SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
DIAGO MARADONA
Diago Armando Maradona (lahir di Buenos
Aires, Argentina, 30 Oktober 1960) adalah bekas
pemain bola sepak Argentina. Maradona pernah
menjadi jurulatih pasukan Argentina pada
November 2008 sehingga Julai 2010.
Untuk Argentina, Maradona tampil
sebanyak 91 kali dan telah menjaringkan 34 gol.
Gol terbaiknya muncul pada Piala Dunia 1986
(Maxico) ketika Argentina menentang England.
Link untuk video :
http://www.youtube.com/watch?v=jk-kXwjASEE
Selain itu, Diago Maradona juga terkenal dengan jaringan “Hand Of
God”. Pada piala dunia 1986 (Maxico) sekali lagi semasa menentang
England, Maradona telah menjaringkan satu gol menggunakan tangan
semasa berlakunya pergelutan di gawang gol.
Link untuk video :
http://www.youtube.com/watch?v=-ccNkksrfls
Goal “Hand Of God” Diago Maradona
RONALDO
Ronaldo Luis Nazario de Lima atau
panggilan singkatnya Ronaldo
dilahirkan pada 18 September 1976,
adalah bekas pemain bola sepak
Brazil yang telah bersara. Beliau
popular digelar “fenomena”
Beliau adalah salah satu daripada tiga lelaki yang memenangi Pemain
Terbaik Fifa Anugerah Tahunan (Ballon d’or) tiga kali atau lebih, bersama-
sama dengan Zinedine Zidane dan Lionel Messi. Beliau juga diundi oleh FiFa
serta peminat sebagai salah seorang pemain bola sepak termahsyur
sepanjang zaman.
Dianggap oleh ramai pihak sebagai penyerang yang lengkap meliputi
kawalan bola yang baik, kelajuan yang mantap dan penyudah yang berbisa.
Pada tahun 2007 beliau telah dinamakan sebagai kesebelasan utama World
Xi oleh FiFa. Selain itu pada usia muda juga beliau telah disenaraikan oleh
lagenda senegaranya iaitu Pele sebagai 100 pemain berbakat pilihannya.
Ronaldo bermain untuk Brazil dalam 98 perlawanan, menjaringkan
62 gol, dan merupakan penjaring gol kedua tertinggi untuk pasukan
kebangsaannya selepas Pele. Berumur 17 , beliau adalah sebahagian daripada
skuad Brazil yang memenangi Piala Dunia FIFA 1994 . Pada Piala Dunia
1998 beliau telah membantu Brazil mara ke perlawanan akhir dan
memenangi Bola Emas bagi pemain kejohanan. Beliau memenangi Piala
Dunia kedua pada tahun 2002 di mana beliau menerima Kasut Emas
sebagai penjaring gol terbanyak. Semasa Piala Dunia FIFA 2006 , Ronaldo
menjadi penjaring gol terbanyak dalam satu kempen piala dunia apabila
menjaringkan 15 gol. Paling tinggi dalam sejarah Piala Dunia, melepasi
rekod Gerd Müller iaitu 14 gol.
Link untuk video :
http://www.youtube.com/watch?v=m8bZhNBQktQ
ZINEDINE ZIDANE
Zinedine Yazid Zidane lahir pada 23 jun
1972 di Marseille, France. Pada usia muda
pernah dibawa keluarga di negara asalnya iaitu
Almeria namun atas bakat dan minat
mendalamnya kepada bola sepak, beliau telah
memilih Perancis sebagai negara untuk
bermain.
Digelar dengan panggilan “zizou” beliau
merupakan seorang pemain bola sepak yang
sangat bagus dan berbakat. Bermain di posisi tengah beliau telah
membantu banyak pasukan yang diwakilinya memenangi kejuaraan. Pada
usia mudanya beliau telah mewakili Jeventus dalam tempoh dua penggal
sebelum berhijrah ke Real Madrid.
Beliau merupakan seorang pemain tengah yang mempunyai teknikal
yang sangat bagus dan kawalan bola yang sangat baik. Tidak hairanlah bila
beliau telah memenangi pelbagai kejuaraan. Di peringkat kelab, gelaran La
Liga dan UEFA Liga Juara-Juara pusingan dengan Real Madrid, dua
Kejohanan Liga Serie A dengan Juventus dan Piala Antara Benua dan UEFA
Piala Super masing-masing dengan kedua-dua pihak yang disebutkan di
atas . Pada peringkat antarabangsa, Zidane memenangi Piala Dunia FIFA
1998 dan UEFA Euro 2000 dengan Perancis.
Di antara penghargaan peribadinya ialah Zidane merupakan pemain
terbaik dunia Fifa tahunan tiga kali (Ballon d’ Or). Juara Player of the year
pada tahun 1996, Serie A pemain terbaik tahunan pada tahun 2001 dan La
Liga best player luar pada tahun 2002. Beliau telah dianugerahkan pemain
terbaik Euro 2000 dan Piala Dunia Fifa 2006 Golden Ball.
Link untuk video :
http://www.youtube.com/watch?v=cYrWxb7UMVo
Akan tetapi, cara beliau bersara daripada bola sepak sedikit
membawa kepada tangapan negatif dari banyak pihak. Hal ini kerana pada
perlawanan akhir Piala Dunia 2006 antara Perancis menentang Itali, beliau
telah menanduk dengan kepala pemain pertahanan Itali Marco Meterazzi.
Link untuk video :
http://www.youtube.com/watch?v=XGFVhzmnYW
Gambar Zidane menanduk
Marco Meterazzi.
MOKHTAR DAHARI
Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11
Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak
kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah digelarkan
SuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol sepanjang
kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985.
Biodata Mokhtar Dahari
MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971
PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972
MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972
KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985
KAPS: 167
GOL PIALA MALAYSIA: 177
GOL ANTARABANGSA: 125
JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978
PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974
di Teheran
ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976
Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini
walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 23 tahun lalu.
Walaupun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali
bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya -
pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf
dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola
Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya
menembusi gawang lawan.
Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan gelaran
SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang
terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan
Kebangsaan 1976.
Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak
peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R.Arumugam,
bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu
belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan
lawan dan meloloskan diri.
Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di
kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka
mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan
Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil
jaringan menakjubkan Mokhtar.
Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang
gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan
kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah
payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun
dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.
Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia
yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria tidak pernah
jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan
pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek
tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang
kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.
Bahkan dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan
kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga
menjadikan dia idola yang paling diminati.
Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu
tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang
sepatutnya mencuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri
supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.
HASSAN SANI
Hassan "Lipas Kudung" Sani (lahir pada 12 Mac 1958) merupakan bekas
pemain bola sepak Malaysia yang pernah bermain bersama Sabah FA dan
Kuala Lumpur FA dalam kancah Liga Malaysia sekitar penghujung tahun
1970-an sehinggalah penhujung 1980-an. Dia merupakan bekas penyerang
kebangsaan Malaysia yang digelar sebagai lipas kudung oleh peminat kerana
merupakan pemain yang sangat pantas didalam skuad Malaysia.
Hassan memulakan karier bola sepaknya pada tahun 1974 bersama Sabah
FA. Dia merupakan antara penyerang terbaik yang pernah dilahirkan
pasukan negeri dibawah bayu itu selain James Wong. Kelincahannya beraksi
dalam kancah Liga Malaysia mendatangkan gerun kepada pasukan lawan.
Tambahan pula keserasiannya bersama James Wong yang juga penyerang
kebangsaan menghasilkan banyak kejayaan hinggakan gandingan Hassan-
James dikenal sebagai penyerang kembar selepas era Mokhtar Dahari dan
Isa Bakar.
Pada tahun 1979, Hassan membantu Sabah untuk menjadi naib juara Liga
Malaysia 1979 dan paling menarik Sabah menjadi pasukan yang paling
banyak menjaringkan gol dalam Liga Malaysia ketika itu dengan 49 gol.
Hassan mewakili Malaysia buat pertama kali ketika kejohanan Piala Presiden
di Seoul, Korea Selatan. Ketika itu, dia masih menjadi pemain simpanan dan
idolanya allahyarham Mokhtar Dahari bergandingan bersama Isa Bakar.
Kemuncak karier Hassan bersama pasukan kebangsaan Malaysia ialah ketika
kelayakan Sukan Olimpik 1980 apabila membantu skuad kebangsaan layak
beraksi di Sukan Olimpik. Detik manis ini tercipta apabila bola hantaran
Khalid Ali tiba kepada Hassan. Hassan yang digelar lipas kudung membuat
larian pantas dan terus membuat hantaran kepada James Wong untuk
menghasilkan gol kemenangan Malaysia ke Korea Selatan dengan jaringan
2-1. Gol itu menjadi gol terbaik Malaysia sehingga kini dan menjadi ikon
iklan "Semangat Bola" oleh Maxis sempena menaikkan semangat bola di
kalangan penduduk Malaysia untuk kejohanan Piala Dunia.
Walaubagaimanapun Malaysia tidak beraksi pada Sukan Olimpik 1980
kerana kerajaan Malaysia berkeras untuk membantah tindakan Soviet Union
yang menceroboh Afghanistan. Hassan kemudiannya mengundurkan diri
dari pentas antarabangsa pada tahun 1986.
Hassan kemudian beralih kepada bola sepak pantai pada 1996. Dia mewakili
Malaysia pada Kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Pantai 1999.
Hassan kini masih bergiat aktif dalam bola sepak dan bermain dalam
saingan liga di Labuan mewakili Kompleks FC. Dia kini bekerja sebagai
Kelasi/Jurumudi Labuan di Jabatan Pelabuhan & Dermaga Sabah.
Link untuk video :
http://www.youtube.com/watch?v=Rt5MKwYpj1k
SOH CHIN AUN
Datuk Soh Chin Aun (juga dikenali sebagai Tauke) merupakan pemain
legenda bola sepak Malaysia yang berasal dari Alor Gajah, Melaka. Chin
Aun merupakan rakan seangkatan allayraham Mokhtar Dahari dan
mendiang R Arumugam.
Pada tahun 1971, Chin Aun yang baru berusia 21 tahun menjadi ketua
pasukan termuda dalam kelayakan Sukan Olimpik 1974 diSeoul, Korea
Selatan. Dia merupkan salah seorang pemain yang mewakili Malaysia
pada Sukan Olimpik 1972 di Munich dan berperanan sebagai ketua
pasukan.
Kekentalannya mengemudi barisan pertahanan bersama Santokh
Singh menghadirkan gerun kepada pasukan Asia yang menentang Malaysia
pada era 70-an hinggalah 80-an. Dia digelar sebagai Tuhan
Peperangan (God of war) kerana kebijaksanaannya mengemudi pasukan.
Pada tahun 1971, apabila beliau bermain dalam pusingan kelayakan Olimpik
di Seoul, Korea Selatan, beliau adalah pemain termuda dalam pasukan
kebangsaan pada usia 21 tahun. Beliau mengambil bahagian dalam 1972
sukan Olimpik Munich dan merupakan kapten pasukan yang layak ke
Moscow 1980. Malangnya Malaysia tidak mengambil bahagian pada sukan
Olimpik itu. Namun kerana sumbangannya untuk membantu Malaysia
layak, beliau telah dianugerahkan Ahli Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan
Agong.
Selepas bersara dari bermain bola sepak, Chin Aun cuba berjinak-jinak
dalam bidang politik dengan bertanding pada Pilihan Raya Parlimen Kota
Melaka pada 1986 tetapi tewas dengan jumlah besar 17,606 undi
kepada Lim Guan Eng. Pada tahun 2007, Chin Aun dilantik sebagai
Pengerusi Pengadil Malaysia pada 13 Mac 2007. Dia kemudian memegang
jawatan selaku pengurus pasukan bola sepak Malaysia pada 2007 sehinngga
Februari 2009.
Link untuk video :
http://www.youtube.com/watch?v=BQk0nAuYQFU
BEST OF THREE
LAGENDA
PEMAIN
ANTARABANGSA
&
PEMAIN NEGARA

More Related Content

Featured

Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Applitools
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at WorkGetSmarter
 
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...DevGAMM Conference
 
Barbie - Brand Strategy Presentation
Barbie - Brand Strategy PresentationBarbie - Brand Strategy Presentation
Barbie - Brand Strategy PresentationErica Santiago
 
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them wellGood Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them wellSaba Software
 

Featured (20)

Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work
 
ChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slidesChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slides
 
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike RoutesMore than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
 
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
 
Barbie - Brand Strategy Presentation
Barbie - Brand Strategy PresentationBarbie - Brand Strategy Presentation
Barbie - Brand Strategy Presentation
 
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them wellGood Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
 

Bio bola lagend

  • 1. DIAGO MARADONA Diago Armando Maradona (lahir di Buenos Aires, Argentina, 30 Oktober 1960) adalah bekas pemain bola sepak Argentina. Maradona pernah menjadi jurulatih pasukan Argentina pada November 2008 sehingga Julai 2010. Untuk Argentina, Maradona tampil sebanyak 91 kali dan telah menjaringkan 34 gol. Gol terbaiknya muncul pada Piala Dunia 1986 (Maxico) ketika Argentina menentang England. Link untuk video : http://www.youtube.com/watch?v=jk-kXwjASEE Selain itu, Diago Maradona juga terkenal dengan jaringan “Hand Of God”. Pada piala dunia 1986 (Maxico) sekali lagi semasa menentang England, Maradona telah menjaringkan satu gol menggunakan tangan semasa berlakunya pergelutan di gawang gol. Link untuk video : http://www.youtube.com/watch?v=-ccNkksrfls Goal “Hand Of God” Diago Maradona RONALDO Ronaldo Luis Nazario de Lima atau panggilan singkatnya Ronaldo dilahirkan pada 18 September 1976, adalah bekas pemain bola sepak Brazil yang telah bersara. Beliau
  • 2. popular digelar “fenomena” Beliau adalah salah satu daripada tiga lelaki yang memenangi Pemain Terbaik Fifa Anugerah Tahunan (Ballon d’or) tiga kali atau lebih, bersama- sama dengan Zinedine Zidane dan Lionel Messi. Beliau juga diundi oleh FiFa serta peminat sebagai salah seorang pemain bola sepak termahsyur sepanjang zaman. Dianggap oleh ramai pihak sebagai penyerang yang lengkap meliputi kawalan bola yang baik, kelajuan yang mantap dan penyudah yang berbisa. Pada tahun 2007 beliau telah dinamakan sebagai kesebelasan utama World Xi oleh FiFa. Selain itu pada usia muda juga beliau telah disenaraikan oleh lagenda senegaranya iaitu Pele sebagai 100 pemain berbakat pilihannya. Ronaldo bermain untuk Brazil dalam 98 perlawanan, menjaringkan 62 gol, dan merupakan penjaring gol kedua tertinggi untuk pasukan kebangsaannya selepas Pele. Berumur 17 , beliau adalah sebahagian daripada skuad Brazil yang memenangi Piala Dunia FIFA 1994 . Pada Piala Dunia 1998 beliau telah membantu Brazil mara ke perlawanan akhir dan memenangi Bola Emas bagi pemain kejohanan. Beliau memenangi Piala Dunia kedua pada tahun 2002 di mana beliau menerima Kasut Emas sebagai penjaring gol terbanyak. Semasa Piala Dunia FIFA 2006 , Ronaldo menjadi penjaring gol terbanyak dalam satu kempen piala dunia apabila menjaringkan 15 gol. Paling tinggi dalam sejarah Piala Dunia, melepasi rekod Gerd Müller iaitu 14 gol. Link untuk video : http://www.youtube.com/watch?v=m8bZhNBQktQ
  • 3. ZINEDINE ZIDANE Zinedine Yazid Zidane lahir pada 23 jun 1972 di Marseille, France. Pada usia muda pernah dibawa keluarga di negara asalnya iaitu Almeria namun atas bakat dan minat mendalamnya kepada bola sepak, beliau telah memilih Perancis sebagai negara untuk bermain. Digelar dengan panggilan “zizou” beliau merupakan seorang pemain bola sepak yang sangat bagus dan berbakat. Bermain di posisi tengah beliau telah membantu banyak pasukan yang diwakilinya memenangi kejuaraan. Pada usia mudanya beliau telah mewakili Jeventus dalam tempoh dua penggal sebelum berhijrah ke Real Madrid. Beliau merupakan seorang pemain tengah yang mempunyai teknikal yang sangat bagus dan kawalan bola yang sangat baik. Tidak hairanlah bila beliau telah memenangi pelbagai kejuaraan. Di peringkat kelab, gelaran La Liga dan UEFA Liga Juara-Juara pusingan dengan Real Madrid, dua Kejohanan Liga Serie A dengan Juventus dan Piala Antara Benua dan UEFA Piala Super masing-masing dengan kedua-dua pihak yang disebutkan di
  • 4. atas . Pada peringkat antarabangsa, Zidane memenangi Piala Dunia FIFA 1998 dan UEFA Euro 2000 dengan Perancis. Di antara penghargaan peribadinya ialah Zidane merupakan pemain terbaik dunia Fifa tahunan tiga kali (Ballon d’ Or). Juara Player of the year pada tahun 1996, Serie A pemain terbaik tahunan pada tahun 2001 dan La Liga best player luar pada tahun 2002. Beliau telah dianugerahkan pemain terbaik Euro 2000 dan Piala Dunia Fifa 2006 Golden Ball. Link untuk video : http://www.youtube.com/watch?v=cYrWxb7UMVo Akan tetapi, cara beliau bersara daripada bola sepak sedikit membawa kepada tangapan negatif dari banyak pihak. Hal ini kerana pada perlawanan akhir Piala Dunia 2006 antara Perancis menentang Itali, beliau telah menanduk dengan kepala pemain pertahanan Itali Marco Meterazzi. Link untuk video : http://www.youtube.com/watch?v=XGFVhzmnYW Gambar Zidane menanduk Marco Meterazzi.
  • 5. MOKHTAR DAHARI Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah digelarkan SuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985. Biodata Mokhtar Dahari MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971 PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972 MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972 KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985 KAPS: 167 GOL PIALA MALAYSIA: 177 GOL ANTARABANGSA: 125 JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978 PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976 Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 23 tahun lalu.
  • 6. Walaupun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan. Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan gelaran SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976. Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R.Arumugam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri. Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar. Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain. Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya. Bahkan dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola yang paling diminati.
  • 7. Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya mencuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya. HASSAN SANI Hassan "Lipas Kudung" Sani (lahir pada 12 Mac 1958) merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia yang pernah bermain bersama Sabah FA dan Kuala Lumpur FA dalam kancah Liga Malaysia sekitar penghujung tahun 1970-an sehinggalah penhujung 1980-an. Dia merupakan bekas penyerang
  • 8. kebangsaan Malaysia yang digelar sebagai lipas kudung oleh peminat kerana merupakan pemain yang sangat pantas didalam skuad Malaysia. Hassan memulakan karier bola sepaknya pada tahun 1974 bersama Sabah FA. Dia merupakan antara penyerang terbaik yang pernah dilahirkan pasukan negeri dibawah bayu itu selain James Wong. Kelincahannya beraksi dalam kancah Liga Malaysia mendatangkan gerun kepada pasukan lawan. Tambahan pula keserasiannya bersama James Wong yang juga penyerang kebangsaan menghasilkan banyak kejayaan hinggakan gandingan Hassan- James dikenal sebagai penyerang kembar selepas era Mokhtar Dahari dan Isa Bakar. Pada tahun 1979, Hassan membantu Sabah untuk menjadi naib juara Liga Malaysia 1979 dan paling menarik Sabah menjadi pasukan yang paling banyak menjaringkan gol dalam Liga Malaysia ketika itu dengan 49 gol. Hassan mewakili Malaysia buat pertama kali ketika kejohanan Piala Presiden di Seoul, Korea Selatan. Ketika itu, dia masih menjadi pemain simpanan dan idolanya allahyarham Mokhtar Dahari bergandingan bersama Isa Bakar. Kemuncak karier Hassan bersama pasukan kebangsaan Malaysia ialah ketika kelayakan Sukan Olimpik 1980 apabila membantu skuad kebangsaan layak beraksi di Sukan Olimpik. Detik manis ini tercipta apabila bola hantaran Khalid Ali tiba kepada Hassan. Hassan yang digelar lipas kudung membuat larian pantas dan terus membuat hantaran kepada James Wong untuk menghasilkan gol kemenangan Malaysia ke Korea Selatan dengan jaringan 2-1. Gol itu menjadi gol terbaik Malaysia sehingga kini dan menjadi ikon iklan "Semangat Bola" oleh Maxis sempena menaikkan semangat bola di kalangan penduduk Malaysia untuk kejohanan Piala Dunia. Walaubagaimanapun Malaysia tidak beraksi pada Sukan Olimpik 1980 kerana kerajaan Malaysia berkeras untuk membantah tindakan Soviet Union yang menceroboh Afghanistan. Hassan kemudiannya mengundurkan diri dari pentas antarabangsa pada tahun 1986. Hassan kemudian beralih kepada bola sepak pantai pada 1996. Dia mewakili Malaysia pada Kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Pantai 1999. Hassan kini masih bergiat aktif dalam bola sepak dan bermain dalam saingan liga di Labuan mewakili Kompleks FC. Dia kini bekerja sebagai Kelasi/Jurumudi Labuan di Jabatan Pelabuhan & Dermaga Sabah.
  • 9. Link untuk video : http://www.youtube.com/watch?v=Rt5MKwYpj1k SOH CHIN AUN
  • 10. Datuk Soh Chin Aun (juga dikenali sebagai Tauke) merupakan pemain legenda bola sepak Malaysia yang berasal dari Alor Gajah, Melaka. Chin Aun merupakan rakan seangkatan allayraham Mokhtar Dahari dan mendiang R Arumugam. Pada tahun 1971, Chin Aun yang baru berusia 21 tahun menjadi ketua pasukan termuda dalam kelayakan Sukan Olimpik 1974 diSeoul, Korea Selatan. Dia merupkan salah seorang pemain yang mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik 1972 di Munich dan berperanan sebagai ketua pasukan. Kekentalannya mengemudi barisan pertahanan bersama Santokh Singh menghadirkan gerun kepada pasukan Asia yang menentang Malaysia pada era 70-an hinggalah 80-an. Dia digelar sebagai Tuhan Peperangan (God of war) kerana kebijaksanaannya mengemudi pasukan. Pada tahun 1971, apabila beliau bermain dalam pusingan kelayakan Olimpik di Seoul, Korea Selatan, beliau adalah pemain termuda dalam pasukan kebangsaan pada usia 21 tahun. Beliau mengambil bahagian dalam 1972 sukan Olimpik Munich dan merupakan kapten pasukan yang layak ke Moscow 1980. Malangnya Malaysia tidak mengambil bahagian pada sukan Olimpik itu. Namun kerana sumbangannya untuk membantu Malaysia layak, beliau telah dianugerahkan Ahli Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong. Selepas bersara dari bermain bola sepak, Chin Aun cuba berjinak-jinak dalam bidang politik dengan bertanding pada Pilihan Raya Parlimen Kota Melaka pada 1986 tetapi tewas dengan jumlah besar 17,606 undi
  • 11. kepada Lim Guan Eng. Pada tahun 2007, Chin Aun dilantik sebagai Pengerusi Pengadil Malaysia pada 13 Mac 2007. Dia kemudian memegang jawatan selaku pengurus pasukan bola sepak Malaysia pada 2007 sehinngga Februari 2009. Link untuk video : http://www.youtube.com/watch?v=BQk0nAuYQFU BEST OF THREE LAGENDA