   Bersukan menjadi aktiviti wajib di sekolah-
    sekolah. Pelajar sangat digalakkan
    menyertai aktiviti sukan. Terdapat pelbagai
    faedah yang boleh diperoleh dengan
    menyertai aktiviti sukan ini.
   Dengan bersukan, seseorang itu dapat
    menyihatkan badan mereka. Sewaktu
    bersukan, otot-otot akan digerakkan. Selain
    itu, bersukan juga akan mengeluarkan peluh.
    Secara tidak langsung, aktiviti ini akan
    mengeluarkan sisa toksik dalam badan dan
    menjadikan seseorang itu sihat.
   Bersukan juga dapat mengisi masa terluang
    seseorang dengan cara yang baik. Bagi
    remaja masa luang mereka boleh diisikan
    dengan berlatih sukan seperti bola sepak,
    bola keranjang, bola jaring, hoki dan
    sebagainya. Kegiatan-kegiatan yang tidak
    berfaedah seperti melepak, merokok, dan
    vandalisme akan terhindar.
   Hubungan antara jiran tetangga dapat
    dieratkan dengan adanya kegiatan sukan.
    Penduduk sesuatu kawasan akan bermain
    bersama-sama di padang permainan.
    Hubungan yang erat akan membentuk
    masyarakat Malaysia yang harmonis.
    Perpaduan dalam masyarakat akan terus
    terjamin.
   Seseorang yang aktif dalam bidang sukan
    boleh menjadikan bidang ini sebagai sumber
    pendapatan kepada mereka. Mereka boleh
    menjadikan sukan sebagai kerjaya untuk
    menyara kehidupan. Mereka akan
    memperoleh ganjaran daripada setiap
    kemenangan yang dikecapi. Ada antara
    mereka yang sudah bergelar jutawan.
    Contohnya, Datuk Nicole Ann David dan
    Datuk Lee Chong Wai.
   Kesimpulannya, anggapan bahawa aktiviti
    sukan tidak membawa sebarang faedah
    sepatutnya dibuang daripada fikiran.
    Penglibatan dalam aktiviti sukan membawa
    faedah bukan sahaja kepada diri, malah
    kepada masyarakat dan negara. Kerajaan
    juga sudah menyediakan pelbagai
    kemudahan untuk meningkatkan mutu sukan
    negara.

FAEDAH BERSUKAN

  • 2.
    Bersukan menjadi aktiviti wajib di sekolah- sekolah. Pelajar sangat digalakkan menyertai aktiviti sukan. Terdapat pelbagai faedah yang boleh diperoleh dengan menyertai aktiviti sukan ini.
  • 3.
    Dengan bersukan, seseorang itu dapat menyihatkan badan mereka. Sewaktu bersukan, otot-otot akan digerakkan. Selain itu, bersukan juga akan mengeluarkan peluh. Secara tidak langsung, aktiviti ini akan mengeluarkan sisa toksik dalam badan dan menjadikan seseorang itu sihat.
  • 4.
    Bersukan juga dapat mengisi masa terluang seseorang dengan cara yang baik. Bagi remaja masa luang mereka boleh diisikan dengan berlatih sukan seperti bola sepak, bola keranjang, bola jaring, hoki dan sebagainya. Kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak, merokok, dan vandalisme akan terhindar.
  • 5.
    Hubungan antara jiran tetangga dapat dieratkan dengan adanya kegiatan sukan. Penduduk sesuatu kawasan akan bermain bersama-sama di padang permainan. Hubungan yang erat akan membentuk masyarakat Malaysia yang harmonis. Perpaduan dalam masyarakat akan terus terjamin.
  • 6.
    Seseorang yang aktif dalam bidang sukan boleh menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan kepada mereka. Mereka boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya untuk menyara kehidupan. Mereka akan memperoleh ganjaran daripada setiap kemenangan yang dikecapi. Ada antara mereka yang sudah bergelar jutawan. Contohnya, Datuk Nicole Ann David dan Datuk Lee Chong Wai.
  • 7.
    Kesimpulannya, anggapan bahawa aktiviti sukan tidak membawa sebarang faedah sepatutnya dibuang daripada fikiran. Penglibatan dalam aktiviti sukan membawa faedah bukan sahaja kepada diri, malah kepada masyarakat dan negara. Kerajaan juga sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan mutu sukan negara.