LANGKAH-LANGKAH MENJIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK
DANIAL IKHWAN B. KHAIRUDIN 302 13013
Mutakhir ini, masyarakat malaysia gemar membazir dalam penggunaan elektrik.
Akibatnya, bayaran bil elektrik yang ditanggung oleh masyarakat kini melambung
tinggi. Masyarakat kini kian resah dengan apa yang sedang mereka hadapi.
Penjimatan penggunaan elektrik merupakan satu-satunya cara bagi mengelakkan
pembaziran elektrik. Sebenarnya, terdapat pelbagai langkah menjimatkan
penggunaan elektrik.
Antara langkah menjimatkan penggunaan elektrik ialah dengan menutup punca
elektrik selepas digunakan. Hal ini adalah kerana sekiranya sumber elektrik tidak
ditutup arus elektrik akan tetap mengalir dan akan meningkatkan jumlah elektrik yang
kita gunakan. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam menerapkan
langkah di atas kepada anak-anak mereka di rumah. Contohnya, ibu bapa boleh
menyuruh anaknya menutup semua punca elektrik ketika ingin keluar dari rumah.
Jadinya, dengan menutup punca elektrik kita dapat menjimatkan penggunaan
elektrik.
Selain itu, langkah seterusnya ialah dengan menggunakan peralatan elektrik
yang kurang menggunakan elektrik. Hal ini disebabkan oleh peralatan yang sebegitu
kurang menggunakan elektrik dan dapat mengurangkan jumlah bil yang perlu kita
bayar. Pihak penjual barangan elektrik sewajarnya memberitahu pembeli atau
pengguna tentang peralatan elektrik yang menggunakan kurang elektrik agar
pengguna dapat buka mata terhadap peralatan tersebut dan membelinya. Contohnya,
peti sejuk yang kurang menggunakan elektrik yang dijual kedai peralatan elektrik
hendaklah dibeli oleh pengguna. Konklusinya, peralatan yang kurang menggunakan
elektrik dapat menjimatkan penggunaan elektrik.
Akhir sekali, langkah yang terakhir ialah kempen menjimatkan penggunaan
elektrik harus diadakan. Hal ini adalah kerana kempen ini dapat menyedarkan
masyarakat betapa pentingnya berjimat dalam penggunaan eletrik. Pihak kerajaan
sepatutnya menjayakan kempen ini di setiap negeri dan setiap daerah agar
masyarakat lebih sedar. Contohnya, kempen penjimatan elektrik boleh diadakan
dalam tempoh seminggu atau lebih perlu diadakan. Kesimpulannya, kempen
penjimatan elektrik perlu diwujudkan bagi masyarakat Malaysia tidak membazir
elektrik.
Kesimpulannya, dengan mengikuti langkah-langkah yang diberikan kita
dapat menjimatkan penggunaan elektrik di Malaysia. Pihak-pihak yang dinyatakan
juga perlulah mengambil tempat membantu masyarakat dengan cara yang telah
diberitahu. Besarlah harapan masyarakat agar pihak berkenaan dapat melaksanakan
tanggungjawab yang diberikan dalam dilakukan dengan penuh ikhlas. Tuntasnya,
penggunaan elektrik dapat dijimatkan dengan menggunakan langkah-langkah yang
telah dicadangkan.

Langkah penjimatan elektrik

  • 1.
    LANGKAH-LANGKAH MENJIMATKAN PENGGUNAANELEKTRIK DANIAL IKHWAN B. KHAIRUDIN 302 13013 Mutakhir ini, masyarakat malaysia gemar membazir dalam penggunaan elektrik. Akibatnya, bayaran bil elektrik yang ditanggung oleh masyarakat kini melambung tinggi. Masyarakat kini kian resah dengan apa yang sedang mereka hadapi. Penjimatan penggunaan elektrik merupakan satu-satunya cara bagi mengelakkan pembaziran elektrik. Sebenarnya, terdapat pelbagai langkah menjimatkan penggunaan elektrik. Antara langkah menjimatkan penggunaan elektrik ialah dengan menutup punca elektrik selepas digunakan. Hal ini adalah kerana sekiranya sumber elektrik tidak ditutup arus elektrik akan tetap mengalir dan akan meningkatkan jumlah elektrik yang kita gunakan. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam menerapkan langkah di atas kepada anak-anak mereka di rumah. Contohnya, ibu bapa boleh menyuruh anaknya menutup semua punca elektrik ketika ingin keluar dari rumah. Jadinya, dengan menutup punca elektrik kita dapat menjimatkan penggunaan elektrik. Selain itu, langkah seterusnya ialah dengan menggunakan peralatan elektrik yang kurang menggunakan elektrik. Hal ini disebabkan oleh peralatan yang sebegitu kurang menggunakan elektrik dan dapat mengurangkan jumlah bil yang perlu kita bayar. Pihak penjual barangan elektrik sewajarnya memberitahu pembeli atau pengguna tentang peralatan elektrik yang menggunakan kurang elektrik agar pengguna dapat buka mata terhadap peralatan tersebut dan membelinya. Contohnya, peti sejuk yang kurang menggunakan elektrik yang dijual kedai peralatan elektrik hendaklah dibeli oleh pengguna. Konklusinya, peralatan yang kurang menggunakan elektrik dapat menjimatkan penggunaan elektrik.
  • 2.
    Akhir sekali, langkahyang terakhir ialah kempen menjimatkan penggunaan elektrik harus diadakan. Hal ini adalah kerana kempen ini dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya berjimat dalam penggunaan eletrik. Pihak kerajaan sepatutnya menjayakan kempen ini di setiap negeri dan setiap daerah agar masyarakat lebih sedar. Contohnya, kempen penjimatan elektrik boleh diadakan dalam tempoh seminggu atau lebih perlu diadakan. Kesimpulannya, kempen penjimatan elektrik perlu diwujudkan bagi masyarakat Malaysia tidak membazir elektrik. Kesimpulannya, dengan mengikuti langkah-langkah yang diberikan kita dapat menjimatkan penggunaan elektrik di Malaysia. Pihak-pihak yang dinyatakan juga perlulah mengambil tempat membantu masyarakat dengan cara yang telah diberitahu. Besarlah harapan masyarakat agar pihak berkenaan dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dalam dilakukan dengan penuh ikhlas. Tuntasnya, penggunaan elektrik dapat dijimatkan dengan menggunakan langkah-langkah yang telah dicadangkan.