Murid-murid melakukan lawatan ke Kuala Lumpur. Mereka melawat Petrosains, Planetarium Negara, dan Muzium Negara. Lawatan ini memberikan pengalaman belajar yang menarik kepada para murid.
KERTAS MODEL ALA-UPSR3 SKOR
_______
40
KERTAS 1 Lima puluh minit
Tiap-tiap soalan diikuti tiga jawapan pilihan A, B, dan C atau empat jawapan pilihan
A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu.
Soalan 1 hingga Soalan 24
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Tukang kebun itu menggunakan __________ untuk menyabit rumput.
A gergaji C parang
B cangkul D sabit
Soalan 2 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1
2. __________ itu sedang menghidangkan minuman ringan kepada para penumpang.
A Jurujual C Hartawan
B Pramugari D Seniman
3. Savita menerima sepucuk surat ___________ sahabat penanya.
A pada C dari
B dengan D daripada
4. Semasa saya tiba tidak ada _____________ pun di sini.
A apa-apa C mana-mana
B siapa-siapa
5. Puan Gan sekeluarga akan _____________ ke Paris untuk bercuti selama dua
minggu.
A terangkat C mengangkat
B berangkat D diangkat
2.
6. Saya __________ daripada tidur apabila mendengar bunyi bising di luar.
A menjaga C terjaga
B berjaga D penjagaan
Soalan 7 berdasarkan Gambar 2
Gambar 2
7. Wanita itu _________ anak kecilnya menuju ke perhentian bas.
A mendukung C mengelek
B menjunjung
8. Selepas makan Rina _______________ meja dan membasuh pinggan.
A menggilap C mengelap
B menggosok D menyapu
9. Rajesh ____________Boon Tan adalah pemain bola sepak sekolah yang handal.
A dan C namun
B atau D serta
10. “Mak cik mengusahakan jualan kerepek pisang ini secara ____________,” kata Mak
Cik Limah.
A rendah-rendah C kecil-kecilan
B seluas-luasnya D habis-habisan
Soalan 11 berdasarkan Gambar 3
Gambar 3
3.
11. Banyak pohon kelapa tumbuh subur di _________ pantai.
A tepi C dalam
B atas D depan
12. _____________ harikah ayah kamu ke Melaka?
A Di mana C Apa
B Berapa D Siapa
13. Adik tidak mahu menelan ubat itu kerana sangat ______________.
A pahit C payau
B kelat D masin
14. Kereta ayah ___________ selepas terlanggar tiang elektrik itu.
A retak C pecah
B remuk D hancur
15. Cikgu Wasidah memang baik dan ________________ orangnya.
A lemah longlai C lemah lembut
B lemah semangat
Soalan 16 berdasarkan Gambar 4
Gambar 4
16. Tukang jahit itu menggunting kain dengan sebilah ______________.
A pisau C parang
B gunting D sabit
17. Rafidah membeli se_____________ payung di pasar raya Gemilang.
A kaki C pucuk
B laras D buah
18. Terdapat sebatang pokok mangga di _______________ rumahnya.
A depan C bawah
B atas
4.
19. Perlawanan hoki terpaksa dibatalkan ______________ hujan lebat.
A setelah C kerana
B apabila D sementara
Soalan 20 berdasarkan Gambar 5
Gambar 5
20. Nenek sedang mengisi sarung bantal dengan ______________.
A bebenang C dedaun
B bebola D kekabu
21. Datuk Zaki membeli lukisan yang mahal itu. ___________ hendak meletakkan di
pejabatnya.
A Dia C Beliau
B Baginda D Anda
22. “Adakah ___________ bersetuju dengan cadangan saya ini?” tanya Rohan kepada
kawan-kawannya.
A kalian C kami
B kita D anda
23. “Usahlah ceritakan perkara ini kepada Fandi. Dia itu __________,” kata Hisham
kepada Iwan.
A telinga lintah C mulut mura
B mulut tempayan D banyak mulut
24. Maria berasa ____________ apabila Nina menuduhnya mencuri buku ceritanya.
A patah hati C ada hati
B baik hati D kecil hati
5.
Soalan 25 danSoalan 26
Pilih kata seerti bagi kata yang bergaris.
25. Halim sudah menjelaskan yuran pada minggu lepas.
A menyudahkan C memberikan
B membayar D menamatkan
26. Ayah menggantikan tiang rumah yang sudah lapuk itu.
A lama C longgar
B usang D reput
Soalan 27
Pilih lawan kata bagi kata yang bergaris.
27. Anak kucing itu dikurung oleh adik di dalam sangkar.
A dibiarkan C disimpan
B dilepaskan D dibuang
Soalan 28
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.
28. Bilakah kejadian itu berlaku, Hafiz?
A Naim telah cedera dalam kejadian itu.
B Kemalangan itu melibatkan dua orang murid sekolah kita.
C Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 petang.
D Kejadian itu berlaku di Jalan Pahang.
Soalan 29
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.
29. Saya tidak setuju dengan cadangan Farid itu.
A Mengapakah anda tidak bersetuju dengan cadangan Farid ini?
B Apakah pandangan kamu terhadap cadangan Farid ini?
C Apakah cadangan yang ingin kamu kemukakan?
D Bagaimanakah cadangan ini dapat dilaksanakan?
Soalan 30
Pilih ayat yang betul.
30. A Wah, cantik anyaman ini!
B Hai, janganlah menangis lagi anakku!
C Aduh, cantik sungguh pemandangan dari bukit ini!
D Oh, malang betul nasib kanak-kanak itu!
6.
Soalan 31 hinggaSoalan 35
Baca dialog di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
Molly: Aduh, sakitnya perut saya!
Kakak: Mengapa Molly?
Molly: Perut saya memulas-mulas, kakak.
Kakak: Mari kakak sapukan minyak. Nanti suruh ibu bawa ke klinik. Apa
yang kamu makan tadi, Molly?
Molly: Saya makan cendol yang dijual oleh penjaja di tepi jalan semasa
pulang dari sekolah. Lebih kurang sejam kemudian, perut saya sakit.
Kakak: Entah-entah kamu keracunan makanan. Itulah kamu, sudah beberapa
kali ibu pesan, jangan makan makanan yang tidak kita ketahui cara
penyediaannya. Mungkin cara penyediaannya tidak bersih. Biasanya
begitulah keracunan makanan berlaku.
Molly: Betul cakap kakak. Saya berasa kesal kerana tidak mendengar pesanan ibu
Kakak: Lain kali jangan ulangi kesilapan yang sama. Mulai hari kamu bawa
makanan yang disediakan oleh ibu untuk kamu makan di sekolah.
Kebersihannya terjamin dan kamu pun boleh berjimat cermat.
Molly: Betul juga kata-kata kakak.
Kakak: Sudahlah. Kakak hendak beritahu ibu agar membawa kamu ke klinik.
31. Apakah yang berlaku kepada Molly?
A sakit perut C sakit kepala
B muntah-muntah D demam
32. Molly sakit perut mungkin sekali kerana...
A dia tidak makan apa-apa kecuali cendol saja
B dia tidak makan apa-apa
C dia makan cendol di luar kawasan sekolah
D dia keracunan makanan
33. Apakah maksud kata pesanan berdasarkan dialog ini?
A ingatan C amanat
B nasihat D amaran
34. Apakah nasihat yang diberi oleh kakak kepada Molly?
A Jangan makan makanan yang tidak diketahui cara penyediaannya.
B Jangan membeli makanan yang dijual di kantin.
C Jangan lupa membawa makanan ke sekolah.
D Makan makanan yang hanya disediakan oleh ibu.
35. Semua yang berikut adalah kebaikan membawa bekalan ke sekolah, kecuali...
A Kita dapat menabung wang belanja.
B Makanan yang dibekalkan terjamin kebersihannya.
C Kita dapat membelanjakan wang saku.
D Kita dapat belajar berjimat cermat.
7.
Soalan 36 hinggaSoalan 40
Baca catatan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Sabtu, 12 Jun 2007
7.30 pagi: Berkumpul di kantin sekolah. Sebanyak 38 orang murid Tahun Tiga
dan Tahun Dua dan empat orang guru turut serta lawatan ke Kuala Lumpur.
Kami bertolak pada pukul 7.45 pagi.
10.30 pagi: Kami tiba di Kuala Lumpur. Kami berehat seketika di Taman
KLCC. Kemudian kami melawat ke Petrosains yang terletak di Menara
Berkembar Petronas. Di sini kami melawat ke beberapa bahagian. Kami
berpeluang mengenali dinasour, kejadian gempa bumi, dan pembentukan
petroleum melalui pameran Diorama Geomasa.
1.30 petang: Kami makan tengah hari di Taman Tasik Perdana. Seterusnya
kami melawat ke Planetarium Negara dan Muzium Negara. Kami bersiar-siar di
Dataran Merdeka sebelum pulang.
6.30 petang: Kami bertolak pulang selepas makan malam. Tiba pada pukul
10.00 malam. Walaupun letih, kami berasa amat seronok dan gembira.
36. Pada pukul berapakah mereka bertolak ke Kuala Lumpur?
A 8.00 pagi C 7.45 pagi
B 7.15 pagi D 8.00 pagi
37. Berapa orangkah yang menyertai lawatan ini?
A 42 orang C 38 orang
B 48 orang D 50 orang
38. Mereka berpeluang melihat dinasour ...
A di Muzium Negara. C di Planetarium Negara.
B di Petrosains. D di Menara Berkembar Petrosains.
39. Apakah tempat terakhir yang dilawati oleh mereka?
A Muzium Negara C Taman Tasik Perdana
B Dataran Merdeka D Planetarium Negara
40. Pilih penyataan yang tidak benar.
A Lawatan itu diadakan selama dua hari.
B Semasa melawat ke Petrosains, mereka dapat mengetahui kejadian gempa
bumi.
C Petrosains terletak di Menara Berkembar Petronas.
D Mereka makan tengah hari di Taman Tasik Perdana.
8.
KERTAS MODEL ALA-UPSR3 SKOR
_______
60
KERTAS 2 Satu jam lima puluh minit
Kertas ini mempunyai tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.
Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, anda boleh
memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3.
Bahagian A
[Masa yang dicadangkan: 40 minit]
[10 minit]
Bina lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.
Bahagian B
[Masa yang dicadangkan: 40 minit]
[30 markah]
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis suatu karangan yang panjangnya
tidak kurang daripada 60 patah kata.
1. Sekolah anda mengadakan kegiatan secara gotong-royong.
Gambarkan suasana kegiatan tersebut.
ATAU
2. Tulis suatu karangan yang bertajuk “Kebersihan Diri”. Gunakan isi-isi penting
yang diberikan sebagai panduan.
9.
Isi Penting
(a) Tahu cara-cara menjaga kebersihan diri.
(b) Menggunakan sabun semasa mandi
(c) Kita harus menggosok gigi tiga kali sehari.
(d) Rambut dan pakaian haruslah sentiasa kemas
ATAU
3. Sekolah anda mengadakan temasya sukan tahunan. Catat peristiwa-peristiwa yang
menarik sepanjang temasya sukan tersebut. Gunakan rangkaian kata di bawah ini
sebagai panduan.
menganjurkan - datang – menyaksikan – merasmikan – kebolehan –
bersorak – sokongan - diumumkan - juara - menyampaikah – hadiah
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan: 20 minit]
[20 minit]
Tulis beberapa nilai murni yang dapat anda peroleh daipada petikan di bawah ini.
Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis
jawapan anda dalam satu perenggan.
Malik dan Jamil adik beradik. Mereka tinggal bersama dengan ibu
bapa mereka. Malik amat baik hati dan ringan tulang. Namun, Jamil bersikap
sebaliknya.
Setiap hari, mereka membantu ibu bapa mereka bersawah. Jamil kerap
curi tulang. Pada waktu petang pula, Malik dan Jamil akan mencari kayu api
di hutan. Suatu hari, ketika dalam perjalanan ke hutan untuk mencari kayu
api, mereka bertembung dengan seekor harimau. Mereka ketakutan. Jamil
terus memanjat sebatang pohon untuk menyelamatkan dirinya.
Malik pula tidak dapat menyelamatkan dirinya. Tetapi, dia seorang
pemuda yang berani dan bijak. Malik berlawan dengan harimau itu. Dia
berjaya mengalahkan harimau itu.
Jamil turun dari pokok itu. Dia berasa malu kepada abangnya. Dia
meminta maaf daripada abangnya kerana bersikap mementingkan diri. Mulai
hari itu, Jamil bertekad mengubah sikapnya.
10.
JAWAPAN
KERTA MODEL ALA– UPSR 3
Kertas 1
1. D 2. B 3. D 4. B 5. B
6. C 7. A 8. C 9. A 10. C
11. A 12. B 13. A 14. B 15. C
16. B 17. A 18. A 19. C 20. D
21. C 22. A 23. B 24. D 25. B
26. B 27. B 28. C 29. B 30. A
31. A 32. D 33. B 34. D 35. C
36. C 37. A 38. B 39. B 40. A
Kertas 2
Bahagian A
1. Kampung saya dilanda banjir apabila hujan lebat turun selama beberapa hari.
2. Penduduk kampung telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
3. Beberapa orang penduduk yang tercedera dan dijangkiti penyakit diberi rawatan
segera.
4. Kaum wanita pula bekerjasama memasak makanan dan menyediakan minuman.
5. Kanak-kanak pula bermain bersama-sama rakan sebaya mereka.
Bahagian B
1. Pendahuluan
- mengadakan aktiviti gotong-royong pada hari Sabtu – semua murid dan guru
terlibat
Isi Penting
(a) awal pagi berkumpul di sekolah – cikgu memberikan penerangan
(b) bekerjasama membersihkan kawasan sekolah – dibahagikan kepada beberapa
kumpulan
(c) ditugaskan membersihkan taman sains – ada yang membersihkan kawasan
padang – mengutip sampah
(d) menjelang tengah hari kerja selesai – berehat – dijamu dengan nasi ayam
Penutup
- berasa puas hati melihat kawasan sekolah bersih – gembir
2. Setiap orang mestilah tahu tentang cara-cara menjaga kebersihan diri. Jika kita
sentiasa menjaga kebersihan diri, kita tidak akan mendapat penyakit.
Semasa mandi, kita mestilah menggunakan sabun dan syampu. Gigi pula
haruslah digosok sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Kita mestilah memotong
kuku seminggu sekali. Rambut kita pula perlu dipotong supaya kemas. Selain itu,
pakaian kita juga mestilah sentiasa bersih.
Jika kita bersih, semua orang akan suka kepada kita. Hidup kita akan menjadi
ceria dan bahagia.
11.
3. Sabtu, 10 Mei 2007
7.30 pagi
Sekolah saya mengadakan temasya sukan tahunan. Para ibu bapa dan tetamu khas
datang ke sekolah untuk menyaksikan temasya sukan tersebut.
8.30 pagi
Ketibaan Pegarah Pelajaran Daerah. Disambut oleh guru besar. Beliau
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan temasya sukan ini.
9.00 pagi
Acara sukan dimulakan. Para peserta menunjukkan kebolehan masing-masing
untuk menjuarai acara yang disertai. Murid-murid bersorak memberikan sokongan
kepada pasukan masing-masing.
12.30 tengah hari
Acara sukan berakhir. Rumah Hijau diumumkan sebagai juara. Pengarah Pelajaran
Daerah menyampaikan hadiah kepada pemenang. Majlis diakhiri dengan nyanyian
lagu kebangsaan.
Bahagian C
Kita haruslah mencontoh sikap Malik yang rajin membantu ayah mereka. Hal ini
demikian kerana sebagai anak kita haruslah membantu ibu bapa agar dapat
meringankan beban mereka. Sikap Malik yang malas adalah sikap yang tidak baik.
Apabila menghadapi keadaan yang tidak diingini, kita haruslah berani dan bijak mencari
jalan untuk menghindarkannya seperti sikap Malik. Walau bagaimanpun kita tidaklah
harus bersikap mementingkan diri sendiri. Di samping itu, kita haruslah berubah sikap
buruk seperti Malik yang berazam untuk mengubah sikapnya.