Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Tamadun dunia
1. TAMADUN DUNIA 9
CONTOH SOALAN:
TEMA 7: Bincangkan sumbangan Marco Polo dan Ferdinand Magellen kepada penjelajahan
dan penerokaan.
Penjelajahan bermaksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah.
Penerokaan pula bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, menempuh dan
mengharungi segala persekitaran. Penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa Barat pada abad
ke-16 M diasaskan oleh tiga faktor utama, iaitu agama(Gospel), politik(Glory), dan
ekonomi(Gold). Antara tokoh pelayaran Eropah yang terkenal pada zaman ini ialah Marco
Polo dan Ferdinand Magellan. Mereka telah banyak memberikan sumbangan kepada Eropah
malulai penjelajahan dan penerokaan yang dilakukannya.
Marco Polo dan Ferdinand Magellen merupakan dua orang tokoh pelayaran yang terkenal
dan banyak memberikan sumbangan besar dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.
Marco polo merupakan seorang pedagang yang berasal dari kota Venice di Itali. Beliau
memulakan ekspedisi pertamanya dengan menyertai bapanya Nicolo Polo dan bapa
saudaranya Maffeo Polo ke China pada tahun 1271.
Antara sumbangan yang dapat dilihat dilakukan oleh Marco Polo ialah membuat catatan
tempat-tempat yang dilawati. Antara tempat-tempat yang dilawati oleh beliau semasa
ekspedisi penjelajahan ialah Sumatera, Sri Lanka, Koromandel, Gujerat, Hormoz dan
Constantinople. Marco Polo banyak menulis catatan mengenai tempat-tempat dilawati,
membuat catatan tentang pertanian, rempah ratus, pertukangan, penduduk dan agama
masyarakat.
Seterusnya ialah, sumbangan dalam penulisan kitab pengembaraan. Marco Polo menulis
sebuah kitab berjudul ‘The Travels of Marco Polo’ ketika berada dalam tahanan di Genoa.
Buku ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Sepanyol dan Inggeris. Buku
penulisan Marco Polo ini kemudiannya menjadi sumber rujukan bagi pengembara-
pengembara Eropah khususnya dari Negara Sepanyol dan Portugal untuk melakukan
ekspedisi penjelajahan dan penerokaan ke dunia luar.
Marco Polo juga turut memberi sumbangan dalam geografi. Ini dapat dilihat dalam
penghasilan buku oleh beliau sendiri. Ilmu mengenai geografi turut dimuatkan didalam buku
atau kitab yang dihasilkan oleh Marco Polo. Segala ilmu dan maklumat tentang geografi yang
dimuatkan didalam buku ini membantu para pengembara Eropah dalam menjalankan misi
penjelajahan dan penerokaan dan ia juga mendorong kepada penghasilan peta dunia yang
lebih tepat.
Tokoh yang seterusnya ialah Ferdinand Magellen. Ferdinand Magellen ialah seorang pelaut,
ahli geografi dan pengembara yang berasal dari Portugal. Beliau terkenal kerana beliau
adalah orang yang pertama berjaya mengelilingi dunia. Beliau memperoleh kemahiran
pelayaran ketika berkhidmat sebagai wizurai Portugis di India selama tujuh tahun. Beliau
mempunyai pengalaman pelayaran di sekitar kepulauan melayu, Laut China Selatan dan
kepulauan rempah.
Ferdinand Magellen memberi sumbangan dalam ilmu kelautan dan pelayaran. Ini dapat
2. dilihat dengan pengalaman beliau dalam menjadi wizurai dan memperoleh kemahiran
pelayaran. Tambahan juga beliau memperkembangkan lagi penggunaan alat kelautan seperti
carta pelayaran(peta), astrolob, kompas dan sebagainya. Hal ini menyebabkan alat-alat ini
menjadi satu kepentingan bagi pengembara-pengembara diseluruh dunia.
Seterusnya, Ferdinand Magellen juga memberi sumbangan dalam penemuan jalan kapal atau
jalan perdagangan yang baru. Ini dapat dilihat apabila beliau melakukan pengembaraan ke
kepulauan rempah ataupun dikenali sebagai Filipina. Ini jelas menunjukkan bahawa beliau
dapat meneroka laluan kapal yang baru dan ini dapat dibuktikan lagi dengan wujudnya Selat
Magellen.
Selain itu, Ferdinand Magellen juga memberikan sumbangan dalam penemuan tempat baru.
Antara tempat baru itu ialah Cape Virgins, kepulauan Aldrone, dan Filipina. Penemuan
tempat-tempat baru ini telah menggalakkan aktiviti perdagangan hamba oleh Portugis di
Filipina. Ia juga mendorong kepada pembukaan jaringan aktiviti perdangangan antara
Portugis dengan Filipina.
Kesimpulannya, Marco Polo dan Ferdinand Magellen merupakan ahli pelayaran yang telah
banyak memberikan sumbangan yang besar dalam bidang pelayaran penjelajahan dan
penerokaan. Marco Polo telah memberikan sumbangan yang besar dalam mendedahkan
maklumat tentang kekayaan peradaban timur kepada masyarakat Eropah manakala Ferdinand
Magellen merupakan tokoh yang berjaya berlayar mengelilingi dunia dalam tempoh tiga
tahun.