1. Kertas Kerja Program Ihya’ Ramadhan SKKR 2016
KERTAS KERJA DASAR
PROGRAM IHYA’
RAMADHAN
2016 M / 1437 H
SK KAMPONG RAJA,
PAGOH, MUAR.
2. Kertas Kerja Program Ihya’ Ramadhan SKKR 2016
PROGRAM IHYA RAMADHAN
1437H
1.0 PENDAHULUAN
Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk
mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru, program ini dirancang dan
dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan
memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah,
serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan
Ramadhan.
Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan
tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih
mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui Program Ihya’ Ramadhan 1437H
ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan
kelak.
Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat
membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai
objektif-objektif yang di rancang.
2.0 MATLAMAT
Tujuan Program Ihya’ Ramadhan 1437H ini dijalankan adalah untuk:
2 .1 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.2 Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan murid
yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.
2.3 Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental
setiap peserta.
3. Kertas Kerja Program Ihya’ Ramadhan SKKR 2016
2.4 Melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan bertaqwa.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Melatih murid agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.
3.2 Melahirkan murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang
bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.3 Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
3.4 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.5 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan
diri dalam setiap situasi.
3.6 Murid-murid dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan
sempurna.
3.7 Mempertingkatkan bacaan Iqra’ dan al-Quran.
3.8 Memperbaiki cara berwuduk dan bersolat seperti yang dituntut Islam.
4.0 BUTIRAN PROGRAM
a) Majlis Tahlil perdana dan pelancaran program Ihya Ramadhan:
Tarikh : 24 Mei 2016
Hari : Rabu
Masa : 9.00pagi- 10.00pagi
Tempat : Surau
b) Tadarrus Al-Quran Guru dan Pelajar :
4. Kertas Kerja Program Ihya’ Ramadhan SKKR 2016
Tarikh : 12-27 Jun 2016
Hari : Hari Ahad hingga Khamis
Masa : Sepanjang hari
Tempat : Surau
c) Edaran bulletin Ramadhan dan Kuiz :
Tarikh : 12-27 Jun 2016
Hari : Hari Ahad hingga Khamis
Masa : Seminggu sekali
Tempat : S K Kampong Raja
d) Majlis Khatam Al quran dan penutupan ihya’ Ramadhan :
Tarikh : 29Jun 2016
Hari : Rabu
Masa : 8.00pagi – 10.00 pagi
Tempat : Surau
5.0 KUMPULAN SASARAN
a. Semua warga S K Kampong Raja, Pagoh.
6.0 ANJURAN
6.1 Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SKKR.
7.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
Di antara aktiviti yang diadakan ialah :
6.1Tahlil Perdana dan pelancaran Ihya ramadhan
6.2 Tadarus Al-Quran
6.3 Memperdengarkan Al-Quran/Zikir/Nasyid
5. Kertas Kerja Program Ihya’ Ramadhan SKKR 2016
6.4 Tazkirah Ramadhan
6.5 Buletin Ramadhan
6.7 Kuiz
6.8 Iftar dan Solat Tarawikh
6.9 Majlis Khatam Al-Quran
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran 1
8.0 JAWATAN KUASA PROGRAM
Rujuk Lampiran 2
9.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 3
10.0 PENUTUP
Majlis ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid
dalam menghayati dan mengamalkan segala amalan yang wajib
dilaksanakan dengan sempurna dan disertai dengan amalan sunat yang
dapat mendekatkan diri kepada Allah seretusnya untuk mencari
keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Insyaallah.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
................................................ ...........................................
(Noor Syahidah binti Shabuddin)
Setiausaha,
Program Ihya’ Ramadhan 2016
6. Kertas Kerja Program Ihya’ Ramadhan SKKR 2016
Disahkan oleh,
……………………………………...
JAWATANKUASA PELAKSANA
PENASIHAT PN SALINA BINTI ITHNIN
PENGERUSI EN MOHD FAISAL BIN A MANAP ( GPK KOKO )
NAIB PENGERUSI
EN ASYRAF BIN AHMAD BAJURI ( GPK 1 )
PN HJH AZAH BT NAMAN ( GPK HEM )
SETIAUSAHA CIK NOOR SYAHIDAH BINTI SHABUDDIN
BENDAHARI EN MAZHAM BIN ABDULLAH
PENDAFTARAN / BUKU
PROGRAM
PN NORZAKIAH BINTI MOHAMED DARUS
URUSETIA / PROTOKOL /
PERSIAPAN TEMPAT
EN NORIZAM BIN MOHAMED
PN ZALINA BT ZAKARIA
PN SITI MAHANUM BT BEBIT
IFTAR / JAMUAN
PN HALIMAH BT MAERAJ
PN NORHAYATI BT MOEN
MULTIMEDIA / PUBLISITI
PN NOOR ADREEN BT MD HAMDANI
PN SHAHRIZAN BT WAHAB
DOKUMENTASI DAN
PENILAIAN
EN MAZHAM BIN ABDULLAH
CIK NOOR SYAHIDAH BT SHABUDDIN
KESELAMATAN /
KEBAJIKAN / DISISPLIN
PN SITI ROHANI BT TALIB
PN SITI RUZITA BINTI SAKIF
TEKNIKAL / PERALATAN
EN ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
EN IKMAL FIRDAUS BIN ABD WAHAB
7. Kertas Kerja Program Ihya’ Ramadhan SKKR 2016
8.1 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA
1. Pengerusi:
 Membentuk jawatankuasa pelaksana
 Mempengerusikan dan mengendali mesyuarat pelaksanaan
2. Setiausaha:
 Menguruskan surat-menyurat
 Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
 Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyedia
minit/keputusan mesyuarat
 Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program
3. Bendahari:
 Menyedia anggaran perbelanjaan
 Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada
jawatankuasa
 Mengurus/menyelia perolehan dan perbelanjaan
 Menyedia laporan kewangan
8. Kertas Kerja Program Ihya’ Ramadhan SKKR 2016
4. Pendaftaran/buku program:
 Menyediakan keperluan pendaftaran seperti meja, tempat,
senarai nama peserta dan fail
 Menyediakan buku program
5. Urusetia/Protokol/Persiapan tempat:
 Menentukan perkataan untuk ‘backdrop’
 Menentukan pengerusi majlis
 Menentukan fasilitator bertugas pada setiap aktiviti
 Mengagihkan kumpulan peserta
 Menyediakan borang-borang
6. Makanan minuman:
 Membentuk jawatankuasa kecil
 Menyediakan menu kepada peserta, fasilitator dan tetamu
 Menyediakan anggaran perbelanjaan makan dan minum
 Menentukan tempat, masa dan bentuk jamuan
9. Kertas Kerja Program Ihya’ Ramadhan SKKR 2016
 Memastikan bekalan makanan dan minuman mencukupi
sepanjang program
 Mengurus bil pembayaran tempahan makan dan minum
melalui bendahari.
7. Fasilitator/Pengisian:
 Menyediakan bahan dan tajuk ceramah yang sesuai
 Membimbing dan memudah cara peserta melaksana aktiviti
dan LDK
8. Keselamatan/Kebajikan/Disiplin:
 Memberi taklimat kepada peserta sebelum program
bermula
 Menyediakan peralatan dan bantuan kecemasan
 Menyedia senarai barangan keperluan peserta
9. Dokumentasi/Penilaian:
 Mengurus fotografi dan rakaman audio-video
 Menyelia dan menerbitkan laporan penuh aktiviti
 Menyelaras agenda post-mortem program
10. Kertas Kerja Program Ihya’ Ramadhan SKKR 2016
10.Multimedia/Publisiti:
 Menyediakan keperluan dan alatan siaraya untuk semua slot
 Menyediakan banner dan sepanduk publisiti
11.Teknikal dan peralatan
 Menguruskan hal berkaitan system PA seperti plag
penyambung, mikrofon, pembesar suara dan lain-lain.