1. LMCP 1552: PEMBANGUNAN
MAPAN DALAM ISLAM
TUGASAN 3 : AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
NAMA : ABDUL RAZAK BIN ABDUL GHANI
NO MATRIK : A164813
PENSYARAH : PROF DATO IR DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K
RAHMAT
2. Amalan terbaik dalam pembangunan
sosial
Menjalinkan ikatan ukhwah.
Menimbulkan kesedaran.
Menghormati budaya lain
Mempunyai kebolehan diri.
3. Menjalinkan ikatan ukhwah.
Selain itu, amalan baik juga penting bagi menjalinkan ikatan ukhwah
dikalangan masyarakat. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah
kepelbagaian rakyat yang berbilang kaum dan agama. Keunikannya makin
terserlah apabila kita mampu menjalinkan hubungan yang erat walaupun
berbeza warna kulit.Selain itu, masyarakat juga akan lebih menyenangi dan
mendekati kita . Jadi,perhubungan bersama masyarakat akan menjadi lebih
mesra dan baik
Jaringan ikatan ukhwah di kalangan masyarakat amat penting
terutamanya dalammewujudkan perpaduan kaum. Jadi, ikatan yang erat ini
merupakan pemangkinkepada penyatuan rakyat
4. Menimbulkan kesedaran.
Selain daripada kepentingan yang telah dinyatakan, amalan baik
jugamempunyai kepentingan lain. Contohnya ialah dapat menimbulkan
kesedaran dikalangan mereka yang melakukan kesalahan. Apabila
hilangnya nilai murni dalam hidup seseorang, segala perbuatan dan
kelakuan tidak berpandukankepada norma dan peraturan. Mereka bebas
melakukan apa sahaja yangmereka inginkan tanpa memikirkan kesan-
kesan yang bakal mereka hadapi
Namun, apabila seseorang mula sedar akan kesalahan yang dilakukan,
merekaakan mula mengamalkan nilai-nilai murni dalam hidup. Secara tidak
langsung,ianya juga dapat menyedarkan mereka tentang kesalahan-
kesalahan yang telahdilakukan. Jadi, adalah penting bagi kita
mengamalkan amalan baik supaya dirisentiasa terbimbing dan dapat
menuju ke arah keseimbangan hidup.
5. Menghormati budaya lain.
Kepentingan amalan baik seterusnya ialah dapat menghormati budaya
kaum lain. Kita harus sedar, Malaysia bukanlah terdiri daripada 1
kaum sahaja.Sebaliknya, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum
seperti Melayu, Cina, India,Iban dan lain-lain. Begitu juga agama yang
dianuti. Undang-undang Malaysia
telah memberikan kebebasan untuk rakyatnya memilih agama mengikut
kepercayaan masing-masing. Sebagai contoh ialah agama Islam, Hindu,
Buddha, Kristian dan pelbagai lagi. Kerana itu, setiap daripada kita
mengamalkan budaya hidup yang berbeza-beza mengikut bangsa dan
agama.
Dengan penerapan amalan baik dalam diri, kita dapat menghormati serta
menerima budaya kaum lain tanpa timbul sebarang masalah.
6. Melahirkan individu berkobolehan
Selain itu, amalan baik penting bagi melahirkan individu yangberkeboleha
n dan berkeyakinan. Nilai murni penting dalam kehidupan kita
bagimembina kekuatan dalaman diri di samping berkebolehan dalam
melaksanakansesuatu pekerjaan. Tanpa penerapan nilai murni ini, kita
akan menjadi takut dantidak yakin dengan diri sendiri. Kita juga tidak
dapat menunjukkan kebolehan danbakat sebenar yang ada dalam diri kita.
Selain itu, hidup kita juga akan sentiasabergantung kepada orang lain
dalam satu-satu perkara
Amalan baik yang boleh diterapkan dalam melahirkan individu yang
berkeyakinan dan berkebolehan ialah berdikari. Berdikari merupakan
kebolehandan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada
orang lain