Surat memohon peruntukan dana sebanyak RM700 untuk program Kem Penghayatan Islam (KPI) tingkatan 2 yang akan diadakan pada 8 Julai 2017 di Surau Al-Muttaqin, SMK Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail. Program bertujuan memberi kesedaran penghayatan Islam sebagai cara hidup kepada murid-murid tingkatan 2 untuk memantapkan sahsiah mereka sebagai pelajar bidang agama.
1. Badan Agama Dakwah Akhlak Dan Rohani (BADAR)
SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail (SEMADAH)
Sekolah Kluster Kecemerlangan & Tahfiz Model Ulul Albab
71400 Pedas, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Ruj.Kami :
Tarikh : 6 JULAI 2017
Yang Dipertua PIBG
SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail (SEMADAH)
71400 Pedas, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Melalui :
Pengetua,
SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail (SEMADAH)
71400 Pedas, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tuan,
MEMOHON PERUNTUKAN BAGI PROGRAM KEM PENGHAYATAN ISLAM
(KPI) TINGKATAN DUA 2017
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Pihak BADAR akan mengadakan Program Kem Penghayatan Islam kepada murid-
murid TMUA Tingkatan 2 pada ketetapan berikut :
Tarikh : 8 Julai 2017 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat : Surau Al-Muttaqin, SEMADAH
3. Untuk makluman, program tersebut bertujuan memberi kesedaran penghayatan Islam
sebagai cara hidup kepada murid-murid TMUA Tingkatan 2 dalam proses memantapkan
sahsiah mereka selaku pelajar bidang agama yang menghafal Al-Quran.
4. Sehubungan itu, kami ingin memohon peruntukan dari PIBG bagi membiayai kos
program tersebut yang berjumlah RM 700.00. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja
program untuk makluman dan tindakan pihak tuan.
5. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
………………………………………………………………………
(MOHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN CHE MAT REDUAN)
Penolong Setiausaha BADAR,
SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail (SEMADAH)
Negeri Sembilan Darul Khusus