Dokumen tersebut merupakan buku panduan unit hal ehwal murid (HEM) di sebuah sekolah menengah kejuruan. Ia menyediakan prosedur kerja untuk guru tingkatan dalam menguruskan pelbagai aspek pentadbiran kelas seperti jadual kedatangan murid, pengurusan disiplin, inventori kelas, dan pengurusan fail peribadi murid. Buku panduan ini bertujuan memastikan pengurusan kelas dilaksanakan dengan sistematik
Dokumen tersebut merupakan buku panduan unit hal ehwal murid (HEM) di sebuah sekolah menengah kejuruan. Ia menyediakan prosedur kerja untuk guru tingkatan dalam menguruskan pelbagai aspek pentadbiran kelas seperti jadual kedatangan murid, pengurusan disiplin, inventori kelas, dan pengurusan fail peribadi murid. Buku panduan ini bertujuan memastikan pengurusan kelas dilaksanakan dengan sistematik
This document outlines the organizational chart for student affairs management at SMK Khir Johari Sungai Sumun. It lists the principal and various heads of departments, including administration, co-curricular activities, student affairs, evening programs, pre-university programs, registration, guidance, documentation, student welfare and takaful, 3K committee, scholarships, community and parent resources, independence day celebrations, discipline, hostel management, counselling, extra lessons and post-exam activities, and moral value appreciation. It also lists coordinators for specific programs.
The document analyzes student attendance rates in 2012. It shows the number of absent students, attending students, expected students, and attendance rate by month. On average, student attendance was 95.94% for the year 2012.
Borang analisa kehadiran murid tahun 2015farahliana23
Borang ini digunakan untuk merangkum data kehadiran murid bulan demi bulan, termasuk jumlah murid, bilangan hari ponteng berterusan dan tidak berterusan, serta peratusan kehadiran. Ia perlu diserahkan kepada pihak sekolah pada 3hb setiap bulan.
Ada beberapa masalah moral yang dihadapi remaja seperti pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah, gangsterisme, vandalisme, merokok. Faktor penyebabnya termasuk diri sendiri, pengaruh rakan, keluarga, masyarakat dan sekolah. Langkah yang dapat diambil adalah peranan keluarga dan sekolah seperti memberikan perhatian dan penapisan media.
1. 1
DASAR JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
Pengenalan
Pengurusan Unit Hal Ehwal satu proses pengendalian sumber sama ada manusia atau fizikal dengan
tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam waktu yang sama
ianya dapat memberikan rasa kepuasan, semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi di kalangan ahli-
ahli dan semua pihak yang terlibat dalam instutiti sekolah sama ada pentadbir, pelajar, guru, kakitangan
sokongan, ibu bapa dan masyarakat.
Pengurusan Unit Hal Ehwal Murid di SMKA Durian Guling melibatkan beberapa unit atau
jawatankuasa penting dibawahnya iaitu :
A. SAHSIAH
1. Jawatankuasa SUMUR
2. Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas
3. Jawatankuasa Lembaga Disiplin
4. Jawatankuasa Buku Kawalan Kelas
5. Jawatankuasa Badan Dakwah dan Kerohanian
6. Jawatankuasa Perhimpunan Mingguan
7. Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah
8. Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah
9. Jawatankuasa Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan
10. Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar
11. Jawatankuasa Maklumat Murid (SMM) & APDM
12. Jawatankuasa Program Skim Lencana Anti Dadah/SLAD
13. Jawatankuasa Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)
14. Jawatankuasa RIMUP
B. KEBAJIKAN
1. Jawatankuasa Kebajikan Pelajar (YATIM/MISKIN)
2. Jawatankuasa Biasiswa
3. Jawatankuasa KWAPM
4. Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks
5. Jawatankuasa Kesihatan dan Bilik Rawatan
6. Jawatankuasa Denggi
7. Jawatankuasa Siaraya
8. Jawatankuasa BAS Sekolah
9. Jawatankuasa 3K Sekolah
10. Jawatnkuasa Kantin Sekolah
C. BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Jawatankuasa Kad Maklumat Murid/Kad 001
2. Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya
3. Jawatankuasa Sekolah Selamat
2. 2
D. ASRAMA
1. Jawatankuasa Pengurusan Penghuni Asrama
2. Jawatankuasa Lujnah/Biro Asrama
E. IKLIM
1. Jawatankuasa Pengurusan Surau
2. Jawatankuasa Pembangunan Fizikal
3. Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Bilik Mesyuarat
4. Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Dewan
5. Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Tandas
6. Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Bilik Darjah
7. Jawatankuasa Pengurusan bilik Guru
8. Jawatankuasa Pengurusan Kantin
9. Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Bilik-Bilik Khas
10. Jawatankuasa Keselamatan Sekolah
11. Jawatankuasa 3 Sekolah
1. PENGURUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN PELAJAR
PERKARA AKTIVITI TINDAKAN
FAIL
Setiap jawatankuasa harus memiliki tiga (3) fail utama
yang sentiasa dikemaskini :-
Fail Bahagian Kandungan
01
A
Carta Organisasi
Senarai Ahli Jawatankuasa
Biodata Guru
B
Surat Pekeliling / Siaran
Surat Masuk
Surat Keluar
02 A
Surat Panggilan Mesyuarat
Salinan Minit Mesyuarat
Perancangan Aktiviti
Jawatankuasa
03
A
Pelan Tindakan Jawatankuasa
Laporan Aktiviti Jawatankuasa
Perkembangan Staf
B Rekod Pelajar (jika berkaiatan)
Semua
Jawatankuasa
Pengurusan Pelajar
MESYUARAT
JAWATANKUASA
1. Mesyuarat diadakan 4 kali setahun mengikut takwin
yang telah ditetapkan atau bila-bila dirasakan perlu.
2. Agenda yang perlu dibincangkan.
Ucapan Pengurusi / Pentadbir
Maklum balas
Perbincangan program yang sedang dan
3. 3
akan dilaksanakan
Laporan / Kajian Aktiviti
Aktiviti Jawatankuasa
Belanjawan Jawatankuasa
Isu-isu semasa
Hal-hal lain
PERKARA AKTIVITI TINDAKAN
SURAT
PANGGILAN
MESYUARAT
1. Diedarkan selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh
mesyuarat dijalankan
2. Surat panggilan tersebut mestilah mengandungi
Nombor rujukan fail
Tarikh
Masa
Tempat
Agenda mesyuarat
3. Salinan hendakalah dibuat dan diserahkan kepada
Pengetua dan Penolong Kanan dan semua Guru Kanan
Matapelajaran
2. PENGURUSAN DISIPLIN DAN SAHSIAH
PERKARA AKTIVITI TINDAKAN
PERSEDIAAN
DAN OPERASI
Operasi Tindakan :
1. Maklumat disiplin pelajar
2. Rekod Disiplin Pelajar
3. Laporandan Analisa Kes Disiplin Pelajar
4. Tindakan / Hukuman Secara Insitu
5. Laporan Tindakan (kepada yang terlibat)
6. Langkah Tindakan
7. Rekod Tindakan / Hukuman
8. Laporan Oleh Jawatankuasa Disiplin Pelajar
9. Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin / Sidang kes
10. Prosedur Tindakan / Hukuman
11. Analisis Indikator / Laporan Bulanan
Semua Guru,
Guru Bimbingan
dan Jawatankuasa
Disiplin Pelajar
Pemulihan
1. Prosedur Pemulihan Oleh Guru Bimbingan
2. Jawatankuasa Disiplin
3. Guru Tingkatan
4. Guru Mentor
5. Pentadbir
6. Ibu / Bapa / Keluarga
4. 4
Pencegahan / Bimbingan / Pemupukan Nilai Murni :
1. Semua guru perlu maklum dan faham segala prosedur
bimbingan dan tindakan
2. Semua pelajar wajib dimaklumkan tentang peraturan
sekolah dan implikasi peraturan tersebut
3. Semua aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan mesti
bermotifkan kepada pemupukan nilai-nilai murni di
kalangan pelajar
4. Semua aktiviti dan kegiatan mesti berfokus kepada
MESRA PELANGGAN dan pendemokrasian
pendidikan
5. Jawatankuasa Bimbingan Sekolah mesti meletakkan
program pencegahan sebagai objektif utama di dalam
merancang dan melaksanakan segala aktiviti dan kegiatan
DISIPLIN MURID
1. Semua guru adalah Guru Disiplin. Oleh itu, guru-guru
mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan
sekolah setiap masa.
2. Guru-guru hendaklah mengambil tindakan mengikut
Tatacara Pengendalian Disiplin Sekolah , jika mereka
dapati seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin.
(Rujuk Buku Modus Operandi Disiplin )
3. Guru-guru diingatkan jangan merotan murid. Hanya guru
yang diberi surat kuasa merotan oleh Pengetua dibenarkan
merotan murid. Murid perempuan tidak boleh dirotan.
4. Hukuman rotan dijalankan hanya setelah semua rekod dan
prosedur disiplin diikuti dan perkara ini berlaku dalam
makluman Pengetua.
5. Sebelum seseorang murid yang bersalah itu dihukum, guru
hendaklah memberi peluang kepada murid itu untuk membela
5. 5
diri dan menentukan sama ada sesuatu kesalahan itu dilakukan
dengan sengaja atau tidak.
6. Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa
hukuman yang dikenakan mestilah berpatutan dan adil serta
setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid
tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan
rela hati.
7. Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku
negatif guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid.
Dasar Umum Disiplin
1. Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan
mesti dibawa ke sekolah pada setiap hari.
2. Setiap murid wajib memiliki buku catatan komunikasi
dan wajib dibawa bersama sewaktu perhimpunan Rasmi &
Harian.
3. Pada awal tahun permulaan sesi persekolahan, murid akan
diberi penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah
dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan jika
melanggar peraturan dari masa ke semasa.
Pemeriksaan Gempar/Spot Check
1. Pemeriksaan Gempar/spot check boleh dijalankan dari
semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di bilik kelas
atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.
2. Guru disiplin/guru bertugas bersama guru tingkatan atau
guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas akan
menjalankan spot check dengan disaksikan oleh murid
berkenaan.
3. Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid
tersebut akan direkod oleh AJK Disiplin dalam Buku Rekod
Salah Laku . Barang Rampasan yang disimpan di dalam almari
di bilik PK HEM.
4. Barang rampasan akan disimpan di bilik PK HEM.
5. Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya
boleh dituntut balik oleh ibu apa/penjaga murid selepas
berjumpa dengan PK HEM minggu akhir sebelum cuti
akhir tahun. Barangan rampasan tersebut akan disimpan
6. 6
selama tiga tahun. Walaubagaiman pun, semua bergantung
atas budi bicara pihak pentadbir.
6. Tuntutan ke atas barang rampasan boleh dibuat sekali
setahun iaitu minggu akhir sebelum cuti akhir tahun.
7. Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun
akan dilupuskan setelah dibawa dalam mesyuarat AJK
Lembaga Disiplin & AJK PIBG.
8. Semua bahan larangan seperti kamera, kamera digital,
komputer riba ke sekolah hanya dengan kebenaran bertulis
daripada pihak sekolah.
9. Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah
tanggungjawab murid-murid.
Kaedah Mengatasi Disiplin
1. Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat
kepada:
- Semua guru
- kelas-kelas (untuk tampal)
- Bilik-bilik khas
2. Guru mata pelajaran/guru kelas – rekod kesalahan murid
dalam buku kawalan kelas
- Guru penyelaras BKK akan kumpulkan.
- Guru penyelaras bawa kepada AJK Disiplin yang
berkenaan untuk diambil tindakan seterusnya mengikut
Tatacara Pengendalian Disiplin.
3. Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan:
- Kedatangan penuh – 2 kali setahun
- Kerap ponteng 2 bulan sekali (oleh guru penyelaras)
4. Sijil Sifar Ponteng
- Kelas yang berjaya mengekalkan sifar ponteng sekolah
akan diberikan sijil setiap 3 bulan. Walaupun tidak hadir,
ianya mesti bersebab.
7. 7
Pengurusan Perhimpunan Rasmi & Harian
1. Perhimpunan Rasmi dua minggu sekali diuruskan oleh
Jawatankuasa Perhimpunan Rasmi. (Tertakluk kpd perubahan)
2. Perhimpunan Harian diuruskan oleh guru bertugas
Mingguan
3. Jawatankuasa yang bertugas akan mencatat dalam Buku
Rekod Perhimpiunan Rasmi & Buku Rekod perrhimpunan
Harian
4. Semua pelajar wajib membawa Buku Catatan Komunikasi
semasa Perhimpunan Rasmi dan Perhimpunan Harian.
5. Semua guru diwajibkan hadir Perhimpunan Rasmi dan
berada di atas pentas kecuali guru yang bertugas.
6. Semua kumpulan Pengurusan SMKADG memasuki
dewan setelah semua guru dan pelajar berada di dalam dewan.
Kemasukan Kumpulan Pengurusan SMKADG diumumkan
oleh Pengacara Majlis.
7. Guru-guru & pelajar juga diingatkan agar tidak bercakap
semasa perhimpunan sedang dijalankan. Sekiranya perlu,
maka guru dibenarkan keluar sebentar daripada berada di
perhimpunan tersebut.
8. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dewan semasa
perhimpunan sedang berjalan kecuali dengan kebenaran guru.
9. Guru-guru yang menguruskan pengucapan awam/public
speaking perlu berada di belakang podium. Teks pengucapan
awam/public speaking mestilah ditaip dan diserahkan satu
salinan selepas selesai perhimpunan kepada Ketua AJK
Perhimpunan.
10. Bahan bacaan yang dibawa semasa perhimpunan boleh
dirampas (sekiranya murid membaca sewaktu perhimpunan
dijalankan) kecuali Buku Catatan Komunikasi
11. Aturcara Perhimpunan Rasmi :
i. Ucapan Pengacara Perhimpunan
- Lagu NegaraKu
- Lagu Negeri Terengganu
- Lagu Sekolah
- Asma’ al-Husna
8. 8
ii. Ucapan Guru Bertugas Mingguan
( 2 ucapan Guru Bertugas Mingguan )
iii Ucapan Guru lain ( Jika ada )
( mohon maklumkan kepada Ketua Perhimpunan
Rasmi )
iv. Ucapan Guru Penolong Kanan / GKMP
v. Ucapan Pengetua
vi - penyampaian hadiah ( jika ada )
- Pengumuman
- Bacaan doa
- bersurai
DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN
Ponteng Sekolah
1. Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya
tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu
bapa / penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
2. Guru Tingkatan hendaklah menendakan ‘O’ dalam
BJKM kelas.
3. Jadual penghantaran surat kes Ponteng Sekolah adalah
seperti berikut :
PONTENG BERTERUSAN
Amaran 1 - (3 hari)
Amaran 2 - ( 3 + 7 = 10 hari )
Amaran Akhir - (10 + 17 = 27 hari )
Buang Sekolah - (17 + 14 = 31 hari)
Bilangan Hari - 31 hari
PONTENG TIDAK BERTERUSAN
Amaran 1 - ( 10 hari )
Amaran 2 - ( 10 + 10 = 20 hari )
Amaran Akhir - ( 20 + 20 = 40 hari )
Buang Sekolah - ( 40 + 20 = 60 hari )
Bilangan Hari - 60 hari
9. 9
4. Guru Tingkatan hendaklah merekodkan semua proses
tindakan di atas dalam borang RPS. Rekod hantaran surat
kepada ibubapa /penjaga (dalam fail kelas).
5. Semua surat amaran serta surat buang sekolah boleh
didapati dari pejabat sekolah/bilik GPK.HEM/Bilik Disiplin.
6. Surat Amaran 1, 2 dan Akhir mesti diisi dalam 3
salinan bersama dengan surat Jawapan Penjaga dan
ditandatangani oleh :
Amaran 1 Ditandatangani oleh Guru Kelas
Amaran 2 Ditandatangani oleh Guru Kelas
Amaran 3 Ditandatangani oleh GPK.HEM
» Salinan 1 (untuk ibu bapa / penjaga)
» Salinan 2 (untuk dimasukkan ke dalam fail
Rekod Salah Laku di bilik
Disiplin / Bilik GPK.HEM
» Salinan 3 (untuk dimasukkan ke dalam fail
kelas guru Tingkatan)
7. Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan
terus hantar kepada PK HEM untuk tindakan selanjutnya dan
ditandatangani oleh Pengetua.***Surat Buang Sekolah mesti
disertakan dengan salinan Surat Amaran 1, 2 dan 3(daripada
fail kelas GuruTingkatan), surat UBK.
8. Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu
tindakan telah dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi :
1. Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah
membawa surat jawapan daripada Ibu
bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa
dengan guru kelas..
10. 10
2. Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah
membawa surat jawapan daripada Ibu
bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa
dengan PK HEM terlebih dahulu.
3. Selepas surat Amaran 3, murid mestilah
datang ke sekolah bersama-samaIbu
bapa/penjaga dan berjumpa dengan Pengetua.
Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah
Pengetua berpuas hati dengan jaminan yang
diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat
akur janji.
4. Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah
semula( jika sudah dibuang sekolah) setelah
membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak
Pendaftar Sekolah di JPNT.
Ponteng Kelas
Kali 1 Catat nama dan surat amaran dihantar
kepada Ibubapa/penjaga
Nama direkod dalam buku salah laku
murid
Kali 2 Panggil Ibubapa/penjaga dan
diserahkan kepada Kaunselor
Nama direkod dalam buku salah
laku murid
Kali Rotan 1 kali
Berikutnya - Rotan 2 kali / gantung
PERKARA PERKARA / AKTIVITI TINDAKAN
DASAR AM PENGURUSAN KELAS
1. Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)
2. Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan
pertama (Januari) persekolahan.
3.Tandakan BJKM pada setiap hari persekolahan oleh guru
Guru Kelas
11. 11
kelas ( sekiranya guru kelas tidak hadir sekolah penyelaras
tingkatan berkenaan akan mengambil alih tugas tersebut )
sebelum pukul 9.00 pagi * Sila ambil perhatian terhadap murid
yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang
datang selepas 2 jam masih dikira hadir ke sekolah.
4. Tandakan BJKM seperti berikut:
i. Tandakan ’/ ’ sekiranya murid hadir.
ii. Tandakan ’O’ sekiranya murid tidak hadir
tanpa sebab.
iii. Tandakan ’S’ dalam bulatan sekiranya tidak
hadir bersebab. (surat pengesahan daripada
ibu bapa/penjaga atau sijil sakit).
iv Tandakan ’L’ dalam bulatan sekiranya murid
lewat (dikira hadir).
v Tandakan ’W’ dalam bulatan sekiranya murid
mewakili sekolah (dikira hadir).
vi Tandakan ’A’ dalam bulatan sekiranya murid
terlibat perkhemahan/Sukan (dikira hadir).
vii Tandakan ’G’ dalam bulatan sekiranya murid
digantung persekolahan (dikira tidak hadir).
Elakkan Budaya Comot. Cecair pemadam
tidak bolehdigunakan. Segala kesilapan
hendaklah dipotong dan ditandatangani
ringkas.
5. Gunakan pen dakwat hitam, mata bulat , nama murid
huruf besar dan pelajar tidak dibenarkan menanda BJKM.
6. Semua BJKM hendaklah sentiasa berada di rak pejabat
sekolah dan ditanda kehadiran pelajar selewat - lewatnya
pada jam 9.00 pagi setiap hari persekolahan.
7. BJKM tidak boleh dibawa keluar daripada pejabat
sekolah kecuali dengan kebenaran
8 BJKM hendaklah ditutup setiap akhir bulan, sekiranya
tiada guru kelas, penyelaras tingkatan berkenaan mengambil
alih tugas tersebut..
9. BJKM terbaik akan menerima anugerah pada Hari
Anugerah Cemerlang guru SMKADG akhir tahun.
12. 12
Buku Kawalan Kelas (BKK)
1. Semua Guru Tingkatan mesti memastikan kelas
mereka mempunyai BKK setiap hari.
2. BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua
Tingkatan dan diserahkan kepada guru yang masuk kelas pada
setiap waktu.
3. Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada
di dalam kelas pada masa tersebut.
4. Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid
yang keluar kelas / ponteng kelas semasa guru mengajar.
5. Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan
keadaan kelas bersih dan teratur sebelum menandatangani
BKK.
6. Semua kes salah laku murid yang ringan atau
sederhana mesti diambil tindakan oleh guru semasa. Hanya
kes-kes berat sahaja perlu catatkan dalam BKK untuk tindakan
Penyelaras BKK dan AJK Disiplin yang berkenaan pada
keesokan harinya. Jika kes berat yang memerlukan tindakan
segera, buat catatan dalam BKK dan terus maklumkan kepada
Penyelaras BKK / AJK Disiplin yang berkenaan.
8. Ketua Tingkatan/Penolong Ketua Tingkatan hendaklah
menghantar BKK kepada Penyelaras Tingkatan setiap hari
selasa sebelum solat zohor & Mengambil pada pagi rabu
keesokan harinya.
9. Penyelaras Tingkatan akan menyemak BKK setiap hari
selasa dan menyerahkan senarai nama murid yang bermasalah
pada keesokannya kepada AJK Disiplin yang berkenaan untuk
tindakan selanjutnya.
10. Guru Kelas/Ketua Kelas hendaklah menjaga BKK
dengan baik dan sempurna mengikut susunan minggu dan
bulan dan diserahkan kepada PK HEM pada setiap akhir
13. 13
Penggal 1 & 2.
Fail Peribadi Murid (Folder)
1. Semua murid dari kelas Tingkatan Satu hingga Tingkatan
Enam wajib mempunyai fail ini.
2. Sila pastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama
Guru Tingkatan ditulis pada helaian pertama fail.
3. Sila pastikan setiap fail dilekatkan gambar pelajar dengan
menggunakan kertas keras.
4. Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat
beranak, kad pengenalan, keputusan peperiksaan UPSR/PMR,
dll disimpan dalam fail ini. Dengan salinan keputusan
Peperiksaan Dalaman dan Buku Kesihatan murid. Buku
Kesihatan yang uruskan oleh AJK Kesihatan dan Anti Denggi
akan disimpan di Bilik Rawatan.
5. Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid
telah menamatkan persekolahannya atau bertukar sekolah.
6. Semua fail perlu disimpan dalam di bilik Kaunseling
( tertakluk kpd perubahan ).
Fail Kelas Guru Tingkatan
1. Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu
bapa/penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran murid
disimpan dalam fail ini.
2. Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat
gantung/buang sekolah yang dikeluarkan juga disimpan dalam
fail ini.
14. 14
Pendaftaran Murid Baru
1. Guru tingkatan menerima murid baru daripada
penyelaras tingkatan/GPK.HEM.
2. Guru tingkatan akan menyemak semula status
kewarganegaraan murid sebelum urusan mendaftar dilakukan.
Mendaftarkan murid baru dengan memastikan Borang
Maklumat Murid (Borang SMM)/APDM dilengkapkan oleh
ibu bapa/penjaga pada masa itu juga. Jika murid membawa
bersama SMM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat
adalah lengkap dan terkini.
3. Tingkatan Dua hingga PraU(A) Kumpulkan borang
SMM/APDM yang telah lengkap dan serahkan kepada guru
SMM/APDM. Guru tingkatan 1 dan PraU(R) akan
memasukkan data pelajar- pelajar baru.Bagi guru tingkatan 2,
3, 4, 5 dan PraU(A), guru –guru hanya mengemaskini data
SMM yang telah dibuat dan menyerahkan ’hard copy’ pada
guru SMM/APDM.
4. Guru tingkatan menyemak jika murid berkenaan
menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada
Guru Biasiswa.
5. Guru tingkatan mengenal pasti murid OKU yang
berdaftar dan memaklumkan kepada PK HEM.
6. Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika
anak yatim/pelajar miskin dan memaklumkan kepada PK
HEM.
7. PK HEM mendapatkan laporan disiplin, PEKA,Folio KH,
PAFA, dll berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu.
8. Murid baru akan menyerahkan borang SMM/disket
/APDM kepada guru tingkatan dan kemudiannya akan
menyerahkannya kepada guru SMM untuk pengisian
butiran di computer
15. 15
Murid Keluar/Bertukar/Berpindah
1. Menentukan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
2. Mencatatkan maklumat/butiran dalam BJKM kelas.
3. Pertukaran keluar dari Negeri Terengganu menentukan
semua buku teks telah dipulangkan. Merekodkan judul buku
yang dipulangkan. (Sila guna borang khas di pejabat)
Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.
4. Pertukaran dalam Negeri Terengganu Merekodkan
judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru.(Sila guna
borang khas di pejabat). Menyerahkan satu salinan borang ini
kepada Guru SPBT.
5. Guru tingkatan menyediakan dukumen –dukumen
bertukar murid berkenaan.
6. Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat yang
dilakri dan diserahkan kepada murid berkenaaan pada hari
akhir persekolahan (bergantung kepada keadaan).
3. PENGURUSAN KESELAMATAN PELAJAR
PERKARA AKTIVITI TINDAKAN
PERSEDIAAN
INFRASTRUKTUR
DAN
KEMUDAHAN
Bangunan Sekolah :
1. Pastikan bangunan dan kemudahan sekolah di dalam
keadaan yang paling baik dan selamat
2. Pastikan semua pendawaian elektrik di semua
bangunan sekolah berkeadaan selamat
3. Pastikan semua benda yang boleh mengancam
keselamatan pelajar mesti dihapuskan
4. Pastikan semua peralatan elektrik di semua premis
16. 16
sekolah berkeadaan selamat diguna dan berfungsi
5. Pastikan semua alat pemadam api terdapat di semua
lokasi seperti yang diarah pleh pihak bomba dan
alatannya sentiasa di dalam keadaan yang terkini
6. Pastikan semua pelajar maklum dan faham dengan
segala tindakan kecemasan sewaktu kebakaran
7. Semua tempat strategic mesti diletakkan pelan
tindakan kebakaran sekolah
Tandas Guru / Pelajar
1. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan tandas guru
/ pelajar yang mencukupi kadar yang sebenar
2. Semua tandas hendaklah dilebalkan dengan jelas
3. Semua guru dan pelajar hendaklah dimaklumkan
dengan peraturan penggunaan tandas yang betul
4. Pastikan peraturan penggunaan tandas ditampal di
semua tandas dengan jelas
5. Pastikan segala prosedur penggunaan tandas sentiasa
dipatuhi oleh semua pelajar
6. Pihak guru dan sekolah hendaklah sentiasa peka
dengan keselamatan dan kebersihan tandas
Bangunan Makmal :
1. Pastikan semua bangunan makmal berkeadaan
selamat diguna
2. Pastikan peredaran udara adalah pada tahap selamat
semasa pelajar berada di makmal
3. Pastikan semua peralatan elektrik berada di dalam
keadaan yang selamat diguna
4. Pastikan pelajar sentiasa ditemani guru sepanjang
waktu di dalam makmal
5. Pastikan semua bahan kimia dan bahan lain yang
merbahaya tersimpan dengan selamat mengikut
17. 17
prosedur yang telah ditetapkan
6. Pastikan bilik penyimpanan bahan kimia merbahaya
dilengkapi dengan kipas penyedut yang berfungsi
7. Pastikan semua pelajar dimaklumkan dengan
tindakan keselamatan yang harus diambil ketika
kecemasan
8. Pastikan setiap makmal diletakkan peraturan
penggunaan makmal pada tempat yang jelas dan
strategik
9. Guru dan pelajar hendaklah sentiasa mematuhi
peraturan berpakaian sewktu membuat sebarang
ujikaji
10. Pastikan semua makmal dilengkapi dengan peralatan
pemadam api yang terkini
11. Pastikan semua makmal tidak digunakan untuk P&P
yang tidak berkaitan
12. Pastikan semua pelajar mematuhi peraturan keluar
masuk bilik makmal
Bilik Khas Kemahiran Hidup (KH)
1. Pastikan semua bilik khas KH berkeadaan selamat
diguna
2. Pastikan peredaran udara adalah pada tahap selamat
semasa pelajar berada di bilik khas KH
3. Pastikan pelajar sentiasa ditemani guru sepanjang
waktu di dalam bilik khas KH
4. Pastikan semua peralatan elektrik berfungsi dan
berada di dalam keadaan yang selamat diguna
5. Pastikan semua peralatan yang merbahaya tersimpan
dengan selamat mengikut prosedur yang telah
ditetapkan
6. Pastikan semua pelajar dimaklumkan dengan
tindakan keselamatan yang harus diambil ketika
kecemasan
18. 18
7. Pastikan setiap bilik khas KH diletakkan peraturan
penggunaannya pada tempat yang jelas dan strategik
8. Guru dan pelajar hendaklah sentiuasa mematuhi
peraturan berpakaian sewaktu membuat sebarang
kerja amali
9. Pastikan semua bilik khas KH tidak digunakan untuk
P&P yang tidak berkaiatan
10. Pastikan semua bilik khas KH dilengkapi dengan
peralatan pemadam api yang terkini
11. Pastikan semua pelajar mematuhi peraturan keluar
masuk bilik khas KH
Bilik Khas Lain (Perpustakaan/Makmal
Komputer/Bilik Seni):
1. Pastikan semua bilik khas lain berkeadaan selamat
diguna
2. Pastikan peredaran udara atau penghawa dingin
berfungsi secukupnya
3. Pastikan pelajar sentiasa ditemani guru sepanjang
waktu di dalam bilik khas
PERKARA AKTIVITI TINDAKAN
4. Pastikan semua peralatan elektrik dan pendawaian
berfungsi dan berada di dalam keadaan yang selamat
diguna
5. Pastikan semua peralatan yang merbahaya tersimpan
dengan selamat
6. Pastikan semua pelajar dimaklumkan dengan
tindakan keselamatan yang harus diambil ketika
kecemasan
7. Pastikan setiap bilik khas diletakkan peraturan
penggunaanya pada tempat yang jelas dan strategik
8. Pastikan semua bilik khas dilengkapi dengan
19. 19
peralatan pemadam api yang terkini
9. Pastikan semua pelajar mematuhi peraturan keluar
masuk bilik khas
Padang dan Gelanggang Permaianan :
1. Semua guru dan pelajar hendaklah dimaklumkan
tentang kemudahan yang disediakan di sekolah
2. Padang dan Gelanggang Permainan seharusnya
mencukupi mengikut kadar keramaian pelajar
3. Semua pelajar dan guru hendaklah dimaklumkan
dengan peraturan penggunaan padang dan
gelanggang permainan
4. Pastikan semua pelajar mematuhi dengan peraturan
penggunaan padan dan gelanggang permainan
5. Semua jadual dan peraturan penggunaan padang dan
gelanggang permainan hendaklah dipaparkan dengan
jelas di tempat yang difikirkan sesuai
6. Pastikan semua bahan yang berbahaya yang boleh
mengancam keselamatan pelajar hendaklah
dihapuskan
Tempat Istirehat Pelajar :
1. Pihak sekolah hendaklah mempastikan semua pelajar
mempunyai hak untuk berehat
2. Semua tempat rehat pelajar hendaklah dilebal dengan
jelas
3. Semua pelajar hendaklah maklum dan patuh dengan
semua peraturan tempat rehat pelajar
PERKARA AKTIVITI TINDAKAN
PERATURAN
DATANG DAN
BALIK SEKOLAH
1. Semua pelajar diwajibkan memiliki buku peraturan
sekolah dan asrama (jika berkaitan)
2. Semua pelajar hendaklah dimaklumkan dengan
peraturan dating dan pulang sekolah
3. Semua pelajar hendaklah sentiasa mematuhi waktu
Semua guru
20. 20
yang ditetapkan oleh pihak jawatankuasa Jadual
Waktu
4. Semua pelajar adalah dilarang sama sekali pulang ke
rumah atau keluar dari kawasan sekolah selain waktu
balik
5. Semua pelajar hendaklah dimaklumkan dengan
semua prosedur penggunaan kenderaan untuk datang
dan pulang dari sekolah
4. PENGURUSAN KESIHATAN DAN KEBAJIKAN
PERKARA AKTIVITI TINDAKAN
PENGURUSAN
KESIHATAN
Operasi Berasaskan Sekolah :
1. Semua program dan aktiviti yang dirancang dan
dilaksana di sekolah mesti berlandaskan keutamaan
kesihatan dan keselesaan pelajar
2. Semua program yang dilaksanakan di sekolah mestilah
mengambilkira kesihatan dan keupayaan rohani pelajar
3. Semua guru hendaklah mengenalpasti semua pelajar
yang mempunyai masalah kesihatan
4. Semua maklumat tentang kesihatan pelajar hendaklah
dimaklumkan kepada Jawatankuasa Kesihatan Pelajar
untuk diambil tindakan selanjutnya
5. Semua Jawatankuasa yang wujud di sekolah hendaklah
menerapkan ilmu dan pendidikan kesihatan kepada
semua pelajar
6. Semua guru haruslah berusaha untuk mempastikan
semua pelajar adalah sihat jasmani dan rohaninya
PERKARA AKTIVITI TINDAKAN
Operasi Berasaskan Badan Luar :
1. Semua guru dan Jawatankuasa Kesihatan Pelajar
sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan badan-badan
lain yang membuat gerakerja untuk mempastikan pelajar
21. 21
berada di dalam sejahtera
2. Jawatankuasa Kesihatan Pelajar hendaklah sentiasa
bersedia dengan segala macam rekod kesihatan pelajar
yang diperlukan oleh badan lain khususnya Jabatan
Kesihatan
3. Pihak Jawatankuasa Kesihatan Pelajar juga sentiasa
memastikan bilik dan keperluan kesihatan sentiasa di dalam
keadaan baik
KEBAJIKAN
PELAJAR
Operasi Berasaskan Sekolah :
1. Semua guru hendaklah mengambil tahu dan cakna akan
kebajikan pelajar
2. Jawatankuasa Kebajikan Pelajar sentiasa mengemaskini
rekod status pelajar yang memerlukan bantuan /
pertolongan serta mempunyai senarai nama pelajar
miskin fakir, yatim yang sentiasa dikemaskini
3. Guru Tingkatan sentiasa peka dengan status pelajar
4. Melaksanakan aktiviti / program bagi membantu dan
meringankan bebanan yang ditanggung oleh pelajar
5. Semua warga sekolah sentiasa memberi keutamaan
kepada hak pelajar
6. Jawatankuasa Kebajikan Pelajar sentiasa bekerjasama
dengan Jawatankuasa Biasiswa sekolah
Operasi Berasaskan Badan Luar :
1. Semua guru dan Jawatankuasa Kebajikan Pelajar
sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan badan lain
untuk bersama mempastikan kebajikan pelajar terlaksana
2. Jawatankuasa Kebajikan Pelajar sentiasa bersedia
dengan maklumat / rekod terkini status pelajar untuk
digunakan oleh badan luar
Semua guru,
Jawatankuasa
Kebajikan Pelajar,
Jawatankuasa
Biasiswa
22. 22
PERKARA AKTIVITI TINDAKAN
PENGURUSAN
BUKU TEKS
PENGURUSAN BUKU TEKS
1. Semua guru Jawatankuasa Buku Teks hendaklah
memastikan semua pelajar mendapatkan kemudahan bekalan
buku teks yang mencukupi
2. Semua jawatankuasa juga hendaklah sentiasa memantau
buku teks pelajar bagi mengelakkan kehilangan dan
kerosakan
3. Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku
Teks Dalam Negeri Terengganu.
4. Membantu ibu bapa atau penjaga yang hendak membeli
sendiri buku teks di pasaran terbuka dengan menghubungi
penerbit.( Jika ada)
5. Guru tingkatan juga mesti memastikan mana-mana
muridnya yang ingin bertukar sekolah di luar Negeri
Terengganu memulangkan semula buku SPBT tersebut
dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
6. Semua murid warganegara Malaysia layak menerima
SPBT.
7. Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan
penerimaan dan pemulangan buku teks.
8. Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid
yang tidak memulangkan buku teks.
9. Guru tingkatan memastikan setiap murid membalut buku
teks dengan plastik lutsinar dan ditulis nama serta kelas dan
murid yang tidak balut buku akan diminta membeli pembalut
buku. Guru tingkatan juga perlu mengingatkan semua murid
agar tidak meninggalkan buku teks di sekolah / dalam kelas.
10 .Guru mata pelajaran memastikan murid membawa buku
teks ke sekolah.
11. AJK SPBT akan mengadakan Operasi tiga bulan sekali ,
buku teks yang diambil dalam operasi tersebut diberi tempoh
seminggu untuk pelajar berkenaan menuntut balik dengan
bayaran RM 2.00 sebuah ( akan dimasukkan dalam Tabung
Kebajikan Pelajar ). Nama pelajar tersebut akan dipamerkan
di papan kenyataan oleh AJK SPBT
23. 23
12. Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat-
lewatnya pada hari pertama persekolahan.
DASAR PENGURUSAN BIASISWA KECIL
PERSEKUTUAN (BKP) & BKP(U)
1 .Guru-guru biasiswa mestilah memastikan murid yang
Berjaya menerima surat tawaran dan membuka akaun
simpanan di Bank Simpanan Nasional. Guru-guru tingakatan
juga boleh meminta mana-mana murid yang layak untuk
memohon biasiswa.
2. Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan kepada
guru biasiswa berkenaan dan pengeluaran wang biasiswa
dihadkan kepada RM150.00 bagi setiap murid dalam tempoh
2 bulan dengan menggunakan kad ATM yang dibekalkan.
Sekiranya murid perlu mengeluarkan wang melebihi had yang
dibenarkan murid perlu mengisi Borang Permohonan
Pengeluaran Wang di Lampiran L dan mendapatkan Buku
Akaun daripada Guru Biasiswa. Ibubapa atau penjaga
dilarang sama sekali mengambil buku akaun murid. Seorang
murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Jika
mendapat lebih daripada satu biasiswa, satu surat
pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak penaja.
3. Bagi penerima bantuan biasiswa , Guru Biasiswa
berkenaan mestilah mengenalpasti jika ada murid-murid baru
terutamanya murid tingkatan satu yang pernah menerima
bantuan tersebut semasa mereka di sekolah rendah.
4. Walau pun murid-murid berkenaan pernah menerima
bantuan, mereka mesti memperbaharuhi permohonan mereka
semasa di sekolah menengah dengan mengisi borang
permohonan bantuan biasiswa .
5. Guru Tingkatan mesti memastikan bahawa murid-murid
berkenaan dapat menyumbang semula bantuan yang diterima
dengan menyerahkan borang permohonan mereka yang
lengkap kepada Guru Biasiswa berkenaan.
6. Guru Tingkatan juga boleh mengenal pasti murid yang
layak menerima sebarang bantuan yang lain dan menyalurkan
kepada pihak sekolah terutama pendapatan ibubapa/ penjaga
kuranng daripada RM1500 sebulan..
7. Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik
24. 24
murid penerima biasiswa.
UNIT BIMBINGAN & KAUSELING
Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
1. Kaunselor / Guru B&K mestilah memberikan galakan,
motivasi dan merangsang minat murid terhadap akademik di
samping membantu serta membimbing murid menyelesaikan
sendiri masalah emosi-sosial yang dihadapinya.
2. Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan
mengikut ketikanya, demi memelihara hak murid. Segala
maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh
didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya
sahaja.
3. Kaunselor / Guru B&K boleh membantu murid-murid
dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara
individu atau kelompok.
4. Kaunselor / Guru B&K juga harus memainkan peranan
aktif dalam merancang, mengelola dan menjalankan program-
program motivasi, kepimpinan, akademik dan kemahiran-
kemahiran belajar kepada pada murid.
5. Kaunselor harus membimbing murid dalam membuat
pemilihan kerjaya mereka, terutamanya calon-calon lepasan
SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA atau
IPTS.
6. Kaunselor / Guru B&K mestilah mengatur masa untuk
member khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi
surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid
yang telah digantung/dibuang sekolah dan diterima
bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama
enam bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap
bulan.
7. Guru Disiplin mahupun Guru Tingkatan boleh merujuk
kepada kaunselor / Guru BDK tentang murid yang
memerlukan bantuan kaunseling atau pun murid yang
menghadapi masalah disiplin.
25. 25
KEBAJIKAN MURID
1. Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat
mengenai bilangan anak yatim atau murid yang terlalu
rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini
dapatdiberikan bantuan. Sila dapatkan maklumat ini pada
minggu pertama sesi persekolahan dan isi borang maklumat
berkenaan. Serahkan borang tersebut kepada Penyelaras
Tingkatan untuk rujukan PK HEM
2. Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK
HEM sekiranya ada di kalangan muridnya yang menghidap
penyakit denggi atau penyakit mudharat yang lain atau murid
yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam
keluarganya.
3. Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya
berlaku kematian/bencana seperti kematian saudara terdekat
(ibubapa) atau diri sendiri.
4. Tabung Kebajikan Pelajar SMKADG akan diwujudkan.
DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
REKOD KESIHATAN MURID
1. Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap muridnya
mempunyai Buku Rekod Kesihatan.
2. Buku Rekod Kesihatan ini diperolehi sewaktu murid
berada di sekolah rendah lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan
penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah.
3.Jika Guru Tingkatan mendapati muridnya tidak
mempunyai atau kehilangan buku tersebut, sila maklumkan
kepada GPK HEM .
4. Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid
kerana buku ini diperlukan apabila pemeriksaan kesihatan
dibuat atau pun semasa suntikan imunisasi ATT (untuk
Tingkatan Tiga sahaja) diberikan kepada murid oleh pegawai
kesihatan.
5. Buku Rekod Kesihatan disimpan di bilik rawatan disusun
mengikut tingkatan di bawah jagaan Ketua Guru Kesihatan
6. Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid
yang bertukar sekolah dan disertakan bersama Fail Peribadi
26. 26
murid berkenaan.
KAD PERGIGIAM MURID
1. Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang
dibekalkan setiap tahun, terutamanya kepada murid-murid
Tingkatan Satu.
2. Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan
kepada ibu bapa / penjaga murid untuk mendapatkan
kebenaran bagi menjalankan
PENGISIAN
AKTIVITI
KEROHANIAN
PELAJAR
BADAN DAKWAH & KEROHANIAN
1. Badan Dakwah Sekolah dan Unit Kerohanian Asrama
hendaklah menyediakan perancangan yang teratur
dalam melaksanakan aktiviti kerohanian pelajar
2. Pelajar pelajar menghadiri semua aktiviti kerohanian
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah / asrama
seperti tadarus Al-Quran pagi, solat zohor berjemaah
cerama, tazkirah dan lain-lain lagi
3. Sentiasa oring ruang dan peluang kepada pelajar
agar mereka dapat mengadakan sendiri aktiviti
keagamaan bagi melahirkan pelajar yang
berkebolehan dan kualiti
4. Semua pelajar SMKADG wajib menghadiri bacaan
Al-Quran Pagi kecuali ada perhimpunan rasmi.
IKLIM
PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS
1. Melantik Jawatankuasa Kelas: Ketua Tingkatan
i. Penolong Ketua Tingkatan
ii. AJK Kebersihan
iii. AJK Keceriaan
iv. AJK SPBT
v. AJK ICT (celik ICT)
vi. AJK setiap Mata Pelajaran
27. 27
2. Menyelaras penyediaan perkara berikut:
i. Carta Organisasi Kelas – ditampal pada papan
kenyataan hadapan kelas
ii. Jadual Waktu – ditampal pada papan kenyataan
di hadapan kelas
iii. Jadual Tugas Kebersihan – ditampal pada papan
kenyataan hadapan kelas
iv. Pelan kedudukan murid – ditampal di atas meja
Guru
v. Inventori Kelas - ditampal pada pintu
vi. Papan Kenyataan - milik kelas tersebut
vii. Moto Kelas - ditampal pada papan kenyataan
hadapan kelas
viii Misi & Visi Sekolah, - ditampal pada papan
viiii. Misi & Visi KPM, kenyataan hadapan kelas
Piagam Pelanggan, Moto Sekolah, DLL.
5. Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru
papan putih.
6. Memastikan semua kerusi dan meja murid mencukupi
dan telah diberi nombor siri.
7. Menggantikan dan membawa turun mana-mana
perabot yang rosak.
6. Kebersihan kelas: Memastikan kelas dibersihkan setiap
hari persekolahan. Guru masa pertama hendaklah mengambil
masa 5 minit untuk untuk pelajar yang bertugas
membersihkan kelas. Setiap guru yang masuk ke kelas mesti
memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih.
Memastikan sampah di dalam bakul sampah dibuang pada
waktu akhir setiap hari.5 minit sebelum berakhir P & P,
murid bertugas mesti membersihkan kelas di bawah
penyeliaan guru. Semua murid menaikkaan kerusi ke atas
meja. Menutup lampu dan kipas serta pintusebelum
meninggalkan kelas. Memastikan pintu kelas dikunci.
7. Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun.
Adalah menjadi tanggungjawab pihak kelas untuk
menggantikannya jika hilang atau rosak.
28. 28
8. Mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
- Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta
suisnya dalam keadaan baik dan selama digunakan.
- Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang
rosak kepada guru berkenaan ( Guru
Pembangunan).
- Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas
yang dilantik menjalankan tugas dengan cekap dan
penuh dedikasi.
- Mengadakan tabung kelas dengan jumlah
kutipannya terpulang kepada budi bicara guru dan
kemampuan murid. (Diputuskan dalam mesyuarat
kelas dan diminitkan. Satu salinan Minit Mesyuarat
kelas hendaklah diserahkan kepada PK HEM
selewat- lewatnya pada minggu pertama).
- Tabung kelas ini perlu diwujudkan untuk tujuan
berikut:
Bahan-bahan keceriaan kelas
Tabung kelas/Jamuan akhir tahun, dan lain-lain.
1. Senarai Nama Murid Dalam Kelas (Awal Tahun)
9. Menyediakan senarai tersebut mengikut format
berikut:
Kelas : ____________
Nama Guru Tingkatan : _______________
Bil No. Pendaftaran Nama Penuh Murid(spt
L/P /Kelas /Catatan
KP & susun ikut abjad) (2013)
1.
2.
3.
4.
Serahkan senarai ini kepada Penyelaras
Tingkatan pada minggu 1 sesi persekolahan
29. 29
9. Senarai Nama Murid Yang Tidak Melaporkan
Diri/Tidak Hadir Tanpa Sebab
10. Mengisi oring senarai nama murid yang tidak
melaporkan diri. Kumpulan murid ini adalah mereka yang
tidak hadir ke sekolah sejak hari pertama pekolahan sesi
2013, tanpa sebarang surat daripada ibu bapa/penjaga atau
surat sakit.
11.Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat
amaran ponteng sekolah dan surat buang sekolah
kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang
telah ditetapkan.
KAD KELUAR KELAS
1. Semua Ketua/Penolong ketua kelas hendaklah
mendapatkan kad kebenaran keluar daripada GPK HEM
pada awal tahun.
2. Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke
tandas,berjumpa guru semasa dan sebagainya mesti memakai
kad berkenaan.
3. Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke
kelas untuk mendapatkan pas daripada guru kelas.
10. Kad keluar kelas yang rosak maklumkan kepada
Guru
Kelas / GPK. HEM
DASAR KANTIN
1. Kantin sekolah hendaklah dibuka setiap hari
persekolahan.
2. Kantin hendaklah sentiasa bersih dan ceria
30. 30
3. Proses jual beli hanya berlaku semasa rehat sahaja
4. Pihak luar tidak dibenarkan menjual makanan &
minuman di kawasan sekolah
5. AJK kantin hendaklah memastikan murid-murid
beratur dengan baik semasa pembelian di kantin
6. AJK kantin hendaklah memastikan Murid-murid
meletakkan bekas makanan & minuman yang sudah
digunakan di dalam bekas yang disediakan.
7. AJK kantin hendaklah sentiasa memantau makanan &
minuman yang dijual di kantin sentiasa bersih untuk
menggelak berlaku keracunan makanan.
8. Ketua JK Kantin hendaklah menghantar laporan
Sismakan setiap akhir bulan kepada PPDM.
9. GPK.HEM hendaklah menyemak dan menandatangan
Laporan kendiri kantin setiap hari persekolahan
10. GPK.HEM / AJK kantin hendaklhah memastikan
Kantin SMKADG gred A
ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG UNIT HEM
1. Sahsiah & Disiplin
- Guru SUMUR Terbaik
- Guru Disiplin Terbaik
- Guru BADAR Terbaik
- Guru PBSS Terbaik
2. Kebajikan
- Guru Biasiswa Terbaik
- Guru SPBT Terbaik
- Guru Kesihatan & Rawatan Terbaik
31. 31
3. Bimbingan & Kaunseling
- Guru UBK Terbaik
4. Asrama
- Warden Terbaik
5. Iklim
- Buku Jadual Kedatangan Murid Terbaik
- Buku Kawalan Kelas Terbaik
- Guru Pengurusan & Keceriaan Terbaik
- Guru Kantin Terbaik
ANUGERAH PELAJAR MITHALI
1. Lelaki
2. Perempuan
OBJEKTIF PEMBENTUKAN SAHSIAH PELAJAR
SMKA DURIAN GULING, MARANG, TERENGGANU
MELAHIRAN WARGA SMKA DURIAN GULING YANG BERIMAN, BERAMAL DAN
BERAKHLAK MULIA
MELAHIRKAN WARGA SMKA DURIAN GULING YANG BERKUALITI DAN BOLEH
DICONTOHI
MELAHIRKAN WARGA SMKA DURIAN GULING YANG BERFIKIRAN MATANG DAN
BERLUMBA-LUMBA MENGEJAR KEBAIKAN
MELAHIRKAN WARGA SMKA DURIAN GULING YANG BERDAYA TAHAN DAN
BERDAYA SAING
“KERJA SATU IBADAT”