SlideShare a Scribd company logo
Istilah Sosiologi - Chewitek
oleh Mahali Mahat
Chewitek ialah istilah sosiologi yang membawa maksud reaksi kerana
menggunakan teknologi terkini atau yang belum pernah digunakan. Chewitek
disebut dalam tiga sukukata iaitu “che”, “wi” dan “tek”. Chewitek bersifat sementara,
selama mana belum wujud rasa bosan atau tercapainya kepuasan disebabkan
matlamat penggunaan atau memilikinya. Reaksi kegahirahan kebaharu-baharuan
menggunakan teknologi yang dianggap hebat oleh mereka.
Chewitek berasal dari dua perkataan iaitu chewi dan teknologi. “Chewi” iaitu
perkataan yang diambil daripada golongan kata Kedah Tua Pesisir. Penutur jatinya
meluas di daerah Baling, Kedah Darulaman, Malaysia. Mereka menggunakan
perkataan ini untuk menggambarkan seseorang yang menunjukkan tingkahlaku
diluar kebiasaan, reaksi kepada menggunakan/mendapatkan sesuatu yang baharu.
Tingkahlaku ganjil ini sering menjadi bahan ejekan kepada mereka yang
melakukannya. Seorang kanak-kanak yang mendapat sepasang kasut baharu begitu
berminat dan gembira lantas mengaksikannya dan menunjuk-nunjuk demi
mendapatkan perhatian atau tindakbalas orang lain. “tek” pula bertunjangkan
perkataan teknologi yang dipendekkan menjadi “tek” sahaja. Teknologi membawa
takrifan yang pertama iaitu pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan
dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Jadi Chewitek adalah gabungan
dua perkataan Kedah Tua Pesisir dan Teknologi yang disingkatkan menjadi “tek”
sahaja.
Perubahan semasa yang memperlihatkan teknologi baharu dalam kehidupan
seharian manusia telah menjadikan istilah ini diketengahkan dalam bidang sosiologi.
Ledakan teknologi terbaharu kerap memaksa manusia membuat penyesuaian dalam
hidup seharian. Teknologi internet, teknologi nano, teknologi komunikasi, teknologi
perubatan, teknologi angkasalepas adalah sebahagian daripada teknologi terbaharu
yang memaksa manusia menunjukkan reaksi chewitek.
Chewitek dikalangan individu yang hidup berkomuniti terserlah dengan
meluas dalam dua penggunaan iaitu telefon pintar dan aplikasi komputer. Chewitek
boleh mewujudkan rencatan budaya yang akhirnya boleh mengubah cara hidup,
sistem nilai dan persepsi komuniti. Chewitek memberanikan manusia keluar
daripada amalan tradisi dan mewujudkan reaksi sepontan. Chewitek perlu dikawal
untuk tidak dianggap melanggar tatasusila masyarakat. Chewitek telah memberi
kesan kepada penguatkuasaan peraturan mesyuarat, perhimpunan, undang-undang
sekolah, keberadaan di dalam masjid, hospital hatta hingga kepada memandu
kenderaan. Chewitek melampaui batas umur, status, agama dan budaya. Reaksi ini
berlaku dalam banyak situasi mengisi dan meneruji cara hidup manusia. Perhatikan
reaksi-reaksi ini dalam kehidupan anak-anak muda genarasi kampung dan bandar.
Bayangkan 3 suasana chewitek ini bila sekumpulan pemuda seramai lebih daripada
5 orang duduk semeja tanpa komunikasi diantara mereka. Masing-masing sibuk
melayani messej yang diterima atau menghantar messej melalui telefon bimbit.
Seorang penjawat awam begitu teruja menyiapkan borang mengumpul data yang
dirasakan olehnya terbaik untuk mendapatkan perhatian daripada Ketua Jabatan.
Seorang gadis melayari facebook selama 4 jam dengan mengupload gambar hari
lahirnya untuk dikongsikan bersama kawan-kawan.
Sikap kebaharu-baharuan dalam chewitek memperlihatkan hakikat kewujudan
manusia yang selalu berhubung ini berubah, dinamik dan perlukan kawalan
dalaman.

More Related Content

Featured

Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Kurio // The Social Media Age(ncy)
 
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them wellGood Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Saba Software
 

Featured (20)

Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work
 
ChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slidesChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slides
 
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike RoutesMore than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
 
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
 
Barbie - Brand Strategy Presentation
Barbie - Brand Strategy PresentationBarbie - Brand Strategy Presentation
Barbie - Brand Strategy Presentation
 
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them wellGood Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
 

Istilah sosiologi chewitek

  • 1. Istilah Sosiologi - Chewitek oleh Mahali Mahat Chewitek ialah istilah sosiologi yang membawa maksud reaksi kerana menggunakan teknologi terkini atau yang belum pernah digunakan. Chewitek disebut dalam tiga sukukata iaitu “che”, “wi” dan “tek”. Chewitek bersifat sementara, selama mana belum wujud rasa bosan atau tercapainya kepuasan disebabkan matlamat penggunaan atau memilikinya. Reaksi kegahirahan kebaharu-baharuan menggunakan teknologi yang dianggap hebat oleh mereka. Chewitek berasal dari dua perkataan iaitu chewi dan teknologi. “Chewi” iaitu perkataan yang diambil daripada golongan kata Kedah Tua Pesisir. Penutur jatinya meluas di daerah Baling, Kedah Darulaman, Malaysia. Mereka menggunakan perkataan ini untuk menggambarkan seseorang yang menunjukkan tingkahlaku diluar kebiasaan, reaksi kepada menggunakan/mendapatkan sesuatu yang baharu. Tingkahlaku ganjil ini sering menjadi bahan ejekan kepada mereka yang melakukannya. Seorang kanak-kanak yang mendapat sepasang kasut baharu begitu berminat dan gembira lantas mengaksikannya dan menunjuk-nunjuk demi mendapatkan perhatian atau tindakbalas orang lain. “tek” pula bertunjangkan perkataan teknologi yang dipendekkan menjadi “tek” sahaja. Teknologi membawa takrifan yang pertama iaitu pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Jadi Chewitek adalah gabungan dua perkataan Kedah Tua Pesisir dan Teknologi yang disingkatkan menjadi “tek” sahaja. Perubahan semasa yang memperlihatkan teknologi baharu dalam kehidupan seharian manusia telah menjadikan istilah ini diketengahkan dalam bidang sosiologi. Ledakan teknologi terbaharu kerap memaksa manusia membuat penyesuaian dalam hidup seharian. Teknologi internet, teknologi nano, teknologi komunikasi, teknologi perubatan, teknologi angkasalepas adalah sebahagian daripada teknologi terbaharu yang memaksa manusia menunjukkan reaksi chewitek. Chewitek dikalangan individu yang hidup berkomuniti terserlah dengan meluas dalam dua penggunaan iaitu telefon pintar dan aplikasi komputer. Chewitek boleh mewujudkan rencatan budaya yang akhirnya boleh mengubah cara hidup, sistem nilai dan persepsi komuniti. Chewitek memberanikan manusia keluar daripada amalan tradisi dan mewujudkan reaksi sepontan. Chewitek perlu dikawal untuk tidak dianggap melanggar tatasusila masyarakat. Chewitek telah memberi kesan kepada penguatkuasaan peraturan mesyuarat, perhimpunan, undang-undang sekolah, keberadaan di dalam masjid, hospital hatta hingga kepada memandu kenderaan. Chewitek melampaui batas umur, status, agama dan budaya. Reaksi ini berlaku dalam banyak situasi mengisi dan meneruji cara hidup manusia. Perhatikan reaksi-reaksi ini dalam kehidupan anak-anak muda genarasi kampung dan bandar.
  • 2. Bayangkan 3 suasana chewitek ini bila sekumpulan pemuda seramai lebih daripada 5 orang duduk semeja tanpa komunikasi diantara mereka. Masing-masing sibuk melayani messej yang diterima atau menghantar messej melalui telefon bimbit. Seorang penjawat awam begitu teruja menyiapkan borang mengumpul data yang dirasakan olehnya terbaik untuk mendapatkan perhatian daripada Ketua Jabatan. Seorang gadis melayari facebook selama 4 jam dengan mengupload gambar hari lahirnya untuk dikongsikan bersama kawan-kawan. Sikap kebaharu-baharuan dalam chewitek memperlihatkan hakikat kewujudan manusia yang selalu berhubung ini berubah, dinamik dan perlukan kawalan dalaman.