11 Adab Berdzikir 
April 23rd, 2014 fuadi 
1. Suci dari segala kotoran Zahir dan Batin dengan mandi taubat : 
نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِلتوَّْبَةِ عَنِ الْمَعْصِيَةِ 
“aku berniat mandi taubat dari segala maksiat (zahir dan batin)” 
kemudian medawamkan (melanggengkan) dalam Wudu’ seperti sabda Nabi saw : 
الْوُضُوءُ يُكَفِِّرُ الذُّنُوبَ 
“Wuduk itu penghapus dosa” 
2. Solat Taubat sekurang-kurangnya dua rakaat satu salam atau sebaik-baiknya delapan rakaat 
empat salam. 
أصَُلِِّى رَكْعَتيَْنِ توَْبَةً عَنِ الْمَ عَاصِى للهِ تعََالَى 
“aku sembahyang dua rakaat taubat dari segala dosa-2 maksiat (zahir dan batin) kerana Allah 
Ta’ala” 
3. Duduk bersunyian menghadap qiblat seperti sabda Rasulullah saw :- 
خَيْرُ الْمَجَالِسِ مَا اسْتقَْبَلَ بِهِ الْقِبْلَة “Sebaik-baik tempat duduk adalah menghadap arah qiblat” 
Hadith riwayat At-Thabrani 
Dalam hadith yang lain 
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ 
وَفِيهِ{ وَرَجُلٌ ذَكَرَاللهَ خَالِيا فَفَاضَتْ عَيْنَاه } 
“Tujuh golongan (manusia) yang dinaungi Allah iaitu pada hari yang tiada naungan melainkan 
naungan-Nya”. Di dalam hadith ini disebutkan :- 
“dan lelaki yang berzikr bersunyi diri, menghadap (qiblat) diam dan keluar air matanya” 
4. Duduk menyimpuh kaki ke arah kiri (kebalikkan dari duduk tawarruk di dalam solat) kerana 
para Sahabat duduk di hadapan Rasulullah saw berkeadaan seperti itu. Duduk seperti itu lebih 
merendahkan diri dan lebih terhimpun segala pancaindera. 
5. Minta ampun kepada Allah dari semua kesalahan dengan membayangkan kejahatan yang 
pernah dibuat dan merasakan Allah Ta’ala melihatnya sambil mengucapkan “astaghfirullaaaaah” 
(dalam nada yang panjang) dan disertai dengan pengertiannya dalam hati sekurang-2nya 25 kali.
Rasulullah saw pernah bersabda : 
جَعَلَ اللهُ لَهُ مَخْرَخا وَمِنْ كُلِِّ هَ مِّ فَرْجا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتسَِبُ ; 416 مَنْ لاَزَمَ الإِسْتِغْفَار 
“Barangsiapa melazimi (terus menerus) mengucapkan istighfar, nescaya Allah menjadikan jalan 
keluar baginya dari segala kesempitan, dan terlepas dari setiap yang menggelisahkan, dan Dialah 
yang mengurniakan rezeki itu dari sumber yang tidak diduga”. 
Hadith riwayat Ahmad dan Al-Hakim 
6. Membaca sekali Al-Fatihah dan tiga kali Al-Ikhlas, di hadiahkan pahalanya itu pada ruh Nabi 
Muhammad saw. Kemudian diulangi membaca surah seperti di atas dan pahalanya dihadiahkan 
kepada : 
- Kedua ibubapa 
- Kepada syeikh (mursyid) yang memimpin kita 
- Kepada seluruh muslimin dan muslimat, mu’minin dan mu’minat amnya. 
7. Memejamkan kedua mata, mengunci mulut dengan menemukan kedua bibir, lidah dinaikkan 
ke lelangit. Hal itu dilakukan untuk mencapai kekhusyu’an yang sempurna dan lebih memastikan 
lintasan-2 dalam hati yang harus lebih diperhatikan. 
8. Rabithah kubur – yakni dengan membayangkan bahwa diri kita telah mati, dimandikan, 
dikafani, disolatkan, di usung ke kubur dan di kebumikan. Semua sanak saudara dan sahabat 
kenalan meninggalkan kita sendirian dalam kubur. Pada ketika itu ingatlah bahwa segala sesuatu 
tidak lagi berguna kepada kita, kecuali amalan soleh. 
Rasulullah saw telah bersabda : 
كُنْ فِى الدُّنْيَا كَأنََّكَ غَرِيبٌ أوَْ عَابِرُ سَبِي ل وَعُدَّ نَفْسَكَ مِنْ أصَْحَابِ الْقُبُورِ 
“ Jadilah kamu di dunia ini seperti orang asing atau sedang dalam perjalanan, dan siapkan 
(hitunglah) dirimu untuk menjadi sebahagian dari isi kubur” 
9. Rabithah Mursyid (wali Allah), yakni murid menghadapkan hatinya ke hati syeikh (guru) dan 
menganggap bahwa hati guru itu pancuran yang melimpah dari lautan yang luas ke dalam hati 
nurani murid. Dan syeikh itu merupakan wasilah (jalan perantaraan) untuk sampai kepada Allah. 
Firman Allah swt di dalam surah Aali Imran 200 : 
يَاأيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتقَُّوا الله لَعَلَّكُمْ تفُْلِحُونَ 
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaran kamu dan 
rabitahlah kamu (dalam menempuh rintangan) serta bertakwalah kamu kepada Allah moga-moga 
kamu beroleh kejayaan (kemenangan dunia akhirat).” 
Firman Allah swt di dalam surah Al-Maidah 35 : 
واللهَ وَابْتغَُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَهِدُوا فِى سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تفُْلِحُونَ ; 416 ينَ ءَامَنُوااتقَّ; 414 يآأيَُهَاالَّذ
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh 
menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); 
dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam)supaya kamu beroleh kemenangan.” 
Firman Allah swt lagi dalam surah At-Taubah 119 : 
يَآ أيَُهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتقَُّوا اللهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ 
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah 
kamu bersama dengan orang-orang yang benar.” 
Sebahagian orang-2 Sufi menyatakan : “Jadilah anda beserta dengan Allah, jika tiada 
kemampuan maka jadikan diri anda bersama dengan orang yang beserta dengan Allah”. 
Kata-2 al-Aa’rifin : “ Fana pada syeikh adalah muqaddimah fananya kepada Allah”. 
10. Menghimpunkan semua pancaindera, memutuskan hubungan dengan semua kebimbangan 
dari mengingati Allah, dan menghadapkan semua indera hanya kepada Allah. Kemudian 
ucapkan kalimat : 
إِلاهِى أنَْتَ مَقْصُودِى وَرِضَاكَ مَطْلُوب “Tuhanku! Engkaulah yang ku maksudkan dan keredhaanMu lah yang ku tuntut” 
Sebanyak tiga kali berturut-turut dengan bersungguh-sungguh dalam hati sanubari yang bersih. 
Sesudah itu barulah mulai berzikr ismu zat dalam hati dengan meresapkan pengertiannya sekali, 
yakni Dialah zat yang tiada satu pun yang setara denganNya. Dia hadir, memperhatikan semua 
hal, seperti sabda Rasulullah saw berkenaan ‘al-Ehsan’ : 
أنَْ تعَْبُدَ اللهَ كَأنََّكَ ترََاهُ فَإنِْ لَمْ تكَُنْ ترََاه فَإنَِّهُ يَرَاكَ 
“Engkau sembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya, maka 
sesungguhnya Dia pasti melihatmu”. 
Hadith riwayat Muslim 
Menurut hadith riwayat At-Thabrani, Rasulullah saw bersabda : 
أفَْضَلُ الإِيمَانِ أنَْ تعَْلَمَ أنَْ اللهَ شَاهِدُكَ حَيْثمَُا كُنْتَ 
“Iman yang paling baik adalah anda tahu bahawa Allah swt menyaksikanmu di mana saja 
berada”. 
11. Menunggu sesuatu yang akan muncul pada waktu zikr hampir berakhir, sebelum membuka 
kedua mata. Apabila datang sesuatu yang ghaib, maka hendaklah berwaspada dan berhati-hati 
menghadapinya, kerana cahaya hati akan terpancar. Sesudah mata dibuka, lintasan atau 
pemandangan yang ghaib itu tidak juga hilang, maka hendaklah ucapkan “Allahu Naazhiri”.
اللهُ نَاظِرى 
“Allah memperhatiku” 
Sebanyak tiga kali berturut-turut. Jika masih tidak lenyap maka hentikan zikr dan bayangkan 
rupa syeikh (guru). Jika masih tidak lenyap juga, maka hendaklah mandi dan solat dua rakaat 
serta meminta ampun dan berdoa kepada Allah swt. 
—————- 
mengcopasnya ketika cari-cari n baca-baca soal lathoif 
diambil dari: http://farid.zainalfuadi.net/11-adab-berdzikir/

11 adab berdzikir tarekat

  • 1.
    11 Adab Berdzikir April 23rd, 2014 fuadi 1. Suci dari segala kotoran Zahir dan Batin dengan mandi taubat : نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِلتوَّْبَةِ عَنِ الْمَعْصِيَةِ “aku berniat mandi taubat dari segala maksiat (zahir dan batin)” kemudian medawamkan (melanggengkan) dalam Wudu’ seperti sabda Nabi saw : الْوُضُوءُ يُكَفِِّرُ الذُّنُوبَ “Wuduk itu penghapus dosa” 2. Solat Taubat sekurang-kurangnya dua rakaat satu salam atau sebaik-baiknya delapan rakaat empat salam. أصَُلِِّى رَكْعَتيَْنِ توَْبَةً عَنِ الْمَ عَاصِى للهِ تعََالَى “aku sembahyang dua rakaat taubat dari segala dosa-2 maksiat (zahir dan batin) kerana Allah Ta’ala” 3. Duduk bersunyian menghadap qiblat seperti sabda Rasulullah saw :- خَيْرُ الْمَجَالِسِ مَا اسْتقَْبَلَ بِهِ الْقِبْلَة “Sebaik-baik tempat duduk adalah menghadap arah qiblat” Hadith riwayat At-Thabrani Dalam hadith yang lain سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ وَفِيهِ{ وَرَجُلٌ ذَكَرَاللهَ خَالِيا فَفَاضَتْ عَيْنَاه } “Tujuh golongan (manusia) yang dinaungi Allah iaitu pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya”. Di dalam hadith ini disebutkan :- “dan lelaki yang berzikr bersunyi diri, menghadap (qiblat) diam dan keluar air matanya” 4. Duduk menyimpuh kaki ke arah kiri (kebalikkan dari duduk tawarruk di dalam solat) kerana para Sahabat duduk di hadapan Rasulullah saw berkeadaan seperti itu. Duduk seperti itu lebih merendahkan diri dan lebih terhimpun segala pancaindera. 5. Minta ampun kepada Allah dari semua kesalahan dengan membayangkan kejahatan yang pernah dibuat dan merasakan Allah Ta’ala melihatnya sambil mengucapkan “astaghfirullaaaaah” (dalam nada yang panjang) dan disertai dengan pengertiannya dalam hati sekurang-2nya 25 kali.
  • 2.
    Rasulullah saw pernahbersabda : جَعَلَ اللهُ لَهُ مَخْرَخا وَمِنْ كُلِِّ هَ مِّ فَرْجا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتسَِبُ ; 416 مَنْ لاَزَمَ الإِسْتِغْفَار “Barangsiapa melazimi (terus menerus) mengucapkan istighfar, nescaya Allah menjadikan jalan keluar baginya dari segala kesempitan, dan terlepas dari setiap yang menggelisahkan, dan Dialah yang mengurniakan rezeki itu dari sumber yang tidak diduga”. Hadith riwayat Ahmad dan Al-Hakim 6. Membaca sekali Al-Fatihah dan tiga kali Al-Ikhlas, di hadiahkan pahalanya itu pada ruh Nabi Muhammad saw. Kemudian diulangi membaca surah seperti di atas dan pahalanya dihadiahkan kepada : - Kedua ibubapa - Kepada syeikh (mursyid) yang memimpin kita - Kepada seluruh muslimin dan muslimat, mu’minin dan mu’minat amnya. 7. Memejamkan kedua mata, mengunci mulut dengan menemukan kedua bibir, lidah dinaikkan ke lelangit. Hal itu dilakukan untuk mencapai kekhusyu’an yang sempurna dan lebih memastikan lintasan-2 dalam hati yang harus lebih diperhatikan. 8. Rabithah kubur – yakni dengan membayangkan bahwa diri kita telah mati, dimandikan, dikafani, disolatkan, di usung ke kubur dan di kebumikan. Semua sanak saudara dan sahabat kenalan meninggalkan kita sendirian dalam kubur. Pada ketika itu ingatlah bahwa segala sesuatu tidak lagi berguna kepada kita, kecuali amalan soleh. Rasulullah saw telah bersabda : كُنْ فِى الدُّنْيَا كَأنََّكَ غَرِيبٌ أوَْ عَابِرُ سَبِي ل وَعُدَّ نَفْسَكَ مِنْ أصَْحَابِ الْقُبُورِ “ Jadilah kamu di dunia ini seperti orang asing atau sedang dalam perjalanan, dan siapkan (hitunglah) dirimu untuk menjadi sebahagian dari isi kubur” 9. Rabithah Mursyid (wali Allah), yakni murid menghadapkan hatinya ke hati syeikh (guru) dan menganggap bahwa hati guru itu pancuran yang melimpah dari lautan yang luas ke dalam hati nurani murid. Dan syeikh itu merupakan wasilah (jalan perantaraan) untuk sampai kepada Allah. Firman Allah swt di dalam surah Aali Imran 200 : يَاأيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتقَُّوا الله لَعَلَّكُمْ تفُْلِحُونَ “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaran kamu dan rabitahlah kamu (dalam menempuh rintangan) serta bertakwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu beroleh kejayaan (kemenangan dunia akhirat).” Firman Allah swt di dalam surah Al-Maidah 35 : واللهَ وَابْتغَُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَهِدُوا فِى سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تفُْلِحُونَ ; 416 ينَ ءَامَنُوااتقَّ; 414 يآأيَُهَاالَّذ
  • 3.
    “Wahai orang-orang yangberiman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam)supaya kamu beroleh kemenangan.” Firman Allah swt lagi dalam surah At-Taubah 119 : يَآ أيَُهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتقَُّوا اللهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama dengan orang-orang yang benar.” Sebahagian orang-2 Sufi menyatakan : “Jadilah anda beserta dengan Allah, jika tiada kemampuan maka jadikan diri anda bersama dengan orang yang beserta dengan Allah”. Kata-2 al-Aa’rifin : “ Fana pada syeikh adalah muqaddimah fananya kepada Allah”. 10. Menghimpunkan semua pancaindera, memutuskan hubungan dengan semua kebimbangan dari mengingati Allah, dan menghadapkan semua indera hanya kepada Allah. Kemudian ucapkan kalimat : إِلاهِى أنَْتَ مَقْصُودِى وَرِضَاكَ مَطْلُوب “Tuhanku! Engkaulah yang ku maksudkan dan keredhaanMu lah yang ku tuntut” Sebanyak tiga kali berturut-turut dengan bersungguh-sungguh dalam hati sanubari yang bersih. Sesudah itu barulah mulai berzikr ismu zat dalam hati dengan meresapkan pengertiannya sekali, yakni Dialah zat yang tiada satu pun yang setara denganNya. Dia hadir, memperhatikan semua hal, seperti sabda Rasulullah saw berkenaan ‘al-Ehsan’ : أنَْ تعَْبُدَ اللهَ كَأنََّكَ ترََاهُ فَإنِْ لَمْ تكَُنْ ترََاه فَإنَِّهُ يَرَاكَ “Engkau sembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia pasti melihatmu”. Hadith riwayat Muslim Menurut hadith riwayat At-Thabrani, Rasulullah saw bersabda : أفَْضَلُ الإِيمَانِ أنَْ تعَْلَمَ أنَْ اللهَ شَاهِدُكَ حَيْثمَُا كُنْتَ “Iman yang paling baik adalah anda tahu bahawa Allah swt menyaksikanmu di mana saja berada”. 11. Menunggu sesuatu yang akan muncul pada waktu zikr hampir berakhir, sebelum membuka kedua mata. Apabila datang sesuatu yang ghaib, maka hendaklah berwaspada dan berhati-hati menghadapinya, kerana cahaya hati akan terpancar. Sesudah mata dibuka, lintasan atau pemandangan yang ghaib itu tidak juga hilang, maka hendaklah ucapkan “Allahu Naazhiri”.
  • 4.
    اللهُ نَاظِرى “Allahmemperhatiku” Sebanyak tiga kali berturut-turut. Jika masih tidak lenyap maka hentikan zikr dan bayangkan rupa syeikh (guru). Jika masih tidak lenyap juga, maka hendaklah mandi dan solat dua rakaat serta meminta ampun dan berdoa kepada Allah swt. —————- mengcopasnya ketika cari-cari n baca-baca soal lathoif diambil dari: http://farid.zainalfuadi.net/11-adab-berdzikir/