Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Faktor barat jajah china 1
1. Tema 4: Konflik Antarabangsa
Soalan: Huraikan / jelaskan faktor yang dijadikan alasan oleh Barat untuk menduduki China
Menjelang abad ke-19, ekonomi China berkembang dengan baik. Kekayaan sumber bahan mentah
menyebabkan kuasa Barat mulai berminat untuk menduduki China. Ekonomi Eropah berkembang pesat
ekoran Revolusi Industri menyebabkan kuasa Barat berusaha mengembangkan pengaruh ke China untuk
mendapatkan bekalan bahan mentah dan juga pasaran yang luas.
Antara alasan yang digunakan oleh kuasa Barat iaitu British untuk menguasai China
ialah perdagangan yang berat sebelah. Dasar tutup pintu atau pemencilan yang diamalkan dan pelbagai
syarat yang dikenakan oleh kerajaan China menyebabkan kuasa Barat kerugian. Sebagai contoh,
pedagang Barat hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton dan urusan perniagaan hanya boleh
dijalankan melalui orang tengah iaitu Co-hong. Selain itu, pedagang Barat juga hanya dibenarkan
berurus niaga dengan menggunakan wang emas atau perak sahaja. Factor inilah yang dijadikan alasan
oleh kuasa Barat untuk menduduki China.
Percanggahan dalam soal perundangan juga dijadikan sebagai alasan oleh kuasa British untuk
menguasai China. Kerajaan China berpegang kepada prinsip “ seseorang yg dituduh melakukan jenayah
dianggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan”. Hal ini bertentangan dengan prinsip
keadilan Barat yang menekankan ”seseorang yg dituduh melakukan kesalahan dianggap tidak bersalah
sehinggalah kesalahan dapat dibuktikan dengan jelas”. Situasi ini diburukkan lagi oleh percanggahan
falsafah undang-undang kedua-dua kuasa tersebut. Falsafah undang-undang China menetapkan
hukuman adalah “tanggungjawab berkumpulan” manakala falsafah Undang-undang Barat menekankan
hukuman adalah “ tanggungjawab individu”.
Soal pengharaman perdagangan candu oleh kerajaan China juga menyemarakan lagi keinginan British
untuk menduduki China. Syarat perdagangan yang ketat oleh kerajaan China menyebabkan
perdagangan tekstil British gagal menembusi pasaran China sekaligus menyebabkan British gagal
mendapatkan bekalan teh dan sutera yang mendapat permintaan tinggi di Eropah. Kegagalan ini
menyebabkan British membawa masuk candu sehingga akhirnya mendapat permintaan tinggi di China.
Kemasukan candu menyebabkan pengaliran keluar wang China sehingga memaksa Maharaja Tao Kuang
mengharamkan perniagaan candu. Hal ini telah dijadikan alasan oleh British untuk menyerang China.
2. Selain itu, isu penyebaran agama Kristian turut dijadikan alasan oleh British untuk menduduki
China. China tidak berpuas hati dengan mubaligh kristian yang berjaya menyebarkan agama Kristian
dalam kalangan masyarakat China. Perkembangan agama Kristian dianggap mengancam kebudayaan
dan tradisi nenek moyang, ajaran Confucius dan Taoisme oleh China. China kemudian bertindak
membunuh paderi, rahib dan pegawai Barat di Tientsin serta membakar gereja. British marah dengan
tindakan China yang dianggap kejam. Mereka menjadikan isu ini sebagai salah satu cara untuk
menguasai China.
Tekanan daripada British dan kekalahan dalam Perang Candu I dan Perang Candu II
menyebabkan China terpaksa menandatangani Perjanjian Nanking [1842] dan Perjanjian Tientsin
[1858]. Perjanjian ini telah membawa kepada pembukaan pelabuhan-pelabuhan di China kepada
pedagangan Barat. Akhirnya, Barat Berjaya menguasai perdagangan di China