1. Haruskah Dato Lee Chong Wei
dikekalkan sebagai jaguh sukan
Negara untuk Olimpik 2016?
Pada pedapat saya, saya berasa Dato Lee Chong Wei harus
dikekalkan sebagai jaguh sukan Negara untuk Olimpik 2016 kerana
atas kertas, Dato Lee Chong Wei masih berpeluang mencapai misi
menyumbang pingat emas yang pertama Olimpik kepada Malaysia
jika perancangan yang teratur dilakukan mulai sekarang. Selain itu,
keadaan fizikal Dato Lee Chong Wei masih bagus, dia tiada masalah
untuk bermain sekurang-kurangnya tiga hingga empat tahun lagi.
Badminton adalah darah daging bagi beliau, jadi, saya berasa beliau
tidak akan bersara pada masa sekarang kerana beliau masih ingin
mencuba untuk mencapai matlamat sendiri iaitu menjuarai pingat
emas Olimpik pertama di Olimpik Rio De Janeiro pada 2016.