SlideShare a Scribd company logo
Kes-kes gangsterisme di kalangan pelajar kita amat
mendukacitakan. Mengapakah ini berlaku? Pakar
motivasi terkenal, Y.Bhg. Dato‟ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah
Kamsah mempunyai pandangan beliau tersendiri
mengenai gejala ini. (Temubual ini juga boleh diikuti
di web tv).

BM : Mengikut statistik Kementerian Pendidikan, seramai 76,300 orang
pelajar di Malaysia menghadapi masalah disiplin dan ini termasuklah
mereka yang terlibat dalam budaya gangsterisme. Bolehkah Dato‟
terangkan apakah sebenarnya gangsterisme?

DFK : Mengikut istilah, gangsterisme atau gangsterism adalah tindakan-tindakan
jenayah (atau) salah laku yang menyalahi undang-undang. Ia melibatkan orang
lain, menyusahkan (dan) menganiayai orang lain. Kalau menganiayai barang-
barang, ia dipanggil vandelisme. (Gangsterisme pula) memang tindakan jenayah
yang menyusahkan orang atau menganiayai orang. Itu yang saya faham dan
saya lihat sebagai pentafsiran yang agak tepat untuk gangsterisme.




 Jangan menuding jari kerana gangsterisme di sekolah mencerminkan kebobrokan masyarakat.



BM : Bolehkah Dato‟ menerangkan dengan serba ringkas apakah yang
punca-punca utama yang mendorong pelajar-pelajar kita terlibat dalam
gangsterisme?

DFK : Kalau kita nak cari punca kepada gangsterisme memang (ada) berbagai-
bagai (punca) sebab semua pihak terlibat. Pada saya, untuk adil pada semua kita
kena melihat ini sebagai satu perkara yang berkait rapat dengan berbagai-bagai
fakor. Pertamanya saya lihat gangsterisme ini mencerminkan situasi atau senario
masyarakat. (Jika) masyarakat itu teruk, maka teruklah gangsterisme di sekolah-
sekolah sebab suasana sekolah mencerminkan suasana masyarakat. Saya lihat
senario dalam masyarakat pun, kegiatan gangsterisme atau jenayah berleluasa
(dalam) berbagai-bagai peringkat dan berbagai-bagai tahap. Ertinya memang
banyak kegiatan gangsterisme atau jenayah dalam masyarakat. Bunuh-
membunuh, rogol-merogol, rompak-merompak, culik-menculik memang berlaku
di Malaysia. (Ia) semakin meningkat setiap hari. Dan masalah ini diberatkan lagi
dan diterukkan lagi dengan menyiarkan berita-berita tentang jenayah ini di muka
depan berita-berita perdana. Ini satu situasi yang serba salah sebab berita
tentang jenayah atau kegiatan gangsterisme dalam masyarakat menjadi satu
pokok berita sensasi. It is news. Saya dulu belajar journalism. Perkara yang
buruk itu sebenarnya berita, perkara yang baik itu bukan berita. Saya diajar oleh
guru saya dulu, apabila anjing gigit orang, itu biasa (dan) bukan berita tapi kalau
orang gigit anjing, itu berita. Itu yang (menyebabkan) saya kadang-kadang
sedih. Itulah sebabnya saya sendiri akan mengelakkan membaca berita, surat
khabar atau menonton berita pagi-pagi untuk tidak mempengaruhi pemikiran
saya secara negatif. Kalau saya baca surat khabar, muka surat depannya berita
bunuh, rompak, gempa bumi, mati, rogol dan kebakaran. Mungkin 60-70 peratus
berita buruk akan dipaparkan di muka surat depan atau muka surat kedua dan
sebagainya.

Satu tujuan berita di akhbar perdana ini untuk mengingatkan masyarakat untuk
berwaspada (dan) sebagai sempadan agar jangan terlibat dengan perkara-
perkara seperti ini. Tetapi untuk orang muda, remaja (dan) pelajar sekolah, bila
(mereka) menonton, membaca atau melihat perkara-perkara seperti ini sebagai
satu rutin tiap-tiap hari. Jadi mereka sudah lali dengan masalah gangsterisme.
Lali dalam erti kata „biasalah!‟. Dah biasa. Kalau setiap hari ada bunuh-
membunuh, tikam-menikam, gaduh-bergaduh, potong-memotong, tetak-
menetak, cincang-mencincang, jadi kalau bertumbuk, (mereka akan kata)
„biasalah!‟, sebab dah biasa dan bukan benda yang luar biasa.

Yang saya takuti salah satu punca gangsterisme di sekolah ialah memang banyak
gangsterisme berlaku dalam masyarakat dan diwar-warkan atau diberitakan di
akhbar-akhbar dan di saluran-saluran perdana, maka masyarakat terdedah.
Lama-lama (mereka) akan jadi mangli, lali, biasa, rutin dan menormalkan
gangsterisme dalam masyarakat oleh berita. Itu satu punca gangsterisme yang
penting.

Sebab lain yang saya lihat ialah gangsterisme di sekolah ini sebenarnya bermula
di luar sekolah. Saya yakin semua orang setuju (termasuk) polis, guru-guru
(dan) pengetua bahawa gangsterisme tidak berlaku dalam sekolah secara
mendadak. Ia sebenarnya rentetan kepada gangsterisme di luar sekolah dengan
(wujudnya) geng-geng, budak nakal di luar dan sebagainya. (Mereka)
melepaskan geram (dan) tension di luar sekolah (hingga) terbawa-bawa ke dalam
sekolah. Saya lebih cenderung untuk membuat satu rumusan bahawa
gangsterisme banyak di luar sekolah tapi kadang-kadang terbawa-bawa ke dalam
sekolah kerana situasi-situasi tertentu.

Jadi dalam konteks ini, punca gangsterisme di luar sekolah ada banyak
(antaranya) ibu bapa yang longgar dari segi proses keibubapaannya, NGO yang
tidak menjalankan peranan dengan berkesan, pihak polis yang mungkin kurang
memberi perhatian kepada kumpulan ini sebab ini di luar bidang tugas mereka.
Polis tidak boleh menangkap budak-budak sekolah yang ponteng contohnya atau
yang terlibat di pusat snuker waktu sekolah (kerana) mereka tidak ada hak untuk
menangkap. (Polis) tidak ada jurisdiction, cuma sekadar menakutkan,
menggertak dan memberi nasihat (sahaja). Polis (ini) orang segan (dan) takut.
Jadi, budak-budak akan lari. Mereka (polis) tidak boleh buat apa-apa. Budak-
budak pun tahu polis tidak boleh tangkap mereka dan lokapkan mereka.

Yang ketiga ialah di mana rumahtangga yang semakin lama semakin mencabar.
Kalau kita lihat gangsterisme banyak berlaku di sekolah-sekolah di bandar-
bandar (dan) kurang sikit di luar bandar. Kenapa? Mungkin ibu bapa yang
terlampau sibuk, ibu dan bapa bekerja. Kadang-kadang ibu bapa yang kurang
endah, bukan tidak kisah (tetapi) mungkin kurang endah secara luaran tentang
hal anak-anak, kurang berinteraksi, berbual, pesan-memesan, nasihat-
menasihati (dan) kurang membelai anak-anak secara langsung. Mengikut kajian
yang saya buat, ramai ibu bapa di bandar tidak sampai 10 minit balik dari kerja
akan terus buka tv. Kalau tengok tv, bila masa mahu berinteraksi dengan anak?
Sepatutnya bila balik dari kerja, (mereka) pergi ke bilik anak, berbual dengan
anak selama lima minit dan tengok tv selepas setengah jam balik (dari kerja).
Kalau ini budaya di bandar, maka bila masa (ibu bapa) berinteraksi dengan anak?
(Akibatnya) anak-anak akan rasa terbiar, maklumlah budak-budak.

Satu lagi perkara yang saya buat kajian sambil bertanya dan kes-kes yang saya
kaunsel, saya jumpa ribuan atau ratus ribu ibu bapa, atau mungkin (mencecah
angka) juta, saya dapati bahawa anak-anak ini bila rasa terbiar, mereka akan
mencari perhatian dan kasih sayang daripada kawan-kawan kerana ibu bapa
tidak mempamerkan kasih sayang. (Keadaan) ini mungkin lebih serius di bandar-
bandar. Ibu bapa yang sibuk, pergi (kerja) awal untuk mengelakkan kesesakan
(dan) balik lewat kerana tugasan atau kerja tambahan. Kadang-kadang asasnya
untuk membahagiakan rumahtangga dan anak-anak jadi mereka tidak ada masa
untuk berinteraksi dan mempamerkan kasih sayang maka anak-anak terbiar.
Anak-anak inilah yang mungkin (tidak semestinya) akan terlibat atau terjebak
dalam kes-kes gangsterisme.

Kadang-kadang undang-undang rumahtangga yang terlampau longgar. (Ibu
bapa) terpaksa mengimbangi ketidak mampuan mereka mempamerkan kasih
sayang dengan memberi sedikit kelonggaran (dan) kemewahan. All these things
may lead towards gangsterism. Ada juga kadang-kadang ibu bapa yang
terlampau ketat (atau) strict. Inipun anak-anak rasa tertekan. Bila tertekan,
(mereka) akan lepaskan di luar dengan berbagai-bagai cara, termasuk mungkin
(melakukan) kegiatan-kegiatan tidak sihat yang akhirnya membawa kepada
gangsterisme.

Kadang-kadang budak-budak kalau dah biasa mewah, mungkin ibu bapa tak
mampu memberi (kemewahan) sepenuhnya. Budak-budak sekarang sudah pakai
handphone. Untuk dapatkan (meminta handphone) daripada ibu bapa, ia
melampaui batas. Jadi mereka mungkin terlibat dengan benda-benda yang tidak
sihat. Akhirnya terjebak dengan kes-kes gangsterisme.

Saya nampak juga dalam rumahtangga (di mana) amalan kerohanian yang agak
longgar. Ini perlu diperiksa dengan korolasi yang lebih serius. Adakah benar
mereka yang terlibat dalam gangsterisme ini longgar dari segi amalan
kerohanian? Pada saya, (perkara) itu ada benarnya sebab solat itu mencegah dari
fahsyad dan mungkar. Jadi kalau solat tidak dilaksanakan dengan sempurna
maka kurang kecenderungan untuk terjebak dalam kes-kes gangsterisme.

Yakinlah, kalau ibu bapa yang ada anak akil baligh atau tingkatan lima, setiap
malam dia doakan kepada anak-anaknya, dibacakan Fatihah, ayat Qursi, Al-
Insyirah serta doa-doa yang ulama ajar untuk menenangkan jiwa anak (dan)
memantapkan wibawa dan sakhsiah anak untuk menjadikan mereka orang yang
berfikir dan bijaksana. Ini semua doa-doa kalau dihembuskan ke kepala anak-
anak setiap malam contohnya, saya yakin tak (banyak) kes-kes gangsterisme.

Punca keempat yang saya lihat ialah budaya dan suasana sekolah yang tidak
begitu kondusif. Banyak sekolah yang saya ziarah masa saya memberi kursus
kepada pelajar-pelajar mungkin paling kurang 100 sekolah setahun. Jadi (saya)
adalah sedikit pengalaman. Rata-rata sekolah mempamerkan “Sekolah
Penyayang”. Bagus, slogannya cantik. Tetapi adakah pengetuanya mempamerkan
kasih sayang dalam ucapan atau taklimat mingguan dalam perhimpunan? Adakah
setiap guru mempamerkan kasih sayang kepada anak muridnya? Adakah
hukuman yang diberikan kepada pelajar mempamerkan sayang? Merotanpun
kerana sayang? Ini persoalannya. Mengikut kengalaman saya berinteraksi dengan
pelajar-pelajar dan guru, saya rasa budaya sayang-menyayang ini tidak berapa
wujud dalam kebanyakan sekolah-sekolah. Kalau adapun tidak semua guru-guru
mempamerkan sayang. Sebab saya yakin guru-guru mempamerkan sayang,
budaya sayang menyayang ini begitu tebal, saya ingat pelajar tidak tertekan
akhirnya memberontak atau terterjebak ke dalam perkara-pekara yang boleh
membawa kepada gejala-gejala gangsterisme atau amalan-amalan yang tidak
sihat.

Satu lagi ialah budaya kumpulan. To be in a group Semua orang nak berkawan.
Nabi SAW bersabda „Kamu adalah siapa kawan-kawan kamu‟. Kalau
kebetulan saya sebagai pelajar tingkatan empat atau lima, berkawan dengan
budak-budak nakal, mungkin ada kecenderungan saya akan jadi nakal. Tidak
semestinya (jadi nakal), cuma ada kecenderungan (sahaja). Sometimes to be in
a group, (kita) kena berkorban. Kadang-kadang berkorban ini melibatkan
perkara-perkara yang mungkin berbentuk jenayah atau gangsterisme.

Satu lagi faktor menyebabkan gangsterisme ialah renggangnya atau tidak
akrabnya hubungan antara ibu bapa dan sekolah. PIBG mungkin tidak berfungsi
dengan cemerlang. Mereka berfungsi dengan baik tetapi tidak cukup cemerlang.
Mengikut kajian di Malaysia, kalau hubungan ibu bapa dengan sekolah dan guru-
guru rapat, dua perkara berlaku (iaitu) prestasi akademik meningkat (dan)
masalah disiplin akan menurun, ertinya jenayah dan budak-budak nakal
berkurangan. Rapat ertinya selalu bertemu, banyak projek-projek bersama, ibu
bapa meminta nasihat guru-guru, guru-guru (pula) memanggil ibu bapa untuk
menyampaikan berita baik atau buruk, buletin-buletin sekolah digunakan
memberi maklumat atau maklum balas kepada ibu bapa, (sama ada secara)
bulanan atau dwi-bulanan. Benda ini sebenarnya amat penting. Kajian telah
mempamerkan bahawa semakin rapat ibu bapa dengan guru, semakin kurang
masalah disiplin. Tetapi ibu bapa di bandar amat sibuk (dan) tiada masa terpaksa
hantar anak-anak ke sekolah (dan) tuisyen untuk mengimbangi ketiadaan masa
ibu bapa dengan anak-anak.

Satu lagi ialah program kemasyarakatan yang belum begitu berjaya. Program
kemasyarakatan pendidikan dijalankan di Malaysia saya tidak tahu sudah berapa
lama, mungkin sudah 10 tahun, maknanya menjadikan pendidikan itu sebagai
tanggungjawab semua orang. Ertinya NGO, pihak polis, agensi kerajaan perlu
bersama-sama sekolah untuk mendidik anak-anak. Ini adalah satu pendekatan
yang amat baik tetapi dari segi penguatkuasaannya mungkin belum berjalan
dengan sempurna. Kalau pihak polis (atau) NGO (contohnya) PEMADAM, PIBG
(dan pusat ibadat contohnya) masjid, kuil (atau) gereja rapat dengan sekolah
saya ingat kurang masalah gangsterisme di sekolah-sekolah. Program
kemasyarakatan ini perlu digembleng dan dipertingkatkan.

Yang paling akhir yang saya lihat ialah program atau usaha kaunselor atau
kaunseling di sekolah belum memadai (dan) belum berkesan. Mungkin di
kebanyakan sekolah menengah cuma ada seorang kaunselor (dan) sudah ada
cadangan untuk mengadakan tiga orang kaunselor di sekolah-sekolah.
Sepatutnya bukan sahaja kaunselor-kaunselor yang memberi nasihat kepada
pelajar-pelajar yang bermasalah tetapi juga guru-guru lain. Kita patut bertindak
secara proaktif, ertinya we nip the problem at the butt. Kita cantas masalah
sebelum ianya berputik dengan „meriahnya‟.

Inilah punca-punca yang saya lihat yang mungkin menyumbang kepada masalah
gangsterisme di sekolah.

BM : Penyingkiran 20 pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dan
enam orang pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) membuktikan
bahawa bukan sahaja pelajar-pelajar sekolah biasa tetapi juga dari
Sekolah Berasrama Penuh turut terlibat dalam gangsterisme. Apa komen
Dato‟ dalam hal ini?
DFK : Itu satu perkara yang amat menyedihkan. Gangsterisme berlaku di sekolah
elit, Sekolah Berasrama Penuh di mana pelajar-pelajarnya bijak, pandai (dan)
terpilih. Kita lihat banyak faktor yang berkaitan. Satu (faktor) yang saya lihat,
saya ulang, ialah budaya sekolah yang kurang penyayang, kurang endah (dan)
agak menekan. Warden (asrama perlu memberikan) penuh kasih sayang, rapat
(dan) mendidik anak murid macam mendidik anaknya sendiri. Warden ini perlu
ramai. Kalau sekolah berasrama penuh, katakanlah (contohnya) ada 600 atau
700 orang pelajar, warden cuma enam orang atau tidak cukup. Katalah
(contohnya) setiap pelajar ada bapa angkat di sekolah, (iaitu) 20 pelajar
(menjadi anak angkat kepada) seorang guru, maka guru-guru ini akan dapat
menyelia, follow through, merapati anak-anak ini (dan) dapat mempamerkan
kasih sayang. Bayangkanlah anak-anak umur 13-17 (tahun), membesar dalam
suasana diwardenkan, tanpa ibu bapa. Ibu bapa paling kerap (pun), sebulan
sekali (datang melawat). Itu (bagi ibu bapa) yang dekat. Kalau yang jauh,
(contohnya anak) belajar di Kuala Lumpur, ibu bapa di Kelantan, Johor, Sabah
(atau Sarawak). Inilah yang kadang-kadang saya nampak budaya sekolah yang
kurang penyayang menjadi punca asrama penuh menjadi „sarang‟ gangsterisme.
„Sarang‟ mungkin ketat sangat, mungkin kita (boleh panggil sebagai) tempat
bercambahnya gangsterisme yang agak kerap berlaku. Itu sebab yang pertama.

Yang keduanya, bila saya memberi ceramah motivasi di sekolah berasrama
penuh, soalan yang akan saya terima ialah “Cikgu, jadual kami ketat sangat.
Kami belajar dari pagi sehingga tengahari. Lepas itu berhenti makan tengahari
(dan) sambung balik prep pukul 2.30 (petang) sampai 4.30. Kami boleh main
sekejap sebelah petang. 7.00 malam-9 malam, (ada) di surau. Selepas itu prep
sampai pukul 11.00. Kami tak ada masa, tertekan, tak tahu macamana nak study
sebab (contoh) subjek ada 10, kalau SPM. Masa kami terhad untuk prep (dan)
study”. Pada saya, (ini) satu perkara yang semua pihak perlu berfikir. Bagaimana
nak mengatasi masalah penjadualan yang amat ketat di sekolah berasrama
penuh. Budak-budak di sekolah biasa, walaupun mungkin jadualnya sama ketat
atau kurang sikit ketatnya, tapi mereka ada sokongan moral dan kasih sayang
ibu bapa dan ahli keluarga di sekeliling mereka. Ini amat besar kesannya.

Dalam konteks yang sama, saya menyeru kepada semua mereka yang
bertanggungjawab dalam pendidikan, tolong izinkan mereka yang boleh (dan)
munasabah untuk balik ke rumah tiap-tiap minggu. Ini akan memulihkan emosi
(dan) memantapkan EQ. EQ sebenarnya adalah emotional intelligence (dan)
inilah yang menyebabkan budak-budak tertekan (dan) akhirnya terjebak dengan
kegiatan gangsterisme. Itu (gangsterisme) sebenarnya mencerminkan tekanan.
Ingatlah, budak-budak ini sebenarnya pandai tapi tertekan. Mereka juga pandai
buat nakal. Be careful. Untuk menjinakkannya pun, perlu menggunakan
pemikiran yang tegas. Pengalaman saya melihat manusia, ada budak-budak yang
nakal semasa sekolah berasrama penuh, kena gantung sekolah, detention (atau)
hukuman yang berat, tapi bila dewasa, mereka jadi orang yang bijaksana
malahan ada yang jadi menteri. Maksudnya, budak ini pandai (dan) kreatif.
Kreativiti yang tidak terbendung akan menyebabkan mereka terjebak dalam
aktiviti yang salah (dan) jenayah. Benarlah sabda Nabi SAW „Anak-anak yang
nakal waktu kecil (pandai) akan membesar jadi orang dewasa yang
bijaksana‟. Itu satu hakikat. Kalaulah mereka diberikan kasih sayang (dan)
peluang untuk balik ke rumah, of course ibu bapa yang berkemampuan tolong
menziarah anak di sekolah berasrama penuh setiap minggu, berbual, bawa
makanan (dan) sentuh kepala anak. Sayapun ada anak yang tinggal di asrama
dan saya datang (melawat) tiap-tiap minggu. Saya (pernah) nampak ada anak
yang baring di riba ibunya. Saya cukup terkesan. Inilah senario yang patutnya
berlaku (bila) ibu bapa memapamerkan kasih sayang untuk merawat tekanan
emosi anak yang terkongkong dalam asrama yang jadual (dan) undang-
undangnya ketat. (Mereka) dikejutkan (dari tidur), disuruh makan (dan) mandi
dengan loceng. All with the bell. Di rumah tidak ada begitu. Cuma (ada) teguran
(dan) nasihat ibu bapa. Ini pada saya suasana yang less humanistic (dan)
menjadikan mereka lebih tertekan. Ini perkara yang kadang-kadang kita terlepas
pandang.

Saya nampak di asrama ketika saya mengkaunsel kes-kes yang berat (di mana)
budak-budak yang nakal dikumpulkan dalam satu kumpulan untuk dimotivasikan.
Ini cabaran yang saya terima dengan hati terbuka sebab mungkin asbab
(dengan) kita memberikan motivasi, rangsangan (dan) nasihat mungkin (akan)
terbuka hati anak-anak ini untuk menjadi orang-orang berguna (dan) hebat.

Dalam sekolah patut diwujudkan budaya ukhuwwah yang lebih berkesan. Saya
pernah berbual dengan Pengetua Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)
Labu, Negeri Sembilan. Ketika itu, ada budaya (di mana) setiap pelajar akan
masuk satu kumpulan (yang terdiri dari) 10 orang pelajar. Ia seperti study group
(atau) satu halaqah. Mereka macam adik beradik, tolong menolong, semua
masalah diselesaikan dalam kumpulan. Kalau tak dapat diselesaikan baru
(mereka) minta bantuan guru-guru. Saya dapati prestasi mereka mendadak
meningkat (dan) keduanya masalah disiplin amat berkurangan. Di sekolah-
sekolah yang berorientasikan agama, dibuat solat hajat setiap minggu untuk
(memohon menjadi) pintar (dan) membentuk sakhsiah yang mulia. Ini yang kita
kena warisi, war-warkan (dan) jadikan satu budaya. Jadi, semua sekolah
berasrama penuh, setiap malam Jumaat (perlu) baca Yasin, solat hajat (dan) air
Yasin untuk diminum untuk merawat sakhsiah jadi budak yang soleh dan solehah.
Saya rasa sekolah-sekolah juga patut cari jalan untuk merapatkan hubungan
dengan ibu bapa. Ibu bapa patut diberi ruang dan peluang untuk banyak
memberi pandangan (dan) interaksi dengan pelajar-pelajar. Saya lihat setakat ini
biasanya pelajar-pelajar dibenarkan pulang sebulan sekali, jadi kalau boleh
(mereka) dibenarkan pulang lebih kerap ini akan mengelakkan masalah
gangsterisme, lesbianisme, dan homoseksualisme yang saya lihat ada kaitan
dengan kekerapan berinteraksi (dan) berjumpa dengan keluarga.

BM : Apa pandangan Dato‟ mengenai dakwaan bahawa gangsterisme
sebenarnya berasal daripada budaya ragging?

DFK : Itu mungkin satu penyumbang kecil. Pada saya ragging itu bukan punca
gangsterisme yang penting. Ragging secara dulu-dulu memang tidak dibenarkan.
(Sekarang) mungkin (yang dibenarkan) ialah orientasi. Kadang-kadang budak-
budak ini terlalu kreatif dan tidak terbendung (akan) menggunakan majlis
orientasi dengan meragging secara tidak rasmi. (Contoh meragging ialah) bangun
pukul 2-3 pagi, disuruh telanjang bulat, disuruh mandi dan duduk di bawah kipas
selama sejam, disuruh berkokok. Budak yang kena ragging akan berdendam,
(dan) ada geng-geng di luar (akan) disuruh membantai (memukul) budak-budak
senior yang meraggingnya. Atau dia sendiri bila sampai (naik) tingkatan lima
akan meragging budak-budak junior dengan berlebih-lebihan untuk melepaskan
geramnya yang dulu. Maka (ini) menjadikan satu kitaran negatif vicious cycle.
Ada sekolah berasrama penuh (yang berlaku kejadian ragging ini) mungkin pihak
sekolah marah pada saya tapi saya tahu secara langsung sebab saya memang
berbual dengan pelajar, guru kaunseling (dan) pengetua. Kadang-kadang
pergeseran atau konflik antara tingkatan. (Contohnya) tingkatan empat dan
tingkatan lima mesti bergaduh sebagai satu budaya, tradisi. Bekas sekolah saya
dulupun ada, ada masanya tingkatan empat dan tingkatan lima mesti bergaduh.
Kalau main ragbi (atau) bola antara tingkatan, (mereka) mesti bergaduh. Pada
saya budaya ini perlu dibendung (dan) dimansuhkan serta-merta. (Kita perlu)
cari jalan untuk menghancurkan tradisi yang tidak sihat ini.

BM : Kes-kes seperti ugut, merokok, memukul pelajar-pelajar lain
kebanyakannya dilakukan oleh pelajar tingkatan empat dan pelajar
tingkatan lima. Apa komen Dato‟?

DFK : Bila saya berbincang (dan) berbual dengan pengetua (dan) guru-guru
kaunseling, pelajar yang paling „nakal‟ ialah pelajar tingkatan dua. Pelajar
tingakatan dua ini baru kenal dunia. Semasa tingkatan satu, dia baik, hisap rokok
tidak tahu (kerana dia) paling junior. Bila naik tingkatan dua ertinya dia sudah
dapat kebebasan, dia bukan paling junior dan dia tidak menghadapi peperiksaan
besar, PMR atau SPM. Ramai guru mengadu pada saya, (pelajar) tingkatan dua
paling ramai budak nakal, tetapi belum sampai ke tahap gangsterisme. Sudah
ada pukul-memukul semasa tingkatan dua. Very rampant. Anak saya tingkatan
duapun ada mengadu. Sampai tingkatan tiga, mereka kekang kenakalan sebab
nak mengambil peperiksaan yang penting. Kata guru-guru, mereka jadi baik
sedikit. Bila sampai tingkatan empat, (mereka) dah bebas balik (sebab) tidak ada
peperiksaan besar. Lagipun (mereka) sudah akil baligh. Sometimes they call it
the honeymoon year (sebab) tidak ada peperiksaan yang besar. Kadang-kadang
yang cerdik (atau) yang nakal, mereka keluarkan (kenakalan mereka) di
tingkatan empat. Bila (naik) tingkatan lima pula, ada yang terus nakal, tapi ramai
yang nakal ini tone down, kurang sedikit sebab dia akan menghadapi peperiksaan
yang penting, SPM. Tapi kekangan itu (kadang kala) menjadi satu tekanan,
maklumlah dia ada unsur-unsur nakal, nak bebas dan dia pula yang paling senior
di sekolah, kalau (sekolah tersebut) tidak ada tingkatan enam, dia mula nak
menekan tingkatan bawah kerana sudah ada tradisi (atau) lagendanya. Kadang-
kadang tingkatan lima (adalah) masa terakhir untuk menunjukkan autoriti, kuasa
dan ke‟macho‟annya. Memanglah tidak dapat disangkalkan bahawa masalah yang
berkaitan dengan gangsterisme mungkin melibatkan pelajar tingkatan empat dan
lima sebab mereka sudah agak besar dan dewasa, kononnya.

Pada saya, semasa tingkatan dualah mereka perlu dikekang, dimotivasikan,
dinasihat, dikaunsel, didoakan, kena dibentuk budaya-budaya cemerlang sebelum
mereka naik tingkatan tiga dan tingkatan empat. Tetapi masalahnya banyak
sekolah berasrama penuh mengambil pelajar tingkatan empat, MRSM misalnya.
Semasa tingkatan empat, mereka telah membawa budaya-budaya, kebaikannya
budaya baik tetapi ada budaya tidak sihat (seperti) budaya merokok, bergeng-
geng, pukul-memukul dari sekolah biasa dan dibawa ke sekolah berasrama. Oleh
kerana sekolah ini hanya ada tingkatan empat dan tingkatan lima sahaja, maka
mereka tidak cukup masa untuk mengenali antara satu sama lain. Itu sebabnya
kadang-kadang ada krisis atau konflik antara tingkatan empat dan tingkatan
lima. Jika mereka bersama sejak tingkatan satu, biasanya mereka akan lebih
rapat, sayang (dan) hormat-menghormati. Tak kenal maka tak cinta. Bila mereka
dah kenal, akan kurang tendency untuk bertengkar, bergaduh atau buli-membuli.

Jadi ini semua (masalah) kena difahami oleh pihak sekolah. Mereka faham, cuma
nak ditengok semula apa yang boleh dilakukan untuk membendung dan
seterusnya menghakis (dan) menghapuskan budaya gangsterisme atau kegiatan-
kegiatan (tidak sihat) di dalam sekolah. Insya-Allah.
Dari segi psikologi merotan hanya sesuai untuk kanak-kanak berumur 10 hingga 14 tahun dengan
      cara yang betul, tidak memalukan mereka, dengan hasrat kasih sayang, di tempat yang
        tersembunyi seperti di bilik guru besar atau bilik khas dan bukan di khalayak ramai.



BM : Adakah Dato‟ bersetuju dengan pandangan Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan (NUTP) bahawa kesibukan guru-guru dan pengetua
menghadiri perjumpaan dan kursus di luar sekolah adalah faktor
penyumbang kepada meningkatnya kes-kes gangsterisme di sekolah?

DFK : Tengok keadaan. Kalau ramai guru dan pengetua yang pergi (menghadiri)
ke kursus atau mesyuarat di luar (dan) meninggalkan sekolah dan guru
penggantinya tidak menjalankan tugas dengan sempurna. Kalau inilah guru
penggantinya, maka hancurlah sekolah (dan) berlakulah kisah-kisah
gangsterisme seperti yang disebut oleh NUTP.

Keduanya, bila ada guru-guru pergi mesyuarat atau meninggalkan sekolah atau
berkursus yang menjadi mangsa kebanyakan kelas-kelas yang mungkin terbiar
ialah kelas hujung. Ini pandangan saya (secara peribadi), mungkin ia tidak tepat
untuk kebanyakan sekolah tapi mengikut apa yang saya kaji sedikit-sedikit. Kalau
ada 10 kelas, kelas-kelas no. 9 dan 10 akan terbiar. Guru-guru akan beri
tumpuan pada kelas-kelas 1, 2, 3 dan 4. Walaupun cikgu tidak cukup,
(menghadiri) mesyuarat, kursus kelas yang dianggap baik akan diberi tumpuan
(tapi) kelas yang dianggap kurang baik akan terbiar. Budak-budak (kelas hujung)
ini walaupun pandai tapi mungkin ada masalah akademik (akan) dianggap (atau)
dilabel budak-budak bermasalah, (dan) terbiar pulak bila cikgu pergi kursus atau
mesyuarat, maka what do you expect?Akan berlakulah seperti yang disebut tadi
kalau kelas-kelas yang „berisiko tinggi‟ (diabaikan). Bukan sebab mereka ini jahat
(atau) bodoh. Semua pelajar, pada saya, adalah pandai cuma ada pelajar yang
lemah akademik. (mereka ini) memerlukan bantuan yang lebih mantap tapi
kumpulan inilah biasanya terbiar bila cikgu-cikgu pergi mesyuarat.

Satu lagi yang saya lihat ialah keinginan untuk menghabiskan syllabus (sukatan
pelajaran). Cikgu perlu pergi kursus, itu penting untuk pentadbiran (dan) tidak
dapat dielakkan. Tetapi masalahnya, kalau semua cikgu ini mengajar kelas A
yang terbaik dari segi akademik dan kelas G yang kurang baik dari segi
akademik, tapi masih dengan kadar yang sama untuk menghabiskan syllabus,
maka hancur. Pada saya, kelas yang hujung ini, cikgu tidak perlu menghabiskan
syllabus tapi memberikan mereka asas yang mantap dengan penuh kisah, endah
dan kasih sayang, maka budak yang di kelas hujung dengan bantuan yang rapi
boleh menandingi kelas yang terbaik. Ini banyak kita dengar telah dibuat.
Dengan memberikan kasih sayang dan effort yang berbeza. Mungkin kelas yang
pertama A, B, C, D dengan cara membaca audio dan visual tapi kelas yang
hujung bukan (dengan cara) membaca dan diskusi tapi banyak praktikal,
kegiatan (dan) kaedah yang dilebihkan. Bila kaedah berbeza digunakan, maka
kelas yang hujungpun akan menandingi prestasi kelas yang terbaik. Kena
diberikan rawatan-rawatan (dan) pendekatan-pendekatan tertentu.

Mungkin sebab pentadbiran sekolah memang begitu, kelas banyak, pelajar ramai
(contohnya) 40 orang satu kelas, mungkin sukar sedikit untuk membuat inovasi-
inovasi tertentu dalam mendidik kelas yang berbeza. Ini berkait rapat dengan
ketiadaan guru. Kalau guru tidak ada, bolehkah digabungkan kelas-kelas ini?
Kelas yang hujung dicampurkan sementara dengan kelas yang pandai untuk
subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia (atau) Kemahiran Hidup contohnya.
Mungkin tidak boleh digabungkan dalam (subjek) Sains. (Kita boleh) tengok apa
kesan kepada budak dari kelas hujung (dari segi) menaikkan motivasi dan
esteem diri mereka. Mungkin ada sebab-sebab tertentu (yang menyebabkan
percampuran) tidak membolehkan ini dilakukan. Tapi ada guru-guru yang
berinisiatif melakukan ini maka kesannya amat hebat.

BM : Kes-kes gangsterisme yang dilaporkan kepada pihak berkuasa
adalah kecil berbanding dengan jumlah yang sebenar. Banyak lagi kes-
kes yang disorokkan oleh pihak sekolah atas alasan mereka tidak mahu
„membuka pekung di dada‟. Apa pendapat Dato‟ mengenai pihak sekolah
yang tidak memandang serius perkara ini?

DFK : Inipun pada saya satu vicious cycle. Satu kitaran sengsara yang berlaku.
Kalau kita (merujuk) kepada satu hadis „Yang baik dihebah-hebahkan, yang
baik disorok-sorok‟. Saya memang setuju dengan pihak sekolah yang
menyembunyikan kes-kes yang buruk yang berlaku di sekolahnya. Apa niatnya?
Untuk menjaga imej sekolah. Tapi kalau disorok perkara ini (dan) mereka tidak
berbuat apa-apa untuk menangani atau menghapuskan gejala ini, maka pihak
sekolah telah membuat dua kesilapan. Pertama, menyorok (dari pengetahuan
umum) itu mungkin bagus tapi kalau diwar-warkan, semua pihak akan datang
memberikan sorotan, tumpuan (dan) bantuan. Ibu bapa, pihak NGO dan badan-
badan di sekitar sekolah akan lebih peka dan lebih endah. Banyak kebaikannya,
tetapi imej sekolah mungkin akan menurun (dan) memalukan pihak PIBG,
sekolah dan sebagainya.

Pada saya (adalah baik) kalau pihak sekolah menyembunyikan kes-kes yang
berlaku tapi dalam diam mereka membuat berbagai-bagai usaha untuk
membendung dan seterusnya menghapuskan gejala-gejala gangsterisme.
Persoalannya adakah mereka buat begitu? Kalau Disorokkan daripada
masyarakat umum tetapi sekolah membuat kolokium (dengan) memanggil pakar-
pakar kaunseling dan motivasi, memanggil ustaz untuk sembahyang hajat
(contohnya) bertindak secara kreatif dan inovatif, pada saya tidak salah.

Mungkin ada kewajaran diwar-warkan untuk semua pihak membuka mata. Sudah
terhantuk baru terngadah. Ibu bapa mula sedar (dan) nampak keperluan ziarah
anak di sekolah berasrama penuh, untuk selalu berhubung dengan guru-guru,
dsb. Dalam konteks yang sama, ada 2-3 sekolah yang bertanya pada saya,
bolehkah pelajar-pelajar dibenarkan ada handphone di sekolah berasrama penuh.
Sayapun termenung (dan tanya) tujuannya untuk apa dan adakah
penggunaannya terkawal? Pada saya, pelajar-pelajar boleh ada handphone, tapi
dengan syarat semua handphone cikgu pegang. (Masa) nak pakai, minta dengan
cikgu. Kalau ibu bapa mampu, boleh. Telefon di sekolah (contohnya) ada 10,
yang rosak 8 (buah), yang elok 2 (sahaja). (Pelajar-pelajar) kena beratur satu
jam untuk menelefon ibu bapa. Kalau ibu bapa tidak dapat datang, tapi anak-
anak dapat menghubungi ibu bapa setiap hari, ini suatu yang penting untuk
membentuk esteem diri, moral, sakhsiah, kasih sayang (dan) emosi yang sihat.
Insya-Allah, perkara-perkara yang membawa kepada gangsterisme akan
terbendung.
BM : Gangsterisme sudah pasti membawa kesan yang tidak baik bukan
sahaja kepada masa depan pelajar-pelajar yang merupakan generasi
pelapis bahkan juga kepada ibu bapa, masyarakat dan negara. Boleh
Dato‟ ulas kenyataan ini?

DFK : Pada saya, memang tidak dapat dinafikan gangsterisme akan memberi
kesan kepada semua pihak, (iaitu) sekolah, ibu bapa, masyarakat dan akhirnya
negara. Semua orang tahu, masa depan sesuatu masyarakat bergantung kepada
remaja, belia, budak-budak sekolah menengah. Imam Al-Ghazali, Saidina Ali
R.A., Nabi Muhammad SAW dan Hamka ada menyebut „Untuk melihat generasi
yang mendatang, (kita) kena teliti generasi yang ada sekarang‟. Jadi
generasi yang akan datang menjadi pelapis kita ialah budak-budak sekolah
menengah ini. Kalau pelapisnya teruk, terlibat dalam gangsterisme, hancurlah
negara di masa akan datang. Itu memang jelas dan persoalannya ialah apa yang
patut kita buat? Di samping cadangan-cadangan yang telah kita sebut tadi, pada
saya perlunya ibu bapa, PIBG, NGO, persatuan belia, Kementerian Belia (dan
Sukan), KEMAS, PEMADAM, Rukun Tetangga perlu bersepakat untuk tolong
menolong. Jangan menuding jari sebab gangsterisme di sekolah mencerminkan
kebobrokan masyarakat. Makin teruk gangsterisme di sekolah, sama ada sekolah
biasa atau asrama penuh, itu tandanya masyarakat kita makin teruk. Itu
sebenarnya satu cerminan yang amat tepat yang ada keserasian atau korolasi
yang tinggi. Untuk memastikan generasi pelapis ini benar-benar boleh
dipertanggungjawabkan (untuk) menjaga, mengawal dan membangunkan negara
kita, semua pihak kena ambil (tindakan).

Jangan menuding jari pada Kementerian Pendidikan. Saya rasa Kementerian
Pendidikan adalah Kementerian yang paling teruk sebab nak membangunkan
berjuta-juta manusia. Pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah
(berjumlah) 5 juta. Dalam konteks ini, Kementerian Pendidikan digelar ‘the mad
house’, ‘the crazy house’ sebab Kementerian ini yang paling susah. Guru-guru
berjumlah 300,000 orang, satu jumlah yang besar. Kalau pelajar-pelajar maju,
tidak dipuji Kementerian Pendidikan. (Bila) ada gangsterisme, semua (pihak di
Kementerian Pendidikan) kena (disalahkan). Sistem pendidikan teruk, Menteri
Pendidikan tidak betul. Saya cakap kerana Allah Taala. Pada saya, apa yang
dibuat itu setakat kemampuan. Pihak lain kena bantu, (contohnya) Kementerian
Pertahanan untuk Program Khidmat Sosial Negara. Pada saya, walau ramai orang
menentang tapi ada kebaikannya, cuma implementasinya kena betul-betul
menarik, berwibawa, tidak menekan, seronok dan berkesan. Itu saya rasa sangat
baik. Kementerian Belia (dan Sukan) kena membantu pihak sekolah. Tapi
sekarang susah. Dalam keadaan sekarang yang saya faham, tak boleh.
Kementerian Pendidikan untuk hal-hal dalam sekolah dan Kementerian Belia (dan
Sukan) tidak boleh masuk campur. Kementerian Belia (dan Sukan) untuk hal-hal
di luar sekolah. Pada saya ini salah sebab luar sekolah (dan) dalam sekolah
berkait rapat. Kalau di luar sekolah (termasuk masyarakat) teruk, maka akan
teruklah (dalam) sekolah. Kementerian Pengguna (Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna) juga kena bantu sebab budak-budak sekolah
menggunakan rokok, vcd lucah, kondom-kondom.

Ertinya semua pihak jangan menuding jari. Semua pihak kena bergabung untuk
membantu pihak sekolah. Sebab akhirnya kita kena lihat remaja (adalah) pelapis
masyarakat, belia (adalah) pembangun negara. Maaf cakap, Kementerian Belia
(dan Sukan) lah Kementerian yang paling junior. Pada pandangan saya,
(Kementerian) ini mungkin yang paling kurang diberi perhatian. Masa depan
negara terletak di tangan belia. Kementerian Belia (dan Sukan) tidak mendapat
bajet, usaha, martabatnya seperti Kementerian lain. Pada saya, Kementerian
Belia (dan Sukan) sepatutnya sejajar dengan Kementerian Pendidikan dari segi
seniority. Pada saya, kalau Kementerian Pendidikan tidak berkesan, semua orang
sama-sama bertanggjawab. Kalau kaki kita sakit, kepala pun tidak boleh tidur.
Saya rasa semua pihak patut ada think tank, grup pemikir yang dibentuk (untuk)
berjumpa (dan) berbincang secara kerap. Allah akan menberikan hidayah (atau)
idea yang tidak akan dapat kalau kita tidak fikirkan bersama. Semua jabatan,
sekolah, Kementerian (perlu) ada think tank yang akan dapat membantu
memberikan pandangan. Think tank ini termasuklah cendikiawan, ibu bapa, NGO
(dan) pelajar-pelajar sendiri. Pelajar-pelajar ini jangan diabaikan. Mereka juga
ada pemimpin yang boleh memberi cadangan yang kadang-kadang orang tua
seperti kita langsung tidak terfikir (dan) terlepas pandang. Include them in their
own planning.

BM : Akhirnya saya memohon pandangan Dato‟ berhubung saranan
Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan semula hukuman merotan di
kalangan pelajar yang tidak berdisiplin. Adakah hukuman merotan ini
dapat mengurangkan kes-kes gangsterisme?

DFK : Pada saya sebarang hukuman itu ada merit dan demeritnya. Ada baik dan
buruknya, termasuklah hukuman merotan. Saya seorang yang dilatih dalam
bidang psikologi dan komunikasi, jadi dari kaca mata psikologi, hukuman
merotan ini secara umumnya kesannya lebih banyak buruk dari baik. Ertinya ini
akan menyebabkan anak-anak yang kena rotan fed up, dendam, rendah diri
(dan) marah yang akan terpahat dalam minda bertahun-tahun. Ada kes-kes yang
saya temuduga, nasihat, kaunseling ada yang kes-kes yang bertahun lepas
kepala mereka masih fed up, benci dan menyampah pada guru yang berkenaan.

Bila saya tanya pelajar yang kena rotan kerana lewat beberapa minit ke
perhimpunan sekolah, mereka kata “rasanya nak bakar sekolah”. Kebanyakan
orang yang kena rotan rasa nak memberontak, marah dan dendam. Dari segi
psikologi, merotan banyak buruk dari baiknya. Dari kacamata agama pula, Ali RA
mentafsir sabda Nabi SAW di mana “Kalau ada anak yang nakal, contohnya
kalau umur dah 10 tahun - 14 tahun tidak sembahyang, boleh dirotan
tapi anak 15 tahun tak sembahyang atau nakal jangan dirotan” . Itu yang
saya pegang. Kenapa umur 15 tahun tak boleh rotan? Kerana ini umur akil
baligh. Mereka sudah ada nilai diri, maruah diri dan pendirian. Dari segi psikologi
merotan hanya sesuai untuk kanak-kanak berumur 10 hingga 14 tahun dengan
cara yang betul, tidak memalukan mereka, dengan hasrat kasih sayang, ditempat
yang tersembunyi seperti di bilik guru besar atau bilik khas dan bukan di
khalayak ramai. Ertinya budak-budak tingkatan 3 ke atas tak patut dirotan no
matter what. Mungkin ada hukuman lain yang munasabah yang lebih berkesan.
Merotan pula kalau untuk kesan yang positif mesti dilakukan dengan cara yang
bijaksana dan berhikmah, contohnya kalau saya jadi guru yang diberi
tanggungjawab merotan atau guru disiplin, mesti ada seorang guru lagi sebagai
saksi di sebelah saya. Ini wajib. Ini prinsipnya. Sebab guru (saksi) ini akan sama-
sama berzikir dan berdoa, kalau dia orang Islam dan melihat saya kalau saya
menggunakan amarah, nafsu untuk memukul. Maksud saya dia kena tahan atau
peringatkan dengan kesabaran kerana kadang-kadang kita tension, penat
mendidik anak-anak dah berbelas tahun dengan kasih sayang tapi pelajar tetap
nakal. Saksi ini sangat penting kalau ada-ada kes yang ibu bapa bawa ke
mahkamah.

Kalau saya nak kena rotan, orang Islam saya kena istghifar banyak-banyak, baca
Bismillah banyak-banyak dan merotan pula hendaklah di tempat yang tidak
memberi sebarang cacat. Ikut kajian (merotan) kaki tak boleh, kalau bolehpun di
punggung yang berlapik. Itupun saya tak rekomen, itu kata pakar tapi saya tak
setuju. Saya lebih bersetuju kalau merotan di tapak kaki. Ilmu refleksologi
mengatakan tapak kaki ini pusat untuk merawat hampir semua penyakit
termasuk penyakit psikologi. Budak nakal sebab ada psychological problem. Jadi,
kalau dirawat di tapak kakinya, mengikut pendapat refleksologi tapak kaki amat
sensitif sakit kena rotan tapi langsung tidak bahaya. Baring budak atas kerusi,
baca Bismillah, Istighfar kemudian rotan tapak kaki kuat-kuat, sakit betul tapi
(merotan cara ini) tidak bahaya. Lagipun mungkin rotan itu akan merawat
jiwanya dengan asbab sebab ini tempat kita merawat semua penyakit di tapak
kaki. </DIV<< font>

More Related Content

Viewers also liked

Fact Sheet Villas Salobre Es
Fact Sheet Villas Salobre EsFact Sheet Villas Salobre Es
Fact Sheet Villas Salobre EsThe Warm Side
 
2009 Imago International Conference in Albuquerque, NM
2009 Imago International Conference in Albuquerque, NM2009 Imago International Conference in Albuquerque, NM
2009 Imago International Conference in Albuquerque, NMKevin George
 
8 transformandonos
8 transformandonos8 transformandonos
8 transformandonosvazquezc
 
Doc digital-montgomery
Doc digital-montgomeryDoc digital-montgomery
Doc digital-montgomery
Montgomery Ouest
 
Radio Libres Utopia Comunicativa
Radio Libres Utopia ComunicativaRadio Libres Utopia Comunicativa
Radio Libres Utopia Comunicativa
Radio Bronka 104.5 FM
 
Soacloud aldofranceskinijoansanchez
Soacloud aldofranceskinijoansanchezSoacloud aldofranceskinijoansanchez
Soacloud aldofranceskinijoansanchez
joansanmega712014
 
Proyecto ingles
Proyecto inglesProyecto ingles
Proyecto inglesCYVER666
 
Spectrolytic Corporate
Spectrolytic CorporateSpectrolytic Corporate
The royal flying doctors service
The royal flying doctors serviceThe royal flying doctors service
The royal flying doctors service
Rudi2014
 
Ord 7000 actualizada
Ord 7000 actualizadaOrd 7000 actualizada
Ord 7000 actualizada
Joaquín Luis Navarro
 
O magosto. a castaña en Galiza
O magosto. a castaña en GalizaO magosto. a castaña en Galiza
O magosto. a castaña en Galiza
Agrela Elvixeo
 
95ad988a087b8879daf78c6969cb51ad82eb7be3
95ad988a087b8879daf78c6969cb51ad82eb7be395ad988a087b8879daf78c6969cb51ad82eb7be3
95ad988a087b8879daf78c6969cb51ad82eb7be3
Torres Saavedra Nelson Alberto
 
Biography: Of Artist Shefqet Avdush Emini 2016
Biography: Of Artist Shefqet Avdush Emini  2016Biography: Of Artist Shefqet Avdush Emini  2016
Biography: Of Artist Shefqet Avdush Emini 2016
Shefqet Avdush Emini
 
CURSO DE ADMINISTRACION BASICA DR. RICARDO RAMOS MTZ
CURSO DE ADMINISTRACION BASICA DR. RICARDO RAMOS MTZCURSO DE ADMINISTRACION BASICA DR. RICARDO RAMOS MTZ
CURSO DE ADMINISTRACION BASICA DR. RICARDO RAMOS MTZ
Dr. Ricardo Ramos Martìnez
 
Post Grado a Disatancia: Trastornos Fonológicos UFASTA
Post Grado a Disatancia: Trastornos Fonológicos UFASTAPost Grado a Disatancia: Trastornos Fonológicos UFASTA
Post Grado a Disatancia: Trastornos Fonológicos UFASTA
Ana Aizpun
 
Trabajo final diseño_de_proyectos
Trabajo final diseño_de_proyectosTrabajo final diseño_de_proyectos
Trabajo final diseño_de_proyectos
ramonlatorre
 
Cube cart
Cube cartCube cart
Cube cartdani792
 
Introduccion Visual a Drupal 7
Introduccion Visual a Drupal 7Introduccion Visual a Drupal 7
Introduccion Visual a Drupal 7
E Manuel Cerrón Angeles
 

Viewers also liked (20)

Fact Sheet Villas Salobre Es
Fact Sheet Villas Salobre EsFact Sheet Villas Salobre Es
Fact Sheet Villas Salobre Es
 
2009 Imago International Conference in Albuquerque, NM
2009 Imago International Conference in Albuquerque, NM2009 Imago International Conference in Albuquerque, NM
2009 Imago International Conference in Albuquerque, NM
 
1. sesion
1.  sesion1.  sesion
1. sesion
 
8 transformandonos
8 transformandonos8 transformandonos
8 transformandonos
 
Doc digital-montgomery
Doc digital-montgomeryDoc digital-montgomery
Doc digital-montgomery
 
Radio Libres Utopia Comunicativa
Radio Libres Utopia ComunicativaRadio Libres Utopia Comunicativa
Radio Libres Utopia Comunicativa
 
Soacloud aldofranceskinijoansanchez
Soacloud aldofranceskinijoansanchezSoacloud aldofranceskinijoansanchez
Soacloud aldofranceskinijoansanchez
 
Proyecto ingles
Proyecto inglesProyecto ingles
Proyecto ingles
 
DheepthiResume
DheepthiResumeDheepthiResume
DheepthiResume
 
Spectrolytic Corporate
Spectrolytic CorporateSpectrolytic Corporate
Spectrolytic Corporate
 
The royal flying doctors service
The royal flying doctors serviceThe royal flying doctors service
The royal flying doctors service
 
Ord 7000 actualizada
Ord 7000 actualizadaOrd 7000 actualizada
Ord 7000 actualizada
 
O magosto. a castaña en Galiza
O magosto. a castaña en GalizaO magosto. a castaña en Galiza
O magosto. a castaña en Galiza
 
95ad988a087b8879daf78c6969cb51ad82eb7be3
95ad988a087b8879daf78c6969cb51ad82eb7be395ad988a087b8879daf78c6969cb51ad82eb7be3
95ad988a087b8879daf78c6969cb51ad82eb7be3
 
Biography: Of Artist Shefqet Avdush Emini 2016
Biography: Of Artist Shefqet Avdush Emini  2016Biography: Of Artist Shefqet Avdush Emini  2016
Biography: Of Artist Shefqet Avdush Emini 2016
 
CURSO DE ADMINISTRACION BASICA DR. RICARDO RAMOS MTZ
CURSO DE ADMINISTRACION BASICA DR. RICARDO RAMOS MTZCURSO DE ADMINISTRACION BASICA DR. RICARDO RAMOS MTZ
CURSO DE ADMINISTRACION BASICA DR. RICARDO RAMOS MTZ
 
Post Grado a Disatancia: Trastornos Fonológicos UFASTA
Post Grado a Disatancia: Trastornos Fonológicos UFASTAPost Grado a Disatancia: Trastornos Fonológicos UFASTA
Post Grado a Disatancia: Trastornos Fonológicos UFASTA
 
Trabajo final diseño_de_proyectos
Trabajo final diseño_de_proyectosTrabajo final diseño_de_proyectos
Trabajo final diseño_de_proyectos
 
Cube cart
Cube cartCube cart
Cube cart
 
Introduccion Visual a Drupal 7
Introduccion Visual a Drupal 7Introduccion Visual a Drupal 7
Introduccion Visual a Drupal 7
 

Similar to Kes

Isu kesantunan
Isu kesantunan Isu kesantunan
Isu kesantunan Fiona Yong
 
Perenggan Dengan Penanda Wacana
Perenggan Dengan Penanda WacanaPerenggan Dengan Penanda Wacana
Perenggan Dengan Penanda Wacana
HKSS
 
Peranan keluarga dalam menangani gejala (pidato)
Peranan keluarga dalam menangani gejala (pidato)Peranan keluarga dalam menangani gejala (pidato)
Peranan keluarga dalam menangani gejala (pidato)Marzura Abu Bakar
 
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxdokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
ngek ngok
 
Apa pula itu cabe cabean dan terong-terongan
Apa pula itu cabe cabean dan terong-teronganApa pula itu cabe cabean dan terong-terongan
Apa pula itu cabe cabean dan terong-teronganRizky Faisal
 
Isi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayiIsi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayiHafiziGhazali
 
masalah sex bebas
masalah sex bebasmasalah sex bebas
masalah sex bebas
yahyafly3
 
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Ahmad Fahmi
 
Mengapa Lebih Baik Jadi PB Ketimbang Kuliah
Mengapa Lebih Baik Jadi PB Ketimbang KuliahMengapa Lebih Baik Jadi PB Ketimbang Kuliah
Mengapa Lebih Baik Jadi PB Ketimbang Kuliah
https://wartawatikeuangan.blogspot.com/
 
Makalah Kenakalan Remaja BK/BP
Makalah Kenakalan Remaja BK/BPMakalah Kenakalan Remaja BK/BP
Makalah Kenakalan Remaja BK/BP
Ariefiandra Ariefiandra
 
KEJAHATAN SEKSUAL MENGINTAI ANAK by Anthony Dio Martin
KEJAHATAN SEKSUAL MENGINTAI ANAK by Anthony Dio MartinKEJAHATAN SEKSUAL MENGINTAI ANAK by Anthony Dio Martin
KEJAHATAN SEKSUAL MENGINTAI ANAK by Anthony Dio Martin
admartin
 
Kejahatan seksual mengintai anak by anthony dio martin
Kejahatan seksual mengintai anak by anthony dio martinKejahatan seksual mengintai anak by anthony dio martin
Kejahatan seksual mengintai anak by anthony dio martinAnthony Dio Martin
 
KENAKALAN REMAJA-Kelompok 3 Kelas XI IPS 3.docx
KENAKALAN REMAJA-Kelompok 3 Kelas XI IPS 3.docxKENAKALAN REMAJA-Kelompok 3 Kelas XI IPS 3.docx
KENAKALAN REMAJA-Kelompok 3 Kelas XI IPS 3.docx
Dinas Pendidikan dan Kebudayaan Provinsi Jawa Tengah
 
kenakalan remaja
kenakalan remajakenakalan remaja
kenakalan remajasovia24
 
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
PuputPamela
 
Patta palinggi danun (kenakalan remaja) ipa 2
Patta palinggi danun (kenakalan remaja) ipa 2Patta palinggi danun (kenakalan remaja) ipa 2
Patta palinggi danun (kenakalan remaja) ipa 2
Patta Danun
 

Similar to Kes (20)

Artikel dakwah
Artikel dakwahArtikel dakwah
Artikel dakwah
 
Isu kesantunan
Isu kesantunan Isu kesantunan
Isu kesantunan
 
Perenggan Dengan Penanda Wacana
Perenggan Dengan Penanda WacanaPerenggan Dengan Penanda Wacana
Perenggan Dengan Penanda Wacana
 
Peranan keluarga dalam menangani gejala (pidato)
Peranan keluarga dalam menangani gejala (pidato)Peranan keluarga dalam menangani gejala (pidato)
Peranan keluarga dalam menangani gejala (pidato)
 
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxdokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
 
Apa pula itu cabe cabean dan terong-terongan
Apa pula itu cabe cabean dan terong-teronganApa pula itu cabe cabean dan terong-terongan
Apa pula itu cabe cabean dan terong-terongan
 
Bully
BullyBully
Bully
 
Isi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayiIsi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayi
 
masalah sex bebas
masalah sex bebasmasalah sex bebas
masalah sex bebas
 
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
 
Mengapa Lebih Baik Jadi PB Ketimbang Kuliah
Mengapa Lebih Baik Jadi PB Ketimbang KuliahMengapa Lebih Baik Jadi PB Ketimbang Kuliah
Mengapa Lebih Baik Jadi PB Ketimbang Kuliah
 
Makalah Kenakalan Remaja BK/BP
Makalah Kenakalan Remaja BK/BPMakalah Kenakalan Remaja BK/BP
Makalah Kenakalan Remaja BK/BP
 
KEJAHATAN SEKSUAL MENGINTAI ANAK by Anthony Dio Martin
KEJAHATAN SEKSUAL MENGINTAI ANAK by Anthony Dio MartinKEJAHATAN SEKSUAL MENGINTAI ANAK by Anthony Dio Martin
KEJAHATAN SEKSUAL MENGINTAI ANAK by Anthony Dio Martin
 
Kejahatan seksual mengintai anak by anthony dio martin
Kejahatan seksual mengintai anak by anthony dio martinKejahatan seksual mengintai anak by anthony dio martin
Kejahatan seksual mengintai anak by anthony dio martin
 
KENAKALAN REMAJA-Kelompok 3 Kelas XI IPS 3.docx
KENAKALAN REMAJA-Kelompok 3 Kelas XI IPS 3.docxKENAKALAN REMAJA-Kelompok 3 Kelas XI IPS 3.docx
KENAKALAN REMAJA-Kelompok 3 Kelas XI IPS 3.docx
 
kenakalan remaja
kenakalan remajakenakalan remaja
kenakalan remaja
 
tittle
tittletittle
tittle
 
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
 
Isu 2penculikanknk2
Isu 2penculikanknk2Isu 2penculikanknk2
Isu 2penculikanknk2
 
Patta palinggi danun (kenakalan remaja) ipa 2
Patta palinggi danun (kenakalan remaja) ipa 2Patta palinggi danun (kenakalan remaja) ipa 2
Patta palinggi danun (kenakalan remaja) ipa 2
 

Kes

  • 1. Kes-kes gangsterisme di kalangan pelajar kita amat mendukacitakan. Mengapakah ini berlaku? Pakar motivasi terkenal, Y.Bhg. Dato‟ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah mempunyai pandangan beliau tersendiri mengenai gejala ini. (Temubual ini juga boleh diikuti di web tv). BM : Mengikut statistik Kementerian Pendidikan, seramai 76,300 orang pelajar di Malaysia menghadapi masalah disiplin dan ini termasuklah mereka yang terlibat dalam budaya gangsterisme. Bolehkah Dato‟ terangkan apakah sebenarnya gangsterisme? DFK : Mengikut istilah, gangsterisme atau gangsterism adalah tindakan-tindakan jenayah (atau) salah laku yang menyalahi undang-undang. Ia melibatkan orang lain, menyusahkan (dan) menganiayai orang lain. Kalau menganiayai barang- barang, ia dipanggil vandelisme. (Gangsterisme pula) memang tindakan jenayah yang menyusahkan orang atau menganiayai orang. Itu yang saya faham dan saya lihat sebagai pentafsiran yang agak tepat untuk gangsterisme. Jangan menuding jari kerana gangsterisme di sekolah mencerminkan kebobrokan masyarakat. BM : Bolehkah Dato‟ menerangkan dengan serba ringkas apakah yang punca-punca utama yang mendorong pelajar-pelajar kita terlibat dalam gangsterisme? DFK : Kalau kita nak cari punca kepada gangsterisme memang (ada) berbagai- bagai (punca) sebab semua pihak terlibat. Pada saya, untuk adil pada semua kita kena melihat ini sebagai satu perkara yang berkait rapat dengan berbagai-bagai fakor. Pertamanya saya lihat gangsterisme ini mencerminkan situasi atau senario masyarakat. (Jika) masyarakat itu teruk, maka teruklah gangsterisme di sekolah- sekolah sebab suasana sekolah mencerminkan suasana masyarakat. Saya lihat senario dalam masyarakat pun, kegiatan gangsterisme atau jenayah berleluasa (dalam) berbagai-bagai peringkat dan berbagai-bagai tahap. Ertinya memang banyak kegiatan gangsterisme atau jenayah dalam masyarakat. Bunuh- membunuh, rogol-merogol, rompak-merompak, culik-menculik memang berlaku di Malaysia. (Ia) semakin meningkat setiap hari. Dan masalah ini diberatkan lagi dan diterukkan lagi dengan menyiarkan berita-berita tentang jenayah ini di muka depan berita-berita perdana. Ini satu situasi yang serba salah sebab berita tentang jenayah atau kegiatan gangsterisme dalam masyarakat menjadi satu pokok berita sensasi. It is news. Saya dulu belajar journalism. Perkara yang buruk itu sebenarnya berita, perkara yang baik itu bukan berita. Saya diajar oleh guru saya dulu, apabila anjing gigit orang, itu biasa (dan) bukan berita tapi kalau
  • 2. orang gigit anjing, itu berita. Itu yang (menyebabkan) saya kadang-kadang sedih. Itulah sebabnya saya sendiri akan mengelakkan membaca berita, surat khabar atau menonton berita pagi-pagi untuk tidak mempengaruhi pemikiran saya secara negatif. Kalau saya baca surat khabar, muka surat depannya berita bunuh, rompak, gempa bumi, mati, rogol dan kebakaran. Mungkin 60-70 peratus berita buruk akan dipaparkan di muka surat depan atau muka surat kedua dan sebagainya. Satu tujuan berita di akhbar perdana ini untuk mengingatkan masyarakat untuk berwaspada (dan) sebagai sempadan agar jangan terlibat dengan perkara- perkara seperti ini. Tetapi untuk orang muda, remaja (dan) pelajar sekolah, bila (mereka) menonton, membaca atau melihat perkara-perkara seperti ini sebagai satu rutin tiap-tiap hari. Jadi mereka sudah lali dengan masalah gangsterisme. Lali dalam erti kata „biasalah!‟. Dah biasa. Kalau setiap hari ada bunuh- membunuh, tikam-menikam, gaduh-bergaduh, potong-memotong, tetak- menetak, cincang-mencincang, jadi kalau bertumbuk, (mereka akan kata) „biasalah!‟, sebab dah biasa dan bukan benda yang luar biasa. Yang saya takuti salah satu punca gangsterisme di sekolah ialah memang banyak gangsterisme berlaku dalam masyarakat dan diwar-warkan atau diberitakan di akhbar-akhbar dan di saluran-saluran perdana, maka masyarakat terdedah. Lama-lama (mereka) akan jadi mangli, lali, biasa, rutin dan menormalkan gangsterisme dalam masyarakat oleh berita. Itu satu punca gangsterisme yang penting. Sebab lain yang saya lihat ialah gangsterisme di sekolah ini sebenarnya bermula di luar sekolah. Saya yakin semua orang setuju (termasuk) polis, guru-guru (dan) pengetua bahawa gangsterisme tidak berlaku dalam sekolah secara mendadak. Ia sebenarnya rentetan kepada gangsterisme di luar sekolah dengan (wujudnya) geng-geng, budak nakal di luar dan sebagainya. (Mereka) melepaskan geram (dan) tension di luar sekolah (hingga) terbawa-bawa ke dalam sekolah. Saya lebih cenderung untuk membuat satu rumusan bahawa gangsterisme banyak di luar sekolah tapi kadang-kadang terbawa-bawa ke dalam sekolah kerana situasi-situasi tertentu. Jadi dalam konteks ini, punca gangsterisme di luar sekolah ada banyak (antaranya) ibu bapa yang longgar dari segi proses keibubapaannya, NGO yang tidak menjalankan peranan dengan berkesan, pihak polis yang mungkin kurang memberi perhatian kepada kumpulan ini sebab ini di luar bidang tugas mereka. Polis tidak boleh menangkap budak-budak sekolah yang ponteng contohnya atau yang terlibat di pusat snuker waktu sekolah (kerana) mereka tidak ada hak untuk menangkap. (Polis) tidak ada jurisdiction, cuma sekadar menakutkan, menggertak dan memberi nasihat (sahaja). Polis (ini) orang segan (dan) takut. Jadi, budak-budak akan lari. Mereka (polis) tidak boleh buat apa-apa. Budak- budak pun tahu polis tidak boleh tangkap mereka dan lokapkan mereka. Yang ketiga ialah di mana rumahtangga yang semakin lama semakin mencabar. Kalau kita lihat gangsterisme banyak berlaku di sekolah-sekolah di bandar- bandar (dan) kurang sikit di luar bandar. Kenapa? Mungkin ibu bapa yang terlampau sibuk, ibu dan bapa bekerja. Kadang-kadang ibu bapa yang kurang endah, bukan tidak kisah (tetapi) mungkin kurang endah secara luaran tentang hal anak-anak, kurang berinteraksi, berbual, pesan-memesan, nasihat- menasihati (dan) kurang membelai anak-anak secara langsung. Mengikut kajian yang saya buat, ramai ibu bapa di bandar tidak sampai 10 minit balik dari kerja akan terus buka tv. Kalau tengok tv, bila masa mahu berinteraksi dengan anak? Sepatutnya bila balik dari kerja, (mereka) pergi ke bilik anak, berbual dengan anak selama lima minit dan tengok tv selepas setengah jam balik (dari kerja).
  • 3. Kalau ini budaya di bandar, maka bila masa (ibu bapa) berinteraksi dengan anak? (Akibatnya) anak-anak akan rasa terbiar, maklumlah budak-budak. Satu lagi perkara yang saya buat kajian sambil bertanya dan kes-kes yang saya kaunsel, saya jumpa ribuan atau ratus ribu ibu bapa, atau mungkin (mencecah angka) juta, saya dapati bahawa anak-anak ini bila rasa terbiar, mereka akan mencari perhatian dan kasih sayang daripada kawan-kawan kerana ibu bapa tidak mempamerkan kasih sayang. (Keadaan) ini mungkin lebih serius di bandar- bandar. Ibu bapa yang sibuk, pergi (kerja) awal untuk mengelakkan kesesakan (dan) balik lewat kerana tugasan atau kerja tambahan. Kadang-kadang asasnya untuk membahagiakan rumahtangga dan anak-anak jadi mereka tidak ada masa untuk berinteraksi dan mempamerkan kasih sayang maka anak-anak terbiar. Anak-anak inilah yang mungkin (tidak semestinya) akan terlibat atau terjebak dalam kes-kes gangsterisme. Kadang-kadang undang-undang rumahtangga yang terlampau longgar. (Ibu bapa) terpaksa mengimbangi ketidak mampuan mereka mempamerkan kasih sayang dengan memberi sedikit kelonggaran (dan) kemewahan. All these things may lead towards gangsterism. Ada juga kadang-kadang ibu bapa yang terlampau ketat (atau) strict. Inipun anak-anak rasa tertekan. Bila tertekan, (mereka) akan lepaskan di luar dengan berbagai-bagai cara, termasuk mungkin (melakukan) kegiatan-kegiatan tidak sihat yang akhirnya membawa kepada gangsterisme. Kadang-kadang budak-budak kalau dah biasa mewah, mungkin ibu bapa tak mampu memberi (kemewahan) sepenuhnya. Budak-budak sekarang sudah pakai handphone. Untuk dapatkan (meminta handphone) daripada ibu bapa, ia melampaui batas. Jadi mereka mungkin terlibat dengan benda-benda yang tidak sihat. Akhirnya terjebak dengan kes-kes gangsterisme. Saya nampak juga dalam rumahtangga (di mana) amalan kerohanian yang agak longgar. Ini perlu diperiksa dengan korolasi yang lebih serius. Adakah benar mereka yang terlibat dalam gangsterisme ini longgar dari segi amalan kerohanian? Pada saya, (perkara) itu ada benarnya sebab solat itu mencegah dari fahsyad dan mungkar. Jadi kalau solat tidak dilaksanakan dengan sempurna maka kurang kecenderungan untuk terjebak dalam kes-kes gangsterisme. Yakinlah, kalau ibu bapa yang ada anak akil baligh atau tingkatan lima, setiap malam dia doakan kepada anak-anaknya, dibacakan Fatihah, ayat Qursi, Al- Insyirah serta doa-doa yang ulama ajar untuk menenangkan jiwa anak (dan) memantapkan wibawa dan sakhsiah anak untuk menjadikan mereka orang yang berfikir dan bijaksana. Ini semua doa-doa kalau dihembuskan ke kepala anak- anak setiap malam contohnya, saya yakin tak (banyak) kes-kes gangsterisme. Punca keempat yang saya lihat ialah budaya dan suasana sekolah yang tidak begitu kondusif. Banyak sekolah yang saya ziarah masa saya memberi kursus kepada pelajar-pelajar mungkin paling kurang 100 sekolah setahun. Jadi (saya) adalah sedikit pengalaman. Rata-rata sekolah mempamerkan “Sekolah Penyayang”. Bagus, slogannya cantik. Tetapi adakah pengetuanya mempamerkan kasih sayang dalam ucapan atau taklimat mingguan dalam perhimpunan? Adakah setiap guru mempamerkan kasih sayang kepada anak muridnya? Adakah hukuman yang diberikan kepada pelajar mempamerkan sayang? Merotanpun kerana sayang? Ini persoalannya. Mengikut kengalaman saya berinteraksi dengan pelajar-pelajar dan guru, saya rasa budaya sayang-menyayang ini tidak berapa wujud dalam kebanyakan sekolah-sekolah. Kalau adapun tidak semua guru-guru mempamerkan sayang. Sebab saya yakin guru-guru mempamerkan sayang, budaya sayang menyayang ini begitu tebal, saya ingat pelajar tidak tertekan
  • 4. akhirnya memberontak atau terterjebak ke dalam perkara-pekara yang boleh membawa kepada gejala-gejala gangsterisme atau amalan-amalan yang tidak sihat. Satu lagi ialah budaya kumpulan. To be in a group Semua orang nak berkawan. Nabi SAW bersabda „Kamu adalah siapa kawan-kawan kamu‟. Kalau kebetulan saya sebagai pelajar tingkatan empat atau lima, berkawan dengan budak-budak nakal, mungkin ada kecenderungan saya akan jadi nakal. Tidak semestinya (jadi nakal), cuma ada kecenderungan (sahaja). Sometimes to be in a group, (kita) kena berkorban. Kadang-kadang berkorban ini melibatkan perkara-perkara yang mungkin berbentuk jenayah atau gangsterisme. Satu lagi faktor menyebabkan gangsterisme ialah renggangnya atau tidak akrabnya hubungan antara ibu bapa dan sekolah. PIBG mungkin tidak berfungsi dengan cemerlang. Mereka berfungsi dengan baik tetapi tidak cukup cemerlang. Mengikut kajian di Malaysia, kalau hubungan ibu bapa dengan sekolah dan guru- guru rapat, dua perkara berlaku (iaitu) prestasi akademik meningkat (dan) masalah disiplin akan menurun, ertinya jenayah dan budak-budak nakal berkurangan. Rapat ertinya selalu bertemu, banyak projek-projek bersama, ibu bapa meminta nasihat guru-guru, guru-guru (pula) memanggil ibu bapa untuk menyampaikan berita baik atau buruk, buletin-buletin sekolah digunakan memberi maklumat atau maklum balas kepada ibu bapa, (sama ada secara) bulanan atau dwi-bulanan. Benda ini sebenarnya amat penting. Kajian telah mempamerkan bahawa semakin rapat ibu bapa dengan guru, semakin kurang masalah disiplin. Tetapi ibu bapa di bandar amat sibuk (dan) tiada masa terpaksa hantar anak-anak ke sekolah (dan) tuisyen untuk mengimbangi ketiadaan masa ibu bapa dengan anak-anak. Satu lagi ialah program kemasyarakatan yang belum begitu berjaya. Program kemasyarakatan pendidikan dijalankan di Malaysia saya tidak tahu sudah berapa lama, mungkin sudah 10 tahun, maknanya menjadikan pendidikan itu sebagai tanggungjawab semua orang. Ertinya NGO, pihak polis, agensi kerajaan perlu bersama-sama sekolah untuk mendidik anak-anak. Ini adalah satu pendekatan yang amat baik tetapi dari segi penguatkuasaannya mungkin belum berjalan dengan sempurna. Kalau pihak polis (atau) NGO (contohnya) PEMADAM, PIBG (dan pusat ibadat contohnya) masjid, kuil (atau) gereja rapat dengan sekolah saya ingat kurang masalah gangsterisme di sekolah-sekolah. Program kemasyarakatan ini perlu digembleng dan dipertingkatkan. Yang paling akhir yang saya lihat ialah program atau usaha kaunselor atau kaunseling di sekolah belum memadai (dan) belum berkesan. Mungkin di kebanyakan sekolah menengah cuma ada seorang kaunselor (dan) sudah ada cadangan untuk mengadakan tiga orang kaunselor di sekolah-sekolah. Sepatutnya bukan sahaja kaunselor-kaunselor yang memberi nasihat kepada pelajar-pelajar yang bermasalah tetapi juga guru-guru lain. Kita patut bertindak secara proaktif, ertinya we nip the problem at the butt. Kita cantas masalah sebelum ianya berputik dengan „meriahnya‟. Inilah punca-punca yang saya lihat yang mungkin menyumbang kepada masalah gangsterisme di sekolah. BM : Penyingkiran 20 pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dan enam orang pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) membuktikan bahawa bukan sahaja pelajar-pelajar sekolah biasa tetapi juga dari Sekolah Berasrama Penuh turut terlibat dalam gangsterisme. Apa komen Dato‟ dalam hal ini?
  • 5. DFK : Itu satu perkara yang amat menyedihkan. Gangsterisme berlaku di sekolah elit, Sekolah Berasrama Penuh di mana pelajar-pelajarnya bijak, pandai (dan) terpilih. Kita lihat banyak faktor yang berkaitan. Satu (faktor) yang saya lihat, saya ulang, ialah budaya sekolah yang kurang penyayang, kurang endah (dan) agak menekan. Warden (asrama perlu memberikan) penuh kasih sayang, rapat (dan) mendidik anak murid macam mendidik anaknya sendiri. Warden ini perlu ramai. Kalau sekolah berasrama penuh, katakanlah (contohnya) ada 600 atau 700 orang pelajar, warden cuma enam orang atau tidak cukup. Katalah (contohnya) setiap pelajar ada bapa angkat di sekolah, (iaitu) 20 pelajar (menjadi anak angkat kepada) seorang guru, maka guru-guru ini akan dapat menyelia, follow through, merapati anak-anak ini (dan) dapat mempamerkan kasih sayang. Bayangkanlah anak-anak umur 13-17 (tahun), membesar dalam suasana diwardenkan, tanpa ibu bapa. Ibu bapa paling kerap (pun), sebulan sekali (datang melawat). Itu (bagi ibu bapa) yang dekat. Kalau yang jauh, (contohnya anak) belajar di Kuala Lumpur, ibu bapa di Kelantan, Johor, Sabah (atau Sarawak). Inilah yang kadang-kadang saya nampak budaya sekolah yang kurang penyayang menjadi punca asrama penuh menjadi „sarang‟ gangsterisme. „Sarang‟ mungkin ketat sangat, mungkin kita (boleh panggil sebagai) tempat bercambahnya gangsterisme yang agak kerap berlaku. Itu sebab yang pertama. Yang keduanya, bila saya memberi ceramah motivasi di sekolah berasrama penuh, soalan yang akan saya terima ialah “Cikgu, jadual kami ketat sangat. Kami belajar dari pagi sehingga tengahari. Lepas itu berhenti makan tengahari (dan) sambung balik prep pukul 2.30 (petang) sampai 4.30. Kami boleh main sekejap sebelah petang. 7.00 malam-9 malam, (ada) di surau. Selepas itu prep sampai pukul 11.00. Kami tak ada masa, tertekan, tak tahu macamana nak study sebab (contoh) subjek ada 10, kalau SPM. Masa kami terhad untuk prep (dan) study”. Pada saya, (ini) satu perkara yang semua pihak perlu berfikir. Bagaimana nak mengatasi masalah penjadualan yang amat ketat di sekolah berasrama penuh. Budak-budak di sekolah biasa, walaupun mungkin jadualnya sama ketat atau kurang sikit ketatnya, tapi mereka ada sokongan moral dan kasih sayang ibu bapa dan ahli keluarga di sekeliling mereka. Ini amat besar kesannya. Dalam konteks yang sama, saya menyeru kepada semua mereka yang bertanggungjawab dalam pendidikan, tolong izinkan mereka yang boleh (dan) munasabah untuk balik ke rumah tiap-tiap minggu. Ini akan memulihkan emosi (dan) memantapkan EQ. EQ sebenarnya adalah emotional intelligence (dan) inilah yang menyebabkan budak-budak tertekan (dan) akhirnya terjebak dengan kegiatan gangsterisme. Itu (gangsterisme) sebenarnya mencerminkan tekanan. Ingatlah, budak-budak ini sebenarnya pandai tapi tertekan. Mereka juga pandai buat nakal. Be careful. Untuk menjinakkannya pun, perlu menggunakan pemikiran yang tegas. Pengalaman saya melihat manusia, ada budak-budak yang nakal semasa sekolah berasrama penuh, kena gantung sekolah, detention (atau) hukuman yang berat, tapi bila dewasa, mereka jadi orang yang bijaksana malahan ada yang jadi menteri. Maksudnya, budak ini pandai (dan) kreatif. Kreativiti yang tidak terbendung akan menyebabkan mereka terjebak dalam aktiviti yang salah (dan) jenayah. Benarlah sabda Nabi SAW „Anak-anak yang nakal waktu kecil (pandai) akan membesar jadi orang dewasa yang bijaksana‟. Itu satu hakikat. Kalaulah mereka diberikan kasih sayang (dan) peluang untuk balik ke rumah, of course ibu bapa yang berkemampuan tolong menziarah anak di sekolah berasrama penuh setiap minggu, berbual, bawa makanan (dan) sentuh kepala anak. Sayapun ada anak yang tinggal di asrama dan saya datang (melawat) tiap-tiap minggu. Saya (pernah) nampak ada anak yang baring di riba ibunya. Saya cukup terkesan. Inilah senario yang patutnya berlaku (bila) ibu bapa memapamerkan kasih sayang untuk merawat tekanan emosi anak yang terkongkong dalam asrama yang jadual (dan) undang- undangnya ketat. (Mereka) dikejutkan (dari tidur), disuruh makan (dan) mandi
  • 6. dengan loceng. All with the bell. Di rumah tidak ada begitu. Cuma (ada) teguran (dan) nasihat ibu bapa. Ini pada saya suasana yang less humanistic (dan) menjadikan mereka lebih tertekan. Ini perkara yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Saya nampak di asrama ketika saya mengkaunsel kes-kes yang berat (di mana) budak-budak yang nakal dikumpulkan dalam satu kumpulan untuk dimotivasikan. Ini cabaran yang saya terima dengan hati terbuka sebab mungkin asbab (dengan) kita memberikan motivasi, rangsangan (dan) nasihat mungkin (akan) terbuka hati anak-anak ini untuk menjadi orang-orang berguna (dan) hebat. Dalam sekolah patut diwujudkan budaya ukhuwwah yang lebih berkesan. Saya pernah berbual dengan Pengetua Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan. Ketika itu, ada budaya (di mana) setiap pelajar akan masuk satu kumpulan (yang terdiri dari) 10 orang pelajar. Ia seperti study group (atau) satu halaqah. Mereka macam adik beradik, tolong menolong, semua masalah diselesaikan dalam kumpulan. Kalau tak dapat diselesaikan baru (mereka) minta bantuan guru-guru. Saya dapati prestasi mereka mendadak meningkat (dan) keduanya masalah disiplin amat berkurangan. Di sekolah- sekolah yang berorientasikan agama, dibuat solat hajat setiap minggu untuk (memohon menjadi) pintar (dan) membentuk sakhsiah yang mulia. Ini yang kita kena warisi, war-warkan (dan) jadikan satu budaya. Jadi, semua sekolah berasrama penuh, setiap malam Jumaat (perlu) baca Yasin, solat hajat (dan) air Yasin untuk diminum untuk merawat sakhsiah jadi budak yang soleh dan solehah. Saya rasa sekolah-sekolah juga patut cari jalan untuk merapatkan hubungan dengan ibu bapa. Ibu bapa patut diberi ruang dan peluang untuk banyak memberi pandangan (dan) interaksi dengan pelajar-pelajar. Saya lihat setakat ini biasanya pelajar-pelajar dibenarkan pulang sebulan sekali, jadi kalau boleh (mereka) dibenarkan pulang lebih kerap ini akan mengelakkan masalah gangsterisme, lesbianisme, dan homoseksualisme yang saya lihat ada kaitan dengan kekerapan berinteraksi (dan) berjumpa dengan keluarga. BM : Apa pandangan Dato‟ mengenai dakwaan bahawa gangsterisme sebenarnya berasal daripada budaya ragging? DFK : Itu mungkin satu penyumbang kecil. Pada saya ragging itu bukan punca gangsterisme yang penting. Ragging secara dulu-dulu memang tidak dibenarkan. (Sekarang) mungkin (yang dibenarkan) ialah orientasi. Kadang-kadang budak- budak ini terlalu kreatif dan tidak terbendung (akan) menggunakan majlis orientasi dengan meragging secara tidak rasmi. (Contoh meragging ialah) bangun pukul 2-3 pagi, disuruh telanjang bulat, disuruh mandi dan duduk di bawah kipas selama sejam, disuruh berkokok. Budak yang kena ragging akan berdendam, (dan) ada geng-geng di luar (akan) disuruh membantai (memukul) budak-budak senior yang meraggingnya. Atau dia sendiri bila sampai (naik) tingkatan lima akan meragging budak-budak junior dengan berlebih-lebihan untuk melepaskan geramnya yang dulu. Maka (ini) menjadikan satu kitaran negatif vicious cycle. Ada sekolah berasrama penuh (yang berlaku kejadian ragging ini) mungkin pihak sekolah marah pada saya tapi saya tahu secara langsung sebab saya memang berbual dengan pelajar, guru kaunseling (dan) pengetua. Kadang-kadang pergeseran atau konflik antara tingkatan. (Contohnya) tingkatan empat dan tingkatan lima mesti bergaduh sebagai satu budaya, tradisi. Bekas sekolah saya dulupun ada, ada masanya tingkatan empat dan tingkatan lima mesti bergaduh. Kalau main ragbi (atau) bola antara tingkatan, (mereka) mesti bergaduh. Pada saya budaya ini perlu dibendung (dan) dimansuhkan serta-merta. (Kita perlu) cari jalan untuk menghancurkan tradisi yang tidak sihat ini. BM : Kes-kes seperti ugut, merokok, memukul pelajar-pelajar lain
  • 7. kebanyakannya dilakukan oleh pelajar tingkatan empat dan pelajar tingkatan lima. Apa komen Dato‟? DFK : Bila saya berbincang (dan) berbual dengan pengetua (dan) guru-guru kaunseling, pelajar yang paling „nakal‟ ialah pelajar tingkatan dua. Pelajar tingakatan dua ini baru kenal dunia. Semasa tingkatan satu, dia baik, hisap rokok tidak tahu (kerana dia) paling junior. Bila naik tingkatan dua ertinya dia sudah dapat kebebasan, dia bukan paling junior dan dia tidak menghadapi peperiksaan besar, PMR atau SPM. Ramai guru mengadu pada saya, (pelajar) tingkatan dua paling ramai budak nakal, tetapi belum sampai ke tahap gangsterisme. Sudah ada pukul-memukul semasa tingkatan dua. Very rampant. Anak saya tingkatan duapun ada mengadu. Sampai tingkatan tiga, mereka kekang kenakalan sebab nak mengambil peperiksaan yang penting. Kata guru-guru, mereka jadi baik sedikit. Bila sampai tingkatan empat, (mereka) dah bebas balik (sebab) tidak ada peperiksaan besar. Lagipun (mereka) sudah akil baligh. Sometimes they call it the honeymoon year (sebab) tidak ada peperiksaan yang besar. Kadang-kadang yang cerdik (atau) yang nakal, mereka keluarkan (kenakalan mereka) di tingkatan empat. Bila (naik) tingkatan lima pula, ada yang terus nakal, tapi ramai yang nakal ini tone down, kurang sedikit sebab dia akan menghadapi peperiksaan yang penting, SPM. Tapi kekangan itu (kadang kala) menjadi satu tekanan, maklumlah dia ada unsur-unsur nakal, nak bebas dan dia pula yang paling senior di sekolah, kalau (sekolah tersebut) tidak ada tingkatan enam, dia mula nak menekan tingkatan bawah kerana sudah ada tradisi (atau) lagendanya. Kadang- kadang tingkatan lima (adalah) masa terakhir untuk menunjukkan autoriti, kuasa dan ke‟macho‟annya. Memanglah tidak dapat disangkalkan bahawa masalah yang berkaitan dengan gangsterisme mungkin melibatkan pelajar tingkatan empat dan lima sebab mereka sudah agak besar dan dewasa, kononnya. Pada saya, semasa tingkatan dualah mereka perlu dikekang, dimotivasikan, dinasihat, dikaunsel, didoakan, kena dibentuk budaya-budaya cemerlang sebelum mereka naik tingkatan tiga dan tingkatan empat. Tetapi masalahnya banyak sekolah berasrama penuh mengambil pelajar tingkatan empat, MRSM misalnya. Semasa tingkatan empat, mereka telah membawa budaya-budaya, kebaikannya budaya baik tetapi ada budaya tidak sihat (seperti) budaya merokok, bergeng- geng, pukul-memukul dari sekolah biasa dan dibawa ke sekolah berasrama. Oleh kerana sekolah ini hanya ada tingkatan empat dan tingkatan lima sahaja, maka mereka tidak cukup masa untuk mengenali antara satu sama lain. Itu sebabnya kadang-kadang ada krisis atau konflik antara tingkatan empat dan tingkatan lima. Jika mereka bersama sejak tingkatan satu, biasanya mereka akan lebih rapat, sayang (dan) hormat-menghormati. Tak kenal maka tak cinta. Bila mereka dah kenal, akan kurang tendency untuk bertengkar, bergaduh atau buli-membuli. Jadi ini semua (masalah) kena difahami oleh pihak sekolah. Mereka faham, cuma nak ditengok semula apa yang boleh dilakukan untuk membendung dan seterusnya menghakis (dan) menghapuskan budaya gangsterisme atau kegiatan- kegiatan (tidak sihat) di dalam sekolah. Insya-Allah.
  • 8. Dari segi psikologi merotan hanya sesuai untuk kanak-kanak berumur 10 hingga 14 tahun dengan cara yang betul, tidak memalukan mereka, dengan hasrat kasih sayang, di tempat yang tersembunyi seperti di bilik guru besar atau bilik khas dan bukan di khalayak ramai. BM : Adakah Dato‟ bersetuju dengan pandangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan (NUTP) bahawa kesibukan guru-guru dan pengetua menghadiri perjumpaan dan kursus di luar sekolah adalah faktor penyumbang kepada meningkatnya kes-kes gangsterisme di sekolah? DFK : Tengok keadaan. Kalau ramai guru dan pengetua yang pergi (menghadiri) ke kursus atau mesyuarat di luar (dan) meninggalkan sekolah dan guru penggantinya tidak menjalankan tugas dengan sempurna. Kalau inilah guru penggantinya, maka hancurlah sekolah (dan) berlakulah kisah-kisah gangsterisme seperti yang disebut oleh NUTP. Keduanya, bila ada guru-guru pergi mesyuarat atau meninggalkan sekolah atau berkursus yang menjadi mangsa kebanyakan kelas-kelas yang mungkin terbiar ialah kelas hujung. Ini pandangan saya (secara peribadi), mungkin ia tidak tepat untuk kebanyakan sekolah tapi mengikut apa yang saya kaji sedikit-sedikit. Kalau ada 10 kelas, kelas-kelas no. 9 dan 10 akan terbiar. Guru-guru akan beri tumpuan pada kelas-kelas 1, 2, 3 dan 4. Walaupun cikgu tidak cukup, (menghadiri) mesyuarat, kursus kelas yang dianggap baik akan diberi tumpuan (tapi) kelas yang dianggap kurang baik akan terbiar. Budak-budak (kelas hujung) ini walaupun pandai tapi mungkin ada masalah akademik (akan) dianggap (atau) dilabel budak-budak bermasalah, (dan) terbiar pulak bila cikgu pergi kursus atau mesyuarat, maka what do you expect?Akan berlakulah seperti yang disebut tadi kalau kelas-kelas yang „berisiko tinggi‟ (diabaikan). Bukan sebab mereka ini jahat (atau) bodoh. Semua pelajar, pada saya, adalah pandai cuma ada pelajar yang lemah akademik. (mereka ini) memerlukan bantuan yang lebih mantap tapi kumpulan inilah biasanya terbiar bila cikgu-cikgu pergi mesyuarat. Satu lagi yang saya lihat ialah keinginan untuk menghabiskan syllabus (sukatan pelajaran). Cikgu perlu pergi kursus, itu penting untuk pentadbiran (dan) tidak dapat dielakkan. Tetapi masalahnya, kalau semua cikgu ini mengajar kelas A yang terbaik dari segi akademik dan kelas G yang kurang baik dari segi akademik, tapi masih dengan kadar yang sama untuk menghabiskan syllabus, maka hancur. Pada saya, kelas yang hujung ini, cikgu tidak perlu menghabiskan syllabus tapi memberikan mereka asas yang mantap dengan penuh kisah, endah dan kasih sayang, maka budak yang di kelas hujung dengan bantuan yang rapi boleh menandingi kelas yang terbaik. Ini banyak kita dengar telah dibuat. Dengan memberikan kasih sayang dan effort yang berbeza. Mungkin kelas yang pertama A, B, C, D dengan cara membaca audio dan visual tapi kelas yang hujung bukan (dengan cara) membaca dan diskusi tapi banyak praktikal, kegiatan (dan) kaedah yang dilebihkan. Bila kaedah berbeza digunakan, maka
  • 9. kelas yang hujungpun akan menandingi prestasi kelas yang terbaik. Kena diberikan rawatan-rawatan (dan) pendekatan-pendekatan tertentu. Mungkin sebab pentadbiran sekolah memang begitu, kelas banyak, pelajar ramai (contohnya) 40 orang satu kelas, mungkin sukar sedikit untuk membuat inovasi- inovasi tertentu dalam mendidik kelas yang berbeza. Ini berkait rapat dengan ketiadaan guru. Kalau guru tidak ada, bolehkah digabungkan kelas-kelas ini? Kelas yang hujung dicampurkan sementara dengan kelas yang pandai untuk subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia (atau) Kemahiran Hidup contohnya. Mungkin tidak boleh digabungkan dalam (subjek) Sains. (Kita boleh) tengok apa kesan kepada budak dari kelas hujung (dari segi) menaikkan motivasi dan esteem diri mereka. Mungkin ada sebab-sebab tertentu (yang menyebabkan percampuran) tidak membolehkan ini dilakukan. Tapi ada guru-guru yang berinisiatif melakukan ini maka kesannya amat hebat. BM : Kes-kes gangsterisme yang dilaporkan kepada pihak berkuasa adalah kecil berbanding dengan jumlah yang sebenar. Banyak lagi kes- kes yang disorokkan oleh pihak sekolah atas alasan mereka tidak mahu „membuka pekung di dada‟. Apa pendapat Dato‟ mengenai pihak sekolah yang tidak memandang serius perkara ini? DFK : Inipun pada saya satu vicious cycle. Satu kitaran sengsara yang berlaku. Kalau kita (merujuk) kepada satu hadis „Yang baik dihebah-hebahkan, yang baik disorok-sorok‟. Saya memang setuju dengan pihak sekolah yang menyembunyikan kes-kes yang buruk yang berlaku di sekolahnya. Apa niatnya? Untuk menjaga imej sekolah. Tapi kalau disorok perkara ini (dan) mereka tidak berbuat apa-apa untuk menangani atau menghapuskan gejala ini, maka pihak sekolah telah membuat dua kesilapan. Pertama, menyorok (dari pengetahuan umum) itu mungkin bagus tapi kalau diwar-warkan, semua pihak akan datang memberikan sorotan, tumpuan (dan) bantuan. Ibu bapa, pihak NGO dan badan- badan di sekitar sekolah akan lebih peka dan lebih endah. Banyak kebaikannya, tetapi imej sekolah mungkin akan menurun (dan) memalukan pihak PIBG, sekolah dan sebagainya. Pada saya (adalah baik) kalau pihak sekolah menyembunyikan kes-kes yang berlaku tapi dalam diam mereka membuat berbagai-bagai usaha untuk membendung dan seterusnya menghapuskan gejala-gejala gangsterisme. Persoalannya adakah mereka buat begitu? Kalau Disorokkan daripada masyarakat umum tetapi sekolah membuat kolokium (dengan) memanggil pakar- pakar kaunseling dan motivasi, memanggil ustaz untuk sembahyang hajat (contohnya) bertindak secara kreatif dan inovatif, pada saya tidak salah. Mungkin ada kewajaran diwar-warkan untuk semua pihak membuka mata. Sudah terhantuk baru terngadah. Ibu bapa mula sedar (dan) nampak keperluan ziarah anak di sekolah berasrama penuh, untuk selalu berhubung dengan guru-guru, dsb. Dalam konteks yang sama, ada 2-3 sekolah yang bertanya pada saya, bolehkah pelajar-pelajar dibenarkan ada handphone di sekolah berasrama penuh. Sayapun termenung (dan tanya) tujuannya untuk apa dan adakah penggunaannya terkawal? Pada saya, pelajar-pelajar boleh ada handphone, tapi dengan syarat semua handphone cikgu pegang. (Masa) nak pakai, minta dengan cikgu. Kalau ibu bapa mampu, boleh. Telefon di sekolah (contohnya) ada 10, yang rosak 8 (buah), yang elok 2 (sahaja). (Pelajar-pelajar) kena beratur satu jam untuk menelefon ibu bapa. Kalau ibu bapa tidak dapat datang, tapi anak- anak dapat menghubungi ibu bapa setiap hari, ini suatu yang penting untuk membentuk esteem diri, moral, sakhsiah, kasih sayang (dan) emosi yang sihat. Insya-Allah, perkara-perkara yang membawa kepada gangsterisme akan terbendung.
  • 10. BM : Gangsterisme sudah pasti membawa kesan yang tidak baik bukan sahaja kepada masa depan pelajar-pelajar yang merupakan generasi pelapis bahkan juga kepada ibu bapa, masyarakat dan negara. Boleh Dato‟ ulas kenyataan ini? DFK : Pada saya, memang tidak dapat dinafikan gangsterisme akan memberi kesan kepada semua pihak, (iaitu) sekolah, ibu bapa, masyarakat dan akhirnya negara. Semua orang tahu, masa depan sesuatu masyarakat bergantung kepada remaja, belia, budak-budak sekolah menengah. Imam Al-Ghazali, Saidina Ali R.A., Nabi Muhammad SAW dan Hamka ada menyebut „Untuk melihat generasi yang mendatang, (kita) kena teliti generasi yang ada sekarang‟. Jadi generasi yang akan datang menjadi pelapis kita ialah budak-budak sekolah menengah ini. Kalau pelapisnya teruk, terlibat dalam gangsterisme, hancurlah negara di masa akan datang. Itu memang jelas dan persoalannya ialah apa yang patut kita buat? Di samping cadangan-cadangan yang telah kita sebut tadi, pada saya perlunya ibu bapa, PIBG, NGO, persatuan belia, Kementerian Belia (dan Sukan), KEMAS, PEMADAM, Rukun Tetangga perlu bersepakat untuk tolong menolong. Jangan menuding jari sebab gangsterisme di sekolah mencerminkan kebobrokan masyarakat. Makin teruk gangsterisme di sekolah, sama ada sekolah biasa atau asrama penuh, itu tandanya masyarakat kita makin teruk. Itu sebenarnya satu cerminan yang amat tepat yang ada keserasian atau korolasi yang tinggi. Untuk memastikan generasi pelapis ini benar-benar boleh dipertanggungjawabkan (untuk) menjaga, mengawal dan membangunkan negara kita, semua pihak kena ambil (tindakan). Jangan menuding jari pada Kementerian Pendidikan. Saya rasa Kementerian Pendidikan adalah Kementerian yang paling teruk sebab nak membangunkan berjuta-juta manusia. Pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah (berjumlah) 5 juta. Dalam konteks ini, Kementerian Pendidikan digelar ‘the mad house’, ‘the crazy house’ sebab Kementerian ini yang paling susah. Guru-guru berjumlah 300,000 orang, satu jumlah yang besar. Kalau pelajar-pelajar maju, tidak dipuji Kementerian Pendidikan. (Bila) ada gangsterisme, semua (pihak di Kementerian Pendidikan) kena (disalahkan). Sistem pendidikan teruk, Menteri Pendidikan tidak betul. Saya cakap kerana Allah Taala. Pada saya, apa yang dibuat itu setakat kemampuan. Pihak lain kena bantu, (contohnya) Kementerian Pertahanan untuk Program Khidmat Sosial Negara. Pada saya, walau ramai orang menentang tapi ada kebaikannya, cuma implementasinya kena betul-betul menarik, berwibawa, tidak menekan, seronok dan berkesan. Itu saya rasa sangat baik. Kementerian Belia (dan Sukan) kena membantu pihak sekolah. Tapi sekarang susah. Dalam keadaan sekarang yang saya faham, tak boleh. Kementerian Pendidikan untuk hal-hal dalam sekolah dan Kementerian Belia (dan Sukan) tidak boleh masuk campur. Kementerian Belia (dan Sukan) untuk hal-hal di luar sekolah. Pada saya ini salah sebab luar sekolah (dan) dalam sekolah berkait rapat. Kalau di luar sekolah (termasuk masyarakat) teruk, maka akan teruklah (dalam) sekolah. Kementerian Pengguna (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) juga kena bantu sebab budak-budak sekolah menggunakan rokok, vcd lucah, kondom-kondom. Ertinya semua pihak jangan menuding jari. Semua pihak kena bergabung untuk membantu pihak sekolah. Sebab akhirnya kita kena lihat remaja (adalah) pelapis masyarakat, belia (adalah) pembangun negara. Maaf cakap, Kementerian Belia (dan Sukan) lah Kementerian yang paling junior. Pada pandangan saya, (Kementerian) ini mungkin yang paling kurang diberi perhatian. Masa depan negara terletak di tangan belia. Kementerian Belia (dan Sukan) tidak mendapat bajet, usaha, martabatnya seperti Kementerian lain. Pada saya, Kementerian Belia (dan Sukan) sepatutnya sejajar dengan Kementerian Pendidikan dari segi
  • 11. seniority. Pada saya, kalau Kementerian Pendidikan tidak berkesan, semua orang sama-sama bertanggjawab. Kalau kaki kita sakit, kepala pun tidak boleh tidur. Saya rasa semua pihak patut ada think tank, grup pemikir yang dibentuk (untuk) berjumpa (dan) berbincang secara kerap. Allah akan menberikan hidayah (atau) idea yang tidak akan dapat kalau kita tidak fikirkan bersama. Semua jabatan, sekolah, Kementerian (perlu) ada think tank yang akan dapat membantu memberikan pandangan. Think tank ini termasuklah cendikiawan, ibu bapa, NGO (dan) pelajar-pelajar sendiri. Pelajar-pelajar ini jangan diabaikan. Mereka juga ada pemimpin yang boleh memberi cadangan yang kadang-kadang orang tua seperti kita langsung tidak terfikir (dan) terlepas pandang. Include them in their own planning. BM : Akhirnya saya memohon pandangan Dato‟ berhubung saranan Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan semula hukuman merotan di kalangan pelajar yang tidak berdisiplin. Adakah hukuman merotan ini dapat mengurangkan kes-kes gangsterisme? DFK : Pada saya sebarang hukuman itu ada merit dan demeritnya. Ada baik dan buruknya, termasuklah hukuman merotan. Saya seorang yang dilatih dalam bidang psikologi dan komunikasi, jadi dari kaca mata psikologi, hukuman merotan ini secara umumnya kesannya lebih banyak buruk dari baik. Ertinya ini akan menyebabkan anak-anak yang kena rotan fed up, dendam, rendah diri (dan) marah yang akan terpahat dalam minda bertahun-tahun. Ada kes-kes yang saya temuduga, nasihat, kaunseling ada yang kes-kes yang bertahun lepas kepala mereka masih fed up, benci dan menyampah pada guru yang berkenaan. Bila saya tanya pelajar yang kena rotan kerana lewat beberapa minit ke perhimpunan sekolah, mereka kata “rasanya nak bakar sekolah”. Kebanyakan orang yang kena rotan rasa nak memberontak, marah dan dendam. Dari segi psikologi, merotan banyak buruk dari baiknya. Dari kacamata agama pula, Ali RA mentafsir sabda Nabi SAW di mana “Kalau ada anak yang nakal, contohnya kalau umur dah 10 tahun - 14 tahun tidak sembahyang, boleh dirotan tapi anak 15 tahun tak sembahyang atau nakal jangan dirotan” . Itu yang saya pegang. Kenapa umur 15 tahun tak boleh rotan? Kerana ini umur akil baligh. Mereka sudah ada nilai diri, maruah diri dan pendirian. Dari segi psikologi merotan hanya sesuai untuk kanak-kanak berumur 10 hingga 14 tahun dengan cara yang betul, tidak memalukan mereka, dengan hasrat kasih sayang, ditempat yang tersembunyi seperti di bilik guru besar atau bilik khas dan bukan di khalayak ramai. Ertinya budak-budak tingkatan 3 ke atas tak patut dirotan no matter what. Mungkin ada hukuman lain yang munasabah yang lebih berkesan. Merotan pula kalau untuk kesan yang positif mesti dilakukan dengan cara yang bijaksana dan berhikmah, contohnya kalau saya jadi guru yang diberi tanggungjawab merotan atau guru disiplin, mesti ada seorang guru lagi sebagai saksi di sebelah saya. Ini wajib. Ini prinsipnya. Sebab guru (saksi) ini akan sama- sama berzikir dan berdoa, kalau dia orang Islam dan melihat saya kalau saya menggunakan amarah, nafsu untuk memukul. Maksud saya dia kena tahan atau peringatkan dengan kesabaran kerana kadang-kadang kita tension, penat mendidik anak-anak dah berbelas tahun dengan kasih sayang tapi pelajar tetap nakal. Saksi ini sangat penting kalau ada-ada kes yang ibu bapa bawa ke mahkamah. Kalau saya nak kena rotan, orang Islam saya kena istghifar banyak-banyak, baca Bismillah banyak-banyak dan merotan pula hendaklah di tempat yang tidak memberi sebarang cacat. Ikut kajian (merotan) kaki tak boleh, kalau bolehpun di punggung yang berlapik. Itupun saya tak rekomen, itu kata pakar tapi saya tak setuju. Saya lebih bersetuju kalau merotan di tapak kaki. Ilmu refleksologi mengatakan tapak kaki ini pusat untuk merawat hampir semua penyakit
  • 12. termasuk penyakit psikologi. Budak nakal sebab ada psychological problem. Jadi, kalau dirawat di tapak kakinya, mengikut pendapat refleksologi tapak kaki amat sensitif sakit kena rotan tapi langsung tidak bahaya. Baring budak atas kerusi, baca Bismillah, Istighfar kemudian rotan tapak kaki kuat-kuat, sakit betul tapi (merotan cara ini) tidak bahaya. Lagipun mungkin rotan itu akan merawat jiwanya dengan asbab sebab ini tempat kita merawat semua penyakit di tapak kaki. </DIV<< font>