Bil PERKARA
1
HADIRIN YANG DIMULIAKAN BOLEH MENGAMBIL TEMPAT KERANA
PERASMIAN MAJLIS AKAN BERMULA SEBENTAR LAGI . MOHON KERJASAMA
SEMUA HADIRIN , APABILA DIUMUMKAN KETIBAAN PERASMI , MOHON HADIRIN
SUPAYA BERDIRI DAN KITA AKAN NYANYIKAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU
DAN LAGU NEGERI PAHANG SEBELUM KITA SEMUA DUDUK . TERIMA KASIH .
2 KETIBAAN PERASMI ( Tunggu isyarat dari pegawai yang bertugas sbg Usher )
Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia , DR VIKNESWARA A/L
SOORIANARAYANAN , PENGARAH HOSPITAL BENTONG diiringi Pegawai Pendidikan
Daerah Bentong .
3 SALUTASI
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh , Salam Sejahtera , Salam Malaysia
Madani..
• Yang Berbahagia , Dr Vikneswara A/L Soorianarayanan ,
Pengarah Hospital Bentong
• Yang Berusaha , Encik Shahrum Bin Md. Saud
Pegawai Pendidikan Daerah Bentong
• Yang Berusaha , Encik Mohd Sauki Bin Mohamed
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bentong ( Sektor Pembelajaran )
• Barisan penceramah Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia
• Para guru
• Para ibubapa Wakil PIBG
• Para pegawai dan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Bentong
• Para pegawai dan kakitangan Pejabat kesihatan Daerah Bentong
• Para pegawai dan kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bentong
• Para pegawai dan kakitangan Hospital Daerah Bentong
Seterusnya para hadirin yang dimuliakan .
3 ALUAN PENGERUSI MAJLIS
DARI BENTONG KE KUANTAN
TERUS PULA KE KUALA PERLIS
HARAP SEMUA BERI PERHATIAN
MOHON SAYA MULAKAN MAJLIS
Tuan -tuan dan Puan – Puan yang dihormati sekalian ,
Alhamdulillah , bersyukur kita ke hadrat Ilahi , pada hari yang penuh ceria ini , kita dapat
berkumpul di Dewan Aspirasi Pejabat Pendidikan Daerah Bentong , bagi menjayakan
Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia anjuran Hospital Daerah Bentong di bawah
tema “ Just Different Not Less “ bagi tahun 2023 .
Sesungguhnya , Pihak Hospital Daerah Bentong sangat berbesar hati atas kesudian
Pegawai Pendidikan Daerah Bentong mengizinkan penganjuran majlis ini diadakan di
Dewan Aspirasi PPD Bentong , dewan yang permai lagi indah ini . Dengan Kerjasama
SKRIP JURUACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA
yang erat ini , menunjukkan suatu muafakat yang erat diantara jabatan – jabatan
Kerajaan dalam menjayakan setiap program jalinan antara jabatan khasnya buat warga
Pendidikan . warga Hospital , Warga Pejabat Kesihatan dan Warga Jabatan Kebajikan
Masyarakat di daerah Bentong yang kita cintai .
4 BACAAN DOA
Hadirin dan hadirat yang di hormati sekalian,
ANUGERAH DI KECAP SI ANAK WATAN
MENGANGKAT SENJATA BIDALAN SUARA
MENADAH TANGAN MEMOHON KEBERKATAN
MENDAPAT RESTU HIDUP SEJAHTERA
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Encik Mohd Ellias Bin Ridwan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ENCIK MOHD
ELLIAS BIN RIDWAN atas bacaan doa itu tadi.
5 UCAPAN ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BENTONG
TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA ,
TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA ,
TAK BERKAT ILMU TANPA AMALNYA ,
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA TIDAK ADA YANG BERBICARA ,
Tuan – tuan dan Puan – puan yang dihormati ,
Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha , Encik Shahrum Bin Md. Saud
Pegawai Pendidikan Daerah Bentong untuk menyampaikan ucapan aluan . Majlis
dengan hormatnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Shahrum Bin Md Saud ,Pegawai
Pendidikan Daerah Bentong atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
6 UCAPAN PERASMIAN
Sidang hadirin yang dimuliakan .
Sekarang tibalah kita ke aturcara kemuncak iaitu Perasmian Sambutan Hari Kesihatan
Mental Sedunia .
Bagi menyempurnakannya , majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan Yang Berbahagia, Dr VIKNESWARA A/L SOORINARAYANAN,
Pengarah Hospital Bentong untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya,
merasmikan MAJLIS kita pada hari ini. Majlis dengan hormatnya mempersilakan
tuan .
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Dr
VIKNESWARA A/L SOORINARAYANAN atas ucapan dan kesudian merasmikan
MAJLIS sebentar tadi.
7 PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Mohon Yang Berbahagia Tuan Pengarah Hospital Daerah Bentong dan Tuan
Pegawai Pendidikan Daerah Bentong untuk kekal di atas pentas bagi sesi
penyampaian cenderamata . ( Lihat bila semua dah sedia , baru mulakan ) .
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih , majlis menjemput Yang Berbahagia
Dr Vikneswara ,Pengarah Hospital Bentong bagi menyampaikan cenderamata
kepada Yang berusaha Encik Shahrum Bin Md Saud , Pegawai Pendidikan Daerah
Bentong . Dipersilakan .
Seterusnya ,majlis menjemput Dr Tiong Chea Ping / Dr Ng Bhee Zhen ,Pakar
Psikiatri Unit Psikiatri &Kesihatan Mental Hosp Bentong untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang Berbahagia Dr Vikneswara ,Pengarah Hospital Bentong .
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Pengarah Hospital
Bentong dan Dr Tiong Chea Ping / Dr Ng Bhee Zhen ,Pakar Psikiatri Unit Psikiatri
&Kesihatan Mental Hosp Bentong atas kesudian menyampaikan cenderamata
sebentar tadi .
( MC lihat jika perasmi sudah duduk ditempat duduk , baru sambung dengan ayat
ini )
Tuan – tuan dan Puan – puan yang dihormati ,
Dengan selesainya majlis penyampaian cenderamata sebentar tadi , maka majlis
perasmian kita berhenti di sini . Majlis dengan sukacitanya dan berbesar hati
mempersilakan Yang Berbahagia Pengarah Hospital Bentong , diiringi Pegawai
Pendidikan Daerah dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah serta dif kehormat untuk
menikmati jamuan yang disediakan di Cafe PPD . Dengan hormatnya majlis
mempersilakan .
8 SESI CERAMAH DIMULAKAN
Hadirin yang dimuliakan .
Dengan selesainya majlis penyampaian cenderamata sebentar tadi , maka majlis
ceramah kita akan bermula sebentar lagi . Oleh itu , mohon penceramah bagi slot yang
pertama agar bersedia . Terima kasih .
Hadirin yang dimuliakan,
Sebelum tirai ceramah dibuka,sebelum sesi perkongsian ilmiah bermula, suka saya
membacakan biodata penceramah khas kita pada hari ini.
Dr Noorul Amilin binti Harun yang telah berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia
selama 23 tahun merupakan Head of Psychiatry Service di Pahang dan juga seorang Pakar
Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja yang berpengalaman dan berpengetahuan luas. Beliau
mempunyai kelulusan ijazah MBBS dari Universiti of Malaya pada tahun 2000, dan seterusnya
kelulusan lepasan ijazah Masters in Medicine dalam bidang kepakaran Psikiatri pada tahun
2009. Beliau menyempurnakan latihan subkepakaran dengan kelulusan Fellowship in Child
and Adolescent Psychiatry di Australia pada tahun 2015. ‘Special interest’ beliau adalah
dalam ‘neurodevelopmental disorders and trauma’. Beliau kini berkhidmat di Hospital Tengku
Ampuan Afzan, dan sememangnya aktif dalam penyelidikan dan publikasi-publikasi ilmiah di
samping memegang jawatan dalam pelbagai peranan yang menyumbang kepada
perkhidmatan psikiatri kanak-kanak dan remaja.
Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Dr Noorul
Amilin binti Harun untuk menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk “ADHD, Autism,
Intellectual Disability and Specific Learning Disability Made Easy”
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Amilin di atas segala penerangan dan
perkongsian ilmu tadi.
**Persoalan/ Q n A*
Seterusnya,majlis membuka ruang dan mempersilakan para audiens sekalian bagi
mengajukan soalan berkaitan ceramah sebentar tadi.
*Cenderahati
Majlis seterusnya menjemput Dr Ng Bee Zhen bagi menyampaikan cenderahati kepada
penceramah sesi pertama kita sebentar tadi .
** Rehat**
Para hadirin sekalian,
Majlis kita pada pagi ini akan melabuhkan tirainya seketika bagi meberikan ruang untuk waktu
rehat .
Peserta majlis diingatkan supaya berada semula di dewan tepat pada jam 10.45am untuk
ceramah sesi kedua kita pada hari ini.
Kerjasama daripada para hadirin semua amatlah dihargai.Sekian , Terima kasih.
.
Hadirin yang dimuliakan,
Ceramah yang ke-2 akan menyusul dengan Tajuk ‘Antara dua darjat’ daripada Dr Nazatul
Zahirah binti Mohd Nazri. Sebelum bermula, izinkan saya menceritakan serba sedikit
tentang penceramah kita pada hari ini. Dr Zahirah merupakan Pegawai Perubatan Yang
Menjaga Unit Kesihatan Sekolah di Pejabat Kesihatan daerah Bentong dan telah berkhidmat
di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia selama 13 tahun. Beliau sudah terlibat dalam
Program Saringan Penentuan Murid Berkeperluan Pendidkan Khas selama 7 tahun semenjak
tahun 2014 lagi. Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Dr Nazatul Zahirah binti Mohd Nazri untuk menyampaikan ceramah beliau.
Majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Dr Zahirah diatas segala penerangan dan
pengetahuan baru yang dikongsikan bersama kita sebentar tadi.
**Persoalan/ Q n A*
Seterusnya,majlis membuka ruang dan mempersilakan para audiens sekalian bagi
mengajukan soalan berkaitan ceramah sebentar tadi.
*Cenderahati
Majlis seterusnya menjemput Dr Ng Bee Zhen bagi menyampaikan cenderahati kepada
penceramah sesi KEDUA kita sebentar tadi .
Majlis diteruskan dengan ceramah yang ke-3 dengan Tajuk Program Pendidikan Khas
Integrasi dan Pendidikan Inklusif KPM oleh penceramah khas kita dari Pejabat Pendidikan
Daerah Bentong, Encik Zul-Hasyimi bin Mohamad Yunus. Serba sikit tentang penceramah
kita. Encik Zul-Hasyimi mempunyai kelulusan Diploma Perguruan Malaysia dari Maktab
Perguruan Tengku Ampuan Afzan pada tahun 2002 dan seterusnya kelulusan ijazah sarjana
muda pendidikan dengan kepujian dari OPEN Universiti pada tahun 2013. Beliau kini
berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Bentong sebagai Penolong Pegawai Pendidikan
Daerah (Pendidikan Khas) Sektor Pembelajaran.
Dengan ini, saya terus memjemput dan mempersilakan penceramah kita, Encik Zul-Hasyimi
bin Mohamad Yunus untuk berkongsi ilmu bagi ceramah kali ini.
Majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada ENCIK ZUL HASYIMI BIN MOHAMAD
YUNUS diatas segala penerangan dan pengetahuan baru yang dikongsikan bersama kita
sebentar tadi.
**Persoalan/ Q n A*
Seterusnya,majlis membuka ruang dan mempersilakan para audiens sekalian bagi
mengajukan soalan berkaitan ceramah sebentar tadi.
*Cenderahati
Majlis seterusnya menjemput Dr Ng Bee Zhen bagi menyampaikan cenderahati kepada
penceramah kita sebentar tadi .
Para hadirin sekalian,
Majlis bersambung dengan ceramah terakhir kita pada pagi ini dengan Tajuk Peranan
Jabatan Kebajikan Masyarakat di dalam Perkhidmatan OKU dan Program Pemulihan
dalam Komuniti yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan kita pada pagi ini. Serba
sikit informasi penceraramah kita. Puan Norerliana binti Hafizi mempunyai kelulusan
Diploma in Early Childhood Education dan kini merupakan Penolong Pegawai Kebajikan
Masyarakat yang dalam perkhidmatan kerajaan selama 14 tahun. Beliau sedang bertugas di
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bentong dan merupakan Ketua Unit Kanak-kanak dari
tahun 2019 sehingga kini.
Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan
Norerliana binti Hafizi untuk menyampaikan ceramah beliau.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ceramah yang baru disempurnakan tadi.
Semoga apa yang telah disampaikan menjadi panduan yang berguna untuk kita semua.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada PUAN NORERLINA BINTI HAFIZI diatas
segala penerangan dan pengetahuan baru yang dikongsikan bersama kita sebentar tadi.
**Persoalan/ Q n A*
Seterusnya,majlis membuka ruang dan mempersilakan para audiens sekalian bagi
mengajukan soalan berkaitan ceramah sebentar tadi.
*Cenderahati
Majlis seterusnya menjemput Dr Ng Bee Zhen bagi menyampaikan cenderahati kepada
penceramah kita sebentar tadi .
Para hadirin sekalian,
Majlis kita pada pagi ini akan melabuhkan tirainya seketika bagi meberikan ruang untuk waktu
rehat dan solat
Makan tengah hari ada disediakan di ruangan foyer luar dewan .
Peserta majlis diingatkan supaya berada semula di dewan tepat pada jam 2.00pm untuk
ceramah sesi terakhir kita pada hari ini.
Kerjasama daripada para hadirin semua amatlah dihargai..Sekian , Terima kasih.
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan slot terakhir kita yang dinantikan semua. Dengan ini saya
menjemput dan mempersilakan penceramah khas kita Dr Sujatha untuk
menyampaikan bengkel beliau “Drama Workshop”. Majlis dengan sukacitanya
mempersilakan.
**Dr Sujatha akan membuat pengenalan sendiri**
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bengkel yang baru disempurnakan tadi oleh Dr
Sujatha. Semoga semua peserta dapat memanfaatkan segala ilmu yang telah diperolehi dan
boleh dipraktikkan dalam kerja dan kehidupan seharian kita.
*Cenderahati
Majlis seterusnya menjemput Dr Ng Bee Zhen bagi menyampaikan cenderahati kepada
penceramah sesi terakhir kita sebentar tadi .
**Sesi soal jawab**
Penutupan
Hadirin sekalian, dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka sempurna sudah
majlis kita pada hari ini.
Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja.
Sebarang kelemahan harap dimaafi, Terima kasih sekalung budi, kenangan indah simpanlah
di hati. Semoga kita berjumpa lagi.
Sesi Bergambar – Dengan Semua Peserta
Seterusnya,majlis menjemput semua peserta untuk berkumpul terlebih dahulu bagi sesi
bergambar sebelum bersurai.Sekian terima kasih
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH

SKRIP MC MAJLIS 2.pdf

  • 1.
    Bil PERKARA 1 HADIRIN YANGDIMULIAKAN BOLEH MENGAMBIL TEMPAT KERANA PERASMIAN MAJLIS AKAN BERMULA SEBENTAR LAGI . MOHON KERJASAMA SEMUA HADIRIN , APABILA DIUMUMKAN KETIBAAN PERASMI , MOHON HADIRIN SUPAYA BERDIRI DAN KITA AKAN NYANYIKAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU NEGERI PAHANG SEBELUM KITA SEMUA DUDUK . TERIMA KASIH . 2 KETIBAAN PERASMI ( Tunggu isyarat dari pegawai yang bertugas sbg Usher ) Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia , DR VIKNESWARA A/L SOORIANARAYANAN , PENGARAH HOSPITAL BENTONG diiringi Pegawai Pendidikan Daerah Bentong . 3 SALUTASI Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh , Salam Sejahtera , Salam Malaysia Madani.. • Yang Berbahagia , Dr Vikneswara A/L Soorianarayanan , Pengarah Hospital Bentong • Yang Berusaha , Encik Shahrum Bin Md. Saud Pegawai Pendidikan Daerah Bentong • Yang Berusaha , Encik Mohd Sauki Bin Mohamed Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bentong ( Sektor Pembelajaran ) • Barisan penceramah Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia • Para guru • Para ibubapa Wakil PIBG • Para pegawai dan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Bentong • Para pegawai dan kakitangan Pejabat kesihatan Daerah Bentong • Para pegawai dan kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bentong • Para pegawai dan kakitangan Hospital Daerah Bentong Seterusnya para hadirin yang dimuliakan . 3 ALUAN PENGERUSI MAJLIS DARI BENTONG KE KUANTAN TERUS PULA KE KUALA PERLIS HARAP SEMUA BERI PERHATIAN MOHON SAYA MULAKAN MAJLIS Tuan -tuan dan Puan – Puan yang dihormati sekalian , Alhamdulillah , bersyukur kita ke hadrat Ilahi , pada hari yang penuh ceria ini , kita dapat berkumpul di Dewan Aspirasi Pejabat Pendidikan Daerah Bentong , bagi menjayakan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia anjuran Hospital Daerah Bentong di bawah tema “ Just Different Not Less “ bagi tahun 2023 . Sesungguhnya , Pihak Hospital Daerah Bentong sangat berbesar hati atas kesudian Pegawai Pendidikan Daerah Bentong mengizinkan penganjuran majlis ini diadakan di Dewan Aspirasi PPD Bentong , dewan yang permai lagi indah ini . Dengan Kerjasama SKRIP JURUACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA
  • 2.
    yang erat ini, menunjukkan suatu muafakat yang erat diantara jabatan – jabatan Kerajaan dalam menjayakan setiap program jalinan antara jabatan khasnya buat warga Pendidikan . warga Hospital , Warga Pejabat Kesihatan dan Warga Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah Bentong yang kita cintai . 4 BACAAN DOA Hadirin dan hadirat yang di hormati sekalian, ANUGERAH DI KECAP SI ANAK WATAN MENGANGKAT SENJATA BIDALAN SUARA MENADAH TANGAN MEMOHON KEBERKATAN MENDAPAT RESTU HIDUP SEJAHTERA Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Encik Mohd Ellias Bin Ridwan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ENCIK MOHD ELLIAS BIN RIDWAN atas bacaan doa itu tadi. 5 UCAPAN ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BENTONG TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA , TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA , TAK BERKAT ILMU TANPA AMALNYA , TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA TIDAK ADA YANG BERBICARA , Tuan – tuan dan Puan – puan yang dihormati , Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha , Encik Shahrum Bin Md. Saud Pegawai Pendidikan Daerah Bentong untuk menyampaikan ucapan aluan . Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Shahrum Bin Md Saud ,Pegawai Pendidikan Daerah Bentong atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. 6 UCAPAN PERASMIAN Sidang hadirin yang dimuliakan . Sekarang tibalah kita ke aturcara kemuncak iaitu Perasmian Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia . Bagi menyempurnakannya , majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Dr VIKNESWARA A/L SOORINARAYANAN, Pengarah Hospital Bentong untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya, merasmikan MAJLIS kita pada hari ini. Majlis dengan hormatnya mempersilakan tuan .
  • 3.
    Majlis merakamkan jutaanterima kasih kepada Yang Berbahagia, Dr VIKNESWARA A/L SOORINARAYANAN atas ucapan dan kesudian merasmikan MAJLIS sebentar tadi. 7 PENYAMPAIAN CENDERAMATA Mohon Yang Berbahagia Tuan Pengarah Hospital Daerah Bentong dan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Bentong untuk kekal di atas pentas bagi sesi penyampaian cenderamata . ( Lihat bila semua dah sedia , baru mulakan ) . Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih , majlis menjemput Yang Berbahagia Dr Vikneswara ,Pengarah Hospital Bentong bagi menyampaikan cenderamata kepada Yang berusaha Encik Shahrum Bin Md Saud , Pegawai Pendidikan Daerah Bentong . Dipersilakan . Seterusnya ,majlis menjemput Dr Tiong Chea Ping / Dr Ng Bhee Zhen ,Pakar Psikiatri Unit Psikiatri &Kesihatan Mental Hosp Bentong untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Dr Vikneswara ,Pengarah Hospital Bentong . Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Pengarah Hospital Bentong dan Dr Tiong Chea Ping / Dr Ng Bhee Zhen ,Pakar Psikiatri Unit Psikiatri &Kesihatan Mental Hosp Bentong atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi . ( MC lihat jika perasmi sudah duduk ditempat duduk , baru sambung dengan ayat ini ) Tuan – tuan dan Puan – puan yang dihormati , Dengan selesainya majlis penyampaian cenderamata sebentar tadi , maka majlis perasmian kita berhenti di sini . Majlis dengan sukacitanya dan berbesar hati mempersilakan Yang Berbahagia Pengarah Hospital Bentong , diiringi Pegawai Pendidikan Daerah dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah serta dif kehormat untuk menikmati jamuan yang disediakan di Cafe PPD . Dengan hormatnya majlis mempersilakan . 8 SESI CERAMAH DIMULAKAN Hadirin yang dimuliakan . Dengan selesainya majlis penyampaian cenderamata sebentar tadi , maka majlis ceramah kita akan bermula sebentar lagi . Oleh itu , mohon penceramah bagi slot yang pertama agar bersedia . Terima kasih .
  • 4.
    Hadirin yang dimuliakan, Sebelumtirai ceramah dibuka,sebelum sesi perkongsian ilmiah bermula, suka saya membacakan biodata penceramah khas kita pada hari ini. Dr Noorul Amilin binti Harun yang telah berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia selama 23 tahun merupakan Head of Psychiatry Service di Pahang dan juga seorang Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja yang berpengalaman dan berpengetahuan luas. Beliau mempunyai kelulusan ijazah MBBS dari Universiti of Malaya pada tahun 2000, dan seterusnya kelulusan lepasan ijazah Masters in Medicine dalam bidang kepakaran Psikiatri pada tahun 2009. Beliau menyempurnakan latihan subkepakaran dengan kelulusan Fellowship in Child and Adolescent Psychiatry di Australia pada tahun 2015. ‘Special interest’ beliau adalah dalam ‘neurodevelopmental disorders and trauma’. Beliau kini berkhidmat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, dan sememangnya aktif dalam penyelidikan dan publikasi-publikasi ilmiah di samping memegang jawatan dalam pelbagai peranan yang menyumbang kepada perkhidmatan psikiatri kanak-kanak dan remaja. Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Dr Noorul Amilin binti Harun untuk menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk “ADHD, Autism, Intellectual Disability and Specific Learning Disability Made Easy” Majlis dengan sukacitanya mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Amilin di atas segala penerangan dan perkongsian ilmu tadi.
  • 5.
    **Persoalan/ Q nA* Seterusnya,majlis membuka ruang dan mempersilakan para audiens sekalian bagi mengajukan soalan berkaitan ceramah sebentar tadi. *Cenderahati Majlis seterusnya menjemput Dr Ng Bee Zhen bagi menyampaikan cenderahati kepada penceramah sesi pertama kita sebentar tadi . ** Rehat** Para hadirin sekalian, Majlis kita pada pagi ini akan melabuhkan tirainya seketika bagi meberikan ruang untuk waktu rehat . Peserta majlis diingatkan supaya berada semula di dewan tepat pada jam 10.45am untuk ceramah sesi kedua kita pada hari ini. Kerjasama daripada para hadirin semua amatlah dihargai.Sekian , Terima kasih. . Hadirin yang dimuliakan, Ceramah yang ke-2 akan menyusul dengan Tajuk ‘Antara dua darjat’ daripada Dr Nazatul Zahirah binti Mohd Nazri. Sebelum bermula, izinkan saya menceritakan serba sedikit tentang penceramah kita pada hari ini. Dr Zahirah merupakan Pegawai Perubatan Yang Menjaga Unit Kesihatan Sekolah di Pejabat Kesihatan daerah Bentong dan telah berkhidmat di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia selama 13 tahun. Beliau sudah terlibat dalam Program Saringan Penentuan Murid Berkeperluan Pendidkan Khas selama 7 tahun semenjak tahun 2014 lagi. Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Dr Nazatul Zahirah binti Mohd Nazri untuk menyampaikan ceramah beliau. Majlis mempersilakan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Dr Zahirah diatas segala penerangan dan pengetahuan baru yang dikongsikan bersama kita sebentar tadi.
  • 6.
    **Persoalan/ Q nA* Seterusnya,majlis membuka ruang dan mempersilakan para audiens sekalian bagi mengajukan soalan berkaitan ceramah sebentar tadi. *Cenderahati Majlis seterusnya menjemput Dr Ng Bee Zhen bagi menyampaikan cenderahati kepada penceramah sesi KEDUA kita sebentar tadi . Majlis diteruskan dengan ceramah yang ke-3 dengan Tajuk Program Pendidikan Khas Integrasi dan Pendidikan Inklusif KPM oleh penceramah khas kita dari Pejabat Pendidikan Daerah Bentong, Encik Zul-Hasyimi bin Mohamad Yunus. Serba sikit tentang penceramah kita. Encik Zul-Hasyimi mempunyai kelulusan Diploma Perguruan Malaysia dari Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan pada tahun 2002 dan seterusnya kelulusan ijazah sarjana muda pendidikan dengan kepujian dari OPEN Universiti pada tahun 2013. Beliau kini berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Bentong sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pendidikan Khas) Sektor Pembelajaran. Dengan ini, saya terus memjemput dan mempersilakan penceramah kita, Encik Zul-Hasyimi bin Mohamad Yunus untuk berkongsi ilmu bagi ceramah kali ini. Majlis mempersilakan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada ENCIK ZUL HASYIMI BIN MOHAMAD YUNUS diatas segala penerangan dan pengetahuan baru yang dikongsikan bersama kita sebentar tadi. **Persoalan/ Q n A* Seterusnya,majlis membuka ruang dan mempersilakan para audiens sekalian bagi mengajukan soalan berkaitan ceramah sebentar tadi. *Cenderahati Majlis seterusnya menjemput Dr Ng Bee Zhen bagi menyampaikan cenderahati kepada penceramah kita sebentar tadi .
  • 7.
    Para hadirin sekalian, Majlisbersambung dengan ceramah terakhir kita pada pagi ini dengan Tajuk Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat di dalam Perkhidmatan OKU dan Program Pemulihan dalam Komuniti yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan kita pada pagi ini. Serba sikit informasi penceraramah kita. Puan Norerliana binti Hafizi mempunyai kelulusan Diploma in Early Childhood Education dan kini merupakan Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat yang dalam perkhidmatan kerajaan selama 14 tahun. Beliau sedang bertugas di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bentong dan merupakan Ketua Unit Kanak-kanak dari tahun 2019 sehingga kini. Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Norerliana binti Hafizi untuk menyampaikan ceramah beliau. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ceramah yang baru disempurnakan tadi. Semoga apa yang telah disampaikan menjadi panduan yang berguna untuk kita semua. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada PUAN NORERLINA BINTI HAFIZI diatas segala penerangan dan pengetahuan baru yang dikongsikan bersama kita sebentar tadi. **Persoalan/ Q n A* Seterusnya,majlis membuka ruang dan mempersilakan para audiens sekalian bagi mengajukan soalan berkaitan ceramah sebentar tadi. *Cenderahati Majlis seterusnya menjemput Dr Ng Bee Zhen bagi menyampaikan cenderahati kepada penceramah kita sebentar tadi . Para hadirin sekalian, Majlis kita pada pagi ini akan melabuhkan tirainya seketika bagi meberikan ruang untuk waktu rehat dan solat Makan tengah hari ada disediakan di ruangan foyer luar dewan . Peserta majlis diingatkan supaya berada semula di dewan tepat pada jam 2.00pm untuk ceramah sesi terakhir kita pada hari ini. Kerjasama daripada para hadirin semua amatlah dihargai..Sekian , Terima kasih.
  • 8.
    Hadirin sekalian, Majlis diteruskandengan slot terakhir kita yang dinantikan semua. Dengan ini saya menjemput dan mempersilakan penceramah khas kita Dr Sujatha untuk menyampaikan bengkel beliau “Drama Workshop”. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan. **Dr Sujatha akan membuat pengenalan sendiri** Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bengkel yang baru disempurnakan tadi oleh Dr Sujatha. Semoga semua peserta dapat memanfaatkan segala ilmu yang telah diperolehi dan boleh dipraktikkan dalam kerja dan kehidupan seharian kita. *Cenderahati Majlis seterusnya menjemput Dr Ng Bee Zhen bagi menyampaikan cenderahati kepada penceramah sesi terakhir kita sebentar tadi . **Sesi soal jawab** Penutupan Hadirin sekalian, dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka sempurna sudah majlis kita pada hari ini. Gugur menguning buah kuini, Menghijau pohon subur dibaja, Majlis kita berakhir di sini, Salah dan silap lupakan saja.
  • 9.
    Sebarang kelemahan harapdimaafi, Terima kasih sekalung budi, kenangan indah simpanlah di hati. Semoga kita berjumpa lagi. Sesi Bergambar – Dengan Semua Peserta Seterusnya,majlis menjemput semua peserta untuk berkumpul terlebih dahulu bagi sesi bergambar sebelum bersurai.Sekian terima kasih ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH