1.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Bahagian Pendidikan Islam
Aras Bawah dan Dua, Bangunan Mustapha Kamal,
No. 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 CYBERJAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : 603-8321 7200
Faks : 603-8321 7201
Laman Web : www.bpi.edu.my
E-mel : bpi.kpm@moe.gov.my
CERTIFIED TO ISO 9001:2008
CERT. NO : AR 4373
Ruj. Kami : KP(BPI)5206/3/9.2Jld.24( 6 )
Tarikh : 7 November 2014M
14 Muharram 1436H
Pengarah Pendidikan Negeri
Jabatan Pendidikan Negeri
(u.p. Sektor Pendidikan Islam.)
Y.Bhg.Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MTQSS) KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH, NEGERI DAN KEBANGSAAN KALI KE- 41,
TAHUN 2015M / 1436H
Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia
akan menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
Peringkat Kebangsaan kali ke-41 Tahun 2015M/1436H.
3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Lampiran Dokumen Pertandingan dan
Takwim Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia kali ke-41
Tahun 2015M/1436H. Dokumen Pertandingan ini boleh juga dimuat turun dari laman web BPI
(www.bpi.edu.my). Bahagian ini amat berbesar hati sekiranya pelaksanaan Majlis Tadarus
Al-Quran di peringkat sekolah, daerah dan negeri dapat dilaksanakan mengikut takwim yang telah
ditetapkan.
4. Bahagian ini turut memohon kerjasama Y.Bhg.Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk memanjangkan
surat makluman ini berserta salinan Lampiran Dokumen Pertandingan dan Takwim ke semua
Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Bahagian dan sekolah-sekolah dibawah
pentadbiran Y.Bhg.Datuk/Dato’/Tuan/Puan.
5. Perhatian dan kerjasama Y.Bhg.Datuk/Dato’/Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Sekian.
2.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“AL-QURAN NADI TRANSFORMASI UMMAH”
Saya yang menurut perintah,
(HJH. KAMARIAH BINTI ISA)
Timbalan Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia.
s.k Pengarah Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
3. LAMPIRAN
TAKWIM MAJLIS TADARUS AL-QURAN
SEKOLAH-SEKOLAH (MTQSS) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KALI KE-41 TAHUN 2015M / 1436H
Bil Peringkat Tarikh Negeri/Tempat Tindakan
1
MTQSS KPM
Peringkat Sekolah
Februari /
Mac
Sekolah
Guru Besar/
Pengetua
2
MTQSS KPM
Peringkat
Daerah/Zon/PPB
Mac / April PPD/PPB PPD/PPB
3
MTQSS KPM
Peringkat Negeri
April JPN JPN
4
MTQSS KPM
Peringkat
Kebangsaan
Mei
Akan dimaklumkan
kelak
BPI /
JPN