SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
MENJELAJAH 
PENGURUSAN 
SUMBER MANUSIA 
bersama 
MAIMUNAH 
PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 
Topik-topik dalam Ruang ini adalah: 
 Hak Menubuhi atau Menyertai Kesatuan Sekerja 
 Aktiviti Kesatuan Sekerja 
 Reaksi Majikan terdahap Kesatuan Sekerja 
Dalam Ruang PERHUBUNGAN PEKERJAAN, kita bincang bagaimana untuk membina satu perhubungan yang efektif di antara majikan dan pekerja. Perhubungan perusahaan ialah sub-set perhubungan pekerjaan. Perhubungan perusahaan ialah mengenai perhubungan antara seorang majikan dan kesatuan sekerja yang mewakili pekerja beliau. Ia juga ialah mengenai peranan kesatuan sekerja dalam mempengaruhi undang-undang dan polisi kerajaan. Hak-hak setiap pihak, termasuk majikan, kesatuan sekerja dan anggota mereka ada dinyatakan dalam undang-undang yang berkenaan. Oleh itu, ia juga akan diperiksa dengan teliti. 
Maimunah Aminuddin merupakan seorang pensyarah, penulis terkenal dan perunding di bidang pengurusan sumber manusia. Tajuk buku beliau termasuk: 
Human Resource Management (2nd ed, 2011, Oxford University Press) 
Malaysian Industrial Relations and Employment Law (7th ed, 2011, McGraw Hill) 
Termination of Employment: Understanding the Process (2010, CLJ Publication)
Bagi pekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana (SME) menyertai kesatuan sekerja bukanlah perkara biasa. Tetapi apabila organisasi bertambah besar, kemungkinan besar pekerja akan kehendaki satu kesatuan mewakili mereka. Dalam Ruang ini kita akan periksa hak pekerja untuk menyertai kesatuan, lihat apa kesatuan buat, dan terangkan beberapa keputusan yang anda perlu ambil apabila pekerja mula berminat dengan kesatuan. 
Hak Menubuhi atau Menyertai Kesatuan Sekerja 
Pekerja berhak menubuhi atau menyertai kesatuan sekerja. Jika pihak majikan mengganggu hak ini, beliau boleh dituduh melakukan satu kesalahan. Kemudian dalam Ruang ini, kita akan bincangkan beberapa tindakan pihak majikan boleh ambil apabila pekerja beliau menunjukkan minat menjadi anggota kesatuan. 
Sekiranya pihak pekerja membuat keputusan untuk menubuhkan satu kesatuan baru untuk mewakili kepentingan mereka, mereka perlu memohon kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja untuk mendaftar kesatuan mereka. Sekurang-kurangnya 7 orang anggota diperlukan untuk tujuan tersebut. Sekiranya rancangan mereka ialah untuk mendapatkan keanggotaan pekerja dari berbagai- bagai syarikat dalam negara, mereka sedang cuba menubuhkan satu kesatuan sekerja kebangsaan. Sekiranya mereka memilih untuk memulakan satu kesatuan di mana keanggotaannya terbuka kepada pekerja dalam syarikat anda sahaja, kesatuan tersebut dikenali sebagai kesatuan dalaman. Prosedur untuk memohon pendaftaran bagi kedua-dua rancangan adalah sama. Sebagai alternatif, pekerja boleh sertai kesatuan sekerja yang sedia ada. 
Seorang majikan mungkin akan menghadapi satu daripada tiga keadaan berikut: 
1. Pekerja beliau sertai salah satu kesatuan kebangsaan yang sedia ada 
2. Pekerja beliau, mungkin bersama pekerja daripada syarikat lain, cuba tubuhkan satu kesatuan kebangsaan yang baru 
3. Pekerja beliau putuskan untuk tubuh satu kesatuan dalaman 
Undang-undang Perhubungan Perusahaan 
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 
Akta Kesatuan Sekerja 1959
Terpulang kepada pekerja sama sekali untuk memilih yang mana daripada tiga pilihan di atas. Pihak majikan mesti tidak dilihat sebagai mengganggu keputusan pekerja. Kebanyakan majikan percaya bahawa ia adalah senang untuk bekerjasama dengan kesatuan dalaman yang berkemungkinan faham dengan keperluan pihak majikan dan masalah yang dia mungkin hadapi. 
Sekatan ke atas Keanggotaan Kesatuan Sekerja 
Kesatuan sekerja hanya boleh didaftar dan menjadi organisasi yang sah jika beberapa syarat tertentu dipenuhi. Ia termasuk: 
1. Semua anggota kesatuan mesti bekerja dalam pekerjaan, tred atau industri yang sama 
2. Semua anggota kesatuan mesti bekerja di Semenanjung atau Sabah atau Sarawak. Sesiapa yang bekerja di Semenanjung tidak boleh menjadi anggota kesatuan yang sama seperti mereka yang bekerja di Sabah atau Sarawak. Sama juga mereka yang bekerja di Sarawak 
tidak boleh menyertai kesatuan yang sama seperti mereka yang bekerja di Sabah atau di Semenanjung. Ia itu, kesatuan di Semenanjung mempunyai anggota yang bekerja di Semenanjung sahaja, kesatuan di Sabah mempunyai anggota yang bekerja di Sabah sahaja dan kesatuan di Sarawak mempunyai anggota yang bekerja di Sarawak sahaja. 
3. Semua anggota kesatuan mesti berada dalam salah satu sektor sahaja, iaitu swasta atau awam. Sekiranya organisasi anda ialah sebuah hospital swasta, misalnya, pekerja anda tidak boleh menyertai kesatuan yang mewakili pekerja hospital di sektor awam. 
4. Untuk tujuan perundingan bersama, (yang akan dibincang kemudian dalam Ruang ini) anggota kesatuan mesti daripada peringkat yang sama dalam organisasi, iaitu pekerja bukan eksekutif, atau semuanya eksekutif atau semuanya pengurus. 
5. Mereka yang bekerja dalam jawatan berkaitan dengan perkara sulit atau kerja sekuriti boleh juga sertai kesatuan yang anggotanya berada dalam jawatan yang sama. Jawatan yang berkait dengan perkara sulit termasuk kewangan, IT, setiausaha peribadi atau penolong kepada pengurusan atasan, iaitu mereka yang boleh akses maklumat sulit. 
Kebanyakan kesatuan di Malaysia pada masa kini mempunyai anggota yang bekerja di peringkat bukan eksekutif. Kesatuan yang terbesar dalam sektor swasta dengan beribu-ribu keanggotaan kebanyakannya ialah kesatuan kebangsaan, iaitu anggotanya bekerja di berbagai-bagai syarikat dalam industri yang sama di seluruh Semenanjung Malaysia. Beberapa contoh kesatuan yang terkenal ini ialah: 
Kenapa Pekerja Sertai Kesatuan Sekerja? 
“Ada tiga sebab mengapa mereka tubuhkan dan sertai kesatuan sekerja. Ia adalah: 
Untuk memperbaiki kedudukan ekonomi mereka 
Untuk mempastikan hak mereka dipertahankan 
Kerana sebab- sebab sosial” 
Malaysian Industrial Relations & Employment Law, by Maimunah Aminuddin, 7th ed, McGraw Hill
 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank 
 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Hotel, Bar dan Restoran 
 Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan 
 Kesatuan Pekerja-pekerja Perusahaan Logam 
 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Komersil 
Hampir setiap industri utama ada kesatuan kebangsaan yang mewakili pekerjanya, melainkan industri elektronik yang ada beberapa kesatuan wilayah di Semenanjung Malaysia dan sektor teknologi maklumat yang masih belum ada kesatuan. Hampir separuh kesatuan dalam sektor swasta di Malaysia adalah kesatuan dalaman yang mewakili pekerja dalam satu syarikat sahaja. 
Dalam sebilangan kecil syarikat yang besar, eksekutifnya, yang mungkin beberapa ribu orang, telah menubuhkan kesatuan dalaman mereka sendiri. Sebagai contoh beberapa kesatuan ini terdapat di beberapa bank dan syarikat utiliti seperti TM Bhd dan Tenaga Nasional Bhd. 
Pengurus-pengurus berhak menyertai kesatuan sekerja dengan syarat semua anggotanya ialah pengurus. Namun begitu, pengurus tidak sertai kesatuan sekerja. Pengurus ialah mereka yang mewakili pihak pengurusan. Mereka buat keputusan bagi pihak majikan dan organisasi. Biasanya mereka terselamat daripada dieksploitasikan. Sekiranya mereka menyertai kesatuan sekerja ia adalah tersangat janggal. Ahli profesional berpendatapan tinggi yang bukan pengurus mungkin sertai kesatuan untuk menjaga kepentingan mereka. Sebagai contoh, juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia adalah anggota kesatuan dalaman yang bersuara bagi pihak juruterbang Syarikat. 
Hak Tidak Menyertai Kesatuan Sekerja 
Pekerja mempunyai hak menyertai kesatuan sekerja tetapi mereka juga mempunyai hak untuk tidak menganggotai mana-mana kesatuan. Ini boleh menyebabkan perbalahan dan pertengkaran di kalangan pekerja apabila mereka sedang cuba menubuhkan kesatuan dan mahukan seberapa ramai pekerja yang boleh untuk menjadi anggota atau apabila satu kesatuan kebangsaan sedang mengadakan kempen menambahkan keanggotaan. 
Jikalau pekerja meminta nasihat daripada pegawai sumber manusia mengenai hak mereka, memberi keterangan adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, jangan cuba mempengaruhi mereka untuk menyertai atau tarik diri daripada kesatuan. Jangan beri apa-apa komen mengenai kebaikan atau keburukan apabila pekerja diwakili oleh kesatuan. Hati-hati dengan apa yang anda katakan. 
AKTIVITI KESATUAN SEKERJA 
Perundingan Bersama 
Salah satu fungsi utama kesatuan sekerja adalah merunding dengan majikan yang ada anggota kesatuan mengenai terma dan syarat pekerjaan. Jika kesatuan ialah kesatuan dalaman, ia akan berunding dengan pihak pengurusan syarikat berkenaan dan tidak dengan pihak lain, manakala kesatuan kebangsaan mungkin mempunyai anggota dari beberapa syarikat, maka kesatuan kebangsaan akan cuba berunding dengan setiap syarikat yang terlibat. Proses perundingan bersama mesti ikut peraturan yang ada dalam Akta Perhubungan Perusahaan.
Proses Pengiktirafan 
Apabila kesatuan sekerja ingin memulakan perundingan bersama dengan pihak majikan pada kali pertama, kesatuan mesti perolehi pengiktirafan daripada majikan berkenaan. Ini adalah satu proses genting bagi kesatuan sekerja kerana anggota mereka mungkin tidak sabar menunggu untuk kenaikan gaji dan faedah lain. Sebaik sahaja kesatuan diiktiraf oleh majikan, ia berhak mewakili pekerja, iaitu untuk bersuara bagi pihak mereka. 
Untuk mendapat pengiktirafan, pihak kesatuan mesti kemukakan borang (Borang A) kepada majikan yang berkenaan. Borang ini boleh dilihat dan dimuat turun daripada laman Web Jabatan Perhubungan Perusahaan (www.jpp.mohr.gov.my). Pihak majikan mesti jawab dalam masa 21 hari. 
Apabila pihak majikan terima tuntutan pengiktirafan, beliau ada dua pilihan: 
1. Berikan pengiktirafan, atau 
2. Maklumkan kepada kesatuan bahawa tuntutannya ditolak dan berikan sebab-sebabnya. 
Pilihan mana yang akan diambil oleh majikan bergantung kepada polisi syarikat terhadap kesatuan sekerja yang akan dibincang kemudian dalam Ruang ini. Jikalau pihak majikan menolak tuntutan pengiktirafan (atau tidak memberi jawapan), pihak kesatuan boleh laporkan kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan (KPPP). 
KPPP akan periksa beberapa faktor sebelum menasihati Menteri Sumber Manusia, sama ada untuk mengeluarkan perintah pengiktirafan kesatuan berkenaan. Faktor-faktor tersebut termasuk: 
1. Sama ada kesatuan tersebut ialah kesatuan yang layak untuk mewakili pekerja di syarikat anda, iaitu adakah kesatuan mewakili pekerja di dalam tred, pekerjaan atau industri yang sama seperti pekerja anda. Ini dipanggil menentukan “competency” kesatuan untuk mewakili pekerja anda. Jika kesatuan yang memohon pengiktirafan ialah kesatuan dalaman, isu ini tidak timbul. KPPP boleh arahkan anda untuk memberi maklumat mengenai jenis perniagaan anda dan salinan huraian kerja pekerja yang diwakili oleh kesatuan yang memohon pengiktirafan. 
2. Sama ada kesatuan mewakili majoriti daripada pekerja anda yang layak menyertai kesatuan. Untuk tujuan ini, seorang pegawai dari Jabatan Perhubungan Perusahaan akan menjalankan pengundian sulit di kalangan pekerja anda. Pegawai tersebut akan bincang dengan anda bilakah tarikh dan masa yang sesuai untuk pengundian dan di mana ia akan di adakan. Majoriti bermakna lebih daripada 50% pekerja yang layak menyertai kesatuan. 
Semasa proses pengiktirafan, yang boleh mengambil masa beberapa bulan, pekerja tidak boleh diberhentikan melainkan atas sebab salahlaku. Pekerja juga dilarang melakukan beberapa aktiviti termasuk berpiket atau bermogok. 
Pengiktirafan Kesatuan Sekerja 
Semasa proses pengiktirafan, perhubungan di antara pengurusan dan pekerja yang menyokong kesatuan boleh jadi tegang dan penuh dengan emosi.
Setelah Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan selesai proses menentukan sama ada kesatuan yang tuntut pengiktirafan layak untuk mewakili pekerja berkenaan, dan telah jalankan pengundian sulit, perkara ini akan dilaporkan kepada Menteri Sumber Manusia yang akan maklumkan kepada majikan dan kesatuan mengenai keputusan beliau. Sekiranya Menteri mengarah pengiktirafan, pihak majikan tidak perlu buat apa-apa melainkan tunggu langkah seterusnya oleh kesatuan sekerja. 
Jabatan Perhubungan Perusahaan mempunyai risalah mengenai proses pengiktirafan yang mudah dibaca dan boleh dilihat dalam laman Webnya. Tajuknya ialah Pengendalian Tuntutan Pengiktirafan Kesatuan Sekerja. 
Proses Perundingan Bersama 
Kesatuan sekerja yang telah diiktiraf oleh majikan berhak menjemput majikan memulakan perundingan bersama. Jemputan ini boleh dalam bentuk surat daripada kesatuan bersertakan cadangan perundingan bersama. 
Majikan yang terima jemputan ini diperlukan menjawab dalam masa 14 hari. Pihak majikan mungkin: 
1. Setutju supaya perundingan dimulakan dan cadangkan tarikh untuk diadakan sesi pertama, atau 
2. Tolak jemputan untuk memulakan perundingan. 
Sebaik sahaja kesatuan sekerja diberi pengiktirafan, menangguhkan proses perundingan bersama tidak digalakkan kerana ia akan membuat pekerja sangat kecewa. Mereka mengharapkan gaji dan faedah yang lebih baik, lebih-lebih lagi jikalau syarikat mempunyai keuntungan dan keadaan ekonomi adalah stabil. 
Sebelum pihak syarikat mulakan perundingan bersama dengan pemimpin-pemimpin kesatuan untuk memasukkan terma dan syarat dalam perjanjian bersama, satu kumpulan perundingan akan dilantik biasanya terdiri daripada seorang pegawai bertanggungjawab dengan pengurusan sumber manusia, dan perhubungan perusahaan, pengurus kewangan dan satu atau dua orang ketua jabatan. Mereka akan adakan beberapa mesyuarat pra-perundingan untuk aturkan strategi dan putuskan berapa banyak yang syarikat boleh tambahkan kepada gaji dan faedah untuk pekerja. Jumlah kenaikan yang pihak syarikat rela setuju dikenali sebagai mandat. Untuk memutuskan mandat, perlu diselidik keadaan ekonomi untuk jangka masa 3 tahun yang akan datang. Sekiranya ekonomi masa depan nampak tidak stabil, pihak syarikat mungkin membuat keputusan bahawa mereka tidak mampu untuk naikkan gaji dan faedah. Walau bagaimanapun, pihak syarikat terpaksa membayar gaji yang sama dengan norma di pasaran. Penyelidikan tambahan mungkin diperlukan untuk tujuan ini.
Pasukan perundingan dan pihak kesatuan akan duduk bersama dan gunakan berbagai-bagai strategi dan taktik untuk mencapai kehendak masing-masing, iaitu kumpulan pengurusan biasanya mahu kurangkan jumlah kenaikan gaji atau faedah, dan pihak kesatuan sebaliknya inginkan kenaikan gaji dan faedah supaya semua anggotanya sentiasa berpuas hati. 
Sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai persetujuan, ianya akan direkodkan secara rasmi. Perjanjian bersama ini akan diserahkan kepada Mahkamah Perusahaan yang akan sahkan bahawa ia mematuhi undang-undang, dan seterusnya ia menjadi kontrak yang boleh dikuatkuasa. 
Perjanjian Bersama 
Perjanjian bersama ialah perjanjian bertulis yang dirundingkan antara kesatuan sekerja dan majikan. Ia meliputi terma dan syarat pekerjaan di dalam syarikat berkenaan bagi mereka yang layak menyertai kesatuan. Semua pekerja yang layak menyertai kesatuan adalah dalam skop perjanjian bersama, bukan sahaja mereka yang menganggotai kesatuan. 
Undang-undang memerlukan tempoh perjanjian bersama sekurang-kurang 3 tahun. Ini bermakna, sebaik sahaja perjanjian bersama diluluskan oleh Mahkamah Perusahaan, terma dan syarat pekerjaan telah ditetapkan untuk tempoh tersebut dan semasa tempoh itu ia hanya boleh dipinda dengan persetujuan kedua-dua pihak. 
Sungguhpun perjanjian bersama banyak pentingkan mengenai terma dan syarat pekerjaan, perkara lain boleh juga dimasukkan seperti prosedur menangani aduan tidak puas hati pekerja, disiplin, kenaikan pangkat, dan perpindahan pekerja. 
Perjanjian bersama dari berbagai-bagai industri dan majikan boleh dibaca di laman Web Mahkamah Perusahaan, www.mp.gov.my. Pergi ke halaman utama di bawah Perjanjian Bersama dan pilih industri dan sektor yang anda ingin lihat. Mengambil sedikit masa tambahan untuk memeriksa perjanjian bersama syarikat lain adalah sangat berfaedah walaupun pekerja anda bukan anggota kesatuan. Anda boleh tahu kadar bayaran gaji bagi beberapa pekerjaan pada masa kini dan apa faedah yang diberi kepada pekerja di berbagai-bagai sektor. Ini adalah berguna apabila anda sedang 
Penyediaan untuk Perundingan Bersama 
Lantik kumpulan perundingan 
Selidik kedudukan kewangan & kadar pasaran 
Dapatkan mandat 
Buat keputusan mengenai taktik
membuat keputusan berapa yang hendak dibayar kepada pekerja dan apa faedah yang akan diberi di bawah kontrak pekerjaan seperti dinyatakan dalam Ruang GAJI DAN FAEDAH. 
Kegagalan Mencapai Persetujuan 
Sekiranya, setelah beberapa sesi rundingan, pihak pengurusan dan kesatuan masih tidak dapat mencapai persetujuan, mereka mungkin ambil keputusan untuk hentikan rundingan dan isytihar bahawa pertikaian perusahaan wujud. Kedua-dua pihak boleh laporkan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan yang akan membantu kedua-dua pihak mencapai kompromi. Jika usaha ini gagal, pertikaian tesebut akan dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan. Mahkamah tersebut ada kuasa menetapkan terma dan syarat yang mana kedua-dua pihak gagal bersetuju semasa perundingan bersama. 
Sebaik sahaja pertikaian perusahaan telah dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan oleh Menteri Sumber Manusia, piket atau mogok tidak dibenarkan. Kedua-dua majikan dan pekerja mesti tunggu keputusan mahkamah. (Maklumat tambahan mengenai Mahkamah Perusahaan boleh didapati dalam Ruang bertajuk PENAMATAN PEKERJAAN). 
Mewakili Pekerja Yang Bersungut 
Kesatuan sekerja bukan sahaja berunding dengan majikan untuk mendapatkan terma dan syarat pekerjaan yang lebih baik untuk pekerja, tetapi mereka juga bantu dan bersuara bagi pihak mana- mana pekerja yang ada masalah di tempat kerja. Sebagai contoh, apabila pihak majikan putuskan untuk ambil tindakan disiplin ke atas seorang pekerja, pihak kesatuan akan menolong dia, termasuk beraksi sebagai “peguambela” semasa siasatan dalaman. (Lihat perbincangan mengenai topik ini dalam Ruang PENAMATAN PEKERJAAN). 
Tindakan Perusahaan 
Pekerja yang menyertai kesatuan sekerja mempunyai beberapa hak, terhad oleh undang-undang, untuk mengambil tindakan perusahaan mencuba dan memaksa majikan supaya tunduk kepada tuntutan mereka. Biasanya, anggota kesatuan sekerja ambil tindakan menentang majikan apabila mereka percaya bahawa majikan tidak begitu serius mengenai tuntutan mereka untuk kenaikan gaji dan faedah. Sebagai contoh, sekiranya mereka sangka bahawa majikan sengaja melambatkan perundingan, mereka mungkin buat keputusan untuk berhenti merunding dan mula berpiket. Mereka tidak mungkin akan mogok kerana di Malaysia adalah sangat sukar bagi pekerja untuk bermogok. Ini akan diterangkan kemudian.
Pekerja Berpiket 
Piket 
Pekerja di Malaysia yang menyertai kesatuan sekerja membuat keputusan untuk berpiket supaya dapat menarik perhatian kepada pertikaian mereka dengan majikan mereka. Piket merupakan satu tindakan yang sah, sekiranya syarat-syarat berikut dipatuhi: 
1. Pekerja yang berpiket mesti menjadi anggota kesatuan sekerja yang berdaftar 
2. Pekerja yang berpiket mesti telah isytiharkan bahawa ada pertikaian perusahaan dengan majikan mereka 
3. Pertikaian perusahaan pekerja itu mesti belum dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan 
4. Piket tersebut mesti diadakan di tempat kerja mereka atau berdekatan dengan tempat kerja mereka 
5. Piket tersebut mesti tidak menghalang jalan atau pintu masuk atau keluar tempat kerja 
6. Piket mestilah tenteram 
Semasa berpiket pekerja akan berada di luar premis syarikat memegang poster dan sepanduk mereka, mungkin riuh, bersorak slogan dan cuba dapatkan sokongan daripada orang yang lalu lalang terutamanya kereta. Mereka akan meminta pemandu kereta untuk bunyikan hon menandakan sokongan kepada pekerja. 
Oleh kerana di Malaysia mogok adalah hampir mustahil, apabila pekerja membuat keputusan untuk berpiket mereka masih bekerja seperti biasa. Ini bermakna mereka akan berpiket di luar waktu bekerja, mungkin sebelum waktu kerja, semasa rehat makan tengahari, atau selepas kerja. 
Sekiranya pekerja anda mengadakan piket di luar premis anda tetapi tidak mematuhi undang- undang, misalnya ada orang yang bukan pekerja anda dan bukan pegawai kesatuan sekerja menyertai piket tersebut, atau kelakuan pekerja tidak terkawal, dan mungkin akan terjadi pergaduhan, anda patut hubungi pihak polis supaya berada di situ. 
Mogok 
Apa yang mungkin berlaku akibat daripada mogok adalah lebih serius daripada piket. Oleh kerana itu, Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Sekerja mempunyai peraturan yang sangat tegas untuk dipatuhi sebelum pekerja mulakan mogok.
 
KEANGGOTAAN KESATUAN SEKERJA DI SELURUH DUNIA ADALAH MENURUN 
Walaupun di negara seperti Sweden, di mana hampir setiap pekerja menyertai kesatuan, keanggotaannya berkurangan, terutama sekali di kalangan Generasi Y 
 
Pekerja yang ada pertikaian perusahaan dengan majikan sahaja boleh bermogok. Untuk mematuhi undang-undang, anggota kesatuan yang hendak bermogok perlu: 
1. Adakan pengundian sulit bersama semua anggota yang terlibat dalam pertikaian dengan majikan mereka. Kelulusan bermogok perlukan majoriti dua pertiga, jika tidak mogok adalah tidak sah 
2. Semua kertas undi mesti dihantar kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja tidak lebih daripada 14 hari selepas pengundian diadakan. 
3. Tunggu sekurang-kurangnya 7 hari selepas menghantar kertas undi kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja sebelum memulakan mogok. 
Pertikaian Perusahaan 
Tidak semua pertikaian antara kesatuan sekerja dan majikan dianggap pertikaian perusahaan. Pertikaian perusahaan ialah satu pertikaian mengenai terma dan syarat perhidmatan. Piket atau mogok mengenai isu lain dianggap bukan pertikaian perusahaan dan tidak dibenarkan. 
Undang-undang larang mogok dalam keadaan berikut: 
1. Mengenai isu sama ada kesatuan sekerja diberi 
pengiktirafan 
2. Mengenai perjanjian bersama yang telah disahkan oleh 
Makhamah Perusahaan 
3. Mengenai mana-mana isu yang ditakrifkan dalam 
undang-undang sebagai hak pengurusan termasuk kuasa memilih 
siapa yang diambil bekerja, kenaikan pangkat pekerja, 
perpindahan dan pemberhentian pekerja 
4. Sebaik sahaja pertikaian antara kesatuan dan majikan 
dirujuk ke Mahkamah Perusahaan untuk timbangtara 
Hukuman Ke Atas Mogok Haram 
Ia adalah satu kesalahan bagi mana-mana pekerja terlibat dengan mogok haram. Sekiranya kesatuan sekerja mengatur mogok haram, pendaftarannya boleh dibatalkan. Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja boleh mengarahkan kesatuan untuk batalkan keanggotaan pekerja yang menyertai mogok tersebut. 
Sekiranya pekerja anda mengatur dan ambil bahagian dalam mogok haram, mereka telah melakukan satu kesalahan yang sangat serius. Selepas mengikuti prosedur yang betul, anda boleh tamatkan perkhidmatan mereka. Prosedur ini akan diterangkan dalam Ruang PENAMATAN PEKERJAAN.
Jenis Tindakan Perusahaan Lain 
Apabila pekerja merasa kecewa dengan majikan mereka, mereka mungkin akan bekerjasama mengambil berbagai-bagai tindakan dengan tujuan mendesak syarikat supaya tunduk kepada tuntutan mereka. Jikalau pekerja adalah anggota kesatuan, tindakan-tindakan itu boleh juga dilakukan semasa mereka sedang berpiket. 
Tindakan bersama oleh pekerja boleh dalam berbagai-bagai cara, cuma terhad oleh kreativiti mereka. Contoh biasa tindakan perusahaan yang tidak formal ini termasuk: 
1. Berjumpa doktor beramai-ramai. Ini akan kurangkan pengeluaran kerana ramai pekerja berjaya mendapat cuti sakit 
2. Kekerapan pergi ke tandas sepanjang hari bekerja dengan alasan pekerja rasa tidak sihat 
3. Memakai pakaian melambangkan protes; lencana, topi atau band lengan dengan pesanan tertulis di atasnya. 
Sekiranya pihak majikan ada bukti bahawa lawatan berjumpa doktor diatur oleh pekerja, tindakan disiplin boleh diambil ke atas mereka yang terlibat dengan alasan mereka telah mengadakan satu mogok haram. Di bawah undang-undang, mogok tidak semestinya semua kerja berhenti. Mana- mana cubaan untuk mengurangkan pengeluaran atau melewatkan kadar pengeluaran dianggap mogok. 
Memakai pakaian melambangkan protes asalkan pengeluaran tidak terjejas, bukannya satu salahlaku melainkan di mana majikan kehendakkan pekerja memakai uniform dan peraturan syarikat terang-terang menyatakan bahawa kegagalan memakai uniform dengan betul adalah satu salahlaku. 
Ketua eksekutif dan pengurus kanan menjadi sangat marah apabila pekerja mengatur tindakan perusahaan. Reaksi segera daripada mereka mungkin mengeluarkan arahan supaya pekerja yang terlibat diberhentikan. Ini bukannya penyelesaian yang terbaik kerana: 
1. Ia mungkin akan mengurangkan pekerja terlatih dan akan menjejaskan pengeluaran 
2. Ia mungkin akan mengeruhkan lagi perhubungan di antara majikan dan pekerja 
Satu penyelesaian kompromi perlu diperolehi. Bantuan boleh didapatkan daripada Jabatan Perhubungan Perusahaan di Kementerian Sumber Manusia. 
Mewakili Pekerja Negara 
Fungsi utama kesatuan sekerja adalah untuk bercakap bagi pihak anggota mereka dan cuba mendapatkan terma dan syarat pekerjaan yang lebih baik untuk pekerja dalam organisasi. Setiap kesatuan berikan keutamaan kepada keperluan anggota mereka sendiri. Walau bagaimanapun, banyak kesatuan pula adalah anggota Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Badan ini melaksanakan beberapa fungsi termasuk: 
1. Menyelidik mengenai perkara yang berkaitan dengan pekerjaan 
2. Melatih pemimpin-pemimpin kesatuan 
3. Mewakili semua pekerja di seluruh negara, termasuk mereka yang tidak menjadi anggota kesatuan
Fungsi ketiga di atas selalu menyebabkan MTUC dilaporkan dalam berita. MTUC bukan merupakan kesatuan sekerja (ia didaftarkan di bawah Akta Persatuan 1966) dan oleh itu tidak boleh menjalankan perundingan bersama, piket atau mengaturkan mogok. Cuma anggotanya sahaja, iaitu kesatuan sekerja yang mempunyai hak undang-undang, boleh lakukan aktiviti tersebut. 
REAKSI MAJIKAN TERHADAP KESATUAN SEKERJA 
Anda patut bincang bersama dengan kumpulan pengurusan anda dan buat keputusan mengenai polisi ke atas kesatuan sekerja. 
Pilihan polisi termasuk: 
1. Cuba tidak menggalakkan pekerja menyertai kesatuan sekerja, tetapi hormat hak mereka untuk berbuat demikian, sekiranya itu yang mereka kehendaki 
2. Ambil langkah-langkah untuk mengelakkan pekerja menubuhkan kesatuan atau menyertai kesatuan 
3. Cuba untuk bekerjasama secara aktif dengan kesatuan yang mewakili pekerja dalam syarikat anda 
Apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pengurusan, ingat bahawa anda sedang bincangkan mengenai pekerja organisasi anda. Sekiranya anda ambil tindakan untuk mengecewakan cubaan mereka untuk menubuhkan atau menyertai kesatuan, pengeluaran mereka akan terjejas. Ramai pekerja juga mungkin berhenti akibat daripada tindakan syarikat untuk menghalang penubuhan dan penyertaan dengan kesatuan. Kemungkinan juga akan berlakunya sabotaj oleh pekerja yang marah. 
Strategi Jangka Panjang untuk Mengurangkan Kemungkinan Berlakunya Kewujudan dan Penyertaan Kesatuan 
Beberapa strategi jangka panjang perlu diatur sekiranya syarikat anda lebih suka apabila pekerja tidak menyertai kesatuan sekerja. Tidak ada jaminan bahawa ia akan berkesan. Kadangkala pekerja berpuas hati bila tidak ada kesatuan sehingga datang seorang pekerja baru yang mempunyai pengalaman luas dalam kesatuan sekerja dan juga sangat percaya bahawa semua pekerja patut menyertai kesatuan. Dia mungkin boleh mempengaruhi pekerja-pekerja lain untuk menjadi anggota kesatuan sekerja sebagai satu perlindungan daripada sebarang perubahan dalam syarikat pada masa hadapan, terutama sekali perubahan di pengurusan atasan. 
Baca Ruang bertajuk PERHUBUNGAN PEKERJAAN. Semua cadangan dalam Ruang tersebut adalah releven untuk mengurangkan kemungkinan pekerja akan menyertai kesatuan. Ini termasuk: 
1. Memperkenalkan beberapa saluran komunikasi antara pekerja dan pengurusan. Tidak mungkin boleh diadakan terlalu banyak komunikasi dalaman 
2. Mengadakan sesi dialog selalu dengan pekerja 
3. Mendesak pengurus-pengurus selalu adakan mesyuarat bersama orang bawahan mereka supaya menggalakkan pekerja suarakan pendapat mereka mengenai beberapa isu 
4. Menubuhkan skim formal untuk menggalakkan pekerja berikan pendapat tentang bagaimana pengeluaran boleh ditingkatkan 
5. Mencari cara-cara membuat tempat kerja lebih selesa
6. Melatih pengurus-pengurus supaya mereka boleh mengelakkan dan mengurangkan gangguan dan penganiayaan antara pekerja 
Langkah-langkah lain yang perlu diambil sepanjang masa adalah: 
1. Meningkatkan pakej gaji dan faedah seberapa yang boleh (lihat Ruang bertajuk GAJI DAN FAEDAH) 
2. Mempastikan wujudnya sistem pengurusan prestasi yang efektif (lihat Ruang bertajuk PENGURUSAN PRESTASI DAN PENILAIAN PRESTASI) 
Pengurusan dengan Kesatuan Sekerja 
Sekiranya pekerja di organisasi anda sudah menyertai kesatuan sekerja, anda dan pengurusan anda terpaksa cari jalan bagaimana untuk bekerjasama dengan mereka dan tidak selalu bertengkar dengan pemimpin mereka. Pertikaian mungkin berlaku tetapi ia boleh dikawal. 
Usaha pengurusan sumber manusia anda patut tumpukan kepada strategi dan taktik yang sama seperti tersebut di atas. 
Sama-sama dengan strategi dan taktik tersebut, anda juga patut: 
1. Jadualkan mesyuarat selalu dengan pemimpin-pemimpin kesatuan untuk membincangkan masalah dan isu. Jangan tunggu sehingga timbul masalah serius. 
2. Libatkan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja dalam seberapa banyak yang mungkin jawatankuasa yang membuat keputusan 
3. Aturkan program latihan bersama penyelia-penyelia dan pemimpin kesatuan sekerja 
4. Pastikan pengetahuan anda mengenai hak kesatuan sekerja dan hak pengurusan adalah yang terbaru
PENAMATAN PEKERJAAN 
SISTEM DISIPLIN 
PERHUBUNGAN PEKERJAAN 
SENARAI SEMAK PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 
Sudahkah anda dan pengurusan syarikat anda putuskan reaksi anda terhadap penyertaan pekerja dalam kesatuan? 
Apakah langkah-langkah yang anda ambil supaya syarikat mencapai objektif berhubung dengan kewujudan dan penyertaan kesatuan sekerja? 
Adakah wujudnya strategi jangka panjang untuk mengurangkan kemungkinan pekerja menyertai kesatuan sekerja?

More Related Content

Featured

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by HubspotMarius Sescu
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTExpeed Software
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsPixeldarts
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfmarketingartwork
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 

Featured (20)

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 

from my lecturer Industrial relations bm version

  • 1. MENJELAJAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA bersama MAIMUNAH PERHUBUNGAN PERUSAHAAN Topik-topik dalam Ruang ini adalah:  Hak Menubuhi atau Menyertai Kesatuan Sekerja  Aktiviti Kesatuan Sekerja  Reaksi Majikan terdahap Kesatuan Sekerja Dalam Ruang PERHUBUNGAN PEKERJAAN, kita bincang bagaimana untuk membina satu perhubungan yang efektif di antara majikan dan pekerja. Perhubungan perusahaan ialah sub-set perhubungan pekerjaan. Perhubungan perusahaan ialah mengenai perhubungan antara seorang majikan dan kesatuan sekerja yang mewakili pekerja beliau. Ia juga ialah mengenai peranan kesatuan sekerja dalam mempengaruhi undang-undang dan polisi kerajaan. Hak-hak setiap pihak, termasuk majikan, kesatuan sekerja dan anggota mereka ada dinyatakan dalam undang-undang yang berkenaan. Oleh itu, ia juga akan diperiksa dengan teliti. Maimunah Aminuddin merupakan seorang pensyarah, penulis terkenal dan perunding di bidang pengurusan sumber manusia. Tajuk buku beliau termasuk: Human Resource Management (2nd ed, 2011, Oxford University Press) Malaysian Industrial Relations and Employment Law (7th ed, 2011, McGraw Hill) Termination of Employment: Understanding the Process (2010, CLJ Publication)
  • 2. Bagi pekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana (SME) menyertai kesatuan sekerja bukanlah perkara biasa. Tetapi apabila organisasi bertambah besar, kemungkinan besar pekerja akan kehendaki satu kesatuan mewakili mereka. Dalam Ruang ini kita akan periksa hak pekerja untuk menyertai kesatuan, lihat apa kesatuan buat, dan terangkan beberapa keputusan yang anda perlu ambil apabila pekerja mula berminat dengan kesatuan. Hak Menubuhi atau Menyertai Kesatuan Sekerja Pekerja berhak menubuhi atau menyertai kesatuan sekerja. Jika pihak majikan mengganggu hak ini, beliau boleh dituduh melakukan satu kesalahan. Kemudian dalam Ruang ini, kita akan bincangkan beberapa tindakan pihak majikan boleh ambil apabila pekerja beliau menunjukkan minat menjadi anggota kesatuan. Sekiranya pihak pekerja membuat keputusan untuk menubuhkan satu kesatuan baru untuk mewakili kepentingan mereka, mereka perlu memohon kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja untuk mendaftar kesatuan mereka. Sekurang-kurangnya 7 orang anggota diperlukan untuk tujuan tersebut. Sekiranya rancangan mereka ialah untuk mendapatkan keanggotaan pekerja dari berbagai- bagai syarikat dalam negara, mereka sedang cuba menubuhkan satu kesatuan sekerja kebangsaan. Sekiranya mereka memilih untuk memulakan satu kesatuan di mana keanggotaannya terbuka kepada pekerja dalam syarikat anda sahaja, kesatuan tersebut dikenali sebagai kesatuan dalaman. Prosedur untuk memohon pendaftaran bagi kedua-dua rancangan adalah sama. Sebagai alternatif, pekerja boleh sertai kesatuan sekerja yang sedia ada. Seorang majikan mungkin akan menghadapi satu daripada tiga keadaan berikut: 1. Pekerja beliau sertai salah satu kesatuan kebangsaan yang sedia ada 2. Pekerja beliau, mungkin bersama pekerja daripada syarikat lain, cuba tubuhkan satu kesatuan kebangsaan yang baru 3. Pekerja beliau putuskan untuk tubuh satu kesatuan dalaman Undang-undang Perhubungan Perusahaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Akta Kesatuan Sekerja 1959
  • 3. Terpulang kepada pekerja sama sekali untuk memilih yang mana daripada tiga pilihan di atas. Pihak majikan mesti tidak dilihat sebagai mengganggu keputusan pekerja. Kebanyakan majikan percaya bahawa ia adalah senang untuk bekerjasama dengan kesatuan dalaman yang berkemungkinan faham dengan keperluan pihak majikan dan masalah yang dia mungkin hadapi. Sekatan ke atas Keanggotaan Kesatuan Sekerja Kesatuan sekerja hanya boleh didaftar dan menjadi organisasi yang sah jika beberapa syarat tertentu dipenuhi. Ia termasuk: 1. Semua anggota kesatuan mesti bekerja dalam pekerjaan, tred atau industri yang sama 2. Semua anggota kesatuan mesti bekerja di Semenanjung atau Sabah atau Sarawak. Sesiapa yang bekerja di Semenanjung tidak boleh menjadi anggota kesatuan yang sama seperti mereka yang bekerja di Sabah atau Sarawak. Sama juga mereka yang bekerja di Sarawak tidak boleh menyertai kesatuan yang sama seperti mereka yang bekerja di Sabah atau di Semenanjung. Ia itu, kesatuan di Semenanjung mempunyai anggota yang bekerja di Semenanjung sahaja, kesatuan di Sabah mempunyai anggota yang bekerja di Sabah sahaja dan kesatuan di Sarawak mempunyai anggota yang bekerja di Sarawak sahaja. 3. Semua anggota kesatuan mesti berada dalam salah satu sektor sahaja, iaitu swasta atau awam. Sekiranya organisasi anda ialah sebuah hospital swasta, misalnya, pekerja anda tidak boleh menyertai kesatuan yang mewakili pekerja hospital di sektor awam. 4. Untuk tujuan perundingan bersama, (yang akan dibincang kemudian dalam Ruang ini) anggota kesatuan mesti daripada peringkat yang sama dalam organisasi, iaitu pekerja bukan eksekutif, atau semuanya eksekutif atau semuanya pengurus. 5. Mereka yang bekerja dalam jawatan berkaitan dengan perkara sulit atau kerja sekuriti boleh juga sertai kesatuan yang anggotanya berada dalam jawatan yang sama. Jawatan yang berkait dengan perkara sulit termasuk kewangan, IT, setiausaha peribadi atau penolong kepada pengurusan atasan, iaitu mereka yang boleh akses maklumat sulit. Kebanyakan kesatuan di Malaysia pada masa kini mempunyai anggota yang bekerja di peringkat bukan eksekutif. Kesatuan yang terbesar dalam sektor swasta dengan beribu-ribu keanggotaan kebanyakannya ialah kesatuan kebangsaan, iaitu anggotanya bekerja di berbagai-bagai syarikat dalam industri yang sama di seluruh Semenanjung Malaysia. Beberapa contoh kesatuan yang terkenal ini ialah: Kenapa Pekerja Sertai Kesatuan Sekerja? “Ada tiga sebab mengapa mereka tubuhkan dan sertai kesatuan sekerja. Ia adalah: Untuk memperbaiki kedudukan ekonomi mereka Untuk mempastikan hak mereka dipertahankan Kerana sebab- sebab sosial” Malaysian Industrial Relations & Employment Law, by Maimunah Aminuddin, 7th ed, McGraw Hill
  • 4.  Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank  Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Hotel, Bar dan Restoran  Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan  Kesatuan Pekerja-pekerja Perusahaan Logam  Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Komersil Hampir setiap industri utama ada kesatuan kebangsaan yang mewakili pekerjanya, melainkan industri elektronik yang ada beberapa kesatuan wilayah di Semenanjung Malaysia dan sektor teknologi maklumat yang masih belum ada kesatuan. Hampir separuh kesatuan dalam sektor swasta di Malaysia adalah kesatuan dalaman yang mewakili pekerja dalam satu syarikat sahaja. Dalam sebilangan kecil syarikat yang besar, eksekutifnya, yang mungkin beberapa ribu orang, telah menubuhkan kesatuan dalaman mereka sendiri. Sebagai contoh beberapa kesatuan ini terdapat di beberapa bank dan syarikat utiliti seperti TM Bhd dan Tenaga Nasional Bhd. Pengurus-pengurus berhak menyertai kesatuan sekerja dengan syarat semua anggotanya ialah pengurus. Namun begitu, pengurus tidak sertai kesatuan sekerja. Pengurus ialah mereka yang mewakili pihak pengurusan. Mereka buat keputusan bagi pihak majikan dan organisasi. Biasanya mereka terselamat daripada dieksploitasikan. Sekiranya mereka menyertai kesatuan sekerja ia adalah tersangat janggal. Ahli profesional berpendatapan tinggi yang bukan pengurus mungkin sertai kesatuan untuk menjaga kepentingan mereka. Sebagai contoh, juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia adalah anggota kesatuan dalaman yang bersuara bagi pihak juruterbang Syarikat. Hak Tidak Menyertai Kesatuan Sekerja Pekerja mempunyai hak menyertai kesatuan sekerja tetapi mereka juga mempunyai hak untuk tidak menganggotai mana-mana kesatuan. Ini boleh menyebabkan perbalahan dan pertengkaran di kalangan pekerja apabila mereka sedang cuba menubuhkan kesatuan dan mahukan seberapa ramai pekerja yang boleh untuk menjadi anggota atau apabila satu kesatuan kebangsaan sedang mengadakan kempen menambahkan keanggotaan. Jikalau pekerja meminta nasihat daripada pegawai sumber manusia mengenai hak mereka, memberi keterangan adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, jangan cuba mempengaruhi mereka untuk menyertai atau tarik diri daripada kesatuan. Jangan beri apa-apa komen mengenai kebaikan atau keburukan apabila pekerja diwakili oleh kesatuan. Hati-hati dengan apa yang anda katakan. AKTIVITI KESATUAN SEKERJA Perundingan Bersama Salah satu fungsi utama kesatuan sekerja adalah merunding dengan majikan yang ada anggota kesatuan mengenai terma dan syarat pekerjaan. Jika kesatuan ialah kesatuan dalaman, ia akan berunding dengan pihak pengurusan syarikat berkenaan dan tidak dengan pihak lain, manakala kesatuan kebangsaan mungkin mempunyai anggota dari beberapa syarikat, maka kesatuan kebangsaan akan cuba berunding dengan setiap syarikat yang terlibat. Proses perundingan bersama mesti ikut peraturan yang ada dalam Akta Perhubungan Perusahaan.
  • 5. Proses Pengiktirafan Apabila kesatuan sekerja ingin memulakan perundingan bersama dengan pihak majikan pada kali pertama, kesatuan mesti perolehi pengiktirafan daripada majikan berkenaan. Ini adalah satu proses genting bagi kesatuan sekerja kerana anggota mereka mungkin tidak sabar menunggu untuk kenaikan gaji dan faedah lain. Sebaik sahaja kesatuan diiktiraf oleh majikan, ia berhak mewakili pekerja, iaitu untuk bersuara bagi pihak mereka. Untuk mendapat pengiktirafan, pihak kesatuan mesti kemukakan borang (Borang A) kepada majikan yang berkenaan. Borang ini boleh dilihat dan dimuat turun daripada laman Web Jabatan Perhubungan Perusahaan (www.jpp.mohr.gov.my). Pihak majikan mesti jawab dalam masa 21 hari. Apabila pihak majikan terima tuntutan pengiktirafan, beliau ada dua pilihan: 1. Berikan pengiktirafan, atau 2. Maklumkan kepada kesatuan bahawa tuntutannya ditolak dan berikan sebab-sebabnya. Pilihan mana yang akan diambil oleh majikan bergantung kepada polisi syarikat terhadap kesatuan sekerja yang akan dibincang kemudian dalam Ruang ini. Jikalau pihak majikan menolak tuntutan pengiktirafan (atau tidak memberi jawapan), pihak kesatuan boleh laporkan kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan (KPPP). KPPP akan periksa beberapa faktor sebelum menasihati Menteri Sumber Manusia, sama ada untuk mengeluarkan perintah pengiktirafan kesatuan berkenaan. Faktor-faktor tersebut termasuk: 1. Sama ada kesatuan tersebut ialah kesatuan yang layak untuk mewakili pekerja di syarikat anda, iaitu adakah kesatuan mewakili pekerja di dalam tred, pekerjaan atau industri yang sama seperti pekerja anda. Ini dipanggil menentukan “competency” kesatuan untuk mewakili pekerja anda. Jika kesatuan yang memohon pengiktirafan ialah kesatuan dalaman, isu ini tidak timbul. KPPP boleh arahkan anda untuk memberi maklumat mengenai jenis perniagaan anda dan salinan huraian kerja pekerja yang diwakili oleh kesatuan yang memohon pengiktirafan. 2. Sama ada kesatuan mewakili majoriti daripada pekerja anda yang layak menyertai kesatuan. Untuk tujuan ini, seorang pegawai dari Jabatan Perhubungan Perusahaan akan menjalankan pengundian sulit di kalangan pekerja anda. Pegawai tersebut akan bincang dengan anda bilakah tarikh dan masa yang sesuai untuk pengundian dan di mana ia akan di adakan. Majoriti bermakna lebih daripada 50% pekerja yang layak menyertai kesatuan. Semasa proses pengiktirafan, yang boleh mengambil masa beberapa bulan, pekerja tidak boleh diberhentikan melainkan atas sebab salahlaku. Pekerja juga dilarang melakukan beberapa aktiviti termasuk berpiket atau bermogok. Pengiktirafan Kesatuan Sekerja Semasa proses pengiktirafan, perhubungan di antara pengurusan dan pekerja yang menyokong kesatuan boleh jadi tegang dan penuh dengan emosi.
  • 6. Setelah Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan selesai proses menentukan sama ada kesatuan yang tuntut pengiktirafan layak untuk mewakili pekerja berkenaan, dan telah jalankan pengundian sulit, perkara ini akan dilaporkan kepada Menteri Sumber Manusia yang akan maklumkan kepada majikan dan kesatuan mengenai keputusan beliau. Sekiranya Menteri mengarah pengiktirafan, pihak majikan tidak perlu buat apa-apa melainkan tunggu langkah seterusnya oleh kesatuan sekerja. Jabatan Perhubungan Perusahaan mempunyai risalah mengenai proses pengiktirafan yang mudah dibaca dan boleh dilihat dalam laman Webnya. Tajuknya ialah Pengendalian Tuntutan Pengiktirafan Kesatuan Sekerja. Proses Perundingan Bersama Kesatuan sekerja yang telah diiktiraf oleh majikan berhak menjemput majikan memulakan perundingan bersama. Jemputan ini boleh dalam bentuk surat daripada kesatuan bersertakan cadangan perundingan bersama. Majikan yang terima jemputan ini diperlukan menjawab dalam masa 14 hari. Pihak majikan mungkin: 1. Setutju supaya perundingan dimulakan dan cadangkan tarikh untuk diadakan sesi pertama, atau 2. Tolak jemputan untuk memulakan perundingan. Sebaik sahaja kesatuan sekerja diberi pengiktirafan, menangguhkan proses perundingan bersama tidak digalakkan kerana ia akan membuat pekerja sangat kecewa. Mereka mengharapkan gaji dan faedah yang lebih baik, lebih-lebih lagi jikalau syarikat mempunyai keuntungan dan keadaan ekonomi adalah stabil. Sebelum pihak syarikat mulakan perundingan bersama dengan pemimpin-pemimpin kesatuan untuk memasukkan terma dan syarat dalam perjanjian bersama, satu kumpulan perundingan akan dilantik biasanya terdiri daripada seorang pegawai bertanggungjawab dengan pengurusan sumber manusia, dan perhubungan perusahaan, pengurus kewangan dan satu atau dua orang ketua jabatan. Mereka akan adakan beberapa mesyuarat pra-perundingan untuk aturkan strategi dan putuskan berapa banyak yang syarikat boleh tambahkan kepada gaji dan faedah untuk pekerja. Jumlah kenaikan yang pihak syarikat rela setuju dikenali sebagai mandat. Untuk memutuskan mandat, perlu diselidik keadaan ekonomi untuk jangka masa 3 tahun yang akan datang. Sekiranya ekonomi masa depan nampak tidak stabil, pihak syarikat mungkin membuat keputusan bahawa mereka tidak mampu untuk naikkan gaji dan faedah. Walau bagaimanapun, pihak syarikat terpaksa membayar gaji yang sama dengan norma di pasaran. Penyelidikan tambahan mungkin diperlukan untuk tujuan ini.
  • 7. Pasukan perundingan dan pihak kesatuan akan duduk bersama dan gunakan berbagai-bagai strategi dan taktik untuk mencapai kehendak masing-masing, iaitu kumpulan pengurusan biasanya mahu kurangkan jumlah kenaikan gaji atau faedah, dan pihak kesatuan sebaliknya inginkan kenaikan gaji dan faedah supaya semua anggotanya sentiasa berpuas hati. Sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai persetujuan, ianya akan direkodkan secara rasmi. Perjanjian bersama ini akan diserahkan kepada Mahkamah Perusahaan yang akan sahkan bahawa ia mematuhi undang-undang, dan seterusnya ia menjadi kontrak yang boleh dikuatkuasa. Perjanjian Bersama Perjanjian bersama ialah perjanjian bertulis yang dirundingkan antara kesatuan sekerja dan majikan. Ia meliputi terma dan syarat pekerjaan di dalam syarikat berkenaan bagi mereka yang layak menyertai kesatuan. Semua pekerja yang layak menyertai kesatuan adalah dalam skop perjanjian bersama, bukan sahaja mereka yang menganggotai kesatuan. Undang-undang memerlukan tempoh perjanjian bersama sekurang-kurang 3 tahun. Ini bermakna, sebaik sahaja perjanjian bersama diluluskan oleh Mahkamah Perusahaan, terma dan syarat pekerjaan telah ditetapkan untuk tempoh tersebut dan semasa tempoh itu ia hanya boleh dipinda dengan persetujuan kedua-dua pihak. Sungguhpun perjanjian bersama banyak pentingkan mengenai terma dan syarat pekerjaan, perkara lain boleh juga dimasukkan seperti prosedur menangani aduan tidak puas hati pekerja, disiplin, kenaikan pangkat, dan perpindahan pekerja. Perjanjian bersama dari berbagai-bagai industri dan majikan boleh dibaca di laman Web Mahkamah Perusahaan, www.mp.gov.my. Pergi ke halaman utama di bawah Perjanjian Bersama dan pilih industri dan sektor yang anda ingin lihat. Mengambil sedikit masa tambahan untuk memeriksa perjanjian bersama syarikat lain adalah sangat berfaedah walaupun pekerja anda bukan anggota kesatuan. Anda boleh tahu kadar bayaran gaji bagi beberapa pekerjaan pada masa kini dan apa faedah yang diberi kepada pekerja di berbagai-bagai sektor. Ini adalah berguna apabila anda sedang Penyediaan untuk Perundingan Bersama Lantik kumpulan perundingan Selidik kedudukan kewangan & kadar pasaran Dapatkan mandat Buat keputusan mengenai taktik
  • 8. membuat keputusan berapa yang hendak dibayar kepada pekerja dan apa faedah yang akan diberi di bawah kontrak pekerjaan seperti dinyatakan dalam Ruang GAJI DAN FAEDAH. Kegagalan Mencapai Persetujuan Sekiranya, setelah beberapa sesi rundingan, pihak pengurusan dan kesatuan masih tidak dapat mencapai persetujuan, mereka mungkin ambil keputusan untuk hentikan rundingan dan isytihar bahawa pertikaian perusahaan wujud. Kedua-dua pihak boleh laporkan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan yang akan membantu kedua-dua pihak mencapai kompromi. Jika usaha ini gagal, pertikaian tesebut akan dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan. Mahkamah tersebut ada kuasa menetapkan terma dan syarat yang mana kedua-dua pihak gagal bersetuju semasa perundingan bersama. Sebaik sahaja pertikaian perusahaan telah dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan oleh Menteri Sumber Manusia, piket atau mogok tidak dibenarkan. Kedua-dua majikan dan pekerja mesti tunggu keputusan mahkamah. (Maklumat tambahan mengenai Mahkamah Perusahaan boleh didapati dalam Ruang bertajuk PENAMATAN PEKERJAAN). Mewakili Pekerja Yang Bersungut Kesatuan sekerja bukan sahaja berunding dengan majikan untuk mendapatkan terma dan syarat pekerjaan yang lebih baik untuk pekerja, tetapi mereka juga bantu dan bersuara bagi pihak mana- mana pekerja yang ada masalah di tempat kerja. Sebagai contoh, apabila pihak majikan putuskan untuk ambil tindakan disiplin ke atas seorang pekerja, pihak kesatuan akan menolong dia, termasuk beraksi sebagai “peguambela” semasa siasatan dalaman. (Lihat perbincangan mengenai topik ini dalam Ruang PENAMATAN PEKERJAAN). Tindakan Perusahaan Pekerja yang menyertai kesatuan sekerja mempunyai beberapa hak, terhad oleh undang-undang, untuk mengambil tindakan perusahaan mencuba dan memaksa majikan supaya tunduk kepada tuntutan mereka. Biasanya, anggota kesatuan sekerja ambil tindakan menentang majikan apabila mereka percaya bahawa majikan tidak begitu serius mengenai tuntutan mereka untuk kenaikan gaji dan faedah. Sebagai contoh, sekiranya mereka sangka bahawa majikan sengaja melambatkan perundingan, mereka mungkin buat keputusan untuk berhenti merunding dan mula berpiket. Mereka tidak mungkin akan mogok kerana di Malaysia adalah sangat sukar bagi pekerja untuk bermogok. Ini akan diterangkan kemudian.
  • 9. Pekerja Berpiket Piket Pekerja di Malaysia yang menyertai kesatuan sekerja membuat keputusan untuk berpiket supaya dapat menarik perhatian kepada pertikaian mereka dengan majikan mereka. Piket merupakan satu tindakan yang sah, sekiranya syarat-syarat berikut dipatuhi: 1. Pekerja yang berpiket mesti menjadi anggota kesatuan sekerja yang berdaftar 2. Pekerja yang berpiket mesti telah isytiharkan bahawa ada pertikaian perusahaan dengan majikan mereka 3. Pertikaian perusahaan pekerja itu mesti belum dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan 4. Piket tersebut mesti diadakan di tempat kerja mereka atau berdekatan dengan tempat kerja mereka 5. Piket tersebut mesti tidak menghalang jalan atau pintu masuk atau keluar tempat kerja 6. Piket mestilah tenteram Semasa berpiket pekerja akan berada di luar premis syarikat memegang poster dan sepanduk mereka, mungkin riuh, bersorak slogan dan cuba dapatkan sokongan daripada orang yang lalu lalang terutamanya kereta. Mereka akan meminta pemandu kereta untuk bunyikan hon menandakan sokongan kepada pekerja. Oleh kerana di Malaysia mogok adalah hampir mustahil, apabila pekerja membuat keputusan untuk berpiket mereka masih bekerja seperti biasa. Ini bermakna mereka akan berpiket di luar waktu bekerja, mungkin sebelum waktu kerja, semasa rehat makan tengahari, atau selepas kerja. Sekiranya pekerja anda mengadakan piket di luar premis anda tetapi tidak mematuhi undang- undang, misalnya ada orang yang bukan pekerja anda dan bukan pegawai kesatuan sekerja menyertai piket tersebut, atau kelakuan pekerja tidak terkawal, dan mungkin akan terjadi pergaduhan, anda patut hubungi pihak polis supaya berada di situ. Mogok Apa yang mungkin berlaku akibat daripada mogok adalah lebih serius daripada piket. Oleh kerana itu, Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Sekerja mempunyai peraturan yang sangat tegas untuk dipatuhi sebelum pekerja mulakan mogok.
  • 10.  KEANGGOTAAN KESATUAN SEKERJA DI SELURUH DUNIA ADALAH MENURUN Walaupun di negara seperti Sweden, di mana hampir setiap pekerja menyertai kesatuan, keanggotaannya berkurangan, terutama sekali di kalangan Generasi Y  Pekerja yang ada pertikaian perusahaan dengan majikan sahaja boleh bermogok. Untuk mematuhi undang-undang, anggota kesatuan yang hendak bermogok perlu: 1. Adakan pengundian sulit bersama semua anggota yang terlibat dalam pertikaian dengan majikan mereka. Kelulusan bermogok perlukan majoriti dua pertiga, jika tidak mogok adalah tidak sah 2. Semua kertas undi mesti dihantar kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja tidak lebih daripada 14 hari selepas pengundian diadakan. 3. Tunggu sekurang-kurangnya 7 hari selepas menghantar kertas undi kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja sebelum memulakan mogok. Pertikaian Perusahaan Tidak semua pertikaian antara kesatuan sekerja dan majikan dianggap pertikaian perusahaan. Pertikaian perusahaan ialah satu pertikaian mengenai terma dan syarat perhidmatan. Piket atau mogok mengenai isu lain dianggap bukan pertikaian perusahaan dan tidak dibenarkan. Undang-undang larang mogok dalam keadaan berikut: 1. Mengenai isu sama ada kesatuan sekerja diberi pengiktirafan 2. Mengenai perjanjian bersama yang telah disahkan oleh Makhamah Perusahaan 3. Mengenai mana-mana isu yang ditakrifkan dalam undang-undang sebagai hak pengurusan termasuk kuasa memilih siapa yang diambil bekerja, kenaikan pangkat pekerja, perpindahan dan pemberhentian pekerja 4. Sebaik sahaja pertikaian antara kesatuan dan majikan dirujuk ke Mahkamah Perusahaan untuk timbangtara Hukuman Ke Atas Mogok Haram Ia adalah satu kesalahan bagi mana-mana pekerja terlibat dengan mogok haram. Sekiranya kesatuan sekerja mengatur mogok haram, pendaftarannya boleh dibatalkan. Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja boleh mengarahkan kesatuan untuk batalkan keanggotaan pekerja yang menyertai mogok tersebut. Sekiranya pekerja anda mengatur dan ambil bahagian dalam mogok haram, mereka telah melakukan satu kesalahan yang sangat serius. Selepas mengikuti prosedur yang betul, anda boleh tamatkan perkhidmatan mereka. Prosedur ini akan diterangkan dalam Ruang PENAMATAN PEKERJAAN.
  • 11. Jenis Tindakan Perusahaan Lain Apabila pekerja merasa kecewa dengan majikan mereka, mereka mungkin akan bekerjasama mengambil berbagai-bagai tindakan dengan tujuan mendesak syarikat supaya tunduk kepada tuntutan mereka. Jikalau pekerja adalah anggota kesatuan, tindakan-tindakan itu boleh juga dilakukan semasa mereka sedang berpiket. Tindakan bersama oleh pekerja boleh dalam berbagai-bagai cara, cuma terhad oleh kreativiti mereka. Contoh biasa tindakan perusahaan yang tidak formal ini termasuk: 1. Berjumpa doktor beramai-ramai. Ini akan kurangkan pengeluaran kerana ramai pekerja berjaya mendapat cuti sakit 2. Kekerapan pergi ke tandas sepanjang hari bekerja dengan alasan pekerja rasa tidak sihat 3. Memakai pakaian melambangkan protes; lencana, topi atau band lengan dengan pesanan tertulis di atasnya. Sekiranya pihak majikan ada bukti bahawa lawatan berjumpa doktor diatur oleh pekerja, tindakan disiplin boleh diambil ke atas mereka yang terlibat dengan alasan mereka telah mengadakan satu mogok haram. Di bawah undang-undang, mogok tidak semestinya semua kerja berhenti. Mana- mana cubaan untuk mengurangkan pengeluaran atau melewatkan kadar pengeluaran dianggap mogok. Memakai pakaian melambangkan protes asalkan pengeluaran tidak terjejas, bukannya satu salahlaku melainkan di mana majikan kehendakkan pekerja memakai uniform dan peraturan syarikat terang-terang menyatakan bahawa kegagalan memakai uniform dengan betul adalah satu salahlaku. Ketua eksekutif dan pengurus kanan menjadi sangat marah apabila pekerja mengatur tindakan perusahaan. Reaksi segera daripada mereka mungkin mengeluarkan arahan supaya pekerja yang terlibat diberhentikan. Ini bukannya penyelesaian yang terbaik kerana: 1. Ia mungkin akan mengurangkan pekerja terlatih dan akan menjejaskan pengeluaran 2. Ia mungkin akan mengeruhkan lagi perhubungan di antara majikan dan pekerja Satu penyelesaian kompromi perlu diperolehi. Bantuan boleh didapatkan daripada Jabatan Perhubungan Perusahaan di Kementerian Sumber Manusia. Mewakili Pekerja Negara Fungsi utama kesatuan sekerja adalah untuk bercakap bagi pihak anggota mereka dan cuba mendapatkan terma dan syarat pekerjaan yang lebih baik untuk pekerja dalam organisasi. Setiap kesatuan berikan keutamaan kepada keperluan anggota mereka sendiri. Walau bagaimanapun, banyak kesatuan pula adalah anggota Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Badan ini melaksanakan beberapa fungsi termasuk: 1. Menyelidik mengenai perkara yang berkaitan dengan pekerjaan 2. Melatih pemimpin-pemimpin kesatuan 3. Mewakili semua pekerja di seluruh negara, termasuk mereka yang tidak menjadi anggota kesatuan
  • 12. Fungsi ketiga di atas selalu menyebabkan MTUC dilaporkan dalam berita. MTUC bukan merupakan kesatuan sekerja (ia didaftarkan di bawah Akta Persatuan 1966) dan oleh itu tidak boleh menjalankan perundingan bersama, piket atau mengaturkan mogok. Cuma anggotanya sahaja, iaitu kesatuan sekerja yang mempunyai hak undang-undang, boleh lakukan aktiviti tersebut. REAKSI MAJIKAN TERHADAP KESATUAN SEKERJA Anda patut bincang bersama dengan kumpulan pengurusan anda dan buat keputusan mengenai polisi ke atas kesatuan sekerja. Pilihan polisi termasuk: 1. Cuba tidak menggalakkan pekerja menyertai kesatuan sekerja, tetapi hormat hak mereka untuk berbuat demikian, sekiranya itu yang mereka kehendaki 2. Ambil langkah-langkah untuk mengelakkan pekerja menubuhkan kesatuan atau menyertai kesatuan 3. Cuba untuk bekerjasama secara aktif dengan kesatuan yang mewakili pekerja dalam syarikat anda Apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pengurusan, ingat bahawa anda sedang bincangkan mengenai pekerja organisasi anda. Sekiranya anda ambil tindakan untuk mengecewakan cubaan mereka untuk menubuhkan atau menyertai kesatuan, pengeluaran mereka akan terjejas. Ramai pekerja juga mungkin berhenti akibat daripada tindakan syarikat untuk menghalang penubuhan dan penyertaan dengan kesatuan. Kemungkinan juga akan berlakunya sabotaj oleh pekerja yang marah. Strategi Jangka Panjang untuk Mengurangkan Kemungkinan Berlakunya Kewujudan dan Penyertaan Kesatuan Beberapa strategi jangka panjang perlu diatur sekiranya syarikat anda lebih suka apabila pekerja tidak menyertai kesatuan sekerja. Tidak ada jaminan bahawa ia akan berkesan. Kadangkala pekerja berpuas hati bila tidak ada kesatuan sehingga datang seorang pekerja baru yang mempunyai pengalaman luas dalam kesatuan sekerja dan juga sangat percaya bahawa semua pekerja patut menyertai kesatuan. Dia mungkin boleh mempengaruhi pekerja-pekerja lain untuk menjadi anggota kesatuan sekerja sebagai satu perlindungan daripada sebarang perubahan dalam syarikat pada masa hadapan, terutama sekali perubahan di pengurusan atasan. Baca Ruang bertajuk PERHUBUNGAN PEKERJAAN. Semua cadangan dalam Ruang tersebut adalah releven untuk mengurangkan kemungkinan pekerja akan menyertai kesatuan. Ini termasuk: 1. Memperkenalkan beberapa saluran komunikasi antara pekerja dan pengurusan. Tidak mungkin boleh diadakan terlalu banyak komunikasi dalaman 2. Mengadakan sesi dialog selalu dengan pekerja 3. Mendesak pengurus-pengurus selalu adakan mesyuarat bersama orang bawahan mereka supaya menggalakkan pekerja suarakan pendapat mereka mengenai beberapa isu 4. Menubuhkan skim formal untuk menggalakkan pekerja berikan pendapat tentang bagaimana pengeluaran boleh ditingkatkan 5. Mencari cara-cara membuat tempat kerja lebih selesa
  • 13. 6. Melatih pengurus-pengurus supaya mereka boleh mengelakkan dan mengurangkan gangguan dan penganiayaan antara pekerja Langkah-langkah lain yang perlu diambil sepanjang masa adalah: 1. Meningkatkan pakej gaji dan faedah seberapa yang boleh (lihat Ruang bertajuk GAJI DAN FAEDAH) 2. Mempastikan wujudnya sistem pengurusan prestasi yang efektif (lihat Ruang bertajuk PENGURUSAN PRESTASI DAN PENILAIAN PRESTASI) Pengurusan dengan Kesatuan Sekerja Sekiranya pekerja di organisasi anda sudah menyertai kesatuan sekerja, anda dan pengurusan anda terpaksa cari jalan bagaimana untuk bekerjasama dengan mereka dan tidak selalu bertengkar dengan pemimpin mereka. Pertikaian mungkin berlaku tetapi ia boleh dikawal. Usaha pengurusan sumber manusia anda patut tumpukan kepada strategi dan taktik yang sama seperti tersebut di atas. Sama-sama dengan strategi dan taktik tersebut, anda juga patut: 1. Jadualkan mesyuarat selalu dengan pemimpin-pemimpin kesatuan untuk membincangkan masalah dan isu. Jangan tunggu sehingga timbul masalah serius. 2. Libatkan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja dalam seberapa banyak yang mungkin jawatankuasa yang membuat keputusan 3. Aturkan program latihan bersama penyelia-penyelia dan pemimpin kesatuan sekerja 4. Pastikan pengetahuan anda mengenai hak kesatuan sekerja dan hak pengurusan adalah yang terbaru
  • 14. PENAMATAN PEKERJAAN SISTEM DISIPLIN PERHUBUNGAN PEKERJAAN SENARAI SEMAK PERHUBUNGAN PERUSAHAAN Sudahkah anda dan pengurusan syarikat anda putuskan reaksi anda terhadap penyertaan pekerja dalam kesatuan? Apakah langkah-langkah yang anda ambil supaya syarikat mencapai objektif berhubung dengan kewujudan dan penyertaan kesatuan sekerja? Adakah wujudnya strategi jangka panjang untuk mengurangkan kemungkinan pekerja menyertai kesatuan sekerja?