SlideShare a Scribd company logo
BAHASA ARAB
NAMA:NUR
AQILAH
AMNI
BT
MOHAMED ALI
KELAS:1 IBN SINA
NO.IC:030407-16-0020
GURU:USTAZAH KARTINI
TAJUK:NAMA-NAMA BANGUNAN
DI MALAYSIA
.
Ini adalah sebuah hospital.Di Hospital
ada pesakit, doktor dan jururawat. Kita
boleh melawat orang sakit di hospital.
.
Ini adalah balai polis. Di balai polis dan polis
bertanggungjawab untuk mengekalkan
keselamatan di negara ini. Sekiranya berlaku
masalah atau negara-negara lain, polis datang
untuk membantu.
.
Ini adalah stesen api. Anggota bomba bertugas
untuk memadamkan kebakaran dan
menyelamat orang dalam kesusahan, seperti
kemalangan.
.
Ini adalah Menara Berkembar Petronas.
Menara ini adalah menara tertinggi di Asia
Tenggara. Ia juga tinggi dan cantik pada waktu
malam.
.
Ini adalah sebuah pasar raya. Di pasar raya,
dan terdapat beberapa perkara yang anda
perlukan setiap hari. Seperti makanan ikan dan
lain-lain keperluan.
.
Ini adalah pejabat pos. Kita boleh menghantar
surat melalui pos. Di pejaba pos ada setem.
.
Ini adalah masjid. Masjid ini adalah tempat di
mana umat Islam solat, memberi ceramah dan
lain-lain. Masjid ini juga rumah kepada Allah.
.
Ini adalah sekolah Sekolah adalah tempat
pembelajaran. Di sekolah terdapat kelas
banyak, makmal, rakan-rakan dan guru. Belajar
di sekolah amat menyeronokkan.
.
Ini pejabat. Di pejabat terdapat kerani dan ahli
jawatankuasa tertentu
.
Ini adalah salah satu daripada bank-bank. Bank
adalah tempat untuk menyimpan wang untuk
kegunaan pada masa depan.
Menara eiffal ialah menara besi yang dibina di atas
Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris,
Perancis. Menara Eiffel adalah bangunan yang
tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan
dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis
.
Ini adalah sebuah hotel. Hotel adalah tempat
penginapan sementara. Kebanyakan pelancong
yang ingin bercuti, menginap di hotel.
.
Ini ialah tokong cina.Orang yang beragama
Buddha berdoa di sini. Kebanyakkan tokong
Cina warna merah.
.
Ini adalah Menara Kuala Lumpur. Pembinaan
menara ini dibina oleh Perdana Menteri yang
keepat.Menara ini sangat tinggi setinggi
Menara Berkembar.
.
Ini ialah Menara Taming Sari.Ia terletak
di melaka.Kita dapat melihat
pemandangan melaka apabila kita
menaiki menara itu.
.
Ini sebuah bank tabung haji yang terkenal di
malaysia. bank ini berbentuk tabung dan bewarna
hitam putih. umat islam menyimpan duit di bank ini
untuk menunaikan haji di mekah.
A'Famosa.Ia. .
Ini ialah Kota A'Famosa.Ia terletak di Melaka. Ia
ialah bangunan peninggalan Portugis yang
datang menjajah di melaka suatu masa dahulu.
.
Ini ialah bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan
ini dibina oleh British untuk dijadikan ibu pejabat
baru mentadbir negeri. Ia cantik dilihat pada waktu
malam disebabkan lampunya.
.
ini sebuah Menara Jam Condong. Menara Condong
adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk
Intan,Perak. Menara ini sebenarnya merupakan
takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat
Jong.
) M2)
Planetarium Negara merupakan planetarium negara
Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia
merupakan bangunan berkubah biru yang terletak
di puncak bukit di Taman Tasik di Jalan Perdana,
Kuala Lumpur. Ia merangkumi kawasan seluas
120,000 kaki persegi (11,000 m2)..
TAMAT
ABU BAKAR
AS-SIDIQ
Sayyidina Abu Bakar As Siddiq r.a adalah manusia paling agung dalam sejarah Islam
sesudah Rasulullah SAW. Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam
mengorbankan harta benda dan kekayaannya untuk Islam, kebijaksanaannya dalam
menyelesaikan masalah umat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran,
kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tutur bahasanya yang lembut lagi menarik
adalah sukar dicari bandingannya baik dahulu mahupun sekarang.
Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling disayangi Rasulullah SAW.
Nama sebenar Sayyidina Abu Bakar As Siddiq adalah Abdullah bin Qahafah. Sebelum
Islam, beliau adalah seorang saudagar yang tersangat kaya dan dari keluarga
bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk
Islam lagi, Abu Bakar terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi
akhlaknya dan tidak pernah minum arak sebagaimana lazim dilakukan oleh pembesar-
pembesar Quraisy yang lain.
Dari segi umur, Sayyidina Abu Bakar r.a adalah dua tahun lebih muda dari Rasulullah
SAW dan telah menjalin persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul lama
sebelum Rasulullah SAW menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang paling
banyak berkorban harta benda untuk menegakkan Islam di samping Nabi Muhammad
SAW.
Besarnya pergorbanan beliau itu sehingga Rasulullah SAW pernah mengatakan
bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pergorbanan Sayyidina Abu
Bakar r.a. Adapun gelaran As Siddiq yang dberikan kepadanya itu adalah kerana
sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja kata-kata mahupun perbuatan Nabi
Muhammad SAW.
Dalam hal ini elok kita petik suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud
yang diceritakan sendiri oleh Sayyidina Abu Bakar, tentang bagaimana Sayyidina Abu
Bakar r.a memeluk agama Islam.
Kata Sayyidina Abu Bakar r.a, “Aku pernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman.
Dia rajin membaca kita-kitab dan mengajar ramai murid. Dia berkata kepadaku:
“Aku kira tuan datang dari Tanah Haram.”
“Benar,” jawabku.
“Aku kira tuan berbangsa Quraisy?”
“Benar,” ujarku lagi.
“Dan apa yang aku lihat, tuan dari keluarga Bani Tamim?”
“Benarlah begitu,” tambahku selanjutnya.
Orang tua it terus menyambung katanya, “ Ada satu hal yang hendak aku tanyakan dari
tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak keberatan jika aku lihat perutmu?”
Maka pada ketika itu aku pun berkata,” Aku keberatan hendak memperlihatkan selagi
tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya.”
Maka ujar orang tua itu, “Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa
seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua orang
sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separuh umur.
Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi
pelindungnya dalam sebarang kesusahan. Sementara yang separuh umur itu putih
kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di paha
kirinya. Apalah salahnya kalau tuan perlihatkan kepadaku.”
Maka sesudah dia berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu orang tua itu pun
melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata, “Demi Tuhan yang
menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!”
Kemudian orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman
untuk beberapa waktu kerana mengurusi perniagaanku dan sebelum meninggalkan
negeri itu, aku sekali lagi pegi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat
tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya, “Bolehkah tuan menyampaikan
beberapa rangkap syairku?”
“Boleh sahaja,” jawabku.
Setelah itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di
Mekah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, “Adakah engkau
tahu apa yang sudah terjadi?”
Maka ujarku pula, “Apakah yang terjadi itu?”
Jawab mereka, “Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak
mengingatkan engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah satu-
satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.”
Kemudian aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi
menemui Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, “Wahai Muhammad,
tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tuan dan aku mendapat tahu tuan terang-
terang telah menyeleweng dari kepercayaan nenek moyang kita.”
Maka ujar baginda, “Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan
untuk seluruh umat!”
Aku pun bertanya baginda, “Apa buktinya?”
Jawab Baginda, “Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.”
Aku menambah lagi, “Orang tua yang mana satukah yang tuan maksudkan kerana
ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?”
Baginda menyambung, “Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada engkau!”
Aku terkejut mendengarkannya kerana hal itu tiada sesiapa pun yang mengetahuinya.
Lalu aku bertanya, “Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?”
Maka ujar baginda, “Malaikat yang pernah menemui nabi-nabi sebelumku.”
Akhirnya aku berkata, “Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik
saksi tiada Tuhan yang ku sembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya
pesuruh Allah”
Demikian kisah indah yang meriwayatkan bagaimana Islamnya Sayyidina Abu Bakar as
Siddiq. Dan memanglah menurut riwayat beliau merupakan lelaki pertama yang
beriman kepada Rasulullah SAW.
Keislaman Sayyidina Abu Bakar As Siddiq r.a telah membawa pengaruh besar di
kalangan kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya itulah maka
beberapa orang pemuda bangsawan Quraisy seperti Sayyidina Usman bin Affan r.a,
Sayyidina Abdul Rahman bin Auf r.a, Sayyidina Saad bin Waqqas r.a menuruti jejak
langkahnya.
Semenjak memeluk Islam, Sayyidina Abu Bakar r.a telah menjadi pembela Islam yang
paling utama serta seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai Rasulullah
SAW. Seorang sahabat, Sayyidina Amru bin Al As r.a pernah suatu hari menanyakan
Rasul, “Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayang!”
Baginda menjawab, “Siti Aisyah dan kalau laki-laki adalah bapanya.”
Selain itu, Sayyidina Abu Bakar as Siddiq r.a terkenal dengan keteguhan imannya,
cerdas akal, tinggi akhlak, lemah lembut dan penyantun. Rasulullah SAW pernah
bersabda:
“Jika ditimbang iman Abu Bakar As Siddiq dengan iman sekalian umat maka berat lagi
iman Abu Bakar.”
Demikian teguhnya iman Sayyidina Abu Bakar r.a. Gelaran As Siddiq yang diberikan
terhadap dirinya itu lantaran sikap serta pendiriannya yang teguh dalam membenarkan
serta membela diri Rasulullah SAW. Andainya sekalian umat manusia mendustakan
Muhammad SAW, Abu Bakar r.a pasti akan tampil dengan penuh keyakinan untuk
membelanya.
Setelah memeluk Islam, Sayyidina Abu Bakar menyerahkan seluruh kekayaan dan jiwa
raganya untuk melakukan perjuangan menegakkan Islam bersama Nabi Muhammad
SAW. Beliau telah mengorbankan seluruh harta bendanya untuk menebus orang-orang
yang ditawan, orang-orang yang ditangkap atau diseksa. Beliau juga telah membeli
hamba-hamba yang kemudian dimerdekakannya. Salah seorang daripadanya ialah
Sayyidina Bilal bin Rabah r.a.
Tatkala Nabi Muhammad SAW selesai melakukan Israk dan Mikraj, segolongan orang
yang kurang mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah SAW telah pergi
menemui Sayyidina Abu Bakar r.a untuk mendengarkan apa pendapatnya tentang
dakwaan Muhammad SAW itu.
Sebaik mendengarnya, Sayyidina Abu Bakar terus berkata,” Adakah Muhammad
berkata begitu?”
Sahut mereka, “Benar!”
Maka ujar Sayyidina Abu Bakar r.a, “Jika Muhammad berkata begitu maka sungguh
benarlah apa yang diceritakan itu.”
Lalu mereka pun terus menyambung, “Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa
Muhamamad sampai ke tanah Syam yang jauhnya sebulan perjalanan, hanya dalam
satu malam?”
Maka sahut Abu Bakar sungguh-sungguh, “Benar! Aku percaya! Malah lebih dari itu pun
aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dari langit yang diberitakannya, baik
pada waktu siang mahupun di waktu malam!”
Demikian hebatnya keyakinan sahabat yang paling utama itu. Oleh kerana tegas dan
teguhnya iman beliau terhadap agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan
terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda maka beliau telah diberi gelaranAs-
Siddiq, ertinya yang membenarkan oleh Rasulullah SAW.
Tidaklah menghairankan sikap Abu Bakar itu. Beliau telah lama mengenali Muhammad
SAW, bukan sehari dua. Beliau tahu bahawa sahabatnya itu sentiasa berkata benar,
tidak pernah bohong hingga digelar orang Al Amin.
Tatkala kekejaman musyirikin Quraisy terhadap kaum muslimin yang sedikit jumlahnya
di Mekah semakin hebat dan membahayakan, Nabi Muhammad SAW telah
memberitahu Sayyidina Abu Bakar r.a supaya menemaninya dalam hijrah tersebut.
Dengan perasaan gembira tanpa sedikit kebimbangan pun Sayyidina Abu Bakar r.a
menyambut permintaan Rasulullah SAW.
Dari pintu belakang rumah Sayyidina Abu Bakar r.a, Rasulullah SAW bersama-sama
Sayyidina Abu Bakar menuju ke Gua Tsur dan bersembunyi di situ. Pada saat suasana
amat kritikal, Sayyidina Abu Bakar r.a diserang kegelisahan dan cemas kerana khuatir
kalau-kalau musuh dapat mengetahui di mana Rasulullah SAW sedang bersembunyi,
maka turunlah ayat suci Al Quran dari Surah At Taubah yang isinya memuji Sayyidina
Abu bakar As Sidiq, sebagai ‘orang kedua’ sesudah Nabi Muhammad SAW dalam Gua
Tsur. Dalam pada itu Rasulullah SAW pun mengerti akan situasi dan kegelisahan
sahabatnya itu yang oleh kerananya Rasul SAW berkata, “Apakah yang
mengelisahkanmu, bukankah Allah bersama kita?”
Kemudian Rasulullah SAW berkata, “Kiranya mereka masuk juga ke dalam gua ini, kita
masih dapat melepaskan diri dari pintu belakang itu,” ujar Rasulullah SAW sambil
menunjukkan ke belakang mereka.
SayyidinaAbu Bakar r.a pun menoleh ke belakang. Betapa terkejutnya beliau bila
dilihatnya pintu belakang yang ditunjuk oleh Rasul itu, padahal pintu tersebut tadinya
tidak ada sama sekali. Sebenarnya kebimbangan Abu Bakar r.a tatkala di dalam gua itu
bukanlah kerana takutkan nyawanya diragut oleh pihak musuh tetapi yang lebih
dibimbangkannya ialah keselamatan jiwa Baginda Rasul.
Beliau pernah berkata kepada Baginda Nabi saw,”Yang saya bimbangkan bukanlah diri
saya sendiri. Kalau saya terbunuh, saya hanyalah seorang manusia biasa. Tapi andai
kata tuan sendiri dapat dibunuhnya maka yang akan hancur ialah Islam.”
Ucapan antara dua orang sahabat tatkala dalam gua tersebut di dalam Al-Quran pada
Surah At-Tawbah ayat 40:
“Kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) ketika dia diusir oleh orang-orang kafir
(dari kampung halamannya), dalam keadaan berdua orang sahaja di dalam suatu gua,
di kala itu dia (Muhammad) berkata kepada sahabat karibnya (Abu Bakar) : Jangan
engkau berdukacita, sesungguhnya Tuhan bersama kita. Tuhan menurunkan
ketenangan kepadanya dan dikuatkannya dengan tentera yang tidak kamu lihat. Dan
Tuhan menjadikan perkataan orang kafir itu paling rendah dan perkataan Tuhan itu
yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha Kuasa dan Bijaksana.”
Demikian satu lagi keistimewaan Sayyidina Abu Bakar As Siddiq sebagai seorang
sahabat yang sama-sama mengalami kesukaran dan kepahitan bersama-sama
Rasulullah SAW dalam menyampaikan seruan Islam. Sayyidina Abu Bakar r.a tidak
bercerai jauh dengan Baginda Rasul sepanjang hidupnya dan menyertai semua
peperangan yang dihadapi Baginda. Beliau bukan sahaja berjuang menegakkan agama
Islam dengan segenap jiwa raganya bahkan juga dengan harta kekayaannya. Sungguh
beliaulah yang paling banyak sekali berkorban harta untuk menegakkan agama Islam.
Bahkan seluruh kekayaannya telah habis digunakannya untuk kepentingan perjuangan
menegakkan kalimah Allah. Di kalangan para sahabat beliaulah tergolong orang yang
paling murah hati dan dermawan sekali.
Dalam perang Tabuk misalnya, Rasulullah SAW telah meminta kepada sekalian kaum
Muslimin agar mengorbankan harta pada jalan Allah. Tiba-tiba datanglah Sayyidina Abu
Bakar r.a membawa seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di hadapan baginda
Rasul. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Sayyidina Abu bakar r.a bagi tujuan
jihad itu maka Rasulullah SAW menjadi terkejut lalu berkata padanya:
“Wahai Abu Bakar, kalau sudah semua harta bendamu kau korbankan, apa lagi yang
akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?”
Sayyidina Abu Bakar As Siddiq r.a dengan tenang menjawab, “Saya tinggalkan buat
mereka Allah dan Rasul-Nya.”
Demikianlah kehebatan jiwa Sayyidina Abu Bakar As Siddiq r.a, suatu contoh
kemurahan hati yang memang tidak dijumpai bandingannya di dunia. Memandangkan
besarnya pengorbanan beliau terhadap Islam maka wajarlah kalau Rasulullah bersabda
bahawa tegaknya agama Islam itu lantaran harta benda Siti Khadijah dan juga
Sayyidina Abu Bakar as Siddiq. Tepatlah juga kiranya iman Sayyidina Abu Bakar r.a
ditimbang dan dibandingkn dengan iman seluruh umat manusia maka berat lagi iman
Sayyidina Abu Bakar r.a. Beliau memang manusia luar biasa. Kebesarannya telah
ditakdirkan oleh ALLAH SWT untuk menjadi teman akrab Rasulullah SAW.
Pada suatu ketika di saat Rasulullah SAW membaca khutbah yang antara lain
menyatakan bahawa: “…kepada seseorang hamba Allah yang apabila ditawarkan
untuk memilih dunia atau memilih ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah
tersebut tidak akan memilih dunia, melainkan memilih apa yang tersedia di sisi
Tuhan…”
Maka ketika mendengar khutbah Nabi demikian itu, Sayyidina Abu Bakar r.a lalu
menangis tersedu-sedu, kerana sedih dan terharu sebab beliau mendengar dan
mengerti bahawa yang dimaksudkan dalam isi khutbah tersebut ialah bahawa umur
kehidupan Rasul di dunia ini sudah hampir berakhir. Demikian kelebihan Sayyidina Abu
Bakar r.a dibanding dengan para sahabat yang lain kerana beliaulah yang mengetahui
bahawa umur Rasul hampir dekat.
Keunggulan beliau dapat dilihat dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah SAW di kala
umat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya kepada kewafatannya.
Ketika itu Sayyidina Abu Bakar sedang berada di Kampung As Sunnah. Tatkala berita
kewafatan Rasulullah SAW itu sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju ke
Madinah. Tanpa lengah-lengah lagi Sayyidina Abu Bakar terus ke rumah puterinya Siti
Aisyah dan disanalah beliau dapati tubuh Rasulullah SAW terbujur di satu sudut di
rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah SAW dan mengucup dahinya, sambil
berkata,”Wahai, betapa cantiknya engkau ketika hidup dan betapa cantiknya ketika
engkau ketika mati!”
Kemudian beliau pun keluar mendapatkan orang ramai yang sedang dalam panik itu
lalu berkata dengan nada keras:
“Wahai kaum muslimin! Barang siapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad
telah mati. Tetapi barang siapa menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup
tidak mati!”
Seraya menaymbung membacakan sepotong ayat dari Al-Quran:
“Muhammad itu tidak lebih dari seorang Rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu
darinya. Jika ia mati atau terbunuh, patutkah kamu berundur ke belakang, dia tidak
akan membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran
kepada orang-orang yang bersyukur.”
Sejurus sahaja mendengar ayat itu, kaum muslimin pun mendapat kepastian bahawa
Rasulullah sudah wafat. Mereka tentunya telah pernah dengar ayat itu telah turun
semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah SAW telah diberitakan mati terkorban dan
menyebabkan ramai pejuang-pejuang Islam berundur ke Madinah. Tetapi mereka
tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang difahami oleh Sayyidina Abu Bakar r.a
. Ini jelas membuktikan kecerdasan Sayyidina Abu Bakar As Siddiq dalam memahami
Islam.
Selepas kewafatan Rasulullah SAW, Sayyidina Abu Bakar r.a telah menjadi khalifah
umat Islam yang pertama. Beliau telah memberikan ucapannya yang terkenal iaitu:
“Wahai sekalian umat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini
bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemerintahanku baik, maka
sokonglah, tetapi jika tidak baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu
adalah kuat di sisiku hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada disisinya,
untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh
kepada Allah dan Rasul-Nya. Akan tetapi jika aku menderhakai Allah, maka kamu
sekalian tidak harus lagi patuh kepadaku.
“Aku dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah
aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk urusan ini. Ketahuilah
jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagai yang telah dilakukan oleh
Rasulullah SAW sungguh aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah SAW
adalah seorang hamba Allah yang dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda
terpelihara dari kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang
tidak ada kelebihannya dari seorang pun juga di antara kamu.”
Ini adalah satu pembaharuan dalam pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh
orang rakyat jelata kerajaan Rom dan Parsi yang memerintah dunia Barat dan Timur
ketika itu. Sayyidina Abu Bakar hidup seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka
didewa-dewakan,
“Ya Khalifah Allah!”
Beliau dengan segera memintas cakap orang itu dengan katanya:
“Saya bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah Rasul-Nya!”
Adalah diriwayatkan bahawa pada keesokan harinya iaitu sehari setelah terpilih sebagai
Khalifah, Sayyidina Abu Bakar r.a kelihatan membawa barang perniagaanya ke pasar.
Beberapa orang yang melihat itu lalu mendekati beliau, di antaranya Sayyidina Abu
Ubaidah bin Jarrah. Sahabat besar itu berkata, “Urusan Khalifah itu tidak boleh
dicampuri dengan berniaga!”
Lalu Abu Bakar r.a bertanya, “Jadi dengan apakah aku hidup, dan bagaimana aku
membelanjai rumah tanggaku?”
Demikian sedihnya nasib yang menimpa Sayyidina Abu Bakar r.a sebab walaupun
kedudukannya sebagai Ketua Negara namun belum ada lagi ketetapan bagi seseorang
ketua pemerintah Islam memperolehi peruntukan dari harta kerajaan. Keadaan ini
mendapat perhatian dari para sahabat lalu mereka menentukan bantuan secukupnya
buat Khalifah dan keluarganya yang diambil dari Baitul Mal. Kemudian itu baharulah
Khalifah Abu Bakar meninggalkan usaha perniagaannya kerana hendak memusatkan
seluruh tenaganya untuk mengembangkan agama Islam dan menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang Khalifah.
Semasa bertugas sebagai Khalifah, beliau menerima peruntukan sebanyak enam ribu
dirham sahaja setahun. Peruntukan itu tidak dibelanjakannya untuk keperluan dirinya
malahan di penghujung umurnya beliau telah memerintahkan supaya pendapatannya
itu diserahkan kembali kepada Baitul Mal.
Sebelum wafat, Sayyidina Abu Bakar r.a telah memanggil Sayyidina Umar r.a lalu
berkata, “Dengarlah hai Umar! Apa yang akan kukatakan ini, laksanakanlah. Aku
mengharap akan kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu sebelum matahari terbit pada
esok hari engkau hendaknya telah mengirim bala bantuan kepada Al Munthanna.
Janganlah hendaknya sesuatu bencana bagaimana pun besarnya dapat melupakan
kamu dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau telah melihat apa yang telah
kulakukan tatkala Rasulullah SAW wafat sedangkan wafatnya Rasulullah itu adalah
satu bencana yang belum pernah manusia ditimpa bencana yang sebesar itu. Demi
Allah, andaikata di waktu itu aku melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita
telah jatuh dan mendapat seksaan Allah, dan pasti pula kota Madinah ini telah menjadi
lautan api.”
Sayyidina Abu Bakar As Siddiq menjadi khalifah dalam masa dua tahun sahaja.
Walaubagaimanapun beliau telah meletakkan asas pembangunan sebuah
pemerintahan Islam yang teguh dan kuat. Beliau juga berjaya mengatasi berbagai
masalah dalam negeri dengan segala kebijaksanaan dan kewibawaannya. Dalam masa
dua tahun pemerintahannya itu telah terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan
lembara-lembaran yang abadi.
Sungguh kehidupan Sayyidina Abu Bakar As Siddiq adalah penuh dengan nasihat,
penuh dengan ajaran serta kenangan-kenangan yang indah mulia. Selama dua tahun
pemerintahannya itu beliau telah berjaya menyusun tiang-tiang pokok dan kekuatan
Islam. Beliau telah membangunkan kekuatan-kekuatan yang penting bagi memelihara
kepercayaan kaum muslimin dan bagi memelihara keagungan agama Islam. Bahkan
beliau telah mengakhiri riwayat pemerintahan yang dipimpinnya dengan menundukkan
sebahagian daripada negeri Syam dan sebahagian daripada negeri Iraq, lalu pulang ke
rahmatullah dengan dada yang lapang, ketika umur baginda menginjak 63 tahun.
Baginda dikebumikan di samping makam Rasulullah SAW di Masjid Nabi, Madinah.
Semoga riwayat serta perjuangan beliau dan para sahabat, dapat kita contohi terutama
di dalam menyokong setiap langkah Abuya bagi membuktikkan kata-kata Rasulullah
SAW bahawa Islam akan menapaki kegemilangannya untuk kali kedua di sebelah
Timur oleh Al Mahdi bersama-sama pemegang panji-panjinya iaitu Putera Bani Tamim.
SITI KHADIJAH
BT KHUWALID
Wanita pertama yang memeluk Islam dan juga isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w
adalah Siti Khadijah binti Khuwailid. Ummul Mukminin (ibu orang mukmin) ini lahir di
Mekah pada 556 Masihi.
Khadijah al-Kubra adalah seorang wanita terhormat, yang dihormati dan dipandang
tinggi serta suka menolong orang yang lemah dan yang memerlukan. Siti Khadijah
merupakan seorang janda tatkala bernikah dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Baginda s.a.w pada ketika itu yang digelar ‘al-Amin’ memperdagangkan barangan Siti
Khadijah serta mendapat keuntungan. Siti Khadijah melamar Rasulullah s.a.w kerana
tertarik dengan peribadi baginda.
Usia Siti Khadijah ketika itu ialah 40 tahun dan Rasulullah 25 tahun. Siti Khadijah benar-
benar telah jatuh hati dan terpikat terhadap Nabi dan telah menyebabkan hatinya
terbuka untuk mendirikan rumah tangga walaupun dengan seorang pemuda yang tidak
punya apa-apa itu.
Malah dikatakan perasaan beliau terhadap Nabi Muhammad itu tidak boleh ditahan-
tahan atau dihalang-halang lagi sehingga beliau berkata: “Jika segala kenikmatan hidup
diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran (Parsi) dan Romawi
diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersama Muhammad, maka semua itu
bagiku tidak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk.”
Siti Khadijah berasal daripada Bani Quraisy, iaitu kaum satu suku yang dipandang
tinggi oleh masyarakat Arab ketika itu. Beliau ialah anak perempuan pasangan
Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Zaidah berasal daripada kabilah Bani Asad dari
suku kaum Quraisy namun dikatakan bapanya itu terbunuh dalam peperangan Fujjar.
Isteri Rasulullah ini adalah wanita Muslim yang patut dicontohi oleh umat Islam. Tugas
dan tanggungjawab sebagai isteri dengan memberikan dorongan dan semangat kepada
Rasulullah s.a.w dilaksana sebaik mungkin.
Msekipun tanggungjawabnya sebagai pengurus rumah tangga amat besar, namun
berjaya membantu ekonomi keluarga, juga masyarakat sekitarnya.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Ketika aku miskin, Khadijah
memberiku kekayaan. Ketika orang menganggapku gila, ia tetap percaya kepadaku.”
Siti Khadijah juga yang menenangkan Nabi Muhammad s.a.w dengan penuh kasih
sayang selepas pulang daripada menerima wahyu yang pertama di Gua Hira melalui
Jibril.
Siti Khadijah memiliki pemikiran tentang keIslaman yang cukup penting. Beliau sering
berkata bahawa manusia adalah makhluk yang merupakan sumber penjelmaan
daripada kebesaran Allah s.w.t. Allah memerhatikan kelakuan manusia dan
memberikan ganjaran.
Menurutnya, Allah menyukai perbuatan yang dilakukan dengan keluhuran hati dan
menolong sesama insan terutama kepada golongan lemah.
Siti Khadijah jatuh sakit dan meninggal dunia setelah kaum kafir Quraisy memulaukan
Nabi Muhammad dan pengikutnya.
Tekanan daripada kaum Quraisy itu membuatkan Siti Khadijah jatuh sakit dan
meninggal dunia. Jasadnya disemadikan di Mekah, lalu dikenali dengan nama al-Hajun.
Siti Khadijah telah melahirkan enam orang anak, dua laki-laki dan empat perempuan, yaitu
sebagai berikut :
Al-Qasim. Inilah putra yang sulung. Sebab itu maka Nabi SAW digelari "Abul Qasim"
(Bapaknya Qasim). Gelar atau panggilan yang demikian itu adalah adat kebiasaan bangsa
Arab, yakni putra yang sulung itulah yang dipergunakan untuk gelar bagi si ayah. Al-Qasim
Meninggal baru berumur kurang lebih dua tahun.
Zainab. Ia setelah dewasa diambil isteri oleh Abul-'Ash bin Ar-Rabi', dan ia meninggal
dunia di Madinah pada tahun ke-8 Hijrah.
Abdullah. Putera inilah yang oleh ayahnya (Nabi SAW, diberi gelaran dengan Ath-
Thayyib dan Ath-Thahir, dan meninggal dunia waktu masih kecil.
Ruqayyah. Ia setelah dewasa diambil isteri oleh 'Utbah bin Abu Lahab, lalu diceraikan.
Kemudian diambil isteri oleh shahabat 'Utsman bin Affan, dan meninggal dunia pada tahun ke-2
Hijrah.
Ummu Kultsum. Ia setelah dewasa diambil isteri oleh 'Utaibah bin Abu Lahab, lalu
diceraikan. Kemudian setelah Ruqayyah meninggal dunia, lalu Ummu Kultsum diambil isteri
oleh shahabat 'Utsman bin Affan. Ia meninggal dunia di Madinah pada tahun ke-9 Hijrah.
Fathimah. Ia setelah dewasa diambil isteri oleh shahabat 'Ali bin Abu Thalib, seorang
pemuda dari anak paman Nabi SAW sendiri pada tahun ke-2 Hijrah; dan wafat pada tahun ke-
11 Hijrah, beberapa bulan sesudah wafatnya Nabi SAW.
Siti Khadijah wafat dalam usia kurang lebih 65 tahun. Adapun lamanya beliau bersuami dengan
Nabi SAW kurang lebih selama 25 tahun. Dari perkawinan Nabi Muhammad SAW dengan Siti
Khadijah, dapatlah kedua fihak merasakan kenikmatan dan kebahagiaan hidup dari perkawinan
itu.
Demikianlah kebahagiaan hidup, suasana rukun dan damai yang dilalui Nabi Muhammad SAW
selama dalam perkawinannya dengan Siti Khadijah itu senantiasa hidup selama-lamanya di
dalam kenangannya. Bahkan sudah bertahun-tahun Siti Khadijah meninggal dunia,
kebaikannya senantiasa dikenang dan disebut-sebutnya. Sampai Siti 'Aisyah sendiri, isteri yang
amat dikasihi Rasulullah SAW dan yang mempunyai kedudukan istimewa di sisi beliau lebih
dari istri-istri yang lain, konon sampai merasa cemburu kepada Siti Khadijah yang telah lama
meninggal dunia, lebih cemburu dari pada terhadap madunya yang lain-lain yang masih hidup,
karena mendengar sanjungan Nabi SAW yang tak habis-habisnya tentang kebaikan Siti
Khadijah isteri yang amat berbudi itu.
bahasa arab

More Related Content

What's hot

Kisah singkat 9 wali allah
Kisah singkat 9 wali allahKisah singkat 9 wali allah
Kisah singkat 9 wali allahfetdi sudarto
 
Suan ampel ppt
Suan ampel pptSuan ampel ppt
Suan ampel ppt
cicitbiru9
 
Walisongo : Sunan Ampel ( Sejarah Kelas X )
Walisongo : Sunan Ampel ( Sejarah Kelas X )Walisongo : Sunan Ampel ( Sejarah Kelas X )
Walisongo : Sunan Ampel ( Sejarah Kelas X )
Khansha Hanak
 
Buku gratis pesugihan (buku kecil) - muhammad abduh tuasikal
Buku gratis   pesugihan (buku kecil) - muhammad abduh tuasikalBuku gratis   pesugihan (buku kecil) - muhammad abduh tuasikal
Buku gratis pesugihan (buku kecil) - muhammad abduh tuasikal
temanna #LABEDDU
 
Tugas 3 TIK
Tugas 3 TIKTugas 3 TIK
Tugas 3 TIK
ranaamelia
 
Peranan wali songo Dalam proses islamisasi Indonesia
Peranan wali songo Dalam proses islamisasi IndonesiaPeranan wali songo Dalam proses islamisasi Indonesia
Peranan wali songo Dalam proses islamisasi Indonesia
Fauzan Ardana
 
Ppt etika protestan (4)
Ppt etika protestan (4)Ppt etika protestan (4)
Ppt etika protestan (4)
yanto paulinus
 
Kisah walisongo
Kisah walisongoKisah walisongo
Kisah walisongo
LBB Primagama
 
Wali songo bersererta gambar
Wali songo bersererta gambarWali songo bersererta gambar
Wali songo bersererta gambar
Ali Suhendar
 
Bab 9 berperilaku terpuji ppt
Bab 9 berperilaku terpuji pptBab 9 berperilaku terpuji ppt
Bab 9 berperilaku terpuji ppt
endrazaoldyeck
 
Berperilaku Terpuji
Berperilaku TerpujiBerperilaku Terpuji
Berperilaku Terpuji
Putriana Sofia Salma
 
Tokoh Penyebar Islam di Tanah Jawa - Wali Songo
Tokoh Penyebar Islam di Tanah Jawa - Wali SongoTokoh Penyebar Islam di Tanah Jawa - Wali Songo
Tokoh Penyebar Islam di Tanah Jawa - Wali Songo
shafirahany22
 
Kisah mualaf pendeta masuk islam
Kisah  mualaf   pendeta masuk islamKisah  mualaf   pendeta masuk islam
Kisah mualaf pendeta masuk islam
Helmon Chan
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Ketika iblis terpaksa bertamu kepada rasul saw
Ketika iblis terpaksa bertamu kepada rasul sawKetika iblis terpaksa bertamu kepada rasul saw
Ketika iblis terpaksa bertamu kepada rasul saw
Riesky Ferdian
 
Wali songo
Wali songoWali songo
Wali songo
Ryan Danny
 
masa remaja rasulullah
masa remaja rasulullah masa remaja rasulullah
masa remaja rasulullah Siti Jum'atun
 
Kisah wali songo
Kisah wali songoKisah wali songo
Kisah wali songo
aybi_1626
 

What's hot (20)

Kisah singkat 9 wali allah
Kisah singkat 9 wali allahKisah singkat 9 wali allah
Kisah singkat 9 wali allah
 
Suan ampel ppt
Suan ampel pptSuan ampel ppt
Suan ampel ppt
 
Walisongo : Sunan Ampel ( Sejarah Kelas X )
Walisongo : Sunan Ampel ( Sejarah Kelas X )Walisongo : Sunan Ampel ( Sejarah Kelas X )
Walisongo : Sunan Ampel ( Sejarah Kelas X )
 
Buku gratis pesugihan (buku kecil) - muhammad abduh tuasikal
Buku gratis   pesugihan (buku kecil) - muhammad abduh tuasikalBuku gratis   pesugihan (buku kecil) - muhammad abduh tuasikal
Buku gratis pesugihan (buku kecil) - muhammad abduh tuasikal
 
Tugas 3 TIK
Tugas 3 TIKTugas 3 TIK
Tugas 3 TIK
 
Peranan wali songo Dalam proses islamisasi Indonesia
Peranan wali songo Dalam proses islamisasi IndonesiaPeranan wali songo Dalam proses islamisasi Indonesia
Peranan wali songo Dalam proses islamisasi Indonesia
 
Peranan wali songo
Peranan wali songoPeranan wali songo
Peranan wali songo
 
Tugas siti
Tugas sitiTugas siti
Tugas siti
 
Ppt etika protestan (4)
Ppt etika protestan (4)Ppt etika protestan (4)
Ppt etika protestan (4)
 
Kisah walisongo
Kisah walisongoKisah walisongo
Kisah walisongo
 
Wali songo bersererta gambar
Wali songo bersererta gambarWali songo bersererta gambar
Wali songo bersererta gambar
 
Bab 9 berperilaku terpuji ppt
Bab 9 berperilaku terpuji pptBab 9 berperilaku terpuji ppt
Bab 9 berperilaku terpuji ppt
 
Berperilaku Terpuji
Berperilaku TerpujiBerperilaku Terpuji
Berperilaku Terpuji
 
Tokoh Penyebar Islam di Tanah Jawa - Wali Songo
Tokoh Penyebar Islam di Tanah Jawa - Wali SongoTokoh Penyebar Islam di Tanah Jawa - Wali Songo
Tokoh Penyebar Islam di Tanah Jawa - Wali Songo
 
Kisah mualaf pendeta masuk islam
Kisah  mualaf   pendeta masuk islamKisah  mualaf   pendeta masuk islam
Kisah mualaf pendeta masuk islam
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Ketika iblis terpaksa bertamu kepada rasul saw
Ketika iblis terpaksa bertamu kepada rasul sawKetika iblis terpaksa bertamu kepada rasul saw
Ketika iblis terpaksa bertamu kepada rasul saw
 
Wali songo
Wali songoWali songo
Wali songo
 
masa remaja rasulullah
masa remaja rasulullah masa remaja rasulullah
masa remaja rasulullah
 
Kisah wali songo
Kisah wali songoKisah wali songo
Kisah wali songo
 

Similar to bahasa arab

Contoh Kultum
Contoh KultumContoh Kultum
Contoh Kultum
T. Astari
 
Selamat datang wahai nabiku ke kasih allah swt
Selamat datang wahai nabiku ke kasih allah swtSelamat datang wahai nabiku ke kasih allah swt
Selamat datang wahai nabiku ke kasih allah swt
NoviShinta
 
Makalah agama islam kelahiran dan dakwah nabi
Makalah agama islam kelahiran dan dakwah nabiMakalah agama islam kelahiran dan dakwah nabi
Makalah agama islam kelahiran dan dakwah nabi
tamierlianitami
 
Umar bin abdul aziz
Umar bin abdul azizUmar bin abdul aziz
Umar bin abdul aziz
ahfa42
 
Kisah kisah tentangkabah
Kisah kisah tentangkabahKisah kisah tentangkabah
Kisah kisah tentangkabahShafy Fify
 
Sejarah nabi saw.
Sejarah nabi saw.Sejarah nabi saw.
Sejarah nabi saw.
RizaFahmi2
 
Ppt bab 8 (sejarah nabi muhammad saw)
Ppt bab 8 (sejarah nabi muhammad saw)Ppt bab 8 (sejarah nabi muhammad saw)
Ppt bab 8 (sejarah nabi muhammad saw)
BangFaeshal
 
Materi PAI Kelas VII
Materi PAI Kelas VIIMateri PAI Kelas VII
Materi PAI Kelas VII
Faridatunnisa
 
Tekpen posting blog
Tekpen posting blogTekpen posting blog
Tekpen posting blog
NoviShinta
 
Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAWSejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAWFirdika Arini
 
Sejarah_Singkat_Baginda_Nabi_Muhammad_SAW
Sejarah_Singkat_Baginda_Nabi_Muhammad_SAWSejarah_Singkat_Baginda_Nabi_Muhammad_SAW
Sejarah_Singkat_Baginda_Nabi_Muhammad_SAW
AndriFriyanto1
 
Biografi Anas Bin Malik
Biografi Anas Bin MalikBiografi Anas Bin Malik
Biografi Anas Bin Malik
Nabilaaft
 
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 5
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 5Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 5
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 5
sitisarahrahmania
 
6. Sejarah Nabi Muhammad smt 1 (1).pptx
6. Sejarah Nabi Muhammad smt 1 (1).pptx6. Sejarah Nabi Muhammad smt 1 (1).pptx
6. Sejarah Nabi Muhammad smt 1 (1).pptx
nurrochim25
 
Babv 161204074517
Babv 161204074517Babv 161204074517
Babv 161204074517
NoviShinta
 

Similar to bahasa arab (20)

Contoh Kultum
Contoh KultumContoh Kultum
Contoh Kultum
 
Selamat datang wahai nabiku ke kasih allah swt
Selamat datang wahai nabiku ke kasih allah swtSelamat datang wahai nabiku ke kasih allah swt
Selamat datang wahai nabiku ke kasih allah swt
 
Makalah agama islam kelahiran dan dakwah nabi
Makalah agama islam kelahiran dan dakwah nabiMakalah agama islam kelahiran dan dakwah nabi
Makalah agama islam kelahiran dan dakwah nabi
 
Umar bin abdul aziz
Umar bin abdul azizUmar bin abdul aziz
Umar bin abdul aziz
 
Bab 8 Sejarah Nabi Muhammad SAW
Bab 8  Sejarah Nabi Muhammad SAWBab 8  Sejarah Nabi Muhammad SAW
Bab 8 Sejarah Nabi Muhammad SAW
 
My Presentation
My PresentationMy Presentation
My Presentation
 
Kisah kisah tentangkabah
Kisah kisah tentangkabahKisah kisah tentangkabah
Kisah kisah tentangkabah
 
Hadits keimanan
Hadits keimananHadits keimanan
Hadits keimanan
 
Sejarah nabi saw.
Sejarah nabi saw.Sejarah nabi saw.
Sejarah nabi saw.
 
Penceritaan
Penceritaan Penceritaan
Penceritaan
 
Ppt bab 8 (sejarah nabi muhammad saw)
Ppt bab 8 (sejarah nabi muhammad saw)Ppt bab 8 (sejarah nabi muhammad saw)
Ppt bab 8 (sejarah nabi muhammad saw)
 
Materi PAI Kelas VII
Materi PAI Kelas VIIMateri PAI Kelas VII
Materi PAI Kelas VII
 
Tekpen posting blog
Tekpen posting blogTekpen posting blog
Tekpen posting blog
 
Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAWSejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAW
 
Sejarah_Singkat_Baginda_Nabi_Muhammad_SAW
Sejarah_Singkat_Baginda_Nabi_Muhammad_SAWSejarah_Singkat_Baginda_Nabi_Muhammad_SAW
Sejarah_Singkat_Baginda_Nabi_Muhammad_SAW
 
Biografi Anas Bin Malik
Biografi Anas Bin MalikBiografi Anas Bin Malik
Biografi Anas Bin Malik
 
Tulisanku
TulisankuTulisanku
Tulisanku
 
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 5
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 5Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 5
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 5
 
6. Sejarah Nabi Muhammad smt 1 (1).pptx
6. Sejarah Nabi Muhammad smt 1 (1).pptx6. Sejarah Nabi Muhammad smt 1 (1).pptx
6. Sejarah Nabi Muhammad smt 1 (1).pptx
 
Babv 161204074517
Babv 161204074517Babv 161204074517
Babv 161204074517
 

Recently uploaded

Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
johan199969
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
bobobodo693
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
asyi1
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
rohman85
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
kinayaptr30
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
muhammadyudiyanto55
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Dedi Dwitagama
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
TarkaTarka
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
Kurnia Fajar
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
AgusRahmat39
 

Recently uploaded (20)

Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
 

bahasa arab

  • 1. BAHASA ARAB NAMA:NUR AQILAH AMNI BT MOHAMED ALI KELAS:1 IBN SINA NO.IC:030407-16-0020 GURU:USTAZAH KARTINI TAJUK:NAMA-NAMA BANGUNAN DI MALAYSIA
  • 2. . Ini adalah sebuah hospital.Di Hospital ada pesakit, doktor dan jururawat. Kita
  • 3. boleh melawat orang sakit di hospital. .
  • 4. Ini adalah balai polis. Di balai polis dan polis bertanggungjawab untuk mengekalkan keselamatan di negara ini. Sekiranya berlaku masalah atau negara-negara lain, polis datang untuk membantu.
  • 5.
  • 6. . Ini adalah stesen api. Anggota bomba bertugas untuk memadamkan kebakaran dan menyelamat orang dalam kesusahan, seperti kemalangan.
  • 7. . Ini adalah Menara Berkembar Petronas. Menara ini adalah menara tertinggi di Asia Tenggara. Ia juga tinggi dan cantik pada waktu malam. . Ini adalah sebuah pasar raya. Di pasar raya, dan terdapat beberapa perkara yang anda perlukan setiap hari. Seperti makanan ikan dan lain-lain keperluan.
  • 8. . Ini adalah pejabat pos. Kita boleh menghantar surat melalui pos. Di pejaba pos ada setem.
  • 9. . Ini adalah masjid. Masjid ini adalah tempat di mana umat Islam solat, memberi ceramah dan lain-lain. Masjid ini juga rumah kepada Allah.
  • 10. . Ini adalah sekolah Sekolah adalah tempat pembelajaran. Di sekolah terdapat kelas banyak, makmal, rakan-rakan dan guru. Belajar di sekolah amat menyeronokkan.
  • 11. .
  • 12. Ini pejabat. Di pejabat terdapat kerani dan ahli jawatankuasa tertentu
  • 13. . Ini adalah salah satu daripada bank-bank. Bank adalah tempat untuk menyimpan wang untuk kegunaan pada masa depan.
  • 14. Menara eiffal ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel adalah bangunan yang
  • 15. tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis . Ini adalah sebuah hotel. Hotel adalah tempat penginapan sementara. Kebanyakan pelancong yang ingin bercuti, menginap di hotel. .
  • 16. Ini ialah tokong cina.Orang yang beragama Buddha berdoa di sini. Kebanyakkan tokong Cina warna merah. . Ini adalah Menara Kuala Lumpur. Pembinaan menara ini dibina oleh Perdana Menteri yang keepat.Menara ini sangat tinggi setinggi Menara Berkembar.
  • 17. . Ini ialah Menara Taming Sari.Ia terletak di melaka.Kita dapat melihat pemandangan melaka apabila kita menaiki menara itu.
  • 18. . Ini sebuah bank tabung haji yang terkenal di malaysia. bank ini berbentuk tabung dan bewarna hitam putih. umat islam menyimpan duit di bank ini
  • 19. untuk menunaikan haji di mekah. A'Famosa.Ia. . Ini ialah Kota A'Famosa.Ia terletak di Melaka. Ia ialah bangunan peninggalan Portugis yang datang menjajah di melaka suatu masa dahulu.
  • 20. . Ini ialah bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan ini dibina oleh British untuk dijadikan ibu pejabat baru mentadbir negeri. Ia cantik dilihat pada waktu malam disebabkan lampunya.
  • 21. . ini sebuah Menara Jam Condong. Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan,Perak. Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat
  • 22. Jong. ) M2) Planetarium Negara merupakan planetarium negara Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia merupakan bangunan berkubah biru yang terletak di puncak bukit di Taman Tasik di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Ia merangkumi kawasan seluas 120,000 kaki persegi (11,000 m2)..
  • 23. TAMAT ABU BAKAR AS-SIDIQ Sayyidina Abu Bakar As Siddiq r.a adalah manusia paling agung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah SAW. Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya untuk Islam, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah umat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tutur bahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya baik dahulu mahupun sekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling disayangi Rasulullah SAW. Nama sebenar Sayyidina Abu Bakar As Siddiq adalah Abdullah bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau adalah seorang saudagar yang tersangat kaya dan dari keluarga
  • 24. bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam lagi, Abu Bakar terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah minum arak sebagaimana lazim dilakukan oleh pembesar- pembesar Quraisy yang lain. Dari segi umur, Sayyidina Abu Bakar r.a adalah dua tahun lebih muda dari Rasulullah SAW dan telah menjalin persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul lama sebelum Rasulullah SAW menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang paling banyak berkorban harta benda untuk menegakkan Islam di samping Nabi Muhammad SAW. Besarnya pergorbanan beliau itu sehingga Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pergorbanan Sayyidina Abu Bakar r.a. Adapun gelaran As Siddiq yang dberikan kepadanya itu adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja kata-kata mahupun perbuatan Nabi Muhammad SAW. Dalam hal ini elok kita petik suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud yang diceritakan sendiri oleh Sayyidina Abu Bakar, tentang bagaimana Sayyidina Abu Bakar r.a memeluk agama Islam. Kata Sayyidina Abu Bakar r.a, “Aku pernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman. Dia rajin membaca kita-kitab dan mengajar ramai murid. Dia berkata kepadaku: “Aku kira tuan datang dari Tanah Haram.” “Benar,” jawabku. “Aku kira tuan berbangsa Quraisy?” “Benar,” ujarku lagi. “Dan apa yang aku lihat, tuan dari keluarga Bani Tamim?” “Benarlah begitu,” tambahku selanjutnya. Orang tua it terus menyambung katanya, “ Ada satu hal yang hendak aku tanyakan dari tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak keberatan jika aku lihat perutmu?” Maka pada ketika itu aku pun berkata,” Aku keberatan hendak memperlihatkan selagi tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya.”
  • 25. Maka ujar orang tua itu, “Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua orang sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separuh umur. Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindungnya dalam sebarang kesusahan. Sementara yang separuh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan perlihatkan kepadaku.” Maka sesudah dia berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu orang tua itu pun melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata, “Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!” Kemudian orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk beberapa waktu kerana mengurusi perniagaanku dan sebelum meninggalkan negeri itu, aku sekali lagi pegi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya, “Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku?” “Boleh sahaja,” jawabku. Setelah itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, “Adakah engkau tahu apa yang sudah terjadi?” Maka ujarku pula, “Apakah yang terjadi itu?” Jawab mereka, “Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingatkan engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah satu- satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.” Kemudian aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, “Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tuan dan aku mendapat tahu tuan terang- terang telah menyeleweng dari kepercayaan nenek moyang kita.” Maka ujar baginda, “Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk seluruh umat!” Aku pun bertanya baginda, “Apa buktinya?” Jawab Baginda, “Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.”
  • 26. Aku menambah lagi, “Orang tua yang mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?” Baginda menyambung, “Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada engkau!” Aku terkejut mendengarkannya kerana hal itu tiada sesiapa pun yang mengetahuinya. Lalu aku bertanya, “Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?” Maka ujar baginda, “Malaikat yang pernah menemui nabi-nabi sebelumku.” Akhirnya aku berkata, “Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi tiada Tuhan yang ku sembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya pesuruh Allah” Demikian kisah indah yang meriwayatkan bagaimana Islamnya Sayyidina Abu Bakar as Siddiq. Dan memanglah menurut riwayat beliau merupakan lelaki pertama yang beriman kepada Rasulullah SAW. Keislaman Sayyidina Abu Bakar As Siddiq r.a telah membawa pengaruh besar di kalangan kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya itulah maka beberapa orang pemuda bangsawan Quraisy seperti Sayyidina Usman bin Affan r.a, Sayyidina Abdul Rahman bin Auf r.a, Sayyidina Saad bin Waqqas r.a menuruti jejak langkahnya. Semenjak memeluk Islam, Sayyidina Abu Bakar r.a telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai Rasulullah SAW. Seorang sahabat, Sayyidina Amru bin Al As r.a pernah suatu hari menanyakan Rasul, “Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayang!” Baginda menjawab, “Siti Aisyah dan kalau laki-laki adalah bapanya.” Selain itu, Sayyidina Abu Bakar as Siddiq r.a terkenal dengan keteguhan imannya, cerdas akal, tinggi akhlak, lemah lembut dan penyantun. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Jika ditimbang iman Abu Bakar As Siddiq dengan iman sekalian umat maka berat lagi iman Abu Bakar.” Demikian teguhnya iman Sayyidina Abu Bakar r.a. Gelaran As Siddiq yang diberikan terhadap dirinya itu lantaran sikap serta pendiriannya yang teguh dalam membenarkan
  • 27. serta membela diri Rasulullah SAW. Andainya sekalian umat manusia mendustakan Muhammad SAW, Abu Bakar r.a pasti akan tampil dengan penuh keyakinan untuk membelanya. Setelah memeluk Islam, Sayyidina Abu Bakar menyerahkan seluruh kekayaan dan jiwa raganya untuk melakukan perjuangan menegakkan Islam bersama Nabi Muhammad SAW. Beliau telah mengorbankan seluruh harta bendanya untuk menebus orang-orang yang ditawan, orang-orang yang ditangkap atau diseksa. Beliau juga telah membeli hamba-hamba yang kemudian dimerdekakannya. Salah seorang daripadanya ialah Sayyidina Bilal bin Rabah r.a. Tatkala Nabi Muhammad SAW selesai melakukan Israk dan Mikraj, segolongan orang yang kurang mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah SAW telah pergi menemui Sayyidina Abu Bakar r.a untuk mendengarkan apa pendapatnya tentang dakwaan Muhammad SAW itu. Sebaik mendengarnya, Sayyidina Abu Bakar terus berkata,” Adakah Muhammad berkata begitu?” Sahut mereka, “Benar!” Maka ujar Sayyidina Abu Bakar r.a, “Jika Muhammad berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang diceritakan itu.” Lalu mereka pun terus menyambung, “Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa Muhamamad sampai ke tanah Syam yang jauhnya sebulan perjalanan, hanya dalam satu malam?” Maka sahut Abu Bakar sungguh-sungguh, “Benar! Aku percaya! Malah lebih dari itu pun aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dari langit yang diberitakannya, baik pada waktu siang mahupun di waktu malam!” Demikian hebatnya keyakinan sahabat yang paling utama itu. Oleh kerana tegas dan teguhnya iman beliau terhadap agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda maka beliau telah diberi gelaranAs- Siddiq, ertinya yang membenarkan oleh Rasulullah SAW. Tidaklah menghairankan sikap Abu Bakar itu. Beliau telah lama mengenali Muhammad SAW, bukan sehari dua. Beliau tahu bahawa sahabatnya itu sentiasa berkata benar, tidak pernah bohong hingga digelar orang Al Amin.
  • 28. Tatkala kekejaman musyirikin Quraisy terhadap kaum muslimin yang sedikit jumlahnya di Mekah semakin hebat dan membahayakan, Nabi Muhammad SAW telah memberitahu Sayyidina Abu Bakar r.a supaya menemaninya dalam hijrah tersebut. Dengan perasaan gembira tanpa sedikit kebimbangan pun Sayyidina Abu Bakar r.a menyambut permintaan Rasulullah SAW. Dari pintu belakang rumah Sayyidina Abu Bakar r.a, Rasulullah SAW bersama-sama Sayyidina Abu Bakar menuju ke Gua Tsur dan bersembunyi di situ. Pada saat suasana amat kritikal, Sayyidina Abu Bakar r.a diserang kegelisahan dan cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh dapat mengetahui di mana Rasulullah SAW sedang bersembunyi, maka turunlah ayat suci Al Quran dari Surah At Taubah yang isinya memuji Sayyidina Abu bakar As Sidiq, sebagai ‘orang kedua’ sesudah Nabi Muhammad SAW dalam Gua Tsur. Dalam pada itu Rasulullah SAW pun mengerti akan situasi dan kegelisahan sahabatnya itu yang oleh kerananya Rasul SAW berkata, “Apakah yang mengelisahkanmu, bukankah Allah bersama kita?” Kemudian Rasulullah SAW berkata, “Kiranya mereka masuk juga ke dalam gua ini, kita masih dapat melepaskan diri dari pintu belakang itu,” ujar Rasulullah SAW sambil menunjukkan ke belakang mereka. SayyidinaAbu Bakar r.a pun menoleh ke belakang. Betapa terkejutnya beliau bila dilihatnya pintu belakang yang ditunjuk oleh Rasul itu, padahal pintu tersebut tadinya tidak ada sama sekali. Sebenarnya kebimbangan Abu Bakar r.a tatkala di dalam gua itu bukanlah kerana takutkan nyawanya diragut oleh pihak musuh tetapi yang lebih dibimbangkannya ialah keselamatan jiwa Baginda Rasul. Beliau pernah berkata kepada Baginda Nabi saw,”Yang saya bimbangkan bukanlah diri saya sendiri. Kalau saya terbunuh, saya hanyalah seorang manusia biasa. Tapi andai kata tuan sendiri dapat dibunuhnya maka yang akan hancur ialah Islam.” Ucapan antara dua orang sahabat tatkala dalam gua tersebut di dalam Al-Quran pada Surah At-Tawbah ayat 40:
  • 29. “Kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) ketika dia diusir oleh orang-orang kafir (dari kampung halamannya), dalam keadaan berdua orang sahaja di dalam suatu gua, di kala itu dia (Muhammad) berkata kepada sahabat karibnya (Abu Bakar) : Jangan engkau berdukacita, sesungguhnya Tuhan bersama kita. Tuhan menurunkan ketenangan kepadanya dan dikuatkannya dengan tentera yang tidak kamu lihat. Dan Tuhan menjadikan perkataan orang kafir itu paling rendah dan perkataan Tuhan itu yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha Kuasa dan Bijaksana.” Demikian satu lagi keistimewaan Sayyidina Abu Bakar As Siddiq sebagai seorang sahabat yang sama-sama mengalami kesukaran dan kepahitan bersama-sama Rasulullah SAW dalam menyampaikan seruan Islam. Sayyidina Abu Bakar r.a tidak bercerai jauh dengan Baginda Rasul sepanjang hidupnya dan menyertai semua peperangan yang dihadapi Baginda. Beliau bukan sahaja berjuang menegakkan agama Islam dengan segenap jiwa raganya bahkan juga dengan harta kekayaannya. Sungguh beliaulah yang paling banyak sekali berkorban harta untuk menegakkan agama Islam. Bahkan seluruh kekayaannya telah habis digunakannya untuk kepentingan perjuangan menegakkan kalimah Allah. Di kalangan para sahabat beliaulah tergolong orang yang paling murah hati dan dermawan sekali. Dalam perang Tabuk misalnya, Rasulullah SAW telah meminta kepada sekalian kaum Muslimin agar mengorbankan harta pada jalan Allah. Tiba-tiba datanglah Sayyidina Abu Bakar r.a membawa seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di hadapan baginda Rasul. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Sayyidina Abu bakar r.a bagi tujuan jihad itu maka Rasulullah SAW menjadi terkejut lalu berkata padanya: “Wahai Abu Bakar, kalau sudah semua harta bendamu kau korbankan, apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?”
  • 30. Sayyidina Abu Bakar As Siddiq r.a dengan tenang menjawab, “Saya tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya.” Demikianlah kehebatan jiwa Sayyidina Abu Bakar As Siddiq r.a, suatu contoh kemurahan hati yang memang tidak dijumpai bandingannya di dunia. Memandangkan besarnya pengorbanan beliau terhadap Islam maka wajarlah kalau Rasulullah bersabda bahawa tegaknya agama Islam itu lantaran harta benda Siti Khadijah dan juga Sayyidina Abu Bakar as Siddiq. Tepatlah juga kiranya iman Sayyidina Abu Bakar r.a ditimbang dan dibandingkn dengan iman seluruh umat manusia maka berat lagi iman Sayyidina Abu Bakar r.a. Beliau memang manusia luar biasa. Kebesarannya telah ditakdirkan oleh ALLAH SWT untuk menjadi teman akrab Rasulullah SAW. Pada suatu ketika di saat Rasulullah SAW membaca khutbah yang antara lain menyatakan bahawa: “…kepada seseorang hamba Allah yang apabila ditawarkan untuk memilih dunia atau memilih ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah tersebut tidak akan memilih dunia, melainkan memilih apa yang tersedia di sisi Tuhan…” Maka ketika mendengar khutbah Nabi demikian itu, Sayyidina Abu Bakar r.a lalu menangis tersedu-sedu, kerana sedih dan terharu sebab beliau mendengar dan mengerti bahawa yang dimaksudkan dalam isi khutbah tersebut ialah bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini sudah hampir berakhir. Demikian kelebihan Sayyidina Abu Bakar r.a dibanding dengan para sahabat yang lain kerana beliaulah yang mengetahui bahawa umur Rasul hampir dekat. Keunggulan beliau dapat dilihat dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah SAW di kala umat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya kepada kewafatannya. Ketika itu Sayyidina Abu Bakar sedang berada di Kampung As Sunnah. Tatkala berita kewafatan Rasulullah SAW itu sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju ke Madinah. Tanpa lengah-lengah lagi Sayyidina Abu Bakar terus ke rumah puterinya Siti Aisyah dan disanalah beliau dapati tubuh Rasulullah SAW terbujur di satu sudut di rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah SAW dan mengucup dahinya, sambil berkata,”Wahai, betapa cantiknya engkau ketika hidup dan betapa cantiknya ketika engkau ketika mati!” Kemudian beliau pun keluar mendapatkan orang ramai yang sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nada keras: “Wahai kaum muslimin! Barang siapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barang siapa menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati!”
  • 31. Seraya menaymbung membacakan sepotong ayat dari Al-Quran: “Muhammad itu tidak lebih dari seorang Rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau terbunuh, patutkah kamu berundur ke belakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.” Sejurus sahaja mendengar ayat itu, kaum muslimin pun mendapat kepastian bahawa Rasulullah sudah wafat. Mereka tentunya telah pernah dengar ayat itu telah turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah SAW telah diberitakan mati terkorban dan menyebabkan ramai pejuang-pejuang Islam berundur ke Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang difahami oleh Sayyidina Abu Bakar r.a . Ini jelas membuktikan kecerdasan Sayyidina Abu Bakar As Siddiq dalam memahami Islam. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, Sayyidina Abu Bakar r.a telah menjadi khalifah umat Islam yang pertama. Beliau telah memberikan ucapannya yang terkenal iaitu: “Wahai sekalian umat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemerintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tidak baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat di sisiku hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada disisinya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan Rasul-Nya. Akan tetapi jika aku menderhakai Allah, maka kamu sekalian tidak harus lagi patuh kepadaku. “Aku dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW sungguh aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah SAW adalah seorang hamba Allah yang dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada kelebihannya dari seorang pun juga di antara kamu.” Ini adalah satu pembaharuan dalam pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh orang rakyat jelata kerajaan Rom dan Parsi yang memerintah dunia Barat dan Timur ketika itu. Sayyidina Abu Bakar hidup seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka didewa-dewakan, “Ya Khalifah Allah!”
  • 32. Beliau dengan segera memintas cakap orang itu dengan katanya: “Saya bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah Rasul-Nya!” Adalah diriwayatkan bahawa pada keesokan harinya iaitu sehari setelah terpilih sebagai Khalifah, Sayyidina Abu Bakar r.a kelihatan membawa barang perniagaanya ke pasar. Beberapa orang yang melihat itu lalu mendekati beliau, di antaranya Sayyidina Abu Ubaidah bin Jarrah. Sahabat besar itu berkata, “Urusan Khalifah itu tidak boleh dicampuri dengan berniaga!” Lalu Abu Bakar r.a bertanya, “Jadi dengan apakah aku hidup, dan bagaimana aku membelanjai rumah tanggaku?” Demikian sedihnya nasib yang menimpa Sayyidina Abu Bakar r.a sebab walaupun kedudukannya sebagai Ketua Negara namun belum ada lagi ketetapan bagi seseorang ketua pemerintah Islam memperolehi peruntukan dari harta kerajaan. Keadaan ini mendapat perhatian dari para sahabat lalu mereka menentukan bantuan secukupnya buat Khalifah dan keluarganya yang diambil dari Baitul Mal. Kemudian itu baharulah Khalifah Abu Bakar meninggalkan usaha perniagaannya kerana hendak memusatkan seluruh tenaganya untuk mengembangkan agama Islam dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Khalifah. Semasa bertugas sebagai Khalifah, beliau menerima peruntukan sebanyak enam ribu dirham sahaja setahun. Peruntukan itu tidak dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan di penghujung umurnya beliau telah memerintahkan supaya pendapatannya itu diserahkan kembali kepada Baitul Mal. Sebelum wafat, Sayyidina Abu Bakar r.a telah memanggil Sayyidina Umar r.a lalu berkata, “Dengarlah hai Umar! Apa yang akan kukatakan ini, laksanakanlah. Aku mengharap akan kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu sebelum matahari terbit pada esok hari engkau hendaknya telah mengirim bala bantuan kepada Al Munthanna. Janganlah hendaknya sesuatu bencana bagaimana pun besarnya dapat melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau telah melihat apa yang telah kulakukan tatkala Rasulullah SAW wafat sedangkan wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum pernah manusia ditimpa bencana yang sebesar itu. Demi Allah, andaikata di waktu itu aku melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita telah jatuh dan mendapat seksaan Allah, dan pasti pula kota Madinah ini telah menjadi lautan api.” Sayyidina Abu Bakar As Siddiq menjadi khalifah dalam masa dua tahun sahaja.
  • 33. Walaubagaimanapun beliau telah meletakkan asas pembangunan sebuah pemerintahan Islam yang teguh dan kuat. Beliau juga berjaya mengatasi berbagai masalah dalam negeri dengan segala kebijaksanaan dan kewibawaannya. Dalam masa dua tahun pemerintahannya itu telah terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan lembara-lembaran yang abadi. Sungguh kehidupan Sayyidina Abu Bakar As Siddiq adalah penuh dengan nasihat, penuh dengan ajaran serta kenangan-kenangan yang indah mulia. Selama dua tahun pemerintahannya itu beliau telah berjaya menyusun tiang-tiang pokok dan kekuatan Islam. Beliau telah membangunkan kekuatan-kekuatan yang penting bagi memelihara kepercayaan kaum muslimin dan bagi memelihara keagungan agama Islam. Bahkan beliau telah mengakhiri riwayat pemerintahan yang dipimpinnya dengan menundukkan sebahagian daripada negeri Syam dan sebahagian daripada negeri Iraq, lalu pulang ke rahmatullah dengan dada yang lapang, ketika umur baginda menginjak 63 tahun. Baginda dikebumikan di samping makam Rasulullah SAW di Masjid Nabi, Madinah. Semoga riwayat serta perjuangan beliau dan para sahabat, dapat kita contohi terutama di dalam menyokong setiap langkah Abuya bagi membuktikkan kata-kata Rasulullah SAW bahawa Islam akan menapaki kegemilangannya untuk kali kedua di sebelah Timur oleh Al Mahdi bersama-sama pemegang panji-panjinya iaitu Putera Bani Tamim. SITI KHADIJAH BT KHUWALID Wanita pertama yang memeluk Islam dan juga isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah Siti Khadijah binti Khuwailid. Ummul Mukminin (ibu orang mukmin) ini lahir di Mekah pada 556 Masihi. Khadijah al-Kubra adalah seorang wanita terhormat, yang dihormati dan dipandang tinggi serta suka menolong orang yang lemah dan yang memerlukan. Siti Khadijah merupakan seorang janda tatkala bernikah dengan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w pada ketika itu yang digelar ‘al-Amin’ memperdagangkan barangan Siti Khadijah serta mendapat keuntungan. Siti Khadijah melamar Rasulullah s.a.w kerana tertarik dengan peribadi baginda. Usia Siti Khadijah ketika itu ialah 40 tahun dan Rasulullah 25 tahun. Siti Khadijah benar- benar telah jatuh hati dan terpikat terhadap Nabi dan telah menyebabkan hatinya
  • 34. terbuka untuk mendirikan rumah tangga walaupun dengan seorang pemuda yang tidak punya apa-apa itu. Malah dikatakan perasaan beliau terhadap Nabi Muhammad itu tidak boleh ditahan- tahan atau dihalang-halang lagi sehingga beliau berkata: “Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran (Parsi) dan Romawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersama Muhammad, maka semua itu bagiku tidak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk.” Siti Khadijah berasal daripada Bani Quraisy, iaitu kaum satu suku yang dipandang tinggi oleh masyarakat Arab ketika itu. Beliau ialah anak perempuan pasangan Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Zaidah berasal daripada kabilah Bani Asad dari suku kaum Quraisy namun dikatakan bapanya itu terbunuh dalam peperangan Fujjar. Isteri Rasulullah ini adalah wanita Muslim yang patut dicontohi oleh umat Islam. Tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dengan memberikan dorongan dan semangat kepada Rasulullah s.a.w dilaksana sebaik mungkin. Msekipun tanggungjawabnya sebagai pengurus rumah tangga amat besar, namun berjaya membantu ekonomi keluarga, juga masyarakat sekitarnya. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Ketika aku miskin, Khadijah memberiku kekayaan. Ketika orang menganggapku gila, ia tetap percaya kepadaku.” Siti Khadijah juga yang menenangkan Nabi Muhammad s.a.w dengan penuh kasih sayang selepas pulang daripada menerima wahyu yang pertama di Gua Hira melalui Jibril. Siti Khadijah memiliki pemikiran tentang keIslaman yang cukup penting. Beliau sering berkata bahawa manusia adalah makhluk yang merupakan sumber penjelmaan daripada kebesaran Allah s.w.t. Allah memerhatikan kelakuan manusia dan memberikan ganjaran. Menurutnya, Allah menyukai perbuatan yang dilakukan dengan keluhuran hati dan menolong sesama insan terutama kepada golongan lemah. Siti Khadijah jatuh sakit dan meninggal dunia setelah kaum kafir Quraisy memulaukan Nabi Muhammad dan pengikutnya. Tekanan daripada kaum Quraisy itu membuatkan Siti Khadijah jatuh sakit dan meninggal dunia. Jasadnya disemadikan di Mekah, lalu dikenali dengan nama al-Hajun.
  • 35. Siti Khadijah telah melahirkan enam orang anak, dua laki-laki dan empat perempuan, yaitu sebagai berikut : Al-Qasim. Inilah putra yang sulung. Sebab itu maka Nabi SAW digelari "Abul Qasim" (Bapaknya Qasim). Gelar atau panggilan yang demikian itu adalah adat kebiasaan bangsa Arab, yakni putra yang sulung itulah yang dipergunakan untuk gelar bagi si ayah. Al-Qasim Meninggal baru berumur kurang lebih dua tahun. Zainab. Ia setelah dewasa diambil isteri oleh Abul-'Ash bin Ar-Rabi', dan ia meninggal dunia di Madinah pada tahun ke-8 Hijrah. Abdullah. Putera inilah yang oleh ayahnya (Nabi SAW, diberi gelaran dengan Ath- Thayyib dan Ath-Thahir, dan meninggal dunia waktu masih kecil. Ruqayyah. Ia setelah dewasa diambil isteri oleh 'Utbah bin Abu Lahab, lalu diceraikan. Kemudian diambil isteri oleh shahabat 'Utsman bin Affan, dan meninggal dunia pada tahun ke-2 Hijrah. Ummu Kultsum. Ia setelah dewasa diambil isteri oleh 'Utaibah bin Abu Lahab, lalu diceraikan. Kemudian setelah Ruqayyah meninggal dunia, lalu Ummu Kultsum diambil isteri oleh shahabat 'Utsman bin Affan. Ia meninggal dunia di Madinah pada tahun ke-9 Hijrah. Fathimah. Ia setelah dewasa diambil isteri oleh shahabat 'Ali bin Abu Thalib, seorang pemuda dari anak paman Nabi SAW sendiri pada tahun ke-2 Hijrah; dan wafat pada tahun ke- 11 Hijrah, beberapa bulan sesudah wafatnya Nabi SAW. Siti Khadijah wafat dalam usia kurang lebih 65 tahun. Adapun lamanya beliau bersuami dengan Nabi SAW kurang lebih selama 25 tahun. Dari perkawinan Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah, dapatlah kedua fihak merasakan kenikmatan dan kebahagiaan hidup dari perkawinan itu. Demikianlah kebahagiaan hidup, suasana rukun dan damai yang dilalui Nabi Muhammad SAW selama dalam perkawinannya dengan Siti Khadijah itu senantiasa hidup selama-lamanya di dalam kenangannya. Bahkan sudah bertahun-tahun Siti Khadijah meninggal dunia, kebaikannya senantiasa dikenang dan disebut-sebutnya. Sampai Siti 'Aisyah sendiri, isteri yang amat dikasihi Rasulullah SAW dan yang mempunyai kedudukan istimewa di sisi beliau lebih dari istri-istri yang lain, konon sampai merasa cemburu kepada Siti Khadijah yang telah lama meninggal dunia, lebih cemburu dari pada terhadap madunya yang lain-lain yang masih hidup, karena mendengar sanjungan Nabi SAW yang tak habis-habisnya tentang kebaikan Siti Khadijah isteri yang amat berbudi itu.