SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Fadhilat Surah Yaasin

KERBERKATAN YAASIIN (DR FATMA ELZAHRAA)

Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang..

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat
ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.


Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan
kejahatan mulut.
Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita.
Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah
s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik... Caranya:
Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Mu hammad, Kita
orang Islam dll.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk
tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini
dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di
pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka
setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang
kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t.
yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal -Elok dibaca sewaktu
menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan
fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Mencer itakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama -
Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang
Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan
sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
( amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I've
practiced this method subhanallah, effective)
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan
amalan.
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan
urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa
bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat)
menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"
(Ayat 78 dan 79) -
Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun
tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang
menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala
makhluk."
Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada
air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang
bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya:
Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa
apa sahaja hajat.

Wallahualam.

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6.
Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati
dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wallahualam.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:
Yasin is the jantung of Al-Quran
Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran
Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:
Child is sick
Feeling troubled.
Memudahkan urusan
Memudahkan perjalanan
As selusoh (to ease pain when giving birth)
Read Yasin (3x) over water
Read 3 Qul (three times each)
Fatihah
Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira
mati
dalam tidur, dosa diampunkan.
Ayat 9 - "Wajaalna... ."
Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..
Lindungi diri dari dianiaya
Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
Baca Ayat 9
Fatihah
Read 3 Qul (three times each)
Ayat Kursi
Ayat 29 - "In kanat illa...."
Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar
kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 - "subhanallazi. ."
Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan
sapu ke muka pada pagi hari
Ya Wadud (3x)

Ayat 58 - "Salamun..."
Jika sakit anggota
Tak tenang hati
Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit ( amat mujarab buat sakit kepala
dan flu amalkan insyallah baik, I've practiced this method subhanallah,
effective)
Ayat 76 - "Falayahzun. ."
Bila rasa sedih
Untuk menenangkan hati
Gosok jantung sambil baca
Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."
Tulang patah
Sakit sendi
Sakit lutut

Ayat 82 - "Innama amruhu.."
Jika mandul
Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan
Dry method
Sembahyang tahjud
Sembahyang hajat
Doa minta hajat
Baca ayat 100 x dengan yakin
Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh
penyakit dalam badan)
Seperti di atas
Bila baca ayat, tiup dalam air
Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
o Doa sambil minum
o Untuk 41 pagi
Wallahualam.
Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal
aa'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

Dalam YASSIN merangkum:
Ø Ilmu Pertanian < BR>Ø Ilmu Falak
Ø Ilmu Laut
Ø Ilmu Kiamat
Ø Ilmu Ciptaan Manusia
Ø Ilmu Binatang
Ø Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang
sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi
mereka
dan bukannya di kubur.(terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu baca,
agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup
insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.
***** sekadar informasi *******
Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam
Al-Quran adalah:
Ø Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Ø Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Ø Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat
yang mujarab.
Ø Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.




Khasiat Surah Al-Ikhlas
Surah Al Ikhlas
Au zubillah himinashsyaitannirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Mesej Bergambar

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan
syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.

Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu Ahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. wa
lam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali..

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah alam kepada anggota rumah dan
sekiranya tada orang di rumah, berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita
menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,amalan daripada salam yang diucap di
akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,maka dia tidak akan
membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan
membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :siapakah antara kamu yang dapat
khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tigaminit? tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah
Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil boleh mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali
membaca surah Al-Ikhlas 3 kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya Rasulullah SAW) israk ke langit,
maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya
setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya
pahala dari bacaan kami ini kami berikan kpd orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun
perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam
yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a..s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat
Israfil a.s.

     Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa
     kefakiran.” Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak
     akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu
     Mas’ud r.a.)
     Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana
     sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady) Sabda Rasulullah s.a.w. :
     “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa
     kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah
     ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
     Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap
     hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan
     memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta
     berkah pula.”
     Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri
     dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat
     pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari
     kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula
     penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari
     berbangkit.
     Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
     Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari
     kemiskinan selamanya.
     Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh
     kekayaan yang berlimpah ruah.
     Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan
     segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
     Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali
     selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu
     melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
     Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu
     bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25
     kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu,
     selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini
     sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali.
Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali
     pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
     Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk
     roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis,
     kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan
     mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
     Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya “Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih
     dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya
     “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan
     sayur-sayuran sahaja.
     Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila
     bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah
     pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
     Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian
     selawat 1000 kali.
     Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.


SURAH AL-MULK
Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-
pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak
menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka
tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu
datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas
kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda
bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar
pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis
bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-
Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang
membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun
unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu
memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira,
sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu
tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca
surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."
5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al
Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti
untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam
Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan
datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka
selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah
yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al
Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari
Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu
melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari
kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut
kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada
hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya
beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-
rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat
pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga
menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu
wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan:
"Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya
mengandungi surah Al Mulk."

            HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH DAN AYAT ALQURAN ALKARIM
            By -

     BISMILLAH (Dengan nama Allah)

     Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan
     dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan
     daripada kematian terkejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang
     yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan
     kehebatan kepada pembaca.

     SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya
permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan
ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu,
nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya
rohaninya.

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari
tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi
kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran
dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan
kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk
lalu membaca sekali, nescaya Allah ! Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah
akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, raya berdoa untuk sipembaca
sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut se dalam hadith yang lain:Barangsiapa
membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya
hingga kesubuh, dan mengurniakan
kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada
malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan:Barangsiapamembacanya
selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut,
dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid
yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a.
mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000
kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran
ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)

Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan
terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)

Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai
kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

SURAH AN-NISSA‟ (Perempuan)

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari
kejahatan para penjahat.

SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)

Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari
berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang.
Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum
kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

SURAH AL-AN‟AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala
bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat
dari karam dan tenggelam.

SURAH AL-A‟RAAF (Benteng Tinggi)

Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu
beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca
ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan
mendapat rahmat Allah.

SURAH AL- ANFAL (Rampasan)

Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati
oleh sekalian manusia.

SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai
hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,dikedai atau ditempat-tempat
perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

SURAH YUNUS (Yunus)

Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil, nescaya ia
melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.Barangsiapa membaca ayat 64
dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

SURAH AL-HUD (Hud)

Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta
ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada
setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang
yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap
sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

SURAH YUSUF (Yusuf)

Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.
Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran
hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan
kesalehan kepada anak-anaknya.

SURAH AR-RA‟D (Petir)

Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa
membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan
terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida‟ah.

SURAH AL-IIIJ‟R (Batu Gunung)

Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu
anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap
insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia
pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang
setempat dengannya.

SURAH AL-KAHF (Gua)

Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa
membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

SURAH MARYAM (Maryam)

Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH THAAHAA (Hai Manusia)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan
dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28
sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan
akalnya akan sempurna.

SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)

Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar
pangkat di sisi Allah s.w.t .

SURAH AL-HAJ (Haji)

Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH AL-MU‟MINUN (Orang-orang Mukmin)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum
minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari
surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat
dari kecurian dan serangan musuh.

SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang
siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya
dia akan disegani oleh orang ramai.

SURAH AL-FURQAN (Pembaca)

Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di
dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar
dan ular-ular yang bisa.

SURAH ASY-SYU A‟RA (Ahli-ahli Syair)

Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-
orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

SURAH AN-NAML (Semut)

Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)

Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri
dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya
otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)

Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya,
nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

SURAH AR-RUM (Rum)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak
menzaliminya.

SURAH LUQMAN (Luqman)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari
penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat31 dari surah ini, nescaya akan
terselamat dari bencana banjir.

SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)

Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru
lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.

SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat
kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari
surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH
SABA„ (
Saba„)

Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari
rosaknya tanam-tanaman.

SURAH FAATHIR (Pencipta)

Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.

SURAH YAASIIN (Hai Manusia)

Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran
ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali
dosa syirik..” Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu
membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya
Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.” Dalam satu hadith yang lain pula
Baginda s.a.w bersabda : “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap
umatku.” Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan
cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa
istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh
Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan
maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia
mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap
sembahyang Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh
seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan
kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.
Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar di! dapati di dalam kitab-kitab
hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)

Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

SURAH SHAAD (Shaad)

Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian
sejati.”Berdoalah kepadaKu, nanti Aku perkenankan permintaanmu. Sesungguhnya orang-
orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka
jahannam dengan hina.”

[Al-Mukmin: 60]

More Related Content

What's hot

Megobati penyakit
Megobati penyakitMegobati penyakit
Megobati penyakitHelmon Chan
 
99 nama baginda nabi muhammad
99 nama baginda nabi muhammad99 nama baginda nabi muhammad
99 nama baginda nabi muhammadArya Dinpanggah
 
Jiwa Lebih Tenang dengan Banyak Melakukan Sujud
Jiwa Lebih Tenang dengan Banyak Melakukan SujudJiwa Lebih Tenang dengan Banyak Melakukan Sujud
Jiwa Lebih Tenang dengan Banyak Melakukan Sujudnailalmuna2802
 
40 cara menyelesaikan_masalah
40 cara menyelesaikan_masalah40 cara menyelesaikan_masalah
40 cara menyelesaikan_masalahHelmon Chan
 
10 pertanyaan yang menyadarkan
10 pertanyaan yang menyadarkan10 pertanyaan yang menyadarkan
10 pertanyaan yang menyadarkanloevera
 
Risalah amalan 10 hari terakhir ramadhan
Risalah amalan 10 hari terakhir ramadhanRisalah amalan 10 hari terakhir ramadhan
Risalah amalan 10 hari terakhir ramadhanI-r Papa
 
40 nasehat perkawinan
40 nasehat perkawinan40 nasehat perkawinan
40 nasehat perkawinandios79
 
kesesatan kitab barzanji, qashidah burdah dan maulid syarafil anam
 kesesatan kitab barzanji, qashidah burdah dan maulid syarafil anam kesesatan kitab barzanji, qashidah burdah dan maulid syarafil anam
kesesatan kitab barzanji, qashidah burdah dan maulid syarafil anamR&R Darulkautsar
 
Tafsir Al azhar 094 al insyiraah
Tafsir Al azhar 094 al insyiraahTafsir Al azhar 094 al insyiraah
Tafsir Al azhar 094 al insyiraahMuhammad Idris
 
Terjemah kitab safinatun najah lengkap
Terjemah kitab safinatun najah lengkapTerjemah kitab safinatun najah lengkap
Terjemah kitab safinatun najah lengkapSoim Ahmad
 
Meruqyah Rumah dan/atau Tempat Usaha
Meruqyah Rumah dan/atau Tempat UsahaMeruqyah Rumah dan/atau Tempat Usaha
Meruqyah Rumah dan/atau Tempat UsahaFitri Indra Wardhono
 
12 buletin hikmah jumat laz nas chevron duri edisi xii 2013 tawadhu kepada se...
12 buletin hikmah jumat laz nas chevron duri edisi xii 2013 tawadhu kepada se...12 buletin hikmah jumat laz nas chevron duri edisi xii 2013 tawadhu kepada se...
12 buletin hikmah jumat laz nas chevron duri edisi xii 2013 tawadhu kepada se...LAZNas Chevron
 

What's hot (18)

Megobati penyakit
Megobati penyakitMegobati penyakit
Megobati penyakit
 
Akhlaq
AkhlaqAkhlaq
Akhlaq
 
Juzuk Amma : Perspektif Munasabah
Juzuk Amma : Perspektif MunasabahJuzuk Amma : Perspektif Munasabah
Juzuk Amma : Perspektif Munasabah
 
Ruqyah syariah-isnad-tadawi
Ruqyah syariah-isnad-tadawiRuqyah syariah-isnad-tadawi
Ruqyah syariah-isnad-tadawi
 
99 nama baginda nabi muhammad
99 nama baginda nabi muhammad99 nama baginda nabi muhammad
99 nama baginda nabi muhammad
 
Jiwa Lebih Tenang dengan Banyak Melakukan Sujud
Jiwa Lebih Tenang dengan Banyak Melakukan SujudJiwa Lebih Tenang dengan Banyak Melakukan Sujud
Jiwa Lebih Tenang dengan Banyak Melakukan Sujud
 
40 cara menyelesaikan_masalah
40 cara menyelesaikan_masalah40 cara menyelesaikan_masalah
40 cara menyelesaikan_masalah
 
Tadabbur Surah al-Asr
Tadabbur Surah al-AsrTadabbur Surah al-Asr
Tadabbur Surah al-Asr
 
10 pertanyaan yang menyadarkan
10 pertanyaan yang menyadarkan10 pertanyaan yang menyadarkan
10 pertanyaan yang menyadarkan
 
Risalah amalan 10 hari terakhir ramadhan
Risalah amalan 10 hari terakhir ramadhanRisalah amalan 10 hari terakhir ramadhan
Risalah amalan 10 hari terakhir ramadhan
 
40 nasehat perkawinan
40 nasehat perkawinan40 nasehat perkawinan
40 nasehat perkawinan
 
kesesatan kitab barzanji, qashidah burdah dan maulid syarafil anam
 kesesatan kitab barzanji, qashidah burdah dan maulid syarafil anam kesesatan kitab barzanji, qashidah burdah dan maulid syarafil anam
kesesatan kitab barzanji, qashidah burdah dan maulid syarafil anam
 
Tafsir Al azhar 094 al insyiraah
Tafsir Al azhar 094 al insyiraahTafsir Al azhar 094 al insyiraah
Tafsir Al azhar 094 al insyiraah
 
Ringan tapi berat
Ringan tapi beratRingan tapi berat
Ringan tapi berat
 
Terjemah kitab safinatun najah lengkap
Terjemah kitab safinatun najah lengkapTerjemah kitab safinatun najah lengkap
Terjemah kitab safinatun najah lengkap
 
Meruqyah Rumah dan/atau Tempat Usaha
Meruqyah Rumah dan/atau Tempat UsahaMeruqyah Rumah dan/atau Tempat Usaha
Meruqyah Rumah dan/atau Tempat Usaha
 
12 buletin hikmah jumat laz nas chevron duri edisi xii 2013 tawadhu kepada se...
12 buletin hikmah jumat laz nas chevron duri edisi xii 2013 tawadhu kepada se...12 buletin hikmah jumat laz nas chevron duri edisi xii 2013 tawadhu kepada se...
12 buletin hikmah jumat laz nas chevron duri edisi xii 2013 tawadhu kepada se...
 
Dzikir dan doa
Dzikir dan doaDzikir dan doa
Dzikir dan doa
 

Viewers also liked

Viewers also liked (9)

Rahasia indah surat al fatihah
Rahasia indah surat al fatihahRahasia indah surat al fatihah
Rahasia indah surat al fatihah
 
Ceramah perubatan AL-QURAN
Ceramah perubatan AL-QURANCeramah perubatan AL-QURAN
Ceramah perubatan AL-QURAN
 
Bahasa, takwil, dan makna
Bahasa, takwil, dan   maknaBahasa, takwil, dan   makna
Bahasa, takwil, dan makna
 
Fatihah Ayah 1-7 Notes
Fatihah Ayah 1-7 NotesFatihah Ayah 1-7 Notes
Fatihah Ayah 1-7 Notes
 
Islamiat project
Islamiat projectIslamiat project
Islamiat project
 
Panduan menanda karangan
Panduan menanda karanganPanduan menanda karangan
Panduan menanda karangan
 
4. hakikat manusia
4. hakikat manusia4. hakikat manusia
4. hakikat manusia
 
Jalaluddin rumi
Jalaluddin rumiJalaluddin rumi
Jalaluddin rumi
 
99 names of allah
99 names of allah99 names of allah
99 names of allah
 

Similar to YASSIN_BERKATAN

Similar to YASSIN_BERKATAN (20)

Kelebihan surah ikhlas
Kelebihan surah ikhlasKelebihan surah ikhlas
Kelebihan surah ikhlas
 
Kelebihansurahikhlas
KelebihansurahikhlasKelebihansurahikhlas
Kelebihansurahikhlas
 
Kelebihansurahikhlas
KelebihansurahikhlasKelebihansurahikhlas
Kelebihansurahikhlas
 
Kelebihansurahikhlas
KelebihansurahikhlasKelebihansurahikhlas
Kelebihansurahikhlas
 
Kelebihansurahikhlas
KelebihansurahikhlasKelebihansurahikhlas
Kelebihansurahikhlas
 
Kelebihan surah ikhlas
Kelebihan surah ikhlasKelebihan surah ikhlas
Kelebihan surah ikhlas
 
Kelebihansurahikhlas
KelebihansurahikhlasKelebihansurahikhlas
Kelebihansurahikhlas
 
Kita sering kali membaca surah yaasin
Kita sering kali membaca surah yaasinKita sering kali membaca surah yaasin
Kita sering kali membaca surah yaasin
 
PPT Materi kelas Ruqyah.pptx
PPT Materi kelas Ruqyah.pptxPPT Materi kelas Ruqyah.pptx
PPT Materi kelas Ruqyah.pptx
 
Doa nuurun-nubuwwah-1-nur-buat
Doa nuurun-nubuwwah-1-nur-buatDoa nuurun-nubuwwah-1-nur-buat
Doa nuurun-nubuwwah-1-nur-buat
 
Terapi ruqyah untuk kesuburan dan kehamilan
Terapi ruqyah untuk kesuburan dan kehamilanTerapi ruqyah untuk kesuburan dan kehamilan
Terapi ruqyah untuk kesuburan dan kehamilan
 
Asas perubatan islam
Asas perubatan islamAsas perubatan islam
Asas perubatan islam
 
Doa untuk-perniagaan
Doa untuk-perniagaanDoa untuk-perniagaan
Doa untuk-perniagaan
 
Pendinding diri, keluarga & harta
Pendinding diri, keluarga & hartaPendinding diri, keluarga & harta
Pendinding diri, keluarga & harta
 
Pendinding diri, keluarga dan harta
Pendinding diri, keluarga dan hartaPendinding diri, keluarga dan harta
Pendinding diri, keluarga dan harta
 
(6)solat sunat
(6)solat sunat(6)solat sunat
(6)solat sunat
 
(6)solat sunat
(6)solat sunat(6)solat sunat
(6)solat sunat
 
Fiqih Janaiz.doc
Fiqih Janaiz.docFiqih Janaiz.doc
Fiqih Janaiz.doc
 
Fiqih Janaiz.doc
Fiqih Janaiz.docFiqih Janaiz.doc
Fiqih Janaiz.doc
 
Fiqih Janaiz.pdf
Fiqih Janaiz.pdfFiqih Janaiz.pdf
Fiqih Janaiz.pdf
 

YASSIN_BERKATAN

  • 1. Fadhilat Surah Yaasin KERBERKATAN YAASIIN (DR FATMA ELZAHRAA) Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang.. Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat. Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak. Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut. Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt. Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya). Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik... Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Mu hammad, Kita orang Islam dll. Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur. Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah. Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula. Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu. Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak. Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu. Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal -Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan. Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup. Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t. Ayat 49 - Mencer itakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba Tiupan ke-dua - Hancur Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar. Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya. Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x. ( amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I've practiced this method subhanallah, effective) Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan
  • 2. amalan. Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt. Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini. Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk." Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat. Wallahualam. 1. Selepas sembahyang subuh 2. 3 Jumaat berturut-turut 3. Ayat 1 - Yassin baca 7x 4. Ayat 38 - 12x 5. Ayat 58 - 7x 6. Ayat 82 - 14x 7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x. 8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah. 9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul. Wallahualam. Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan: Yasin is the jantung of Al-Quran Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin: Child is sick Feeling troubled. Memudahkan urusan Memudahkan perjalanan As selusoh (to ease pain when giving birth) Read Yasin (3x) over water Read 3 Qul (three times each) Fatihah Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x) Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan. Ayat 9 - "Wajaalna... ." Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah.. Lindungi diri dari dianiaya Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur Baca Ayat 9
  • 3. Fatihah Read 3 Qul (three times each) Ayat Kursi Ayat 29 - "In kanat illa...." Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda. Ayat 36 - "subhanallazi. ." Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari Ya Wadud (3x) Ayat 58 - "Salamun..." Jika sakit anggota Tak tenang hati Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit ( amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I've practiced this method subhanallah, effective) Ayat 76 - "Falayahzun. ." Bila rasa sedih Untuk menenangkan hati Gosok jantung sambil baca Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..." Tulang patah Sakit sendi Sakit lutut Ayat 82 - "Innama amruhu.." Jika mandul Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan Dry method Sembahyang tahjud Sembahyang hajat Doa minta hajat Baca ayat 100 x dengan yakin Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan) Seperti di atas Bila baca ayat, tiup dalam air Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain o Doa sambil minum o Untuk 41 pagi Wallahualam. Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal aa'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya. Dalam YASSIN merangkum: Ø Ilmu Pertanian < BR>Ø Ilmu Falak Ø Ilmu Laut Ø Ilmu Kiamat Ø Ilmu Ciptaan Manusia Ø Ilmu Binatang Ø Ilmu Kenabian Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi
  • 4. mereka dan bukannya di kubur.(terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua. ***** sekadar informasi ******* Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah: Ø Buah Zaiton - Elok untuk kulit Ø Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga) Ø Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab. Ø Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak. Khasiat Surah Al-Ikhlas Surah Al Ikhlas Au zubillah himinashsyaitannirrajim...bismillahirrahmannirrahim" Mesej Bergambar Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu Ahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. wa lam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah alam kepada anggota rumah dan sekiranya tada orang di rumah, berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tigaminit? tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil boleh mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas 3 kali.
  • 5. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kpd orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a..s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.” Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.) Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady) Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.” Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.” Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit. Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain: Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya. Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah. Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki. Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan. Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali.
  • 6. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil. Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh. Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya “Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja. Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya. Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali. Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya. SURAH AL-MULK Kelebihan Surah Al-Mulk Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca- pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan: "Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka." Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya: 1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al- Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk." 2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur." 3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya." 4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."
  • 7. 5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir. 6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga." 7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga." 8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk." 9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka." 10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf." 11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia- rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk." 12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk." Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk." HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH DAN AYAT ALQURAN ALKARIM By - BISMILLAH (Dengan nama Allah) Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca. SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
  • 8. Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya. AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah ! Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, raya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut se dalam hadith yang lain:Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan:Barangsiapamembacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka. SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina) Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya. SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin. SURAH AN-NISSA‟ (Perempuan) Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat. SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi. SURAH AL-AN‟AM (Binatang Ternak)
  • 9. Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam. SURAH AL-A‟RAAF (Benteng Tinggi) Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah. SURAH AL- ANFAL (Rampasan) Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia. SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan) Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. SURAH YUNUS (Yunus) Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau. SURAH AL-HUD (Hud) Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati. SURAH YUSUF (Yusuf) Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya. SURAH AR-RA‟D (Petir) Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh. SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
  • 10. Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida‟ah. SURAH AL-IIIJ‟R (Batu Gunung) Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya. SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya. SURAH AL-KAHF (Gua) Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah. SURAH MARYAM (Maryam) Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. SURAH THAAHAA (Hai Manusia) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna. SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi) Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t . SURAH AL-HAJ (Haji) Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya. SURAH AL-MU‟MINUN (Orang-orang Mukmin) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh. SURAH AN-NUUR (Cahaya)
  • 11. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai. SURAH AL-FURQAN (Pembaca) Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa. SURAH ASY-SYU A‟RA (Ahli-ahli Syair) Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang- orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu. SURAH AN-NAML (Semut) Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya. SURAH AL-QA-SHASH (Cerita) Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus. SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah) Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah. SURAH AR-RUM (Rum) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya. SURAH LUQMAN (Luqman) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir. SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani. SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
  • 12. Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya. SURAH SABA„ ( Saba„) Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman. SURAH FAATHIR (Pencipta) Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya. SURAH YAASIIN (Hai Manusia) Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..” Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.” Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.” Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar di! dapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian. SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris) Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin. SURAH SHAAD (Shaad) Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.”Berdoalah kepadaKu, nanti Aku perkenankan permintaanmu. Sesungguhnya orang- orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahannam dengan hina.” [Al-Mukmin: 60]