SlideShare a Scribd company logo
MENGKAJI KEMAHIRAN MANIPULATIF MURID SEMASA
MENJALANKAN KERJA AMALI DI DALAM BILIK SAINS
OLEH :
EN. AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD
SK TAMAN TUN AMINAH (1), SKUDAI, JOHOR
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan menyelidik kemahiran manipulatif
sains murid dalam pengendalian radas semasa kerja-kerja amali dilakukan di bilik sains.
Muris tidak yakin dalam mengendalikan bahan dan radas sains serta menganggap
kerja amali di bilik sains sesuatu yang membosankan. Ini seterusnya akan memberikan
impak kepada minat pelajar terhadap sains.
Tumpuan kajian terarah kepada pelajar dalam satu kelas darjah tiga di Sekolah
Kebangsaan Taman Tun Aminah. Kajian juga difokuskan bagi meningkatkan kemahiran
proses sains yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dengan Penerapan
sikap dan nilai saintifik satu budaya penerokaan dapat dibentuk dikalangan pelajar darjah
tiga di sekolah ini. Menggunakan konsep “science explorer”. Murid diberi peluang untuk
menjalankan sendiri eksperimen di makmal untuk tajuk kemahiran manipulatif sains.
Murid dipandu dan dipantau dalam aspek keselamatan dan pengunaan radas yang betul.
Ujian pra dan pos dilakukan bagi menguji kemampuan murid menguasai kemahiran ini.
1
1.0 . REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Mengikut tinjauan yang dibuat melalui hasil pembelajaran yang lepas, didapati
murid masih belum menguasai kemahiran manipulatif yang telah diajarkan secara teori
terlebih dahulu. Hasil temubual secara rawak dengan 10 orang murid dari kelas yang di
buat pemerhatian, mereka telah menyatakan bahawa mereka tidak biasa mengendalikan
bahan dan radas seperti yang dtunjukkan kepada mereka, selain itu mereka juga merasa
tidak yakin bagaimana untuk melakukan aktiviti menggunakan radas dan bahan yang
dibekalkan. Hal ini jika tidak dikesan pada peringkat awal akan mendatangkan impak
yang negatif dalam persekitran pembelajaran, kerana murid akan menjadi pasif dan
bergantung harap kepada rakan-rakan yang lain tanpa mahu melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti amali yang dijalankan. Oleh yang demikin guru pasti menghadapi
kesukaran untuk melakukan proses pembelajaran yang berkesan. Sikap ini jika dibiarkan
berterusan boleh melenyapkan minat dan motivasi pelajar dalam menerokai ilmu sains
yang amat luas dan kompleks.
Dengan menggunakan kaedah serta pendekatan yang sesuai dalam kajian ini
diharap dapat mengubah persepsi dan pandangan murid terhadap kemahiran manipulatif
serta membantu meningkatkan keyakinan murid. Kecendurangan dan minat pelajar dapat
dicungkil sekiranya mereka diberi peluang mencuba dan berusaha mencari jawapan
mengikut cara dan jalan yang mereka pilih sendiri penerokaan secara individu
membolehkan seseorang meneroka secara semulajadi. Murid pasti merasa seronok
apabila apa yang mereka lakukan berhasil. Keseronokan dan kegembiraan murid dalam
meneroka ilmu sains itulah menjadi intipati kajian ini bersesuai dengan tema “ Science is
Fun”.
2
2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian adalah tertumpu kepada kemahiran murid mengunakan radas atau
spesimen yang betul di dalam bilik sains selain dapat mengenalpasti kaedah yang sesuai
untuk mengukur tahap penguasaan murid dalam mengendalikan radas dan bahan dengan
betul dan tepat. Serta mengukur kemahiran manipulatif di kalangan murid semasa berada
di dalam makmal sains.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Dengan adanya kajian ini diharap dapat memberi maklum-balas kepada guru-
guru dan pihak pentadbiran sekolah bagi meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran sains secara holistik dan bersepadu. Dapatan kajian ini dapat membantu,
guru mata pelajaran, pentadbir sekolah serta pihak ibu-bapa, penjaga tentang masalah
dan kekangan yang dihadapi oleh guru sains dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Selain itu bagi memastikan murid dapat :
i. menguasai kemahiran manipulatif sains dengan baik dan berkesan.
ii. menimba pengalaman baru.
iii. membina kemahiran kendiri melalui teknik inkuiri penemuan.
iv. Melahirkan murid yang berdisiplin, bertanggungjawab serta sentiasa mengmabil berat
terhadap aspek peraturan dan keselamatan semasa melakukan kerja-kerja amali di bilik
sains
3
3.2 Objektif Khusus
1. Murid dapat menyatakan secara lisan jenis-jenis radas dan alatan dengan betul
dan tepat serta mengetahui cara penggunaannya yang tepat dan betul
2. Murid dapat menguasai kelima-lima kemahiran manipulatif dalam standard
kandungan KSSR tahun 3.
3. Mencapai tahap tertinggi sekurang-kuruangnya band 5 dalam standard
pembelajaran.
4. Dapat mengaplikasikan kemahiran yang mereka perolehi di tahun 3 untuk diguna
pakai sepanjang masa.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini hanya melibatkan 10 orang murid tahun 3 Pahlawan dari Sekolah Kebangsaan
Taman Tun Aminah (1) yang dipilih secara rawak, manakala tujuan kajian ialah bagi
mengukur tahap penguasaan murid dalam mengenalpasti bahan dan radas sains serta
kemahiran mengguna dan mengendalikan bahan dan radas dengan betul dan selamat
berdasarkan dokumen standard pembelajaran KSSR Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3.
Fokus kajian hanya kepada 10 jenis radas atau bahan yang berkaitan dengan topik yang
terdapat dalam Dokumen Standard Dunia Sains dan Teknologi Tahun Tiga yang
dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
4
40%
10%
40%
10%
Band 1
Band 2
Band 3
Band 4
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Murid telah pun mempelajari topik kemahiran manipulatif pada waktu
pembelajaran yang lepas. Bagi mengenalpasti masalah sepuluh orang murid yang dipilih
kaedah tersebut telah dilakukan :
5.1.1 Pemerhatian:
Pemerhatian dilakukan dengan menggunakan cara tidak berstruktur. Pemerhatian
amat difokuskan kepada perubahan tingkah laku murid, “body language’” dan jawapan
responden semasa proses pengajran dan pembelajran dijalankan. Hasil kerja murid yang
telah direkodkan dalam buku amali telah dijadikan rujukan untuk kajian ini. Selain itu
penilaian terhadap pencapaian band murid dalam standard pembelajaran juga adalah
rujukan utama prestasi semasa murid.
Analisis prestasi yang diperolehi :
Standard Pembelajaran Bilangan Murid Yang Menguasai Peratus %
Band 1 1 10
Band 2 4 40
Band 3 4 40
Band 4 1 10
Band 5 0 0
Jadual 1
5
Carta Pencapaian Murid Mengikut Pecahan Band
5.1.2 Borang Soal Selidik (rujuk lampiran 1)
Data kuantitatif dikumpul melalui borang senarai semak yang terbahagi
kepada 3 bahagian iaitu :
Bahagian A : Latarbelakang dan maklumat responden
Bahagian B : Mengandungi 15 item soalan berkaitan jenis radas dan bahan sains yang
terdapat di bilik sains sekolah.
Bahagian C : Mengandungi 5 item soalan menguji pengetahuan, pengalaman sedia ada
murid serta kepuasan melaksanakan kerja amali di bilik sains.
Refleksi
Hasil soal-selidik yang dijalankan punca masalah yang dikenalpasti adalah disebabkan
beberapa faktor iaitu:
6
1. Murid tidak didedahkan dengan kemahiran manipulatif semasa berada di dalam
bilik sains semasa berada di tahun 1 dan 2.
2. Murid juga jarang diberi peluang menggunakan radas atau bahan yang ada di
dalam makmal sains, perkara ini disebabkan oleh kekurangan radas mahupun
bahan di bilik sains.
3. Murid yang tidak berpeluang mengendalikan radas secara sendirian,
menyebabkan mereka tidak yakin untuk mengendalikan radas dengan baik dan
selamat apabila diminta berbuat demikian. Mereka ini lebih suka menjadi
pemerhati dari penguji.
Dari data yang dikumpulkan 75% memilih jawapan tidak manakala 15 %
yang memilih jawapan ya. Berdasarkan data tersebut jelas menunjukkan murid
kurang mahir dan faham tentang kemahiran manipulatif sains. Banyak kesan
negatif yang akan dihadapi oleh gurudan murid sekiranya perkara ini tidak diatasi
sebagai contoh mungkin akan berlaku kemalangan yang tidak dapat dielakkan
akibat kecuaian murid dalam mengendalikan bahan bahan merbahaya dan radas
dengan betul dan tepat. Selain itu pasti akan wujud pertambahan kos untuk
mengganti alatan dan radas yang rosak.Perkara ini juga boleh mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang kurang kondusif dan tidak terkawal
akibat daripada proses kemahiran manipulatif yang tidak diberikan penekanan
yang sewajarnya oleh guru dan murid.
5.1.3 Ujian Pra (rujuk lampiran 2)
Ujian pra telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat
mengenai perkara yang akan dikaji. Set soalan terbahagi kepada 2 iaitu soalan bahagian
7
A yang melibatkan pelabelan dan penamaan jenis radas dan bahan yang mempunyai 5
soalan. Manakala soalan bahagian B murid diminta memadankan gambar dengan 5
kemahiran manipulatif yang mereka telah pelajari. Hasil yang diperolehi adalah seperti
berikut :
Murid Soalan A
(5 soalan)
Soalan B
(5 soalan )
Peratus
%
A 3 3 60
B 2 3 50
C 3 2 50
D 2 3 50
E 4 2 60
F 3 3 60
G 4 3 70
H 2 3 50
I 2 3 50
J 3 3 60
Jadual 2
Analisis prestasi yang diperolehi :
i. Lima orang murid berjaya menguasai sebanyak 50%.
ii. Empat orang murid berjaya menguasai sebanyak 60%
iii. Cuma seorang murid berjaya menguasai sebanyak 70%
iv. Tiada murid yang gagal semua soalan
5.1.4 Pelaksanaan Tindakan
8
Penyelidikan ini telah menggunakan tiga aktiviti bagi mengukuhkan pengetahuan dan
penagalaman sedia ada murid:
Aktivti Pertama : Tayangan slaid dan video
Murid yang terlibat telah diminta untuk menyaksikan tayangan slaid bertajuk radas sains
dan kegunaannya. Slaid dalam program powerpoint ini telah ditayangkan kepada murid
selama 15 minit. Slaid ini mengandungi klip video dari “Youtube” dan beberapa soalan
latihan. Diakhir tayangan murid diminta untuk bercerita kembali tentang tayangan yang
mereka saksikan tadi.
Refleksi :
Murid tertarik dengan tayangan yang ditunjukkan. Diakhir tayangan 2 orang murid telah
diminta menceritakan kembali apa yang dapat mereka pelajari dari slaid tersebut. Kedua-
dua murid telah memberikan respon yang positif.
Aktiviti Kedua : Main Peranan
Aktiviti ini dijalankan di dalam bilik sains serta mengambil masa selama 45 minit. Murid
secara berpasangan bertindak sebagai petugas makmal. Mereka diminta menyusun 2
radas yang berbeza dalam kotak misteri serta diminta melabelkan radas tersebut berserta
cara penggunaannya. Mereka yang berjaya menyusun dengan betul serta melabelkan
radas dengan betul dan tepat dalam masa 6 minit akan diberikan hadiah misteri. Aktiviti
9
dilepakan dalam masa yang berasingan bagi mengelakkan kemalangan dan kecedaraan
dalam bilik sains.
Refleksi :
Secara tidak langsung murid dapat menggunakan radas yang terdapat di dalam bilik sains
serta mengendalikan sendiri radas tersebut dengan cermat dan berhati-hati. Walaupun
mereka gagal menyatakan kegunaannya dengan tepat namun setiap hasil pelebalan
tersebut menunjukkan mereka faham tentang fungsi radas dan bahan tersebut. Melalui
pemerhatian sepanjang aktiviti ini dijalankan murid telah memberikan kerjasamayang
baik serta melakukan aktiviti mengikut arahan dan secara bekerjasama. Kesemua murid
telah mengaplikasikan kesemua kemahiran manipulatif :
1. Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahansains dengan betul.
2. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
3. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
4. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
5. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
Aktiviti Ketiga : Dam Ular Jumanji
Aktiviti secara permainan ini memerlukan murid menyudahkan permainan dengan
melakukan denda dan arahan yang terdapat pada setiap ruang ular yang diduduki. Arahan
yang diberikanitu mesti diselesaikan sebelum rakan yang lain mengambil giliran. Setiap
arahan yg diberikan berkisar kepada kemahiran manipulatif yang murid pelajari. Mereka
yang berjay akan diberikan hadiah misteri.
10
Refleksi :
Aktiviti terakhir yang dijalankan ini membuatkan murid merasa seronok dan terhibur.
Kaedah belajar sambil bermain amat sesuai bagi murid-murid di peringkat sekolah
rendah seperti murid yang terlibat dengan kajian ini. Penglibatan aktif semua murid
membuktikan bahawa murid-murid lebih cenderung belajar dengan teknik yang tidak
terlalu menjurus kepada buku teks semata-mata. Diakhir permainan murid akan diminta
membuat kesimpulan hasil dari pembelajaran mereka pada hari ini.
5.1.5 Ujian Pos (rujuk lampiran 3)
Ujian pos diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh
mana murid telah menguasai pengetahuan berkaitan kemahiran manipulatif sains di bilik
sains. Soalan yang diajukan dalam ujian pos adalah sebanyak 10 soalan. Ia melibatkan
pelabelan jenis radas dan bahan serta kemahiran manipulatif yang telah murid kuasai.
Soalan yang disediakan adalah pada peringkat band 4 dan 5. Keputusan yang diperolehi
adalah seperti berikut :
Murid Soalan A Soalan B Peratus Peningkatan
11
(5 soalan) (5 soalan ) % Peratus
%
A 5 5 100 40
B 4 5 90 40
C 3 5 80 30
D 4 3 70 20
E 4 5 90 30
F 4 5 90 30
G 5 5 100 30
H 5 5 100 50
I 4 3 70 20
J 5 5 100 40
Jadual 3
Graf Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Refleksi Keseluruhan Kajian:
12
0
20
40
60
80
100
A B C D E F G H I J
Ujian Pra
Ujian Pos
Murid
Markah
Pencapaian murid dalam ujian Pradan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang
agak ketara. Kebolehan murid menguasai kemahiran manipulatif dilihat semakin
meningkat walaupun masih terdapat beberapa orang murid yang Cuma meningkat
sebanyak 20 % namun begitu keseluruahannya menujukkan satu prestasi yang amat
menggalakkan hasil pelaksanaan akviti yang dilakukan. Hasil kajian ini menunjukkan
bahawa murid boleh dibantu untuk menikmati pengalaman berjaya dalam mengusai
proses pembelajaran. Kaedah serta cara pengajaran guru yang pelbagai mampu
mengubah kondusi pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi dengan lebih berkesan di
masa akan datang.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Memandangkan aktivti-aktiviti yang telah dijalankan amat memberangsangkan minat
murid. Maka selepas ini diharapkan gurudapat memperbanyakkan aktiviti seperti main
peranan dan belajar sambil bermain bagi menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih bemakna. Penguasaan elemen teknologi maklumat akan
diberikan penekanan agar guru dapat menjana idea kreatif yang lebih inovatif.
13
14
Kumpulan sasaran
Mengenalpasti
isu/masalah/pemasalahan
Untuk kepastian
isu/masalah mesti ada data.
Data
Sumber
Dokumen /Video/Gambar
Hasil kerja murid, analisis
peperiksaan ,
Pemerhatian P&P Dokumen
penyeliaan P&P, jadual
kedatangan ,temubual
Cara megutip data
Pemerhatian tingkah laku
Analisis hasil kerja pelajar
Borang senarai semak
Ujian pra dan pos
Refleksi pelajar
Tujuan /objektif kajian
Langkah kerja semasa kajian dijalankan.

More Related Content

What's hot

Analisis kesulitan belajar biologi
Analisis kesulitan belajar biologiAnalisis kesulitan belajar biologi
Analisis kesulitan belajar biologi
Gun-gun Gunawan
 
Hambatan belajar bio
Hambatan belajar bioHambatan belajar bio
Hambatan belajar bioHeppiNiwer
 
Contoh kajian tindakan 1
Contoh kajian tindakan 1Contoh kajian tindakan 1
Contoh kajian tindakan 1Norsamsinar Bidin
 
Skripsi ria ramadhinny rahesa
Skripsi ria ramadhinny rahesaSkripsi ria ramadhinny rahesa
Skripsi ria ramadhinny rahesa
ria ramadhinny
 
Skripsi vuri putri y
Skripsi vuri putri ySkripsi vuri putri y
Skripsi vuri putri y
ismail mail
 
karil pkp pgsd
karil pkp pgsdkaril pkp pgsd
karil pkp pgsd
endang zr
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...Rosdi Ramli
 
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanSoal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanMuss Miey
 
Karil Penilitian Tindakan Kelas
Karil Penilitian Tindakan KelasKaril Penilitian Tindakan Kelas
Karil Penilitian Tindakan Kelas
SmartEdu
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdIzudin Hasan
 
Metode Eksperimen Dalam Proses Pembelajaran
Metode Eksperimen Dalam Proses PembelajaranMetode Eksperimen Dalam Proses Pembelajaran
Metode Eksperimen Dalam Proses Pembelajaran
Sansanikhs
 
Contoh Power Point Hasil Penelitian
Contoh Power Point Hasil PenelitianContoh Power Point Hasil Penelitian
Contoh Power Point Hasil PenelitianIndra IR
 
Analisis Skripsi
Analisis SkripsiAnalisis Skripsi
Analisis Skripsi
Diah Octavianty
 
PTK METODE EXPERIMENT
PTK METODE EXPERIMENTPTK METODE EXPERIMENT
PTK METODE EXPERIMENT
Esti Widiawati
 
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-128456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
Mairiza Nopia
 
JURNAL PENELITIAN
JURNAL PENELITIAN JURNAL PENELITIAN
JURNAL PENELITIAN
Ichwan Aridanu
 
Form analisis jurnal tugas nani
Form analisis jurnal tugas naniForm analisis jurnal tugas nani
Form analisis jurnal tugas nani
Nani Al-Pleredy
 
JURNAL PENELITIAN
JURNAL PENELITIAN JURNAL PENELITIAN
JURNAL PENELITIAN
Ichwan Aridanu
 
What's hot (19)

Analisis kesulitan belajar biologi
Analisis kesulitan belajar biologiAnalisis kesulitan belajar biologi
Analisis kesulitan belajar biologi
 
Hambatan belajar bio
Hambatan belajar bioHambatan belajar bio
Hambatan belajar bio
 
Contoh kajian tindakan 1
Contoh kajian tindakan 1Contoh kajian tindakan 1
Contoh kajian tindakan 1
 
Skripsi ria ramadhinny rahesa
Skripsi ria ramadhinny rahesaSkripsi ria ramadhinny rahesa
Skripsi ria ramadhinny rahesa
 
Skripsi vuri putri y
Skripsi vuri putri ySkripsi vuri putri y
Skripsi vuri putri y
 
karil pkp pgsd
karil pkp pgsdkaril pkp pgsd
karil pkp pgsd
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
 
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanSoal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
 
Karil Penilitian Tindakan Kelas
Karil Penilitian Tindakan KelasKaril Penilitian Tindakan Kelas
Karil Penilitian Tindakan Kelas
 
Laporan pkp ipa
Laporan pkp ipaLaporan pkp ipa
Laporan pkp ipa
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpd
 
Metode Eksperimen Dalam Proses Pembelajaran
Metode Eksperimen Dalam Proses PembelajaranMetode Eksperimen Dalam Proses Pembelajaran
Metode Eksperimen Dalam Proses Pembelajaran
 
Contoh Power Point Hasil Penelitian
Contoh Power Point Hasil PenelitianContoh Power Point Hasil Penelitian
Contoh Power Point Hasil Penelitian
 
Analisis Skripsi
Analisis SkripsiAnalisis Skripsi
Analisis Skripsi
 
PTK METODE EXPERIMENT
PTK METODE EXPERIMENTPTK METODE EXPERIMENT
PTK METODE EXPERIMENT
 
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-128456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
 
JURNAL PENELITIAN
JURNAL PENELITIAN JURNAL PENELITIAN
JURNAL PENELITIAN
 
Form analisis jurnal tugas nani
Form analisis jurnal tugas naniForm analisis jurnal tugas nani
Form analisis jurnal tugas nani
 
JURNAL PENELITIAN
JURNAL PENELITIAN JURNAL PENELITIAN
JURNAL PENELITIAN
 
Similar to Ktindakan2013

Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnalmurshidyzila
 
Thangavelo mpsa hkk
Thangavelo mpsa hkkThangavelo mpsa hkk
Thangavelo mpsa hkkLim Leh Hong
 
Penerapan model pembelajaran_inkuiri_untuk_meningkatkan_pemahaman_siswa_tenta...
Penerapan model pembelajaran_inkuiri_untuk_meningkatkan_pemahaman_siswa_tenta...Penerapan model pembelajaran_inkuiri_untuk_meningkatkan_pemahaman_siswa_tenta...
Penerapan model pembelajaran_inkuiri_untuk_meningkatkan_pemahaman_siswa_tenta...Lim Leh Hong
 
Pemodelan Jangka Sorong
Pemodelan Jangka SorongPemodelan Jangka Sorong
Pemodelan Jangka Sorong
Lilis Indayani
 
Agen Milagros Lerepkebumen
Agen Milagros LerepkebumenAgen Milagros Lerepkebumen
Agen Milagros Lerepkebumen
LombokonlineRegina
 
Esei ulasan
Esei ulasanEsei ulasan
Esei ulasankoperasi
 
Bab iii metode penelitian
Bab iii metode penelitianBab iii metode penelitian
Bab iii metode penelitiansafran hasibuan
 
Bab iii metode penelitian penelitian eksperimen murni
Bab iii metode penelitian  penelitian eksperimen murniBab iii metode penelitian  penelitian eksperimen murni
Bab iii metode penelitian penelitian eksperimen murni
safran hasibuan
 
Bab iii metode penelitian
Bab iii metode penelitianBab iii metode penelitian
Bab iii metode penelitian
safran hasibuan
 
Bab iii metode penelitian penelitian eksperimen murni
Bab iii metode penelitian penelitian eksperimen murniBab iii metode penelitian penelitian eksperimen murni
Bab iii metode penelitian penelitian eksperimen murni
safran hasibuan
 
119339-ID-none.pdf
119339-ID-none.pdf119339-ID-none.pdf
119339-ID-none.pdf
LarasFS1
 
Seminar kajtin
Seminar kajtinSeminar kajtin
Seminar kajtinNAZRIJAMARI
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
IPA (ilmu pengetahuan alam) MODUL 3 universitas terbuka
IPA (ilmu pengetahuan alam) MODUL 3 universitas terbukaIPA (ilmu pengetahuan alam) MODUL 3 universitas terbuka
IPA (ilmu pengetahuan alam) MODUL 3 universitas terbuka
TekiMulyani
 
BAB I DAN BAB II.docx
BAB I DAN BAB II.docxBAB I DAN BAB II.docx
BAB I DAN BAB II.docx
zuryatiarmi1
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
Ryan Crysandi
 
RPH MINGGU 6 SAINS THN 1 BY CIKGU GORGEOUS.docx
RPH MINGGU 6 SAINS THN 1 BY CIKGU GORGEOUS.docxRPH MINGGU 6 SAINS THN 1 BY CIKGU GORGEOUS.docx
RPH MINGGU 6 SAINS THN 1 BY CIKGU GORGEOUS.docx
Vinisha Rajagopal
 
kajian tindakan sains
kajian tindakan sainskajian tindakan sains
kajian tindakan sains
mamadanial
 
Similar to Ktindakan2013 (20)

Laporan pkp ipa
Laporan pkp ipaLaporan pkp ipa
Laporan pkp ipa
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Thangavelo mpsa hkk
Thangavelo mpsa hkkThangavelo mpsa hkk
Thangavelo mpsa hkk
 
Penerapan model pembelajaran_inkuiri_untuk_meningkatkan_pemahaman_siswa_tenta...
Penerapan model pembelajaran_inkuiri_untuk_meningkatkan_pemahaman_siswa_tenta...Penerapan model pembelajaran_inkuiri_untuk_meningkatkan_pemahaman_siswa_tenta...
Penerapan model pembelajaran_inkuiri_untuk_meningkatkan_pemahaman_siswa_tenta...
 
Pemodelan Jangka Sorong
Pemodelan Jangka SorongPemodelan Jangka Sorong
Pemodelan Jangka Sorong
 
Agen Milagros Lerepkebumen
Agen Milagros LerepkebumenAgen Milagros Lerepkebumen
Agen Milagros Lerepkebumen
 
Icp
IcpIcp
Icp
 
Esei ulasan
Esei ulasanEsei ulasan
Esei ulasan
 
Bab iii metode penelitian
Bab iii metode penelitianBab iii metode penelitian
Bab iii metode penelitian
 
Bab iii metode penelitian penelitian eksperimen murni
Bab iii metode penelitian  penelitian eksperimen murniBab iii metode penelitian  penelitian eksperimen murni
Bab iii metode penelitian penelitian eksperimen murni
 
Bab iii metode penelitian
Bab iii metode penelitianBab iii metode penelitian
Bab iii metode penelitian
 
Bab iii metode penelitian penelitian eksperimen murni
Bab iii metode penelitian penelitian eksperimen murniBab iii metode penelitian penelitian eksperimen murni
Bab iii metode penelitian penelitian eksperimen murni
 
119339-ID-none.pdf
119339-ID-none.pdf119339-ID-none.pdf
119339-ID-none.pdf
 
Seminar kajtin
Seminar kajtinSeminar kajtin
Seminar kajtin
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
IPA (ilmu pengetahuan alam) MODUL 3 universitas terbuka
IPA (ilmu pengetahuan alam) MODUL 3 universitas terbukaIPA (ilmu pengetahuan alam) MODUL 3 universitas terbuka
IPA (ilmu pengetahuan alam) MODUL 3 universitas terbuka
 
BAB I DAN BAB II.docx
BAB I DAN BAB II.docxBAB I DAN BAB II.docx
BAB I DAN BAB II.docx
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
RPH MINGGU 6 SAINS THN 1 BY CIKGU GORGEOUS.docx
RPH MINGGU 6 SAINS THN 1 BY CIKGU GORGEOUS.docxRPH MINGGU 6 SAINS THN 1 BY CIKGU GORGEOUS.docx
RPH MINGGU 6 SAINS THN 1 BY CIKGU GORGEOUS.docx
 
kajian tindakan sains
kajian tindakan sainskajian tindakan sains
kajian tindakan sains
 
Recently uploaded

PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
smp4prg
 
AKSI NYATA FASILITATOR PEMBELAJARAN.pptx
AKSI NYATA FASILITATOR PEMBELAJARAN.pptxAKSI NYATA FASILITATOR PEMBELAJARAN.pptx
AKSI NYATA FASILITATOR PEMBELAJARAN.pptx
AdeRinaMuliawati1
 
7 - Kombinatorial dan Peluang Diskrit.pptx
7 - Kombinatorial dan Peluang Diskrit.pptx7 - Kombinatorial dan Peluang Diskrit.pptx
7 - Kombinatorial dan Peluang Diskrit.pptx
AskariB1
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
Penjelasan tentang Tahapan Sinkro PMM.pptx
Penjelasan tentang Tahapan Sinkro PMM.pptxPenjelasan tentang Tahapan Sinkro PMM.pptx
Penjelasan tentang Tahapan Sinkro PMM.pptx
GuneriHollyIrda
 
ALur Tujuan Pembelajaran Materi IPA Kelas VII (1).pptx
ALur Tujuan Pembelajaran Materi IPA  Kelas VII (1).pptxALur Tujuan Pembelajaran Materi IPA  Kelas VII (1).pptx
ALur Tujuan Pembelajaran Materi IPA Kelas VII (1).pptx
rusinaharva1
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
safitriana935
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOKPENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
GusniartiGusniarti5
 
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptxPERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
TeukuEriSyahputra
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
Kanaidi ken
 
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
mohfedri24
 
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptxMateri 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
ahyani72
 
Komunitas Belajar dalam Sekolah.Mari Melakukan Identifikasi! Apakah kombel Ib...
Komunitas Belajar dalam Sekolah.Mari Melakukan Identifikasi! Apakah kombel Ib...Komunitas Belajar dalam Sekolah.Mari Melakukan Identifikasi! Apakah kombel Ib...
Komunitas Belajar dalam Sekolah.Mari Melakukan Identifikasi! Apakah kombel Ib...
JokoPramono34
 
CGP.10.Pendampingan Individual 2 - VISI DAN PRAKARSA PERUBAHAN.pdf_20240528_1...
CGP.10.Pendampingan Individual 2 - VISI DAN PRAKARSA PERUBAHAN.pdf_20240528_1...CGP.10.Pendampingan Individual 2 - VISI DAN PRAKARSA PERUBAHAN.pdf_20240528_1...
CGP.10.Pendampingan Individual 2 - VISI DAN PRAKARSA PERUBAHAN.pdf_20240528_1...
VenyHandayani2
 
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdfPPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
SdyokoSusanto1
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
Nur afiyah
 
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
arianferdana
 
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
asepridwan50
 
Recently uploaded (20)

Ktindakan2013

  • 1. MENGKAJI KEMAHIRAN MANIPULATIF MURID SEMASA MENJALANKAN KERJA AMALI DI DALAM BILIK SAINS OLEH : EN. AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD SK TAMAN TUN AMINAH (1), SKUDAI, JOHOR Abstrak Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan menyelidik kemahiran manipulatif sains murid dalam pengendalian radas semasa kerja-kerja amali dilakukan di bilik sains. Muris tidak yakin dalam mengendalikan bahan dan radas sains serta menganggap kerja amali di bilik sains sesuatu yang membosankan. Ini seterusnya akan memberikan impak kepada minat pelajar terhadap sains. Tumpuan kajian terarah kepada pelajar dalam satu kelas darjah tiga di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah. Kajian juga difokuskan bagi meningkatkan kemahiran proses sains yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dengan Penerapan sikap dan nilai saintifik satu budaya penerokaan dapat dibentuk dikalangan pelajar darjah tiga di sekolah ini. Menggunakan konsep “science explorer”. Murid diberi peluang untuk menjalankan sendiri eksperimen di makmal untuk tajuk kemahiran manipulatif sains. Murid dipandu dan dipantau dalam aspek keselamatan dan pengunaan radas yang betul. Ujian pra dan pos dilakukan bagi menguji kemampuan murid menguasai kemahiran ini. 1
  • 2. 1.0 . REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Mengikut tinjauan yang dibuat melalui hasil pembelajaran yang lepas, didapati murid masih belum menguasai kemahiran manipulatif yang telah diajarkan secara teori terlebih dahulu. Hasil temubual secara rawak dengan 10 orang murid dari kelas yang di buat pemerhatian, mereka telah menyatakan bahawa mereka tidak biasa mengendalikan bahan dan radas seperti yang dtunjukkan kepada mereka, selain itu mereka juga merasa tidak yakin bagaimana untuk melakukan aktiviti menggunakan radas dan bahan yang dibekalkan. Hal ini jika tidak dikesan pada peringkat awal akan mendatangkan impak yang negatif dalam persekitran pembelajaran, kerana murid akan menjadi pasif dan bergantung harap kepada rakan-rakan yang lain tanpa mahu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti amali yang dijalankan. Oleh yang demikin guru pasti menghadapi kesukaran untuk melakukan proses pembelajaran yang berkesan. Sikap ini jika dibiarkan berterusan boleh melenyapkan minat dan motivasi pelajar dalam menerokai ilmu sains yang amat luas dan kompleks. Dengan menggunakan kaedah serta pendekatan yang sesuai dalam kajian ini diharap dapat mengubah persepsi dan pandangan murid terhadap kemahiran manipulatif serta membantu meningkatkan keyakinan murid. Kecendurangan dan minat pelajar dapat dicungkil sekiranya mereka diberi peluang mencuba dan berusaha mencari jawapan mengikut cara dan jalan yang mereka pilih sendiri penerokaan secara individu membolehkan seseorang meneroka secara semulajadi. Murid pasti merasa seronok apabila apa yang mereka lakukan berhasil. Keseronokan dan kegembiraan murid dalam meneroka ilmu sains itulah menjadi intipati kajian ini bersesuai dengan tema “ Science is Fun”. 2
  • 3. 2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian adalah tertumpu kepada kemahiran murid mengunakan radas atau spesimen yang betul di dalam bilik sains selain dapat mengenalpasti kaedah yang sesuai untuk mengukur tahap penguasaan murid dalam mengendalikan radas dan bahan dengan betul dan tepat. Serta mengukur kemahiran manipulatif di kalangan murid semasa berada di dalam makmal sains. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Dengan adanya kajian ini diharap dapat memberi maklum-balas kepada guru- guru dan pihak pentadbiran sekolah bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran sains secara holistik dan bersepadu. Dapatan kajian ini dapat membantu, guru mata pelajaran, pentadbir sekolah serta pihak ibu-bapa, penjaga tentang masalah dan kekangan yang dihadapi oleh guru sains dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu bagi memastikan murid dapat : i. menguasai kemahiran manipulatif sains dengan baik dan berkesan. ii. menimba pengalaman baru. iii. membina kemahiran kendiri melalui teknik inkuiri penemuan. iv. Melahirkan murid yang berdisiplin, bertanggungjawab serta sentiasa mengmabil berat terhadap aspek peraturan dan keselamatan semasa melakukan kerja-kerja amali di bilik sains 3
  • 4. 3.2 Objektif Khusus 1. Murid dapat menyatakan secara lisan jenis-jenis radas dan alatan dengan betul dan tepat serta mengetahui cara penggunaannya yang tepat dan betul 2. Murid dapat menguasai kelima-lima kemahiran manipulatif dalam standard kandungan KSSR tahun 3. 3. Mencapai tahap tertinggi sekurang-kuruangnya band 5 dalam standard pembelajaran. 4. Dapat mengaplikasikan kemahiran yang mereka perolehi di tahun 3 untuk diguna pakai sepanjang masa. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini hanya melibatkan 10 orang murid tahun 3 Pahlawan dari Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah (1) yang dipilih secara rawak, manakala tujuan kajian ialah bagi mengukur tahap penguasaan murid dalam mengenalpasti bahan dan radas sains serta kemahiran mengguna dan mengendalikan bahan dan radas dengan betul dan selamat berdasarkan dokumen standard pembelajaran KSSR Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3. Fokus kajian hanya kepada 10 jenis radas atau bahan yang berkaitan dengan topik yang terdapat dalam Dokumen Standard Dunia Sains dan Teknologi Tahun Tiga yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 4
  • 5. 40% 10% 40% 10% Band 1 Band 2 Band 3 Band 4 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Murid telah pun mempelajari topik kemahiran manipulatif pada waktu pembelajaran yang lepas. Bagi mengenalpasti masalah sepuluh orang murid yang dipilih kaedah tersebut telah dilakukan : 5.1.1 Pemerhatian: Pemerhatian dilakukan dengan menggunakan cara tidak berstruktur. Pemerhatian amat difokuskan kepada perubahan tingkah laku murid, “body language’” dan jawapan responden semasa proses pengajran dan pembelajran dijalankan. Hasil kerja murid yang telah direkodkan dalam buku amali telah dijadikan rujukan untuk kajian ini. Selain itu penilaian terhadap pencapaian band murid dalam standard pembelajaran juga adalah rujukan utama prestasi semasa murid. Analisis prestasi yang diperolehi : Standard Pembelajaran Bilangan Murid Yang Menguasai Peratus % Band 1 1 10 Band 2 4 40 Band 3 4 40 Band 4 1 10 Band 5 0 0 Jadual 1 5
  • 6. Carta Pencapaian Murid Mengikut Pecahan Band 5.1.2 Borang Soal Selidik (rujuk lampiran 1) Data kuantitatif dikumpul melalui borang senarai semak yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu : Bahagian A : Latarbelakang dan maklumat responden Bahagian B : Mengandungi 15 item soalan berkaitan jenis radas dan bahan sains yang terdapat di bilik sains sekolah. Bahagian C : Mengandungi 5 item soalan menguji pengetahuan, pengalaman sedia ada murid serta kepuasan melaksanakan kerja amali di bilik sains. Refleksi Hasil soal-selidik yang dijalankan punca masalah yang dikenalpasti adalah disebabkan beberapa faktor iaitu: 6
  • 7. 1. Murid tidak didedahkan dengan kemahiran manipulatif semasa berada di dalam bilik sains semasa berada di tahun 1 dan 2. 2. Murid juga jarang diberi peluang menggunakan radas atau bahan yang ada di dalam makmal sains, perkara ini disebabkan oleh kekurangan radas mahupun bahan di bilik sains. 3. Murid yang tidak berpeluang mengendalikan radas secara sendirian, menyebabkan mereka tidak yakin untuk mengendalikan radas dengan baik dan selamat apabila diminta berbuat demikian. Mereka ini lebih suka menjadi pemerhati dari penguji. Dari data yang dikumpulkan 75% memilih jawapan tidak manakala 15 % yang memilih jawapan ya. Berdasarkan data tersebut jelas menunjukkan murid kurang mahir dan faham tentang kemahiran manipulatif sains. Banyak kesan negatif yang akan dihadapi oleh gurudan murid sekiranya perkara ini tidak diatasi sebagai contoh mungkin akan berlaku kemalangan yang tidak dapat dielakkan akibat kecuaian murid dalam mengendalikan bahan bahan merbahaya dan radas dengan betul dan tepat. Selain itu pasti akan wujud pertambahan kos untuk mengganti alatan dan radas yang rosak.Perkara ini juga boleh mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kurang kondusif dan tidak terkawal akibat daripada proses kemahiran manipulatif yang tidak diberikan penekanan yang sewajarnya oleh guru dan murid. 5.1.3 Ujian Pra (rujuk lampiran 2) Ujian pra telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai perkara yang akan dikaji. Set soalan terbahagi kepada 2 iaitu soalan bahagian 7
  • 8. A yang melibatkan pelabelan dan penamaan jenis radas dan bahan yang mempunyai 5 soalan. Manakala soalan bahagian B murid diminta memadankan gambar dengan 5 kemahiran manipulatif yang mereka telah pelajari. Hasil yang diperolehi adalah seperti berikut : Murid Soalan A (5 soalan) Soalan B (5 soalan ) Peratus % A 3 3 60 B 2 3 50 C 3 2 50 D 2 3 50 E 4 2 60 F 3 3 60 G 4 3 70 H 2 3 50 I 2 3 50 J 3 3 60 Jadual 2 Analisis prestasi yang diperolehi : i. Lima orang murid berjaya menguasai sebanyak 50%. ii. Empat orang murid berjaya menguasai sebanyak 60% iii. Cuma seorang murid berjaya menguasai sebanyak 70% iv. Tiada murid yang gagal semua soalan 5.1.4 Pelaksanaan Tindakan 8
  • 9. Penyelidikan ini telah menggunakan tiga aktiviti bagi mengukuhkan pengetahuan dan penagalaman sedia ada murid: Aktivti Pertama : Tayangan slaid dan video Murid yang terlibat telah diminta untuk menyaksikan tayangan slaid bertajuk radas sains dan kegunaannya. Slaid dalam program powerpoint ini telah ditayangkan kepada murid selama 15 minit. Slaid ini mengandungi klip video dari “Youtube” dan beberapa soalan latihan. Diakhir tayangan murid diminta untuk bercerita kembali tentang tayangan yang mereka saksikan tadi. Refleksi : Murid tertarik dengan tayangan yang ditunjukkan. Diakhir tayangan 2 orang murid telah diminta menceritakan kembali apa yang dapat mereka pelajari dari slaid tersebut. Kedua- dua murid telah memberikan respon yang positif. Aktiviti Kedua : Main Peranan Aktiviti ini dijalankan di dalam bilik sains serta mengambil masa selama 45 minit. Murid secara berpasangan bertindak sebagai petugas makmal. Mereka diminta menyusun 2 radas yang berbeza dalam kotak misteri serta diminta melabelkan radas tersebut berserta cara penggunaannya. Mereka yang berjaya menyusun dengan betul serta melabelkan radas dengan betul dan tepat dalam masa 6 minit akan diberikan hadiah misteri. Aktiviti 9
  • 10. dilepakan dalam masa yang berasingan bagi mengelakkan kemalangan dan kecedaraan dalam bilik sains. Refleksi : Secara tidak langsung murid dapat menggunakan radas yang terdapat di dalam bilik sains serta mengendalikan sendiri radas tersebut dengan cermat dan berhati-hati. Walaupun mereka gagal menyatakan kegunaannya dengan tepat namun setiap hasil pelebalan tersebut menunjukkan mereka faham tentang fungsi radas dan bahan tersebut. Melalui pemerhatian sepanjang aktiviti ini dijalankan murid telah memberikan kerjasamayang baik serta melakukan aktiviti mengikut arahan dan secara bekerjasama. Kesemua murid telah mengaplikasikan kesemua kemahiran manipulatif : 1. Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahansains dengan betul. 2. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. 3. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat. 4. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. 5. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. Aktiviti Ketiga : Dam Ular Jumanji Aktiviti secara permainan ini memerlukan murid menyudahkan permainan dengan melakukan denda dan arahan yang terdapat pada setiap ruang ular yang diduduki. Arahan yang diberikanitu mesti diselesaikan sebelum rakan yang lain mengambil giliran. Setiap arahan yg diberikan berkisar kepada kemahiran manipulatif yang murid pelajari. Mereka yang berjay akan diberikan hadiah misteri. 10
  • 11. Refleksi : Aktiviti terakhir yang dijalankan ini membuatkan murid merasa seronok dan terhibur. Kaedah belajar sambil bermain amat sesuai bagi murid-murid di peringkat sekolah rendah seperti murid yang terlibat dengan kajian ini. Penglibatan aktif semua murid membuktikan bahawa murid-murid lebih cenderung belajar dengan teknik yang tidak terlalu menjurus kepada buku teks semata-mata. Diakhir permainan murid akan diminta membuat kesimpulan hasil dari pembelajaran mereka pada hari ini. 5.1.5 Ujian Pos (rujuk lampiran 3) Ujian pos diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana murid telah menguasai pengetahuan berkaitan kemahiran manipulatif sains di bilik sains. Soalan yang diajukan dalam ujian pos adalah sebanyak 10 soalan. Ia melibatkan pelabelan jenis radas dan bahan serta kemahiran manipulatif yang telah murid kuasai. Soalan yang disediakan adalah pada peringkat band 4 dan 5. Keputusan yang diperolehi adalah seperti berikut : Murid Soalan A Soalan B Peratus Peningkatan 11
  • 12. (5 soalan) (5 soalan ) % Peratus % A 5 5 100 40 B 4 5 90 40 C 3 5 80 30 D 4 3 70 20 E 4 5 90 30 F 4 5 90 30 G 5 5 100 30 H 5 5 100 50 I 4 3 70 20 J 5 5 100 40 Jadual 3 Graf Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Refleksi Keseluruhan Kajian: 12 0 20 40 60 80 100 A B C D E F G H I J Ujian Pra Ujian Pos Murid Markah
  • 13. Pencapaian murid dalam ujian Pradan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Kebolehan murid menguasai kemahiran manipulatif dilihat semakin meningkat walaupun masih terdapat beberapa orang murid yang Cuma meningkat sebanyak 20 % namun begitu keseluruahannya menujukkan satu prestasi yang amat menggalakkan hasil pelaksanaan akviti yang dilakukan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa murid boleh dibantu untuk menikmati pengalaman berjaya dalam mengusai proses pembelajaran. Kaedah serta cara pengajaran guru yang pelbagai mampu mengubah kondusi pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi dengan lebih berkesan di masa akan datang. 6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Memandangkan aktivti-aktiviti yang telah dijalankan amat memberangsangkan minat murid. Maka selepas ini diharapkan gurudapat memperbanyakkan aktiviti seperti main peranan dan belajar sambil bermain bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bemakna. Penguasaan elemen teknologi maklumat akan diberikan penekanan agar guru dapat menjana idea kreatif yang lebih inovatif. 13
  • 14. 14 Kumpulan sasaran Mengenalpasti isu/masalah/pemasalahan Untuk kepastian isu/masalah mesti ada data. Data Sumber Dokumen /Video/Gambar Hasil kerja murid, analisis peperiksaan , Pemerhatian P&P Dokumen penyeliaan P&P, jadual kedatangan ,temubual Cara megutip data Pemerhatian tingkah laku Analisis hasil kerja pelajar Borang senarai semak Ujian pra dan pos Refleksi pelajar Tujuan /objektif kajian Langkah kerja semasa kajian dijalankan.