1. TUGASAN 8 : PEMANASAN
GLOBAL
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN (LMCP1532)
PENSYARAH : PROF. DATO IR. DR. RIZA ATIQ ABDULLAH
BIN O.K. RAHMAT
NAMA PELAJAR : MUHAMMAD IZZAT BIN EBRAHIM
NO. MATRIK : A161615
SESI 2018/2019
LMCP 1532
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
3. Matahari telah membekalkan tenaga selama
berbilion – billion tahun. Tenaga suria adalah
sinaran – sinaran Matahari (radiasi suria) yang
sampai ke Bumi. Tenaga ini boleh ditukarkan
menjadi bentuk tenaga yang lain seperti tenaga
haba dan elektrik.
--> Apabila ia ditukarkan kepada tenaga haba,
tenaga suria boleh digunakan untuk :
• Memanaskan air – digunakan di rumah,
bangunan atau kolam renang
• Memanaskan ruang – di dalam rumah, rumah
hijau dan bangunan – bangunan lain.
TENAGA SOLAR
5. Tenaga hidro berasal dari air mengalir dan boleh diubah menjadi tenaga
elektrik. Tenaga ini menampung keperluan pertanian. Tanah Malaysia yang kaya dengan
flora dan fauna telah menjadikan negara kita sebagai kawasan yang mempunyai bekalan air
yang berterusan.
Hampir 90 peratus daripada sumber tenaga yang diperbaharui datang daripada kuasa
hidro. Empangan telah digunakan sebagai sebuah stesen janakuasa hidro untuk
menakung air sungai.
Kelebihan tenaga air ini termasuklah :
1. Air adalah percuma.
2. Air juga dapat disimpan di dalam empangan dan sedia digunakan pada masa yang
diperlukan serta tidak ada sisa buangan yang mencemarkan.
3. Tenaga ini juga lebih diyakini berbanding dengan tenaga angin, matahari dan gelombang,
selain boleh digunakan sebagai bahan api yang menggerakkan kenderaan.
TENAGA HIDRO
6. • Dalam membincangkan tentang kuasa hidro, ia sebenarnya termasuk kuasa hidroelektrik,
kuasa air pasang surut, kuasa ombak, dan tenaga haba laut. Tetapi, ia banyak berkisar
tentang janakuasa hidroelektrik kerana ia digunakan untuk menjana elektrik di
kebanyakan negara di dunia.
Tenaga kuasa hidro bergantung kepada kitaran air. Memahami kitaran air adalah penting
untuk memahami kuasa hidro.
8. • Angin adalah udara yang bergerak. Ini terjadi oleh pemanasan permukaan Bumi yang
tidak sama oleh Matahari. Disebabkan permukaan Bumi terdiri daripada pelbagai jenis
bentuk muka bumi dan air, ia menyerap haba cahaya Matahari pada kadar yang
berbeza – beza. Satu contoh menunjukkan berlakunya pemanasan tidak sekata ini
ialah kitaran angin semula jadi.
• Ketika waktu siang, udara pada permukaan darat menjadi panas lebih cepat
berbanding udara pada permukaan air. Udara panas pada permukaan darat
mengembang dan bergerak ke atas, kemudian udara yang lebih berat dan lebih sejuk
dengan pantas mengisi ruang yang ditinggalkan, ini yang menyebabkan berlakunya
angin. Pada waktu malam, prosesnya adalah terbalik kerana udara pada permukaan
darat lebih cepat menjadi sejuk berbanding udara pada permukaan air.
TENAGA KINCIR ANGIN
11. • Penggunaan tenaga geoterma bergantung kepada suhunya.
Kolam geoterma yang bersuhu kurang daripada 150 darjah:
a) Memanaskan rumah
b) Memasak
Kolam geoterma yang bersuhu lebih daripada 200 darjah:
a) Menghasilkan tenaga elektrik.
TENAGA GEOTERMA