Temu duga perlu dilakukan untuk mengenal pasti kualiti pemain bola sepak negeri yang layak ditawarkan kontrak sebagai pemain tetap, berbanding yang hanya diberi kontrak sementara. Temu duga mungkin melibatkan soalan mengenai pengetahuan pemain tentang peraturan dan komitmen serta perjanjian kontrak.
1. Tijani SKS7:
Soalan ni sebenarnya soalan KBAT dan kurang sesuai utk murid tahun enam.
Memandangkan mereka itu memang telah menjadi pemain negeri, mungkin sesi temu duga
lebih sesuai utk mengenal pasti kualiti pemain yang layak dipertimbangkan sbg pemain tetap.
Temu duga ini perlu dibuat kerana hanya mereka yang layak akan ditawarkan sebagai pemain
tetap. Yg tidak dipanggil utk temu duga tu akan kekal sebagai pemain kontrak.
Pengisian temu duga mungkin melibatkan pengetahuan para pemain yg meliputi;
- perlembagaan persatuan
- peraturan permainan
- komitmen semasa
- penetapan gaji
- kontrak pemain
- kesetiaan
dan sbgnya.
Mereka ni ialah pemain yg telah mewakili negeri dan sentiasa fit dan bg saya mereka tak perlu
diuji bakat atau dilatih tubi.
Temu ramah pula melibatkan individu dgn org luar (wartawan).
Jom kongsi ilmu tatabahasa
(MUNSYI AZIZI)
2. SOALAN:
Salam tuan.
Macam mana saya nak terangkan jenis kata kepada budak2 saya? Dia org x leh nak kenal pasti
yang mana satu kata nama, kata kerja, kata adjektif atau kata sendi.
JAWABAN:
Wsalam.
Senang je cikgu utk menerangkan jenis kata kpd anak-anak didik kita.
KATA NAMA
Sebelum KATA NAMA boleh letak kata bilangan / penjodoh bilangan ...
seorang manusia
sebatang jarum
sekaki payung
sekuntum bunga
satu pendapat
lapan orang
KATA ADJEKTIF
Sebelum KATA ADJEKTIF boleh letak kata penguat (contoh: sangat) ...
sangat laju
sangat masin
sangat tinggi
3. KATA KERJA
Sebelum KATA KERJA boleh letak kata bantu (contoh: sedang) ...
sedang makan
sedang menulis
sedang berdiri
sedang tidur
KATA SENDI
Selepas KATA SENDI mesti kata nama (manusia, binatang, tumbuhan, benda, abstrak) ...
dengan lelaki itu
kepada ayah bonda
oleh Azizi
terhadap semua murid
tentang ilmu akhirat
di rumah
dalam pertimbangan
dari pagi
hingga petang
daripada kulit unta
pada pandangan saya, ...
dengan lajunya
Wsalam.
4. pekarangan
halaman
di pekarangan rumah
ke pekarangan taman Sains
perkarangan
kawasan batu karang di lautan
Kawasan perkarangan laut Malaysia telah tercemar oleh tumpahan minyak.