SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Adat Resam Perkahwinan Melayu Malaysia

Adat resam kahwin Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang
paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu, baik di kawasan luar bandar mahupun
di bandar. Sebagaimana mana-mana kaum, langkah sedaya upaya untuk menepati adat resam
ini termasuk menjual harta atau meminjam wang, untuk tujuan ini.

Adat resam kahwin Melayu memerlukan banyak wang untuk menepati semua
peringkat istiadatnya. Ia terdiri daripada lapan langkah yang boleh digolongkan kepada tiga
peringkat:

Peringkat pertama
Merisik atau menengok
Meminang atau bertunang
Menghantar belanja dan akad
Peringkat kedua
Berandam dan berasah gigi
Berinai
Peringkat ketiga
Bersanding
Mandi limau
Sambut-menyambut
Peringkat 1.1 : Merisik atau menengok

Sebaik sahaja ibu bapa seseorang lelaki memutuskan bahawa anaknya cukup umur
untuk berkahwin, mereka akan mencari-cari pasangan yang sesuai untuk dijadikan isteri
anaknya. Tanggungjawab untuk memilih pengantin perempuan jatuh kepada ibu bapa pada
keseluruhannya. Bagaimanapun, sebilangan besar orang Melayu kini, khususnya mereka yang
berpendidikan barat, membiarkan pilihan isteri hampir pada keseluruhannya kepada anakanak lelaki mereka. Terdapat juga ibu bapa Melayu yang berihsan yang memilih jalan tengah
dan memilih pengantin perempuan dengan persetujuan anak lelaki mereka atau sebaliknya.
Menurut adat resam kahwin Melayu, ibu bapa akan mengendalikan tugas memilih
pengantin perempuan untuk anak lelaki mereka dengan teliti. Selepas mereka memilih
beberapa orang anak dara yang sesuai, mereka akan memulakan penyiasatan dengan menanya
kawan-kawan dan saudara-saudara mereka serta anak-anak dara yang terpilih. Dalam
pemilihan mereka, ibu bapa anak lelaki memerlukan bahawa bukan sahaja sifat dan tingkah
laku anak dara itu tetapi juga ibu bapanya dapat diterima kerana mereka memegang teguh
kepada peribahasa, “Kalau hendak meminang anak, „pinang‟ ibu bapanya dahulu.”

Antara sifat-sifat yang paling dikagumi oleh bakal mertua pada zaman dahulu(dan
masih oleh sebilangan orang pada hari ini) ialah kemahiran rumah tangga seperti memasak
dan menjahit. Bagaimanapun, pencapaian yang paling disanjung ialah keupayaan anak dara
untuk membaca al-Quran (baik memahami apa yang dibacanya mahupun tidak) dengan fasih
dan merdu. Tidak terdapat sebarang pencapaian pendidikan ketika itu yang lebih penting,
termasuk juga kenal huruf dalam bahasa Melayu.

Selepas membuat keputusan tentang bakal menantu perempuan berdasarkan
maklumat-maklumat yang dikumpulkan dan sebelum meminang, ibu bapa anak lelaki akan
membuat penyiasatan terakhir dengan menghantar sebilangan kawan atau saudara (biasanya
wanita) ke rumah anak dara itu untuk mengenalnya secara peribadi. Biasanya, utusan-utusan
itu dihantar ke rumah anak dara tanpa sebarang pengumuman kerana adanya makna khusus
untuk kunjungan tanpa persediaan itu. Orang Melayu pada zaman dahulu (serta sebilangan
kecil di kawasan luar bandar pada hari ini) mempercayai bahawa pada ketibaan utusan-utusan
di rumah anak dara itu, gadis itu sedang mandi atau mencuci, ini merupakan petanda yang
bertuah untuk masa hadapan perkahwinan kedua-dua orang muda itu. Sebaliknya, jika gadis
itu didapati masak di dapur, ia merupakan petanda yang kurang baik. Orang Melayu pada
zaman dahulu juga mempercayai bahawa jika perjalanannya ke rumah anak dara lambat atau
dihalang atas sebarang sebab atau kemalangan, ia merupakan petanda bahawa masa depan
perkahwinan itu tidak begitu bahagia. Bagaimanapun,[kepercayaan karut] ini tidak lagi
diambil berat oleh kebanyakan orang Melayu, termasuk juga mereka yang tinggal di kawasan
luar bandar.

Pada akhir kajian dan selepas menilai, ibu bapa anak lelaki itu akan mengadakan
majlis kecil antara keluarga kedua-dua pihak serta bersama-sama saudara-saudara rapat untuk
memutuskan hari yang baik untuk meminang.
Peringkat 1.2 : Meminang atau bertunang

Ibu bapa bakal pengantin lelaki kemudian menugaskan sebilangan orang tua yang
rapat untuk bertemu dengan ibu bapa anak perempuan agar mendapat persetujuan. Ibu bapa
anak perempuan akan meminta sedikit masa demi adat untuk membuat pertimbangan atas
alasan bahawa mereka harus berunding dengan saudara-saudara mereka (walaupun mereka
telah tahu tentang kunjungan utusan sebelum ketibaannya, dan telah memberikan
persetujuan). Ini mungkin mengambil masa beberapa hari atau paling lama, seminggu. Ibu
bapa anak perempuan kemudian menugasi sebilangan saudara yang terdiri daripada keduadua lelaki dan perempuan, untuk menyampaikan keputusan mereka untuk menerima
pinangan. Dan adalah semasa ini bahawa syarat-syarat perkahwinan seperti hantaran kahwin,
belanja, hari upacara perkahwinan, dan sebagainya dibincangkan dan diselesaikan. Inilah
sebabnya utusan merangkumi orang-orang lelaki.

Pada zaman silam, dan pada takat yang tidak begitu biasa pada hari ini, adat
menghantar tanda mendahului adat menghantar mas kahwin dan belanja, khususnya jika
upacara melangsungkan perkahwinan ditangguhkan selama beberapa bulan. Tanda itu
biasanya adalah dalam bentuk cincin emas atau berlian, dengan nilainya bergantung kepada
kehendak hati serta keupayaan kewangan keluarga lelaki. Tanda itu biasanya diiringi oleh
hadiah-hadiah yang lain kepada bakal pengantin perempuan, seperti kain, sarung, selipar atau
kasut, gula-gula, buah-buahan, dan sebagainya.
Penghantaran tanda biasanya disertai dengan majlis kenduri oleh kedua-dua keluarga.
Sesetengah orang juga menyampaikan cincin dan hadiah-hadiah yang lain dengan cara
mengadakan perarakan ke rumah bakal pengantin perempuan. Penerimaan cincin dan hadiahhadiah iringan secara tradisi bermaksud penerimaan syarat-syarat perkahwinan yang berikut
antara kedua-dua pihak:
* Jika lelaki itu, atas apa-apa alasan, gagal untuk mengahwini anak perempuan yang
ditunangkan, cincin pertunangan serta hadiah-hadiah yang lain tidak boleh dituntut balik.
* Jika perempuan itu, atas apa-apa alasan kecuali kematiannya, gagal memenuhi tujuan
pertunangan itu, maka semua hadiah, termasuk cincin pertunangan, harus dikembalikan
kepada lelaki pada kadar sekali ganda, baik dari segi bilangan atau nilainya.
Inilah adat yang telah diikuti oleh orang-orang Melayu sejak dari zaman silam. Terdapat juga
dua cara pertunangan yang lain selain daripada cara yang tersebut di atas, iaitu:
1. Pertunangan antara dua buah keluarga yang amat rapat atau bersaudara tanpa cincin
pertunangan atau persetujuan bertulis ketika anak-anak mereka masih bayi atau kanak-kanak
lagi.
2. Pertunangan yang dibuat untuk memenuhi kehendak salah seorang mendiang ibu bapa
(baik secara lisan sebelum kematiannya atau melalui wasiat tertulis). Cara ini amat dihormati
oleh orang-orang Melayu.

Peringkar 1.3 : Menghantar belanja dan akad
Pada zaman silam, istiadat menghantar mas kahwin dan belanja perkahwinan diadakan
sehari atau dua (kekadang lebih lama) sebelum upacara akad, tetapi kini diadakan bersamasama, mungkin untuk mengurangkan perbelanjaan. Selain daripada mas kahwin dan belanja
perkahwinan tersebut, barang-barang yang berikut juga dihantar:
1. cincin yang bertatahkan batu permata
2. kain sutera yang mencukupi untuk menjahit sehelai baju perempuan
3. dua helai sarung sutera
4. beraneka jenis kuih
5. beraneka jenis buah-buahan
6. puan (mangkuk sirih) atau kotak sirih yang dilengkapi dengan bahan-bahan (ini bukannya
hadiah tetapi akan dipulangkan)
7. satu atau dua buah cerek air mawar yang diperbuat daripada logam perak atau loyang
(juga akan dipulangkan).

Kesemua barang tersebut mengiringi perarakan pengantin lelaki ke rumah pengantin
perempuan untuk melangsungkan upacara perkahwinan. Untuk upacara akad, pengantin lelaki
pada zaman silam memakai pakaian haji atau pakaian bangsa Melayu yang mudah. Upacara
akad sebenarnya adalah satu-satunya istiadat yang diperlukan oleh agama Islam dan undangundang untuk menghalalkan perkahwinan. Upacara-upacara amal yang lain hanya merupakan
keperluan adat resam.
Pada ketibaan perarakan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan, anggotaanggota perarakan disambut masuk ke rumah. Pengantin lelaki berduduk di atas sehelai tikar
sila di bahagian utama ibu rumah, berdekatan imam. Barang-barang yang dibawanya
dibariskan di tengah ibu rumah antara dua baris tetamu yang berduduk, dengan wang belanja,
cincin, serta puan di hadapan baris.

Imam kemudian memilih dua orang wakil daripada tetamu-tetamu untuk menerima
dan menyemak hantaran, serta untuk menjadi saksi kepada upacara akad nikah. Selepas
barang-barang itu disemak dan diterima oleh imam bagi pihak ibu bapa pengantin perempuan,
kesemua barang itu, kecuali puan serta cerek air mawar dan dulang bunga rampai (jika
disediakan), dihantar kepada kaum perempuan. Imam kemudian mendaftarkan nama
pengantin lelaki ke dalam sebuah buku, dan selepas kemasukan itu ditandatangani oleh
pengantin lelaki serta kedua-dua saksi tersebut, imam akan membaca upacara perkahwinan
dalam bahasa Arab (bagaimanapun, pada hari ini, sebilangan besar imam Melayu yang
bersikap wajar membaca upacara dalam bahasa yang difahami oleh pengantin lelaki dan para
hadirin). Pada akhir upacara, imam memegang tangan kanan pengantin lelaki dan
mengisytiharkan kenyataan akad kepadanya, mula-mulanya dalam bahasa Arab (tidak wajib)
dan kemudian dalam bahasa Melayu:
“… bin …, aku nikahkan dikau dengan … binti … yang telah memperwakili ia akan daku
dengan mas kahwinnya sebanyak $… (tunai/berhutang) dan belanjanya $…”
Adat resam mengizinkan mas kahwin dihutang dengan tarikh pembayarannya tidak
disebut. Oleh itu, imam akan menambahkan perkataan “berhutang” atau “tunai” sejurus
selepas menyatakan jumlah mas kahwin dalam kenyataan akadnya. Imam kemudian berjabat
tangan dengan pengantin lelaki sebagai tanda untuknya menjawab tanpa teragak-agak atau
kesilapan:
“Aku terima nikahnya … binti … dengan mas kahwinnya $… (tunai/berhutang) dan
belanjanya $…”
Jika jawapan pengantin lelaki disebut dengan tidak teragak-agak serta dengan jelas kepada
mereka yang duduk berdekatannya, khususnya oleh kedua-dua saksi, jadi upacara akad dikira
sah.

Selepas upacara akad, pengantin lelaki akan berjabat tangan dengan semua tetamu,
bermula dengan imam dan bapa mertuanya, jika dia menghadiri majlis itu. Pengantin lelaki
diiringi balik ke rumahnya dan tetamu-tetamu, baik lelaki mahupun perempuan, dihidangkan
dengan jamuan yang terdiri daripada kari dan nasi minyak.
Pada waktu yang sama, majlis pengantin perempuan akan menyediakan nasi pengantin dan
menghantarnya kepada pengantin lelaki di rumahnya. Pengantin lelaki akan menjemput
beberapa kawan yang paling rapat untuk bersarapan bersama-sama.

Peringkat 2.1 : Berandam dan berasah gigi
Berandam dan berasah gigi diamalkan pada zaman silam, bersama-sama istiadat yang
berkenaan, tiga hari atau lebih sebelum hari akad nikah. Rambut pengantin perempuan di dahi
serta bulu keningnya dipepat (seringnya, pengantin lelaki juga mengamalkan adat ini).
Kemudian, gigi pengantin perempuan diasah dan dikilap supaya menjadikannya sama rata dan
berkilat. Tugas ini dilakukan oleh seorang tukang andam yang juga merupakan “emak
pengantin” (bukan ibu sebenar).

Bagaimanapun, amalan ini kini sudah lapuk, dan hanya adat berandam diamalkan oleh
pengantin perempuan di kawasan luar bandar pada hari ini (pengantin lelaki tidak lagi
mengamalkan adat ini), manakala orang bandar Melayu lebih suka menghantar bakal
pengantin perempuan ke kedai solek yang banyak terdapat di semua bandar di Malaysia.
Walaupun demikian, di kawasan-kawasan terpencil, masih terdapat orang Melayu yang
mematuhi peribahasa, “Biar mati anak, jangan mati adat”.

Selepas berandam, pengantin perempuan akan mandi dengan air sintuk-limau yang
dianggap secara tradisi sebagai dapat menghapuskan nasib malang pada pengantin
perempuan.

Selepas mandi istidat itu dan sebelum bakal pengantin perempuan tidur pada malam
yang sama, sepuluh hujung jarinya dan pusat kedua-dua tapak tangan serta pinggir tapak kaki
diinai dan dibiarkan kering sehingga pagi berikut. Ini adalah amalan berinai yang sebenar dan
mendahului apa yang dikenali sebagai istiadat berinai.

Peringkat 2.2 : Istiadat berinai
Istiadat berinai terdiri daripada tiga peringkat:
1. Berinai curi diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak kaki
bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di
atas pelamin. Kaedah yang dihuraikan di bahagian Berinai besar dipatuhi.
2. Berinai kecil yang diadakan pada waktu petang hari selepas hari berinai curi. Kaedahnya
sama sahaja dengan berinai curi.
3. Berinai besar.

Istiadat berinai besar
Ketika pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan dalam pakaian pengantin,
dia didudukkan di atas pelamin yang terletak di hadapan sekumpulan tetamu (kebanyakannya
wanita), saudara rapat, jiran, dan kawan keluarga pengantin perempuan. Di hadapan pengantin
lelaki terletak sebuah dulang berkekaki yang besar yang mengandungi tiga buah pinggan,
bersama-sama beberapa tangkai daun wangi. Pinggan-pinggan itu masing-masing
mengandungi nasi kunyit, bertih, dan air daun setawar kisar. Di tengah dulang itu terletak
selonggok pes inai.

Istiadat berinai besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke pelamin, satu demi
satu, untuk membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin lelaki. Perbuatan
yang sama kemudian dilakukan dengan bertih. Ini diikuti oleh tangkai daun wangi yang
dicelupkan ke dalam air daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh kedua-dua
belakang tangan pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes inai dari
longgok di tengah dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh
emak pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki. Daun sirih itu
bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan tangan pengantin. Sejurus selepas ini, emak
pengantin akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan menaikkannya pada aras dada
sebagai tanda menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat ini. Istiadat ini biasanya
dilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilangan mereka harus merupakan bilangan
ganjil dan bukannya genap.

Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut menjalankan istiadat
ini dengan cara yang tepat sama. Selepas semua tetamu yang minat telah menjalankan istiadat
ini, seorang wakil daripada kalangan tetamu lelaki akan ke depan untuk membaca doa
selamat. Pengantin lelaki kemudian akan pulang ke rumah sendiri, dan pengantin perempuan
turut didudukkan di atas pelamin untuk menjalankan istiadat yang sama. Istidat ini diakhiri
seperti biasa dengan jamuan kari dan nasi.

Kenduri berinai besar adalah jauh lebih besar, berbanding dengan kenduri berinai curi
dan kenduri berinai kecil. Selain itu, pengantin lelaki tidak terlibat dalam istiadat berinai di
rumah pengantin perempuan bagi isitiadat berinai curi dan berinai kecil. Sesetengah pengantin
lelaki Melayu pada zaman silam juga menjalankan istiadat berinai di rumah sendiri tetapi
istiadat ini tidak lagi dijalankan.

Peringkat 3.1 : Bersanding

Bersanding bermaksud duduk bersebelah-sebelahan di satu tempat yang istimewa.
Amalan ini dianggap sebagai kemuncak majlis perkahwinan dalam adat resam kahwin
Melayu. Bersanding adalah acara terpenting dan sekali seumur hidup bagi sepasang
pengantin. Majlis perkahwinan tidak dikira lengkap jika kedua-dua mempelai tidak
disandingkan di atas pelamin. Di atas pelamin itu ada kerusi yang dihias cantik.

Jika tiada acara bersanding, majlis perkahwinan tidak akan sempurna dan tidak ramai
yang sudi menghulurkan wang sumbangan. Tetamu di bandar sanggup menghulurkan wang
RM50 – RM100 jika majlis diadakan di dewan bersama persembahan yang meriah.
Waktu paling sesuai untuk bersanding ialah waktu tengah hari, iaitu semasa tetamu
ramai di bawah khemah atau dewan. Biasanya majlis persandingan diingati sampai bila-bila
dan merupakan „detik abadi‟ yang patut dikenang.
Bersanding melibatkan peringkat seperti berikut
1. Bersanding selepas akad nikah
2. Bersanding di luar rumah pengantin perempuan
3. Bersanding di dalam rumah pengantin perempuan
4. Bersanding malam
5. Bersanding di rumah pengantin lelaki
6. Bersanding semula

Peringkat 3.2 : Mandi Limau

Sebelum istiadat mandi limau dijalankan, terdapat satu adat yang amat penting pada
zaman silam tetapi kini telah lapuk. Pada awal pagi selepas malam bersatu, emak pengantin
akan menanyakan bukti yang konkrit daripada pengantin lelaki tentang keperawanan
pengantin perempuannya. Mengikut adat, pengantin lelaki akan menyerahkan sehelai sapu
tangan berwarna putih yang memberikan bukti yang diperlukan. Emak pengantin kemudian
akan menunjukkan sapu tangan itu mula-mulanya kepada ibu bapa pengantin perempuan dan
kemudian yang paling penting sekali kepada ibu bapa pengantin lelaki. Pada zaman silam,
bukti tentang keperawanan pengantin perempuan adalah amat penting kepada orang Islam
umumnya. Penyerahan bukti sebelum istidat mandi limau adalah wajib dan amat penting
sehingga ketiadaan bukti hampir selalu menimbulkan masalah yang seringnya mengakibatkan
perceraian serta-merta.

Selepas kedua-dua pasangan ibu bapa pengantin lelaki dan pengantin perempuan telah
memuaskan diri tentang kesucian pengantin perempuan, istiadat mandi limau akan dijalankan.
Kedua-dua suami isteri sekali lagi berduduk di atas pelamin dalam pakaian yang terbaik di
hadapan sekumpulan tetamu yang terdiri daripada saudara, jiran, dan kawan rapat kedua-dua
keluarga. Untuk istiadat ini, mereka tidak berpakaian pengantin tetapi memakai pakaian
Melayu yang biasa. Selepas berduduk selama sepuluh hingga lima belas minit, mereka akan di
bawa turun dan didudukkan pada sebuah bangku atau dua buah kerusi di ibu rumah atau bilik
yang lain di rumah. Mandi istiadat dilakukan oleh emak pengantin, dan terdiri daripada
memercikkan air sintuk dan limau purut pada kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan.

Selepas upacara ini disiapkan, pengantin lelaki akan membawa pengantin perempuan
balik ke bilik tidur dengan setiap mereka memegang salah satu hujung sapu tangan. Sarung
yang digunakan oleh kedua-dua suami isteri dalam istiadat mandi diberikan kepada emak
pengantin, bukan sahaja sebagai hadiah tetapi juga sebagai tolak bala dan buang geruh.
Kedua-dua pengantin tidak dibenarkan memerah air dari sarung tersebut, apa lagi dengan
menyimpannya.
Seluruh adat ini yang dipegang teguh pada zaman silam kini tidak lagi diamalkan
sama sekali oleh hampir semua (jika bukan semua) orang Melayu.

Peringkat 3.3 : Sambut-menyambut

Pada hari istiadat mandi, sebuah kenduri akan diadakan di rumah pengantin
perempuan. Semasa ini, suami dan ibu bapa mertua akan membawanya membuat kunjungan
pertama ke rumah mereka. Di rumah suaminya, mereka akan menjalankan istiadat bersanding
sekali lagi, jika ibu bapa mertuanya merupakan orang berada. Lagi sebuah kenduri yang
terdiri daripada beratus-ratus tetamu akan diadakan. Kekadangnya, hiburan sepanjang siang
dan malam yang terdiri daripada muzik dan tarian tempatan akan diadakan untuk menghibur
isteri yang baru ini. Istiadat yang diadakan di rumah pengantin lelaki kekadang lebih besar
daripada istiadat bersanding di rumah pengantin perempuan, tetapi kenduri-kenduri
perkahwinan yang diadakan di rumah pengantin perempuan biasanya adalah lebih banyak dan
lebih mewah daripada kenduri-kenduri yang diadakan di rumah pengantin lelaki.

Selepas tinggal di rumah suaminya selama beberapa hari, isteri baru itu yang diiringi
oleh suami dan ibu bapa mertuanya akan kembali ke rumah perempuan untuk mendiami
sekurang-kurangnya beberapa bulan. Pada kepulangannya ini, sebuah kenduri yang kecil akan
diadakan.

More Related Content

What's hot

Budaya Kaum India
Budaya Kaum IndiaBudaya Kaum India
Budaya Kaum Indiacikalyani
 
Perkahwinan tradisional masyarakat cina
Perkahwinan tradisional masyarakat cinaPerkahwinan tradisional masyarakat cina
Perkahwinan tradisional masyarakat cinaJenChing Teoh
 
Adat perkahwinan
Adat perkahwinanAdat perkahwinan
Adat perkahwinanYing Yew
 
Adat perkahwinan orang melayu
Adat perkahwinan orang melayuAdat perkahwinan orang melayu
Adat perkahwinan orang melayubmerni
 
Baba dan Nyonya TITAS
Baba dan Nyonya TITASBaba dan Nyonya TITAS
Baba dan Nyonya TITASNs Nzm
 
Adat resam kahwin melayu
Adat resam kahwin melayuAdat resam kahwin melayu
Adat resam kahwin melayuNur Firdaus
 
perayaan berbilang kaum di malaysia.
perayaan berbilang kaum di malaysia.perayaan berbilang kaum di malaysia.
perayaan berbilang kaum di malaysia.mandalina landy
 
SKRIP MC MAJLIS 2.pdf
SKRIP MC MAJLIS 2.pdfSKRIP MC MAJLIS 2.pdf
SKRIP MC MAJLIS 2.pdfssuserd6dc14
 
Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)
Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)
Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)Mr. Suhaimi bin Long
 
Adat istiadat perkahwinan kaum rungus
Adat istiadat perkahwinan kaum rungusAdat istiadat perkahwinan kaum rungus
Adat istiadat perkahwinan kaum rungusElvin Jainal
 
SKRIP MAJLIS PERTUNANGAN.docx
SKRIP MAJLIS PERTUNANGAN.docxSKRIP MAJLIS PERTUNANGAN.docx
SKRIP MAJLIS PERTUNANGAN.docxSuzieJ2
 
Notes frozen desserts item_KSKV 2018
Notes frozen desserts item_KSKV 2018Notes frozen desserts item_KSKV 2018
Notes frozen desserts item_KSKV 2018Marzyah Omar
 
Pendidikan Islam Tingkatan 5 Perkahwinan Dalam Islam
Pendidikan Islam Tingkatan 5 Perkahwinan Dalam IslamPendidikan Islam Tingkatan 5 Perkahwinan Dalam Islam
Pendidikan Islam Tingkatan 5 Perkahwinan Dalam IslamKhairul Anwar
 
Kepercayaan kaum bugis
Kepercayaan kaum bugisKepercayaan kaum bugis
Kepercayaan kaum bugisAini Firdaus
 
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1Ilyani Azmi
 
Contoh karangan surat
Contoh karangan surat Contoh karangan surat
Contoh karangan surat Celise Didie
 

What's hot (20)

Budaya Kaum India
Budaya Kaum IndiaBudaya Kaum India
Budaya Kaum India
 
Perkahwinan tradisional masyarakat cina
Perkahwinan tradisional masyarakat cinaPerkahwinan tradisional masyarakat cina
Perkahwinan tradisional masyarakat cina
 
Adat perkahwinan
Adat perkahwinanAdat perkahwinan
Adat perkahwinan
 
Kaum iban
Kaum ibanKaum iban
Kaum iban
 
Adat perkahwinan orang melayu
Adat perkahwinan orang melayuAdat perkahwinan orang melayu
Adat perkahwinan orang melayu
 
Adat perkahwinan cina
Adat perkahwinan cinaAdat perkahwinan cina
Adat perkahwinan cina
 
Baba dan Nyonya TITAS
Baba dan Nyonya TITASBaba dan Nyonya TITAS
Baba dan Nyonya TITAS
 
Adat resam kahwin melayu
Adat resam kahwin melayuAdat resam kahwin melayu
Adat resam kahwin melayu
 
perayaan berbilang kaum di malaysia.
perayaan berbilang kaum di malaysia.perayaan berbilang kaum di malaysia.
perayaan berbilang kaum di malaysia.
 
SKRIP MC MAJLIS 2.pdf
SKRIP MC MAJLIS 2.pdfSKRIP MC MAJLIS 2.pdf
SKRIP MC MAJLIS 2.pdf
 
Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)
Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)
Skrip teks pengacara majlis malam puisi secara maya (online)
 
Adat istiadat perkahwinan kaum rungus
Adat istiadat perkahwinan kaum rungusAdat istiadat perkahwinan kaum rungus
Adat istiadat perkahwinan kaum rungus
 
SKRIP MAJLIS PERTUNANGAN.docx
SKRIP MAJLIS PERTUNANGAN.docxSKRIP MAJLIS PERTUNANGAN.docx
SKRIP MAJLIS PERTUNANGAN.docx
 
Notes frozen desserts item_KSKV 2018
Notes frozen desserts item_KSKV 2018Notes frozen desserts item_KSKV 2018
Notes frozen desserts item_KSKV 2018
 
Pendidikan Islam Tingkatan 5 Perkahwinan Dalam Islam
Pendidikan Islam Tingkatan 5 Perkahwinan Dalam IslamPendidikan Islam Tingkatan 5 Perkahwinan Dalam Islam
Pendidikan Islam Tingkatan 5 Perkahwinan Dalam Islam
 
Slide adat perkahwinan mengikut kaum
Slide adat perkahwinan mengikut kaumSlide adat perkahwinan mengikut kaum
Slide adat perkahwinan mengikut kaum
 
Masyarakat dusun
Masyarakat dusunMasyarakat dusun
Masyarakat dusun
 
Kepercayaan kaum bugis
Kepercayaan kaum bugisKepercayaan kaum bugis
Kepercayaan kaum bugis
 
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
 
Contoh karangan surat
Contoh karangan surat Contoh karangan surat
Contoh karangan surat
 

Similar to Adat resam perkahwinan melayu malaysia

Sivik - Adat Perkahwinan Melayu
Sivik - Adat Perkahwinan MelayuSivik - Adat Perkahwinan Melayu
Sivik - Adat Perkahwinan Melayudinieadriana
 
Adat perkahwinan11
Adat perkahwinan11Adat perkahwinan11
Adat perkahwinan11nadarajah
 
Adat perkahwinan mengikut kaum
Adat perkahwinan mengikut kaumAdat perkahwinan mengikut kaum
Adat perkahwinan mengikut kaumNorazimah Yunos
 
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cinahubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cinathemimie
 
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptx
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptxPerkahwinan masyarakat melayu.2pptx
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptxFiona Yong
 
Adat perkahwinan tradisional masyarakat cina (1)
Adat perkahwinan tradisional masyarakat cina (1)Adat perkahwinan tradisional masyarakat cina (1)
Adat perkahwinan tradisional masyarakat cina (1)Richard Roberto Marchille
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Weiss Lee
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Thanushah Soniyasee
 
Adat resam perkahwinan
Adat resam perkahwinanAdat resam perkahwinan
Adat resam perkahwinanRuzaimah Mut
 
Adat perkahwinan masyarakat cina bhg
Adat perkahwinan masyarakat cina bhgAdat perkahwinan masyarakat cina bhg
Adat perkahwinan masyarakat cina bhgAyah Ma
 
Pantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabahPantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabahdausjalil
 
Pantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabahPantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabahRuzaifi Ras
 
Baba dan nyonya
Baba dan nyonyaBaba dan nyonya
Baba dan nyonyaragukannan
 

Similar to Adat resam perkahwinan melayu malaysia (19)

Sivik - Adat Perkahwinan Melayu
Sivik - Adat Perkahwinan MelayuSivik - Adat Perkahwinan Melayu
Sivik - Adat Perkahwinan Melayu
 
Adat perkahwinan11
Adat perkahwinan11Adat perkahwinan11
Adat perkahwinan11
 
Adat perkahwinan mengikut kaum
Adat perkahwinan mengikut kaumAdat perkahwinan mengikut kaum
Adat perkahwinan mengikut kaum
 
Blog perkahwinan siap
Blog perkahwinan siapBlog perkahwinan siap
Blog perkahwinan siap
 
adat perkahwinan pelbagai kaum
adat perkahwinan pelbagai kaumadat perkahwinan pelbagai kaum
adat perkahwinan pelbagai kaum
 
Perkahwinan
PerkahwinanPerkahwinan
Perkahwinan
 
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cinahubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
 
Adat perkahwinan kadazan dusun
Adat perkahwinan kadazan dusunAdat perkahwinan kadazan dusun
Adat perkahwinan kadazan dusun
 
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptx
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptxPerkahwinan masyarakat melayu.2pptx
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptx
 
Adat perkahwinan tradisional masyarakat cina (1)
Adat perkahwinan tradisional masyarakat cina (1)Adat perkahwinan tradisional masyarakat cina (1)
Adat perkahwinan tradisional masyarakat cina (1)
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
 
Adat resam perkahwinan
Adat resam perkahwinanAdat resam perkahwinan
Adat resam perkahwinan
 
Adat perkahwinan masyarakat cina bhg
Adat perkahwinan masyarakat cina bhgAdat perkahwinan masyarakat cina bhg
Adat perkahwinan masyarakat cina bhg
 
Sikh 2
Sikh 2Sikh 2
Sikh 2
 
Baba dan-nyonya
Baba dan-nyonyaBaba dan-nyonya
Baba dan-nyonya
 
Pantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabahPantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabah
 
Pantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabahPantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabah
 
Baba dan nyonya
Baba dan nyonyaBaba dan nyonya
Baba dan nyonya
 

Adat resam perkahwinan melayu malaysia

  • 1. Adat Resam Perkahwinan Melayu Malaysia Adat resam kahwin Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu, baik di kawasan luar bandar mahupun di bandar. Sebagaimana mana-mana kaum, langkah sedaya upaya untuk menepati adat resam ini termasuk menjual harta atau meminjam wang, untuk tujuan ini. Adat resam kahwin Melayu memerlukan banyak wang untuk menepati semua peringkat istiadatnya. Ia terdiri daripada lapan langkah yang boleh digolongkan kepada tiga peringkat: Peringkat pertama Merisik atau menengok Meminang atau bertunang Menghantar belanja dan akad Peringkat kedua Berandam dan berasah gigi Berinai Peringkat ketiga Bersanding Mandi limau Sambut-menyambut
  • 2. Peringkat 1.1 : Merisik atau menengok Sebaik sahaja ibu bapa seseorang lelaki memutuskan bahawa anaknya cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencari-cari pasangan yang sesuai untuk dijadikan isteri anaknya. Tanggungjawab untuk memilih pengantin perempuan jatuh kepada ibu bapa pada keseluruhannya. Bagaimanapun, sebilangan besar orang Melayu kini, khususnya mereka yang berpendidikan barat, membiarkan pilihan isteri hampir pada keseluruhannya kepada anakanak lelaki mereka. Terdapat juga ibu bapa Melayu yang berihsan yang memilih jalan tengah dan memilih pengantin perempuan dengan persetujuan anak lelaki mereka atau sebaliknya.
  • 3. Menurut adat resam kahwin Melayu, ibu bapa akan mengendalikan tugas memilih pengantin perempuan untuk anak lelaki mereka dengan teliti. Selepas mereka memilih beberapa orang anak dara yang sesuai, mereka akan memulakan penyiasatan dengan menanya kawan-kawan dan saudara-saudara mereka serta anak-anak dara yang terpilih. Dalam pemilihan mereka, ibu bapa anak lelaki memerlukan bahawa bukan sahaja sifat dan tingkah laku anak dara itu tetapi juga ibu bapanya dapat diterima kerana mereka memegang teguh kepada peribahasa, “Kalau hendak meminang anak, „pinang‟ ibu bapanya dahulu.” Antara sifat-sifat yang paling dikagumi oleh bakal mertua pada zaman dahulu(dan masih oleh sebilangan orang pada hari ini) ialah kemahiran rumah tangga seperti memasak dan menjahit. Bagaimanapun, pencapaian yang paling disanjung ialah keupayaan anak dara untuk membaca al-Quran (baik memahami apa yang dibacanya mahupun tidak) dengan fasih dan merdu. Tidak terdapat sebarang pencapaian pendidikan ketika itu yang lebih penting, termasuk juga kenal huruf dalam bahasa Melayu. Selepas membuat keputusan tentang bakal menantu perempuan berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan dan sebelum meminang, ibu bapa anak lelaki akan membuat penyiasatan terakhir dengan menghantar sebilangan kawan atau saudara (biasanya wanita) ke rumah anak dara itu untuk mengenalnya secara peribadi. Biasanya, utusan-utusan itu dihantar ke rumah anak dara tanpa sebarang pengumuman kerana adanya makna khusus untuk kunjungan tanpa persediaan itu. Orang Melayu pada zaman dahulu (serta sebilangan kecil di kawasan luar bandar pada hari ini) mempercayai bahawa pada ketibaan utusan-utusan di rumah anak dara itu, gadis itu sedang mandi atau mencuci, ini merupakan petanda yang bertuah untuk masa hadapan perkahwinan kedua-dua orang muda itu. Sebaliknya, jika gadis itu didapati masak di dapur, ia merupakan petanda yang kurang baik. Orang Melayu pada zaman dahulu juga mempercayai bahawa jika perjalanannya ke rumah anak dara lambat atau dihalang atas sebarang sebab atau kemalangan, ia merupakan petanda bahawa masa depan perkahwinan itu tidak begitu bahagia. Bagaimanapun,[kepercayaan karut] ini tidak lagi diambil berat oleh kebanyakan orang Melayu, termasuk juga mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Pada akhir kajian dan selepas menilai, ibu bapa anak lelaki itu akan mengadakan majlis kecil antara keluarga kedua-dua pihak serta bersama-sama saudara-saudara rapat untuk memutuskan hari yang baik untuk meminang.
  • 4. Peringkat 1.2 : Meminang atau bertunang Ibu bapa bakal pengantin lelaki kemudian menugaskan sebilangan orang tua yang rapat untuk bertemu dengan ibu bapa anak perempuan agar mendapat persetujuan. Ibu bapa anak perempuan akan meminta sedikit masa demi adat untuk membuat pertimbangan atas alasan bahawa mereka harus berunding dengan saudara-saudara mereka (walaupun mereka telah tahu tentang kunjungan utusan sebelum ketibaannya, dan telah memberikan persetujuan). Ini mungkin mengambil masa beberapa hari atau paling lama, seminggu. Ibu bapa anak perempuan kemudian menugasi sebilangan saudara yang terdiri daripada keduadua lelaki dan perempuan, untuk menyampaikan keputusan mereka untuk menerima pinangan. Dan adalah semasa ini bahawa syarat-syarat perkahwinan seperti hantaran kahwin, belanja, hari upacara perkahwinan, dan sebagainya dibincangkan dan diselesaikan. Inilah sebabnya utusan merangkumi orang-orang lelaki. Pada zaman silam, dan pada takat yang tidak begitu biasa pada hari ini, adat menghantar tanda mendahului adat menghantar mas kahwin dan belanja, khususnya jika upacara melangsungkan perkahwinan ditangguhkan selama beberapa bulan. Tanda itu biasanya adalah dalam bentuk cincin emas atau berlian, dengan nilainya bergantung kepada kehendak hati serta keupayaan kewangan keluarga lelaki. Tanda itu biasanya diiringi oleh hadiah-hadiah yang lain kepada bakal pengantin perempuan, seperti kain, sarung, selipar atau kasut, gula-gula, buah-buahan, dan sebagainya.
  • 5. Penghantaran tanda biasanya disertai dengan majlis kenduri oleh kedua-dua keluarga. Sesetengah orang juga menyampaikan cincin dan hadiah-hadiah yang lain dengan cara mengadakan perarakan ke rumah bakal pengantin perempuan. Penerimaan cincin dan hadiahhadiah iringan secara tradisi bermaksud penerimaan syarat-syarat perkahwinan yang berikut antara kedua-dua pihak: * Jika lelaki itu, atas apa-apa alasan, gagal untuk mengahwini anak perempuan yang ditunangkan, cincin pertunangan serta hadiah-hadiah yang lain tidak boleh dituntut balik. * Jika perempuan itu, atas apa-apa alasan kecuali kematiannya, gagal memenuhi tujuan pertunangan itu, maka semua hadiah, termasuk cincin pertunangan, harus dikembalikan kepada lelaki pada kadar sekali ganda, baik dari segi bilangan atau nilainya. Inilah adat yang telah diikuti oleh orang-orang Melayu sejak dari zaman silam. Terdapat juga dua cara pertunangan yang lain selain daripada cara yang tersebut di atas, iaitu: 1. Pertunangan antara dua buah keluarga yang amat rapat atau bersaudara tanpa cincin pertunangan atau persetujuan bertulis ketika anak-anak mereka masih bayi atau kanak-kanak lagi. 2. Pertunangan yang dibuat untuk memenuhi kehendak salah seorang mendiang ibu bapa (baik secara lisan sebelum kematiannya atau melalui wasiat tertulis). Cara ini amat dihormati oleh orang-orang Melayu. Peringkar 1.3 : Menghantar belanja dan akad
  • 6. Pada zaman silam, istiadat menghantar mas kahwin dan belanja perkahwinan diadakan sehari atau dua (kekadang lebih lama) sebelum upacara akad, tetapi kini diadakan bersamasama, mungkin untuk mengurangkan perbelanjaan. Selain daripada mas kahwin dan belanja perkahwinan tersebut, barang-barang yang berikut juga dihantar: 1. cincin yang bertatahkan batu permata 2. kain sutera yang mencukupi untuk menjahit sehelai baju perempuan 3. dua helai sarung sutera 4. beraneka jenis kuih 5. beraneka jenis buah-buahan 6. puan (mangkuk sirih) atau kotak sirih yang dilengkapi dengan bahan-bahan (ini bukannya hadiah tetapi akan dipulangkan) 7. satu atau dua buah cerek air mawar yang diperbuat daripada logam perak atau loyang (juga akan dipulangkan). Kesemua barang tersebut mengiringi perarakan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan untuk melangsungkan upacara perkahwinan. Untuk upacara akad, pengantin lelaki pada zaman silam memakai pakaian haji atau pakaian bangsa Melayu yang mudah. Upacara akad sebenarnya adalah satu-satunya istiadat yang diperlukan oleh agama Islam dan undangundang untuk menghalalkan perkahwinan. Upacara-upacara amal yang lain hanya merupakan keperluan adat resam.
  • 7. Pada ketibaan perarakan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan, anggotaanggota perarakan disambut masuk ke rumah. Pengantin lelaki berduduk di atas sehelai tikar sila di bahagian utama ibu rumah, berdekatan imam. Barang-barang yang dibawanya dibariskan di tengah ibu rumah antara dua baris tetamu yang berduduk, dengan wang belanja, cincin, serta puan di hadapan baris. Imam kemudian memilih dua orang wakil daripada tetamu-tetamu untuk menerima dan menyemak hantaran, serta untuk menjadi saksi kepada upacara akad nikah. Selepas barang-barang itu disemak dan diterima oleh imam bagi pihak ibu bapa pengantin perempuan, kesemua barang itu, kecuali puan serta cerek air mawar dan dulang bunga rampai (jika disediakan), dihantar kepada kaum perempuan. Imam kemudian mendaftarkan nama pengantin lelaki ke dalam sebuah buku, dan selepas kemasukan itu ditandatangani oleh pengantin lelaki serta kedua-dua saksi tersebut, imam akan membaca upacara perkahwinan dalam bahasa Arab (bagaimanapun, pada hari ini, sebilangan besar imam Melayu yang bersikap wajar membaca upacara dalam bahasa yang difahami oleh pengantin lelaki dan para hadirin). Pada akhir upacara, imam memegang tangan kanan pengantin lelaki dan mengisytiharkan kenyataan akad kepadanya, mula-mulanya dalam bahasa Arab (tidak wajib) dan kemudian dalam bahasa Melayu: “… bin …, aku nikahkan dikau dengan … binti … yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwinnya sebanyak $… (tunai/berhutang) dan belanjanya $…”
  • 8. Adat resam mengizinkan mas kahwin dihutang dengan tarikh pembayarannya tidak disebut. Oleh itu, imam akan menambahkan perkataan “berhutang” atau “tunai” sejurus selepas menyatakan jumlah mas kahwin dalam kenyataan akadnya. Imam kemudian berjabat tangan dengan pengantin lelaki sebagai tanda untuknya menjawab tanpa teragak-agak atau kesilapan: “Aku terima nikahnya … binti … dengan mas kahwinnya $… (tunai/berhutang) dan belanjanya $…” Jika jawapan pengantin lelaki disebut dengan tidak teragak-agak serta dengan jelas kepada mereka yang duduk berdekatannya, khususnya oleh kedua-dua saksi, jadi upacara akad dikira sah. Selepas upacara akad, pengantin lelaki akan berjabat tangan dengan semua tetamu, bermula dengan imam dan bapa mertuanya, jika dia menghadiri majlis itu. Pengantin lelaki diiringi balik ke rumahnya dan tetamu-tetamu, baik lelaki mahupun perempuan, dihidangkan dengan jamuan yang terdiri daripada kari dan nasi minyak. Pada waktu yang sama, majlis pengantin perempuan akan menyediakan nasi pengantin dan menghantarnya kepada pengantin lelaki di rumahnya. Pengantin lelaki akan menjemput beberapa kawan yang paling rapat untuk bersarapan bersama-sama. Peringkat 2.1 : Berandam dan berasah gigi
  • 9. Berandam dan berasah gigi diamalkan pada zaman silam, bersama-sama istiadat yang berkenaan, tiga hari atau lebih sebelum hari akad nikah. Rambut pengantin perempuan di dahi serta bulu keningnya dipepat (seringnya, pengantin lelaki juga mengamalkan adat ini). Kemudian, gigi pengantin perempuan diasah dan dikilap supaya menjadikannya sama rata dan berkilat. Tugas ini dilakukan oleh seorang tukang andam yang juga merupakan “emak pengantin” (bukan ibu sebenar). Bagaimanapun, amalan ini kini sudah lapuk, dan hanya adat berandam diamalkan oleh pengantin perempuan di kawasan luar bandar pada hari ini (pengantin lelaki tidak lagi mengamalkan adat ini), manakala orang bandar Melayu lebih suka menghantar bakal pengantin perempuan ke kedai solek yang banyak terdapat di semua bandar di Malaysia. Walaupun demikian, di kawasan-kawasan terpencil, masih terdapat orang Melayu yang mematuhi peribahasa, “Biar mati anak, jangan mati adat”. Selepas berandam, pengantin perempuan akan mandi dengan air sintuk-limau yang dianggap secara tradisi sebagai dapat menghapuskan nasib malang pada pengantin perempuan. Selepas mandi istidat itu dan sebelum bakal pengantin perempuan tidur pada malam yang sama, sepuluh hujung jarinya dan pusat kedua-dua tapak tangan serta pinggir tapak kaki diinai dan dibiarkan kering sehingga pagi berikut. Ini adalah amalan berinai yang sebenar dan mendahului apa yang dikenali sebagai istiadat berinai. Peringkat 2.2 : Istiadat berinai
  • 10. Istiadat berinai terdiri daripada tiga peringkat: 1. Berinai curi diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin. Kaedah yang dihuraikan di bahagian Berinai besar dipatuhi. 2. Berinai kecil yang diadakan pada waktu petang hari selepas hari berinai curi. Kaedahnya sama sahaja dengan berinai curi. 3. Berinai besar. Istiadat berinai besar Ketika pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan dalam pakaian pengantin, dia didudukkan di atas pelamin yang terletak di hadapan sekumpulan tetamu (kebanyakannya wanita), saudara rapat, jiran, dan kawan keluarga pengantin perempuan. Di hadapan pengantin lelaki terletak sebuah dulang berkekaki yang besar yang mengandungi tiga buah pinggan, bersama-sama beberapa tangkai daun wangi. Pinggan-pinggan itu masing-masing mengandungi nasi kunyit, bertih, dan air daun setawar kisar. Di tengah dulang itu terletak selonggok pes inai. Istiadat berinai besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke pelamin, satu demi satu, untuk membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin lelaki. Perbuatan yang sama kemudian dilakukan dengan bertih. Ini diikuti oleh tangkai daun wangi yang dicelupkan ke dalam air daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh kedua-dua belakang tangan pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes inai dari longgok di tengah dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh emak pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki. Daun sirih itu bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan tangan pengantin. Sejurus selepas ini, emak pengantin akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan menaikkannya pada aras dada sebagai tanda menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat ini. Istiadat ini biasanya dilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilangan mereka harus merupakan bilangan ganjil dan bukannya genap. Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut menjalankan istiadat ini dengan cara yang tepat sama. Selepas semua tetamu yang minat telah menjalankan istiadat ini, seorang wakil daripada kalangan tetamu lelaki akan ke depan untuk membaca doa selamat. Pengantin lelaki kemudian akan pulang ke rumah sendiri, dan pengantin perempuan
  • 11. turut didudukkan di atas pelamin untuk menjalankan istiadat yang sama. Istidat ini diakhiri seperti biasa dengan jamuan kari dan nasi. Kenduri berinai besar adalah jauh lebih besar, berbanding dengan kenduri berinai curi dan kenduri berinai kecil. Selain itu, pengantin lelaki tidak terlibat dalam istiadat berinai di rumah pengantin perempuan bagi isitiadat berinai curi dan berinai kecil. Sesetengah pengantin lelaki Melayu pada zaman silam juga menjalankan istiadat berinai di rumah sendiri tetapi istiadat ini tidak lagi dijalankan. Peringkat 3.1 : Bersanding Bersanding bermaksud duduk bersebelah-sebelahan di satu tempat yang istimewa. Amalan ini dianggap sebagai kemuncak majlis perkahwinan dalam adat resam kahwin Melayu. Bersanding adalah acara terpenting dan sekali seumur hidup bagi sepasang pengantin. Majlis perkahwinan tidak dikira lengkap jika kedua-dua mempelai tidak disandingkan di atas pelamin. Di atas pelamin itu ada kerusi yang dihias cantik. Jika tiada acara bersanding, majlis perkahwinan tidak akan sempurna dan tidak ramai yang sudi menghulurkan wang sumbangan. Tetamu di bandar sanggup menghulurkan wang RM50 – RM100 jika majlis diadakan di dewan bersama persembahan yang meriah.
  • 12. Waktu paling sesuai untuk bersanding ialah waktu tengah hari, iaitu semasa tetamu ramai di bawah khemah atau dewan. Biasanya majlis persandingan diingati sampai bila-bila dan merupakan „detik abadi‟ yang patut dikenang. Bersanding melibatkan peringkat seperti berikut 1. Bersanding selepas akad nikah 2. Bersanding di luar rumah pengantin perempuan 3. Bersanding di dalam rumah pengantin perempuan 4. Bersanding malam 5. Bersanding di rumah pengantin lelaki 6. Bersanding semula Peringkat 3.2 : Mandi Limau Sebelum istiadat mandi limau dijalankan, terdapat satu adat yang amat penting pada zaman silam tetapi kini telah lapuk. Pada awal pagi selepas malam bersatu, emak pengantin akan menanyakan bukti yang konkrit daripada pengantin lelaki tentang keperawanan pengantin perempuannya. Mengikut adat, pengantin lelaki akan menyerahkan sehelai sapu tangan berwarna putih yang memberikan bukti yang diperlukan. Emak pengantin kemudian akan menunjukkan sapu tangan itu mula-mulanya kepada ibu bapa pengantin perempuan dan kemudian yang paling penting sekali kepada ibu bapa pengantin lelaki. Pada zaman silam, bukti tentang keperawanan pengantin perempuan adalah amat penting kepada orang Islam
  • 13. umumnya. Penyerahan bukti sebelum istidat mandi limau adalah wajib dan amat penting sehingga ketiadaan bukti hampir selalu menimbulkan masalah yang seringnya mengakibatkan perceraian serta-merta. Selepas kedua-dua pasangan ibu bapa pengantin lelaki dan pengantin perempuan telah memuaskan diri tentang kesucian pengantin perempuan, istiadat mandi limau akan dijalankan. Kedua-dua suami isteri sekali lagi berduduk di atas pelamin dalam pakaian yang terbaik di hadapan sekumpulan tetamu yang terdiri daripada saudara, jiran, dan kawan rapat kedua-dua keluarga. Untuk istiadat ini, mereka tidak berpakaian pengantin tetapi memakai pakaian Melayu yang biasa. Selepas berduduk selama sepuluh hingga lima belas minit, mereka akan di bawa turun dan didudukkan pada sebuah bangku atau dua buah kerusi di ibu rumah atau bilik yang lain di rumah. Mandi istiadat dilakukan oleh emak pengantin, dan terdiri daripada memercikkan air sintuk dan limau purut pada kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan. Selepas upacara ini disiapkan, pengantin lelaki akan membawa pengantin perempuan balik ke bilik tidur dengan setiap mereka memegang salah satu hujung sapu tangan. Sarung yang digunakan oleh kedua-dua suami isteri dalam istiadat mandi diberikan kepada emak pengantin, bukan sahaja sebagai hadiah tetapi juga sebagai tolak bala dan buang geruh. Kedua-dua pengantin tidak dibenarkan memerah air dari sarung tersebut, apa lagi dengan menyimpannya.
  • 14. Seluruh adat ini yang dipegang teguh pada zaman silam kini tidak lagi diamalkan sama sekali oleh hampir semua (jika bukan semua) orang Melayu. Peringkat 3.3 : Sambut-menyambut Pada hari istiadat mandi, sebuah kenduri akan diadakan di rumah pengantin perempuan. Semasa ini, suami dan ibu bapa mertua akan membawanya membuat kunjungan pertama ke rumah mereka. Di rumah suaminya, mereka akan menjalankan istiadat bersanding sekali lagi, jika ibu bapa mertuanya merupakan orang berada. Lagi sebuah kenduri yang terdiri daripada beratus-ratus tetamu akan diadakan. Kekadangnya, hiburan sepanjang siang dan malam yang terdiri daripada muzik dan tarian tempatan akan diadakan untuk menghibur isteri yang baru ini. Istiadat yang diadakan di rumah pengantin lelaki kekadang lebih besar daripada istiadat bersanding di rumah pengantin perempuan, tetapi kenduri-kenduri perkahwinan yang diadakan di rumah pengantin perempuan biasanya adalah lebih banyak dan lebih mewah daripada kenduri-kenduri yang diadakan di rumah pengantin lelaki. Selepas tinggal di rumah suaminya selama beberapa hari, isteri baru itu yang diiringi oleh suami dan ibu bapa mertuanya akan kembali ke rumah perempuan untuk mendiami sekurang-kurangnya beberapa bulan. Pada kepulangannya ini, sebuah kenduri yang kecil akan diadakan.