http://www.ridzalmersing.com.


                          PENINGKATAN HASIL SAWIT MELALUI PROGRAM
                               SKIM KREDIT LADANG TERSELIA (SKLT)


                              Disampaikan oleh : Encik Ab Rahman Ismail
                                                  Pengurus Besar




                                             PENGENALAN
Pertubuhan Peladang Negeri Johor, ringkasnya PPNJ telah diperbadankan di bawah Akta 109, Akta
Pertubuhan Peladang 1973. Sebagai induk gerakan Pertubuhan Peladang (PP) di Johor, PPNJ telah
berjaya menyatukan dan menggembleng seramai 78,330 orang peladang sebagai ahli dalam 28 buah
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang bergabung sebagai ahli PPNJ.


Gerakan PP di Johor telah berjaya mengumpul saham daripada ahli-ahli peladang berjumlah
RM13,974,047. PPNJ pula telah berjaya mengumpul saham daripada 28 PPK sebanyak RM13.82 juta.
Melalui penyatuan modal tersebut PPNJ telah berjaya mencapai isipadu urus niaga melebihi RM600.00
juta setahun. Secara purata 80%, iaitu bersamaan RM480.00 juta adalah urus niaga sawit yang melibatkan
ahli-ahli peladang.


                                      TUJUAN PENUBUHAN PPNJ
Tujuan PPNJ diperbadankan adalah untuk meninggikan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan
dan kemahiran, meninggikan hasil dan pendapatan, dan membaiki cara hidup ahli-ahli serta mewujudkan
satu masyarakat tani yang progresif berdikari makmur dan bersatu padu.


                                            PERKHIDMATAN
Perkhidmatan yang disediakan oleh PPNJ sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Pertubuhan
Peladang adalah seperti berikut:-


i)     Latihan dan pemindahan teknologi dalam bidang pertanian dan penternakan.
ii)    Meningkatkan pengeluaran pertanian ahli-ahli.
iii)   Menyediakan perkhidmatan bekalan keperluan ladang dan keperluan harian.


                                                       1
http://www.ridzalmersing.com.


     iv)       Menyedia dan membekal perkhidmatan jentera ladang.
     v)        Menyediakan perkhidmatan kredit.
     vi)       Menyediakan kemudahan perkhidmatan simpanan.
     vii)      Menyediakan pusat perkhidmatan pertanian dan pusat pengumpulan hasil ladang dan pemasaran.
     viii)     Menyediakan kemudahan pengangkutan.
     ix)       Mewujudkan kilang-kilang pemprosesan.
     x)        Pengumpulan dana dan menguruskan pelaburan.
     xi)       Membantu ahli memiliki tanah dan memajukan tanah ahli.
     xii)      Menggalakkan aktiviti sosial dalam memperkuat perpaduan masyarakat.


                                                         AKTIVITI
     Aktiviti pembangunan PPNJ terbahagi kepada tiga iaitu aktiviti ekonomi, sosio-ekonomi dan aktiviti sosial
     seperti berikut:-


     1. Aktiviti Ekonomi
             Objektif aktiviti ekonomi ialah untuk menjana keuntungan daripada aktiviti yang dijalankan dan
             menunaikan tanggungjawab kepada ahli-ahli (PPK). Aktiviti ini dilaksanakan melalui projek berikut:-


                i.    Perladangan
               ii.    Perkilangan
               iii.   Pemasaran
              iv.     Pelaburan Hartanah
               v.     Hub Industri Makanan Halal PPNJ
              vi.     Kompleks IKS PPNJ
              vii.    Pelaburan Anak Syarikat
             viii.    Pembekalan Input dan Bahan Tanaman


i.           Aktiviti Sosio-Ekonomi Ahli
             Aktiviti Sosio-Ekonomi Ahli adalah perniagaan yang dilaksanakan secara integrasi di antara PPNJ,
             PPK dan para peladang. Aktiviti ini dilaksanakan melalui program berikut:-



                                                             2
http://www.ridzalmersing.com.


          i.    Program Integrasi Sawit
          ii.   Program Integrasi Unggas
         iii.   Program Integrasi Ruminan
         iv.    Program Integrasi Buah-buahan
          v.    Dana Pembangunan Peladang Johor (DPPJ)
         vi.    Program Pembangunan Dan Pemindahan Teknologi
        vii.    Program Sokongan Modal Pusingan Ahli
    viii.       Bank Tanah




3. Aktiviti Sosial Ahli
   Aktiviti Sosial adalah aktiviti kebajikan PPNJ kepada ahli melalui Kumpulan Wang yang diagih melalui
   pembahagian keuntungan tahunan. Sumbangan diagihkan melalui skim dan aktiviti berikut:-


   i.           Skim Perlindungan Peladang
   ii.          Pendidikan
   iii.         Aktiviti Pengembangan
   iv.          Skim Kebajikan


                             PROGRAM SKIM KREDIT LADANG TERSELIA (SKLT)


1. Skim Kredit Ladang Terselia
   Skim Kredit Ladang Terselia, ringkasnya SKLT adalah satu program yang menyediakan perkhidmatan
   kredit tanpa cagaran kepada ahli-ahli peladang yang mengusahakan tanaman sawit. Kredit disediakan
   bagi membiayai keperluan input dan penyediaan kemudahan asas ladang. Program ini disokong
   dengan khidmat nasihat perladangan percuma, khususnya dalam aspek agronomi dan pengurusan
   ladang. Program di laksana dengan bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan ahli-ahli peladang
   melalui peningkatan kuantiti dan kualiti hasil kebun mereka.




                                                    3
http://www.ridzalmersing.com.



2. Asas Pelaksanaan SKLT
        Secara umumnya purata pengeluaran sawit ahli-ahli peladang adalah lebih rendah berbanding purata
        industri dan prestasi sebenar. Mengikut statistik purata hasil pekebun kecil antara 13 hingga 15
        tan/hektar/tahun berbanding purata industri 28 tan/hektar/tahun dan potensi pengeluaran sebenar 35
        tan/hektar /tahun. Senario ini berlaku umumnya berpunca daripada faktor-faktor berikut:-


        i.   Kurang pengetahuan dalam amalan perladangan yang betul.
        ii. Mengalami masalah kekurangan sumber kewangan dan menyebabkan kebun tidak diurus dengan
             sempurna.
        iii. Keluasan kebun yang tidak ekonomik dan tidak pula dimajukan dengan berkesan.
        iv. Tidak berupaya untuk melaksana dan mengguna pakai teknologi dan pendekatan pengeluaran
             ladang yang baru.
        v. Dalam keadaan yang tidak tersusun dan terurus menyumbang kepada hilangnya kuasa tawar
             menawar.


        Keadaan sedemikian telah menyebabkan produktiviti ladang mereka menurun dan secara langsung
        mempengaruhi produktiviti komoditi sawit negara.




3. Tujuan SKLT
        Pelaksanaan program ini bagi mencapai tujuan-tujuan berikut:-


  i.         Menambah pendapatan ahli-ahli peladang melalui amalan perladangan baik yang akan
             meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil ladang.
  ii.        Mengguna pakai teknologi pertanian terkini dalam penggunaan sumber tanah secara optimum bagi
             menambah pendapat dari hasil ladang.
 iii.        Menyediakan khidmat nasihat secara terancang bagi menambah ilmu pengetahuan dalam bidang
             perladangan.
 iv.         Melaksana kaedah dan amalan pengurusan bersepadu mengikut kawasan supaya kecekapan
             pengurusan akan mengelak pembaziran tenaga dan masa.


                                                          4
http://www.ridzalmersing.com.


  v.        Mempertingkat dan memperluas khidmat sokongan yang berkaitan langsung dengan komoditi
            sawit.
 vi.        Menambah ilmu pengetahuan melalui program latihan dan pemindahan teknologi yang berterusan.
 vii.       Menetapkan sasaran pengeluaran ladang ahli-ahli peladang pada kadar 35:25, yakni pengeluaran
            35 tan/hektar/ tahun dengan kadar perahan minyak (OER) 25%.


4. Syarat Penyertaan
        Secara umum skim itu terbuka kepada semua ahli-ahli peladang yang memenuhi kriteria-kriteria
        berikut:-


         i. Mereka hendaklah menjadi ahli PPK.
         ii. Memiliki kebun sawit.
        iii. Menjual sawit kepada PPK.
        iv. Memenuhi syarat dan had pinjaman.




5. Perkhidmatan Yang Disediakan
  Dalam skim ini kredit yang diberi meliputi keperluan-keperluan berikut;


  i)        Kredit input pertanian seperti baja, racun rumpai dan racun perosak.
  ii)       Kredit peralatan seperti pam racun, jentera kecil kereta sorong dan peralatan ladang yang
            berkaitan.
  iii)      Kredit infrastruktur ladang termasuklah jalan ladang, perparitan dan jambatan ladang.
  iv)       Sokongan tenaga kerja ladang untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan penuaian.


6. Had Kredit


        Had kredit tertakluk kepada faktor di bawah:-


   i.       Keluasan kebun yang memerlukan pembiayaan, dengan had maksimum RM460.00/hektar/musim.



                                                        5
http://www.ridzalmersing.com.


  ii.            Berasaskan harga input, peralatan dan kos bahan untuk pembinaan infrastruktur kebun, dengan
                 had maksimum RM91/hektar.




7. Kaedah Bayaran Balik


        Bayaran balik kredit akan diurus melalui potongan jualan sawit yang di pasar melalui PPK. Tempoh
        maksimum ansuran bayaran balik seperti berikut:-


           i.        Kredit input, 4 bulan.
          ii.        Kredit peralatan dan infrastruktur 8 bulan.


8. Proses Pelaksanaan


        Pelaksanaan skim telah mendapat piawaian ISO, ISO 9001 : 2000. Dalam piawaian ini pelaksanaan
        skim melalui 6 proses kerja, iaitu:-


           i.        Kempen dan promosi kepada kumpulan sasar.
          ii.        Menerima, memproses dan meluluskan permohonan kredit,
          iii.       Menguruskan pembekalan keperluan input dan membuat bayaran kepada pembekal-
                     pembekal.
         iv.         Menetapkan jadual dan mengurus bayaran balik kredit.
          v.         Mengadakan dua kali lawatan susulan ladang setahun.


                 -   Lawatan Susulan 1
                     Tempoh lawatan antara bulan Januari hingga Ogos tiap-tiap tahun. Fokus lawatan bagi
                     menilai kesan skim dan mengatasi masalah-masalah yang timbul.


                 -   Lawatan Susulan 2
                     Tempoh lawatan antara bulan September hingga Disember tiap-tiap tahun. Lawatan bertujuan
                     menilai prestasi kebun peserta dan membincangkan keperluan kredit bagi tahun berikutnya.


                                                               6
http://www.ridzalmersing.com.



 i)       Mengadakan kursus dan latihan secara berterusan kepada peserta.




                                       PERKHIDMATAN SOKONGAN


Dalam melengkapkan program ini, PPNJ telah menyediakan perkhidmatan sokongan, termasuklah:-


1. Pemasaran Buah Tandan Segar (BTS)
      Salah satu syarat penyertaan skim, peserta hendaklah memasarkan hasil ladang mereka kepada PPK.
      Prestasi pemasaran sentiasa meningkat selaras dengan peningkatan penyertaan skim. Tahun 2009
      sejumlah 452,000 tan BTS di pasar melalui PPNJ.


2. Penyediaan Pusat Timbang Sawit
      Dalam memastikan peserta dan ahli-ahli peladang dapat memasarkan hasil mereka dengan mudah,
      PPNJ telah menyediakan pusat-pusat timbang dan pembelian sawit di semua PPK. Buat masa ini
      sebanyak 33 pusat timbang telah beroperasi. Matlamat PPNJ adalah untuk membina pusat-pusat
      timbang di semua kawasan yang mempunyai keluasan kebun sawit yang bersesuaian.


3. Modal Pusingan Pemasaran BTS
      Bagi memastikan proses pembelian sawit beroperasi dengan lancar, PPNJ telah menyediakan modal
      pusingan kepada PPK. Secara purata tiap-tiap bulan PPNJ perlu menyediakan modal pusingan
      kepada PPK berjumlah RM20.00 juta.


4. Kilang Sawit
      PPNJ telah mempunyai 2 buah kilang sawit yang berupaya memproses 450,000 tan BTS setahun.
      Pembinaan kilang ini bertujuan untuk memproses BTS ahli-ahli peladang yang di pasar melalui PPK.
      Bagi menampung peningkatan penyertaan ahli-ahli peladang PPNJ akan membina kilang sawit ketiga.
      Ahli-ahli peladang juga telah diberi peluang menyertai ekuiti dalam pembinaan kilang-kilang ini.




                                                       7
http://www.ridzalmersing.com.



5. Pengangkutan
   PPNJ menyediakan kemudahan skim sewa beli bagi menyediakan kemudahan kepada PPK membeli
   kenderaan pengangkutan ladang. PPNJ juga menyediakan kemudahan pengangkutan kargo bagi
   mengangkut BTS ke kilang-kilang sawit.


6. Perundingan Perladangan
   Satu pasukan perundingan perladangan telah diwujudkan bagi menyediakan khidmat nasihat kepada
   ahli-ahli peladang yang menyertai skim tersebutt.


7. Pengeluaran Benih Sawit
   PPNJ memainkan peranan membekalkan benih sawit bermutu kepada ahli-ahli peladang melalui tapak
   semaian dan pengeluaran biji benih cambah.




                                     PRESTASI PELAKSANAAN


1. Penyertaan Pekebun Kecil
   Bagi tempoh 5 tahun terakhir, 2005 hingga 2009 prestasi penyertaan ahli-ahli peladang sentiasa
   meningkat, bilangan peserta dan keluasan kebun yang mendapat kemudahan kredit seperti Jadual 1 di
   bawah:-


   JADUAL 1. BILANGAN PESERTA DAN KELUASAN KEBUN YANG MENDAPAT KEMUDAHAN
   KREDIT


               Tahun           Jumlah Peserta (orang)         Keluasan Kebun (ha)
               2005                     1,323                         4,150
               2006                     1,728                         5,540
               2007                     1,817                         5,900
               2008                     2,033                         6,620
               2009                     2,265                         7,390

                                                   8
http://www.ridzalmersing.com.


2. Peruntukan Kewangan
        PPNJ telah menggunakan sumber kewangan dalaman bagi membiayai skim ini, peruntukan yang
        disediakan sepertimana dalam Jadual 2 berikut:-


            JADUAL 2. PERUNTUKAN KEWANGAN DALAMAN PPNJ
               Tahun                      Jumlah Peruntukan (RM)
               2005                              3,067,298.00
               2006                              3,547,078.00
               2007                              3,413,909.00
               2008                              5,268,755.00
               2009                              6,939,341.00


3. Bayaran Balik Kredit
        Kesemua peserta telah menyelesaikan bayaran balik kredit dalam tempoh yang ditetapkan. Bayaran
        balik dibuat melalui potongan hasil jualan sawit peserta.


                                               FAEDAH PROGRAM
Melalui pelaksanaan skim ini PPNJ telah berjaya membantu ahli meningkatkan produktiviti kebun mereka.
Secara khususnya ahli-ahli peladang telah berjaya meningkat hasil kebun daripada keadaan-keadaan
berikut:-


  i)        Telah mendapat ilmu dan pengetahuan serta mengamalkan kaedah pengurusan kebun yang betul.
  ii)       Menggunakan input yang betul pada masa yang bersesuaian.
  iii)      Mengamalkan kaedah penuaian hasil yang betul.
  iv)       Membentuk satu masyarakat tani yang bersatu padu, berdisiplin dan sentiasa berusaha dalam
            meningkatkan hasil kebun mereka.


                                                IMPAK PROGRAM
Secara langsung skim ini telah menghasilkan impak positif dan telah dapat meningkatkan kualiti dan
kuantiti hasil sawit peserta yang diukur melalui petunjuk berikut.



                                                          9
http://www.ridzalmersing.com.


  i)     Peningkatan kadar pengunaan baja oleh peserta SKLT dari 2kg/pokok/tahun kepada
         7.5kg/pokok/tahun dengan kekerapan 3 kali setahun.
  ii)    Penghasilan     ladang   meningkat    kepada   30mton/ha/tahun        berbanding   15mton/ha/tahun
         sebelumnya.
  iii)   Peningkatan purata Kadar Perahan minyak meningkat daripada 18.59% kapada 19.00%.
  iv)    Menawarkan harga yang kompetatif berbanding harga asas MPOB pada purata MSM RM
         2,568.60/mton berbanding purata harga MPOB RM2,555.00/mton dalam tempoh Jan - Mei 2010.


         Pencapaian harga MSM Jan-Mei 2010

                     B UL A N        M PO B         PP N J        BE Z A
                 JA N                2, 51 7. 50    2, 49 1. 91    (25 .5 9)
                 FE B                2, 54 9. 50    2, 55 7. 69      8 .1 9
                 M AC                2, 63 1. 50    2, 65 8. 03     26 .5 3
                 A PR IL             2, 54 3. 50    2, 54 6. 25      2 .7 5
                 M EI                2, 53 3. 00    2, 54 2. 97      9 .9 7
                 P U RA T A          2, 55 5. 00    2, 55 9. 37      4 .3 7
  v)     Kesedaran ahli-ahli peladang lebih meningkat dengan pertambahan penyertaan yang ketara dalam
         program SKLT dengan pertambahan 14% setahun.
  vi)    Pemasaran BTS melalui Program Pemasaran Integrasi Sawit PPNJ/PPK meningkat sebanyak 8%
         setiap tahun.


                                   ANUGERAH DAN PENGHARGAAN
Pelaksanaan skim ini telah berjaya membantu ahli-ahli peladang meningkatkan produktiviti kebun mereka.
Kejayaan ini telah disahkan melalui beberapa anugerah dan pengiktirafan, termasuklah:-


  i)     Anugerah Kualiti Perdana Menteri Tahun 1994.
  ii)    Anugerah Pengurusan Projek Terbaik Lembaga Pertubuhan Peladang 1996.
  iii)   Mendapat Persijilan ISO, ISO 9001:2000.
  iv)    Anugerah Kualiti Perdana Menteri Tahun 2003.




                                                   10
http://www.ridzalmersing.com.


                                               PENUTUP
PPNJ telah berjaya melaksana tranformasi kepada usaha ahli-ahli peladang dalam meningkatkan taraf
sosio-ekonomi mereka. Matlamat ini dicapai melalui strategi perlaksanaan program berasaskan rantaian
projek yang lengkap, bermula dengan aktiviti huluan dan berakhir dengan aktiviti hiliran. Pendekatan dan
strategi yang sama akan digunapakai bagi program peningkatan pengeluaran makanan negara, iaitu
Program Integrasi Ayam Daging, Program Integrasi Ternakan Ruminan dan Program Integrasi Buah-
Buahan.


                                        Sekian, Terima kasih.




    ___________________________________
*   Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ),
    7,9 & 11 Jalan Persiaran Tanjung,
    Susur Satu Taman Bukit Alif,
    81200 Johor Baru, Malaysia.




                                                  11

Kertas kerja 1 ppnj

  • 1.
    http://www.ridzalmersing.com. PENINGKATAN HASIL SAWIT MELALUI PROGRAM SKIM KREDIT LADANG TERSELIA (SKLT) Disampaikan oleh : Encik Ab Rahman Ismail Pengurus Besar PENGENALAN Pertubuhan Peladang Negeri Johor, ringkasnya PPNJ telah diperbadankan di bawah Akta 109, Akta Pertubuhan Peladang 1973. Sebagai induk gerakan Pertubuhan Peladang (PP) di Johor, PPNJ telah berjaya menyatukan dan menggembleng seramai 78,330 orang peladang sebagai ahli dalam 28 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang bergabung sebagai ahli PPNJ. Gerakan PP di Johor telah berjaya mengumpul saham daripada ahli-ahli peladang berjumlah RM13,974,047. PPNJ pula telah berjaya mengumpul saham daripada 28 PPK sebanyak RM13.82 juta. Melalui penyatuan modal tersebut PPNJ telah berjaya mencapai isipadu urus niaga melebihi RM600.00 juta setahun. Secara purata 80%, iaitu bersamaan RM480.00 juta adalah urus niaga sawit yang melibatkan ahli-ahli peladang. TUJUAN PENUBUHAN PPNJ Tujuan PPNJ diperbadankan adalah untuk meninggikan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan dan kemahiran, meninggikan hasil dan pendapatan, dan membaiki cara hidup ahli-ahli serta mewujudkan satu masyarakat tani yang progresif berdikari makmur dan bersatu padu. PERKHIDMATAN Perkhidmatan yang disediakan oleh PPNJ sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Pertubuhan Peladang adalah seperti berikut:- i) Latihan dan pemindahan teknologi dalam bidang pertanian dan penternakan. ii) Meningkatkan pengeluaran pertanian ahli-ahli. iii) Menyediakan perkhidmatan bekalan keperluan ladang dan keperluan harian. 1
  • 2.
    http://www.ridzalmersing.com. iv) Menyedia dan membekal perkhidmatan jentera ladang. v) Menyediakan perkhidmatan kredit. vi) Menyediakan kemudahan perkhidmatan simpanan. vii) Menyediakan pusat perkhidmatan pertanian dan pusat pengumpulan hasil ladang dan pemasaran. viii) Menyediakan kemudahan pengangkutan. ix) Mewujudkan kilang-kilang pemprosesan. x) Pengumpulan dana dan menguruskan pelaburan. xi) Membantu ahli memiliki tanah dan memajukan tanah ahli. xii) Menggalakkan aktiviti sosial dalam memperkuat perpaduan masyarakat. AKTIVITI Aktiviti pembangunan PPNJ terbahagi kepada tiga iaitu aktiviti ekonomi, sosio-ekonomi dan aktiviti sosial seperti berikut:- 1. Aktiviti Ekonomi Objektif aktiviti ekonomi ialah untuk menjana keuntungan daripada aktiviti yang dijalankan dan menunaikan tanggungjawab kepada ahli-ahli (PPK). Aktiviti ini dilaksanakan melalui projek berikut:- i. Perladangan ii. Perkilangan iii. Pemasaran iv. Pelaburan Hartanah v. Hub Industri Makanan Halal PPNJ vi. Kompleks IKS PPNJ vii. Pelaburan Anak Syarikat viii. Pembekalan Input dan Bahan Tanaman i. Aktiviti Sosio-Ekonomi Ahli Aktiviti Sosio-Ekonomi Ahli adalah perniagaan yang dilaksanakan secara integrasi di antara PPNJ, PPK dan para peladang. Aktiviti ini dilaksanakan melalui program berikut:- 2
  • 3.
    http://www.ridzalmersing.com. i. Program Integrasi Sawit ii. Program Integrasi Unggas iii. Program Integrasi Ruminan iv. Program Integrasi Buah-buahan v. Dana Pembangunan Peladang Johor (DPPJ) vi. Program Pembangunan Dan Pemindahan Teknologi vii. Program Sokongan Modal Pusingan Ahli viii. Bank Tanah 3. Aktiviti Sosial Ahli Aktiviti Sosial adalah aktiviti kebajikan PPNJ kepada ahli melalui Kumpulan Wang yang diagih melalui pembahagian keuntungan tahunan. Sumbangan diagihkan melalui skim dan aktiviti berikut:- i. Skim Perlindungan Peladang ii. Pendidikan iii. Aktiviti Pengembangan iv. Skim Kebajikan PROGRAM SKIM KREDIT LADANG TERSELIA (SKLT) 1. Skim Kredit Ladang Terselia Skim Kredit Ladang Terselia, ringkasnya SKLT adalah satu program yang menyediakan perkhidmatan kredit tanpa cagaran kepada ahli-ahli peladang yang mengusahakan tanaman sawit. Kredit disediakan bagi membiayai keperluan input dan penyediaan kemudahan asas ladang. Program ini disokong dengan khidmat nasihat perladangan percuma, khususnya dalam aspek agronomi dan pengurusan ladang. Program di laksana dengan bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan ahli-ahli peladang melalui peningkatan kuantiti dan kualiti hasil kebun mereka. 3
  • 4.
    http://www.ridzalmersing.com. 2. Asas PelaksanaanSKLT Secara umumnya purata pengeluaran sawit ahli-ahli peladang adalah lebih rendah berbanding purata industri dan prestasi sebenar. Mengikut statistik purata hasil pekebun kecil antara 13 hingga 15 tan/hektar/tahun berbanding purata industri 28 tan/hektar/tahun dan potensi pengeluaran sebenar 35 tan/hektar /tahun. Senario ini berlaku umumnya berpunca daripada faktor-faktor berikut:- i. Kurang pengetahuan dalam amalan perladangan yang betul. ii. Mengalami masalah kekurangan sumber kewangan dan menyebabkan kebun tidak diurus dengan sempurna. iii. Keluasan kebun yang tidak ekonomik dan tidak pula dimajukan dengan berkesan. iv. Tidak berupaya untuk melaksana dan mengguna pakai teknologi dan pendekatan pengeluaran ladang yang baru. v. Dalam keadaan yang tidak tersusun dan terurus menyumbang kepada hilangnya kuasa tawar menawar. Keadaan sedemikian telah menyebabkan produktiviti ladang mereka menurun dan secara langsung mempengaruhi produktiviti komoditi sawit negara. 3. Tujuan SKLT Pelaksanaan program ini bagi mencapai tujuan-tujuan berikut:- i. Menambah pendapatan ahli-ahli peladang melalui amalan perladangan baik yang akan meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil ladang. ii. Mengguna pakai teknologi pertanian terkini dalam penggunaan sumber tanah secara optimum bagi menambah pendapat dari hasil ladang. iii. Menyediakan khidmat nasihat secara terancang bagi menambah ilmu pengetahuan dalam bidang perladangan. iv. Melaksana kaedah dan amalan pengurusan bersepadu mengikut kawasan supaya kecekapan pengurusan akan mengelak pembaziran tenaga dan masa. 4
  • 5.
    http://www.ridzalmersing.com. v. Mempertingkat dan memperluas khidmat sokongan yang berkaitan langsung dengan komoditi sawit. vi. Menambah ilmu pengetahuan melalui program latihan dan pemindahan teknologi yang berterusan. vii. Menetapkan sasaran pengeluaran ladang ahli-ahli peladang pada kadar 35:25, yakni pengeluaran 35 tan/hektar/ tahun dengan kadar perahan minyak (OER) 25%. 4. Syarat Penyertaan Secara umum skim itu terbuka kepada semua ahli-ahli peladang yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:- i. Mereka hendaklah menjadi ahli PPK. ii. Memiliki kebun sawit. iii. Menjual sawit kepada PPK. iv. Memenuhi syarat dan had pinjaman. 5. Perkhidmatan Yang Disediakan Dalam skim ini kredit yang diberi meliputi keperluan-keperluan berikut; i) Kredit input pertanian seperti baja, racun rumpai dan racun perosak. ii) Kredit peralatan seperti pam racun, jentera kecil kereta sorong dan peralatan ladang yang berkaitan. iii) Kredit infrastruktur ladang termasuklah jalan ladang, perparitan dan jambatan ladang. iv) Sokongan tenaga kerja ladang untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan penuaian. 6. Had Kredit Had kredit tertakluk kepada faktor di bawah:- i. Keluasan kebun yang memerlukan pembiayaan, dengan had maksimum RM460.00/hektar/musim. 5
  • 6.
    http://www.ridzalmersing.com. ii. Berasaskan harga input, peralatan dan kos bahan untuk pembinaan infrastruktur kebun, dengan had maksimum RM91/hektar. 7. Kaedah Bayaran Balik Bayaran balik kredit akan diurus melalui potongan jualan sawit yang di pasar melalui PPK. Tempoh maksimum ansuran bayaran balik seperti berikut:- i. Kredit input, 4 bulan. ii. Kredit peralatan dan infrastruktur 8 bulan. 8. Proses Pelaksanaan Pelaksanaan skim telah mendapat piawaian ISO, ISO 9001 : 2000. Dalam piawaian ini pelaksanaan skim melalui 6 proses kerja, iaitu:- i. Kempen dan promosi kepada kumpulan sasar. ii. Menerima, memproses dan meluluskan permohonan kredit, iii. Menguruskan pembekalan keperluan input dan membuat bayaran kepada pembekal- pembekal. iv. Menetapkan jadual dan mengurus bayaran balik kredit. v. Mengadakan dua kali lawatan susulan ladang setahun. - Lawatan Susulan 1 Tempoh lawatan antara bulan Januari hingga Ogos tiap-tiap tahun. Fokus lawatan bagi menilai kesan skim dan mengatasi masalah-masalah yang timbul. - Lawatan Susulan 2 Tempoh lawatan antara bulan September hingga Disember tiap-tiap tahun. Lawatan bertujuan menilai prestasi kebun peserta dan membincangkan keperluan kredit bagi tahun berikutnya. 6
  • 7.
    http://www.ridzalmersing.com. i) Mengadakan kursus dan latihan secara berterusan kepada peserta. PERKHIDMATAN SOKONGAN Dalam melengkapkan program ini, PPNJ telah menyediakan perkhidmatan sokongan, termasuklah:- 1. Pemasaran Buah Tandan Segar (BTS) Salah satu syarat penyertaan skim, peserta hendaklah memasarkan hasil ladang mereka kepada PPK. Prestasi pemasaran sentiasa meningkat selaras dengan peningkatan penyertaan skim. Tahun 2009 sejumlah 452,000 tan BTS di pasar melalui PPNJ. 2. Penyediaan Pusat Timbang Sawit Dalam memastikan peserta dan ahli-ahli peladang dapat memasarkan hasil mereka dengan mudah, PPNJ telah menyediakan pusat-pusat timbang dan pembelian sawit di semua PPK. Buat masa ini sebanyak 33 pusat timbang telah beroperasi. Matlamat PPNJ adalah untuk membina pusat-pusat timbang di semua kawasan yang mempunyai keluasan kebun sawit yang bersesuaian. 3. Modal Pusingan Pemasaran BTS Bagi memastikan proses pembelian sawit beroperasi dengan lancar, PPNJ telah menyediakan modal pusingan kepada PPK. Secara purata tiap-tiap bulan PPNJ perlu menyediakan modal pusingan kepada PPK berjumlah RM20.00 juta. 4. Kilang Sawit PPNJ telah mempunyai 2 buah kilang sawit yang berupaya memproses 450,000 tan BTS setahun. Pembinaan kilang ini bertujuan untuk memproses BTS ahli-ahli peladang yang di pasar melalui PPK. Bagi menampung peningkatan penyertaan ahli-ahli peladang PPNJ akan membina kilang sawit ketiga. Ahli-ahli peladang juga telah diberi peluang menyertai ekuiti dalam pembinaan kilang-kilang ini. 7
  • 8.
    http://www.ridzalmersing.com. 5. Pengangkutan PPNJ menyediakan kemudahan skim sewa beli bagi menyediakan kemudahan kepada PPK membeli kenderaan pengangkutan ladang. PPNJ juga menyediakan kemudahan pengangkutan kargo bagi mengangkut BTS ke kilang-kilang sawit. 6. Perundingan Perladangan Satu pasukan perundingan perladangan telah diwujudkan bagi menyediakan khidmat nasihat kepada ahli-ahli peladang yang menyertai skim tersebutt. 7. Pengeluaran Benih Sawit PPNJ memainkan peranan membekalkan benih sawit bermutu kepada ahli-ahli peladang melalui tapak semaian dan pengeluaran biji benih cambah. PRESTASI PELAKSANAAN 1. Penyertaan Pekebun Kecil Bagi tempoh 5 tahun terakhir, 2005 hingga 2009 prestasi penyertaan ahli-ahli peladang sentiasa meningkat, bilangan peserta dan keluasan kebun yang mendapat kemudahan kredit seperti Jadual 1 di bawah:- JADUAL 1. BILANGAN PESERTA DAN KELUASAN KEBUN YANG MENDAPAT KEMUDAHAN KREDIT Tahun Jumlah Peserta (orang) Keluasan Kebun (ha) 2005 1,323 4,150 2006 1,728 5,540 2007 1,817 5,900 2008 2,033 6,620 2009 2,265 7,390 8
  • 9.
    http://www.ridzalmersing.com. 2. Peruntukan Kewangan PPNJ telah menggunakan sumber kewangan dalaman bagi membiayai skim ini, peruntukan yang disediakan sepertimana dalam Jadual 2 berikut:- JADUAL 2. PERUNTUKAN KEWANGAN DALAMAN PPNJ Tahun Jumlah Peruntukan (RM) 2005 3,067,298.00 2006 3,547,078.00 2007 3,413,909.00 2008 5,268,755.00 2009 6,939,341.00 3. Bayaran Balik Kredit Kesemua peserta telah menyelesaikan bayaran balik kredit dalam tempoh yang ditetapkan. Bayaran balik dibuat melalui potongan hasil jualan sawit peserta. FAEDAH PROGRAM Melalui pelaksanaan skim ini PPNJ telah berjaya membantu ahli meningkatkan produktiviti kebun mereka. Secara khususnya ahli-ahli peladang telah berjaya meningkat hasil kebun daripada keadaan-keadaan berikut:- i) Telah mendapat ilmu dan pengetahuan serta mengamalkan kaedah pengurusan kebun yang betul. ii) Menggunakan input yang betul pada masa yang bersesuaian. iii) Mengamalkan kaedah penuaian hasil yang betul. iv) Membentuk satu masyarakat tani yang bersatu padu, berdisiplin dan sentiasa berusaha dalam meningkatkan hasil kebun mereka. IMPAK PROGRAM Secara langsung skim ini telah menghasilkan impak positif dan telah dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil sawit peserta yang diukur melalui petunjuk berikut. 9
  • 10.
    http://www.ridzalmersing.com. i) Peningkatan kadar pengunaan baja oleh peserta SKLT dari 2kg/pokok/tahun kepada 7.5kg/pokok/tahun dengan kekerapan 3 kali setahun. ii) Penghasilan ladang meningkat kepada 30mton/ha/tahun berbanding 15mton/ha/tahun sebelumnya. iii) Peningkatan purata Kadar Perahan minyak meningkat daripada 18.59% kapada 19.00%. iv) Menawarkan harga yang kompetatif berbanding harga asas MPOB pada purata MSM RM 2,568.60/mton berbanding purata harga MPOB RM2,555.00/mton dalam tempoh Jan - Mei 2010. Pencapaian harga MSM Jan-Mei 2010 B UL A N M PO B PP N J BE Z A JA N 2, 51 7. 50 2, 49 1. 91 (25 .5 9) FE B 2, 54 9. 50 2, 55 7. 69 8 .1 9 M AC 2, 63 1. 50 2, 65 8. 03 26 .5 3 A PR IL 2, 54 3. 50 2, 54 6. 25 2 .7 5 M EI 2, 53 3. 00 2, 54 2. 97 9 .9 7 P U RA T A 2, 55 5. 00 2, 55 9. 37 4 .3 7 v) Kesedaran ahli-ahli peladang lebih meningkat dengan pertambahan penyertaan yang ketara dalam program SKLT dengan pertambahan 14% setahun. vi) Pemasaran BTS melalui Program Pemasaran Integrasi Sawit PPNJ/PPK meningkat sebanyak 8% setiap tahun. ANUGERAH DAN PENGHARGAAN Pelaksanaan skim ini telah berjaya membantu ahli-ahli peladang meningkatkan produktiviti kebun mereka. Kejayaan ini telah disahkan melalui beberapa anugerah dan pengiktirafan, termasuklah:- i) Anugerah Kualiti Perdana Menteri Tahun 1994. ii) Anugerah Pengurusan Projek Terbaik Lembaga Pertubuhan Peladang 1996. iii) Mendapat Persijilan ISO, ISO 9001:2000. iv) Anugerah Kualiti Perdana Menteri Tahun 2003. 10
  • 11.
    http://www.ridzalmersing.com. PENUTUP PPNJ telah berjaya melaksana tranformasi kepada usaha ahli-ahli peladang dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka. Matlamat ini dicapai melalui strategi perlaksanaan program berasaskan rantaian projek yang lengkap, bermula dengan aktiviti huluan dan berakhir dengan aktiviti hiliran. Pendekatan dan strategi yang sama akan digunapakai bagi program peningkatan pengeluaran makanan negara, iaitu Program Integrasi Ayam Daging, Program Integrasi Ternakan Ruminan dan Program Integrasi Buah- Buahan. Sekian, Terima kasih. ___________________________________ * Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ), 7,9 & 11 Jalan Persiaran Tanjung, Susur Satu Taman Bukit Alif, 81200 Johor Baru, Malaysia. 11