Matahari terdiri daripada lapisan teras, fotosfera, kromosfera dan korona. Aktiviti seperti nyalaan suria dan tompok matahari berlaku di permukaannya. Angin suria membawa zarah dari Matahari dan berinteraksi dengan medan magnet Bumi, membentuk magnetosfera. Cuaca angkasa lepas seperti ribut pancaran suria dan geomagnet boleh mengganggu sistem di Bumi.