SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Bab 6 – British Mengeksploitasi Ekonomi
( Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah)
6.1 – Kegiatan Pertanian Dagangan
 Peringkat awal diusahakan jenis tanaman
tradisional seperti lada hitam,gambir,buah
pala,cengkih ,ubi kayu,tebu dan nanas
 Diusahakan kerana mendapat pasaran yang
baik
 British hanya menggalakkan peladang
Eropah dan orang asing untuk
mengusahakan pertanian dagangan
 Penduduk tempatan tidak digalakkan terlibat
i. Lada hitamdan gambir
 Tujuan eksport
 Diusahakan di Pulau
Pinang ,Selangor,Negeri Sembilan
dan Sarawak
 Kurun ke 19,lada hitam dan gambir
diperkenalkan di Johor melalui
Sistem Kangcu
 Di Johor tanaman ini diusahakan
oleh orang Cina dari Singapura
 Tanaman ini menjadi hasil eksport
penting Johor sehingga awal kurun
ke-20
 Gambir biasanya digunakan
sebagaibahan pewarna dan
mencelup sutera.
ii. Buah pala dan cengkih
 Banyak ditanam di Pulau Pinang
 Tanaman buah pala diutamakan
kerana harganya lebih tinggi
 Dieksport ke Eropah dan China
 Cengkih yang dikeringkan sesuai
dijadikan ubat
 1850-an,tanaman ini merosot
kerana harganya tidak stabil
iii. Tebu
 Lading tebu banyak dibuka di
Seberang Perai dan Perak.
 Permintaan terhadap gula
meningkat di pasaran dunia
 1830-an,Seberang Perai merupakan
pusat pengeluaran gula utama di
Negeri-Negeri Selat
 1900,Perak muncul sebagai pusat
pengeluar gula terbesar di Tanah
Melayu.
 Gula menjadi eksport penting
Tanah Melayu selama hampir 50
tahun.
iv. Ubi kayu
 Merupakan tanaman eksport
penting Tanah Melayu
 Banyak ditanam di Melaka,Negeri
Sembilan dan Selangor
v. Nanas
 Industry mengetin nanas berpusat
di Perak,Selangor dan Johor
 Sebelum Perang Dunia II,Tanah
Melayu merupakan pengeksport
nanas dalam tin kedua terbesar di
dunia.
6.2- Tanaman Baru Memantapkan
Ekonomi
 Kurun ke -20,tanaman dagangan tradisional
kurang penting kerana hargnya tidak stabil
dipasaran dunia
 British memperkenalkan tanaman baru
seperti kopi,kelapa sawit,tembakau dan teh.
i. Kopi
 Diusahakan secara besar-besaran di
Perak, Selangor ,Negeri Sembilan
dan Johor.
 Harga kopi meningkat di pasaran
dunia.
ii. Kelapa sawit
 Berasal dari Afrika
 Diperkenalkan di Kuala Selangor
 1920-an,minyak kelapa sawit mula
dieksport
 Ladang kelapa sawit dibuka di
Perak dan Johor
 Johor menjadi pengeksport
utama kelapa sawit.
iii. Tembakau
 Ladang dibuka di Pulau Pinang dan
Pahang.
iv. Teh
 Diusahakan di Cameron
Highlands,Pahang
 The yang dihasilkan di Tanah
katsebagai “ Teh Ceylon”
6.3 – Perkembangan Perusahaan
Getah
 Akhir kurun ke-18,harga kopi jatuh di
pasaran dunia.
 Getah diperkanalkan sebagaitanaman
pilihan untuk memulihkan ekonomi
 Kurun ke-29,getah menjadi eksport penting
Tanah Melayu.
i. Sejarah Asal-Usul Getah
 Berasal dari Brazil
 Getah di Tanah Melayu dari jenis
Hevea Brasiliensis
 Tahun 1876,sebanyak 70000 biji getah
dari Brazil dibawa ke England oleh
Henry Wickham
 Kemudian disemai di Kew
Garden,England
 Sebanyak 300 benih getah dihantar ke
negara-negara naungan British
terutamanya Sri Lanka.
 1877,sebanyak 22 batang anak getah
dibawa ke Singapura dan ditanam di
halaman kediaman Residen Perak.
 Pengarah Botanical Garden Singapura
iaitu H.N. Ridley yang
bertanggungjawab menggalakkan
tanaman getah di Tanah Melayu.
ii. Perkembangan Getah
 Awal kurun ke-20,harga
getah ,melambung tinggi di pasaran
dunia
 Permintaan meningkat kerana
perkembangan perusahaan membuat
motokar di Eropah dan Amerika
Syarikat
 Ladang-ladang getah dibuka besar-
besaran di Selangor,Perak,Negeri
Sembilan dan Johor
 1920-an Tanah Melayu menghasilkan
53% daripada jumlah pengeluaran getah
dunia
 Tanah Melayu muncul pengeluar getah
terbesar dunia
 Syarikat-syarikat Eropah menguasai
perusahaan getah di Tanah Melayu
seperti Sime
Darby ,Guthrie ,Harrisons and
Crosfield dan United Plantation
 Penduduk tempatan mengusahakan
tanaman secara kebun kecil.
Faktor-faktor Perkembangan
Perusahaan Getah
a. Permintaan Getah Meningkat
 Diperlukan dalam perusahaan membuat
motokar di Amerika Syarikat dan
Eropah
 Diperlukan untuk membuat
kasut,pakaian ,tayar kenderaan, alat
perubatan dan penebat elektrik
b. Kejatuhan Harga Kopi
 Harga kopi jatuh kerana pengeluaran
berlebihan di Brazil dan serangan
serangga perosak
 Peladang terpaksa beralih kepada
tanaman getah
c. Tenaga Buruh Mencukupi
 Buruh dari India dibawa masuk secara
besar-besaran untukbekerja di ladang-
ladang getah
d. Usaha H.N. Ridley
 Memperkenalkan kaedah menorah
mengikut sistem “ibedem” atau sistem
tulang ikan herring
 Kaedah torehan ini meningkat
pengeluaran susu getah
e. Pelaburan Modal
 Banyak syarikat besarEropah melabur
dalam perusahaan getah di Tanah
Melayu seperti Sime Carby dan Guthrie
f. Cukai Rendah
 British mengenakan cukai tanah dan
cukai eksport yang rendah
 Tujuannya untuk menggalakkan
lading-ladang baru dibuka
Sebab –Sebab Kejatuhan Perusahaan
Getah
 Tahun 1920 – 1930 –an berlaku zaman
kemelesetan ekonomi dunia
 Harga getah jatuh dan member kesan kepada
perusahaan getah
Langkah – Langkah menstabilkan
Harga Getah
 Diperkenalkan Rancangan Stevenson dan
Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa
a. Rancangan Sekatan Stevenson 1922
 Tujuan untuk mengurangkan
pengeluaran dan meningkatkan
harga getah
 Disertai negara naungan British seperti
Tanah Melayu dan Sri Lanka
 Belanda dan Indonesia enggan
menyertai rancangan ini sebaliknya
terus meningkatkan pengeluaran getah
 1928,rancangan ini ditamatkan oleh
British apabila gagal mencapai
matlamat.
b. Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa
1934
 Tujuan untuk mengurangkan
pengeluaran getah dan menstabilkan
harga
 Disertai oleh Tanah Melayu,Sabah,
Sarawak , Sri Lanka, India,
Myanmar, Indonesia,Indochina dan
Thailand
 Setiap negara dikehendaki
mengurangkan pengeluaran mengikut
kuota yang ditetapkan
 Berjaya meningkatkan semula harga
getah di pasaran dunia sebelumm
Perang Dunia II
Pengeluaran Getah Tiruan
 Amerika Syarikat memperkenalkan getah
tiruan selepas Perang dunia II
 Menjadi pesaing kepada getah asli
 Dihasilkan apabila bekalan getah asli dunia
terputus akibat Perang Dunia II
 Getah asli keluaran Tanah Melayu bermutu
tinggi dan dapat menandangi getah tiruan
6.4 – Perkembangan Perusahaan
Perlombongan
 British memajukan kegiatan perlombongan
 Hasil galian adalah sepertibijih
timah,emas,arang batu,bauksit, bijih besi
dan ilmanit
a. Emas
 1890-an dilombong secara komersial di
Raub,Pahang
 Raub merupakan kawasan lombong
emas terbesar Tanah Melayu
 Diusahakan oleh syarikat dari Australia.
b. Arang batu
 Dilombong di Batu Arang,Selangor
 Digunakan sebagaibahan api
c. Bauksit
 Sejenis logam yang digunakan untuk
membuat aluminium
 Dilombong di Bukit Pasir dan Teluk
Ramunia di Johor , Teluk Emas di
Melaka
d. Bijih besi
 Dilombong di Bukit Besi , Terengganu
dan Rompin,Pahang
 Lombong bijih besi juga dibuka di
Kedah , Perak dan Johor
e. Ilmanit
 Galian yang dikeluarkan sebagai hasil
sampingan perlombongan bijih timah
 Dihasilkan di batang Padanf , Perak.
Perkembangan Perlombongan
Bijih Timah
 Bijih timah merupakan galian
terpenting di Tanah Melayu
 British menguasai Tanah Melayu
adalah juga kerana bijih timah
 Sebelum dieksport bijih timah
diproses menjadi jongkong timah
 Perkembangannya dapat dilihat
dalam 2 peringkat iaitu : peringkat
sebelum dan selepas campur tangan
British
a. Peringkat SebelumCampur Tangan British
di Tanah Melayu
 Kegiatan melombong adalah bercorak
tradisional
 Diusahakan oleh orang Melayu
 Menggunakan cara mendulang dan
melampan
 Tahun 1820-an,orang Cina dibawa
masuk bekerja di lombong bijih timah
kepunyaan pembesar melayu di daerah
Lukut , Sungai Ujong , Larut dan klang
 Orang Cina dan eropah dibenarkan
membuka lombong bijih timah dengan
memajak tanah daripada pembesar-
pembesar Melayu.
b. Peringkat SelepasCampurTangan British
di Tanah Melayu
 Perlombongan bijih timah semakin
berkembang dengan penglibatan orang
Cina
 Banyak lombong baru dibuka di
ampang, Kuala Lumpur dan di Lembah
Kinta ,Perak
 Orang Cina memperkenalkan sistem
lombong dedah,pam kelikir dan palung
 Akhir kurun ke-19,orang Cina
menguasai kegiatan melombong bijih
timah.
Faktor - Faktor Perkembangan Bijih
Timah
 Akhir kurun ke-19,Tanah Melayu
merupakan penyumbang utama bijih timah
dunia iaitu sebanyak55%
 Perkembangan adalah kerana faktor seperti
Revolusi Perindustrian dan kaedah
melombong yang lebih moden
a. Revolusi Perindustrian di Eropah
 Permintaan bijih timah semakin
meningkat
 Bijih timah digunakan dalam
perusahaan mengetin makanan.
b. Kaedah Melombong Bijih Timah Lebih
Moden
 Diperkenalkan oleh syarikat-syarikat
Eropah awak kurun ke-20
 Menggunakan Kapal Korek untuk
menghasilkan lebih banyak bijih timah
 1912,kapal korek pertama kali
digunakan oleh Syarikat Malayan tin
Dredging di Batu Gajah,Perak.
 1929,terdapat 107 buah kapal korek di
Tanah Melayu
 1930-an orang Eropah menguasai
perusahaan bijih timah sebanyak68%.
Kejatuhan Harga Bijih Timah dan
Langkah Menguasai
 1930-an,harga bijih tiamh jatuh akibat
kemelesetan ekonomi dunia
 1931,ditandatangani Perjanjian bijih Timah
Antarabangsa sebagailangkah memulihkan
semula harga bijih timah
 Negara-negara terlibat ialah Tanah Melayu ,
Bolivia , Nigeria dan Indonesia
 Semua negara bersetuju untuk
mengurangkan pengeluaran bijih timah
 Hasilnya pada tahun 1934 Majlis Bijih
Timah Antarabangsa ditubuhkan
 Tujuan untuk menyelaraskan pengeluaran
bijih timah
 Kesannya dapat menstabilkan semula
harga bijih timah.
6.5 – Pengeluaran Hasil Hutan
 Tanah Melayu kaya dengan hasil hutan
seperti kayu – kayan , rotan , dammar ,
madu lebah,kapur barus,getah perca dan
getah jelutung.
 Diusahakan secara tradisional melalui
kegiatan meramu
 Semasa pentadbiran British hasil-hasil ini
menjadi kegiatan ekonomi bercorak
komersial
 British menggalakkan pengeluaran hasil
hutan untuk dieksport ke China , Amerika
Syarikat dan Eropah
 1901, British menubuhkan Jabatan
Perhutanan
 Tujuan untuk menguruskan pengeluaran
hasil hutan dengan lebih sistematik.
a. Dammar
 Diperoleh daripada getah pelbagai jenis
pokok di hutan
 Dammar digunakan untuk menutup
renggangan pada papan perahu
 Dieksport untuk dijadikan varnish iaitu
bahan untuk menggilap permukaan
papan atau rotan
b. Getah perca
 Diperoleh daripada pokok getah perca
yang tumbuh dalam hutan
 Digunakan untuk membuat peralatan
bedah ,bola golf dan bahan penebat
kabel telegraf dasar laut
 Untuk mendapatkan getah perca batang
pokok ditetak bagi mengeluarkan
susunya
 Kemudian susu dikumpul dalam bekas
dan dibentuk menjadi bebola atau
jongkong
c. Getah jelutung
 Kegunaannya untukdijadikan ramuan
getah pengunyah dan sebagaipelekat
dalam industry gigi palsu
 Tahun 1920-an getah jelutung dikumpul
menggunakan tabung buluh
 Ia biasanya dieksport
d. Rotan
 Dihasilkan untuk kegunaan dalam
negeri dan juga banyakdieksport ke
China
 Kegunaan rotan untuk dijadikan
bakul,tikar ,tongkat,tangkai paying dan
perabot
e. Pembalakan
 Banyak dieksport ke China dan Britain
 Antara kayu balak yang diusahakan
ialah cengal, meranti dan keruing
 Digunakan sebagaibahan binaan,
membuat perabot dan perahu
 1928 , British memperkenalkan lessen
kilang papan unuk mengawal kegiatan
pembalakan dan industry berasaskan
kayu
Kegiatan Dwiekonomi
 Diperkenalkan oleh British terhadap
pendudukdi Tanah Melayu
 Ia melibatkan kegiatan ekonomi dagangan
dan ekonomi tradisional
a. Ekonomi Dagangan
 British lebih mengutamakan ekonomi
dagangan sepertikegiatan
perlombongan , perladangan dan
perdagangan
 Dimajukan terutama di kawasan pantai
barat Tanah Melayu
 Dijalankan secara besar-besaran
menggunakan teknologi moden dan
disokong kemudahan asas yang baik
seperti sistemperhubungan dan
pengangkutan yang teratur
 Lebih berorientasikan eksport
 Dikuasai syarikat asing khususnya
syarikat Eropah
 Tertumpu pada perlombongan bijih
timah dan perusahaan getah
 Melibatkan tenaga buruh yang ramai
 Melibatkan pelaburan modal yang
besar
 Teknologi moden seperti mesin
hidraulik banyak digunakan dalam
kegiatan perlombongan bijih timah
b. Ekonomi Tradisional
 Kegiatan ekonomi tradisional ini
diabaikan oleh British
 Diusahakan oleh orang Melayu di luar
Bandar
 Bercorak sara diri
 Tertumpu pada kegiatan menanam padi
dan menangkap ikan
 Menggunakan peralatan tradisional
seperti kerbau untukmembajak sawah
padi
 Melibatkan modal kecil
Kesan Kegiatan Dwiekonomi
 Berlaku perkembangan tidak seimbang
 Mewujudkan jurang ekonomi antara
masyarakat Bandar dengan masyarakat luar
Bandar
6.6 – Perkembangan Ekonomi
Membawa Perubahan
 Kemajuan pesat ekonomi terutama
perlombongan bijih timah dan perusahaan
getah membawa pelbagai perubahan
 Perubahan dialami amtaranya penggunaan
buruh-buruh luar , kemajuan pengangkutan
dan perhubungan ,kemudahan social ,
pendidikan vernacular dan kemunculan
Bandar-bandar baru.
a. Penggunaan Buruh Luar
 British menggalakkan kemasukan
imigran Cina dan India
 Tujuan sebagaitenaga buruh di
lombong bijih timah dan ladang getah
 British memastikan ia mencukupi demi
kepentingan British untuk membolot
kekayaan Tanah Melayu.
i. Orang Cina
o Dibawa masuk bekerja di lombong
bijih timah di Perak , Selangor dan
Negeri Sembilan
o Berasal dari China Selatan
o Kebanyakan dibawa masuk melalui
Sistem Kontrak
o Ada juga yang dating ke Tanah
Melayu secara persendirian dan
bekerja di sectorpertanian dan
menjadi pekerja mahir di Bandar
Sistem Kontrak
Orang Cina dibawa masuk ke
Tanah Melayu melalui
majikan
Tambang perjalanan dibayar
oleh majikan
Majikan juga menyediakan
makanan, pakaian dan tempat
tinggal
Mereka dikehendaki bekerja
dengan majikan sehingga
hutang tambang selesai
Selepas tamat kontrak mereka
bebas bekerja dengan majikan
lain
ii. Orang India
o Dibawa masuk bekerja di lading-
ladang getah
o Berasal dari selatan India
o Dibawa masuk melalui Sistem
Kangani
o Ada juga orang India bekerja
membina jalan kereta api , jalan
raya dan menjadi buruh di Bandar
dan pelabuhan
Sistem Kangani
Kangani bermaksud
penyelia / ketua pekerja
di lading getah
Kangani ini dihantar oleh
pemilik ladang ke India
untuk mencari tenaga
buruh.
Kangani menguruskan
tambang dan perjalanan
buruh-buruh sehingga
selamat tiba di ladang
majikan
Kangani dibayar komisen
berdasarkan jumlah buruh
yang dapat dibawa masuk
Buruh-buruh dibayar gaji
tetap dan diletakkan di
bawah jagaan kangani
Buruh dikehendaki
bekerja dengan pemilik
ladang sehingga segala
hutang tambang selesai
Kesan Kemasukan Buruh
 Mewujudkan pengenalan kaum mengikut
kegiatan ekonomi
 Orang cina – tinggal di kawasan lombong
dan di Bandar ( bekerja sabagaipelombong
dan peniaga)
 Orang India – tinggal dan bekerja di ladang
getah
 Orang Melayu – tinggal di kawasan luar
Bandar (desa)
 Menjalankan kegiatan pertanian bercorak
tradisional dan nelayan
 Masyarakat peribumi terus terpinggir dan
terpisah daripada arus perkembangan
ekonomi
 Dasar British mewujudkan jurang
ekonomi antara kaum.
 Mewujudkan masyarakat berbilang kaum
yang terdiri daripada pelbagai keturunan
yang mengamalkan cara hidup, bahasa dan
agama yang berbeza
Perkembangan Sistem Pengangkutan
dan Perhubungan
 British memerlukan sistempengangkutan
dan perhubungan yang cekap dan pantas
 Tujuan untuk membawa hasil ekonomi
terutama bijih timah dan getah ke pelabuhan
untuk dieksport.
 Pengangkutan seperti landasan kereta api
dan jalan raya
 Perhubungan seperti perkhidmatan
pos ,telegraf dan telefon
a. Perkembangan Landasan Kereta api
 Perkhidmatan kereta api diperkenalkan
di Tanah Melayu akhir kurun ke-19
 Terdapat 3 fasa perkembangan
a. Fasa Pertama (1885 – 1896)
 Dibina untukkeperluan
perlombongan bijih timah
 Landasan kereta api yang pendek
dibina menghubungkan kawasan
lombong dengan pelabuhan
 Tujuan memudahkan bijih timah
dieksport
 Antara landasan kereta api yang
dibina ialah dari :
 Taiping -- Port Weld ( Kuala
sepetang)
 Kuala Lumpur – Port
Swettenham ( Pelabuhan
Klang)
 Seremban – Port Dickson
 Ipoh dan Batu Gajah – Teluk
Anson (Teluk Intan)
 1886,landasan kereta api dari Kuala
Lumpur ke Klang telah dirasmikan
yang dihadiri oleh Sultan Abdul
Samad dan Frederick Weld,
Gabenor Negeri-Negeri Selat
b. Fasa Kedua (1897 – 1909)
 3 tujuan pembinaan landasan kereta
api pada peringkat ini iaitu :
 Untuk menghubungkan
kawasan utara dengan selatan
apabila Negeri – Negeri
Melayu Bersekutu ditubuhkan
 Untuk memenuhi keperluan
ekonomi seperti bijih timah
dan getah yang semakin
berkembang pesat
 Untuk memudahkan
pentadbiran British
 1903, kereta api Negeri – Negeri
Melayu Bersekutu ditubuhkan
 Ditukar nama kepada Kereta Api
Tanah Melayu – KTM (1948)
 Hari ini dikenali sebagaiKereta
Api Tanah Melayu Berhad –
KTMB
c. Fasa Ketiga (1910 – 1931)
 Landasan kerata api dibina selepas
British Berjaya memperluaskan
pengaruhnya di Negeri – Negeri
Melayu Tidak Bersekutu
 Tujuannya adalah untuk:
 Menghubungkan seluruh
Tanah Melayu (hanya
Terengganu yang tiada
landasan kereta api)
 Sebagai pengangkutan awam
bagi pendudukTanah Melayu
 Memenuhi keperluan ekonomi
dan pentadbiran British
Perkembangan Jalan Raya
 Peringkat awal jalan raya dibina untuk
menghubungkan kawasan lombong bijih
timah dan pertanian dengan stesen kerata api
 Jalan raya telah dibina menghubungkan
Kuala Lumpur dengan Ipoh dan Seremban
 Awal kurun ke-20,rangkaian jalan raya
meningkat akibat meningkatnya penggunaan
kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan
bas
 Jalan-jalan yang sedia ada diturap untuk
disesuaikan dengan kenderaan bermotor
 Banyak jalan raya dibina untuk
menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi
dengan pelabuhan dan untuk
menghubungkan Bandar – Bandar besar
dengan Bandar- Bandar kecil
 1939,terdapat satu jaringan jalan raya yang
menghubungkan seluruh Tanah Melayu
 Tumpuan jalan raya adalah di kawasa yang
mempunyai kepentingan ekonomi dan
memudahkan pentadbiran British.
Kemajuan Pengangkutan Laut dan
Udara
 Kemajuan ekonomi membawa kepada
pengenalan perkhidmatan kapal wap dan
kapal terbang.
i. Kapal Wap
 1890,Syarikat Straits Steamship
ditubuhkan di Singapura
 Tujuan untuk member
perkhidmatan kapal wap kepada
pelabuhan di Negeri-Negeri
Melayu
 Kapal susurpantai ini membawa
bekalan makanan , jentera dan
buruh untuk perusahaan
perlombongan bijih timah
 Contoh : kapal wap The SS Perak
memberikan perkhidmatan dar
Singapura ke Pelabuhan Klang.
ii. Kapal Terbang
 1937,perkhidmatan penerbangan
awam diperkenalkan oleh Syarikat
Weame Air Service iaitu hak milik
Weame bersaudara
 Syarikat ini beribu pejabat di
Singapura
 Memulakan penerbangan dalam
negeri antara Singapura , Kuala
Lumpur dan Pulau Pinang
 Kapal terbang pertama yang
digunakan oleh Syarikat Weame
adalah dari jenis kipas dua iaitu
D.H.Rapides
Kemajuan Sistem Perhubungan
 Antara yang ditekankan ialah sistempos dan
telegraf , telefon dan radio
 Tujuan supaya perhubungan antara negeri
di Tanah Melayu dengan negeri-negeri lain
dapat dibuat dengan pantas
 Mula diperkenalkan di kawasan kegiatan
ekonomi , pusat pentadbiran , pelabuhan
seterusnya berkembang ke kawasan
petempatan
 1870-an,pejabat pos dan telegraf dibina di
Taiping,Perak
 Kurun ke 20-an,setiap daerah di Perak boleh
menghubungi Taiping melalui Telegraf
 1910,pejabat pos dan telegraf dibina di
Pulau Pinang.
Kemajuan Perkhidmatan Kesihatan
dan Kemudahan Asas Lain
a. Perkhidmatan Kesihatan
 Masalah kesihatan wujud akibat
daripada pertambahan pendudukyang
pesat,pembukaan kawasan hutan untuk
kegiatan ekonomi dan petempatan baru
 Persekitaran tempat kerja dan kediaman
yang kotor menyebabkan penyakit
seperti taun , beri-beri dan malaria
mudah merebak
 Penyakit malaria dan beri-beri dianggap
penghalang pada perkembangan
ekonomi British kerana menyebabkan
banyak kematian di kalangan buruh
Cina dan India
 British mengambil langkah mendirikan
hospital, pusat perubatan dan Institut
Penyelidikan Perubatan untuk
mengatasi masalah kesihatn
 1889,hospital kerajaan terawal didirikan
di Jalan Tanglin ( Kuala Lumpur ) di
taiping dan Pulau Pinang
 Pusat-pusat kesihatan kecil juga
didirikan di Perak, Selangor , Negeri
Sembilan dan Pahang untuk
memudahkan pendudukdi luar Bandar
 1890,Lembaga Kesihatan ditubuhkan
untuk memastikan kebersihan Bandar
 1901,Institut Penyelidikan perubatan
ditubuhkan di Kuala Lumpur
 Tujuannya untuk membuat penyelidikan
bagi mencari punca , rawatan dan
langkah mencegah penyakit berbahaya
seperti malaria dan beri-beri
b. Sistem Pengairan untuk Penanaman Padi
 Pada peringkat awal lagi di Kedah
terdapat sistem pengairan sempurna
untuk tanaman padi iaitu terusan
 Terusan ini mula dibina tahun 1885 dan
siap pada tahun 1895 yang diberi nama
Terusan Wan Mat Saman
 Ia dibina oleh Wan Mat Saman bin
Wan Ismail ( Perdana Menteri Kedah
yang pertama)
 Terusan ini sepanjang 35 kilometer dari
Alor Setar ke Gurun ,Kedah
 Ia dibina menggunakan tenaga manusia
dan peralatan tradisional seperti cangkul
 Untuk membina terusan ini unggun api
dinyalakan pada jarak tertentu sebagai
penanda untukmemastikan terusan
digali dengan lurus
 Berdasarkan terusan inilah kerajaan
British Memodenkan sistem pengairan
di Tanah Melayu
 1931,Jabatan Parit dan Tali Air
ditubuhkan untuk memajukan tanaman
padi
 Banyak bekalan makanan diperlukan
akibat pertambahan penduduk
 Kawasan sawah padi yang luas telah
dibuka di Sungai Manik,Perak dan
Tanjung Karang, Selangor
c. Bekalan Tenaga Elektrik
 Tenaga elektrik diperkenalkan akibat
daripada kemajuan ekonomi
 Awal kurun ke-20,tenaga elektrik mula
disalurkan ke Pulau Pinang dan Kuala
Lumpur
 1930,empangan Hidroelektrik
Dhenderoh dibuka untuk menampung
keperluan tenaga elektrik
 Empangan ini dikendalikan oleh The
Perak River Hydro-Electric Power
company Limited
 Tujuan asal pembinaan adalah untuk
mendapatkan kuasa elektrik bagi
kegunaan perusahaan melombong bijih
timah di Lembah Kinta
Kemunculan dan Perkembangan
Bandar Baru
 Pertengahan kurun ke-19 banyak
petempatan baru dibuka di kawasan kegiatan
ekonomi terutama di kawasan lombong bijih
timah
 Petempatan kemudiannya berkembang
menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan
 Perkembangan lombong bijih timah adalah
faktor utama munculnya Bandar-bandar baru
di Tanah Melayu seperti Taiping, Ipoh ,
Kuala Lumpur dan Seremban
a. Ipoh
 Terletak di Lembah Kinta
 Dibuka sejak kurun ke-16 dan didiami
oleh orang Melayu
 Nama Bandar Ipoh berasal dari nama
pokok Ipuh iaitu sejenis pokok yang
getahnya digunakan sebagai racun pada
sumpitan dan anak panah untukberburu
 Tahun 1880-an,Lembah Kinta menjadi
tumpuan pelombong Cina apabila
pengeluaran bijih timah di daerah Larut
merosot
 Ipoh berkembang menjadi Bandar yang
sibuk
 1935,Ipoh dijadikan ibu negeri Perak
bagi menggantikan Taiping
b. Taiping
 Terletak di daerah Larut
 Nama asalnya Kelian Pauh
 1840-an ramai orang Cina dibawa
masuk ke Larut untuk memajukan
lombong bijih timah
 Selepas Perang Larut tamat British
menyusun semula pentadbiran di Larut
 Nama “Taiping” bermaksud
“kedamaian yang abadi”
 Berkembang menjadi sebuah Bandar
moden dan dijadikan ibu negeri Perak
c. Kuala Lumpur
 Pertengahan kurun ke -19,Raja
Abdullah (pembesar daerah Klang)
meneroka kawasan berhampiran
pertemuan Sungai Gombak dan Sungai
Klang untuk membuka lombong bijih
timah
 Ia kemudian dikenali sebagaiKuala
Lumpur kerana kawasan itu berlumpur
 1860-an,ramai orang Cina dibawa
masuk untuk menjalankan kegiatan
melombong bijih timah di sekitar Kuala
Lumpur.
 Kuala Lumpur terus berkembang
daripada sebuan perkampungan
lombong bijih timah menjadi pusat
perdagangan yang maju
 Yap Ah Loy antara orang yang
bertanggungjawab membangunkan
Kuala Lumpur
 1880,Kuala Lumpur dijadikan ibu
negeri Selangor menggantikan Klang
 British menjadikan Kuala Lumpur
sebagaipusat Bandar yang dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan
pentadbiran dan perniagaan
 1896,Kuala Lumpur dijadikan pusat
pentadbiran Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu
 1897,Bangunan Sultan Abdul Samad
telah dibina dan menjadi pusat
pentadbiran Kerajaan Persekutuan
 Kini bangunan ini menempatkan
Mahkamah Persekutuan Malaysia ,
Mahkamah Rayuan dan Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur
 Pada hari ini ,Kuala Lumpur adalah ibu
negera Malaysia yang pesat
membangun
Kepelbagaian Pendidikan Dalam
Masyarakat Berbilang Kaum
 Sistem pendidikan vernacular di negara kita
wujud akibat daripada pembentukan
masyarakat berbilang kaum dan dasar
British yang kurang member perhatian
kepada bidang pendidikan
 British membenarkan sekolah Melayu,Cina
dan Tamil berkembang mengikut cara
masing-masing.
 Sekolah Inggeris hanya tertumpu di kawasan
Bandar
a. Sekolah VernakularMelayu
 Didirikan untuk member pendidikan
sekular kepada anak-anak petani dan
nelayan
 Anak-anak Melayu diajar
menulis ,membaca dan mengira serta
sedikit ilmu geografi, seni pertukangan
dan perkebunan
 Pendidikan di peringkat rendah adalah
sehingga darjah enam.
 Sekolah Melayu terawal dibuka di
Negeri-Negeri Selat iaitu Sekolah
Melayu Gelugor (1816) dan Sekolah
Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang
dan Sekolah Melayu di
Langgar,Pekan ,Pahang
 Sekolah Melayu kemudiannya dibuka di
Seberang Perai,Melaka dan negeri-
negeri Melayu yang lain
 British tidak berhasrat memajukan
pendidikan anak Melayu
 Pendidikan sekadar menjadikan anak-
anak Melayu sebagaipetani dan nelayan
yang lebih baik daripada ibu bapa
mereka.
 Sekolah menengah tidak disediakan
untuk anak-anak Melayu menyambung
pelajaran
 Lulusan sekolah Melayu hanya layak
menjadi guru, polis dan menjawat
jawatan rendah di jabatan ketajaan.
 Lulusan sekolah Melayu berpeluang
melanjutkan pelajaran ke maktab-
maktab perguruan yang ditubuhkan
untuk melatih guru-guru sekolah
Melayu.
 Antara maktab perguruan yang
ditubuhkan sebelum Perang Dunia II
ialah :
1. 1900, Maktab Perguruan Melaka
2. 1922, Maktab Perguruan Sultan
Idris,Tanjung Malim,Perak – MPSI
(dinaiktaraf tahun 1997 kpd
university – UPSI)
3. 1935,Maktab Perguruan
Perempuan Melayu Melaka
b. Sekolah Vernakular Cina
 Diusahakan sendiri oleh masyarakat
Cina dan tertumpu di kawasan Bandar
 Peringkat awal sekolah Cina
menggunakan pelbagai loghat bahasa
Cina sepertiTeochew , Hokkien ,
Kantonis dan Hakka.
 Pendidikan sekolah rendah untuk orang
Cina diberikan selama enam tahun
 Ada juga sekolah Cina menyediankan
pendidikan sehingga ke peringkat
menengah
 Menggunakan buku-buku dan sukatan
pelajaran dari negara China.
 Guru-guru juga dibawa dari China
 1920,British mula member perhatian
kepada sekolah Cina
 1938,Sekolah Foon Yew,Johor
Bharu,Johor ditubuhkan
 Enakmen Pendaftaran Sekolah
diperkenalkan oleh British untuk
mengawal sekolah-sekolah Cina di
Tanah Melayu.
 Menurut enakmen ini :
1. Semua sekolah yang didirikan
mesti didaftarkan
2. Pengarah Pelajaran diberi kuasa
untuk menutup sekolah yang tidak
menurut syarat pengurusan ,
sukatan pelajaran dan peraturan
kesihatan yang ditetapkan British.
c. Sekolah Vernakular Tamil
 Diusahakan oleh orang perseorangan
dan pertubuhan masyarakat India.
 Kebanyakannya didirikan di kawasan
ladang getah
 Sukatan pelajaran ,buku, guru-guru
dibawa dari India
 Ada kalanya penyelia ladang
(Kangani)akan mengajar di sekolah
tersebut
 Memberikan pendidikan di peringkat
rendah sahaja dan kebanyakannya
hingga ke darjah empat
 1912,British memperkenalkan Undang-
Undang Buruh yang mewajibkan
pengusaha ladang menyediakan sekolah
dan guru untuk anak-anak pekerjanya
 Keadaan ini menyebabkan bilangan
sekolah Tamil bertambah
 Terdapat juga sekolah Tamil didirikan
di Bandar seperti Sekolah
Thamboosamy Pillai dan Sekolah
Vivekananda di Kuala Lumpur
 Masyarakat India yang kaya akan
menghantar anak-anak mereka ke
sekolah Inggeris yang lebih sempurna.
d. Sekolah VernakularInggeris
 Mula didirikan di Negeri-Negeri Selat
seperti Penang Free School (1816) dan
Malacca Free School (1826)
 Sekolah Inggeris kemudiannya
didirikan di Negeri-Negeri Melayu dan
tertumpu di kawasan Bandar.
 Pada peringkat awalnya didirikan oleh
mubaligh-mubaligh Kristian
 Menyediakan pendidikan sehingga
peringkat menengah dan terbuka kepada
semua kaum.
 Sukatan pelajaran mengikut sistem
pendidikan di England
 Lulusan sekolah Inggeris berpeluang
melanjutkan pelajaran dalam pelbagai
bidang seperti perubatan , kejuruteraan,
guaman dan pentadbiran.
 Lulusan juga diberi keutamaan
menjawat jawatan yang baik dalam
perkhidmatan kerajaan
 1894, sekolah menengah Inggeris iaitu
Victoria Institution ditubuhkan oleh
mubaligh kristian di Kuala Lumpur
 1905,Kolej Melayu Kuala Kangsar
ditubuhkan
 Tujuan untuk memberi pendidikan
Inggeris hingga ke peringkat menengah
kepada anak-anak raja dan golongan
bangsawan Melayu.
 Anak-anak golongan bangsawan
Melayu dilatih untukberkhidmat
dengan kerajaan Inggeris
 Kesannya – lahir kumpulan pemimpin
Melayu yang berpendidikan Inggeris
 British tidak mahu memberi
pendidikan Inggeris yang tinggi kepada
orang Melayu
 1930-an,bilangan anak-anak Melayu
masih kurang berbanding kaum-kaum
lain iaitu Melayu (15%), Cina (50%)
dan India (27%)

More Related Content

What's hot

Perkembangan perusahaan melombong
Perkembangan perusahaan melombongPerkembangan perusahaan melombong
Perkembangan perusahaan melombongSanjay Cva
 
2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...
2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...
2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...Nurul Atikah
 
2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...
2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...
2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...Nurul Atikah
 
SEJARAH T4 KBSM Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi
SEJARAH T4 KBSM Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap EkonomiSEJARAH T4 KBSM Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi
SEJARAH T4 KBSM Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap EkonomiFasyah Tutor
 
Contoh kekayaan hasil bumi
Contoh kekayaan hasil bumiContoh kekayaan hasil bumi
Contoh kekayaan hasil bumiLiea7701
 
Sejarah bab 10 (ekonomi dagangan) & (sistem pertanian komersial)
Sejarah bab 10 (ekonomi dagangan) & (sistem pertanian komersial)Sejarah bab 10 (ekonomi dagangan) & (sistem pertanian komersial)
Sejarah bab 10 (ekonomi dagangan) & (sistem pertanian komersial)Cahaya Arfah
 
Perubahan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu STPM Sem3
Perubahan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu STPM Sem3Perubahan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu STPM Sem3
Perubahan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu STPM Sem3Dg Suhaili
 
Sistem ekonomi
Sistem ekonomiSistem ekonomi
Sistem ekonomiNik Rosely
 
Fef7b9cf5cb7392969cac432913e6777
Fef7b9cf5cb7392969cac432913e6777Fef7b9cf5cb7392969cac432913e6777
Fef7b9cf5cb7392969cac432913e6777Huang Qi Shen
 
CH10F4
CH10F4CH10F4
CH10F4cgsha
 
Dasar British Terhadap Pekebun Kecil
Dasar British Terhadap Pekebun KecilDasar British Terhadap Pekebun Kecil
Dasar British Terhadap Pekebun KecilBatrisyiaa Syiaa
 
Guthrie dawn raid
Guthrie dawn raidGuthrie dawn raid
Guthrie dawn raidJomJalan
 
Perindustrian di jepun
Perindustrian di jepunPerindustrian di jepun
Perindustrian di jepunsuriasultan
 

What's hot (16)

Perkembangan perusahaan melombong
Perkembangan perusahaan melombongPerkembangan perusahaan melombong
Perkembangan perusahaan melombong
 
2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...
2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...
2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...
 
2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...
2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...
2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...
 
SEJARAH T4 KBSM Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi
SEJARAH T4 KBSM Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap EkonomiSEJARAH T4 KBSM Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi
SEJARAH T4 KBSM Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi
 
Contoh kekayaan hasil bumi
Contoh kekayaan hasil bumiContoh kekayaan hasil bumi
Contoh kekayaan hasil bumi
 
Sejarah bab 10 (ekonomi dagangan) & (sistem pertanian komersial)
Sejarah bab 10 (ekonomi dagangan) & (sistem pertanian komersial)Sejarah bab 10 (ekonomi dagangan) & (sistem pertanian komersial)
Sejarah bab 10 (ekonomi dagangan) & (sistem pertanian komersial)
 
Perubahan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu STPM Sem3
Perubahan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu STPM Sem3Perubahan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu STPM Sem3
Perubahan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu STPM Sem3
 
Sistem ekonomi
Sistem ekonomiSistem ekonomi
Sistem ekonomi
 
Fef7b9cf5cb7392969cac432913e6777
Fef7b9cf5cb7392969cac432913e6777Fef7b9cf5cb7392969cac432913e6777
Fef7b9cf5cb7392969cac432913e6777
 
CH10F4
CH10F4CH10F4
CH10F4
 
Bab 10
Bab 10Bab 10
Bab 10
 
Sejarah tingkatan 4
Sejarah tingkatan 4Sejarah tingkatan 4
Sejarah tingkatan 4
 
Dasar British Terhadap Pekebun Kecil
Dasar British Terhadap Pekebun KecilDasar British Terhadap Pekebun Kecil
Dasar British Terhadap Pekebun Kecil
 
Guthrie dawn raid
Guthrie dawn raidGuthrie dawn raid
Guthrie dawn raid
 
Sejarah bab 10
Sejarah bab 10 Sejarah bab 10
Sejarah bab 10
 
Perindustrian di jepun
Perindustrian di jepunPerindustrian di jepun
Perindustrian di jepun
 

Similar to sejarah Bab 6 form 2

Nota Sejarah SPM
Nota Sejarah SPMNota Sejarah SPM
Nota Sejarah SPMadnansmas83
 
Nota sejarah-tingkatan-4-bab-10
Nota sejarah-tingkatan-4-bab-10Nota sejarah-tingkatan-4-bab-10
Nota sejarah-tingkatan-4-bab-10Aida Sabreena
 
244380473-Huraikan-Perkembangan-Ekonomi-Sabah-Dan-Sarawak-Pada-Abad-Ke.pdf
244380473-Huraikan-Perkembangan-Ekonomi-Sabah-Dan-Sarawak-Pada-Abad-Ke.pdf244380473-Huraikan-Perkembangan-Ekonomi-Sabah-Dan-Sarawak-Pada-Abad-Ke.pdf
244380473-Huraikan-Perkembangan-Ekonomi-Sabah-Dan-Sarawak-Pada-Abad-Ke.pdfwaidah3
 
sejarah
sejarahsejarah
sejarahqqilah
 
MASYARAKAT AGRARIA
MASYARAKAT AGRARIAMASYARAKAT AGRARIA
MASYARAKAT AGRARIAsuziana15
 
SEJARAH TINGKATAN 3.pptx
SEJARAH TINGKATAN 3.pptxSEJARAH TINGKATAN 3.pptx
SEJARAH TINGKATAN 3.pptxssuserd269d9
 
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.shafikah zakaria
 

Similar to sejarah Bab 6 form 2 (10)

ba6-2.ppt
ba6-2.pptba6-2.ppt
ba6-2.ppt
 
Kuliah 2
Kuliah 2Kuliah 2
Kuliah 2
 
Nota Sejarah SPM
Nota Sejarah SPMNota Sejarah SPM
Nota Sejarah SPM
 
Nota sejarah-tingkatan-4-bab-10
Nota sejarah-tingkatan-4-bab-10Nota sejarah-tingkatan-4-bab-10
Nota sejarah-tingkatan-4-bab-10
 
244380473-Huraikan-Perkembangan-Ekonomi-Sabah-Dan-Sarawak-Pada-Abad-Ke.pdf
244380473-Huraikan-Perkembangan-Ekonomi-Sabah-Dan-Sarawak-Pada-Abad-Ke.pdf244380473-Huraikan-Perkembangan-Ekonomi-Sabah-Dan-Sarawak-Pada-Abad-Ke.pdf
244380473-Huraikan-Perkembangan-Ekonomi-Sabah-Dan-Sarawak-Pada-Abad-Ke.pdf
 
sejarah
sejarahsejarah
sejarah
 
MASYARAKAT AGRARIA
MASYARAKAT AGRARIAMASYARAKAT AGRARIA
MASYARAKAT AGRARIA
 
SEJARAH TINGKATAN 3.pptx
SEJARAH TINGKATAN 3.pptxSEJARAH TINGKATAN 3.pptx
SEJARAH TINGKATAN 3.pptx
 
sejarah Bab 5 form 2
sejarah Bab 5 form 2sejarah Bab 5 form 2
sejarah Bab 5 form 2
 
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
 

Recently uploaded

Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANWawaRusli
 

Recently uploaded (15)

Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
 

sejarah Bab 6 form 2

  • 1. Bab 6 – British Mengeksploitasi Ekonomi ( Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah) 6.1 – Kegiatan Pertanian Dagangan  Peringkat awal diusahakan jenis tanaman tradisional seperti lada hitam,gambir,buah pala,cengkih ,ubi kayu,tebu dan nanas  Diusahakan kerana mendapat pasaran yang baik  British hanya menggalakkan peladang Eropah dan orang asing untuk mengusahakan pertanian dagangan  Penduduk tempatan tidak digalakkan terlibat i. Lada hitamdan gambir  Tujuan eksport  Diusahakan di Pulau Pinang ,Selangor,Negeri Sembilan dan Sarawak  Kurun ke 19,lada hitam dan gambir diperkenalkan di Johor melalui Sistem Kangcu  Di Johor tanaman ini diusahakan oleh orang Cina dari Singapura  Tanaman ini menjadi hasil eksport penting Johor sehingga awal kurun ke-20  Gambir biasanya digunakan sebagaibahan pewarna dan mencelup sutera. ii. Buah pala dan cengkih  Banyak ditanam di Pulau Pinang  Tanaman buah pala diutamakan kerana harganya lebih tinggi  Dieksport ke Eropah dan China  Cengkih yang dikeringkan sesuai dijadikan ubat  1850-an,tanaman ini merosot kerana harganya tidak stabil iii. Tebu  Lading tebu banyak dibuka di Seberang Perai dan Perak.  Permintaan terhadap gula meningkat di pasaran dunia  1830-an,Seberang Perai merupakan pusat pengeluaran gula utama di Negeri-Negeri Selat  1900,Perak muncul sebagai pusat pengeluar gula terbesar di Tanah Melayu.  Gula menjadi eksport penting Tanah Melayu selama hampir 50 tahun. iv. Ubi kayu  Merupakan tanaman eksport penting Tanah Melayu  Banyak ditanam di Melaka,Negeri Sembilan dan Selangor v. Nanas  Industry mengetin nanas berpusat di Perak,Selangor dan Johor  Sebelum Perang Dunia II,Tanah Melayu merupakan pengeksport nanas dalam tin kedua terbesar di dunia. 6.2- Tanaman Baru Memantapkan Ekonomi  Kurun ke -20,tanaman dagangan tradisional kurang penting kerana hargnya tidak stabil dipasaran dunia  British memperkenalkan tanaman baru seperti kopi,kelapa sawit,tembakau dan teh. i. Kopi  Diusahakan secara besar-besaran di Perak, Selangor ,Negeri Sembilan dan Johor.  Harga kopi meningkat di pasaran dunia. ii. Kelapa sawit  Berasal dari Afrika  Diperkenalkan di Kuala Selangor  1920-an,minyak kelapa sawit mula dieksport  Ladang kelapa sawit dibuka di Perak dan Johor  Johor menjadi pengeksport utama kelapa sawit.
  • 2. iii. Tembakau  Ladang dibuka di Pulau Pinang dan Pahang. iv. Teh  Diusahakan di Cameron Highlands,Pahang  The yang dihasilkan di Tanah katsebagai “ Teh Ceylon” 6.3 – Perkembangan Perusahaan Getah  Akhir kurun ke-18,harga kopi jatuh di pasaran dunia.  Getah diperkanalkan sebagaitanaman pilihan untuk memulihkan ekonomi  Kurun ke-29,getah menjadi eksport penting Tanah Melayu. i. Sejarah Asal-Usul Getah  Berasal dari Brazil  Getah di Tanah Melayu dari jenis Hevea Brasiliensis  Tahun 1876,sebanyak 70000 biji getah dari Brazil dibawa ke England oleh Henry Wickham  Kemudian disemai di Kew Garden,England  Sebanyak 300 benih getah dihantar ke negara-negara naungan British terutamanya Sri Lanka.  1877,sebanyak 22 batang anak getah dibawa ke Singapura dan ditanam di halaman kediaman Residen Perak.  Pengarah Botanical Garden Singapura iaitu H.N. Ridley yang bertanggungjawab menggalakkan tanaman getah di Tanah Melayu. ii. Perkembangan Getah  Awal kurun ke-20,harga getah ,melambung tinggi di pasaran dunia  Permintaan meningkat kerana perkembangan perusahaan membuat motokar di Eropah dan Amerika Syarikat  Ladang-ladang getah dibuka besar- besaran di Selangor,Perak,Negeri Sembilan dan Johor  1920-an Tanah Melayu menghasilkan 53% daripada jumlah pengeluaran getah dunia  Tanah Melayu muncul pengeluar getah terbesar dunia  Syarikat-syarikat Eropah menguasai perusahaan getah di Tanah Melayu seperti Sime Darby ,Guthrie ,Harrisons and Crosfield dan United Plantation  Penduduk tempatan mengusahakan tanaman secara kebun kecil. Faktor-faktor Perkembangan Perusahaan Getah a. Permintaan Getah Meningkat  Diperlukan dalam perusahaan membuat motokar di Amerika Syarikat dan Eropah  Diperlukan untuk membuat kasut,pakaian ,tayar kenderaan, alat perubatan dan penebat elektrik b. Kejatuhan Harga Kopi  Harga kopi jatuh kerana pengeluaran berlebihan di Brazil dan serangan serangga perosak  Peladang terpaksa beralih kepada tanaman getah c. Tenaga Buruh Mencukupi  Buruh dari India dibawa masuk secara besar-besaran untukbekerja di ladang- ladang getah d. Usaha H.N. Ridley  Memperkenalkan kaedah menorah mengikut sistem “ibedem” atau sistem tulang ikan herring  Kaedah torehan ini meningkat pengeluaran susu getah e. Pelaburan Modal  Banyak syarikat besarEropah melabur dalam perusahaan getah di Tanah Melayu seperti Sime Carby dan Guthrie
  • 3. f. Cukai Rendah  British mengenakan cukai tanah dan cukai eksport yang rendah  Tujuannya untuk menggalakkan lading-ladang baru dibuka Sebab –Sebab Kejatuhan Perusahaan Getah  Tahun 1920 – 1930 –an berlaku zaman kemelesetan ekonomi dunia  Harga getah jatuh dan member kesan kepada perusahaan getah Langkah – Langkah menstabilkan Harga Getah  Diperkenalkan Rancangan Stevenson dan Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa a. Rancangan Sekatan Stevenson 1922  Tujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah  Disertai negara naungan British seperti Tanah Melayu dan Sri Lanka  Belanda dan Indonesia enggan menyertai rancangan ini sebaliknya terus meningkatkan pengeluaran getah  1928,rancangan ini ditamatkan oleh British apabila gagal mencapai matlamat. b. Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa 1934  Tujuan untuk mengurangkan pengeluaran getah dan menstabilkan harga  Disertai oleh Tanah Melayu,Sabah, Sarawak , Sri Lanka, India, Myanmar, Indonesia,Indochina dan Thailand  Setiap negara dikehendaki mengurangkan pengeluaran mengikut kuota yang ditetapkan  Berjaya meningkatkan semula harga getah di pasaran dunia sebelumm Perang Dunia II Pengeluaran Getah Tiruan  Amerika Syarikat memperkenalkan getah tiruan selepas Perang dunia II  Menjadi pesaing kepada getah asli  Dihasilkan apabila bekalan getah asli dunia terputus akibat Perang Dunia II  Getah asli keluaran Tanah Melayu bermutu tinggi dan dapat menandangi getah tiruan 6.4 – Perkembangan Perusahaan Perlombongan  British memajukan kegiatan perlombongan  Hasil galian adalah sepertibijih timah,emas,arang batu,bauksit, bijih besi dan ilmanit a. Emas  1890-an dilombong secara komersial di Raub,Pahang  Raub merupakan kawasan lombong emas terbesar Tanah Melayu  Diusahakan oleh syarikat dari Australia. b. Arang batu  Dilombong di Batu Arang,Selangor  Digunakan sebagaibahan api c. Bauksit  Sejenis logam yang digunakan untuk membuat aluminium  Dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia di Johor , Teluk Emas di Melaka d. Bijih besi  Dilombong di Bukit Besi , Terengganu dan Rompin,Pahang  Lombong bijih besi juga dibuka di Kedah , Perak dan Johor e. Ilmanit  Galian yang dikeluarkan sebagai hasil sampingan perlombongan bijih timah  Dihasilkan di batang Padanf , Perak.
  • 4. Perkembangan Perlombongan Bijih Timah  Bijih timah merupakan galian terpenting di Tanah Melayu  British menguasai Tanah Melayu adalah juga kerana bijih timah  Sebelum dieksport bijih timah diproses menjadi jongkong timah  Perkembangannya dapat dilihat dalam 2 peringkat iaitu : peringkat sebelum dan selepas campur tangan British a. Peringkat SebelumCampur Tangan British di Tanah Melayu  Kegiatan melombong adalah bercorak tradisional  Diusahakan oleh orang Melayu  Menggunakan cara mendulang dan melampan  Tahun 1820-an,orang Cina dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah kepunyaan pembesar melayu di daerah Lukut , Sungai Ujong , Larut dan klang  Orang Cina dan eropah dibenarkan membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar- pembesar Melayu. b. Peringkat SelepasCampurTangan British di Tanah Melayu  Perlombongan bijih timah semakin berkembang dengan penglibatan orang Cina  Banyak lombong baru dibuka di ampang, Kuala Lumpur dan di Lembah Kinta ,Perak  Orang Cina memperkenalkan sistem lombong dedah,pam kelikir dan palung  Akhir kurun ke-19,orang Cina menguasai kegiatan melombong bijih timah. Faktor - Faktor Perkembangan Bijih Timah  Akhir kurun ke-19,Tanah Melayu merupakan penyumbang utama bijih timah dunia iaitu sebanyak55%  Perkembangan adalah kerana faktor seperti Revolusi Perindustrian dan kaedah melombong yang lebih moden a. Revolusi Perindustrian di Eropah  Permintaan bijih timah semakin meningkat  Bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan. b. Kaedah Melombong Bijih Timah Lebih Moden  Diperkenalkan oleh syarikat-syarikat Eropah awak kurun ke-20  Menggunakan Kapal Korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah  1912,kapal korek pertama kali digunakan oleh Syarikat Malayan tin Dredging di Batu Gajah,Perak.  1929,terdapat 107 buah kapal korek di Tanah Melayu  1930-an orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah sebanyak68%. Kejatuhan Harga Bijih Timah dan Langkah Menguasai  1930-an,harga bijih tiamh jatuh akibat kemelesetan ekonomi dunia  1931,ditandatangani Perjanjian bijih Timah Antarabangsa sebagailangkah memulihkan semula harga bijih timah  Negara-negara terlibat ialah Tanah Melayu , Bolivia , Nigeria dan Indonesia  Semua negara bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran bijih timah  Hasilnya pada tahun 1934 Majlis Bijih Timah Antarabangsa ditubuhkan  Tujuan untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah  Kesannya dapat menstabilkan semula harga bijih timah.
  • 5. 6.5 – Pengeluaran Hasil Hutan  Tanah Melayu kaya dengan hasil hutan seperti kayu – kayan , rotan , dammar , madu lebah,kapur barus,getah perca dan getah jelutung.  Diusahakan secara tradisional melalui kegiatan meramu  Semasa pentadbiran British hasil-hasil ini menjadi kegiatan ekonomi bercorak komersial  British menggalakkan pengeluaran hasil hutan untuk dieksport ke China , Amerika Syarikat dan Eropah  1901, British menubuhkan Jabatan Perhutanan  Tujuan untuk menguruskan pengeluaran hasil hutan dengan lebih sistematik. a. Dammar  Diperoleh daripada getah pelbagai jenis pokok di hutan  Dammar digunakan untuk menutup renggangan pada papan perahu  Dieksport untuk dijadikan varnish iaitu bahan untuk menggilap permukaan papan atau rotan b. Getah perca  Diperoleh daripada pokok getah perca yang tumbuh dalam hutan  Digunakan untuk membuat peralatan bedah ,bola golf dan bahan penebat kabel telegraf dasar laut  Untuk mendapatkan getah perca batang pokok ditetak bagi mengeluarkan susunya  Kemudian susu dikumpul dalam bekas dan dibentuk menjadi bebola atau jongkong c. Getah jelutung  Kegunaannya untukdijadikan ramuan getah pengunyah dan sebagaipelekat dalam industry gigi palsu  Tahun 1920-an getah jelutung dikumpul menggunakan tabung buluh  Ia biasanya dieksport d. Rotan  Dihasilkan untuk kegunaan dalam negeri dan juga banyakdieksport ke China  Kegunaan rotan untuk dijadikan bakul,tikar ,tongkat,tangkai paying dan perabot e. Pembalakan  Banyak dieksport ke China dan Britain  Antara kayu balak yang diusahakan ialah cengal, meranti dan keruing  Digunakan sebagaibahan binaan, membuat perabot dan perahu  1928 , British memperkenalkan lessen kilang papan unuk mengawal kegiatan pembalakan dan industry berasaskan kayu Kegiatan Dwiekonomi  Diperkenalkan oleh British terhadap pendudukdi Tanah Melayu  Ia melibatkan kegiatan ekonomi dagangan dan ekonomi tradisional a. Ekonomi Dagangan  British lebih mengutamakan ekonomi dagangan sepertikegiatan perlombongan , perladangan dan perdagangan  Dimajukan terutama di kawasan pantai barat Tanah Melayu  Dijalankan secara besar-besaran menggunakan teknologi moden dan disokong kemudahan asas yang baik seperti sistemperhubungan dan pengangkutan yang teratur  Lebih berorientasikan eksport  Dikuasai syarikat asing khususnya syarikat Eropah  Tertumpu pada perlombongan bijih timah dan perusahaan getah  Melibatkan tenaga buruh yang ramai  Melibatkan pelaburan modal yang besar
  • 6.  Teknologi moden seperti mesin hidraulik banyak digunakan dalam kegiatan perlombongan bijih timah b. Ekonomi Tradisional  Kegiatan ekonomi tradisional ini diabaikan oleh British  Diusahakan oleh orang Melayu di luar Bandar  Bercorak sara diri  Tertumpu pada kegiatan menanam padi dan menangkap ikan  Menggunakan peralatan tradisional seperti kerbau untukmembajak sawah padi  Melibatkan modal kecil Kesan Kegiatan Dwiekonomi  Berlaku perkembangan tidak seimbang  Mewujudkan jurang ekonomi antara masyarakat Bandar dengan masyarakat luar Bandar 6.6 – Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan  Kemajuan pesat ekonomi terutama perlombongan bijih timah dan perusahaan getah membawa pelbagai perubahan  Perubahan dialami amtaranya penggunaan buruh-buruh luar , kemajuan pengangkutan dan perhubungan ,kemudahan social , pendidikan vernacular dan kemunculan Bandar-bandar baru. a. Penggunaan Buruh Luar  British menggalakkan kemasukan imigran Cina dan India  Tujuan sebagaitenaga buruh di lombong bijih timah dan ladang getah  British memastikan ia mencukupi demi kepentingan British untuk membolot kekayaan Tanah Melayu. i. Orang Cina o Dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah di Perak , Selangor dan Negeri Sembilan o Berasal dari China Selatan o Kebanyakan dibawa masuk melalui Sistem Kontrak o Ada juga yang dating ke Tanah Melayu secara persendirian dan bekerja di sectorpertanian dan menjadi pekerja mahir di Bandar Sistem Kontrak Orang Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui majikan Tambang perjalanan dibayar oleh majikan Majikan juga menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal Mereka dikehendaki bekerja dengan majikan sehingga hutang tambang selesai Selepas tamat kontrak mereka bebas bekerja dengan majikan lain ii. Orang India o Dibawa masuk bekerja di lading- ladang getah o Berasal dari selatan India o Dibawa masuk melalui Sistem Kangani o Ada juga orang India bekerja membina jalan kereta api , jalan raya dan menjadi buruh di Bandar dan pelabuhan Sistem Kangani Kangani bermaksud penyelia / ketua pekerja di lading getah Kangani ini dihantar oleh pemilik ladang ke India untuk mencari tenaga buruh.
  • 7. Kangani menguruskan tambang dan perjalanan buruh-buruh sehingga selamat tiba di ladang majikan Kangani dibayar komisen berdasarkan jumlah buruh yang dapat dibawa masuk Buruh-buruh dibayar gaji tetap dan diletakkan di bawah jagaan kangani Buruh dikehendaki bekerja dengan pemilik ladang sehingga segala hutang tambang selesai Kesan Kemasukan Buruh  Mewujudkan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi  Orang cina – tinggal di kawasan lombong dan di Bandar ( bekerja sabagaipelombong dan peniaga)  Orang India – tinggal dan bekerja di ladang getah  Orang Melayu – tinggal di kawasan luar Bandar (desa)  Menjalankan kegiatan pertanian bercorak tradisional dan nelayan  Masyarakat peribumi terus terpinggir dan terpisah daripada arus perkembangan ekonomi  Dasar British mewujudkan jurang ekonomi antara kaum.  Mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai keturunan yang mengamalkan cara hidup, bahasa dan agama yang berbeza Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan  British memerlukan sistempengangkutan dan perhubungan yang cekap dan pantas  Tujuan untuk membawa hasil ekonomi terutama bijih timah dan getah ke pelabuhan untuk dieksport.  Pengangkutan seperti landasan kereta api dan jalan raya  Perhubungan seperti perkhidmatan pos ,telegraf dan telefon a. Perkembangan Landasan Kereta api  Perkhidmatan kereta api diperkenalkan di Tanah Melayu akhir kurun ke-19  Terdapat 3 fasa perkembangan a. Fasa Pertama (1885 – 1896)  Dibina untukkeperluan perlombongan bijih timah  Landasan kereta api yang pendek dibina menghubungkan kawasan lombong dengan pelabuhan  Tujuan memudahkan bijih timah dieksport  Antara landasan kereta api yang dibina ialah dari :  Taiping -- Port Weld ( Kuala sepetang)  Kuala Lumpur – Port Swettenham ( Pelabuhan Klang)  Seremban – Port Dickson  Ipoh dan Batu Gajah – Teluk Anson (Teluk Intan)  1886,landasan kereta api dari Kuala Lumpur ke Klang telah dirasmikan yang dihadiri oleh Sultan Abdul Samad dan Frederick Weld, Gabenor Negeri-Negeri Selat b. Fasa Kedua (1897 – 1909)  3 tujuan pembinaan landasan kereta api pada peringkat ini iaitu :  Untuk menghubungkan kawasan utara dengan selatan apabila Negeri – Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan  Untuk memenuhi keperluan ekonomi seperti bijih timah dan getah yang semakin berkembang pesat  Untuk memudahkan pentadbiran British
  • 8.  1903, kereta api Negeri – Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan  Ditukar nama kepada Kereta Api Tanah Melayu – KTM (1948)  Hari ini dikenali sebagaiKereta Api Tanah Melayu Berhad – KTMB c. Fasa Ketiga (1910 – 1931)  Landasan kerata api dibina selepas British Berjaya memperluaskan pengaruhnya di Negeri – Negeri Melayu Tidak Bersekutu  Tujuannya adalah untuk:  Menghubungkan seluruh Tanah Melayu (hanya Terengganu yang tiada landasan kereta api)  Sebagai pengangkutan awam bagi pendudukTanah Melayu  Memenuhi keperluan ekonomi dan pentadbiran British Perkembangan Jalan Raya  Peringkat awal jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan lombong bijih timah dan pertanian dengan stesen kerata api  Jalan raya telah dibina menghubungkan Kuala Lumpur dengan Ipoh dan Seremban  Awal kurun ke-20,rangkaian jalan raya meningkat akibat meningkatnya penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan bas  Jalan-jalan yang sedia ada diturap untuk disesuaikan dengan kenderaan bermotor  Banyak jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan pelabuhan dan untuk menghubungkan Bandar – Bandar besar dengan Bandar- Bandar kecil  1939,terdapat satu jaringan jalan raya yang menghubungkan seluruh Tanah Melayu  Tumpuan jalan raya adalah di kawasa yang mempunyai kepentingan ekonomi dan memudahkan pentadbiran British. Kemajuan Pengangkutan Laut dan Udara  Kemajuan ekonomi membawa kepada pengenalan perkhidmatan kapal wap dan kapal terbang. i. Kapal Wap  1890,Syarikat Straits Steamship ditubuhkan di Singapura  Tujuan untuk member perkhidmatan kapal wap kepada pelabuhan di Negeri-Negeri Melayu  Kapal susurpantai ini membawa bekalan makanan , jentera dan buruh untuk perusahaan perlombongan bijih timah  Contoh : kapal wap The SS Perak memberikan perkhidmatan dar Singapura ke Pelabuhan Klang. ii. Kapal Terbang  1937,perkhidmatan penerbangan awam diperkenalkan oleh Syarikat Weame Air Service iaitu hak milik Weame bersaudara  Syarikat ini beribu pejabat di Singapura  Memulakan penerbangan dalam negeri antara Singapura , Kuala Lumpur dan Pulau Pinang  Kapal terbang pertama yang digunakan oleh Syarikat Weame adalah dari jenis kipas dua iaitu D.H.Rapides Kemajuan Sistem Perhubungan  Antara yang ditekankan ialah sistempos dan telegraf , telefon dan radio  Tujuan supaya perhubungan antara negeri di Tanah Melayu dengan negeri-negeri lain dapat dibuat dengan pantas  Mula diperkenalkan di kawasan kegiatan ekonomi , pusat pentadbiran , pelabuhan seterusnya berkembang ke kawasan petempatan
  • 9.  1870-an,pejabat pos dan telegraf dibina di Taiping,Perak  Kurun ke 20-an,setiap daerah di Perak boleh menghubungi Taiping melalui Telegraf  1910,pejabat pos dan telegraf dibina di Pulau Pinang. Kemajuan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemudahan Asas Lain a. Perkhidmatan Kesihatan  Masalah kesihatan wujud akibat daripada pertambahan pendudukyang pesat,pembukaan kawasan hutan untuk kegiatan ekonomi dan petempatan baru  Persekitaran tempat kerja dan kediaman yang kotor menyebabkan penyakit seperti taun , beri-beri dan malaria mudah merebak  Penyakit malaria dan beri-beri dianggap penghalang pada perkembangan ekonomi British kerana menyebabkan banyak kematian di kalangan buruh Cina dan India  British mengambil langkah mendirikan hospital, pusat perubatan dan Institut Penyelidikan Perubatan untuk mengatasi masalah kesihatn  1889,hospital kerajaan terawal didirikan di Jalan Tanglin ( Kuala Lumpur ) di taiping dan Pulau Pinang  Pusat-pusat kesihatan kecil juga didirikan di Perak, Selangor , Negeri Sembilan dan Pahang untuk memudahkan pendudukdi luar Bandar  1890,Lembaga Kesihatan ditubuhkan untuk memastikan kebersihan Bandar  1901,Institut Penyelidikan perubatan ditubuhkan di Kuala Lumpur  Tujuannya untuk membuat penyelidikan bagi mencari punca , rawatan dan langkah mencegah penyakit berbahaya seperti malaria dan beri-beri b. Sistem Pengairan untuk Penanaman Padi  Pada peringkat awal lagi di Kedah terdapat sistem pengairan sempurna untuk tanaman padi iaitu terusan  Terusan ini mula dibina tahun 1885 dan siap pada tahun 1895 yang diberi nama Terusan Wan Mat Saman  Ia dibina oleh Wan Mat Saman bin Wan Ismail ( Perdana Menteri Kedah yang pertama)  Terusan ini sepanjang 35 kilometer dari Alor Setar ke Gurun ,Kedah  Ia dibina menggunakan tenaga manusia dan peralatan tradisional seperti cangkul  Untuk membina terusan ini unggun api dinyalakan pada jarak tertentu sebagai penanda untukmemastikan terusan digali dengan lurus  Berdasarkan terusan inilah kerajaan British Memodenkan sistem pengairan di Tanah Melayu  1931,Jabatan Parit dan Tali Air ditubuhkan untuk memajukan tanaman padi  Banyak bekalan makanan diperlukan akibat pertambahan penduduk  Kawasan sawah padi yang luas telah dibuka di Sungai Manik,Perak dan Tanjung Karang, Selangor c. Bekalan Tenaga Elektrik  Tenaga elektrik diperkenalkan akibat daripada kemajuan ekonomi  Awal kurun ke-20,tenaga elektrik mula disalurkan ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur  1930,empangan Hidroelektrik Dhenderoh dibuka untuk menampung keperluan tenaga elektrik  Empangan ini dikendalikan oleh The Perak River Hydro-Electric Power company Limited  Tujuan asal pembinaan adalah untuk mendapatkan kuasa elektrik bagi kegunaan perusahaan melombong bijih timah di Lembah Kinta
  • 10. Kemunculan dan Perkembangan Bandar Baru  Pertengahan kurun ke-19 banyak petempatan baru dibuka di kawasan kegiatan ekonomi terutama di kawasan lombong bijih timah  Petempatan kemudiannya berkembang menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan  Perkembangan lombong bijih timah adalah faktor utama munculnya Bandar-bandar baru di Tanah Melayu seperti Taiping, Ipoh , Kuala Lumpur dan Seremban a. Ipoh  Terletak di Lembah Kinta  Dibuka sejak kurun ke-16 dan didiami oleh orang Melayu  Nama Bandar Ipoh berasal dari nama pokok Ipuh iaitu sejenis pokok yang getahnya digunakan sebagai racun pada sumpitan dan anak panah untukberburu  Tahun 1880-an,Lembah Kinta menjadi tumpuan pelombong Cina apabila pengeluaran bijih timah di daerah Larut merosot  Ipoh berkembang menjadi Bandar yang sibuk  1935,Ipoh dijadikan ibu negeri Perak bagi menggantikan Taiping b. Taiping  Terletak di daerah Larut  Nama asalnya Kelian Pauh  1840-an ramai orang Cina dibawa masuk ke Larut untuk memajukan lombong bijih timah  Selepas Perang Larut tamat British menyusun semula pentadbiran di Larut  Nama “Taiping” bermaksud “kedamaian yang abadi”  Berkembang menjadi sebuah Bandar moden dan dijadikan ibu negeri Perak c. Kuala Lumpur  Pertengahan kurun ke -19,Raja Abdullah (pembesar daerah Klang) meneroka kawasan berhampiran pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong bijih timah  Ia kemudian dikenali sebagaiKuala Lumpur kerana kawasan itu berlumpur  1860-an,ramai orang Cina dibawa masuk untuk menjalankan kegiatan melombong bijih timah di sekitar Kuala Lumpur.  Kuala Lumpur terus berkembang daripada sebuan perkampungan lombong bijih timah menjadi pusat perdagangan yang maju  Yap Ah Loy antara orang yang bertanggungjawab membangunkan Kuala Lumpur  1880,Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor menggantikan Klang  British menjadikan Kuala Lumpur sebagaipusat Bandar yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pentadbiran dan perniagaan  1896,Kuala Lumpur dijadikan pusat pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu  1897,Bangunan Sultan Abdul Samad telah dibina dan menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan  Kini bangunan ini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia , Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  Pada hari ini ,Kuala Lumpur adalah ibu negera Malaysia yang pesat membangun Kepelbagaian Pendidikan Dalam Masyarakat Berbilang Kaum  Sistem pendidikan vernacular di negara kita wujud akibat daripada pembentukan masyarakat berbilang kaum dan dasar British yang kurang member perhatian kepada bidang pendidikan  British membenarkan sekolah Melayu,Cina dan Tamil berkembang mengikut cara masing-masing.  Sekolah Inggeris hanya tertumpu di kawasan Bandar
  • 11. a. Sekolah VernakularMelayu  Didirikan untuk member pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan  Anak-anak Melayu diajar menulis ,membaca dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan perkebunan  Pendidikan di peringkat rendah adalah sehingga darjah enam.  Sekolah Melayu terawal dibuka di Negeri-Negeri Selat iaitu Sekolah Melayu Gelugor (1816) dan Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang dan Sekolah Melayu di Langgar,Pekan ,Pahang  Sekolah Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Perai,Melaka dan negeri- negeri Melayu yang lain  British tidak berhasrat memajukan pendidikan anak Melayu  Pendidikan sekadar menjadikan anak- anak Melayu sebagaipetani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.  Sekolah menengah tidak disediakan untuk anak-anak Melayu menyambung pelajaran  Lulusan sekolah Melayu hanya layak menjadi guru, polis dan menjawat jawatan rendah di jabatan ketajaan.  Lulusan sekolah Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran ke maktab- maktab perguruan yang ditubuhkan untuk melatih guru-guru sekolah Melayu.  Antara maktab perguruan yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia II ialah : 1. 1900, Maktab Perguruan Melaka 2. 1922, Maktab Perguruan Sultan Idris,Tanjung Malim,Perak – MPSI (dinaiktaraf tahun 1997 kpd university – UPSI) 3. 1935,Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka b. Sekolah Vernakular Cina  Diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina dan tertumpu di kawasan Bandar  Peringkat awal sekolah Cina menggunakan pelbagai loghat bahasa Cina sepertiTeochew , Hokkien , Kantonis dan Hakka.  Pendidikan sekolah rendah untuk orang Cina diberikan selama enam tahun  Ada juga sekolah Cina menyediankan pendidikan sehingga ke peringkat menengah  Menggunakan buku-buku dan sukatan pelajaran dari negara China.  Guru-guru juga dibawa dari China  1920,British mula member perhatian kepada sekolah Cina  1938,Sekolah Foon Yew,Johor Bharu,Johor ditubuhkan  Enakmen Pendaftaran Sekolah diperkenalkan oleh British untuk mengawal sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu.  Menurut enakmen ini : 1. Semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan 2. Pengarah Pelajaran diberi kuasa untuk menutup sekolah yang tidak menurut syarat pengurusan , sukatan pelajaran dan peraturan kesihatan yang ditetapkan British. c. Sekolah Vernakular Tamil  Diusahakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat India.  Kebanyakannya didirikan di kawasan ladang getah  Sukatan pelajaran ,buku, guru-guru dibawa dari India  Ada kalanya penyelia ladang (Kangani)akan mengajar di sekolah tersebut  Memberikan pendidikan di peringkat rendah sahaja dan kebanyakannya hingga ke darjah empat  1912,British memperkenalkan Undang- Undang Buruh yang mewajibkan pengusaha ladang menyediakan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya
  • 12.  Keadaan ini menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah  Terdapat juga sekolah Tamil didirikan di Bandar seperti Sekolah Thamboosamy Pillai dan Sekolah Vivekananda di Kuala Lumpur  Masyarakat India yang kaya akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris yang lebih sempurna. d. Sekolah VernakularInggeris  Mula didirikan di Negeri-Negeri Selat seperti Penang Free School (1816) dan Malacca Free School (1826)  Sekolah Inggeris kemudiannya didirikan di Negeri-Negeri Melayu dan tertumpu di kawasan Bandar.  Pada peringkat awalnya didirikan oleh mubaligh-mubaligh Kristian  Menyediakan pendidikan sehingga peringkat menengah dan terbuka kepada semua kaum.  Sukatan pelajaran mengikut sistem pendidikan di England  Lulusan sekolah Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang seperti perubatan , kejuruteraan, guaman dan pentadbiran.  Lulusan juga diberi keutamaan menjawat jawatan yang baik dalam perkhidmatan kerajaan  1894, sekolah menengah Inggeris iaitu Victoria Institution ditubuhkan oleh mubaligh kristian di Kuala Lumpur  1905,Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan  Tujuan untuk memberi pendidikan Inggeris hingga ke peringkat menengah kepada anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu.  Anak-anak golongan bangsawan Melayu dilatih untukberkhidmat dengan kerajaan Inggeris  Kesannya – lahir kumpulan pemimpin Melayu yang berpendidikan Inggeris  British tidak mahu memberi pendidikan Inggeris yang tinggi kepada orang Melayu  1930-an,bilangan anak-anak Melayu masih kurang berbanding kaum-kaum lain iaitu Melayu (15%), Cina (50%) dan India (27%)