SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
CARA UNTUK MENGUBAT DAN MERAWAT HATI
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada
lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya,
bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan
perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu
malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga
malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang
yang soleh ”.
Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik penciptaan.
Bermulanya dengan setitik air yang hina sehinggalah bergelar seorang insan
bernama manusia. Diberikan pula berbagai-bagai nikmat yang tak ternilai
banyaknya tanpa mengira siapa kita. Namun, kita sering lalai dan lupa untuk
mensyukuri di atas anugerah yang dikurniakan, bahkan kita masih lagi berlumba-
lumba mengejar kemewahan yang bersifat sementara itu.
Nikmat yang paling berharga dikurniakan kepada manusia ialah nikmat hati, yang
merupakan raja segala gerak-geri dan tingkah-laku yang dipertontonkan oleh
manusia. Hati yang diciptakan Allah semulia-mulia kejadian, di situlah akal
manusia, di situlah buruk, baik, sihat, lemah manusia, di situlah segala-galanya.
Benarlah apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya di dalam
diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah
seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh
diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.
Hatilah punca segala-galanya. Jika tidak berpunca dari hati yang kotor, manusia
tidak akan melakukan maksiat terhadap penciptanya. Namun, kita sentiasa tidak
menghiraukan gelagat hati kita. Kita sering biarkan hati kita dikotori titik-titik
hitam dan dihinggapi berbagai-bagai penyakit yang menjijikan. Lantas, hasilnya
segala gerak-geri yang dipertontonkan melencong dari jalan yang dikehendaki
Allah SWT.“
Al-Quran yang diturunkan kepada kita melalui insan agung SAW merupakan
mukjizat yang tidak ada tolak bandingnya, bahkan ia juga sebagai ubat bagi
mengubati hati yang berpenyakit. Dengan kita melazimi membacanya dan
mentadabbur apa yang terkandung di dalamnya, akan memperolehi ketenangan
hati yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai mengingati Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “ketahuilah, dengan mengingati Allah itu,
hati akan tenang”.
Begitu juga dengan mengosongkan perut dari terlalu kenyang akan mengubati
segala penyakit yang tersemat dihati kerana dengannya hati akan beroleh
kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT serta
Cara-cara rawat hati
menjauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan. Rasulullah SAW pernah
bersabda: “Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah
hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan
keraslah hatinya”.
Sabda Rasulullah SAW lagi: “ janganlah kamu matikan hati kamu dengan
membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-
tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”.
Seterusnya, diantara ubat bagi mengubati hati ialah dengan sentiasa bagun
malam beribadat kepada Allah SWT kerana dengannya akan menjauhkan diri kita
dari tipu daya syaitan dan menjauhkan dari melakukan dosa serta mendapat
keredhoan dari Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa mengingati ummatnya: “
hendaklah kamu bangun malam ( beribadat ) walaupun hanya mengerjakan satu
rakaat sembahyang ”.
Oleh itu, bagi memastikan hati kita dalam keadaan sentiasa bersih dari segala
penyakit, hendaklah kita melazimi dengan membanyakan beribadat kepada Allah
disepertiga malam kerana waktu itulah Allah SWT turun ke langit dunia bagi
melihat siapa diantara hambanya yang berjaga malam, beribadat kepadanya.
Begitu juga, hati akan terubat dari segala penyakit dengan sentiasa bersama-
sama di dalam majlis orang-orang yang soleh. Ini akan menyebabkan sedikit
sebanyak akan terikut dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan mereka
yang sentiasa mengingati Allah SWT. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah
bersabda: “ Berkata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, wahai anakku,
sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama ( orang-orang yang soleh ) dan
dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah SWT akan
menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah
menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat ”.
Berkata seorang hukama’ : “ Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sebuah
kebun di atas dunia ini, barangsiapa yang masuk ke dalamnya maka bahagialah
hidupnya. Kemudian ditanya padanya: “apakah kebun itu?, lantas dijawab
bahawa kebun itu adalah majlis-majlis ilmu ( mengingati Allah ).
Begitulah di antara penawar-penawar yang digariskan oleh ulama bagi mengubati
hati-hati kita dari segala penyakit yang menyebabkan gerak geri yang
dipertontonkan oleh kita melencong ke arah kemurkaan Allah SWT. Mudah -
mudahan kita digolongkan dikalangan hamba-hambanya yang sentiasa dalam
keadaan hati bersih dari segala penyakit-penyakit yang menyebabkan kita lalai
mengingati Allah SWT.

More Related Content

What's hot

Zikir pagi petang (pdf)
Zikir pagi petang (pdf)Zikir pagi petang (pdf)
Zikir pagi petang (pdf)
ayunieys anis
 

What's hot (16)

Makanan dan minuman halal
Makanan dan minuman halalMakanan dan minuman halal
Makanan dan minuman halal
 
Renungan untuk manusia
Renungan untuk manusiaRenungan untuk manusia
Renungan untuk manusia
 
Menghayati Nilai-nilai Mujahadah An-Nafs, Musabaqah Bil Khairat, Etos Kerja, ...
Menghayati Nilai-nilai Mujahadah An-Nafs, Musabaqah Bil Khairat, Etos Kerja, ...Menghayati Nilai-nilai Mujahadah An-Nafs, Musabaqah Bil Khairat, Etos Kerja, ...
Menghayati Nilai-nilai Mujahadah An-Nafs, Musabaqah Bil Khairat, Etos Kerja, ...
 
Zikir pagi petang (pdf)
Zikir pagi petang (pdf)Zikir pagi petang (pdf)
Zikir pagi petang (pdf)
 
4.8 nataiju ittiba'ir rasul
4.8 nataiju ittiba'ir rasul4.8 nataiju ittiba'ir rasul
4.8 nataiju ittiba'ir rasul
 
Materi penyembelihan hewan
Materi penyembelihan hewanMateri penyembelihan hewan
Materi penyembelihan hewan
 
Dzikir alma tsurat
Dzikir alma tsuratDzikir alma tsurat
Dzikir alma tsurat
 
Pendidikan Agama Islam - Adab Makan dan Minum serta Hewan yang Haram dan Hala...
Pendidikan Agama Islam - Adab Makan dan Minum serta Hewan yang Haram dan Hala...Pendidikan Agama Islam - Adab Makan dan Minum serta Hewan yang Haram dan Hala...
Pendidikan Agama Islam - Adab Makan dan Minum serta Hewan yang Haram dan Hala...
 
Ihya Ramadhan
Ihya RamadhanIhya Ramadhan
Ihya Ramadhan
 
Asmaul husna
Asmaul husnaAsmaul husna
Asmaul husna
 
Sains pemakanan dalam islam
Sains pemakanan dalam islamSains pemakanan dalam islam
Sains pemakanan dalam islam
 
Bab 5 penyembelihan hewan
Bab 5 penyembelihan hewanBab 5 penyembelihan hewan
Bab 5 penyembelihan hewan
 
1.1 ta'riful qur'an
1.1 ta'riful qur'an1.1 ta'riful qur'an
1.1 ta'riful qur'an
 
HALAL HARAM
HALAL HARAMHALAL HARAM
HALAL HARAM
 
membiasakan perilaku terpuji
membiasakan perilaku terpujimembiasakan perilaku terpuji
membiasakan perilaku terpuji
 
Fiqh Qurban & Amal Dzulhijjah
Fiqh  Qurban &  Amal  DzulhijjahFiqh  Qurban &  Amal  Dzulhijjah
Fiqh Qurban & Amal Dzulhijjah
 

Viewers also liked (8)

Formula merawat hati
Formula merawat hatiFormula merawat hati
Formula merawat hati
 
Tip Pelajar Cemerlang
Tip Pelajar CemerlangTip Pelajar Cemerlang
Tip Pelajar Cemerlang
 
34 ciri-pelajar-cemerlang
34 ciri-pelajar-cemerlang34 ciri-pelajar-cemerlang
34 ciri-pelajar-cemerlang
 
Ciri Ciri Pelajar Muslim Cemerlang
Ciri Ciri Pelajar Muslim CemerlangCiri Ciri Pelajar Muslim Cemerlang
Ciri Ciri Pelajar Muslim Cemerlang
 
Ceramah Motivasi Pelajar
Ceramah Motivasi PelajarCeramah Motivasi Pelajar
Ceramah Motivasi Pelajar
 
Power point tips cara belajar yang baik
Power point tips cara belajar yang baikPower point tips cara belajar yang baik
Power point tips cara belajar yang baik
 
Ke Arah Pelajar Cemerlang
Ke Arah Pelajar CemerlangKe Arah Pelajar Cemerlang
Ke Arah Pelajar Cemerlang
 
Insan cemerlang dunia akhirat
Insan cemerlang dunia akhiratInsan cemerlang dunia akhirat
Insan cemerlang dunia akhirat
 

Similar to Cara untuk mengubat dan merawat hati

Buletin Jumat LAZNas Balikpapan Edisi 4
Buletin Jumat LAZNas Balikpapan Edisi 4Buletin Jumat LAZNas Balikpapan Edisi 4
Buletin Jumat LAZNas Balikpapan Edisi 4
LAZNas Chevron
 
Teks khutbah idul fitri, 1 syawwal 1436 h 01
Teks khutbah idul fitri, 1 syawwal 1436 h 01Teks khutbah idul fitri, 1 syawwal 1436 h 01
Teks khutbah idul fitri, 1 syawwal 1436 h 01
Muhsin Hariyanto
 
KONSEP HIDUP SEHAT DALAM ISLAM
KONSEP HIDUP SEHAT DALAM ISLAMKONSEP HIDUP SEHAT DALAM ISLAM
KONSEP HIDUP SEHAT DALAM ISLAM
KANDA IZUL
 

Similar to Cara untuk mengubat dan merawat hati (20)

Buletin Jumat LAZNas Balikpapan Edisi 4
Buletin Jumat LAZNas Balikpapan Edisi 4Buletin Jumat LAZNas Balikpapan Edisi 4
Buletin Jumat LAZNas Balikpapan Edisi 4
 
Buletin Rumbai Edisi 12 Mengingat Kematian Melancarkan Kemaslahatan
Buletin Rumbai Edisi 12 Mengingat Kematian Melancarkan KemaslahatanBuletin Rumbai Edisi 12 Mengingat Kematian Melancarkan Kemaslahatan
Buletin Rumbai Edisi 12 Mengingat Kematian Melancarkan Kemaslahatan
 
Obat Penawar Hati
Obat Penawar HatiObat Penawar Hati
Obat Penawar Hati
 
5 perkara obat hati
5 perkara obat hati5 perkara obat hati
5 perkara obat hati
 
Tawazun
TawazunTawazun
Tawazun
 
Kiat2 agar selalu berlapang_dada
Kiat2 agar selalu berlapang_dadaKiat2 agar selalu berlapang_dada
Kiat2 agar selalu berlapang_dada
 
Seorang mukmin yang sakit, ia tidak
Seorang mukmin yang sakit, ia tidakSeorang mukmin yang sakit, ia tidak
Seorang mukmin yang sakit, ia tidak
 
Terapi ruqyah untuk kesuburan dan kehamilan
Terapi ruqyah untuk kesuburan dan kehamilanTerapi ruqyah untuk kesuburan dan kehamilan
Terapi ruqyah untuk kesuburan dan kehamilan
 
Sepuluh Tips Membersihkan Jiwa
Sepuluh Tips Membersihkan JiwaSepuluh Tips Membersihkan Jiwa
Sepuluh Tips Membersihkan Jiwa
 
Bacalah hatimu 01
Bacalah hatimu 01Bacalah hatimu 01
Bacalah hatimu 01
 
Quote
QuoteQuote
Quote
 
Teks khutbah idul fitri, 1 syawwal 1436 h 01
Teks khutbah idul fitri, 1 syawwal 1436 h 01Teks khutbah idul fitri, 1 syawwal 1436 h 01
Teks khutbah idul fitri, 1 syawwal 1436 h 01
 
Management Hati
Management HatiManagement Hati
Management Hati
 
9. Macam2 Akhlak.pptx
9. Macam2 Akhlak.pptx9. Macam2 Akhlak.pptx
9. Macam2 Akhlak.pptx
 
Presentation1 (kesehatan dalam islam)
Presentation1 (kesehatan dalam islam)Presentation1 (kesehatan dalam islam)
Presentation1 (kesehatan dalam islam)
 
Fiqih Janaiz.pdf
Fiqih Janaiz.pdfFiqih Janaiz.pdf
Fiqih Janaiz.pdf
 
Fiqih Janaiz.doc
Fiqih Janaiz.docFiqih Janaiz.doc
Fiqih Janaiz.doc
 
KONSEP HIDUP SEHAT DALAM ISLAM
KONSEP HIDUP SEHAT DALAM ISLAMKONSEP HIDUP SEHAT DALAM ISLAM
KONSEP HIDUP SEHAT DALAM ISLAM
 
20 amalan murah
20 amalan murah20 amalan murah
20 amalan murah
 
Sasaran akhlak; kepada diri sendiri
Sasaran akhlak; kepada diri sendiriSasaran akhlak; kepada diri sendiri
Sasaran akhlak; kepada diri sendiri
 

Cara untuk mengubat dan merawat hati

  • 1. CARA UNTUK MENGUBAT DAN MERAWAT HATI Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”. Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik penciptaan. Bermulanya dengan setitik air yang hina sehinggalah bergelar seorang insan bernama manusia. Diberikan pula berbagai-bagai nikmat yang tak ternilai banyaknya tanpa mengira siapa kita. Namun, kita sering lalai dan lupa untuk mensyukuri di atas anugerah yang dikurniakan, bahkan kita masih lagi berlumba- lumba mengejar kemewahan yang bersifat sementara itu. Nikmat yang paling berharga dikurniakan kepada manusia ialah nikmat hati, yang merupakan raja segala gerak-geri dan tingkah-laku yang dipertontonkan oleh manusia. Hati yang diciptakan Allah semulia-mulia kejadian, di situlah akal manusia, di situlah buruk, baik, sihat, lemah manusia, di situlah segala-galanya. Benarlah apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”. Hatilah punca segala-galanya. Jika tidak berpunca dari hati yang kotor, manusia tidak akan melakukan maksiat terhadap penciptanya. Namun, kita sentiasa tidak menghiraukan gelagat hati kita. Kita sering biarkan hati kita dikotori titik-titik hitam dan dihinggapi berbagai-bagai penyakit yang menjijikan. Lantas, hasilnya segala gerak-geri yang dipertontonkan melencong dari jalan yang dikehendaki Allah SWT.“ Al-Quran yang diturunkan kepada kita melalui insan agung SAW merupakan mukjizat yang tidak ada tolak bandingnya, bahkan ia juga sebagai ubat bagi mengubati hati yang berpenyakit. Dengan kita melazimi membacanya dan mentadabbur apa yang terkandung di dalamnya, akan memperolehi ketenangan hati yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai mengingati Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang”. Begitu juga dengan mengosongkan perut dari terlalu kenyang akan mengubati segala penyakit yang tersemat dihati kerana dengannya hati akan beroleh kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT serta
  • 2. Cara-cara rawat hati menjauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya”. Sabda Rasulullah SAW lagi: “ janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh- tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”. Seterusnya, diantara ubat bagi mengubati hati ialah dengan sentiasa bagun malam beribadat kepada Allah SWT kerana dengannya akan menjauhkan diri kita dari tipu daya syaitan dan menjauhkan dari melakukan dosa serta mendapat keredhoan dari Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa mengingati ummatnya: “ hendaklah kamu bangun malam ( beribadat ) walaupun hanya mengerjakan satu rakaat sembahyang ”. Oleh itu, bagi memastikan hati kita dalam keadaan sentiasa bersih dari segala penyakit, hendaklah kita melazimi dengan membanyakan beribadat kepada Allah disepertiga malam kerana waktu itulah Allah SWT turun ke langit dunia bagi melihat siapa diantara hambanya yang berjaga malam, beribadat kepadanya. Begitu juga, hati akan terubat dari segala penyakit dengan sentiasa bersama- sama di dalam majlis orang-orang yang soleh. Ini akan menyebabkan sedikit sebanyak akan terikut dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan mereka yang sentiasa mengingati Allah SWT. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: “ Berkata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, wahai anakku, sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama ( orang-orang yang soleh ) dan dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat ”. Berkata seorang hukama’ : “ Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sebuah kebun di atas dunia ini, barangsiapa yang masuk ke dalamnya maka bahagialah hidupnya. Kemudian ditanya padanya: “apakah kebun itu?, lantas dijawab bahawa kebun itu adalah majlis-majlis ilmu ( mengingati Allah ). Begitulah di antara penawar-penawar yang digariskan oleh ulama bagi mengubati hati-hati kita dari segala penyakit yang menyebabkan gerak geri yang dipertontonkan oleh kita melencong ke arah kemurkaan Allah SWT. Mudah - mudahan kita digolongkan dikalangan hamba-hambanya yang sentiasa dalam keadaan hati bersih dari segala penyakit-penyakit yang menyebabkan kita lalai mengingati Allah SWT.