kesimpulan-Conclusion). *Penaakulan (reasoning) Satu proses berfikir yg menggunakan Hujah-dan-Alasan (Argument- and-Reason) bagi menyokong Kesimpulan (Conclusion). Manusia sering beri penjelasan, justifikasi, dan ramalan ttg sesuatu perkara atau isu melalui Proses Penaakulan.
  • 9. Berfikir secara lebih sistematik, kritis dan benar berbanding berfikir tahap biasa@mudah [Cth; Bagaimana bekerja utk dapatkan makanan? vs Hari ini nak makan apa?] Analisis sesuatu fenomena@ situasi mengikut kaedah yg betul [Cth; Bagaimana COVID-19 merebak begitu cepat?; Isu globalisasi; IR4.0] Buat kesimpulan ttg sesuatu secara ilmiah dan meyakinkan dgn bukti dan hujah yg bernas [Cth; Adakah bumi mendatar atau bulat?; Isu vaksin & Imunisasi] Hindari kesilapan@kekeliruan dlm pernyataan yg mendorong kpd kesimpulan tidak rasional@tidak tepat [Cth; Hindari falasi; Berita palsu] Logik sebagai Alat & Kaedah untuk … Peranan Logik dalam Falsafah 9
  • 10. Premis 1 Saya amat meminati bidang kimia. Premis 2 Banyak peluang pekerjaan yg menarik dlm bidang kejuruteraan khususnya kejuruteraan kimia. Kesimpulan Justeru, saya akan bekerja sebagai jurutera kimia. 10 Logik dalam Hujahan dan Penaakulan Premis 1 Saya lambat keluar rumah krn jiran memerlukan bantuan kecemasan. Premis 2 Perjalanan saya semakin lambat krn berlaku kesesakan trafik yg berpunca drp kemalangan motosikal dan lori. Kesimpulan Justeru, saya lewat hadir ke mesyuarat di pejabat. Tujuan Membuat Keputusan Tujuan Memberi Penjelasan *Premis = Usul/Sebab/Alasan
  • 11. Perniagaan Adakah perniagaan akan maju JIKA berniaga secara online? Sains & Teknologi Adakah bumi bulat atau mendatar? Kesihatan Adakah produk herba X berkesan merawat masalah kolestrol tinggi? Pendidikan Adakah kaedah merotan berkesan dalam mendidik anak? Jenayah Bagaimana polis menyiasat kes pembunuhan bersiri itu? Politik Adakah krisis politik yang berpanjangan memberi impak kepada rakyat? CONTOH PENGGUNAAN LOGIK DALAM ASPEK KEHIDUPAN 11
  • 12. Aplikasi Logik dalam Berita 1) Berita Kesihatan- COVID-19 (dari laman web BH Online): Restoran tak patuh SOP PKPB diarah tutup. 2) Unsur logik dalam berita tersebut: • Peranan logik: Memberi penjelasan dan kenal pasti cara pencegahan COVID-19 (dari segi apa, kenapa, bagaimana, kesimpulan & tindakan seterusnya). • Premis (Kenapa): Rantaian COVID-19 tidak dapat dicegah@diputuskan jika SOP tidak dipatuhi. • Kesimpulan: COVID-19 semakin merebak (spt Wujud perhimpunan dan kluster baharu; Wujud penularan skala yg lebih besar dll); pengesanan kontak rapat dan rawatan semakin mencabar. 3) Justifikasi: Ya, logik ini benar/betul dan munasabah berdasarkan bukti pengesahan kajian oleh saintis, virologis, KKM dan diperakui oleh WHO. 12
  • 13. Merujuk contoh Logik dalam Berita di atas: 1) Layari salah satu laman Berita Online berikut (Berita Harian, Harian Metro, Astro Awani, Sinar Harian, BERNAMA). 2) Baca satu Berita bertulis atau tonton Berita TV yang mengandungi isu yang ada kaitan dengan unsur Logik dalam Hujahan dan Penaakulan (#contoh isu politik, ekonomi, sosial, pendidikan, agama, sukan, hiburan, antarabangsa, teknologi, jenayah dll). 3) Nyatakan pengunaan unsur Logik dalam hujahan dan penaakulan dalam isu tersebut dari segi (a) Peranannya dan (b) Struktur Premis-Kesimpulan. 4) Adakah Logik yang dinyatakan itu benar/betul dan munasabah? Bawakan bukti sebagai justifikasi anda. 5) Buat serahan jawapan anda dalam platform e-learning dengan menulis nama penuh, no. ID, dan Section anda. Aktiviti 3-1: Logik dalam Berita 13
  • 14. • Falasi ialah Hujahan palsu (unsound arguments) yg digunakan utk mengelirukan atau mempengaruhi penilaian dan pembuatan keputusan orang lain agar mempercayainya sebagai benar, munasabah, tepat atau sah. (#Cth: keputusan membeli, membuat pilihan, menyertai satu2 kumpulan, memahami isu dan berita dll). • Nama lain Falasi: (1) Penaakulan palsu (pseudo-reasoning); (2) Penaakulan salah (wrong reasoning); (3) Silap fikiran; (4) Salah konsepsi (misconception); (5) Salah pengertian. *Hujahan bermakna/bernas (sound argument) = Hujah yang mengikut peraturan dan struktur penghujahan yang sahih (valid) dan mempunyai kandungan Sebab-Alasan (iaitu premis-premis) yang betul/benar (true) dari segi fakta. 14 Definisi Falasi (Fallacy)
  • 15. • Kesan Falasi: Mampu mempengaruhi fikiran, emosi, dan tingkah laku manusia, walaupun ia seolah-olah kelihatan seperti benar, munasabah, sah dan masuk akal. • Sebab Falasi adalah hujahan palsu... o Lemah dari segi struktur penghujahan (Premis & Kesimpulan) o Tidak cukup fakta dan data o Premis atau alasan tidak sah o Berunsurkan berat sebelah (bias), prejudis, stereotaip o Berunsurkan emosi, paksaan, menakut-nakutkan o Andaian dan kepercayaan yang menyeleweng o Kesimpulan yang salah, terburu-buru dan tidak sah o Gambaran kelemahan aspek rasionaliti dan objektiviti pemikiran manusia 15 Kenapa Falasi adalah Hujahan Palsu?
  • 16. 16 (1) FALASI FORMAL Ada kecacatan/kelemahan dlm STRUKTUR/BENTUK hujahan yg menjadikan hujahan itu tidah sah (invalid). Berlaku dlm Hujah Deduktif. Contoh: • Premis 1: Semua orang Cina adalah pandai berniaga. • Premis 2: Ah Chong pandai berniaga. • Kesimpulan: Ah Chong adalah orang Cina (#Kesimpulan yang salah) Bentuk Falasi (2) FALASI TIDAK FORMAL Ada kecacatan/kelemahan dlm KANDUNGAN PREMIS hujahan yg menjadikan hujahan itu tidak bernas (unsound). Berlaku dlm Hujah Induktif. Contoh: • Premis 1: Berlaku kes-kes melibatkan ahli sukan yg handal, ambil dadah utk kekal bertenaga semasa bersukan. • Premis 2: Ahli sukan X, Y, dan Z yg handal ambil dadah, kekal bertenaga semasa besukan. • Kesimpulan: Semua ahli sukan yg handal, juga akan ambil dadah utk kekal bertenaga semasa bersukan. (#Kesimpulan yang salah)
  • 17. 17 Kategori dan Jenis Falasi Kategori Falasi Jenis-jenisnya 1) Falasi Generalisasi Salah (Fallacies of False Generalization) • Hasty Generalization • Sweeping Generalization • False Dilemma. 2) Falasi Sebab-Akibat @Falasi Hubungkait (Causal Fallacies) • Questionable cause • Slippery Slope 3) Falasi Kerelevanan (Fallacies of Relevance) • Rujukan Autoriti (Appeal to Authority) • Menagih Simpati (Appeal to Pity) • Ancaman Takut (Appeal to Fear) • Serangan Peribadi (Appeal to Personal Attack) • Mengabui Mata@Tipu Muslihat (Red Herring)
  • 18. 18 • Falasi ini berlaku apabila kesimpulan yg dibuat adalah berdasarkan sampel kecil drp populasi keseluruhan. Generalisasi ini melibatkan kesilapan dlm proses menganalisis dan mengumumkan konsep, penyataan atau isu tertentu. • Contoh:  Stereotaip- “Semua orang Jepun kreatif”; “Semua lelaki tidak sensitif terhadap wanita”; “Semua Muslim adalah teroris”  “Saya ada 3 pelajar dari Negara X tahun lepas. Mereka bertiga pemalas. Umumnya, semua pelajar dari Negara X adalah pemalas!”.  “Siapa sahaja boleh beli 4 buah rumah selepas bergraduat!. Saya sendiri sudah membuktikannya pada usia 23 tahun!”. • Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini? a) Buat kajian perbandingan di antara analogi betul dan salah. Adakah ia boleh diaplikasikan kpd semua orang? b) Buat kajian yg melibatkan faktor silang budaya (cross-cultural), keupayaan dan perbezaan individu dlm isu itu. FALASI GENERALISASI SALAH: 1) Generalisasi Terburu-buru (Hasty Generalization)
  • 19. 19 • Falasi ini berlaku apabila kesilapan dan kesukaran dlm proses mentafsir dan mengumumkan sesetengah konsep, penyataan atau isu. • Contoh:  “Universiti adalah pusat pembangunan holistik dan jaminan peluang kerjaya”. Jadi, Semua orang perlu dan mesti masuk universiti krn jika tak masuk, tidak akan dapat kerja, malah tidak berjaya dlm hidup.  “Senaman intensif bagus utk kesihatan yg baik secara keseluruhan”. Jadi, Semua pesakit jantung yg kritikal perlu dan mesti mengamalkan senaman intensif utk kekal sihat. • Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini? a) Buat analisis kritis tentang isu, perbezaan dan keadaan semasa individu. b) Buat analisis punca-kesan bagi kondisi individu tertentu yg menghidapi keadaan kritikal (spt pesakit jantung kritikal) FALASI GENERALISASI SALAH (samb.): 2) Generalisasi Salah Tafsir (Sweeping Generalization)
  • 20. 20 • Falasi ini berlaku apabila kita diminta memilih satu di antara dua pilihan sahaja tanpa adanya pilihan tambahan (pilihan alternatif). Anda berada dlm dilema di antara dua persimpangan. • Contoh:  “Pilih antara dua, anda menyokong saya atau menentang saya”.  “Anda cakap anda prihatin akan nasib mangsa banjir, tapi saya tak nampak pun kelibat anda dlm program khidmat masyarakat tadi”. • Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini? a) Jarang dlm kehidupan sebenar hanya ada 2 pilihan sahaja. Akan ada alternatif lain@jalan tengah yg terbaik mengikut masa yg sesuai. b) Lakukan Analisis SWOT (Strength, Weaknesses, Opportunity & Threat) atau Analisis Senario Kes Teruk (worst case senario). c) Rujuk pihak tertentu sebagai perantara atau orang tengah. FALASI GENERALISASI SALAH (samb.): 3) Dilema Salah@Falasi Hitam-Putih (False Dilemma/Black-or-White Fallacy)
  • 21. 21 • Falasi ini berlaku apabila seseorang membawakan hubungan sebab- akibat tanpa wujudnya bukti yg betul dan kukuh. • Contoh: Kepercayaan tradisi, kepercayaan karut, dan pantang larang:  “Jangan bersiul dlm rumah, nanti ular masuk rumah”.  “Suka menyanyi di dapur, akan dapat jodoh lelaki tua”.  “Jangan berkeliaran waktu senja, nanti disorok hantu”. • Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini? a) Selidik apakah punca dan sebab yang sebenar dan konkrit. b) Siasat@analisis sebahagian drp kebanyakan bentuk kesilapan yang berlaku. c) Rujuk penjelasan drpd sumber dan justifikasi ilmu wahyu (revealed knowledge). FALASI SEBAB-AKIBAT: 1) Hubungkait Sebab-Musabab yg Dipersoalkan (Questionable Cause)
  • 22. 22 • Falasi ini berlaku jika kita membenarkan kejadian pertama (A) berlaku, maka kejadian kedua (B) juga akan ikut berlaku. Oleh itu, kejadian pertama (A) tidak patut dibenarkan berlaku. Falasi ini menegaskan tindakan yg tidak diingini akan membawa kpd keadaan yg lebih buruk sama spt keadaan “tergelincir@ tergolek dari cerun yg tinggi”. • Contoh:  “Jika anda gagal Ujian 1 (A), kemudian, Ujian 2 juga akan gagal (B), Jadi, sila pastikan Ujian 1 (A) tidak akan gagal”  “Saya bagi amaran!, Jika anda mula ponteng kelas (A), anda akan tercicir dan dibuang sekolah (B). Akibatnya, masa depan anda akan hancur dan tiada harapan lagi (B). Jika tidak mahu ia berlaku, sila hadir ke kelas (A)” • Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini? a) Apa punca utama dan apakah kesan dalam isu tersebut? b) Rujuk kpd pakar tentang perkara tersebut. c) Buat penyelidikan tindakan (action research). FALASI SEBAB-AKIBAT (samb.): 2) Selamanya Jatuh Tergolek (Slippery Slope)
  • 23. • Falasi ini berlaku apabila seseorang cuba mempengaruhi audien utk menerima sesuatu kepercayaan atau tingkah laku berdasarkan rujukan autoriti (spt reputasi, kredibiliti, dan populariti seseorang personaliti yg dihormati, berpengaruh dan terkenal). • Contoh:  “Selebriti X ialah duta produk Y dan dia sentiasa sihat. Jadi minumlah produk Y utk kekal muda, sihat dan kuat”.  “8 drp 10 pakar memilih telefon pintar jenama X berbanding jenama lain, Jadi, belilah telefon pintar jenama X!”  “Profesor Z pun amalkan budaya Copy-Paste dan plagiat, kenapa kami pelajar tak boleh buat? • Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini? a) Selidik latar belakang pakar tersebut dan kelayakan profesional@ kewibawaannya dlm hal tersebut. b) Sejauh mana kaitan dan relevan autoriti itu dgn produk atau amalan. 23 FALASI KERELEVANAN: 1) Rujukan Autoriti (Appeal to Authority)
  • 24. 24 • Falasi ini berlaku apabila alasan digunakan utk menagih simpati dan meraih belas kasihan sehinggakan orang lain terpengaruh dan membuat kesimpulan atas dasar simpati. Walaupun keadaan ini selalu berkesan, tetapi hujahan adalah tidak sah dan bermakna. • Contoh:  Pujukan pelajar kpd pensyarah... “Encik tak boleh beri selain Gred A+ bagi subjek Falsafah ini, kerana saya sudah berusaha keras dgn berjaga sepanjang malam utk ulangkaji subjek ini. Jika tidak dapat, biasiswa saya tidak akan disambung dan pasti ibu bapa saya akan kecewa”. • Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini? a) Berjaga malam tiada kaitan dgn kualiti hasil tugasan yg telah dilakukan. Elak rasa kasihan dlm berhujah. Ia jelas membuktikan hujah anda lemah!. b) Emosi sering sukar digunakan sama ada secara baik atau dimanipulasi berbanding bersikap berterus terang dan informatif. FALASI KERELEVANAN (samb.): 2) Menagih Simpati@Kasihan (Appeal to Pity)
  • 25. 25 • Falasi ini berlaku apabila seseorang menggunakan unsur menakut-nakutkan, rasa cemas dan tidak berasas (spt ancaman, ugutan, propaganda, penipuan dll) utk mempengaruhi audien agar menerima dakwaannya. • *Juga digunakan sbgai “reversed tool” utk ubah sikap dan tingkah laku negatif. • Contoh:  “Ayah saya penyumbang dana terbesar sekolah ini. Jadi, Encik perlu pertimbangkan semula gred C bagi Ujian Akhir kertas Matematik saya”.  Hujah ahli politik… “Jika kita tidak menaikkan cukai@memperkenalkan cukai baharu, negara akan dibebani hutang sedia ada yg berbilion ringgit”.  *Video kemalangan tragis krn guna telefon semasa memandu (reversed tool). • Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini? a) Apakah prinsip utama kehidupan anda tentang isu yg berkaitan dgn ancaman dan kesan ketakutan jika ia berlaku dlm hidup anda? b) *Ia mungkin sesuai ditujukan kpd individu yg terlibat secara langsung bagi memberi kesedaran kpd mrk (reversed). FALASI KERELEVANAN (samb.): 3) Ancaman Takut (Appeal to Fear@Scare tactics)
  • 26. 26 • Falasi ini berlaku apabila seseorang menyerang sama ada watak, kelayakan atau tingkah laku peribadi seseorang lain yg bertujuan utk melemahkan atau meremehkan hujah atau dakwaan seseorang. • Contoh:  “Kenapa anda dengar cakap kaunselor itu!. Anda berhak di atas diri sendiri. Jika saya jadi anda, saya tolak mentah-mentah nasihat dia”  “Doktor A merupakan perokok yg bertubuh gemuk dan suka makan makanan laut. Jadi, dia tak layak beri nasihat ttg gaya hidup sihat” • Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini? a) Selidik kelayakan sijil profesional dan pengalaman individu itu. b) Selidik keselarian di antara dakwaan, tingkah laku dan pengalaman profesional. FALASI KERELEVANAN (samb.): 4) Serangan Peribadi (Personal Attack@ad-hominem)
  • 27. 27 • Falasi ini digunakan utk mengalihkan/memesongkan perhatian orang drpd isu sebenar atau isu utama. Juga disebut sebagai Lempar umpan ke topik lain. • Contoh:  “Kenapa perlu risau sangat tentang isu wabak COVID-19, sedangkan isu pencemaran alam sekitar dan pemanasan global juga kritikal!” (#Respon falasi isu peningkatan kes wabak COVID-19)  “Alah tidak merokok pun boleh mati juga” (#Respon falasi isu larangan merokok yg boleh membawa maut) • Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini? a) Tujuan sebenar falasi ini ialah utk mengalih perhatian orang lain. Jadi, kita perlu menilai dan konsisten dengan isu utama yg dibahaskan. b) Kenal pasti hujah atau alasan yg tidak bersangkut-paut dgn isu sebenar. c) Setiap isu ada platform atau forum khas utk dibincangkan. FALASI KERELEVANAN (samb.): 5) Mengabui Mata@Tipu Muslihat (Red Herring)
  • 28. Aktiviti 3-2: Kenal & Cegah Falasi Merujuk kepada Slaid dan Video Kuliah Bab 3: 1) Buat carian di Internet dalam bentuk Berita@Klip video@Klip filem tentang Falasi dalam apa jua bidang sama ada Politik, Ekonomi, Sosial, Kesihatan COVID-19, Pendidikan, Media, Pengiklanan, dan sebagainya. Contoh:  Nyatakan Kategori Falasi: Falasi Kerelevanan (Fallacy of Relevance)  Nyatakan Jenis/bentuk: Rujukan kepada Autoriti (Appeal to Authority)  Nyatakan Bidang: Pengiklanan (produk sukan). 2) Skop perbincangan:  Kenapa mereka menggunakan Falasi sebagai hujah?.  Adakah kaedah Falasi itu diterima akal, wajar dan beretika?  Bagaimana anda menilai dan mencegah Falasi itu? 3) Buat serahan jawapan anda dalam platform e-learning dengan menulis nama penuh, no. ID, dan Section anda. 28
  • 29. Bahagian 2 PENDEKATAN UTAMA DALAM LOGIK: DEDUKSI & INDUKSI • Definisi Deduksi, Proses, Kegunaan dan Contoh • Definisi Induksi@Aruhan, Proses, Kegunaan dan Contoh 29
  • 30. • Menghuraikan perkembangan, kegunaan, dan perbezaan dua pendekatan utama dalam logik iaitu Deduksi dan Induksi Hasil Pembelajaran • Deduksi • Induksi@Aruhan Kata Kunci 30 Di akhir bab ini, pelajar mampu untuk...
  • 31. 31 Pendekatan Deduksi (Deductive Reasoning) Definisi • Satu kaedah penaakulan di mana satu KESIMPULAN KHUSUS terhasil melalui aktiviti taakulan berdasarkan DUA PREMIS UMUM (iaitu Premis Major & Premis Minor) yg dianggap benar. • Kebiasaannya, kesimpulan khusus yg dibuat adalah mengikut logik premis umum yg diberikan. • Kaedah ini juga disebut sebagai Silogisme. Contoh asas • Premis Major (Umum-Prinsip sedia ada): SETIAP manusia akan mati. • Premis Minor (Contoh-Pemerhatian): Socrates seorang manusia. • Kesimpulan (Khusus-Pengesahan): Justeru, Socrates akan mati.
  • 32. 32 Proses Deduksi Kenal pasti Peraturan@ Premis UMUM @Teori Sedia Ada Kata Kunci: Semua @Setiap Buat Kesimpulan KHUSUS sama ada terima@tolak Premis@Teori umum *Kesimpulan sentiasa benar jika peraturan@ teori sedia ada itu benar Kenal pasti *Hipotesis khusus yg berkait dgn Premis Umum & Jalankan Pemerhatian (kumpul data) yang berkaitan hipotesis khusus tadi Teori Kepimpinan Transformasi (Transformational Leadership) (Bass,1985, 1996; Burns,1978): Setiap pemimpin yg ada ciri- ciri gaya Kepimpinan Transformasi A, B, C, & D, mampu meningkatkan prestasi organisasi. • Tentukan Pembolehubah (variables), Hipotesis, Kumpul data & Analisis data. • CEO X adalah pemimpin yg ada ciri-ciri gaya Kepimpinan Transformasi A, B, C, & D. • Adakah Prestasi Organisasi Y akan meningkat? Justeru, CEO X, mampu meningkatkan prestasi Organisasi Y. Contoh: Kajian Gaya Kepimpinan dengan Prestasi Organisasi
  • 33. Deduksi bertujuan MENGUJI Peraturan umum@Teori sedia ada (Premis Major) sama ada boleh diaplikasikan terhadap isu atau kes baharu dgn menguji hipotesis-hipotesis (Premis Minor) yg disandarkan kpd teori umum/sedia ada tersebut bagi menghasilkan Kesimpulan Khusus. Kegunaan Deduksi Kajian ttg “Bahan Memabukkan” dgn merujuk dan mengaplikasi teori@ hukum sedia ada berkaitan bahan tersebut Premis Major (Umum-Teori) Semua/Setiap yang memabukkan dan mengkhayalkan adalah bahaya dan haram. Premis Minor 1 (Pemerhatian 1) Arak memabukkan dan mengkhayalkan. Premis Minor 2 (Pemerhatian 2) Pil Ekstasi ‘Molly’ juga memabukkan dan mengkhayalkan. Kesimpulan (Khusus-Pengesahan) Justeru, Arak dan Pil Ekstasi ‘Molly’ adalah bahaya dan haram. #Ulasan: Secara logiknya, pengujian Teori Sebab-Akibat Y (teori sedia ada) adalah benar dan teori itu boleh diaplikasikan dlm isu@kes baharu. 33
  • 34. Premis Major SETIAP yang bernyawa pasti akan mati. Premis Minor 1 Ali memiliki nyawa/makhluk bernyawa. Premis Minor 2 Kucing memiliki nyawa/makhluk bernyawa. Kesimpulan Justeru, Ali dan Kucing pasti akan mati. 34 Premis Major SEMUA subjek melibatkan nombor dan pengiraan mengambil masa yg lama utk diselesaikan. Premis Minor Subjek Matematik ialah subjek berasaskan Pengiraan Nombor. Kesimpulan Justeru, subjek Matematik mengambil masa yg lama utk diselesaikan. Contoh 1: Contoh 2: Contoh Deduksi
  • 35. 35 Definisi • Satu kaedah penaakulan di mana satu KESIMPULAN UMUM terhasil melalui aktiviti taakulan berdasarkan PREMIS KHUSUS (Premis 1 & Premis 2, Premis...) (Cth, pemerhatian terhadap kes- kes khusus@tertentu) yg diketahui benar. • Kesimpulan umum yg dibuat adalah disokong oleh premis yg diberikan TETAPI tidak semestinya mengikut logik drp premis. Contoh asas • Premis 1: Logam emas, perak, dan besi dapat mengalirkan haba. • Premis 2: Ciri X, Y dan Z ada pada emas, perak dan besi tersebut dapat mengalirkan haba. • Kesimpulan: Justeru, Semua logam yang ada ciri-ciri X, Y, dan Z, dapat mengalirkan haba. • Tindakan: Berkemungkinan semua jenis logam yg ada ciri-ciri X, Y dan Z dpt mengalirkan haba dan digunakan utk tujuan inovasi. Pendekatan Induksi@Aruhan (Inductive Reasoning)
  • 36. 36 Proses Induksi@Aruhan Buat Pemerhatian terhadap Fenomena@ Situasi@Kes@Premis KHUSUS yang berkaitan Kata Kunci: Kes 1, Kes 2, Kes 3, ... Buat Kesimpulan UMUM *Kesimpulan mungkin benar@mungkin salah. Perlu buat pemerhatian @kajian lanjutan Kenal pasti Corak/Pola (pattern) Kes@ Premis Khusus & Rumuskan Hipotesis sementara@ awal (tentative hypotheses) Kes khusus berkaitan ciri- ciri pengangguran: • Kurang petah komunikasi. • Kurang terserlah dlm kerja berpasukan. • Kurang mahir memimpin. • Lemah proses penyelesaian masalah. Pola kes berkaitan dgn aspek Kemahiran Insaniah: • Bilangan kes, batch, jantina, lokasi, kekerapan, syarikat dll. • Didapati semua kes itu berkaitan dgn elemen “Kemahiran Insaniah” spt:  Komunikasi  Kerja Berpasukan  Kepimpinan  Penyelesaian Masalah Justeru, Semua ciri-ciri yg berkaitan ketidakupayaan penguasaan elemen kemahiran insaniah, menyumbang kpd peningkatan kadar pengangguran graduan. Contoh: Kajian Punca Pengangguran Graduan
  • 37. Induksi bertujuan MEMBINA dan membentuk peraturan khusus atau teori baharu (Kesimpulan Umum) dgn melakukan pemerhatian (observation) dan kajian mendalam terhadap kes-kes khusus (Premis 1, Premis 2, …). Kegunaan Induksi@Aruhan Kajian ttg pengunaan “Aplikasi dalam Talian” dlm sesi pembelajaran dgn memerhati kes-kes khusus penggunaannya Premis 1 (Khusus- Pemerhatian) Penggunaan 3 “Aplikasi dlm Talian” (iaitu Google Classroom, Google Meet, Padlet.com) meningkat secara mendadak dlm sesi pembelajaran semasa COVID-19 Premis 2 (Pola/Corak) Ciri-ciri X, Y dan Z ada pd “Aplikasi dlm Talian” tersebut dapat meningkatkan kefahaman belajar dgn lebih cepat Kesimpulan (Umum-Teori) Justeru, semua “Aplikasi dlm Talian” yg ada ciri-ciri X, Y, dan Z, dapat meningkatkan kefahaman belajar dgn lebih cepat #Ulasan: Secara logiknya, pembinaan dan pembentukan gagasan atau Teori Pembelajaran yg baharu (iaitu Pembelajaran dalam Talian) adalah benar dan munasabah, berdasarkan kpd kes-kes khusus yg dikaji secara terperinci. 37
  • 38. 38 Contoh lain: • Laporan undian menunjukkan 95% rakyat Malaysia percaya LGBT tidak wajar diiktiraf oleh perundangan atas alasan A, alasan B, alasan C... • COVID-19 merebak begitu cepat berbanding SARS dan H1N1 adalah melalui medium A, medium B, medium C ... • Melalui kaji selidik pelaksanaan P&P semasa Perintah Kawalan COVID-19, pendekatan paling efektif digunakan ialah kaedah A, kaedah B, kaedah C ... Contoh Induksi@Aruhan Premis 1 Pemerhatian terhadap kes-kes keadaan kebersihan dan kesihatan yg teruk di kawasan perumahan X Premis 2 Berlakunya gejala demam, muntah, pengsan dan jangkitan kuman pada mata dan kulit di kawasan perumahan X Kesimpulan Justeru, keadaan kebersihan dan kesihatan yg teruk menyebabkan gejala demam, muntah, pengsan, dan jangkitan kuman pada mata dan kulit. Tindakan@ Respons 1) Mengamalkan gaya hidup sihat, gotong royong. 2) Melakukan pemeriksaan kesihatan.
  • 39. Aktiviti 3-3: Berfikir dan Berhujah secara Deduktif & Induktif Merujuk kepada Slaid dan Video Kuliah Bab 3: 1) Buat carian dalam internet (menerusi Google atau YouTube) tentang isu@kes berdasarkan bidang berikut. 2) Pilih satu bidang sahaja daripada Kluster Deduksi atau Kluster Induksi 39 Kluster Deduksi Kluster Induksi Politik- Pecah Amanah *Jenayah- Profil Penjenayah (Rujuk contoh) Perniagaan- Profil Usahawan Berjaya Alam Sekitar- Pencemaran alam sekitar Gejala Sosial- LGBT Pendidikan- Pengangguran Graduan
  • 40. 3) Ikut format berikut: 4) Buat serahan jawapan anda dalam platform e-learning dengan menulis nama penuh, no. ID, dan Section anda. 40 Isu@Kes Soalan provokasi Kenapa masih berlaku?; Adakah ia betul? Premis 1 Premis 2 Kesimpulan Respon/Tindakan Cadangan penambahbaikan 1) 2) Aktiviti 3-3 (samb.): Berfikir dan Berhujah secara Deduktif & Induktif
  • 41. Isu@Kes Siasatan kes jenayah yang dilakukan oleh penjenayah Soalan provokasi Adakah betul dia penjenayah?. Adakah penjenayah memiliki ciri-ciri tertentu?, Apa kaitan jenayah dengan ciri-ciri tersebut? Premis 1 Kajian terhadap kes-kes jenayah fizikal (membunuh, merompak, mencuri) dan kaitannya dgn profil seseorang penjenayah Premis 2 Ciri-ciri spt psikopat, ada senjata api, pandai manipulasi adalah profil penjenayah Kesimpulan Justeru, SEMUA orang yang ada ciri-ciri di atas adalah profil penjenayah Tindakan/Respon Sikap berwaspada (precaution) kerana melibatkan unsur bahaya, ancaman, cedera, maut dll Cadangan penambahbaikan 1) Mendalami ilmu analisis watak dan psikologi manusia. 2) Menganalisis Modus Operandi dan taktik penjenayah. 3) Sediakan alat pertahanan diri (CCTV, pepper spray dll) * Kluster Induksi: Profil Penjenayah Aktiviti 3-3: Contoh Jawapan 41
  • 42. Bahagian 3 PELBAGAI METODOLOGI DALAM PENGHASILAN ILMU • Abduksi (Abduction) • Heuristik (Heuristics) • Logik Bersimbol (Symbolic Logic) 42
  • 43. • Menghuraikan kepelbagaian metodologi yang memperkayakan perkembangan ilmu-ilmu yang lebih kompleks Hasil Pembelajaran • Pelbagai Metodologi Ilmu Kata Kunci 43 Di akhir bab ini, pelajar mampu untuk...
  • 44. Metodologi Penghasilan Ilmu (1): Abduksi Premis X mengalami… (1) Batuk > (2) Selsema > (3) Sakit kepala > (4) Demam > (5) Muntah > (6) Sukar bernafas > dan (7) Simptom2 ini dialami selama 14 hari. >>>> Kesimpulan X menghidapi jangkitan influenza 44 • Abduksi ialah satu kaedah penaakulan dgn meneliti data empirikal sedia ada, meneliti data di lapangan, mengkaji hipotesis@faktor dan teori yg berkaitan dgn isu, dan membuat penjelasan sebaik mungkin/terbaik yg mungkin dpt menghasilkan idea baharu terhadap fenomena yg dikaji. • Untuk kenal pasti punca@faktor sebenar tentang kesan yg berlaku, perlu buat kajian tambahan@lanjutan@rujuk pakar. • Contoh: #Ulasan: Berdasarkan maklumat ini, penjelasan terbaik ialah X mengalami simptom influenza. Tetapi belum pasti secara mutlak dan perlu kajian lanjutan.
  • 45. • Bahasa: Asal kata drp Greek ‘Heurisco’ yg bermaksud “saya cari”, “saya teroka”, “saya temui”. Ia adalah usaha utk dapatkan jawapan@jalan keluar bagi sesuatu perkara@masalah. • Istilah: Heuristik ialah satu kaedah penaakulan yg menggunakan prinsip panduan (guiding principles) sbgai jalan pintas (shortcut) yg memfokuskan kpd satu penyelesaian dan alternatif terbaik secara lebih cepat dan mudah apabila berhadapan keadaan sama ada santai, kompleks atau ketidaktentuan (uncertainty) (#Cth: Tentukan keputusan pilihan raya, Pertimbangan juri mahkamah, Turun naik nilai ringgit pd masa depan, Kebarangkalian peristiwa itu berlaku, dll). • Kaedah ini praktikal tetapi boleh terjadi bias pertimbangan atau silap. Jadi, perlu kpd penilaian terperinci dlm membuat keputusan. • Contoh teknik heuristik: Peraturan Kebiasaan (rule of thumb), Cuba-Cuba (trial & error), Tekaan berdasarkan Pengetahuan (educated guess), Pemprofilan (profiling), Pendapat umum yg diterima akal (common sense), Pemikiran Lateral (lateral thinking), Lukis (draw). Metodologi Penghasilan Ilmu (2): Heuristik 45
  • 46. Contoh penggunaan Heuristik dlm kehidupan seharian • Mudah berfikir seseorang sebagai agamawan dgn melihat profil keagamaan spt memakai serban, jubah, berjanggut, santun berbicara, fasih berdoa, sering ke masjid memberikan ceramah. • Cepat berfikir seseorang sebagai orang jahat dgn melihat profil gangsterisme spt pakaian yg koyak rabak, berparut di muka, berambut panjang. • Cenderung membeli produk yg sering dilihat dlm iklan TV. Semakin kerap menonton iklan itu, semakin berfikir produk itu berkualiti dan terbaik. • Cenderung tidak menaiki kapal terbang dan memilih kenderaan darat utk bergerak kerana sering menonton berita ttg kes kemalangan tragis yg melibatkan kapal terbang. • Cuba lukis gambar@model jika anda sukar memahami sesuatu idea@masalah. • Buat tekaan ketika bermain catur, teka silang kata. • Fikir alternatif lain dgn segera spt tumpang kereta rakan, naik bas@teksi, jalan kaki dll jika sering hadapi masalah lewat ke kelas, selain drp terus ambil keputusan tidak hadir kelas@rancang keluar lebih awal pd hari berikutnya. Metodologi Penghasilan Ilmu (2): (samb.) Heuristik 46
  • 47. • Logik Bersimbol ialah satu kaedah mewakili ungkapan logik (logical expressions) melalui penggunaan simbol tertentu berbanding bahasa harian biasa. Kaedah ini digunakan bagi mengelak kekaburan (ambiguity) yg biasa berlaku jika menggunakan bahasa harian. • Interaksi Bersimbol (symbolic interaction) merupakan kajian ttg simbol sepunya yg memberi maksud tertentu dlm interaksi manusia (khusus dlm konteks sosial). (#Cth, interaksi dlm bidang komputeran, kejuruteraan, matematik, keselamatan, kesihatan, pendidikan, makanan, pengiklanan, agama, dll). • Kajian Interaksi Bersimbol melibatkan 2 peringkat proses: 1) Tentukan simbol yg digunakan oleh kumpulan atau pihak tertentu. 2) Tentukan hubungkait di antara simbol tersebut dgn pihak atau kumpulan yg menggunakannya sama ada dari segi maksud, tujuan, bentuk, proses, impaknya dll. Metodologi Penghasilan Ilmu (3): Logik Bersimbol (Symbolic Logic) 47
  • 48. Contoh Simbol dalam interaksi manusia: Metodologi Penghasilan Ilmu (3): (samb.) Logik Bersimbol 48
  • 49. Aktiviti 3-4: Berfikir Pantas secara Heuristik Merujuk kepada Slaid dan Video Kuliah Bab 3: Analisis dan bincang isu di bawah: Isu pengangguran graduan semakin meningkat saban tahun. Ada graduan yg masih tidak dapat kerja dlm tempoh yg lama. Lantaran itu, timbul istilah seperti “Ijazah Gantung Tepi”, “Penganggur Terhormat”, “Tanam Anggur” dan lain-lain istilah bagi memberi gambaran betapa serius dan kritikalnya isu ini. Berdasarkan kaedah Heuristik seperti “Rule of Thumb”, “Pemprofilan graduan”, “Cuba-Cuba”, “Cari Alternatif Lain”, “Lukis Model”, “Pemikiran Lateral” atau kaedah Heuristik yg lain; 1) Pilih SATU kaedah sahaja dan Buat senarai strategi pantas sebagai perancangan masa depan tentang bagaimana anda bertindakbalas jika anda merupakan graduan yg terkesan dgn situasi tersebut. 2) Buat serahan jawapan anda dalam platform e-learning dengan menulis nama penuh, no. ID, dan Section anda. 49
  • 50. 50 • KENAPA LOGIK: Untuk membuat penilaian, pertimbangan, keputusan, menyelesaikan masalah dgn baik, rasional, sistematik, munasabah. • JASMANI: Keadaan tubuh badan yg sihat. • EMOSI: Keadaan psikologi yg sihat. • ROHANI: Keadaan kerohanian yg sihat. • INTELEK: Keadaan akal fikiran yg sihat. • SOSIAL: Pendedahan awal potensi sosial dlm diri Melalui Medium... • Pendidikan yg bertunjangkan Ilmu Falsafah, FPK, & Rukun Negara. • Interaksi sosial yg baik. • Hujah yg bernas/ bermakna, & sah. • Cegah Falasi. • Penaakulan Deduktif & Induktif. • Kaedah Abduksi, Heuristik, & Logik Bersimbol. LAHIRNYA INSAN SEJAHTERA (Insan yg memiliki aspek JERIS yg sejahtera) IMPAK SUMBANGAN OLEH INSAN SEJAHTERA: • Impak kpd Stakeholders: (individu sbg key player, ibubapa, penaja, masyarakat, negara, “TUHAN” ) • Impak dlm aspek: (politik, ekonomi, sosial, budaya, alam, agama, reputasi, pengiktirafan, dll) Input Process Output Impact Proses Melahirkan Insan Sejahtera melalui Logik... KESIMPULAN
  • 51. Abdul Jalil Hassan. (1989). Falsafah dan Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Latif Samian. (1993). Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Sunawari Long. (2008). Sejarah Falsafah (Ed. ke 2) Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Awang Sariyan. (2007). Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur: Akademik Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Hashim Musa. (2001). Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu: Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Akademik Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Muhamed Awang. (1999). Psikologi Kognitif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Shaharir Mohamad Zain. (2018). Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains (Ed. ke 3) Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. RUJUKAN 51