Bahan panduan ini bertujuan memberi panduan kepada guru dalam meningkatkan daya kreativiti murid melalui aktiviti eksplorasi media dan teknik seni. Ia merangkumi tajuk yang menekankan penerokaan, proses penghasilan karya seni, pemahaman seni secara menyeluruh, dan aspek kritikan untuk membentuk generasi Malaysia yang celik budaya dan seni.