Teks tersebut membetulkan kisah Saudah bt Zam'ah yang kononnya ingin diceraikan Nabi karena sudah tua. Hadis tersebut dinilai tidak benar karena:
1) Saudah bt Zam'ah baru berumur 40 tahun ketika wafat Nabi, jadi tidak tua
2) Saudah memberi gilirannya kepada Aisyah karena kasih sayang, bukan takut diceraikan
3) Sifat Nabi yang bertimbang rasa tidak mungkin menceraikan
Pembetulan Kisah Saudah Bt Zam’ah R.Ha Yang Kononnya Ingin Diceraikan Oleh Nabi S.A.W
1. Iringanvideo…
https://www.youtube.com/watch?v=x7ACYVlgn4E
Pembetulan Kisah Saudah Bt Zam’ah R.Ha
Yang Kononnya Ingin Diceraikan Oleh Nabi
S.A.W
Tersebut dalam kitab Sunan Abi Daud (Kitab Nikah – Bab Tentang Giliran Di antara Isteri) yang
bermaksud:
‘…..Saudah Binti Zam`ah apabila beliau telah meningkat tua dan dia takut Rasulullah s.a.w. akan
mencerainya, dia berkata: “Wahai Rasulullah! Giliran hariku kuberikan untuk `Aisyah. Rasulullah
s.a.w. menerimanya daripadanya….”
Di dalam hadis ini digambarkan bahawa:
a) Ummul Mukminin Saudah r.ha ialah seorang yang sudah tua
b) Memberi giliran bermalam bersama Rasulullah s.a.w. kepada Aishah r.a. kerana takut diceraikan
Sekiranya benar kenyataan ini:
Rasulullah akan tertuduh sebagai seorang yang tidak bertimbangrasa kerana tidak dapat menerima
isteri yang tua. Pengajarannya, sesiapa yang isterinya sudah tua dan lemah boleh diceraikan dan
suami hendaklah hidup bahagia bersama isteri lain yang muda!
Amat jauh sekali Rasulullah dari berakhlak sedemikian!!
Hakikatnya:
a) Saudah bt Zam’ah tidaklah tua, kerana semasa wafat Rasullullah beliau hanya berumur 40 tahun!
b) Saudah memberi gilirannya kepada Aishah adalah kerana baik dan suci hatinya tanpa sebab-
sebab terselindung.
Kesimpulannya:
Bila berhadapan dengan hadis atau cerita sebegini kita perlu utamakan keutuhan peribadi Rasulullah
s.a.w. Apa–apa riwayat yang mencederakan peribadi Rasulullah s.a.w . hendaklah ditakwilkan,
sekiranya boleh ditakwilkan. Sekiranya tidak, wajib diketepikan sahaja.