1. Semakin hari semakin membesar anak2....... erm... mcm2 perangai yg keluar.... kadang2 ilang
sabar ciklinn sebagai ibu........ tapi yerlah itulah tanggungjawab kita sebagai ibu menjaga... dan
mendidik anak2..... so ku google lah doa2 yg kita sama2 leh amalkan untuk mendapatkan anak2
yg soleh dan solehah dunia dan akhirat.....
Untuk simpanan sendiri.......... dan juga untuk dikongsi bersama2 kawan2...... sama2 kita
amalkan nyer......
ni dari blog Jue rahim....
a) Baca Fatihah (1 kali)
b) Baca Ayat Kursi (1 kali)
c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)
d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)ayat
Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang,
lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.
2. atau
Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3
kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau
lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada
makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
atau
Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali
Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu
berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya
Rahman’berulang-ulang.
INFO: Tip untuk ibu bapa
Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi
dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau
gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala.
Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian
dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala
mereka selain memberikan nasihat.
Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia „shifa‟
iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh
menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan
bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan
malam.
2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi
memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya
ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa
penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan
jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
3. 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan
tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air
yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk
ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas
pada sebelah pagi dan malam.
4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan
berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau
dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW:
“Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan
hatinya selama 40 hari.”
Dari yg ustaz bg tau kat video diatas..........cara2 nya ialah...
Sediakan air satu jug dan bacakan
Baca Bismillahirrahmannirahim 786 kali
dan surah yasin ayat 71 sebanyak 71 kali
tiup kedalam air... dan diberi minum kepada anak2....
ustaz kata insyaallah tak nakal lagi dah lepas tu...... kalau nakal lagi.. baca lagi.... dan kalau nakal
lagi baca lagi.... dan kalau nakal gak lagi.... KORANG SALAH BACA LAH TU....
HAHHAHA.... kelakar lak ustaz nih....
atau baca surah toha ayat 1-6 sebanyak 1000 kali.... dgn cara tiap2 malam baca 3 kali ayat
tersebut dan ditiupkan ke ubun2 anak semasa mereka tido.....