1. KERTAS KERJA
KURSUS DALAMAN
BENGKEL LATIHAN PEMERIKSAAN
SKRIP JAWAPAN MATA PELAJARAN SAINS
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
TAHUN 2015
TARIKH
19 MEI 2015 (SELASA)
TEMPAT
PUSAT SUMBER SEKOLAH
ANJURAN
PANITIA SAINS
2. KURSUS DALAMAN PENATARAN PEMASANGAN ITEM PT3 SAINS
2
1. PENDAHULUAN
Pengenalan PT3 ini dibuat dibawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang ditambahbaik
berkuatkuasa 1 April 2014.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, melalui PT3 pihak sekolah
akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan
instrumen dan panduan peraturan penskoran setara (standardise) disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan.
“Walaupun PMR digantikan dengan PT3, tarikah peperiksaan tetap masih ada seperti
yang dirancang dalam PBS lama. Lembaga Peperiksaan tetap akan menyediakan soalan-soalan
dan diletakkan di dalam ‘bank soalan’ yang pelbagai dari soalan mudah hingga sukar.
Sehubungan dengan itu, guru-guru telah didedahkan mengenai cara pemeriksaan skrip
jawapan Pentaksiran Tingkatan 3 untuk memeriksa kertas PT3 yang akan dijalankan pada bulan
Oktober.
2. OBJEKTIF
2.1 Memastikan semua guru Sains dan Matematik mendapat pendedahan:
i) Cara pemeriksaan skrip jawapan PT3 mata pelajaran Sains Pentaksiran Tingkatan 3
(PT3)
3. RASIONAL
Kursus dalaman ini perlu dilaksanakan supaya guru-guru Sains dapat terdedah dengan cara
pemeriksaan skrip jawapan PT3 Sains. Justeru, kursus dalaman ini dapat:-
a) Meningkatkan profesionalisme guru Sains secara tidak langsung
b) Memberi pendedahan yang telus mengenai cara pemeriksaan skrip jawapan PT3 Sains
4. KUMPULAN SASARAN
Semua guru yang mengajar Sains di sekolah ini iaitu seramai 5 orang
5. TARIKH/ TEMPAT / LOKASI
19 JULAI 2015 ( SELASA), DI PUSAT SUMBER SEKOLAH.
6. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : Tuan Pengetua, En. Ahmad Rasyid bin Abd Kahar
Tim. Pengerusi : Penolong Kanan 1, En. Wepin Bin Saimin
Penyelaras : : Pn. Chang Koo Sing
3. KURSUS DALAMAN PENATARAN PEMASANGAN ITEM PT3 SAINS
3
7. PENUTUP
Bermatlamatkan kecemerlangan, diharapkan kursus yang dirancangkan berjaya mencapai objektif
yang ditetapkan. Semoga guru – guru di bawah Panitia Sains menimba pengalaman dan
berkemahiran dalam pemeriksaan skrip Jawapan Pentaksiran Tingkatan 3 Sains.
Disediakan Oleh :
………………………………
Pn. Chang Koo Sing,
Penyelaras Program,
Kursus Dalaman PT3 Sains 2015
Disemak oleh, Disahkan oleh,
………………………………….. …………………………………..
En.Abd Azis Bin Rasid, En.Wepin bin Saimin
Ketua Bidang Sains dan Matematik, Penolong Kanan 1,
SMK Kalabakan, Tawau. SMK Kalabakan, Tawau.