Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Kisah bakal seorang ayah

540 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Kisah bakal seorang ayah

  1. 1. Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke Mahkota Medical Centre, diamengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanyadia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak diajumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agakdah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badansaya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring sajavsepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri sayasemalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyakdah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengansaya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu denganmembaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung punsaya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anakdalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasabercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakanpadanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahuluiaitu kitab Kasyaful Mahjub. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah,kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan.Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlakupada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali berceritakepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anakagar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuksesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak,isteri atau suami. Bagaimana?1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanyadiwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah palingoptimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari andake ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalahsurah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplahdengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yangingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalumelewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Janganputuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopakmatanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedahini.Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Numan), seseorang pernah bertanya kepadabapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga beginiistimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum diadilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkinmanusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit(bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logikakal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anakdan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Sayasentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memeliharaImam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman AlHakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali
  2. 2. melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbangdidengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesaimembaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahumerenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandardibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akanbercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentangtuhan.Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati,Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidakakan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahitseperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalahmamanya seperti saya. Airmata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalubanyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku airmata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamartidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah bintang timur dalam hidup saya.Iasentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dancintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul bintang timur kecil dalam hidupsaya- dipetik dari portal ukhwah.com

×