Contoh soalan stpm baharu

12,693 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
12,693
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
116
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Contoh soalan stpm baharu

  1. 1. Walaupun sudah diterangkan berulangkali, terdapat segelintir pelajaryang masih tidak mengingati struktur karangan ; pendahuluan, isisokongan dan kesimpulan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, parapelajar akan terus mengulangi kesilapan yang sama denganmeninggalkan struktur yang patut ada dalam sesuatu struktur karangan.Pada pendapat saya, mereka perlu diberikan "sesuatu" yang konkrit bagimemudah dan memperkukuh daya ingatan mereka. Saya berharapdengan adanya senarai semak struktur karangan seperti paparan dibawah, alasan popular mereka iaitu "tidak ingat" akan dapat diatasi.Para guru sedaya mungkin akan mencari jalan penyelesaian yangdifikirkan boleh mengatasi masalah anda (pelajar). Sekarang, giliran andapula menngaplikasikan cara yang dicadangkan. PRAUNIVERSITI SMK. BANDAR MAS, KOTA TINGGI, JOHOR SENARAI SEMAK STRUKTUR PENDAHULUAN KARANGAN STPM PenilaianBahagian/Ayat Struktur Perincian struktur Pelajar Guru Tulis semula dalam binaan 1 Penyataan Isu ayat yang lain Sama ada : 2.1 Definisi isu 2 Penjelasan isu 2.2 Konsep isu 2.3 Gambaran umum tentang isu Contoh yang berkaitan dengan apa-apa sahaja tentang isu Contoh Tidak semestinya wujud secara berasingan 3 Ulasan isu Tulis apa-apa sahaja idea 4 Ulasan isu yang berkaitan dengan isu 5 Ulasan isu Sebaiknya, kaitkan dengan isu-isu semasa Tulis semula frasa/perkataan kehendak soalan dalam bentuk ayat penyata. Kehendak 6 Sekiranya terdapat 2 KS, soalan bina 2 ayat. Sekiranya KSnya kesan, tulis kesan baik dan kesan buruk
  2. 2. PRAUNIVERSITI SMK. BANDAR MAS, KOTA TINGGI, JOHOR SENARAI SEMAK STRUKTUR ISI SOKONGAN KARANGAN STPM PenilaianBahagian/Ayat Struktur Perincian struktur Pelajar Guru Ayat yang mengandungi isi 1 Ayat Judul Sebaik-baiknya, isi bersifat umum supaya boleh dihurai Ayat sokongan 2 1 Ayat sokongan Ayat yang memberi 3 1 penjelasan lanjut tentang isi yang Ayat sokongan dinyatakan dalam ayat judul 4 1 Mesti bersifat khusus Ayat sokongan 5 Tidak boleh bersifat umum 1 Ayat sokongan 6 1 7 Kesimpulan Menegaskan semula isi PRAUNIVERSITI SMK. BANDAR MAS, KOTA TINGGI, JOHOR SENARAI SEMAK STRUKTUR KESIMPULAN KARANGAN STPM PenilaianBahagian/Ayat Struktur Perincian struktur Pelajar Guru Tulis semula isu yang terdapat dalam KS 1 Pernyataan isu Kaitkan dengan pandangan calon Nyatakan kesan isu, sama 2 Kesan ada baik atau buruk Nyatakan pendapat calon 3 Pendapat tentang isu Nyatakan penilaian calon 4 Penilaian tentang isu Nyatakan cadangan calon 5 Cadangan tentang isu
  3. 3. Nyatakan harapan calon 6 Harapan tentang isu Sebelum mula membuat latihan, sila rujuk terlebih dahulu senarai semak struktur karangan di atas. Buatlah karangan berpandukan senarai semak tersebut. Setelah siap, buat penilaian kendiri sebelum latihan tersebut dihantar kepada guru untuk dinilai. Perhatikan pula penilaian guru dan peka serta ambil tindakan terhadap komen-komen guru. Sekiranya tindakan-tindakan ini dibuat, saya agak yakin prestasi anda boleh meningkat. di 12:17:00 PM Pautan pada catatan ini Tiada ulasan: Dicatat oleh Mohd Fadil b. Talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Label: BM 2 : Karangan.Khamis, 24 Mei 2012 STPM Baharu : Bahagian B - Pemikiran Kritis dan Analitis PEMBACAAN KRITIS DAN ANALITIS Pembacaan Kritis dan Analitis merupakan bahagian baru yang terkandung dalam sukatan pelajaran STPM Baharu bermula sesi 2012-2013. Bahagian B ini dipelajari dan dinilai pada penggal 1. Waktu yang diperuntukkan untuk proses PdP bahagian ini ialah 24 waktu. Berdasarkan contoh soalan yang dikemukan oleh MPM, calon akan diberikan petikan yang panjangnya antara 300-350 patah perkataan. Calon perlu menjawab soalan 2 soalan struktur dan 1 soalan esei pendek. Keseluruhan markah bahagian ini ialah 30. Semasa mempelajari bahagian ini, calon seharusnya dapat : (a) menerangkan maksud perkataan, frasa, ayat, atau perenggan yang terdapat dalam teks; (b) mengenal pasti idea dan mesej penulis; (c) membezakan fakta dengan pendapat penulis (d) menyusun dan mengolah idea atau fakta dengan lancar dan berkesan (e) membuat inferens, ramalan, parafrasa, dan kesimpulan; (f) memberikan pandangan, ulasan, atau kritikan terhadap kandungan teks; (g) menggunakan bahasa yang baik dan berkesan Kemahiran yang penting : 1. Pengetahuan bahasa 2. Pengetahuan latar Pengetahuan bahasa membolehkan calon memahami : 1. kandungan teks. 2. Makna perkataan, frasa, klausa dan ayat. Pengetahuan latar pula membolehkan calon memahami kandungan teks yang dibaca.
  4. 4. Sekiranya calon memang telah sedia maklum (pernah membaca daripada sumber-sumber lain)tentang kandungan teks yang diberi, maka semakin tinggilah tahap pemahaman terhadap teksyang dibacanya. Kandungan teks mengandungi maksud tersurat dan tersiratTeks yang diberi merupakan sebuah karangan. Oleh itu calon perlu mengesan idea-idea yangterkandung dalam teks tersebut.Calon seharusnya dapat mengesan :1. Isu2. Fokus penulisan3. Isi utama4. Isi sokongan5. KesimpulanCalon juga seharusnya boleh mengenal pasti dan membezakan :1. Fakta2. Pendapat3. Bukti4. Alasan5. Cadangan6 Contoh7. DllSeterusnya, pada peringkat lebih tinggi, calon boleh membuat rumusan dan penilaianterhadap kandungan teks tersebut.Kesimpulannya, semasa membaca teks, calon akan melalui proses-proses berikut :1. Mengetahui2. Memahami3. Menganalisa4. Merumus5. Menilai Soalan Contoh MPM Bahagian B [30 markah]Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan. Kini, kita menyaksikan bahawa dunia terus dibelengguoleh pelbagai polemik. Antaranya ialah krisis kenaikan hargaminyak, krisis kenaikan harga barangan, dan krisiskekurangan bekalan makanan. Kita seharusnya sedar bahawasetiap sesuatu yang berlaku ini merupakan petanda bahawa 5dunia semakin hampir ke penghujung jalan. Pada hakikatnya,sesuatu kejadian itu berlaku disebabkan kecuaian dankealpaan kita dalam hal mengurus alam dengan bijaksana. Apabila pertimbangan nafsu melebihi kepentingan sejagat,
  5. 5. bencana akan menimpa. Perjanjian pengurangan pelepasan 10gas rumah hijau peringkat global dicabuli, malah ada yangenggan untuk menandatanganinya atas kepentingan ekonomi.Akibatnya, bumi menjadi semakin panas dan penderitaanpenduduk bumi, terutamanya di negara-negara miskin 15semakin dirasai. Kegilaan negara besar untuk menakluki duniadengan melepaskan pelbagai jenis bom, menambahkan deritapenghuni planet ini. Pembangunan senjata nuklear danpelbagai senjata baharu bukan dengan tujuan untukmengamankan dunia, sebaliknya telah menjadikan dunia 20semakin tidak aman. Di Malaysia, kita perlu bersyukur atas segala nikmat yangdiberikan Tuhan. Kita dilimpahi dengan pelbagai sumber alamyang mencukupi. Setakat ini bencana alam yang meragutpuluhan ribu nyawa manusia di negara ini belum pernah lagi 25berlaku. Belum ada daerah yang musnah seratus peratusakibat dilanda oleh bencana alam. Walaupun krisis makananberlaku dengan peningkatan harga beras dan tepung, namunkeadaan masih terkawal tanpa berlaku apa-apa rusuhan danhuru-hara. 30 Perpaduan dan keharmonian kaum harus dipertahankan,manakala sumber alam perlu dijaga dan diuruskan denganbijaksana. Amalan masyarakat tentang penjagaan alamsekitar perlu dipertingkatkan. Rasa tanggungjawab untukmenjaga persekitaran seharusnya disemai sejak seseorang itukecil lagi. Penjagaan alam sekitar harus dilakukan umpamamenjaga diri sendiri. Janganlah setelah alam ini musnah dankita mula merasai kesan buruknya, barulah kita mulaberusaha untuk menjaganya. Kita perlu sedar bahawa bencana alam tidak mengenaltempat dan masa. Pada bila-bila masa dan di mana-manasahaja, bencana boleh berlaku. Malang akan menimpa kita,sekiranya kita terus leka dan berbalah serta tuduh-menuduhmengenai punca pemusnahan alam sekitar. Sudah tibamasanya untuk kita mengelakkan perbalahan yang bolehmengundang permusuhan, sedangkan dalam masa yang samaalam terus musnah. Kita perlu menghargai nilai-nilaikemanusiaan, di samping menjaga biodiversiti yang amatbesar kepentingannya kepada kita.(Disesuaikan daripada Utusan Malaysia, 14 Mei 2008)1 Jelaskan maksud frasa (a) …dunia semakin hampir ke penghujung jalan (baris 4 dan 5) [2] (b) …menjaga biodiversiti yang amat besar kepentingannya kepada kita (baris 34) [2]2 Apakah mesej yang mahu disampaikan oleh penulis melalui petikan di atas? [6]3 “Apabila pertimbangan nafsu melebihi kepentingan sejagat, bencana akan
  6. 6. menimpa.” (baris 7 dan 8) Berikan ulasan anda tentang pendapat ini dengan mengemukakan bukti-bukti yang sesuai. Panjang jawapan anda hendaklah tidak lebih daripada 150 patah perkataan. [20] di 12:25:00 PM Pautan pada catatan ini Tiada ulasan: Dicatat oleh Mohd Fadil b. Talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Label: STPM Baharu : Bahagian B - Pemikiran Kritis dan Analitis.Rabu, 23 Mei 2012 Soalan Bahagian D : Analisis Kesalahan Bahasa Peperiksaan Pertengahan Tahun 6 Atas Tahun 2012 : Bahasa Malaysia Kertas 2 Kota Tinggi, Johor BAHAGIAN D 8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahandan kemudian buat pembetulan. [15] Pengeluar mahupun pemborong perlu menimbangkan kepentingan minyak masak kepada pengguna dan bukan sepatutnya menaikkan harga minyak masak atas pelbagai alasan setelah mereka memperoleh subsidi daripada kerajaan semenjak bulan Januari yang lalu.Pengeluar mengaitkan kenaikan harga minyak masak dengan kenaikan harga petrol, upah membungkus, dan harga plastik peket yang digunakan.Oleh kerana itu, harga sekilogram minyak masak peket terpaksa dinaikkan kepada RM2.75 hingga RM3.00 sepeket berbanding dengan harga siling RM2.50 yang kerajaan tetapkan.Sehubungan dengan itu, kerajaan harus melipatgandakan usaha-usaha praktikal dan berkesan untuk menangani masalah ini. Skema jawapan : BIL KESALAHAN ANALISIS SEBAB PEMBETULAN KESALAHAN 1 Pengeluar mahupun Kata hubung Baik pengeluar pemborong... berpasangan tidak mahupun digunakan secara pemborong... lengkap. Kata hubung "mahupun" harus
  7. 7. digandingkan atau berpasangan dengan kata "baik" untuk membawa maksud kedua-duanya.2 ... bukan sepatut Kata nafi "bukan" ... tidak menaikkan... digunakan sebagai unsur sepatutnya nafi bagi frasa nama atau menaikkan... frasa sendi nama sahaja sedangkan "menaikkan" ialah kata kerja.3 ...plastik peket... Kesalahan Hukum D-M. ...peket plastik... "Peket" ialah unsur yang diterangkan (D) merupakan inti atau kata utama yang harus mendahului unsur atau perkara yang menerangkan (M) "plastik"4 Oleh kerana itu... Kata "oleh" ialah kata Oleh sebab itu... sendi nama yang harus diikuti oleh kata nama "sebab" sebagai penyambut sedangkan "kerana" ialah kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi sebagai penghubung klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.5 ... yang kerajaan Kesalahan struktur ayat ...yang ditetapkan tetapkan... pasif dengan kata ganti oleh kerajaan... nama diri ketiga.”Kerajaan” merupakan kata ganti nama diri ketiga dan dalam struktur ayat pasif, kata kerja dipasifkan dengan imbuhan pasif mendahului kata ganti
  8. 8. nama diri 6 ... melipatgandakan Kata nama yang ...melipatgandakan usaha-usaha... mengikuti atau usaha... mendahului kata kerja yang bermaksud jamak tidak perlu digandakan kerana pengulangan maksud jamak menyebabkan lewah. Soalan di atas merupakan soalan STPM sebenar. Bahagian ini memang agak sukar. Kebiasaannya calon agak lemah pada bahagian menyatakan sebab kesalahan bahasa. Dalam skrip jawapan calon, sangat jarang saya jumpa ruangan tersebut penuh. Tindakan ini merugikan calon. Cubalah memenuhkan ruangan tersebut. Bahagian D ini diajar dalam BM 1 tetapi dinilai dalam BM 2. Sekiranya masa mencukupi, tulislah seberapa banyak kesalahan bahasa yang calon fikirkan, walaupun pada kebiasaannya hanya terdapat hanya 5-6 kesalahan bahasa sahaja. Calon seharusnya mempunyai "sandaran" tentang kemungkinan kesalahan bahasa. Sebagai contoh, kemungkinan kesalahan bahasa tersebut ialah bahagian morfologi iaitu kata tugas atau kata sendi nama. Dengan adanya "sandaran" tentang kemungkinan kesalahan bahasa, maka calon akan lebih fokus semasa mencari jawapannya. Dengan membuat banyak latihan "persendirian" dan melihat skema jawapan , calon akan "terbiasa" dengan kemungkinan kesalahan-kesalahan bahasa tersebut. di 9:19:00 AM Pautan pada catatan ini Tiada ulasan: Dicatat oleh Mohd Fadil b. Talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Label: BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.Selasa, 22 Mei 2012 Filem Berunsur Mistik & 1 Murid 1 Sukan : Peperiksaan Pertengahan Tahun 6 Atas Tahun 2012 : Bahasa Malaysia Kertas 2 Kota Tinggi, Johor SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A : KARANGAN Soalan 3 : Kini, filem tempatan banyak yang bertemakan unsur mistik. Bincangkan kesan pemaparan tema tersebut kepada penonton.
  9. 9. Pendahuluan- Filem yang bertemakan unsur mistik ialah wayang gambar yang memaparkan kisah kehidupan keadaan ghaib yang tidak dapat diselamioleh pemikiran manusia untuk tontonan masyarakat.- Contoh, Jangan Pandang Belakang, Zombie Kampung Pisang, Pontianak Harum Sundal Malam dan sebagainya.- Pemaparan tema tersebut memberikan kesan kepada penonton.IsiKesan filem yang bertemakan unsur mistikIS1 : Menyebabkan ketakutan membelenggu jiwa penonton.IS2 : Mendorong penonton untuk meniru aksi pelakon yang mengamalkan ilmu hitam atau amalan khurafatIS3 : Memberikan keuntungan kepada penerbit filem keranasambutan yang memberangsangkan daripada penonton.IS4 : Penonton dapat mengambil iktibar daripada cerita yangditonton.IS5 : Menambah pengetahuan penonton tentang kehidupan alamghaibIS6 : Mempengaruhi akidah dan persepsi masyarakat – terpesongakidah – meniru perlakuan tersebutIS7 : Memperbodoh masyarakat – pemikiran tahyulIS8 : Pengaruh kepada kanak-kanak – tingkah laku, pemahamandan percakapanKesimpulanPemaparan filem yang bertemakan mistik mendatangkan kesan positifdan negatif kepada penonton. Oleh itu, pihak yang berkenaan harusmemberikan garis panduan yang relevan kepada penerbit filem mistik diMalaysia.Soalan 4 :Program 1Murid 1Sukan banyak memberikan manfaat kepada murid.Huraikan manfaat yang boleh diperoleh daripada program ini.Pendahuluan- Program 1Murid 1Sukan: pembangunan sukan sekolah ke arahmeningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.-Terdapat pelbagai manfaat sukan kepada murid.
  10. 10. IsiManfaat sukanIS1 : Aktiviti sukan dapat mengisi masa lapang murid secaraberfaedah.IS2 : Murid yang menceburkan diri secara serius dalam bidangsukan dapat mengharumkan nama sekolah dan negara apabilamemenangi pertandingan sehingga peringkat antarabangsa.IS3 : Sukan juga penting sebagai alat perpaduanIS4 : Dengan menyertai aktiviti sukan dapat membentuk sahsiah,jati diri, dan disiplin murid.IS5 : Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid.IS6 : Berpengetahuan luas tentang sukan yang diceburi. Contoh, badminton – pelajar tahu cara pegang raket, undang-undangdan sebagainya.IS7 : Membangunkan modal insan melalui penyataan yangmenyeluruhIS8 : Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.IS9 : Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikalKesimpulanSoalan 3 :Kini, filem tempatan banyak yang bertemakan unsur mistik.Bincangkan kesan pemaparan tema tersebut kepada penonton.Soalan 4 :Program 1Murid 1Sukan banyak memberikan manfaat kepadamurid. Huraikan manfaat yang boleh diperoleh daripada program ini.Pastikan anda memang benar-benar memahami isunya. Pemahamantentang isu akan memudahkan anda mencari isi-isi yang relevan.Pemilihan soalan yang ingin calon jawab bergantung kepada beberapakriteria.Dalam memilih soalan, jangan sesekali melihat kepada susah atausenangnya sesuatu isu pada pandangan sendiri. Yang lebih penting bukanisunya tetapi jumlah isi dan pengetahuan tentang sesuatu isu tersebut.Fikirkan juga bilangan kehendak soalannya, sama ada satu atau dua.Kriteria-kriteria ini boleh membantu calon memilih soalan dengan lebihbaik.
  11. 11. di 8:23:00 AM Pautan pada catatan ini Tiada ulasan: Dicatat oleh Mohd Fadil b. TalibE-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookLabel: BM 2 : Karangan.

×