Faktor utama yang memacu perkembangan kegiatan pertanian di Belanda pada abad ke-17 dan 18 adalah pertambahan penduduk, aktiviti menebus guna tanah baru, dan pengenalan sistem tanaman bergilir yang memelihara kesuburan tanah. Teknologi pertanian dan sistem penanaman yang lebih canggih juga turut memainkan peranan.
Faktor perkembangan pertanian di belanda (sej stpm sem 1)
1. SOALAN 2
JELASKAN FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KEGIATAN PERTANIAN DI
BELANDA PADA ABAD KE-17 DAN 18
2. Faktor-Faktor Kegiatan Pertanian di Belanda
a)Pertambahan penduduk
b)Kegiatan menebus guna tanah
c)Pengenalan tanaman bergilir
d)Kesuburan tanah
e)Sistem penanaman deretan
f )Sistem batas
g)Teknologi peralatan
3. Pendahuluan
Menjelang abad ke-17 dan 18,Belanda telah mengalami
perkembangan pesat dalam bidang pertanian.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Belanda mencapai
kemajuan pesat dalam bidang pertanian.
4. Pertambahan Penduduk
Pertambahan penduduk di Belanda menyebabkan permintaan untuk
sayur-sayuran meningkat.
Permintaan untuk hasil tenusu meningkat dalam kalangan penduduk
Bandar di Belanda.
Perkembangan ini menyebabkan muncul kawasan-kawasan pertanian di
sekitar Bandar.
5. Kegiatan Menebus Guna Tanah
Perkembangan dalam bidang pertanian disebabkan oleh aktiviti
menebus guna tanah.
Melalui aktiviti ini tanah yang berada di bawah paras laut di
tebus guna untuk kegiatan pertanian.
6. Pengenalan Tanaman Bergilir
Sistem penggiliran tanaman dijalankan secara meluas di Belanda
pada abad ke-17.
Sistem tanah rang telah dimansuhkan di Belanda.
Petani-petani di Belanda berjaya memelihara kesuburan tanah.
7. Kesuburan Tanah
Kemajuan dalam pertanian disebabkan kesuburan tanah.
Para petani mengambil langkah-langkah untuk memelihara
kesuburan tanah seperti penggunaan baja asli dan pemugaran
tanah.
8. Sistem Penanaman Deretan
Sistem ini digunakan dalam penanaman tanaman seperti
jagung,mader,hop,biji kol dan tembakau.
Sistem ini menyebabkan peningkatan dalam pengeluaran hasil
pertanian.
9. Sistem Batas
Sistem penanaman dengan menggunakan batas diperkenalkan.
Sistem batas mewujudkan saliran yang baik bagi memastikan
tanaman tumbuh dengan subur.
Penanaman dalam deretan atau jajaran turut diperkenalkan di
Belanda.
10. Teknologi Peralatan
Perkembangan dalam pertanian disebabkan oleh kemajuan
dalam teknologi pertanian.
Pelbagai jenis peralatan seperti tenggala dan mesin menampi
bijirin diperkenalkan.
11. Kesimpulan
Kemajuan dalam teknologi dan kaedah pertanian menyebabkan
berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.
Perkembangan ini menyebabkan Belanda muncul sebagai negara
yang maju dalam bidang pertanian di Eropah.