SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Saya Sarimah bt Abdullah telah bernikah dengan Ahmad Zakir b Ibrahim duda anak
5 pada 1 September 2011 . Pada 19 Mac 2012 saya telah mengalami keguguran kandungan
pertama pada hari bekerja iaitu persekolahan penggal pertama apabila berlaku pendarahan
di tempat kerja di SK MersIng Kanan, Mersing dan saya ke klnik Sawah Datok, jururawat
menyarankan saya ke hospital apabila berlaku pendarahan yang banyak. Saya ke hospital
petang itu juga dan apabila diperiksa oleh doktor mengatakan janin saya tidak dapat
diselamatkan, ketika itu kandungan saya berusia 6 minggu. Dalam tempoh berpantang saya
di rumah ibu saya selama 2 minggu , suami hanya melihat saya sebanyak 2 kali sahaja dan
selepas itu saya pulang ke rumah suami saya di Janglau Rompin(Kuarters Pertanian
Janglau) .Dalam tempoh itu saya mengajar dan masih berulang alik dari Janglau ke SK
Mersing Kanan setiap hari . Saya bertolak pada jam 6.30 am dan sampai jam 7.05 am
Selepas hari guru saya telah dapat bertukar ke SK Pusat Air Tawar dan saya melapor
diri pada 17 Mei 2012. Seminggu sebelum bulan Ramadan keadaan badan saya yang agak
letih dan kepenatan. Kerja-kerja rumah hanya saya buat memasak sahaja . Seminggu
berpuasa saya keadaan saya serupa . Saya dapati saya mengandung setelah saya lewat
datang bulan dan saya buat test prengnacy sendiri apabila saya pulang ke Mersing pada 28
Julai kerana suami saya juga pulang ke Kuantan pada petang itu . disebabkan badan saya
yang tidak berdaya , pening- pening kerana alahan mengandung saya ambil cuti selama 2
hari di Klinik Dr Fatimah. Pada 1 Ogos saya bertugas semula dan rakan-rakan saya
menyarankan saya ke Klinik Faisal di Rompin untuk scan janin . Saya pun memberi mesej
kepada suami untuk membawa saya ke Klinik tersebut selepas saya balik dr sekolah nanti.
Selepas solat zohor saya ke Rompin sendiri tanpa ditemani suami kerana ketika itu suami
saya tidur. Sedih juga dihati saya ini tanpa ditemani suami ke klinik. Setelah diperiksa ,
doktor mendapati ada ketumbuhan di belakang janin dan kandungan ketika itu berusia 6
minggu. Beliau menyarankan saya ke doktor pakar. Saya agak risau dan apabila diberitahu,
suami agak tenang dan hanya melihat gambar pada print scan tersebut. Keesokannya saya
pulang ke Mersing.
Saya telah meminta izin suami untuk ke KPJ Kluang pada 3 Ogos dengan ditemani
anak saudara dan adik sahaja. Setelah membuat pemeriksaan, doktor telah mendapati
ketumbuhan tersebut adalah cyst yang agak besar dan perlu dibuang. Kalau tidak dibuang ,
ia akan menjejaskan kandungan dan pada saya jika cyst itu pecah dalam perut apabila cyst
itu makin membesar bersama-sama dengan janin. Beliau menyarankan saya membuat
pembedahan setelah kandungan berusia 3 bulan 2 minggu . Kosnya pula dianggarkan 5
hingga 6 ribu . Temujanji seterusnya pada 7 September 2012.
Alahan mengandung saya masih berlarutan dan kadang-kadang saya asyik terbaring
sahaja tetapi keadaan ini seperti suami tidak memahaminya. Tapi rutin saya iaitu memasak
sarapan pagi dan masak untuk makan tengah hari yang saya masak waktu pagi sebelum saya
ke sekolah, saya tetap akan buat walaupun saya keletihan dan pening-pening. Cuma saya
tidak mampu membantu suami saya membasuh baju dan menggosok baju anak-anak dan
baju kerja suami. Saya juga mahu jaga kandungan saya ini kerana tidak mahu terjadi pada
kandungan pertama. Ada juga anak yang akan membaca yasin untuk saya bila saya sudah
tiada lagi nanti dan itulah saya doakan selalu.
Alahan mengandung ini menyebabkan saya tidak beraya mengikut suami ke Kuantan
, Suami datang ke Mersing pada malam raya dan dia pulang bersama 3 orang anaknya pada
jam 3 pada hari raya aidil Fitri pertama . Saya harap suami faham keadaan saya. Seminggu
saya di rumah ibu saya , saya memang tidak ke mana-mana disebabkan alahan tersebut .
Selepas seminggu beraya, suami pulang ke Mersing pada 25 Ogos dan sampai malam, kami
pulang ke Janglau Rompin keesokkan harinya.
Pada 1 September sebelah petang jam 6, suami baru memberitahu dia kena hadir ke
Serdang untuk menghadiri mesyuarat dan dia akan bertolak jam 4 pagi pada 3 September,
Saya disuruh pulang ke Mersing, dan anak-anak akan tidur di rumah Kak ani iaitu sepupu
saya untuk bersekolah keesokan harinya. Dengan izin suami dan bersalam dengan mereka,
saya pulang ke Mersing pada 2 September jam 11 pagi setelah saya siap masak untuk suami
dan anak-anak.Rutin saya jika saya balik ke Mersing saya akan pastikan ada makanan
didapur dan dalam peti ais ada makanan juga.
Pagi 3 September , saya memberi mesej menanya suami sudah sampai ke tempat
mesyuarat dan suami memberitahu sudah sampai dan juga memberitahu anak-anak tidak
mahu ke rumah kak ani dan tidur bersama di rumah . Jam 4 pagi dia tinggalkan anak-anak di
rumah untuk ke Serdang. Dalam sms itu saya ada berselisih pendapat mengenai anak-anak
sebab dia terlampau manjakan anak-anaknya, teguran itu membuatkan suami tidak dapat
menerimanya. Kadang-kadang terasa tersisih juga disebabkan suami lebihkan anak-anaknya
dari saya. Geram juga dihati saya lebih-lebih lg keadaan saya yang mengandung dan cepat
sensitif . Saya pula tidak pulang ke Janglau dan berulang dari Mersing ke SK Pusat Air Tawar
disebabkan kereta saya digunakan untuk membawa bapa saya ke Klinik Pakar Mata Masran
Kluang(anak saudara yang memandu kerete saya) pada 5 September dan disebabkan juga
alahan mengandung. Suami pula tidak penah menanya khabar saya dan saya pula tidak
memberitahunya saya tidak pulang. Saya ke sekolah dengan menumpang kawan untuk ke
sekolah.
Pada 5 September 2012, biasalah saya yang akan bagi sms dulu minta dia tolong
hantarkan saya ke KPJ Kluang pada 7 September nanti untuk membuat pemeriksaan dan
tetapkan tarikh pembedahan mengeluarkan cyst tersebut. Tap jawapannya mengecewakan
saya , katanya dia tidak boleh pergi. Saya harap dia dapat pergi dan dengar apa yang doctor
bincangkan nanti. Saya terus sensitive dan rasa suami tidak pendulikan saya dan rasa suami
tidak ambil berat keadaan sakit saya ini. Sedih juga di hati ini. Saya agak marah dan kami
berselish faham lagi dalam sms saya ada mengatakan “kalau hantar anak-anak ke mana-
mana boleh tapi nak hantar isteri yang sakit ni tidak boleh”. Mungkin dengan kata-kata itu
yang menyebabkan suami terasa hati dengan saya, tetapi dia tidak pernah hendak menjaga
hati saya
Pada 7 September saya ke KPJ Kluang ditemani anak saudara sebagai pemandu serta
adik saya. Setelah diperiksa doctor , cyst itu semakin membesar dan diberi tarikh 24
september untuk membuat pembedahan tersebut. Disebabkan saya kecil hati dengan suami
saya tidak pulang ke rumah suami dan dia pun tidak penah menanya khabar saya dan
kandungan apa lagi melihat kad pemeriksaan kandungan atau cyst yang saya hadapi
sekarang ini. Pada 8 september saya memberitahu tarikh pembedahan melalui sms sahaja
dan tiada balasan dari suami.
13 september pula saya memberiitahu suami mengenai doctor dari Klinik Tenglu
ingin berjumpa mengenai cyst tersebut dan tiada respon darinya.14 September sebelah
malam bapa saya telah menelefon suami menyuruh pulang untuk berbincang mengenai
pembedahan yang akan dilakukan pada 24 September nanti supaya suami dapat
menghantar dan menjaga saya nant d KPJ Kluangi,bukan berbincang mengenai kos
pembedahan kerana kos tersebut sudah ada dari duit simpanan saya sendiri, tapi katanya
dia akan datang nanti. Kami menunggu tapi tinggal harapan sahaja . Saya juga telah
menelefon sepupu saya supaya dia dapat memberitahu suami mengenai tarikh
pembedahan tersebut dan dapat datang ke Mersing. Pada 18 , 19, 20 September saya
hantar lagi sms pada suami tapi tiada respon juga. Rasa dah putus asa dan kecewa di hati
saya. 22 September saya sms lagi mohon ampun maaf dan halalkan makan minum,
berharap suami dapat menghantar dan menjaga saya selepas pembedahan nanti pada
24 September dan sms itu dihantar pada jam 11.43 am. Tapi responnya pada jam 5.29 pm
tetapi saya tidak faham maksud sms tersebut. Saya biarkan sms tersebut tanpa bertanya.
Bertarikh 24 September, jam 7.30 am saya bertolak dari Mersing menuju ke KPJ
Kluang dengan ditemani ibu dan anak saudara. Hampa dan sedih perasaan saya pergi tanpa
ditemani suami seolah-olah saya tiada suami. Sampai di KPJ Kluang , saya terus membuat
pembayaran dan saya telah meletakkan nama anak saudara sebagai pewaris bila berlaku
apa-apa semasa di hospital tersebut. Jam 10.30 am saya telah dibawa ke bilik pembedahan,
selama 1 jam pembedahan dijalankan dalam keadaan saya sedar (bius separuh badan).
Selesai pembedahan saya di hantar ke wad dan jururawat telah memberikan botol yang
berisi cyst yang telah dikeluarkan untuk dilihat keluarga dan menanyakan jika suami mahu
melihatnya kerana cyst itu akan di hantar ke makmal pula. Tapi saya kata suami tidak datang
dan cyst itu terus dihantar ke makmal.
Hari ke 2 selepas pembedahan saya mengalami muntah-muntah dan pening dalam
kedaan badan yang agak lemah , mungkin kerana kesan dari bius. Saya telah di bawa ke bilik
pemeriksaan dan doctor telah membuat pemeriksaan janin , Alhamdulillah janin saya tiada
masalah walaupun risiko selepas pembedahan boleh berlaku. Sebanyak 2 botol air
dimasukkan semula ke badan saya. Sepatutnya saya boleh pulang ke rumah pada hari yang
ke 3 tetapi keadaan saya yang lemah itu saya disarankan pulang pada hari keesokan harinya.
Pada 26 September saya hantar semula sms kepada suami dan memberitahu keadaan saya
ketika itu dan menyuruh datang bersama anak-anak melihat keadaan saya. saya bertekad
kalau tiada respon dari suami , sms ini adalah sms terakhir saya beri pada dia. Harapan saya
tinggal harapan tiada langsung respon dari dia , apa lagi menanya khabar keadaan saya.
Sampai saya terfikir apa salah saya pada suami sehingga suami tiada rasa belas kasihan
terhadap isteri yang sakit ini dan saya pula mengandungkan anaknya, tuhan sahaja yang
tahu perasaan saya ketika itu.
Selama 4 hari 3 malam saya berada di KPJ Kluang , saya telah dijaga oleh anak
suadara saya, Mujurlah dia ada, basuhkan muntah saya, buatkan air panas dan temankan
saya ke bilik air. Pada 27 September saya telah dibenarkan pulang apabila keadaan saya
beransur baik . Jam 12, saya check out dari KPJ Kluang setelah menyelesaikan pembayaran ,
kos semuanya sebanyak RM 6 296.20. Saya diberi cuti selama 6 minggu, doctor tidak
membenarkan saya membuat kerja yang berat-berat. Anak saudara yang memandu kereta
dengan perlahan kerana keadaan saya ketika itu dan hanya kami berdua pulang ke Mersing
dan sampai jam 2.30 pm.
Keluarga saya banyak membantu ketika saya sakit dan susah, Ibu saya menjaga saya
dalam keadaan badan saya yang lemah, saya hanya terbaring sahaja. Suami saya pula tidak
pernah datang melihat keadaan saya sehingga kini. Hari raya haji juga dia tidak datang apa
lagi menanya khabar keadaan saya. sehingga saya rasa diri ini tidak disayangi suami dan
saya tidak diperdulikan lagi. Saya bertekad mengambil baju-baju saya di rumah suami
bersama anak saudara saya pada 26 Oktober 2012 , saya sampai jam 7 pm, rasanya ketika
itu suami dan anak-anak pulang ke Kuantan. Bila saya masuk ke rumah , saya agak terkejut
dengan situasi rumah yang agak macam tongkang pecah dalam hati saya tidak sanggup
hendak mengemas dalam keadaan saya mengandung dan baru lepas pembedahan. Saya
ambil baju dan ada sedikit baju yang ditinggalkan dengan harapan kalau suami datang ke
Mersing , saya akan pulang ke Janglau (Kuarters Pertanian Janglau) jika saya sihat nanti
tetapi tidaklah pulang lama.
Selepas 2 minggu pembedahan , saya ke KPJ Kluang untuk membuat rutin
pemeriksaan kandungan dan jahitan pada 11 Oktober , kemudian pada 29 Oktober saya ke
KPJ lagi membuat rutin yang sama. Syukur alhamudulillah kandungan saya sihat dan kesan
jahitan pun sudah baik tetapi tidak tahu pula keadaan sebelah dalamnya, cuma saya tidak
boleh berdiri lama dan berjalan jauh kerana bahagian bawah perut di tempat operation
agak sakit.
Sepatutnya saya sudah bertugas pada 5 November tetapi saya sambung cuti lagi
sehingga 8 November kerana keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Hari terakhir
persekolahan, saya ke sekolah dengan menumpang kawan untuk menghantar borang
prestasi dan buku rekod mengajar.
Pada 8 November , suami saya menghantar baju yang selebihnya ke rumah bapa
saudara saya di Jalan Selancar Kg Tjg Gemok , mungkin dia marah saya ambil baju tetapi
kenapa dia tidak hantar terus ke Mersing. Ketika itu bapa saudara tiada di rumah dan
diserahkan pada anaknya sahaja. Suami ada menghantar sms kepada saya mengenai baju
yang dihantar ke rumah bapa saudara saya. saya agak terkejut dan saya menanya kenapa
tidab berbincang dengan saya dulu, ayat terakhir nya ada mengatakan “aku x ada bini” ,
saya terus diam kerana tidak mahu lagi bergaduh berpanjangan. Dia sebagai ketua keluarga
sepatutnya dia berbincang dengan saya mengenai kemelut rumahtangga yang dihadapi
sekarang dan apa yang dia tidak puas hati dengan saya atau mungkin salah saya agaknya,
saya masih tidak faham dan keliru. Bukan saya tidak fikir pasal suami dan anak-anak tetapi
saya rasa sedih saya tidak diperdulikan dan ambil berat terhadap saya. kadang-kadang saya
tidak dapat mengawal perasaan saya bila saya keseorangan tapi memikirkan saya
mengandung, saya tidak mahu emosi anak dalam kandungan terjejas disebabkan kesedihan
saya ini. Kini usia kandungan saya 32 minggu.
28 Disember saya ke KPJ Kluang untuk membuat pemeriksaan kandungan (follow
up) Doktor telah scan kandungan , baby berada dalam keadaan sihat dan cukup sifat
,Alhamdulillah. Doktor telah memberi jangkaan bersalin pada 20 Mac 2013 dan pemeriksaan
seterusnya pada 23 Februari 2013. Bila perut makin membesar , bahagian bawah perut akan
sakit bila saya mula hendak berdiri atau bangun dari berbaring. Sepanjang saya ke KPJ
Kluang(5 kali dan semasa operation), tidak pernah sekali pun saya ditemani suami
sebaliknya anak saudara dan adik sahaja yang menemani saya ke sana. Doktor yang
memeriksa saya tidak pernah menanya suami saya mungkin dia berasa pelik saya tidak
ditemani suami ,sampaikan saya membawa kad merah supaya dia tidak mengatakan saya
mengandung anak luar nikah pula. Saya pun tidak mahu cerita kemelut rumahtangga saya
ini dan lebih baik saya mendiamkan diri.
Saya mendapat surat dari Pejabat Agama Rompin , minta saya hadir pada 8 Januari
2013 tetapi saya telah menelefon Ustaz Md Nor memberitahu mengenai kesihatan saya dan
saya tidak dapat hadir ke sana.
Pada 15 Januari apabila saya pulang dari sekolah, saya agak terkejut dengan barang-
barang yang berada di depan rumah , rupanya telah dihantar suami . Keadaan ini
menyebabkan saya rasa lebih tertekan seolah-olah saya dibuang oleh suami sendiri tapi apa
kan daya saya , saya redha dengan ketentuan ini hanya berserah pada Nya. Dalam hati saya
cukuplah jodoh saya setakat ini sahaja, mungkin ada hikmah selepas ini.
Yang Benar
……………………………………...
( SARIMAH BT ABDULLAH )

More Related Content

Featured

Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsPixeldarts
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfmarketingartwork
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Applitools
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at WorkGetSmarter
 

Featured (20)

Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work
 

Ceritaku

  • 1. Saya Sarimah bt Abdullah telah bernikah dengan Ahmad Zakir b Ibrahim duda anak 5 pada 1 September 2011 . Pada 19 Mac 2012 saya telah mengalami keguguran kandungan pertama pada hari bekerja iaitu persekolahan penggal pertama apabila berlaku pendarahan di tempat kerja di SK MersIng Kanan, Mersing dan saya ke klnik Sawah Datok, jururawat menyarankan saya ke hospital apabila berlaku pendarahan yang banyak. Saya ke hospital petang itu juga dan apabila diperiksa oleh doktor mengatakan janin saya tidak dapat diselamatkan, ketika itu kandungan saya berusia 6 minggu. Dalam tempoh berpantang saya di rumah ibu saya selama 2 minggu , suami hanya melihat saya sebanyak 2 kali sahaja dan selepas itu saya pulang ke rumah suami saya di Janglau Rompin(Kuarters Pertanian Janglau) .Dalam tempoh itu saya mengajar dan masih berulang alik dari Janglau ke SK Mersing Kanan setiap hari . Saya bertolak pada jam 6.30 am dan sampai jam 7.05 am Selepas hari guru saya telah dapat bertukar ke SK Pusat Air Tawar dan saya melapor diri pada 17 Mei 2012. Seminggu sebelum bulan Ramadan keadaan badan saya yang agak letih dan kepenatan. Kerja-kerja rumah hanya saya buat memasak sahaja . Seminggu berpuasa saya keadaan saya serupa . Saya dapati saya mengandung setelah saya lewat datang bulan dan saya buat test prengnacy sendiri apabila saya pulang ke Mersing pada 28 Julai kerana suami saya juga pulang ke Kuantan pada petang itu . disebabkan badan saya yang tidak berdaya , pening- pening kerana alahan mengandung saya ambil cuti selama 2 hari di Klinik Dr Fatimah. Pada 1 Ogos saya bertugas semula dan rakan-rakan saya menyarankan saya ke Klinik Faisal di Rompin untuk scan janin . Saya pun memberi mesej kepada suami untuk membawa saya ke Klinik tersebut selepas saya balik dr sekolah nanti. Selepas solat zohor saya ke Rompin sendiri tanpa ditemani suami kerana ketika itu suami saya tidur. Sedih juga dihati saya ini tanpa ditemani suami ke klinik. Setelah diperiksa , doktor mendapati ada ketumbuhan di belakang janin dan kandungan ketika itu berusia 6 minggu. Beliau menyarankan saya ke doktor pakar. Saya agak risau dan apabila diberitahu, suami agak tenang dan hanya melihat gambar pada print scan tersebut. Keesokannya saya pulang ke Mersing. Saya telah meminta izin suami untuk ke KPJ Kluang pada 3 Ogos dengan ditemani anak saudara dan adik sahaja. Setelah membuat pemeriksaan, doktor telah mendapati ketumbuhan tersebut adalah cyst yang agak besar dan perlu dibuang. Kalau tidak dibuang , ia akan menjejaskan kandungan dan pada saya jika cyst itu pecah dalam perut apabila cyst itu makin membesar bersama-sama dengan janin. Beliau menyarankan saya membuat pembedahan setelah kandungan berusia 3 bulan 2 minggu . Kosnya pula dianggarkan 5 hingga 6 ribu . Temujanji seterusnya pada 7 September 2012. Alahan mengandung saya masih berlarutan dan kadang-kadang saya asyik terbaring sahaja tetapi keadaan ini seperti suami tidak memahaminya. Tapi rutin saya iaitu memasak sarapan pagi dan masak untuk makan tengah hari yang saya masak waktu pagi sebelum saya ke sekolah, saya tetap akan buat walaupun saya keletihan dan pening-pening. Cuma saya tidak mampu membantu suami saya membasuh baju dan menggosok baju anak-anak dan baju kerja suami. Saya juga mahu jaga kandungan saya ini kerana tidak mahu terjadi pada kandungan pertama. Ada juga anak yang akan membaca yasin untuk saya bila saya sudah tiada lagi nanti dan itulah saya doakan selalu. Alahan mengandung ini menyebabkan saya tidak beraya mengikut suami ke Kuantan , Suami datang ke Mersing pada malam raya dan dia pulang bersama 3 orang anaknya pada jam 3 pada hari raya aidil Fitri pertama . Saya harap suami faham keadaan saya. Seminggu saya di rumah ibu saya , saya memang tidak ke mana-mana disebabkan alahan tersebut . Selepas seminggu beraya, suami pulang ke Mersing pada 25 Ogos dan sampai malam, kami pulang ke Janglau Rompin keesokkan harinya.
  • 2. Pada 1 September sebelah petang jam 6, suami baru memberitahu dia kena hadir ke Serdang untuk menghadiri mesyuarat dan dia akan bertolak jam 4 pagi pada 3 September, Saya disuruh pulang ke Mersing, dan anak-anak akan tidur di rumah Kak ani iaitu sepupu saya untuk bersekolah keesokan harinya. Dengan izin suami dan bersalam dengan mereka, saya pulang ke Mersing pada 2 September jam 11 pagi setelah saya siap masak untuk suami dan anak-anak.Rutin saya jika saya balik ke Mersing saya akan pastikan ada makanan didapur dan dalam peti ais ada makanan juga. Pagi 3 September , saya memberi mesej menanya suami sudah sampai ke tempat mesyuarat dan suami memberitahu sudah sampai dan juga memberitahu anak-anak tidak mahu ke rumah kak ani dan tidur bersama di rumah . Jam 4 pagi dia tinggalkan anak-anak di rumah untuk ke Serdang. Dalam sms itu saya ada berselisih pendapat mengenai anak-anak sebab dia terlampau manjakan anak-anaknya, teguran itu membuatkan suami tidak dapat menerimanya. Kadang-kadang terasa tersisih juga disebabkan suami lebihkan anak-anaknya dari saya. Geram juga dihati saya lebih-lebih lg keadaan saya yang mengandung dan cepat sensitif . Saya pula tidak pulang ke Janglau dan berulang dari Mersing ke SK Pusat Air Tawar disebabkan kereta saya digunakan untuk membawa bapa saya ke Klinik Pakar Mata Masran Kluang(anak saudara yang memandu kerete saya) pada 5 September dan disebabkan juga alahan mengandung. Suami pula tidak penah menanya khabar saya dan saya pula tidak memberitahunya saya tidak pulang. Saya ke sekolah dengan menumpang kawan untuk ke sekolah. Pada 5 September 2012, biasalah saya yang akan bagi sms dulu minta dia tolong hantarkan saya ke KPJ Kluang pada 7 September nanti untuk membuat pemeriksaan dan tetapkan tarikh pembedahan mengeluarkan cyst tersebut. Tap jawapannya mengecewakan saya , katanya dia tidak boleh pergi. Saya harap dia dapat pergi dan dengar apa yang doctor bincangkan nanti. Saya terus sensitive dan rasa suami tidak pendulikan saya dan rasa suami tidak ambil berat keadaan sakit saya ini. Sedih juga di hati ini. Saya agak marah dan kami berselish faham lagi dalam sms saya ada mengatakan “kalau hantar anak-anak ke mana- mana boleh tapi nak hantar isteri yang sakit ni tidak boleh”. Mungkin dengan kata-kata itu yang menyebabkan suami terasa hati dengan saya, tetapi dia tidak pernah hendak menjaga hati saya Pada 7 September saya ke KPJ Kluang ditemani anak saudara sebagai pemandu serta adik saya. Setelah diperiksa doctor , cyst itu semakin membesar dan diberi tarikh 24 september untuk membuat pembedahan tersebut. Disebabkan saya kecil hati dengan suami saya tidak pulang ke rumah suami dan dia pun tidak penah menanya khabar saya dan kandungan apa lagi melihat kad pemeriksaan kandungan atau cyst yang saya hadapi sekarang ini. Pada 8 september saya memberitahu tarikh pembedahan melalui sms sahaja dan tiada balasan dari suami. 13 september pula saya memberiitahu suami mengenai doctor dari Klinik Tenglu ingin berjumpa mengenai cyst tersebut dan tiada respon darinya.14 September sebelah malam bapa saya telah menelefon suami menyuruh pulang untuk berbincang mengenai pembedahan yang akan dilakukan pada 24 September nanti supaya suami dapat menghantar dan menjaga saya nant d KPJ Kluangi,bukan berbincang mengenai kos pembedahan kerana kos tersebut sudah ada dari duit simpanan saya sendiri, tapi katanya dia akan datang nanti. Kami menunggu tapi tinggal harapan sahaja . Saya juga telah menelefon sepupu saya supaya dia dapat memberitahu suami mengenai tarikh pembedahan tersebut dan dapat datang ke Mersing. Pada 18 , 19, 20 September saya hantar lagi sms pada suami tapi tiada respon juga. Rasa dah putus asa dan kecewa di hati saya. 22 September saya sms lagi mohon ampun maaf dan halalkan makan minum,
  • 3. berharap suami dapat menghantar dan menjaga saya selepas pembedahan nanti pada 24 September dan sms itu dihantar pada jam 11.43 am. Tapi responnya pada jam 5.29 pm tetapi saya tidak faham maksud sms tersebut. Saya biarkan sms tersebut tanpa bertanya. Bertarikh 24 September, jam 7.30 am saya bertolak dari Mersing menuju ke KPJ Kluang dengan ditemani ibu dan anak saudara. Hampa dan sedih perasaan saya pergi tanpa ditemani suami seolah-olah saya tiada suami. Sampai di KPJ Kluang , saya terus membuat pembayaran dan saya telah meletakkan nama anak saudara sebagai pewaris bila berlaku apa-apa semasa di hospital tersebut. Jam 10.30 am saya telah dibawa ke bilik pembedahan, selama 1 jam pembedahan dijalankan dalam keadaan saya sedar (bius separuh badan). Selesai pembedahan saya di hantar ke wad dan jururawat telah memberikan botol yang berisi cyst yang telah dikeluarkan untuk dilihat keluarga dan menanyakan jika suami mahu melihatnya kerana cyst itu akan di hantar ke makmal pula. Tapi saya kata suami tidak datang dan cyst itu terus dihantar ke makmal. Hari ke 2 selepas pembedahan saya mengalami muntah-muntah dan pening dalam kedaan badan yang agak lemah , mungkin kerana kesan dari bius. Saya telah di bawa ke bilik pemeriksaan dan doctor telah membuat pemeriksaan janin , Alhamdulillah janin saya tiada masalah walaupun risiko selepas pembedahan boleh berlaku. Sebanyak 2 botol air dimasukkan semula ke badan saya. Sepatutnya saya boleh pulang ke rumah pada hari yang ke 3 tetapi keadaan saya yang lemah itu saya disarankan pulang pada hari keesokan harinya. Pada 26 September saya hantar semula sms kepada suami dan memberitahu keadaan saya ketika itu dan menyuruh datang bersama anak-anak melihat keadaan saya. saya bertekad kalau tiada respon dari suami , sms ini adalah sms terakhir saya beri pada dia. Harapan saya tinggal harapan tiada langsung respon dari dia , apa lagi menanya khabar keadaan saya. Sampai saya terfikir apa salah saya pada suami sehingga suami tiada rasa belas kasihan terhadap isteri yang sakit ini dan saya pula mengandungkan anaknya, tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Selama 4 hari 3 malam saya berada di KPJ Kluang , saya telah dijaga oleh anak suadara saya, Mujurlah dia ada, basuhkan muntah saya, buatkan air panas dan temankan saya ke bilik air. Pada 27 September saya telah dibenarkan pulang apabila keadaan saya beransur baik . Jam 12, saya check out dari KPJ Kluang setelah menyelesaikan pembayaran , kos semuanya sebanyak RM 6 296.20. Saya diberi cuti selama 6 minggu, doctor tidak membenarkan saya membuat kerja yang berat-berat. Anak saudara yang memandu kereta dengan perlahan kerana keadaan saya ketika itu dan hanya kami berdua pulang ke Mersing dan sampai jam 2.30 pm. Keluarga saya banyak membantu ketika saya sakit dan susah, Ibu saya menjaga saya dalam keadaan badan saya yang lemah, saya hanya terbaring sahaja. Suami saya pula tidak pernah datang melihat keadaan saya sehingga kini. Hari raya haji juga dia tidak datang apa lagi menanya khabar keadaan saya. sehingga saya rasa diri ini tidak disayangi suami dan saya tidak diperdulikan lagi. Saya bertekad mengambil baju-baju saya di rumah suami bersama anak saudara saya pada 26 Oktober 2012 , saya sampai jam 7 pm, rasanya ketika itu suami dan anak-anak pulang ke Kuantan. Bila saya masuk ke rumah , saya agak terkejut dengan situasi rumah yang agak macam tongkang pecah dalam hati saya tidak sanggup hendak mengemas dalam keadaan saya mengandung dan baru lepas pembedahan. Saya ambil baju dan ada sedikit baju yang ditinggalkan dengan harapan kalau suami datang ke Mersing , saya akan pulang ke Janglau (Kuarters Pertanian Janglau) jika saya sihat nanti tetapi tidaklah pulang lama. Selepas 2 minggu pembedahan , saya ke KPJ Kluang untuk membuat rutin pemeriksaan kandungan dan jahitan pada 11 Oktober , kemudian pada 29 Oktober saya ke
  • 4. KPJ lagi membuat rutin yang sama. Syukur alhamudulillah kandungan saya sihat dan kesan jahitan pun sudah baik tetapi tidak tahu pula keadaan sebelah dalamnya, cuma saya tidak boleh berdiri lama dan berjalan jauh kerana bahagian bawah perut di tempat operation agak sakit. Sepatutnya saya sudah bertugas pada 5 November tetapi saya sambung cuti lagi sehingga 8 November kerana keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Hari terakhir persekolahan, saya ke sekolah dengan menumpang kawan untuk menghantar borang prestasi dan buku rekod mengajar. Pada 8 November , suami saya menghantar baju yang selebihnya ke rumah bapa saudara saya di Jalan Selancar Kg Tjg Gemok , mungkin dia marah saya ambil baju tetapi kenapa dia tidak hantar terus ke Mersing. Ketika itu bapa saudara tiada di rumah dan diserahkan pada anaknya sahaja. Suami ada menghantar sms kepada saya mengenai baju yang dihantar ke rumah bapa saudara saya. saya agak terkejut dan saya menanya kenapa tidab berbincang dengan saya dulu, ayat terakhir nya ada mengatakan “aku x ada bini” , saya terus diam kerana tidak mahu lagi bergaduh berpanjangan. Dia sebagai ketua keluarga sepatutnya dia berbincang dengan saya mengenai kemelut rumahtangga yang dihadapi sekarang dan apa yang dia tidak puas hati dengan saya atau mungkin salah saya agaknya, saya masih tidak faham dan keliru. Bukan saya tidak fikir pasal suami dan anak-anak tetapi saya rasa sedih saya tidak diperdulikan dan ambil berat terhadap saya. kadang-kadang saya tidak dapat mengawal perasaan saya bila saya keseorangan tapi memikirkan saya mengandung, saya tidak mahu emosi anak dalam kandungan terjejas disebabkan kesedihan saya ini. Kini usia kandungan saya 32 minggu. 28 Disember saya ke KPJ Kluang untuk membuat pemeriksaan kandungan (follow up) Doktor telah scan kandungan , baby berada dalam keadaan sihat dan cukup sifat ,Alhamdulillah. Doktor telah memberi jangkaan bersalin pada 20 Mac 2013 dan pemeriksaan seterusnya pada 23 Februari 2013. Bila perut makin membesar , bahagian bawah perut akan sakit bila saya mula hendak berdiri atau bangun dari berbaring. Sepanjang saya ke KPJ Kluang(5 kali dan semasa operation), tidak pernah sekali pun saya ditemani suami sebaliknya anak saudara dan adik sahaja yang menemani saya ke sana. Doktor yang memeriksa saya tidak pernah menanya suami saya mungkin dia berasa pelik saya tidak ditemani suami ,sampaikan saya membawa kad merah supaya dia tidak mengatakan saya mengandung anak luar nikah pula. Saya pun tidak mahu cerita kemelut rumahtangga saya ini dan lebih baik saya mendiamkan diri. Saya mendapat surat dari Pejabat Agama Rompin , minta saya hadir pada 8 Januari 2013 tetapi saya telah menelefon Ustaz Md Nor memberitahu mengenai kesihatan saya dan saya tidak dapat hadir ke sana. Pada 15 Januari apabila saya pulang dari sekolah, saya agak terkejut dengan barang- barang yang berada di depan rumah , rupanya telah dihantar suami . Keadaan ini menyebabkan saya rasa lebih tertekan seolah-olah saya dibuang oleh suami sendiri tapi apa kan daya saya , saya redha dengan ketentuan ini hanya berserah pada Nya. Dalam hati saya cukuplah jodoh saya setakat ini sahaja, mungkin ada hikmah selepas ini. Yang Benar ……………………………………... ( SARIMAH BT ABDULLAH )