Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
ayat-aktif-tak-transitif
1. Ayat aktif tak transitif
Dalam buku Tatabahasa Dewan, tulisan Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa
dan Abdul Hamid Mahmood mendefinisikan ayat aktif tak transitif ialah ayat yang
mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.
Ada dua jenis ayat aktif tak transitif :
i. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.
ii. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.
a) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.
Ayat aktif tak transitif jenis ini ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif yang
boleh mengandungi frasa keterangan secara pilihan, contoh- contoh adalah seperti berikut :
1. (a) Kanak- kanak sedang mandi di kolam itu.
(b) Kanak- kanak sedang mandi.
2. (a) Dia menangis sepanjang hari.
(b) Dia menangis.
3. (a) Pokok itu membesar dengan cepatnya.
(b) Pokok itu membesar.
b) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.
Ayat aktif tak transitif jenis ini ialah ayat yang menerima frasa keterangan yang tidak boleh
Digugurkan. Contoh- contohnya :
1. (a) Dia berada di Kuala Lumpur.
(b)* Dia berada.
2. (a) Bas itu menuju ke selatan.
2. (b) *Bas itu menuju.
3. (a) Penyakitnya beransur sembuh.
(b)* Penyakitnya beransur.
(Kumpulan kami akan mengajar ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh
digugurkan. Kami telah bersetuju untuk mengajar murid tingkatan dua.)
*lepas amik rujukan buang yang ni…
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood
Tatabahasa Dewan
Dewan bahasa dan pustaka.
Kuala Lumpur.
1986.