PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB

                 KPT 6044

       TUGASAN 1: ANALISIS JOURNAL

   SARJANA PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

                 NAMA:
       KHAIRUL AZIAN BIN MAT KHARI

               NO MATRIKS:
               M20012001277

            DISEDIAKAN UNTUK:

PROF MADYA DATO’ DR.ABD LATIF BIN HJ GAPOR

               KUMPULAN:
                   A
Krone, J. 2006. A Project Approach To The Theory Of Programming Languages. Journal
of Computing Sciences in Colleges . Volume 22 (1) : 84-93. ISSN : 1937-4771.



Pengenalan

Artikel ini merupakan kajian berbentuk kualitatif. Ia menerangkan tentang pendekatan
tugasan berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan.
Kebanyakan pelajar di Denison University didedahkan dengan konsep object-oriented
ketika menulis program, terutamanya Java. Kajian ini menerangkan bagaimana
pendekatan ini dilakukan kepada pelajar yang berupaya dan bijak melakukan
pengaturcaraan, tetapi mempunyai latar belakang bahasa pengaturcaraan yang terbatas.
Kursus bahasa pengaturcaraan terbahagi kepada dua kategori, iaitu teori dan kaji selidik
(survey). Kursus secara teori dijalankan kepada pelajar junior, yang memberi penekanan
kepada isu-isu implementasi, struktur bahasa pengaturcaraan, rekabentuk bahasa
pengaturcaraan dan semantik. Kursus secara kaji selidik pula dijalankan kepada pelajar
senior, yang memberi penekanan kepada pelajar untuk mempelajari beberapa bahasa
pengaturcaraan.




1. Tujuan Utama Kajian

Kajian ini dilakukan berdasarkan kekangan dari segi pengalaman penggunaan pelbagai
bahasa pengaturcaraan oleh pelajar, terutama dalam kursus Theory of Programming.
Dalam kursus ini pelajar hanya belajar berasaskan buku teks untuk menyelesaikan
tugasan. Dalam kajian ini satu tugasan telah diberi kepada pelajar. Tugasan tersebut ialah
Projek Semester. Objektif Projek Semester ini adalah untuk menggalakkan pelajar
mempelajari prinsip-prinsip asas bahasa pengaturcaraan dan mengenalpasti isu-isu yang
berkaitan dengan bahasa pengaturcaraan yang dipilh. Projek ini juga memberi peluang
kepada pelajar untuk mempelajari lebih banyak bahasa-bahasa pengaturcaraan baru.
2. Kaedah Kajian

Dalam kajian ini, pelajar diberi beberapa pilihan projek iaitu (i) menjadi guru untuk
bahasa pengaturcaraan yang dipilih, (ii) membuat comparative analysis terhadap dua atau
lebih bahasa pengaturcaraan, (iii) menulis terjemahan bagi satu bahasa pengaturcaraan
atau (iv) mereka cipta satu bahasa pengaturcaraan yang baru berdasarkan bahasa-bahasa
pengaturcaraan yang telah dipilih. Pelajar akan mendokumentasi, membuat demonstrasi
dan pembentangan di dalam kelas serta mempraktikkan amalan, think, pair, share dalam
kalangan pelajar lain yang mengikuti kursus ini. Pensyarah akan memastikan pelajar
mereka membuat pilihan/keputusan yang tepat berdasarkan kebolehan, kemahiran dan
keupayaan pelajar dalam memperkembangkan pengetahuan yang mereka perolehi
daripada projek tersebut. Dalam kajian ini, pemerhatian dibuat berdasarkan dokumentasi
dan pembentangan yang dilakukan oleh pelajar di dalam kelas.


3. Rumusan Dapatan Kajian

Dapatan kajian melalui pemerhatian terhadap pelajar menunjukkan bahawa peningkatan
terhadap pengetahuan dan kemahiran dalam bahasa pengaturcaraan berlaku. Ini dapat
dibuktikan dengan kemampuan pelajar mendokumentasi, membentang dan menganalisis
bahasa-bahasa pengaturcaraan yang telah dipilh. Dapatan kajian juga menunjukkan
pensyarah hanya bertindak sebagai fasilitator dalam kelas pengaturcaraan. Sebelum
kajian Projek Semester dijalankan, pensyarah bertindak sebagai ‘pemberi maklumat’
yang menyebabkan pelajar menjadi kirang aktif serta tidak melibatkan diri secara
langsung di dalam kelas.
4. Hasil Perbincangan

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, kaedah tugasan berasaskan projek jelas
menunjukkan bahawa pelajar telah mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran
pengaturcaraan. Pelajar telah mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran dalam
pengaturcaraan yang lebih berbanding dengan kaedah kuliah yang biasa dilaksanakan.
Kaedah projek juga menggalakkan pelajar bergiat secara aktif di dalam kelas. Dapatan
kajian juga menunjukkan bahawa pensyarah bertindak sebagai moderator, fasilitatir dan
koordinator sahaja berbanding dengan keadaan sebelum ini, pensyarah memberi kuliah di
dalam kelas. Kaedah projek juga menunjukkan bahawa pelajar dapat menggunakan
pengetahuan sedia ada yang mereka telah pelajari dalam kursus-kursus Computer Science
yang lepas, dan mengintegrasikan kursus-kursus tersebut dalam projek ini.


IMPLIKASI TERHADAP KAJIAN PENDIDIKAN KOMPUTER

Daripada artikel ini dapat disimpulkan bahawa tugasan berasaskan projek (project-based
assessment) dapat membantu pelajar mempelajari dan memahami bahasa pengaturcaraan
dengan cara yang lebih mudah. Tugasan ini juga membantu pensyarah membimbing
pelajar yang pertama kali menggunakan satu-satu bahasa pengaturcaraan. Pelajar dapat
mempraktikkan apa yang dipelajari melalui tugasan yang diberi, serta belajar membuat
keputusan dengan tepat ketika membuat tugasan tersebut. Salah satu cara untuk
mempelajari pelbagai bahasa pengaturcaraan adalah dengan membuat eksplorasi /
menggunakan bahasa-bahasa pengaturcaraan tersebut. Pelajar digalakkan mempelajari
bahasa pengaturcaraan dengan cara tersebut, seterusnya berkongsi pengalaman dengan
rakan sekelas bagi mewujudkan pembelajaran aktif (active learning).

Assingment web 2

  • 1.
    PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB KPT 6044 TUGASAN 1: ANALISIS JOURNAL SARJANA PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH NAMA: KHAIRUL AZIAN BIN MAT KHARI NO MATRIKS: M20012001277 DISEDIAKAN UNTUK: PROF MADYA DATO’ DR.ABD LATIF BIN HJ GAPOR KUMPULAN: A
  • 2.
    Krone, J. 2006.A Project Approach To The Theory Of Programming Languages. Journal of Computing Sciences in Colleges . Volume 22 (1) : 84-93. ISSN : 1937-4771. Pengenalan Artikel ini merupakan kajian berbentuk kualitatif. Ia menerangkan tentang pendekatan tugasan berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan. Kebanyakan pelajar di Denison University didedahkan dengan konsep object-oriented ketika menulis program, terutamanya Java. Kajian ini menerangkan bagaimana pendekatan ini dilakukan kepada pelajar yang berupaya dan bijak melakukan pengaturcaraan, tetapi mempunyai latar belakang bahasa pengaturcaraan yang terbatas. Kursus bahasa pengaturcaraan terbahagi kepada dua kategori, iaitu teori dan kaji selidik (survey). Kursus secara teori dijalankan kepada pelajar junior, yang memberi penekanan kepada isu-isu implementasi, struktur bahasa pengaturcaraan, rekabentuk bahasa pengaturcaraan dan semantik. Kursus secara kaji selidik pula dijalankan kepada pelajar senior, yang memberi penekanan kepada pelajar untuk mempelajari beberapa bahasa pengaturcaraan. 1. Tujuan Utama Kajian Kajian ini dilakukan berdasarkan kekangan dari segi pengalaman penggunaan pelbagai bahasa pengaturcaraan oleh pelajar, terutama dalam kursus Theory of Programming. Dalam kursus ini pelajar hanya belajar berasaskan buku teks untuk menyelesaikan tugasan. Dalam kajian ini satu tugasan telah diberi kepada pelajar. Tugasan tersebut ialah Projek Semester. Objektif Projek Semester ini adalah untuk menggalakkan pelajar mempelajari prinsip-prinsip asas bahasa pengaturcaraan dan mengenalpasti isu-isu yang berkaitan dengan bahasa pengaturcaraan yang dipilh. Projek ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari lebih banyak bahasa-bahasa pengaturcaraan baru.
  • 3.
    2. Kaedah Kajian Dalamkajian ini, pelajar diberi beberapa pilihan projek iaitu (i) menjadi guru untuk bahasa pengaturcaraan yang dipilih, (ii) membuat comparative analysis terhadap dua atau lebih bahasa pengaturcaraan, (iii) menulis terjemahan bagi satu bahasa pengaturcaraan atau (iv) mereka cipta satu bahasa pengaturcaraan yang baru berdasarkan bahasa-bahasa pengaturcaraan yang telah dipilih. Pelajar akan mendokumentasi, membuat demonstrasi dan pembentangan di dalam kelas serta mempraktikkan amalan, think, pair, share dalam kalangan pelajar lain yang mengikuti kursus ini. Pensyarah akan memastikan pelajar mereka membuat pilihan/keputusan yang tepat berdasarkan kebolehan, kemahiran dan keupayaan pelajar dalam memperkembangkan pengetahuan yang mereka perolehi daripada projek tersebut. Dalam kajian ini, pemerhatian dibuat berdasarkan dokumentasi dan pembentangan yang dilakukan oleh pelajar di dalam kelas. 3. Rumusan Dapatan Kajian Dapatan kajian melalui pemerhatian terhadap pelajar menunjukkan bahawa peningkatan terhadap pengetahuan dan kemahiran dalam bahasa pengaturcaraan berlaku. Ini dapat dibuktikan dengan kemampuan pelajar mendokumentasi, membentang dan menganalisis bahasa-bahasa pengaturcaraan yang telah dipilh. Dapatan kajian juga menunjukkan pensyarah hanya bertindak sebagai fasilitator dalam kelas pengaturcaraan. Sebelum kajian Projek Semester dijalankan, pensyarah bertindak sebagai ‘pemberi maklumat’ yang menyebabkan pelajar menjadi kirang aktif serta tidak melibatkan diri secara langsung di dalam kelas.
  • 4.
    4. Hasil Perbincangan Berdasarkanpemerhatian yang telah dijalankan, kaedah tugasan berasaskan projek jelas menunjukkan bahawa pelajar telah mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan. Pelajar telah mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran dalam pengaturcaraan yang lebih berbanding dengan kaedah kuliah yang biasa dilaksanakan. Kaedah projek juga menggalakkan pelajar bergiat secara aktif di dalam kelas. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pensyarah bertindak sebagai moderator, fasilitatir dan koordinator sahaja berbanding dengan keadaan sebelum ini, pensyarah memberi kuliah di dalam kelas. Kaedah projek juga menunjukkan bahawa pelajar dapat menggunakan pengetahuan sedia ada yang mereka telah pelajari dalam kursus-kursus Computer Science yang lepas, dan mengintegrasikan kursus-kursus tersebut dalam projek ini. IMPLIKASI TERHADAP KAJIAN PENDIDIKAN KOMPUTER Daripada artikel ini dapat disimpulkan bahawa tugasan berasaskan projek (project-based assessment) dapat membantu pelajar mempelajari dan memahami bahasa pengaturcaraan dengan cara yang lebih mudah. Tugasan ini juga membantu pensyarah membimbing pelajar yang pertama kali menggunakan satu-satu bahasa pengaturcaraan. Pelajar dapat mempraktikkan apa yang dipelajari melalui tugasan yang diberi, serta belajar membuat keputusan dengan tepat ketika membuat tugasan tersebut. Salah satu cara untuk mempelajari pelbagai bahasa pengaturcaraan adalah dengan membuat eksplorasi / menggunakan bahasa-bahasa pengaturcaraan tersebut. Pelajar digalakkan mempelajari bahasa pengaturcaraan dengan cara tersebut, seterusnya berkongsi pengalaman dengan rakan sekelas bagi mewujudkan pembelajaran aktif (active learning).