SlideShare a Scribd company logo
50 Langkah
 Menjadi Suami  Mithali...



Dipetik dan dirumuskan daripada isi buku Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah
                 18 Jun 2006 (Ahad) sekitar pukul 10:18 pagi
        ~Semoga saya dan tuan2 semua dapat amalkan1
                    PakarHowTo.Com                 insyaAllah~
                          -PakarHow.Com-
                           PakarHow.Com
*       1     Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami 
        terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak 
        mungkin jadi suami yang cemerlang.                 
        Ramai suami terlupa.

             2     Bersyukur kerana mempunyai pasangan 
       hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan 
       terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda.     
       Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

             3     Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. 
       Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. 
       Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh 
       dibanggakan oleh isteri anda. 

             4     Setiap hari pulang dengan senyum dan 
       bersemangat. Apabila suami tersenyum,isteri dan 
       anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan 
       turun. Jadi, senyumlah apabila sampai ke rumah.

             5     Pastikan anda ada masa untuk berbual 
       dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia 
       apabila dapat berbual dengan suami.               
       Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual 
       dengan isteri setiap hari ?



PakarHowTo.Com                   2
*        6 Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar
         untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu
         pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan
         bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej
         tersebut.
            7 Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita,
         buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap
         gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan
         hubungan suami isteri.
             8 Pastikan anda bergurau senda dengan isteri
         di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke
         tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami
         membazir masa dengan membisu semasa di dalam
         kenderaan.
            9 Amalkan makan bersama setiap hari.
         Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa
         makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan
         dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual
         perkara yang melalaikan semasa makan.
             10 Ajak isteri mandi bersama sekali sekala.
         Bergurau senda semasa mandi bersama adalah
         sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami
         isteri.


PakarHowTo.Com                 3
*       11 Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini
            adalah sunah yang dapat meringankan beban
            isteri, mengeratkan kasih sayang dan
            menbahagiakan pasangan anda.
                12 Amalkan mesyuarat keluarga sekerap
            yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik
            hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan
            menyelesaikan banyak masalah.
               13 Pastikan penampilan anda anggun,
            kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.Ramai
            suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi
            mengabaikan penampilan diri sendiri.
            Mana adil kan?
               14 Didik isteri dengan memberi nasihat
            dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan
            dan amalan anda sebagai contoh teladan yang
            cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.
               15 Berikan nafkah kepada isteri mengikut
            keperluan keluarga dan kemampuan suami.
            Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri
            bekerja. Ramai suami yang kedekut dan
            berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan
            rumah tangga terancam.



PakarHowTo.Com               4
*         16 Jadilah penawar hati kepada
              isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan
              isteri. Peka kepada emosi dan situasi isteri.
              Isteri yang bahagia membentuk keluarga
              sejahtera.
                  17 Sentiasa taat kepada semua
              perintah Tuhan dan memastikan keluarga
              juga patuh kepada Tuhan.
                 18 Suami mithali sentiasa
              menyimpan rahsia isteri. Ramai suami
              secara sengaja ataupun tidak sengaja
              menceritakan keburukan isteri kepada
              orang lain. Ini wajib dihentikan.
                  19 Muliakan keluarga isteri seperti
              keluarga sendiri. Ada suami yang
              menbeza-bezakan antara keluarganya dan
              keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi
              keluarga isteri. Anda bagaimana ?
                 20 Bentuk sifat cemburu yang positif.
              Cemburu tanda beriman, sayang dan
              endah. Suami yang tidak cemburu adalah
              dayus. Isteri amat suka apabila suaminya
              ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.


PakarHowTo.Com               5
*      21 Jadilah suami yang pemaaf. Syurga
          isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah
          isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah
          tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

             22 Tegur kesilapan isteri dengan hikmah
          dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab
          ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila
          suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan
          memberontak.
            23 Gunakan Nabi Muhammad sebagai
          model. Hidupkan amalan sunah dalam
          rumahtangga. Sebut nama rasul apabila
          mendidik dan menasihati keluarga bagi
          mendapat hikmah.
            24 Mendahulukan keperluan isteri daripada
          orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat.
          Ramai suami yang melebihkan orang lain
          daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini.
             25 Suruh isteri dirikan sembahyang dan
          ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun
          SMS bagi mengingatkan sembahyang.
          Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardhu dan
          sunat. Buat pesanan ini sehingga suami
          meninggal dunia.


PakarHowTo.Com                   6
*     26 Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa
             syarat, bertambah mengikut usia, penuh
             kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah
             sensara serta berteraskan iman dan takwa.
               27 Sentiasa berubah secara positif.
             Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga,
             ubah diri dulu. Apabila suami berubah,
             keluarga akan turut berubah. Apabila suami
             cemerlang, isteri akan gemilang.
                28 Pamer keprihatian yang tinggi
             terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil
             kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya
             apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan
             kepada keluarga.
                29 Pamer kematangan yang tinggi.
             Orang yang matang tenang, sabar, waras,
             bijaksana, dapat membuat keputusan dan
             cekap menyelesaikan masalah.
                30 Memuliakan semua perempuan bukan
             sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba
             hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri
             yang kecewa terhadap suami yang menghina
             atau tidak hormat sebarang wanita termasuk
             pembantu rumah.



PakarHowTo.Com                7
*      31 Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih
          dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu,
          pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat
          wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat
          lelaki dan lebih disayangi wanita.
            32 Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka
          dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap
          mencari punca masalah, mencari alternatif
          penyelesaian dan memilih penyelesaian yang
          optimum.
            33 Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan
          iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang
          taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf,
          berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang
          berkat dan baiki amalan dan tindakan.
             34 Jadi contoh atau model terbaik untuk
          keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan
          anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.
          Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi
          oleh ahli keluarga ?
             35 Jadikan diri anda pendorong dan motivator
          berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan
          belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga.
          Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.


PakarHowTo.Com                  8
*     36     Tingkatkan ilmu berkenaan agama. 
           Lazimnya, suami yang mendidik keluarga
           berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan 
           niat mendidik diri dan keluarga. 
              37     Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas 
          menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. 
          Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi 
          menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran 
          dengan hikmah.
                38     Bertindak tegas dan lemah lembut 
          mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke 
          arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur 
          dan memberi nasihat.                                    
          Tegas sangat-orang memberontak,             lembut 
          sangat-orang pijak.
                39    Latih diri memuji dan menghargai isteri. 
          Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu 
          memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri 
          dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang 
          untuk sentiasa memuji. 
                40     Cari peluang untuk bertindak romantis 
          terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah 
          lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat 
          sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan 
          memberi hadiah.

PakarHowTo.Com                    9
*    41 Fahami yang isteri ingin selalu di sisi
             suami. Suami pula berjauhan dengan
             isteri sekali sekala. Apabila berjauhan,
             telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya
             khabar, berikan maklumat dan mengubat
             rindu.
                42 Bentuk kerjasama yang mantap
             dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan
             pendapat kepada anak-anak dan orang lain.
             Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat,
             berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan
             banyak berdoa.
                43 Nilai diri daripada kaca mata isteri.
             Buang sifat dan amalan yan isteri
             benci. Berusaha keras melakukan perkara
             yang isteri suka. Apabila isteri bahagia,
             suami akan bertambah bahagia.
                 44 Apabila suami melayan isteri
             seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri
             bahagia. Bayangkan cara anda melayan
             isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu
             sekarang. Pasti hebat kesannya.
              45 Suami wajar belajar jadi mengikut
             setia. Patuhi cadangan, pandangan dan
             pandapat isteri yang betul. Jangan
             bangkang perkara yang baik.
             Kawal macho dengan saksama.
PakarHowTo.Com                10
*     46     Buat undang-undang dalam rumah 
                     tangga. Apabila suami marah, isteri mesti 
                     senyap. Apabila isteri marah,suami mesti 
                     senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. 
                     Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
                        47     Latih gerak batin anda supaya serasi 
                    dengan gerak batin isteri. Serasikan
                    gerak batin dengan berdoa, patuh perintah 
                    Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan 
                    lakukan perkara baik untuk isteri mengikut 
                    sebarang lintasan dalam hati.
                        48     Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih 
                    sayang. Pesan selalu dan nasihat 
                    sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah 
                    semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-
                    siar dan semasa hendak tidur.
                         49     Seimbangkan hidup dengan 
                    sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di
                    rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga 
                    dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di 
                    rumah. Sabar dengan orang, sabar juga 
                    dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah 
                    serupa. 
                  50     Urus stres dengan sempurna supaya 
             keluarga tidak terjejas. Lakuakan riadah,
             berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan 
             orang positif, bermain dengan bayi, tengok 
             ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang 
PakarHowTo.Com                 11
             taubat dan maafkan semua orang.
Saya baca, saya faham,
  saya amal dan saya
       sebarkan.

    InsyaAllah,
semoga ada manfaat.

                PakarHowTo.Com
    PakarHowTo.Com     12

More Related Content

What's hot

Pergerakan Wahabi Dan Kesannya Di Malaysia
Pergerakan Wahabi Dan Kesannya Di MalaysiaPergerakan Wahabi Dan Kesannya Di Malaysia
Pergerakan Wahabi Dan Kesannya Di Malaysia
Kolej Universiti Islam Melaka
 
Munakahat, talaq.
Munakahat, talaq.Munakahat, talaq.
Munakahat, talaq.
jimoh370
 
Template Kertas Cadangan Bengkel Pengurusan Jenazah
Template Kertas Cadangan Bengkel Pengurusan JenazahTemplate Kertas Cadangan Bengkel Pengurusan Jenazah
Template Kertas Cadangan Bengkel Pengurusan Jenazah
Hasanah Abd. Khafidz
 
Bab 8 penyelarasan fatwa di malaysia kekangan dan cabaran
Bab 8 penyelarasan fatwa di malaysia kekangan dan cabaranBab 8 penyelarasan fatwa di malaysia kekangan dan cabaran
Bab 8 penyelarasan fatwa di malaysia kekangan dan cabaran
wmkfirdaus
 
77082188 minit-mesyuarat-ict-2 2013
77082188 minit-mesyuarat-ict-2 201377082188 minit-mesyuarat-ict-2 2013
77082188 minit-mesyuarat-ict-2 2013
zairul adnan
 
Zakat penternakan dalam islam
Zakat penternakan dalam islamZakat penternakan dalam islam
Zakat penternakan dalam islam
amira nurfahmida
 
fahaman ibnu taimiyah
fahaman ibnu taimiyahfahaman ibnu taimiyah
fahaman ibnu taimiyah
adam teh
 
Contoh resume dlm_b.m
Contoh resume dlm_b.mContoh resume dlm_b.m
Contoh resume dlm_b.m
Mohd Yusoff Walat
 
Isi kandungan Buku Catatan Tugasan Harian PPKI 2018
Isi kandungan Buku Catatan Tugasan Harian PPKI 2018Isi kandungan Buku Catatan Tugasan Harian PPKI 2018
Isi kandungan Buku Catatan Tugasan Harian PPKI 2018
Anum Aksan
 
Kewajiban istri terhadap suami
Kewajiban istri terhadap suamiKewajiban istri terhadap suami
Kewajiban istri terhadap suami
Helmon Chan
 
Rangkaian komputer dan internet
Rangkaian komputer dan internetRangkaian komputer dan internet
Rangkaian komputer dan internet
fazihafid
 
Pk 07 3 contoh format minit mesyuarat
Pk 07 3 contoh format minit mesyuaratPk 07 3 contoh format minit mesyuarat
Pk 07 3 contoh format minit mesyuarat
Azmi Bokhari
 
Khuluk dan fasakh
Khuluk dan fasakhKhuluk dan fasakh
Khuluk dan fasakh
Rahmat Nie
 
Etika Keusahawanan
Etika KeusahawananEtika Keusahawanan
Etika Keusahawanan
yuslinamelia
 
1 maksud komputer dan jenis komputer
1 maksud komputer dan jenis komputer1 maksud komputer dan jenis komputer
1 maksud komputer dan jenis komputerwazi musa
 
Laporan hari kantin
Laporan hari kantinLaporan hari kantin
Laporan hari kantin
cikhajar
 
pembangunan insan
pembangunan insanpembangunan insan
pembangunan insan
Azura Aziz
 
tatasusila dan protokol mesyuarat
 tatasusila dan protokol mesyuarat tatasusila dan protokol mesyuarat
tatasusila dan protokol mesyuarat
ernittasabian
 
Power Point Pernikahan dalam Islam.ppt
Power Point Pernikahan dalam Islam.pptPower Point Pernikahan dalam Islam.ppt
Power Point Pernikahan dalam Islam.ppt
PortalEdukasi1
 

What's hot (20)

Pergerakan Wahabi Dan Kesannya Di Malaysia
Pergerakan Wahabi Dan Kesannya Di MalaysiaPergerakan Wahabi Dan Kesannya Di Malaysia
Pergerakan Wahabi Dan Kesannya Di Malaysia
 
Munakahat, talaq.
Munakahat, talaq.Munakahat, talaq.
Munakahat, talaq.
 
Template Kertas Cadangan Bengkel Pengurusan Jenazah
Template Kertas Cadangan Bengkel Pengurusan JenazahTemplate Kertas Cadangan Bengkel Pengurusan Jenazah
Template Kertas Cadangan Bengkel Pengurusan Jenazah
 
khuluk
khulukkhuluk
khuluk
 
Bab 8 penyelarasan fatwa di malaysia kekangan dan cabaran
Bab 8 penyelarasan fatwa di malaysia kekangan dan cabaranBab 8 penyelarasan fatwa di malaysia kekangan dan cabaran
Bab 8 penyelarasan fatwa di malaysia kekangan dan cabaran
 
77082188 minit-mesyuarat-ict-2 2013
77082188 minit-mesyuarat-ict-2 201377082188 minit-mesyuarat-ict-2 2013
77082188 minit-mesyuarat-ict-2 2013
 
Zakat penternakan dalam islam
Zakat penternakan dalam islamZakat penternakan dalam islam
Zakat penternakan dalam islam
 
fahaman ibnu taimiyah
fahaman ibnu taimiyahfahaman ibnu taimiyah
fahaman ibnu taimiyah
 
Contoh resume dlm_b.m
Contoh resume dlm_b.mContoh resume dlm_b.m
Contoh resume dlm_b.m
 
Isi kandungan Buku Catatan Tugasan Harian PPKI 2018
Isi kandungan Buku Catatan Tugasan Harian PPKI 2018Isi kandungan Buku Catatan Tugasan Harian PPKI 2018
Isi kandungan Buku Catatan Tugasan Harian PPKI 2018
 
Kewajiban istri terhadap suami
Kewajiban istri terhadap suamiKewajiban istri terhadap suami
Kewajiban istri terhadap suami
 
Rangkaian komputer dan internet
Rangkaian komputer dan internetRangkaian komputer dan internet
Rangkaian komputer dan internet
 
Pk 07 3 contoh format minit mesyuarat
Pk 07 3 contoh format minit mesyuaratPk 07 3 contoh format minit mesyuarat
Pk 07 3 contoh format minit mesyuarat
 
Khuluk dan fasakh
Khuluk dan fasakhKhuluk dan fasakh
Khuluk dan fasakh
 
Etika Keusahawanan
Etika KeusahawananEtika Keusahawanan
Etika Keusahawanan
 
1 maksud komputer dan jenis komputer
1 maksud komputer dan jenis komputer1 maksud komputer dan jenis komputer
1 maksud komputer dan jenis komputer
 
Laporan hari kantin
Laporan hari kantinLaporan hari kantin
Laporan hari kantin
 
pembangunan insan
pembangunan insanpembangunan insan
pembangunan insan
 
tatasusila dan protokol mesyuarat
 tatasusila dan protokol mesyuarat tatasusila dan protokol mesyuarat
tatasusila dan protokol mesyuarat
 
Power Point Pernikahan dalam Islam.ppt
Power Point Pernikahan dalam Islam.pptPower Point Pernikahan dalam Islam.ppt
Power Point Pernikahan dalam Islam.ppt
 

Viewers also liked

P4 e 1
P4 e 1P4 e 1
P4 e 1
cho8583
 
Jan 3 2012 mvpns sped
Jan 3 2012 mvpns spedJan 3 2012 mvpns sped
Jan 3 2012 mvpns sped
gmayekawa
 
Jan 3 2012 mvpns sped
Jan 3 2012 mvpns spedJan 3 2012 mvpns sped
Jan 3 2012 mvpns sped
gmayekawa
 
Jenifer Fleury Resume
Jenifer Fleury ResumeJenifer Fleury Resume
Jenifer Fleury Resume
Jenifer Fleury
 
Special senses Abbreviations
Special senses   AbbreviationsSpecial senses   Abbreviations
Special senses Abbreviations
ashaar123
 
งาน ... การเรียนรู้แบบหยั่งรู้
งาน ... การเรียนรู้แบบหยั่งรู้งาน ... การเรียนรู้แบบหยั่งรู้
งาน ... การเรียนรู้แบบหยั่งรู้สาย ไหม
 
Work andenergy
Work andenergyWork andenergy
Work andenergy
สาย ไหม
 
Precalculus 4 4 graphs pf sine and cosine v2
Precalculus 4 4 graphs pf sine and cosine v2Precalculus 4 4 graphs pf sine and cosine v2
Precalculus 4 4 graphs pf sine and cosine v2
excetes1
 

Viewers also liked (9)

P4 e 1
P4 e 1P4 e 1
P4 e 1
 
Jan 3 2012 mvpns sped
Jan 3 2012 mvpns spedJan 3 2012 mvpns sped
Jan 3 2012 mvpns sped
 
Jan 3 2012 mvpns sped
Jan 3 2012 mvpns spedJan 3 2012 mvpns sped
Jan 3 2012 mvpns sped
 
5cs3gik5rf0t0l42j9hbvpth02
5cs3gik5rf0t0l42j9hbvpth025cs3gik5rf0t0l42j9hbvpth02
5cs3gik5rf0t0l42j9hbvpth02
 
Jenifer Fleury Resume
Jenifer Fleury ResumeJenifer Fleury Resume
Jenifer Fleury Resume
 
Special senses Abbreviations
Special senses   AbbreviationsSpecial senses   Abbreviations
Special senses Abbreviations
 
งาน ... การเรียนรู้แบบหยั่งรู้
งาน ... การเรียนรู้แบบหยั่งรู้งาน ... การเรียนรู้แบบหยั่งรู้
งาน ... การเรียนรู้แบบหยั่งรู้
 
Work andenergy
Work andenergyWork andenergy
Work andenergy
 
Precalculus 4 4 graphs pf sine and cosine v2
Precalculus 4 4 graphs pf sine and cosine v2Precalculus 4 4 graphs pf sine and cosine v2
Precalculus 4 4 graphs pf sine and cosine v2
 

Similar to 50 langkah menjadi suami mithali

50 tips suami dan isteri
50 tips suami dan isteri50 tips suami dan isteri
50 tips suami dan isteri
pitaza
 
Sesudah terjadi pernikahan
Sesudah terjadi pernikahanSesudah terjadi pernikahan
Sesudah terjadi pernikahan
Isria Shofiana
 
Nora1powerpoint[1]
Nora1powerpoint[1]Nora1powerpoint[1]
Nora1powerpoint[1]
Norazamri Nozam
 
Hrk 221 pengurusan institusi keluarga 2
Hrk 221   pengurusan institusi keluarga 2Hrk 221   pengurusan institusi keluarga 2
Hrk 221 pengurusan institusi keluarga 2
UiTM Terengganu Kampus Rekreasi Bukit Besi
 
Keharmonisan Rumah Tangga.pptx
Keharmonisan Rumah Tangga.pptxKeharmonisan Rumah Tangga.pptx
Keharmonisan Rumah Tangga.pptx
EndangAmperawati
 
Aziz isa imbangi kerjaya peribadi dan keluarga
Aziz isa   imbangi kerjaya peribadi dan keluargaAziz isa   imbangi kerjaya peribadi dan keluarga
Aziz isa imbangi kerjaya peribadi dan keluarga
Dian Adzar
 
8 cara menjadi suami yang hebat
8 cara menjadi suami yang hebat8 cara menjadi suami yang hebat
8 cara menjadi suami yang hebat
Mohd Nizam Mohd Zan
 
Membangun keluarga islam
Membangun keluarga islamMembangun keluarga islam
Membangun keluarga islamCintia Clarissa
 
Nasihat Buat Isteri
Nasihat Buat IsteriNasihat Buat Isteri
Nasihat Buat Isteri
Nurul Zuhada
 
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodohPembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
ildahayati ilias
 
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan Isteri
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan IsteriPendidikan islam Nusyuz Suami dan Isteri
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan Isteri
Siti Nur Rabiah
 
SUAMIKU_JALAN_SURGAKU,_MERTUAKU_JALAN_SURGA_SUAMIKU[2].pptx
SUAMIKU_JALAN_SURGAKU,_MERTUAKU_JALAN_SURGA_SUAMIKU[2].pptxSUAMIKU_JALAN_SURGAKU,_MERTUAKU_JALAN_SURGA_SUAMIKU[2].pptx
SUAMIKU_JALAN_SURGAKU,_MERTUAKU_JALAN_SURGA_SUAMIKU[2].pptx
NURAINUN877045
 
Hakikat keluarga bahagia
Hakikat keluarga bahagiaHakikat keluarga bahagia
Hakikat keluarga bahagia
dihastinee
 
Hakikat keluarga bahagia
Hakikat keluarga bahagiaHakikat keluarga bahagia
Hakikat keluarga bahagia
dihastinee
 
Hakikat keluarga bahagia
Hakikat keluarga bahagiaHakikat keluarga bahagia
Hakikat keluarga bahagia
dihastinee
 
Koleksi petua & panduan rumahtangga
Koleksi petua & panduan rumahtanggaKoleksi petua & panduan rumahtangga
Koleksi petua & panduan rumahtangga
Nur Anita Okaya
 
Persediaan ke alam perkahwinan
Persediaan ke alam perkahwinanPersediaan ke alam perkahwinan
Persediaan ke alam perkahwinan
Wan Nur Hasyimah
 
Mencari cahaya ilahi
Mencari cahaya ilahiMencari cahaya ilahi
Mencari cahaya ilahi
Imran Ismail
 
Akhlak Muslim di Tengah Keluarga
Akhlak Muslim di Tengah KeluargaAkhlak Muslim di Tengah Keluarga
Akhlak Muslim di Tengah Keluarga
rismita wahyu
 

Similar to 50 langkah menjadi suami mithali (20)

50 tips suami dan isteri
50 tips suami dan isteri50 tips suami dan isteri
50 tips suami dan isteri
 
Sesudah terjadi pernikahan
Sesudah terjadi pernikahanSesudah terjadi pernikahan
Sesudah terjadi pernikahan
 
Nora1powerpoint[1]
Nora1powerpoint[1]Nora1powerpoint[1]
Nora1powerpoint[1]
 
Hrk 221 pengurusan institusi keluarga 2
Hrk 221   pengurusan institusi keluarga 2Hrk 221   pengurusan institusi keluarga 2
Hrk 221 pengurusan institusi keluarga 2
 
Keharmonisan Rumah Tangga.pptx
Keharmonisan Rumah Tangga.pptxKeharmonisan Rumah Tangga.pptx
Keharmonisan Rumah Tangga.pptx
 
Aziz isa imbangi kerjaya peribadi dan keluarga
Aziz isa   imbangi kerjaya peribadi dan keluargaAziz isa   imbangi kerjaya peribadi dan keluarga
Aziz isa imbangi kerjaya peribadi dan keluarga
 
8 cara menjadi suami yang hebat
8 cara menjadi suami yang hebat8 cara menjadi suami yang hebat
8 cara menjadi suami yang hebat
 
Membangun keluarga islam
Membangun keluarga islamMembangun keluarga islam
Membangun keluarga islam
 
Nasihat Buat Isteri
Nasihat Buat IsteriNasihat Buat Isteri
Nasihat Buat Isteri
 
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodohPembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
 
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan Isteri
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan IsteriPendidikan islam Nusyuz Suami dan Isteri
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan Isteri
 
SUAMIKU_JALAN_SURGAKU,_MERTUAKU_JALAN_SURGA_SUAMIKU[2].pptx
SUAMIKU_JALAN_SURGAKU,_MERTUAKU_JALAN_SURGA_SUAMIKU[2].pptxSUAMIKU_JALAN_SURGAKU,_MERTUAKU_JALAN_SURGA_SUAMIKU[2].pptx
SUAMIKU_JALAN_SURGAKU,_MERTUAKU_JALAN_SURGA_SUAMIKU[2].pptx
 
Hakikat keluarga bahagia
Hakikat keluarga bahagiaHakikat keluarga bahagia
Hakikat keluarga bahagia
 
Hakikat keluarga bahagia
Hakikat keluarga bahagiaHakikat keluarga bahagia
Hakikat keluarga bahagia
 
Hakikat keluarga bahagia
Hakikat keluarga bahagiaHakikat keluarga bahagia
Hakikat keluarga bahagia
 
Koleksi petua & panduan rumahtangga
Koleksi petua & panduan rumahtanggaKoleksi petua & panduan rumahtangga
Koleksi petua & panduan rumahtangga
 
Persediaan ke alam perkahwinan
Persediaan ke alam perkahwinanPersediaan ke alam perkahwinan
Persediaan ke alam perkahwinan
 
Mencari cahaya ilahi
Mencari cahaya ilahiMencari cahaya ilahi
Mencari cahaya ilahi
 
7 rahasia suami
7 rahasia suami7 rahasia suami
7 rahasia suami
 
Akhlak Muslim di Tengah Keluarga
Akhlak Muslim di Tengah KeluargaAkhlak Muslim di Tengah Keluarga
Akhlak Muslim di Tengah Keluarga
 

50 langkah menjadi suami mithali

  • 1. 50 Langkah Menjadi Suami  Mithali... Dipetik dan dirumuskan daripada isi buku Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah 18 Jun 2006 (Ahad) sekitar pukul 10:18 pagi ~Semoga saya dan tuan2 semua dapat amalkan1 PakarHowTo.Com insyaAllah~ -PakarHow.Com- PakarHow.Com
  • 2. *       1     Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami  terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak  mungkin jadi suami yang cemerlang.                  Ramai suami terlupa.       2     Bersyukur kerana mempunyai pasangan  hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan  terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda.      Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.       3     Suami mithali menjadi kebanggaan isteri.  Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.  Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh  dibanggakan oleh isteri anda.        4     Setiap hari pulang dengan senyum dan  bersemangat. Apabila suami tersenyum,isteri dan  anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan  turun. Jadi, senyumlah apabila sampai ke rumah.       5     Pastikan anda ada masa untuk berbual  dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia  apabila dapat berbual dengan suami.                Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual  dengan isteri setiap hari ? PakarHowTo.Com 2
  • 3. * 6 Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut. 7 Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri. 8 Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan. 9 Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan. 10 Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri. PakarHowTo.Com 3
  • 4. * 11 Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda. 12 Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah. 13 Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil kan? 14 Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin. 15 Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam. PakarHowTo.Com 4
  • 5. * 16 Jadilah penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan isteri. Peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera. 17 Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan. 18 Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan. 19 Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ? 20 Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai. PakarHowTo.Com 5
  • 6. * 21 Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga. 22 Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak. 23 Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah. 24 Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini. 25 Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardhu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia. PakarHowTo.Com 6
  • 7. * 26 Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa. 27 Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang. 28 Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga. 29 Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah. 30 Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah. PakarHowTo.Com 7
  • 8. * 31 Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita. 32 Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum. 33 Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan. 34 Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ? 35 Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga. PakarHowTo.Com 8
  • 9. *   36     Tingkatkan ilmu berkenaan agama.  Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan  niat mendidik diri dan keluarga.      37     Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas  menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik.  Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi  menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran  dengan hikmah.       38     Bertindak tegas dan lemah lembut  mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke  arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur  dan memberi nasihat.                                     Tegas sangat-orang memberontak,             lembut  sangat-orang pijak.       39    Latih diri memuji dan menghargai isteri.  Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu  memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri  dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang  untuk sentiasa memuji.        40     Cari peluang untuk bertindak romantis  terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah  lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat  sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan  memberi hadiah. PakarHowTo.Com 9
  • 10. * 41 Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu. 42 Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa. 43 Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia. 44 Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya. 45 Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama. PakarHowTo.Com 10
  • 11. *   46     Buat undang-undang dalam rumah  tangga. Apabila suami marah, isteri mesti  senyap. Apabila isteri marah,suami mesti  senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh.  Orang tidak boleh bergaduh sendirian.     47     Latih gerak batin anda supaya serasi  dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah  Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan  lakukan perkara baik untuk isteri mengikut  sebarang lintasan dalam hati.     48     Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih  sayang. Pesan selalu dan nasihat  sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah  semasa rehat, minum petang, waktu bersiar- siar dan semasa hendak tidur.      49     Seimbangkan hidup dengan  sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga  dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di  rumah. Sabar dengan orang, sabar juga  dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah  serupa.       50     Urus stres dengan sempurna supaya  keluarga tidak terjejas. Lakuakan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan  orang positif, bermain dengan bayi, tengok  ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang  PakarHowTo.Com 11 taubat dan maafkan semua orang.
  • 12. Saya baca, saya faham, saya amal dan saya sebarkan. InsyaAllah, semoga ada manfaat. PakarHowTo.Com PakarHowTo.Com 12