Petikan ini membincangkan tentang Aidil yang selalu tidak bersarapan pagi dan makan pada waktu rehat kerana terlalu bersemangat untuk bermain dengan kawan-kawannya. Akibatnya, suatu hari Aidil pengsan ketika mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani disebabkan kekurangan zat makanan yang menyebabkannya mengalami masalah kesihatan. Petikan ini menekankan pentingnya bersarapan pagi dan makan pada waktu
Inilah nilai murni dalam skop pelajaran upsr. Hafallah nilai murni ini dan memahaminya dengan sebaik-baiknya. Janji anda skor dalam Bahagian C( BM) - UPSR.
Inilah nilai murni dalam skop pelajaran upsr. Hafallah nilai murni ini dan memahaminya dengan sebaik-baiknya. Janji anda skor dalam Bahagian C( BM) - UPSR.
Check out this interesting presentation on the implementation of integrated statutory and solvency II pillar 3 reporting processes at TVM. TVM is proud to be the first European insurance company to have fully integrated and standardized statutory and solvency II reporting processes producing auditable and traceable data !!
Check out this interesting presentation on the implementation of integrated statutory and solvency II pillar 3 reporting processes at TVM. TVM is proud to be the first European insurance company to have fully integrated and standardized statutory and solvency II reporting processes producing auditable and traceable data !!
The following SlideShare is an introduction for those teachers that are interested in trying out blended learning in their classrooms. Whether you are an elementary teacher or a middle school teacher, you will find tech tools that will help you create engaging lessons for your students. Most importantly, however, you will learn how to effectively flip a lessons that will ensure that your students will engage in deep thinking and experience academic success. Be confident in knowing that you are doing is going to work! ("Visible Learning" by John Hattie is a major source for this presentation)
Math it really should just make sense part 2BillieRengo
This slideshare presentation is the second portion of a two part series. It reviews four comprehension strategies used in math (making connections, visualizing, predicting, and inferring) and then adds asking questions and synthesis. Arthur Hyde's book "Comprehending Math" is the foundation for this presentation.
1. •
•GEMA BAHASA
Indahnya Bahasa Kita..
PENULISAN BM TAHAP 2-BAHAGIAN C
BAHAGIAN C
-Merupakan salah sebuah karangan yang perlu dijawab oleh murid-
murid tahap 2 dalam kertas Penulisan Bahasa Melayu (012) di mana
mereka dikehendaki membuat ulasan tentang petikan atau bahan
rangsangan yang diberi.
-Sebelum membuat ulasan murid perlulah tahu menentukan nilai murni
dalam setiap pernyataan yang terkandung dalam bahan rangsangan
tersebut.
-Ulasan yang dibuat mestilah berkisar tentang petikan sahaja.
-Jumlah markah bahagian ini adalah sebanyak 20 daripada 60.
A.SENARAI NILAI MURNI
RAJIN BERTANGGUNGJAWAB
TOLONG-MENOLONG BERDIKARI
BEKERJASAMA KEBEBASAN
BAIK HATI BERSIKAP SEDERHANA
PEMURAH/MURAH HATI BIJAKSANA / BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN
JUJUR BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI
AMANAH DEDIKASI
RELA/SANGGUP BERKORBAN BERDIKARI
MENGHARGAI MASA BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR
2. MENGHARGAI / MEMBALAS JASA MEMPUNYAI JATI DIRI
PRIHATIN BERANI
BERDISIPLIN HORMAT / MENGHORMATI
MENJAGA KEBERSIHAN PERAMAH/MUDAH MESRA
MENJAGA KESIHATAN IKHLAS
MENJAGA KESELAMATAN KASIH SAYANG/ SIMPATI
SEMANGAT PATRIOTIK RASIONAL
TABAH/SABAR/CEKAL TAAT / PATUH
BERADAB SOPAN SEMANGAT BERMASYARAKAT/ KEJIRANAN
B.MODUL JELMAAN
CONTOH MODUL YANG SAYA GUNAKAN UNTUK MENENTUKAN NILAI MURNI
BIL PENYATAAN NILAI
1 Membawa bekal / menabung berjimat cermat
2 Berjalan kaki ke sekolah menjaga kesihatan
3 Bangun awal berdisiplin / menepati masa
4 Berbaris ketika naik bas / masuk ke kelas berdisiplin
5 Menyapu sampah rajin / mementingkan kebersihan
6 Bersalam / mencium tangan ibu menghormati
7 Membaca buku / mengulang kaji rajin,
8 Melaksanakan tugas yang diberi bertanggungjawab / amanah
9 Memandang ke kanan dan kiri ketika hendak
melintas
berhati-hati / berwaspada
10 Mandi / menggosok gigi / berpakaian bersih mementingkan kebersihan /
3. kesihatan
11 Bersarapan bersama keluarga kasih sayang / mementingkan
kesihatan
12 Sembahyang / solat taat
13 Berdiri tegak semasa lagu Negaraku patriotisme / menghormati
14 Sayang akan negara patriotisme / bertanggungjawab
15 Belajar bersungguh-sungguh tekun / gigih / rajin
16 Memberi salam menghormati
17 Pergi ke perpustakaan mencintai ilmu / menghargai masa
18 Menyediakan jadual harian berdisiplin / menghargai masa
19 Menziarahi kawan sakit / di hospital prihatin / kasih sayang
20 Bertegur sapa sesama jiran semangat kejiranan / hemah tinggi
21 Makan / berbual-bual / bercuti bersama
keluarga
kasih sayang
22 Bergotong- royong kerjasama
23 Menziarahi / berkunjung ke rumah jiran /rakan semangat kemasyarakatan / kasih
sayang
24 Menelefon bomba / ambulans apabila berlaku
kecemasan
cepat bertindak / tanggungjawab
25 Menderma / bersedekah /memberi bantuan baik hati / pemurah
26 Memaafkan kesalahan orang lain hemah tinggi / baik hati
27 Menolong haiwan baik hati / kasih sayang / belas
kasihan
28 Mengendalikan perlawanan dengan adil amanah / tanggungjawab
29 Menyelamatkan kawan lemas setia kawan / kasih sayang / berani
30 Memulangkan barang yang dijumpa jujur
31 Menjaga adik semasa ketiadaaan ibu bapa tanggungjawab / kasih sayang
4. 32 Berterima kasih bersyukur
33 Masak makanaan untuk keluarga / anak tanggungjawab / kasih sayang /
rajin
34 Mengakui kesilapan / menyedari kesilapan insaf / jujur
35 Makan dengan sopan hemah tinggi / tertib
36 Bercakap dengan lemah- lembut Hemah tingggi / sopan / berbudi
bahasa
37 Memakai pakaian sekolah / lencana berdisiplin / patuh
38 Mendengar nasihat patuh / akur
39 Meminta izin guru / ibu bapa menghormati
40 Membantu rakan yang bermasalah baik hati / kasih sayang
41 Menumpukan perhatian semasa guru mengajar endah / tekun
42 Membeli / memberi cenderahati / hadiah / buah
tangan
baik hati / menghargai / kasih
sayang
43 Berdoa kepada tuhan untuk keluarga, rakan kasih sayang / prihatin
44 Tidak menconteng dinding sekolah berdisiplin
45 Mempunyai hobi menghargai masa
46 Memuji keindahan bersyukur, menghargai
47 Tidak terpengaruh hasutan rakan rasional /
48 Menerima pendapat orang lain toleransi / rasional
49 Terselamat daripada bencana / kemalangan bersyukur
50 Menyimpan alatan di tempat asalnya berdisiplin / tanggungjawab
51 Menyusun buku mengikut jadual waktu sekolah berdikari / rajin / tanggungjawab
52 Bercita-cita tinggi berwawasan tinggi
53 Menerima pendapat/cadangan rasional / toleransi
5. 54 Beratur menunggu giliran berdisiplin / bertimbang rasa
55 Berhasrat untuk mencapai kecemerlangan berwawasan tinggi
56 Menyanjungi guru mengenang jasa / menghormati
57 Tidak pernah berputus asa tabah / cekal
58 Melayanan tetamu dengan mesra kasih sayang / hemah tinggi
59 Bersimpati akan bebanan ayah ibu prihatin / kasih sayang
60 Membuang sampah ke dalam tong sampah berdisiplin / mementingkan
kebersihan
61 Mengotakan janji amanah
62 Bersikap tidak keterlaluan / tidak menujuk-
nunjuk
bersedarhana / rendah diri /
hemah tinggi
63 Berfikir sebelum melaksanakan sesuatu rasional
63 Melakukan sesuatu yang tidak melanggar
peraturan
patuh
64 Berkongsi masalah sesama rakan kasih sayang / setia kawan
65 Tidak sombong / meninggi diri rendah diri /
66 Rela berkorban nyawa Ikhlas / pqtriotisme
67 Melaksanakan tugas tanpa merungut dedikasi / ikhlas
68 Membalas budi ibu bapa/ guru/ rakan/jiran mengenang jasa / menghargai
69 Berucap di hadapan kelas/perhimpunan/majlis berani
70 Bersedia menghadapi cabaran berani / yakin
71 Rela mengorbankan masa dan tenaga dedikasi
72 Melakukan tanpa mengharapkan balasan ikhlas
73 Bersatu padu dalam hidup bermasyarakat kerjasama / bermuafakat
74 Percaya akan kebolehan diri sendiri yakin
6. 75 Menjaga perlakuan / pertuturan hemah tinggi
76 Bersepakat dalam menjalankan sesuatu
pekerjaan
bermuafakat
77 Mengambil berat keperluan dan perasaan orang
lain
bertimbang rasa / bertolak ansur
78 Mencipta sesuatu dengan bahan terbuang kreatif / yakin / berani mencuba
79 Mengutamakan golongan orang tua / kanak-
kanak
kasih sayang / baik hati / hemah
tinggi
80 Tidak meninggikan suara apabila bercakap hemah tinggi / sopan
81 Menghadiri kenduri di kawasan tempat tinggal semangat kejiranan / peka
82 Menolong ibu menghidangkan makanan rajin / baik hati
83 Membeli barang yang perlu sahaja berjimat cermat
84 Belajar mengikut jadual yang dibuat sendiri berdisiplin / menepati masa
85 Datang awal ke sekolah menepati masa
86 Merawat binatang yang cedera prihatin / baik hati / cepat
bertindak
87 Menolong kawan yang pernah menolong kita setia kawan
88 Berhenti apabila lampu isyarat merah menyala patuh
89 Ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading berwawasan tinggi
90 Minum air lapan gelas sehari mementingkan kesihatan
91 Memeriksa keadaan kereta sebelum memandu cermat / teliti / tanggungjawab
92 Membalut buku-buku teks sendiri berdikari
93 Melakukan kerja tanpa mengharap balasan ikhlas
94 Memberi baki wang yang terlebih dipulangkan jujur
95 Menerima kekalahan pasukan semangat kesukanan
7. 96 Tidak merungut menghadapi dugaan hidup tabah / cekal
97 Menyesali kesalahan yang pernah dibuat insaf
98 Menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah aktif
99 Mengadakan sambutan Hari Guru / Hari Ibu /
Hari Bapa
menghargai / mengenang jasa
100 Menanam pokok bunga pada waktu lapang menghargai masa
101 Menbelek-belek baju yang hendak dibeli teliti
102 Mengemas tempat tidur apabila bangun berdikari
103 Merindui keluarga yang jauh di kampung kasih sayang
104 Mendengar dan mengikuti arahan guru / ibu
bapa
patuh / akur
105 Menjalankan tugas mengikut jadual tugasan amanah / tanggungjawab
106 Hampir terjatuh keran hendak cepat berhati-hati
107 Memberi perangsang kepada murid-murid tanggungjawab
108 Segera meminta maaf hemah tinggi
109 Segera berlari untuk mendapatkan pertolongan cepat bertindak
110 Berjanji tidak akan mengulangi kesalahan lagi insaf
111 Bersalaman dengan datuk dan nenek menghormati
112 Makan makanan yang tidak berkhasiat mementingkan kesihatan
113 Berazam untuk mengubah kehidupan keluarga berwawasan tinggi
114 Sanggup mengajar dengan percuma ikhlas
115 Menegur rakan yang berbuat salah berani
116 Berjumpa guru jika ada masalah dalam pelajaran berani
8. 117 Berdoa agar rakan cepat sembuh setia kawan / kasih sayang /
prihatin
118 Memberi cenderamata kepada penceramah menghargai
119 Kagum akan keindahan alam cinta akan alam sekitar / bersyukur
120 Memberi tempat duduk kepada wanita
mengandung
baik hati / bertimbang rasa
121 Merayau-rayau di pusat membeli-belah menghargai masa
122 Memandu tanpa lesen patuh
123 Membuang sampah ke dalam sungai tanggungjawab
124 Membaca novel sementara menunggu ibu bapa rajin / menghargai masa
125 Menolong ayah berkebun pada hujung minggu rajin / kasih sayang
126 Menyusun buku-buku di rak yang telah
disediakan
berdisiplin
127 Membeli buku di pameran buku mencintai ilmu
128 Berhati-hati semasa menggunting kertas teliti
129 Membeli barang dengan wang simpanan sendiri berdikari
130 Menyertai perarakan Hari Kebangsaan patriotisme
131 Tidak melayari laman web yang tidak beretika rasional
132 Bersama-sama melakukan kerja kerjasama
133 Jangan cepat memberi hukuman adil / rasional
134 Hidup sepakat membawa berkat bermuafakat / toleransi
135 Tidak memilih rupa atau pangkat rasional / adil
136 Bersaing-saing ketika berbasikal di jalan raya berhati-hati / patuh
137 Berderma kepada mereka yang memerlukan baik hati
138 Menutup suis lampu bilik ketika keluar berjimat cermat
9. 139 Ketua kampung juga turut membantu kami tanggungjawab
140 Berebut-rebut menaiki bas berdisiplin
141 Menghisap rokok hingga menyebabkan rakan
terbatuk
bertimbang rasa / peka
142 Leka menonton televisyen dan tidak menyiapkan
kerja sekolah
menghargai masa
143 Bangun lewat kerana mononton televisyen
hingga larut malam
menghargai masa / menepati masa
144 Terima kasih cikgu, kerana membimbing saya
selama ini
bersyukur / mengenang jasa
145 Berlatih bersungguh-sungguh sebelum menyertai
acara larian
tekun / tanggungjawab
146 Memberi kata-kata semangat kepada rakan yang
menyertai pertandingan
setia kawan
147 Bergotong-royong membersihkan kawasan
rekreasi
kerjasama / mementingkan
kebersihan
148 Memastikan pintu dan tingkap sudah dikunci
sebelum meninggalkan rumah
berhati-hati
149 Sekolah kami telah mengadakan sambutan Bulan
Kemerdekaan
semangat patriotisme
150 Kami bertafakur untuk mengingati para pejuang
negara yang telah terkorban
mengenang jasa
10. C. CONTOH PETIKAN BAHAGIAN C
PETIKAN 1
Setiap pagi, Aidil pergi ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi. Dia ingin cepat
sampai di sekolah kerana hendak bermain dengan kawan-kawannya. Oleh
sebab mahu cepat, dia selalu tidak bersarapan pagi walaupun ibunya telah
menyediakan sarapan kegemarannya, nasi lemak.Ibunya selalu menasihati Aidil
supaya makan dulu sebelum ke sekolah. Ibunya juga memberitahu kesannya jika
tidak bersarapan pagi. Walaupun begitu, Aidil tidak memperdulikannya.Selain
tidak bersarapan pagi, Aidil juga selalu tidak makan pada waktu rehat. Dia
menghabiskan masa rehat itu dengan bermain.Pada suatu hari, ketika mengikuti
aktiviti Pendidikan Jasmani, Aidil pengsan. Doktor mengesahkan Aidil
mengalami gastrik. Sejak peristiwa itu, Aidil menyesal kerana tidak mendengar
nasihat ibunya. Dia berjanji akan bersarapan pagi dan makan mengikut waktu.
PETIKAN 2
Azim sedang leka menonton televisyen. Ibunya datang lalu menyuruhnya segera
masuk tidur kerana hari sudah lewat malam. Ibu tidak mahu Azim terlewat ke
sekolah. Azim segera mematikan suis televisyen. Namun begitu, sebaik sahaja
ibunya masuk ke bilik, Azim secara senyap-senyap kembali menonton
televisyen. Azim tidak mahu terlepas peluang menyaksikan rancangan gusti
yang memang menjadi kegemarannya.Keesokannya, Azim terasa amat berat
untuk bangun. Sudah dua kali ibu Azim mengejutkannya, namun Azim masih
terus berselimut. Azim tersentak apabila matanya terpandang jarum jam yang
sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Azim bingkas bangun lalu tergesa-gesa
bersiap. Dia hampir-hampir tersungkur apabila kakinya terlanggar bucu
katil.Sampai di sekolah, loceng sudah lama berbunyi. Azim ternampak seorang
pengawas dengan buku catatan di tangannya.Azim memasamkan mukanya
apabila pengawas mencatat namanya. Kali ini tentu dia akan didenda lagi.
PETIKAN 3
11. Ayah Saiful telah meninggal dunia. Sejak itu, kehidupan Saiful bersama ibu dan
dua orang adiknya bergantung kepada usaha mereka. Walaupun hidup serba
kepayahan, Saiful dan adik-adiknya sentiasa tenang dan tabah. Saiful sentiasa
membantu ibunya melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan mereka
sekeluarga.Setiap hari, selepas balik dari sekolah, Saiful akan membantu ibunya
menjual kiuh-muih di warung tidak jauh dari rumah mereka. Walaupun
kepenatan kerana melakukan pelbagai kerja, Saiful tidak pernah mengabaikan
tanggungjawab sebagai murid. Dia sentiasa cemerlang dalam akademik dan
kokurikulum.Justeru, tidak hairanlah Saiful sentiasa menerima pelbagai bantuan
daripada rakan, guru dan persatuan bagi membantu membiayai perbelanjaan
persekolahannya. Malah Saiful sering menjadi contoh oleh guru-guru kerana dia
adalah murid cemerlang di sekolah.Sebagai abang, Saiful juga akan sentiasa
memberikan bimbingan kepada adik-adiknya dalam pelajaran. Saiful mahu
memastikan adik-adiknya juga cemerlang sepertinya.
PETIKAN 4
Pada suatu hari, Hamid pergi ke pasar. Dia dilanggar oleh sebuah motosikal
ketika hendak melintas jalan. Kaki kirinya patah. Banyak orang menyaksikan
kemalangan itu termasuk rakannya Amin.Amin berlari ke pondok telefon. Dia
menelefon polis dan ambulans. Hamid dibawa ke hospital. Penunggang
motosikal itu pula membuat laporan polis. Doktor dan jururawat merawat Hamid.
Kakinya yang patah terpaksa disimen. Dia terpaksa tinggal di hospital selama
dua minggu. Dia tidak dapat pergi ke sekolah.Hamid menyesal kerana terburu-
buru ketika hendak melintas jalan. Dia sepatutnya menggunakan jejantas
ataupun lintasan pejalan kaki apabila melintas jalan. Selepas kejadian pada hari
tersebut, Hamid sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya. Dia tidak mahu
kemalangan yang menimpanya berulang.
PETIKAN 5
Di Asia, Nordin Jadi terkenal sebagai juara acara lumba lari 400 meter. Di
Malaysia, beliau terkenal sebagai pelari terpantas. Begitulah kejayaan yang
12. dicapai oleh Nordin Jadi dalam bidang olahraga. Minatnya dalam bidang
olahraga bermula sejak sekolah rendah lagi. Beliau mendapat galakan daripada
guru-gurunya di Sekolah Kebangsaan Paya Mas, Tangkak.Kemudian Nordin
melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Tun Mamat, Tangkak. Ketika itu
beliau berlatih dengan tekun dan gigih. Beliau mempunyai keyakinan bahawa
usaha yang tekun dan gigih pasti memperoleh kejayaan. Kegigihan beliau telah
mendapat perhatian pegawa-pegawai sukan. Beliau telah dipilih mewakili
negara ke Kejohanan Sukan Sekolah Asean. Penglibatan beliau dalam bidang
olahraga telah mengharumkan nama negara di seluruh Asia. Kejayaan yang
diperoleh tidak menjadikan Nordin jadi lupa daratan. Beliau masih tekun
berlatih dan sentiasa mendengar nasihat jurulatih walaupun sudah bergelar
juara
PETIKAN 6
Rizal dan Hafiz berjalan ke pondok telefon untuk membuat panggilan kepada
rakan mereka. Malangnya apabila mereka tiba di situ, mereka berasa hampa
kerana telefon di pondok itu telah rosak. Di dinding pondok telefon itu juga
terdapat beberapa kesan contengan. Mereka dapat mengagak perbuatan itu
dilakukan oleh beberapa orang budak nakal yang tidak bertanggungjawab.
Mereka berdua pernah terlihat beberapa orang budak nakal yang
bermain-main di situ ketika mereka pulang dari sekolah. Mereka berdua
bercadang untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Mereka
berharap setelah laporan itu dibuat, pihak berkuasa akan mengenakan tindakan
yang sewajarnya kepada budak-budak yang tidak bertanggungjawab itu.
Kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan sepatutnya dijaga oleh
semua golongan untuk kemudahan semua penduduk
13. PETIKAN 7
Taman Seri Murni merupakan taman yang terkenal di daerah ini. Taman ini
terkenal kerana kebersihan dan aktiviti-aktiviti yang diadakan. Walaupun
penduduknya terdiri daripada berbilang kaum namun mereka sentiasa bersatu
padu. Mereka hidup dengan harmoni.
Setiap dua bulan, mereka akan turun ke taman tersebut untuk membersihkan
kawasan taman itu. Mereka membersihkan longkang-longkang supaya
pengaliran air tidak tersekat. Air yang tersekat boleh menjadi tempat
pembiakan nyamuk. Aktiviti yang mereka lakukan dapat mengatasi masalah
kekotoran taman, mereka juga dapat mengenali jiran setaman.
Aktiviti senam robik diadakan setiap hari Ahad. Dengan senaman ini kesihatan
penduduk terjamin. Setiap bulan pula diadakan pemeriksaan kesihatan
percuma oleh dua orang doktor yang mempunyai klinik di situ. Pemeriksaan
kesihatan ini merupakan satu cara mereka menabur bakti kepada penduduk
setempat
PETIKAN 8
Izmir seisi keluarga pulang ke kampung mereka di Kuala Kangsar, Perak. Dia
pulang dengan menaiki kereta. Sebelum memulakan perjalanan, terlebih dahulu
ayah Izmir memeriksa keadaan keretanya. Setelah pasti semuanya berada
dalam keadaan selamat, mereka pun memulakan perjalanan.
Di sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan, Izmir terpukau
melihat keindahan Banjaran Titiwangsa yang melatari pemandangan. Selepas
lebih tiga jam di perjalanan, merekapun sampai di kampung mereka. Izmir
bersalaman dengan neneknya sambil menghulurkan buah tangan yang
dibawanya
PETIKAN 9
“Kau bacalah buku Ah Long, jangan asyik menonton televisyen saja .
Peperiksaan dah semakin hampir. Kau tak nak berjaya ke macam anak Mak Cik
14. Melah jiran kita tu,” rungut Puan Swee Mooi pada anaknya.“Alah mak ni,
bisinglah. Tahulah saya nak baca buku.” Saban hari begitulah sikap Ah Long.
Penat menonton dia berbasikal merayau-rayau bersama kawan-kawannya.
Senja baru dia pulang. Nasihat ibu langsung tidak dihiraukannya.
Suatu petang, Ah Long diajak berlumba. Dia yang pantang dicabar
menyahut ajakan kawannya itu. Ah Long mengayuh basikal dengan lajunya.
Malang tidak berbau. Ah Long hilang kawalan apabila terlanggar seekor anjing
yang melintas secara tiba-tiba.
“Makkkk ........!”
”Anak encik perlu menjalani beberapa ujian kerana otaknya mengalami
sedikit gegaran akibat terhentak pada batang pokok semasa kemalangan itu.
Dia akan sedar sedikit hari lagi. Sama-samalah kita berdoa,” pujuk doktor muda
itu kepada Puan Swee Mooi sekeluarga. Air mata Puan Swee Mooi mengalir laju.
PETIKAN 10
Pergi ke pasar bersama Cik Zaitun,
Hendak membeli si ikan parang;
Hidup mesti bersopan santun,
Supaya kita tidak dibenci orang.
Dayung sampan ke Tasik Cini ,
Peluh mengalir nampak di dahi;
Perkara baik kita teladani,
Yang buruk kita jauhi.
Nanas ditanam di tepi paya,
Lalu dijual di pinggir kota;
Rajin berusaha pasti berjaya,
Malas bekerja membawa derita.
15. Bunga kiambang sungguh menawan,
Kembang mekar di pagi hari;
Kalau dapat mengapai awan,
Jangan pula meninggi diri.
Buah labu si buah kundur,
Banyak tumbuh di Pulau;
Perahu terlajak boleh diundur
Terlajak kata membawa padah.
D.CONTOH SOALAN BAHAGIAN C
Nama :………………………….. Tarikh:…………….
Tahun:……………………
Arahan:Tulis lima nilai berdasarkan petikan di bawah.Berikan
contoh yang sesuai berdasarkan petikan
tersebut.Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi
50patah perkataan.Tulis jawapan dalam satu perenggan
sahaja.
Aminah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya.
Tiba-tiba dia dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu meminta
16. wang daripada Aminah.Aminah telah memberikan wang syiling baki
wang sakunya kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan
terima kasih sebelum pergi. Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah
beratur sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang kepada
murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika berada
di dalam bas, dia ternampak seorang murid tahun 2 membuang
sampah melalui tingkap bas. Dia telah menegur budak itu dan
memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana
boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan.
Jawapan:
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
17. Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
1 comment:
1.
Azmee Abdullah12 December 2012 18:33
Satu lagi hasil kerja yang cukup baik bagi penambahbaikan pencapaian murid. Tahniah
dan teruskan usaha murni ini.
Reply
Load more...
Home
Subscribe to: Posts (Atom)
You are honoured to do this
Total Pageviews
18. 12219
TENTANG SAYA
Faridah Doya
View my complete profile
Blog Archive
► 2012 (6)
HALAMAN BLOG
HALAMAN UTAMA
NOTA DAN LATIHAN TATABAHASA
KOLEKSI SOALAN PEMAHAMAN UPSR
VIDEO UNTUK PENGAJARAN BM
PANDUAN PENGAJARAN BM
GALERI HASIL KERJA SAYA
SUDUT PUISI MELAYU
GAMBAR AKTIVITI SEKOLAH
KAJIAN TINDAKAN PENULISAN BM TH 5
PENULISAN BM TAHAP 2-BAHAGIAN C
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA
HIMPUNAN MUTIARA KATA
PENULISAN BM THP 2 - BAHAGIAN B
PERIBAHASA
ASSIGNMENT SEM 1 UPSI
ASSIGNMENT SEM 2 UPSI
PROGRAM TAHUN 6
SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA..
NAMA :FARIDAH DOYA .
NO.MATRIK UPSI :D20112053010
KUMPULAN :EL N03
PENSYARAH:EN.RASYIDI B.JOHAN
TEMPAT BERTUGAS:SK ASTANA RAJA,KOTA,NS
19. Fokus Pengisian Blog:
Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah,Tahap 2
BUAT PENGUNJUNG BLOG...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Terima kasih dan sekalung penghargaan buat semua yang terlibat dalam membantu saya
membangunkan blog ini untuk kerja kursus KRT 3013 (Teknologi Maklumat)...suami,anak-anak
dan rakan-rakan..Jasa anda semua tidak mungkin dapat saya lupakan..
Kepada pengunjung-pengunjung blog..
Terima kasih kerana sudi melayari blog,menjadi pengikut,memberi idea untuk penambahbaikan
dan memberi komen yang membina untuk blog saya yang tak seberapa ini..Ini saja yang mampu
saya siapkan buat masa ini..
Saya benar-benar bersyukur kerana berpeluang mempelajari dan membangunkan blog sendiri
melalui kerja kursus ini..Walaupun dalam proses belajar saya akan cuba sebaik mungkin.Saya
juga berhasrat meneruskan blog ini untuk manfaat semua terutama untuk diri saya sendiri.
Semoga blog ini menjadi wadah perkongsian maklumat dan percambahan ilmu buat semua..
Harapan saya kalian terhibur dengan pengisian blog ini...
Terima kasih..
PENGIKUT SETIA..
Cuteki ecards
*/
layout