2. 1. Menyatakan Matlamat Masalah
• Menghayati masalah yang berkenaan dan
berkebolehan menyatakan matlamat
masalah itu dengan jelas. Juga
berkebolehan menganalisis dan
menerangkan maklumat yang relevan
serta menepikan data yang tidak relevan.
4. 3. Membuat Anggaran
• Dapat menyemak kerja yang telah
dilakukan dan menunjukkan kesalahan
dalam proses penyelesaian atau proses
kiraan.
5. 4. Menyusun Atur
• Berkebolehan menyusun atur data atau
maklumat mengikut suatu tertib atau
sekuens yang dikehendaki.
6. 5. Membuat Gambar Rajah
• Dapat menjelas dan merumus maklumat
dan mengecamkan perhubungan di antara
komponen-komponen sesuatu masalah.
7. 6. Memproses Secara Mental Atau
Membuat Visual Mental
• Memproses atau membuat imej sesuatu
secara mental tanpa penulisan.
8. 7. Mengintepretasi (Mentafsir)
• Melibat kemahiran memeriksa maklumat
dan menerangkan atau menyusun semula
maklumat itu untuk memberi pola dan
makna yang baru.
10. 9. Mengecamkan Perhubungan
• Kebolehan mengecamkan perhubungan di
antara sifat-sifat satu sel maklumat
dengan sifat-sifat maklumat yang lain atau
denagn konsep/teorem yang telah
dipelajari.
11. 10. Menggunakan Analogi
• Dapat membandingkan perhubungan dua
set maklumat yang berlainan dan
membuat kesimpulan.
12. 11. Mengecamkan Pola
• Berkebolehan mengecamkan elemen atau
perhubungan yang berulang atau
mengikut satu cara/tertib yang dapat
diramalkan dan memberi sebab wujudnya
pola itu.
13. 12. Membuat Inferens
• Perlu menggunakan penaakulan mantik
(logik) untuk membuat kesimpulan
daripada bukti yang terdapat dalam kes-
kes khusus.
14. 13. Membanding dan Membezakan
• Mengenal pasti ciri-ciri kesamaan dan
perbezaan dan membuat kesimpulan.
15. 14. Mencari Semua Penyelesaian
Yang Mungkin
• Mencari berbagai jawapan atau cara
penyelesaian untuk sesuatu masalah.
16. 15. Bekerja ke Belakang dan ke
Hadapan (Working Backwards and
Forwards)
• Bermula dengan matlamat dan
menentukan syarat yang diperlukan untuk
mencapai matlamat itu. Mungkin terdapat
beberapa lintasan (paths) yang berlainan
ke belakang daripada maklumat itu. Murid
perlu mengecamkan beberapa
submatlamat semasa bekerja ke
belakang.
17. 16. Mengecamkan Maklumat yang
Palsu
• Membolehkan murid mengecamkan
kepalsuan sesuatu maklumat yang diberi
atau kepalsuan dalam penaakulan supaya
pembetulan dapat dibuat.
18. 17. Cubajaya
• Membuat lakaran/rajah/jadual, memeriksa
akibat atau membuat operasi kiraan,
membanding hasilnya dan
mengubahsuaikan lakaran/rajah/jadual
untuk mendapat jawapan yang hampir
dengan matlamat itu. Dengan mengulang
proses itu, penyelesaian mungkin
terdapat.