1. Menu Pilihan
Klik pada butang pilihan
Rujukan Grid
Ketinggian
Arah & Bearing
Graf, Carta & Rajah
Bank Soalan
Menu Utama
2. Di atas peta topografi terdapat beberapa garisan
secara mendatar dan melintang. Garisan-garisan ini
dinamakan garisan rujukan grid.
Kombinasi garisan rujukan grid digunakan untuk
menentukan kedudukan sesuatu lokasi di atas peta.
Garisan menegak dinamakan Garisan Timuran,
manakala garisan melintang dinamakan Garisan
Utaraan .
Garisan Timuran dan Utaraan dinomborkan
berturutan iaitu untuk Garisan Timuran bermula dari
kiri ke kanan manakala Garisan Utaraan bermula dari
bawah ke atas .
Perhatikan arah timuran & Utaraan
3. RG 4 angka
1121
Kedudukan lokasi melalui rujukan grid adalah
berdasarkan persilangan Garisan Timuran
dengan Garisan Utaraan.
Untuk menentukan lokasi rujukan grid ( RG ),
bacaan garisan Timuran hendaklah dibaca
dahulu, diikuti bacaan garisan Utaraan.
Sebagai contoh – RG titik hitam di sebelah
ialah 1121
4. Rujukan grid 4 angka menunjukkan
kedudukan kawasan seluruh persegi empat grid
di dalam peta topografi.
RG 4 angka yang mewakili kawasan tersebut
hendaklah dibaca pada RG sudut bawah
sebelah kiri kawasan empat persegi itu.
Contoh kegunaan RG 4 angka ialah untuk
mengesan lokasi tanaman, kawasan paya,
petempatan dan sebagainya.
Sila perhatikan animasi di atas
5. Rujukan Grid 6 angka boleh digunakan
untuk menentukan lokasi secara lebih
tepat.
RG 6 angka boleh didapati dengan cara 4
membahagikan kotak grid tersebut kepada
10 bahagian secara anggaran.
5
RG 6 angka juga digunakan untuk
menunjukkan ciri-ciri geografi tertentu
seperti kuari, jambatan, masjid, sekolah
dan sebagainya.
Bacaannya adalah seperti bacaan RG 4
angka, Cuma ia ditambah satu lagi angka
pada digit ke 3 dan ke 6.
6. Contoh lokasi RG 4 angka :
Masjid - 1008
Kilang - 1006
Klinik - 1206
Contoh Lokasi RG 6 angka :
Masjid - 104083
Kilang - 107064
Klinik - 125065
Rujukan Grid Tamat
7. Ketinggian sesuatu kawasan boleh
ditentukan melalui beberapa cara
berdasarkan peta topo :
Ketinggian
Warna
Simbol
Warna Garisan Kontur
Simbol Garisan Kontur
Klik 1 kali pada movie untuk ulang tayang
8. Ketinggian
Warna Simbol Garisan Kontur
Tanda Tinggi
Tanda Arah
Stesen
Trigonometri
9. Warna
Ketinggian
Warna yang berbeza boleh
menunjukkan ketinggian yang
berbeza – warna hijau mewakili
Warna Simbol Garisan Kontur tanah pamah, manakala kuning
atau perang kawasan tinggi.
Ton warna juga boleh
menunjukkan aras ketinggian
yang berbeza – warna gelap
mewakili kawasan tinggi
Tanda Tinggi manakala cerah rendah.
Tanda Arah
Stesen
Trigonometri
10. Simbol
Ketinggian Tanda tinggi menunjukkan
poin dan lokasi ketinggian dalam
peta topo dengan tanda titik dan
nilai ketinggian ( . 234 ) untuk
Warna Simbol Garisan Kontur mewakili suatu kawasan dari
aras laut.
Tanda aras menunjukkan
ketinggian secara lebih terpeinci
sehingga mempunyai dua titik
perpuluhan ( . 42.51 ) yang
Tanda Tinggi
menyatakan ketinggian di tepi
jalanraya atau jalan keretapi.
Tanda Arah Stesen trigonometri
menunjukkan ketinggian pada
Stesen puncak bukit, gunung atau tanag
Trigonometri tertinggi. Simbolnya ialah titik
dikelilingi segi tiga dan nilai
ketinggian ( 271 )
11. Tanda Aras ( Bench Mark )
Stesen Trigonometri
Contoh gambaran tanda aras dan stesen trigonometri
12. Ketinggian Garisan Kontur
Warna Simbol Garisan Kontur
Tanda Tinggi
Tanda Arah
Klik 1 kali pada movie untuk ulang tayang
Stesen
Trigonometri
13. Garisan Kontur.
Kaedah ini menunjukkan ketinggian serta
memberi gambaran bentuk muka bumi sesuatu
kawasan dalam peta topo.
Kontur ialah garisan-garisan yang dilukis
pada aras ketinggian yang sama dan
disambung sekelilingnya. Kontur dilukis
dengan selang kontur ( beza ketinggian )
yang tertentu
18. Peta topo menyediakan
berbagai maklumat dalam
bentuk ciri-ciri fizikal dan
budaya geografi.
Penentuan ketinggian dan
rupa bentuk muka bumi
boleh diterjemahkan
melalui garisan kontur
yang telah disediakan
Topik Ketinggian Tamat
19. Arah Mata Angin
Arah mata angin paling utama dan menjadi
rujukan ialah arah Utara.
Empat lagi arah mata angin utama ialah
Selatan, Timur dan Barat.
Namun, untuk memudahkan lagi lokasi arah,
empat lagi tambahan mata angin disediakan
iaitu Timur Laut, Tenggara, Barat Daya dan
Barat Laut.
Menjadikan lapan arah mata angin yang perlu
diketahui untuk menentukan arah berdasarkan
arah mata angin
20. Terdapat tiga arah utara iaitu :
Utara Benar
Utara Magnetik
Utara Grid
Ringkasan :
Utara Benar – Kutub Utara
Utara Magnetik – Rujukan asas
Utara Grid – Rujuk peta topo
21. Oleh kerana bumi condong
pada paksinya, maka
bahagian utara magnetik juga
ikut condong.
Bumi condong pada
paksinya
22. Bearing Sudutan / Bearing Azimut
Bearing sudutan ialah bacaan sudut
mengikut arah pusingan jam dari utara dalam
satu bulatan penuh.
Bearing ini dinyatakan dalam unit darjah
antara 0º hingga 360º
23. Mencari bearing sudutan / azimut
Penentuan sudut mestilah mempunyai 2 titik rujukan iaitu titik
mula dan titik arah tuju
27. Bearing Sukuan.
Kaedah ini berlainan sedikit dari
bearing sudutan.
Terbahagi kepada 4 bahagian dari
satu bulatan lengkap
Bermula dari Utara atau Selatan
diikuti oleh nilai sudut dan diakhiri
dengan arah Timur atau Barat.
Nilai sudut paling maksima ialah 90
darjah.
Terdapat 2 arah putaran iaitu Arah
putaran jam dan lawan jam
28. Bearing Sukuan.
Terbahagi kepada 4 bahagian dari
satu bulatan lengkap
Bermula dari Utara atau Selatan
diikuti oleh nilai sudut dan diakhiri
dengan arah Timur atau Barat.
Nilai sudut paling maksima ialah 90
darjah.
Terdapat 2 arah putaran iaitu Arah
putaran jam dan lawan jam
29. Bearing Sukuan.
Contoh menentukan bearing sukuan :
Kg. Perupok ialah Utara 20º T atau
disebut U 20º T
Bearing Sukuan Bt. Tunggal
Kechil ialah S 45º T
Bearing Sukuan Kg. Kandis
Ialah S 25º B
Bearing Sukuan Kg. Ting ialah
U 30º B
Topik Arah Bearing Tamat
30. Graf merupakan salah satu dari
persembahan maklumat untuk
dipaparkan dan ditafsir oleh
penganalisis.
Banyak persoalan yang berkaitannya
boleh dijawab merujuk kepadanya
Antara jenis-jenis graf ialah :
Graf Palang Biasa
Graf Palang ( Graf Bar ) Majmuk
Graf Palang ( Graf Bar ) Gabungan
Graf Palang ( Graf Bar ) Mendatar
31. Sebelum sesebuah graf dapat dibina, beberapa perkara perlu diambil kira iaitu :
2. Tentukan judul atau matlamat membina graf.
3. Mengumpul data mentah
4. Menganalisis data dan menyusun mengikut kepentingan matlamat.
5. Membina Jadual seperti contoh di atas.
6. Bina graf mengikut kesesuaian judul atau matlamat
7. Graf yang dibina sempurna dan boleh disoal jawab.
32. Setelah data lengkap diperolehi Masukkan angka nilai berdasarkan
dan diproses, bina paksi X dan Y maklumat yang diperolehi.
Nilai perkara yang dimasukkan
mestilah sama dan tepat mengikut
skala pada paksinya
33. Graf ini dipanggil graf bar
majmuk kerana lebih dari satu
perkara dimasukkan ke dalam
graf tersebut.
Sentiasa teliti dan cermat
dengan nilai angka dan
kedudukannya ketika membina
graf ini
38. Gambarajah Bersiri
Penerangan maklumat
menerusi siri gambarajah
seperti di sebelah
memerlukan turutan
gambarajah yang
berkaitan dan mengikut
turutan kejadian.
Turutan tidak boleh
dicampur aduk.
39. Gambarajah Tunggal.
Gambarajah tunggal
hanya memerlukan
satu gambarajah untuk
menerangkan
keseluruhan maklumat.
Namun, maklumat
mestilah disusun
dengan rapi dan tepat.