2. TUJUAN
Kertas ini disediakan bagi menerangkan Dasar Program
Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang (TPUP)
yang akan dilaksanakan dalam tahun 2011-2015
3. MATLAMAT PROGRAM TPUP
i. Menyediakan sumber pembiayaan secara pinjaman tanpa
faedah kepada usahawan peladang untuk meningkatkan
tahap pengeluaran, perkhidmatan dan pemprosesan dalam
bidang pertanian.
ii. Meningkatkan kapasiti aktiviti pemprosesan (IAT) dikalangan
usahawan peladang sediada.
iii. Memantap penglibatan usahawan peladang dalam bidang
pengeluaran dan perkhidmatan berasaskan pertanian.
4. OBJEKTIF PROGRAM TPUP
i. Meningkat pendapatan bersih 1,000 usahawan peladang melebihi
RM4000 sebulan berakhir tahun 2015
ii. Memantapkan program mentor-mentee usahawan peladang IAT di
peringkat Pertubuhan Peladang
iii. Meningkatkan bilangan usahawan peladang yang menghasilkan produk
memenuhi tahap piawaian tempatan dan antarabangsa.
iv. Membuka peluang program “franchise” di kalangan usahawan peladang
v. Memantapkan usahawan peladang yang mempunyai jaringan
perniagaan dengan Pertubuhan Peladang
5. STRATEGI PELAKSANAAN
i. Mengadakan hebahan melalui facebook LPP, laman
sesawang LPP dan pautan, portal e-peladang dan
laman sesawang PP
ii. Mengadakan hebahan secara umum melalui poster,
brosur, risalah dan buletin mengenai kemudahan
TPUP di tempat awam
iii. Mempelawa secara terbuka kepada 6000 usahawan
peladang yang berdaftar dengan PP
iv. Mengadakan majlis pelancaran dan penyerahan
pinjaman TPUP kepada usahawan peladang yang
berjaya
6. SKOP PEMBIAYAAN PROJEK
PROJEK EKONOMI
i. Industri Asas Tani (IAT)
Contoh: Penghasilan produk proses berasaskan
makanan dan bukan makanan serta aktiviti sokongan
IAT
ii. Pengeluaran Pertanian
Contoh: Tanaman, ternakan dan akuakultur
iii. Perkhidmatan
Contoh : Agropelancongan, kejenteraan ladang dan
pengangkutan
7. HAD PEMBIAYAAN
i. Industri Asas Tani
(makanan dan bukan makanan) - maksimum RM50,000
ii. Pengeluaran (tanaman,
ternakan dan akuakultur) - maksimum RM50,000
iii. Perkhidmatan (agropelancongan - maksimum RM50,000
kejenteraan ladang dan
pengangkutan)
8. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
• Ahli PPK
• Berumur 18 tahun ke atas
• Mengisi borang permohonan TPUP dengan lengkap
• Mempunyai saham minima RM200 di PPK
• Mampu menyediakan sebahagian daripada modal projek
• Sedang mengusahakan projek
• Memenuhi skop projek yang disyaratkan
• Menghadiri temuduga yang ditetapkan
• Membenarkan lawatan ke tapak projek bagi tujuan
penilaian
9. CARA MEMOHON
i. Usahawan peladang perlu mengisi dan melengkapkan
borang permohonan (Borang LPP 1) yang ditetapkan.
ii. Permohonan perlu mendapat ulasan daripada
Pengurus Besar PPK serta diperakukan oleh
Mesyuarat AJP PPK.
iii.Disahkan oleh LPP Negeri selepas temuduga dan
dikemukakan ke Bahagian Pembangunan Usahawan
Peladang untuk kelulusan
10. MEMPROSES PERMOHONAN PROJEK
i. PPK menerima borang permohonan TPUP daripada
usahawan peladang
ii. Ulasan oleh Pengurus Besar dan perakuan oleh
Mesyuarat AJP
iii. Dikemukakan ke LPP Negeri untuk proses saringan dan
pemilihan
iv. Proses temuduga dan lawatan tapak
v. Pengesahan oleh Jawatankuasa Pembiayaan LPP
Negeri
11. MEMPROSES PERMOHONAN PROJEK
vi. Permohonan dikemukakan ke Bahagian Pembangunan
Usahawan Peladang untuk kelulusan
vii. Permohonan usahawan peladang dibentang dalam
mesyuarat Jawatankuasa Pembiayaan TPUP untuk
tujuan kelulusan
viii. Surat kelulusan tawaran dan perjanjian pinjaman
ix. Pengeluaran pinjaman melalui PPK kepada usahawan
peladang
12. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEK
a. Kelulusan Pembiayaan
i. Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang
meluluskan pinjaman TPUP kepada PPK mengikut
jumlah usahawan yang berjaya
ii. PPK menawarkan pinjaman TPUP kepada usahawan
peladang berkenaan melalui perjanjian pinjaman
yang lengkap.
13. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEK
iii.Pembiayaan LPP kepada PPK secara geran manakala
PPK kepada usahawan peladang adalah pinjaman
100% secara tunai/mata benda
iv.Bayaran perkhidmatan dikenakan ke atas usahawan
peladang sebanyak 3% atas jumlah pinjaman dibayar
sekaligus sebelum pinjaman dikeluarkan.
v. Bayaran balik pinjaman melalui jadual yang ditetapkan
secara tunai kepada PPK
14. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEK
vi. PPK perlu menyumbang sebanyak 50% daripada
jumlah pinjaman yang dikeluarkan kepada
usahawan ke dalam TPUP yang akan
selenggarakan di bawah Kumpulan Wang Pinjaman
Pertubuhan Peladang (K3P).
vii. Manakala baki 50% daripada bayaran balik
pinjaman yang diterima daripada usahawan oleh
PPK hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung PUP
sediada di PPK.
15. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEK
b. Bayaran Memproses Permohonan dan Bayaran
Perkhidmatan
i. Tiada sebarang bayaran pemprosesan dikenakan ke
atas permohonan pinjaman.
ii. Bayaran perkhidmatan yang dikenakan ke atas
usahawan peladang sebanyak 3.0% digunakan bagi
membiayai kos penyediaan dokumen perjanjian,
stamping, pos/penghantaran surat dan lain-lain
perkara berkaitan urusan kutipan balik pinjaman.
16. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEK
c. Jawatankuasa Meluluskan Pembiayaan Program TPUP dan
Keanggotaan Jawatankuasa
i. Permohonan pinjaman Program TPUP diluluskan oleh
Jawatankuasa Pembiayaan TPUP.
ii. Keanggotaan Jawatankuasa Pembiayaan TPUP seperti berikut :
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) - Pengerusi
Pengarah Pembangunan Usahawan Peladang - Ahli
Pengarah Pengeluaran Ladang - Ahli
Pengarah Perniagaantani - Ahli
Pengarah Perancangan & Penilaian - Ahli
Cawangan Pembangunan Usahawan Peladang - Urusetia
iii. Korum mesyuarat Jawatankuasa Pembiayaan TPUP adalah 3/5
daripada ahli mesyuarat
17. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEK
d. Jawatankuasa Memperakukan Permohonan Pembiayaan
Program TPUP di Peringkat LPP Negeri
i. Permohonan pinjaman Program TPUP diperakukan oleh
Jawatankuasa Pembiayaan LPP Negeri.
ii. Keanggotaan Jawatankuasaa adalah seperti berikut :
Pengarah/Timbalan Pengarah LPP Negeri - Pengerusi
Ketua Cawangan Pentadbiran & Kewangan - Ahli
Ketua Cawangan Urusan Pendaftar - Ahli
Ketua Unit Yang Berkenaan - Urusetia
iii. Korum mesyuarat Jawatankuasa adalah 2/3 ahli
mesyuarat
18. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEK
e. Panel Temuduga di Peringkat LPP Negeri
Pengarah / Timbalan Pengarah - Pengerusi
Ketua Cawangan Urusan Pendaftar - Ahli
Unit Usahawan/ Pembangunan - Urusetia
f. Panel Lawatan Tapak Projek
- Unit Usahawan /Pembangunan
- Pengurus Besar PPK / wakil
19. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEK
g. Bidang Tugas Jawatankuasa
i. Jawatankuasa Pembiayaan TPUP
a. Menerima dan mempertimbangkan perakuan
daripada Jawatankuasa Pembiayaan LPP Negeri
berkaitan permohonan pinjaman atau penjadualan
semula pinjaman usahawan peladang.
b. Mempertimbangkan dan membuat keputusan
untuk melulus, menolak, mengkaji semula dan
memperakukan segala permohonan pinjaman
dengan kuasa yang diperturunkan kepadanya oleh
Lembaga LPP.
20. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEK
c. Memantau pelaksanaan dan perbelanjaan yang
dibiayai daripada TPUP.
d. Memantau pembayaran balik pinjaman TPUP.
e. Melaporkan kepada Pengurusan Tertinggi LPP prestasi
pelaksanaan tahunan TPUP.
21. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEK
ii. Jawatankuasa Pembiayaan LPP Negeri
a. Menganalisa permohonan pinjaman yang lengkap
daripada usahawan.
b. Memperaku atau menolak permohonan-permohonan
pinjaman berasaskan syarat-syarat pinjaman yang
ditetapkan.
c. Memperaku penjadualan semula bayaran balik
pinjaman usahawan kepada Jawatankuasa
Pembiayaan TPUP untuk pertimbangan kelulusan.
22. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEK
h. Pengesanan Penggunaan Dan Bayaran Balik Pinjaman
i. PPK yang menerima pembiayaan daripada Program
TPUP perlu membuat bayaran sumbangan kepada TPUP
setiap bulan mengikut jadual bayaran yang akan
disediakan bersama surat perjanjian Program TPUP yang
telah ditetapkan. PPK perlu membuat bayaran kepada LPP
Negeri.
ii. LPP Negeri perlu menyediakan Kad Lejer bayaran
sumbangan bagi setiap usahawan yang diterima oleh
PPK dibawah pengendaliannya ke dalam akaun TPUP
(K3P).
23. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEK
iii.LPP Negeri perlu mengemukakan laporan bayaran
sumbangan kepada Bahagian Pembangunan Usahawan
Peladang pada atau tidak lewat 10 haribulan setiap bulan.
iv.Pertimbangan pemberian tempoh bertenang (grace
period) bagi membayar balik pinjaman akan ditentukan
oleh Jawatankuasa Pembiayaan TPUP berdasarkan
dayamaju dan aliran tunai projek.
24. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEK
i. Kaedah Pengeluaran pinjaman
i. Pengeluaran pinjaman yang telah diluluskan
secara tunai/mata benda boleh dibuat secara
sekali gus.
ii. Arahan pengeluaran wang hanya akan
dikeluarkan setelah PPK melengkapkan semua
dokumen berkaitan.
25. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEK
j. Penjadualan Semula
PPK boleh memohon penjadualan semula bayaran balik
pinjaman dengan alasan kukuh dan tempoh
penjadualan semula bayaran balik pinjaman tidak
melebihi dua belas (12) bulan.
k. Penamatan/Pelupusan Projek Program TPUP
Penamatan/pelupusan projek boleh dibuat dalam
keadaan tertentu berasaskan kepada Pekeliling Ketua
Pengarah Bil 1 Tahun 2006 dan PPK boleh memohon
hapuskira pinjaman daripada LPP.
26. PELAPORAN PROJEK
i. Usahawan peladang perlu mengemukakan laporan
kemajuan projek ke PPK setiap bulan seperti format
yang ditetapkan.
ii. PPK perlu mengemukakan laporan kemajuan projek ke
Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang mengikut
penggal iaitu penggal 1 (berakhir April), penggal 2
(berakhir Ogos) dan penggal 3 (berakhir Disember))
seperti format yang ditetapkan.
27. PENYELARASAN TUGAS DALAM PELAKSANAAN PROJEK
A Peranan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) :
i. Mengenalpasti pemohon (usahawan peladang).
ii. Membantu menyediakan dokumen berkaitan.
iii. Membuat siasatan dan memberi sokongan.
iv.Membuat pemantauan projek.
v. Mengeluarkan pinjaman kepada usahawan berjaya.
vi.Mengutip bayaran balik pinjaman daripada
usahawan dan kemukakan ke LPP Negeri.
vii.Menyediakan laporan prestasi projek.
28. PENYELARASAN TUGAS DALAM PELAKSANAAN PROJEK
B. Peranan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri :
i. Menentukan pemohon, membuat siasatan dan
memberi perakuan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Pembiayaan LPP Negeri
ii. Membuat pemantauan ke atas pelaksanaan projek
iii. Menerima bayaran balik pinjaman daripada PPK
dan kemukakan ke LPP Ibu pejabat
iv. Menyediakan laporan prestasi projek
v. Mengeluarkan surat peringatan bayaran balik
pinjaman kepada PPK.
29. PENYELARASAN TUGAS DALAM PELAKSANAAN PROJEK
c. Peranan Bahagian Pembangunan Usahawan peladang,
Lembaga Pertubuhan Peladang Ibu Pejabat:
i. Menyediakan Dasar TPUP.
ii. Menyediakan siling peruntukan untuk setiap LPP Negeri.
iii.Meluluskan permohonan pinjaman kepada usahawan
peladang melalui Jawatankuasa Pembiayaan TPUP yang
ada di Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang
iv.Memperaku kepada Jawatankuasa Pembiayaan K3P
bagi dana di bawah Tabung K3P.
v. Menyediakan laporan tahunan prestasi dan outcome/impak
projek untuk dilaporkan kepada Mesyuarat Pengurusan
Tertinggi LPP.
30. PENYELARASAN TUGAS DALAM PELAKSANAAN PROJEK
D. Peranan Pemohon (Peminjam):
i. Mengisi borang dan melengkapkan semua dokumen
berkaitan.
ii. Melaksanakan projek dengan jayanya.
iii. Menyediakan laporan projek setiap bulan
iv. Membayar balik pinjaman sebagaimana Jadual
Bayaran Balik yang ditetapkan.
v. Akujanji bayaran balik pinjaman TPUP
31. OUTCOME/IMPAK PROJEK
i. Bilangan usahawan peladang mendapat pembiayaan
modal meningkat
ii. Peningkatan ekonomi dikalangan usahawan peladang.
iii. Bilangan usahawan peladang yang mampu memiliki
RM1000 saham di PPK meningkat
iv. Sekurang-kurangnya 30% usahawan peladang setia,
bekerjasama dan berlanggan input pertanian dengan
PPK.
v. Sumbangan kepada pengeluaran makanan negara
meningkat
33. PEROLEHAN TPUP
i. Geran kepada PPK dan pinjaman 100% dalam
bentuk tunai/mata benda kepada usahawan peladang.
ii. Perolehan dibuat oleh LPP Negeri.
ii. Usahawan peladang dibenarkan memilih dan
mengemukakan kepada PPK spesifikasi beserta
sebutharga yang dikehendaki berdasarkan skop
projek yang diluluskan.
ii. PPK hanya dibenarkan mengenakan bayaran
perkhidmatan sebagaimana ditentukan oleh LPP.