SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
SKRIP MAJLIS PERTUNANGAN
1 Sirih Junjung berhias Indah,
Sekacip Pinang Pembuka Kata,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Lembaran sejarah kini bermula.
Sirih Berlipat Sirih Pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata Selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamu ‘Alaikum W.B.T.
Sebelum memulakan majlis yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengaminkan
bacaan doa yang akan dipimpin oleh sepupu kami saudara Azwie Ahamat.
Dengan penuh hormat dipersilakan..
2 <BACAAN DOA DARI AWIE>
3 Amin..amin ya rabbal alamin..
Mudah-mudahan dengan niat kita yang tulus ikhlas, semata-mata mengharapkan
Keredhaan-Nya, majlis ini bakal dilimpahi Barakah, Inayah, keampunan dan
Rahmah-Nya jua.
Para hadirin sekalian,
Yang diraikan pada hari ini, rombongan dari pihak lelaki, Dato’ Datin, tuan-tuan,
puan-puan serta hadirin sekalian serta pihak keluarga merangkap tuan rumah bagi
majlis hari ini. Saya Mohd Nazley dengan ini ingin mengalu-alukan kehadiran
semua dalam majlis yang indah dan penuh bermakna ini, Majlis Pertunangan
Anakanda bongsu kami, Azreena binti Jumatli.
Selamat datang dan Selamat bertandang kami ucapkan,
Pergi berhuma di Tanjung Rokan,
Sebelum pelang mengail ikan,
Kehadiran tuan, kami alukan,
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Tak molek jika ada alu..tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung..tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis..jika tidak ada yang berbicara.
Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan En. Khuzairi Yahaya merangkap abang ipar
anakanda Azreena Jumatli untuk memulakan majlis, membicarakan hajat dan
menyimpulkan janji antara dua keluarga.
Dengan segala hormat dipersilakan.
4 <ABG KUZEK MEMULAKAN PERBINCANGAN ANTARA DUA KELUARGA>
5 Alhamdullilah. Termetri sudah janji. Terputus sudah madah. Terungkai sudah teka
teki. Saya memohon kemaafan tuan puan sekiranya terdapat apa-apa jua
kekurangan bagi pihak keluarga saya sepanjang pengendalian majlis.
Seterusnya, dijemput anakanda Azreena Jumatli untuk bersedia di pelamin bagi
menyempurnakan majlis seterusnya..majlis menyarung cincin dijari sebagai tanda
ikatan dua hati, simpulan janji dua keluarga.
Dipersilakan..
6 <TUNGGU ADIK DUDUK DIPELAMIN>
7 Dipersilakan dengan penuh takzim wakil daripada pihak lelaki untuk
menyempurnakan majlis.
8 <UPACARA MENYARUNG CINCIN>
9 Anak muda mengait raga,
Raga diraut di Kuala Kedah,
Senyum terukir kedua keluarga,
Tanda hajat sempurna sudah.
Burung nuri terbang ke gua,
Singgah hinggap di tepi kuala,
Menadah tangan memanjatkan doa,
Moga ikatan berkekalan hendaknya.
Sebagai tanda kesyukuran, saya dengan rasa hormat menjemput sekali lagi
saudara Azwie Ahamat untuk memimpin bacaan doa bagi majlis pertunangan ini.
Dengan penuh hormat dipersilakan..
10 <BACAAN DOA DARI AWIE>
11 Bagi mengabadikan kenangan terjalinnya ikatan antara dua keluarga, majlis
dengan ini mempersilakan pihak rombongan lelaki terlebih dahulu untuk
menjayakan sesi fotografi bersama Anakanda Azreena Jumatli.
Dipersilakan..
12 <FAMILY LELAKI BERGAMBAR>
13 Seterusnya pihak keluarga perempuan dijemput ke hadapan bagi melengkapkan
sesi fotografi.
14 <FAMILY PEREMPUAN BERGAMBAR>
15 Inilah yang dikatakan
Umpama belayar telah sampai di Pelabuhan
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama menulis telah sampai ke noktah
Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan
ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada ahli keluarga buat semua, atas
kesudian hadir dan memeriahkan majlis pada hari yang penuh keberkatan ini.
Tanam laguna tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuknya mati,
Budi semua kami tak lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.
Harum semerbak bunga seroja,
Dibelai oleh dara pingitan,
Lauk pauk tersedia sudah,
Jemput semua menikmati hidangan.
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua Kembali.
Saya memohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan majlis ini.
Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salamhormat
buat semua.
Seterusnya tuan puan dijemput menikmati jamuan yang disediakan.
Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikumWBT
16 <VIDEO SLIDESHOW DIMAINKAN>

More Related Content

What's hot

Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun GuruTeks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun GuruSuryadi Lagga
 
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruContoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruputeracho
 
Skrip pengacara-majlis
Skrip pengacara-majlis Skrip pengacara-majlis
Skrip pengacara-majlis Aeda Ec
 
Teks ucapan pengerusi majlis perasmian perkhemahan unit beruniform 2014 sk da...
Teks ucapan pengerusi majlis perasmian perkhemahan unit beruniform 2014 sk da...Teks ucapan pengerusi majlis perasmian perkhemahan unit beruniform 2014 sk da...
Teks ucapan pengerusi majlis perasmian perkhemahan unit beruniform 2014 sk da...Humairah Fakri
 
Tentatif majlis anugerah kecemerlangan
Tentatif majlis anugerah kecemerlanganTentatif majlis anugerah kecemerlangan
Tentatif majlis anugerah kecemerlanganZack Eriez
 
Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan Program
Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan ProgramTeks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan Program
Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan ProgramSuryadi Lagga
 
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014Golden Rose
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgrozitabtzain
 
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docxNawalNordin
 
teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis Mahani Mohamad
 
Contoh draf ucapan perasmian
Contoh draf ucapan perasmianContoh draf ucapan perasmian
Contoh draf ucapan perasmianNatasha Nabila
 
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineMaimunah Sibli
 
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASITEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASINazira M
 
Doa semua majlis
Doa semua majlisDoa semua majlis
Doa semua majlisKhadziah Bj
 
ucapan-perpisahan
 ucapan-perpisahan ucapan-perpisahan
ucapan-perpisahanMiz Jieha
 
Bacaan doa di perhimpunan
Bacaan doa di perhimpunanBacaan doa di perhimpunan
Bacaan doa di perhimpunan870409025772
 
Doa pembukaan majlis
Doa pembukaan majlisDoa pembukaan majlis
Doa pembukaan majlisKalam Kitab
 

What's hot (20)

Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun GuruTeks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
 
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruContoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
 
Skrip pengacara-majlis
Skrip pengacara-majlis Skrip pengacara-majlis
Skrip pengacara-majlis
 
Teks ucapan pengerusi majlis perasmian perkhemahan unit beruniform 2014 sk da...
Teks ucapan pengerusi majlis perasmian perkhemahan unit beruniform 2014 sk da...Teks ucapan pengerusi majlis perasmian perkhemahan unit beruniform 2014 sk da...
Teks ucapan pengerusi majlis perasmian perkhemahan unit beruniform 2014 sk da...
 
Tentatif majlis anugerah kecemerlangan
Tentatif majlis anugerah kecemerlanganTentatif majlis anugerah kecemerlangan
Tentatif majlis anugerah kecemerlangan
 
Teks pengacara majlis maulidur rasul
Teks pengacara majlis maulidur rasulTeks pengacara majlis maulidur rasul
Teks pengacara majlis maulidur rasul
 
Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan Program
Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan ProgramTeks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan Program
Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan Program
 
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
 
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
 
Teks pengacara majlis perkahwinan
Teks pengacara majlis perkahwinan Teks pengacara majlis perkahwinan
Teks pengacara majlis perkahwinan
 
teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis
 
Contoh draf ucapan perasmian
Contoh draf ucapan perasmianContoh draf ucapan perasmian
Contoh draf ucapan perasmian
 
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
 
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASITEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI
 
Doa semua majlis
Doa semua majlisDoa semua majlis
Doa semua majlis
 
ucapan-perpisahan
 ucapan-perpisahan ucapan-perpisahan
ucapan-perpisahan
 
Bacaan doa di perhimpunan
Bacaan doa di perhimpunanBacaan doa di perhimpunan
Bacaan doa di perhimpunan
 
Koleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlisKoleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlis
 
Doa pembukaan majlis
Doa pembukaan majlisDoa pembukaan majlis
Doa pembukaan majlis
 

Similar to SKRIP MAJLIS PERTUNANGAN.docx

kad emcee.pdf
kad emcee.pdfkad emcee.pdf
kad emcee.pdfNewShuk
 
Teks pengacara majlis sambutan hari raya tabika kemas fbru 2011 a4
Teks pengacara majlis sambutan hari raya tabika kemas fbru 2011 a4Teks pengacara majlis sambutan hari raya tabika kemas fbru 2011 a4
Teks pengacara majlis sambutan hari raya tabika kemas fbru 2011 a4Abdullah Musa
 
Koleksi pantun pengacara majlis
Koleksi pantun pengacara majlisKoleksi pantun pengacara majlis
Koleksi pantun pengacara majlisFairus Mohd Long
 
Teks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bunga
Teks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bungaTeks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bunga
Teks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bungaAmirrudin Md Shah
 
Naskah mc resepsi pernikahan
Naskah mc resepsi pernikahanNaskah mc resepsi pernikahan
Naskah mc resepsi pernikahaneryalfika
 
WISH CARD PERPISAHAN BOSS 1.pdf
WISH CARD PERPISAHAN BOSS 1.pdfWISH CARD PERPISAHAN BOSS 1.pdf
WISH CARD PERPISAHAN BOSS 1.pdfEIRA21
 
TEKS MC PERNIKAHAN.docx
TEKS MC PERNIKAHAN.docxTEKS MC PERNIKAHAN.docx
TEKS MC PERNIKAHAN.docxfitriyuliani15
 
SKRIP-PENGACARA-GRADUASI-2019.docx
SKRIP-PENGACARA-GRADUASI-2019.docxSKRIP-PENGACARA-GRADUASI-2019.docx
SKRIP-PENGACARA-GRADUASI-2019.docxSITIFADZILAHBINTIMOH
 
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahTeks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahSuryadi Lagga
 
Teks majlis jamuan akhir tahun sk hermanus assan 2020
Teks majlis jamuan akhir tahun sk hermanus assan 2020Teks majlis jamuan akhir tahun sk hermanus assan 2020
Teks majlis jamuan akhir tahun sk hermanus assan 2020Glandy Ernester
 
Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama
Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersamaSkrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama
Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersamaNorazliah Ani
 
Teks MC : Sambutan Mauliduurasul
Teks MC : Sambutan MauliduurasulTeks MC : Sambutan Mauliduurasul
Teks MC : Sambutan MauliduurasulNurfatimahz Puteri
 
Skrip pengacara majlis program galakan membaca
Skrip pengacara majlis program galakan membacaSkrip pengacara majlis program galakan membaca
Skrip pengacara majlis program galakan membacasyazwan bazli
 
Naskah_Ngunduh_Mantu.docx
Naskah_Ngunduh_Mantu.docxNaskah_Ngunduh_Mantu.docx
Naskah_Ngunduh_Mantu.docxNurulAbidah8
 
Contoh ikrar halal bi halal
Contoh ikrar halal bi halalContoh ikrar halal bi halal
Contoh ikrar halal bi halalMas Ustadz
 

Similar to SKRIP MAJLIS PERTUNANGAN.docx (20)

kad emcee.pdf
kad emcee.pdfkad emcee.pdf
kad emcee.pdf
 
Teks pengacara majlis sambutan hari raya tabika kemas fbru 2011 a4
Teks pengacara majlis sambutan hari raya tabika kemas fbru 2011 a4Teks pengacara majlis sambutan hari raya tabika kemas fbru 2011 a4
Teks pengacara majlis sambutan hari raya tabika kemas fbru 2011 a4
 
Koleksi pantun pengacara majlis
Koleksi pantun pengacara majlisKoleksi pantun pengacara majlis
Koleksi pantun pengacara majlis
 
Skrip jamuan
Skrip jamuanSkrip jamuan
Skrip jamuan
 
Teks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bunga
Teks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bungaTeks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bunga
Teks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bunga
 
Naskah mc resepsi pernikahan
Naskah mc resepsi pernikahanNaskah mc resepsi pernikahan
Naskah mc resepsi pernikahan
 
Teks Pengacara Mesyuarat Agung PIBG
Teks Pengacara Mesyuarat Agung PIBGTeks Pengacara Mesyuarat Agung PIBG
Teks Pengacara Mesyuarat Agung PIBG
 
WISH CARD PERPISAHAN BOSS 1.pdf
WISH CARD PERPISAHAN BOSS 1.pdfWISH CARD PERPISAHAN BOSS 1.pdf
WISH CARD PERPISAHAN BOSS 1.pdf
 
TEKS MC PERNIKAHAN.docx
TEKS MC PERNIKAHAN.docxTEKS MC PERNIKAHAN.docx
TEKS MC PERNIKAHAN.docx
 
SKRIP-PENGACARA-GRADUASI-2019.docx
SKRIP-PENGACARA-GRADUASI-2019.docxSKRIP-PENGACARA-GRADUASI-2019.docx
SKRIP-PENGACARA-GRADUASI-2019.docx
 
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahTeks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
 
Teks mc pernikahan
Teks mc pernikahanTeks mc pernikahan
Teks mc pernikahan
 
Teks majlis jamuan akhir tahun sk hermanus assan 2020
Teks majlis jamuan akhir tahun sk hermanus assan 2020Teks majlis jamuan akhir tahun sk hermanus assan 2020
Teks majlis jamuan akhir tahun sk hermanus assan 2020
 
Home
HomeHome
Home
 
Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama
Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersamaSkrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama
Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama
 
Teks MC : Sambutan Mauliduurasul
Teks MC : Sambutan MauliduurasulTeks MC : Sambutan Mauliduurasul
Teks MC : Sambutan Mauliduurasul
 
Skrip pengacara majlis program galakan membaca
Skrip pengacara majlis program galakan membacaSkrip pengacara majlis program galakan membaca
Skrip pengacara majlis program galakan membaca
 
Naskah_Ngunduh_Mantu.docx
Naskah_Ngunduh_Mantu.docxNaskah_Ngunduh_Mantu.docx
Naskah_Ngunduh_Mantu.docx
 
Contoh ikrar halal bi halal
Contoh ikrar halal bi halalContoh ikrar halal bi halal
Contoh ikrar halal bi halal
 
teks emcee.docx
teks emcee.docxteks emcee.docx
teks emcee.docx
 

SKRIP MAJLIS PERTUNANGAN.docx

  • 1. SKRIP MAJLIS PERTUNANGAN 1 Sirih Junjung berhias Indah, Sekacip Pinang Pembuka Kata, Datang berkunjung ke majlis meriah, Lembaran sejarah kini bermula. Sirih Berlipat Sirih Pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata Selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamu ‘Alaikum W.B.T. Sebelum memulakan majlis yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh sepupu kami saudara Azwie Ahamat. Dengan penuh hormat dipersilakan.. 2 <BACAAN DOA DARI AWIE> 3 Amin..amin ya rabbal alamin.. Mudah-mudahan dengan niat kita yang tulus ikhlas, semata-mata mengharapkan Keredhaan-Nya, majlis ini bakal dilimpahi Barakah, Inayah, keampunan dan Rahmah-Nya jua. Para hadirin sekalian, Yang diraikan pada hari ini, rombongan dari pihak lelaki, Dato’ Datin, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian serta pihak keluarga merangkap tuan rumah bagi majlis hari ini. Saya Mohd Nazley dengan ini ingin mengalu-alukan kehadiran semua dalam majlis yang indah dan penuh bermakna ini, Majlis Pertunangan Anakanda bongsu kami, Azreena binti Jumatli. Selamat datang dan Selamat bertandang kami ucapkan, Pergi berhuma di Tanjung Rokan, Sebelum pelang mengail ikan, Kehadiran tuan, kami alukan, Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Tak molek jika ada alu..tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung..tiada perahunya Tak lengkaplah majlis..jika tidak ada yang berbicara.
  • 2. Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan En. Khuzairi Yahaya merangkap abang ipar anakanda Azreena Jumatli untuk memulakan majlis, membicarakan hajat dan menyimpulkan janji antara dua keluarga. Dengan segala hormat dipersilakan. 4 <ABG KUZEK MEMULAKAN PERBINCANGAN ANTARA DUA KELUARGA> 5 Alhamdullilah. Termetri sudah janji. Terputus sudah madah. Terungkai sudah teka teki. Saya memohon kemaafan tuan puan sekiranya terdapat apa-apa jua kekurangan bagi pihak keluarga saya sepanjang pengendalian majlis. Seterusnya, dijemput anakanda Azreena Jumatli untuk bersedia di pelamin bagi menyempurnakan majlis seterusnya..majlis menyarung cincin dijari sebagai tanda ikatan dua hati, simpulan janji dua keluarga. Dipersilakan.. 6 <TUNGGU ADIK DUDUK DIPELAMIN> 7 Dipersilakan dengan penuh takzim wakil daripada pihak lelaki untuk menyempurnakan majlis. 8 <UPACARA MENYARUNG CINCIN> 9 Anak muda mengait raga, Raga diraut di Kuala Kedah, Senyum terukir kedua keluarga, Tanda hajat sempurna sudah. Burung nuri terbang ke gua, Singgah hinggap di tepi kuala, Menadah tangan memanjatkan doa, Moga ikatan berkekalan hendaknya. Sebagai tanda kesyukuran, saya dengan rasa hormat menjemput sekali lagi saudara Azwie Ahamat untuk memimpin bacaan doa bagi majlis pertunangan ini. Dengan penuh hormat dipersilakan.. 10 <BACAAN DOA DARI AWIE> 11 Bagi mengabadikan kenangan terjalinnya ikatan antara dua keluarga, majlis dengan ini mempersilakan pihak rombongan lelaki terlebih dahulu untuk menjayakan sesi fotografi bersama Anakanda Azreena Jumatli. Dipersilakan..
  • 3. 12 <FAMILY LELAKI BERGAMBAR> 13 Seterusnya pihak keluarga perempuan dijemput ke hadapan bagi melengkapkan sesi fotografi. 14 <FAMILY PEREMPUAN BERGAMBAR> 15 Inilah yang dikatakan Umpama belayar telah sampai di Pelabuhan Umpama berjalan telah sampai di destinasi Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama menulis telah sampai ke noktah Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan majlis pada hari yang penuh keberkatan ini. Tanam laguna tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuknya mati, Budi semua kami tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati. Harum semerbak bunga seroja, Dibelai oleh dara pingitan, Lauk pauk tersedia sudah, Jemput semua menikmati hidangan. Pergi ke dusun memetik kelapa, Kelapa muda si kelapa barli, Jari disusun maaf dipinta, Panjang usia bersua Kembali. Saya memohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salamhormat buat semua. Seterusnya tuan puan dijemput menikmati jamuan yang disediakan. Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikumWBT 16 <VIDEO SLIDESHOW DIMAINKAN>